Social Icons

Sunday, March 25, 2012

Alhamdulillah :)

بسم الله الرحمان الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah...
syukur ke hadrat Ilahi...
masih lagi bernafas di bumi ini...
kalau nak dihitung, tak terkira nikmat yang Allah beri...
tapi kita yang tak hargai...

hari-hari kita diuji dengan pelbagai dugaan...
ada masa kita mengeluh...
ada masa kita tak cukup kuat...
tapi seharusnya kita sedar bahawa setiap dugaan yang diturunkan adalah tanda Allah mengingati kita...
Allah mengingati kita dan mahu kita terus berada di bawah rahmatnya...
Allah mahu meningkatkan keimanan kita...
lantas ujian diberikan...
kerana, bagaimana kita menghadapi ujian tersebut bakal menentukan...
naik dan turunnya iman...
iman kita boleh menaik dan menurun...
jadi, kitalah penentu...
hadapilah ujian Allah dengan tenang...
walaupun sukar pada awalnya, saya faham...
kerana saya pun tidak lari dari diuji...
tetapi kita perlu ingat, barangkali ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang lain lagi hebat...
ingatlah bahawa disebalik kesukaran, ada kemudahan...
hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan sangat besar...
kadangkala kita tidak nampak saat kita diuji...
tetapi hikmah yang tersembunyi itu pasti...
percaya pada janji Allah...
dan suatu hari nanti kita akan mengerti...

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~
Wassalam~

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...