Social Icons

Wednesday, September 18, 2013

push it to the limit

Assalaamu`alaikum...


post kali ini bukanlah sempena tajuk lagu itu...
post ini berkaitan dengan apa yang ku diuji belakangan ini...

rasa macam tak larat dan tak mampu serta tak layak lagi rendah diri bila dapat tugasan terbaru di tempat kerja...
rasa susah sebab tugasan ini memerlukan ku lebih banyak berinteraksi dengan orang...
ku seorang yang teknikal...
lebih suka kerja menghadap perkakasan berbanding dengan manusia yang ada banyak emosi dan perasaan...
oh, di tempat kerjaku ini kami perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan pengantaraan seharian...
ku kira ini satu pengalaman yang bagus...
kerana sebelum ini Bahasa Inggeris hanya di guna ketika ku melakukan pembentangan semasa zaman universiti dahulu...
atau ketika tiba-tiba 'gedik' dalam perbualan dengan rakan sejantina menggunakan 'I You I You'...
huhuhu~

kenapa? mengapa?


tugasan baru ku itu memerlukan ku menelefon *eh ke menalifon?? ni kes lama sangat tinggal bahasa ibunda yang betul ejaan dan tatabahasanya... lebih baik agar lain kali ku guna sahaja perkataan membuat panggilan... selamat...* beberapa syarikat untukku bertanyakan servis mereka supaya syarikat temptku kerja boleh mengupah mereka untuk satu acara yang bakal kami adakan nanti...
inilah sebabnya yang membuatkan diriku gundah gelana untuk beberapa hari...
hal ini kerana ku rasakan pudar dalam hatiku penguasaan Bahasa Inggerisku tidaklah begitu sempurna membuatkan ku sedikit rendah diri...
betul...
ku tidak membenci Bahasa Inggeris malahan ku sangat seronok membaca novel Bahasa Inggeris dan membuat penulisan dalam Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu...
walaubagaimanapun, pertuturan Bahasa Inggerisku biasa sahaja...
my English writing is better than my English speaking...
tetapi disebabkan itu adalah kerja yang harus wajib juga ku lakukan, maka ku mengumpul sedikit kekuatan untuk membuat kesemua panggilan tersebut...

hasilnya?
Alhamdulillah...
tidaklah sesukar yang ku sangkakan panas berpanjangan rupanya...
selepas dua panggilan, ku dapat membiasakan diri dan seterusnya menjawab panggilan semula dan pertanyaan dari mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai acara yang bakal diadakan tersebut...

apa yang ku buat?
sebelum membuat panggilan, ku baca doa yang seringku baca apabila ku mahu membuat pembentangan atau pengucapan awam mahupun apabila ku perlu membuat panggilan mengenai urusan rasmi...
ku sertakan link di bawah untuk bacaan lanjut kerana ku kurang rajin mahu menaip disini... hehehe
Doa Meminta Dimudahkan Urusan dan Ucapan
ku pasti anda semua pernah dengar doa ini kan... *jangan nak membohong... mesti pernah dengar walau sekali, sebelum ustaz atau ustazah memulakan ceramah...*
kepada yang sudah atau selalu mengamalkannya, alhamdulillah...
teruskan amalan...

*masuk mode Bahasa Inggeris pula*
well, of course everything is hard at first and the hardest step is the first step...
we just need to push ourselves to do the things that we have to do and insya Allah they will be easy after that...
always remember that Allah will not burden us with the things that we cannot bear...
yes...
He is so sweet...
I know...

bear in mind that the sky is the limit



think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

Wassalam~

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...