Social Icons

Saturday, February 01, 2014

Cerpen | Urusan Sri, Aduka & Dhiya

            
TRANSIT ALIRAN RINGAN ataupun lebih dikenali sebagai Light Rail Transit (LRT) bagi laluan Kelana Jaya itu bergerak seperti biasa. Seorang wanita yang sederhana tingginya sedang berhimpit di kawasan sesama wanita juga. Sengaja dia memilih berhimpit dengan sesama jantina. Dia lebih rela begitu. Seboleh-bolehnya dia akan berusaha untuk menjauhkan diri dari lelaki kerana dalam keadaan yang berhimpit-himpit, dia gusar jika ada di antara mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraba mana-mana kaum hawa yang berdekatan. Alangkah indahnya jika LRT juga mengaplikasikan koc khas untuk wanita seperti komuter. Walaupun tidak dinafikan bahawa kadangkala penumpang lelaki turut tersesat di koc wanita tersebut. Dia sendiri tidak faham, sudah terang lagi bersuluh dinyatakan yang koc tengah adalah koc wanita tetapi ada juga kaum adam yang sesat dan membuat muka tidak bersalah. Malahan dalam pengumuman sebelum ketibaan komuter juga turut disebut berulang kali. 
Bagi perkhidmatan LRT pula, biasanya beginilah keadaannya pada waktu puncak sebelah pagi, pasti akan berhimpit sehingga kadangkala begitu sukar untuk menghirup oksigen. Wanita tersebut terpandang seorang lelaki yang berdiri di sudut pintu yang tidak jauh darinya. Dia berbicara di dalam hati.

Untunglah tinggi menggalah. Orang lain dah tahap gasping for air dia relax je. Hidung dia dan-dan je lepas daripada sebarang halangan. Tinggi betul kau ek. Ni sure kau tak pernah hidu bau pelik-pelik bila berhimpit dengan orang lain. Astaghfirullahal`adzim. Sibuk orang lain yang beruntung aku lupa nak baca doa naik kenderaan.

Wanita tersebut membaca doa menaiki kendaraan di dalam hati. Itulah yang sering berlaku kepadanya. Sesudah LRT bergerak melepasi dua atau tiga stesen barulah dia teringat hendak baca doa menaiki kenderaan. Tetapi hari ini dia mencipta rekod baru, LRT baru melepasi satu stesen dia sudah teringat untuk membaca doa menaiki kenderaan. Pada pendapatnya, LRT juga merupakan sejenis kenderaan, jadi seharusnya dia membaca doa tersebut. Jika dahulu, dia tidak terfikir kerana sudah menjadi kebiasaan untuk membaca doa menaiki kenderaan apabila menaiki bas ataupun kereta. Dia mula terfikir apabila dia menaiki kapal terbang buat kali pertama, dia membaca doa menaiki kenderaan dan lantas otaknya menyedari bahawa selama ini apabila dia menaiki kenderaan lain dia tidak membaca doa menaiki kenderaan.


*************

           Seorang pemuda yang sudah kepenatan apabila pulang dari bekerja mengambil tempat duduk di dalam LRT yang baru dimasukinya. Mujurlah ada satu tempat duduk kosong yang paling hujung. Dia melabuhkan punggung di tempat duduk tersebut. Dia tidak peduli yang dia duduk di sebelah seorang mak cik asalkan dia dapat duduk kerana hari ini dia begitu penat sekali. Sudahlah pada sebelah pagi dia berdiri sahaja sepanjang perjalanan. Dia bernasib baik kerana walaupun berdiri, dia masih boleh bernafas dengan lega kerana dia dikurniakan dengan tubuh yang tinggi. Dia menyandarkan badannya seraya memejamkan mata.

            Apabila LRT sudah mula bergerak, dia dapat merasakan lututnya disentuh sesuatu berulang kali. Dia membuka mata dan terlihat seorang wanita sederhana tinggi yang memegang sebuah novel menggoyang-goyangkan lututnya menggunakan novel tersebut. Dia memandang tepat ke wajah wanita tersebut. Sempat pula hati kecilnya memuji.

            Manis!

