Social Icons

Thursday, December 12, 2013

Di Sebalik Langsir | Takdir Terindah Kita

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
entry kali ini merupakan Di Sebalik Langsir (DSL) bagi cerpen tulisanku iaitu Takdir Terindah Kita...
*DSL ni kalau dalam B. Melayu industri perfileman standard kira 'Di Sebalik Tabir' (DST) lahh... ku nak guna Di Sebalik Tirai macam kurang syiok pula sebab ending bunyi suku kata rai macam tergantung pula bila sebut... omputeh kata 'Behind The Scene' (BTS) ataupun 'The Making Of' (TMO) gituuu... lalala~*

DSL yang pertama di cik belog ku ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai cerpenku itu...
*mohon bawak bertendang...*

  1. bagaimana mula mendapat idea untuk menulis Takdir Terindah Kita?
    idea tu Allah bagi ilham kadang2 tengah berborak dengan kawan2 or adik-beradik... kadang2 tengah berjalan sorg2 bermonolog dalaman... kadang2 tengah menaip tu dapat idea lain pulak... dan mula menaip cerpen ni bila jejari tak begitu runcingku ini memang terasa sungguh gatal mahu menaip... *ku memang suka menaip ni... macam hobi lak*
  2. berapa lama masa yang diambil untuk menulis cerpen tersebut?
    dua hari *sungguh ringkas dan padat jawapanku... *
  3. kenapa cerpen ni macam panjang? jadi cerpan pula...
    ku sebenarnya tak tahu syarat patah perkataan untuk cerpen. jadi, ku mengambil inisiatif dengan mencari maklumat menerusi pakcik google.

    menurut maklumat yang ku jumpa itu, panjang cerpen ada tiga kategori.

    • 700 patah perkataan
    • 1000 ~ 1500 patah perkataan
    • 2500 ~ 5000 patah perkataan
    ketika mula menaip cerpen itu, ku rasa mesti pendek saja cerpen ku ini. namun apabila sudah menaip di MS Word 2010 itu, ku lihat word count di bahagian bawah sudah mencecah 5300++. ku congak2, kalau tolak nama mereka yang panjang2 dan ditaip berulang2 itu rasanya dah cukup syarat dah. hehehe.

  4.  bagaimana dengan kritikan membina dari mereka yang sudi membaca? Alhamdulillah... banyak *banyak laa kalau lebih dari satu kan??* juga komen membina yang ku dapat dari laman penulisan2u setelah disiarkan di situ... ku lebih bersemangat untuk improve karya akan datang *insya Allah*...
  5.  apakah anda akan terus menulis cerpen?
    insya Allah. memerlukan idea, kata2 semangat
    dan masa untuk meneruskan minat ku ini.
  6.  bagaimana dapat idea nak beri tajuk tersebut?
    tajuk ini ku dapat ilham ketika menulis penghujung cerpen. ku fikir apa yang berlaku adalah takdir ketentuan Yang Maha Esa. dan cerpen ini tentang mereka (Adwa Shaza & Ahmad Muqri Muizzuddin) jadi ku beri tajuk 'Takdir Terindah Kita' sempena cerita mereka. wajib diingatkan segala watak adalah rekaan semata2.
sekian. semoga bertemu kembali di DSL yang akan datang *lol~ kalo ade 'akan datang' laa... hohoho*

think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~
 
wassalam~

2 comments:

  1. Hehe..teruskn usaha yer yunk. Aina plng cpt masa wat cerpen 1 jam lbh. Yg tajuk oh narutoku tu. Huhu... Sb idea berlmbk. Keep on writing dear. Ha.. Aina tunggu cover novel dri suha tau. Lg dua minggu aina nk ttp pnyertaan. ^_^

    ReplyDelete
  2. gila laaaaa.... sejam lebih dah boleh siap... sy masih merangkak lg ni... sejam lebih tu baru siap story line dlm bentuk points je... huhuhu

    insya Allah... akan try buat cover tu... dah start buat then business trip kt india seminggu... insya Allah akan sambung buat... hehehe

    ReplyDelete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...