Social Icons

Sunday, November 24, 2013

macam cantik je, macam comel je~

Assalaamu`alaikum...

As the title of the post goes... macam cantik je, macam comel je *macam familiar je*... *sebab kalau eja 'jer' macam gedik pulak... - terpulang pada masing2... * 
ku kira mesti ramai sudah tahu dengan video yang menjadi viral di media sosial ini... *dah lama jugak, siap banyak orang buat parodi...*

so, ape ke hal ttbe ku buat post ini??
lalala~
hal ini kerana ku telah jumpa the best parody ever untuk video tu... *pendapat sendiri*
mohon pergi tengok untuk kepuasan hati sendiri

jika anda tahu Amar, *sesuai dengan label post ini; amar makruf* beliau adalah pelantun lagu2 nasyid...

dan ketika entri ini di post, mungkin lagu ini sudahpun berkumandang di corong2 radio *maklumlah ku jarang tune in radio*
anda boleh lihat untuk description video tersebut; 

Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik "MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER"(Ilham video Awek Legoland) - Amar, 2013 *lpe mcm mne nk buat citation.., hohoho*

okke... apa yang menarik minat aku adalah parodi islamik sebegini perlu dibanyakkan lagi JIKA boleh disampaikan mesej2 kepada umum...

anda juga mungkin sudah sedia maklum Mr. Bie juga terkenal dengan parodi yang pada hematku Islamik... pasti ada mesej yang cuba disampaikannya...

dunia kini yang mana ramai orang enjoy berparodi *rancangan meleTOP pun ada segmen parodi dan segmen tersebut memang ditunggu2 oleh penonton*

in my humble opinion, tak salah untuk kita ketawa kerana fitrah manusia kita sukakan hiburan, dan adalah lebih baik dalam ketawa itu kita mampu selitkan unsur dakwah... niatlah kerana Allah bukan untuk memperoleh populariti dari manusia... insya Allah, semoga diterima sebagai amal kebaikan oleh Allah Taala... aamiin~


think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...


No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...