            “Encik, boleh tak saya nak minta jasa baik encik bagi tempat duduk encik tu pada saya? Ibu mengandung tak boleh berdiri lama-lama.” Wanita tersebut bersuara seraya mengusap-usap perutnya di bawah kain tudung yang dipakai.

            “Oh, silakan puan. Sorry saya tak perasan yang puan mengandung. Duduklah.” Lelaki itu dengan sopannya bangun dan memberi peluang kepada wanita tersebut untuk duduk.

            Hmmm… bakal mak budak rupanya. Melepas. Tak sangka pula dia tengah pregnant, badan dia kecil cinonet je. Well, kira kecillah kalau nak dibandingkan dengan aku yang menggalah ni.

            Setelah beberapa stesen berlalu, wanita tersebut bangun untuk turun di destinasinya. Tidak semena-mena, telefon bimbitnya jatuh tanpa dia perasan dan dia terus keluar dari perut LRT. Pemuda tadi yang masih berdiri perasan akan kejadian itu lantas mengutip telefon bimbit yang jatuh itu lalu mengejar ibu megandung tersebut. Mujurlah ibu mengandung itu tidak begitu jauh berjalan. Mungkin kerana dia sedang mengandung jadi dia berjalan dengan lebih berhati-hati.

            “Puan! Puan! Puan ibu mengandung!” Wanita tersebut menoleh apabila dia mendengar suara orang menghampirinya dari belakang.

            “Puan…” Lelaki itu bersuara seperti meminta wanita tersebut menyambung dengan memberitahu namanya.

            “Puan Sri. Kenapa ya, encik?” Wanita itu berkata sopan.

            Gulp! Puan Sri?! Low profilenya Puan Sri ni. Siap naik LRT lagi. Tan Sri tak sponsor kereta mewah dua tiga biji ke Puan Sri? Muda pulak tu. Dan mengandung!  Awak bini muda ek, Puan Sri? Tapi kalau awak bini muda mestilah title Puan Sri tu dapat kat bini tua. Eh, apa aku merepek ni?!

            “Puan Sri, ni handphone Puan Sri terjatuh masa Puan Sri bangun nak keluar dari LRT tadi.” Lelaki tersebut menghulurkan telefon bimbit itu kepada pemiliknya.

            “Ya Allah! Saya memang jenis cuai sikit. Thank you, encik…” Puan Sri tersebut juga berjeda seperti meminta lelaki tersebut menyambung dengan namanya.

            “Aus.” Ujar lelaki tersebut.

            “Oh, sorry. Sekejap ya encik.” Puan Sri tersebut mengeluarkan sebotol kecil air mineral dari dalam beg tangannya dan menghulurkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut sudah berkerut dahi.

            “Encik haus kan? Nah ambillah air ni. Saya tak buka lagi. Memang ada dalam beg.” Ujar Puan Sri dengan senyuman yang ikhlas. Tanda penghargaannya kepada lelaki tersebut yang berbaik hati memulangkan telefon bimbitnya.

            “Eh, Puan Sri silap ni. Saya Firdaus. Panggil saya Aus. Bukan saya nak cakap saya haus.”

            “Oh, sorry Encik Aus. Saya ingatkan encik haus kejar saya tadi. Saya yang memang haus dari tadi ni. Tu yang terbawa-bawa dengar macam encik cakap haus. Selamat mineral water saya. Macam mana saya nak balas jasa Encik Aus pulangkan handphone saya ni?” Puan Sri berkata sambil tangannya menyimpan semula botol kecil air mineral yang dipegangnya tadi.

            “Eh, tak perlu Puan Sri! Saya hanya buat apa yang memang patut saya buat. Kalau orang lain pun mesti dia akan buat perkara yang sama. Saya gerak balik dululah ya Puan Sri. Assalaamu`alaikum.”

            “Wa`alaikumussalam. Thanks again, Encik Aus.”

*************

            Puan Sri melangkah masuk ke dalam LRT laluan Kelana Jaya itu seperti biasa. Tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan memberi tempat duduk kepadanya.

            Eh, ni lelaki haus minggu lepas! Oopss bukan haus, Aus! Firdaus. Terima kasih banyak-banyak la Encik Aus oi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untunglah free je aku dapat tempat duduk. Tak sia-sia aku berlakon yang aku pregnant kan. Nak buat macam mana, waktu tu period pain dah tak dapat tahan dah. Kena juga bawa duduk.

            Thanks ya Encik Aus.” Ujar Puan Sri ikhlas. Encik Aus baru hendak membuka mulut berkata sesuatu tetapi dimatikan dengan bunyi telefon bimbit Puan Sri.

            “Assalaamu`alaikum Datin Maya? You mimpi apa call I waktu pagi macam ni?”

            “Wa`alaikumussalam. I busy kalau nak tunggu waktu petang or malam. Itu yang I call sekarang. You, I nak ingatkan you jangan lupa datang rumah baru I. Kami ada buat kenduri doa selamat sikit. Hari Sabtu ni lepas Maghrib, jangan lupa tau. You wajib datang.”

            Of courselah I datang Datin Maya. Jangan risau ya. Insya Allah, tak ada aral melintang sampailah I ke rumah baru you tu. Ok Datin, I dalam LRT ni, tak dengar sangat apa yang you cakap. Nanti kita sambung chitchat ya Datin. Assalaamu`alaaikum.”

            “Ok. Insya Allah nanti kita sambung. Wa`alaikumussalam.”

            Sebaik sahaja Puan Sri memutuskan talian, Encik Aus pula mendapat panggilan telefon. Dia menjawab panggilan tersebut dengan hati yang separuh rela.

            “Assalaamu`alaikum Dhiya. Ada apa hal tiba-tiba call ni?”

            “Wa`alaikumussalam. Mana ada tiba-tiba Abang Aus. Dari minggu lepas Dhiya try call tapi abang tu yang susah sangat nak jawab. Abang sihat? Busy ke? Kat mana ni?”

            “Alhamdulillah sihat. Jangan risaulah. Abang dah besar, tahulah abang nak jaga diri. Sekarang memang busy. Ni abang on the way nak pergi kerja ni. Nanti-nantilah kita bercakap ya. Assalaamu`alaikum.” Encik Aus terus mematikan panggilan tanpa menunggu Dhiya menjawab salamnya.

            Untuk kesekian kalinya Puan Sri dan Encik Aus seperti berjanji pula untuk menerima panggilan berganti-ganti seperti acara lari berganti-ganti apabila Puan Sri sekali lagi menerima panggilan telefon.

            “Assalaamu`alaikum nenda. Apa khabar? Nenda sihat?” Puan Sri bersuara riang kerana tidak menyangka akan menerima panggilan dari neneknya yang berada di kampung halaman.           

            “Wa`alaikumussalam. Nenda sihat, Alhamdulillah. Embun nenda ni sihat tak? Kenapa susah nak telefon nenda ni? Risau nenda kalau apa-apa jadi pada Embun.”

            “Embun sihat nenda. Alhamdulillah. Nenda jangan risau ya. Maaflah Embun jarang telefon Nenda. Ok, Embun janji lepas ni Embun akan selalu telefon nenda. Nenda jangan risau tau.”

            “Hmm yelah. Dah kamu cakap macam tu. Embun jaga diri ya. Eh, nenda nak pergi bagi breakfast kat ayam nenda tu. Nanti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula. Nenda pergi dulu. Assalaamu`alaikum.”

            “Ok. Insya Allah. Wa`alaikumussalam nenda.”

            Nenda, nenda, buat lawaklah. Tengah-tengah bercakap boleh pulak stop nak bagi ayam breakfast. Cucu nenda ni nenda tak tanya pula dah breakfast ke belum. Embun ni tak setanding dengan ayam nenda tu ke? Alahai~

            Puan Sri bermonolog di dalam hati. Akhirnya tamat juga acara menjawab panggilan telefon berganti-ganti tadi. Namun, lain pula di dalam hati Encik Aus yang turut memasang telinga sewaktu Puan Sri bercakap sebentar tadi.

            Mak ai! Nama dia Embun ke? Klasik sungguh. Kalah nama aku. Puan Sri Embun, klasik sungguh namamu. Namun ku akui cantik juga namamu itu. Secantik rupa parasmu. Ah, sudah, apa kena dengan aku ni? Tak pasal-pasal nanti si Tan Sri laki Embun ni kejar dengan parang. Eh, zaman sekarang ni tak mainlah parang-parang, pistol baq hang!

*************

            Encik Aus keluar dari keretanya setelah diparkirkan berdekatan dengan rumah kawannya. Apabila dia sudah menapak beberapa langkah kelihatan sebuah teksi tiba dan seorang wanita keluar dari teksi tersebut. Dia menghentikan langkahnya.

            Eh, itu macam Puan Sri Embun. Dia buat apa dekat sini? Aik, dia pun nak pergi rumah Syafiq juga ke? Baik aku follow belakang dia.

            Encik Aus berjalan perlahan di belakang Puan Sri. Dia tahu Puan Sri tidak menyedari yang dia berjalan dibelakangnya. Di muka pintu rumah rakan baiknya itu kelihatan Syafiq bersama isterinya sedia menyambut tetamu.

            “Assalamu`alaikum. Datin Maya, you sihat? Wah, rindunya I dekat you! Dah lama kita tak jumpa kan. Hai Syafiq. Ok, I tengok you pun I tahu you sihat. Mesti best friend I ni jaga you dengan tip top punya.” Puan Sri bernada ceria menegur sahabat baiknya dan suami sahabatnya itu.

            “Syafiq, sejak bila kau dapat Dato’ ni? Aku tak tahu pun. Puan Sri Embun, Puan Sri buat apa dekat sini? Isteri Syafiq ni namanya Mai kan? Bukan Maya.” Suara Encik Aus yang menegur dari belakang membuatkan Puan Sri turut menoleh sekali.

            Syafiq bersalaman dengan rakannya itu. Dia memandang Puan Sri dan berkata.

            “Sri, bila you kahwin ni? Tak jemput I dengan Mai pun.”

            Ohho… Kantoi! Nampaknya terpaksalah aku berterus terang. Malam sikit boleh?

            Okay, guys, I’m so sorry okay. It’s my fault. I can explain that. Tapi sekarang ni kita masuk dulu prepare apa-apa yang tak siap lagi. Lepas Maghrib nanti kan majlis doa selamat tu.”

            Selepas majlis doa selamat selesai, Puan Sri menolong sahabat baiknya mengemas apa yang patut. Oopss, bukan Puan Sri lagi, sudah terkantoi. Sedang Sri leka mengemas, sempat juga dia memandang sekilas Encik Aus yang juga kelihatan turut membantu. Setelah selesai, Encik Aus menghampiri Sri.

            “Ok Puan Sri Embun. Now’s the time. You owe me an explanation. Do enlighten me, please.” Ujar Encik Aus dengan tenang.

            Sri beriak serba-salah. Melihat Sri yang seperti serba salah itu membuatkan Encik Aus kembali bersuara.

            “Ok, jom kita duduk dekat kerusi luar rumah. Tak kan nak berdiri macam ni kan.”

            Mereka berdua bergerak tidak seiringan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Sri memulakan bicara setelah kedua-duanya selesa mengambil tempat duduk masing-masing.

            “Ok, firstly, saya nak cakap sorry sangat-sangat. Saya tak berniat pun nak tipu awak. Memang betul saya bukan seorang puan dan tak pregnant pun. Hari yang saya minta duduk dekat tempat awak dalam LRT tu saya terpaksa buat. Keadaan saya waktu tu memaksa saya buat macam tu dan awak yang paling dekat dengan tempat saya berdiri. Sorry sangat-sangat Encik Aus.”

            Ho ho ho hokeh! This is a good news! Yoohoo dia tak kahwin lagi!! Ada chance laa aku. Yabedabeduuu!! Ehem-ehem, ok, control macho sikit, Aus!

            “Ok, tak perlulah nak berencik-encik dengan saya. Jom kita mulakan balik perkenalan kita. Saya Aduka Firdaus bin Arjuna Fahmi. Panggil Aus je. Nama penuh Sri apa? Sri Embun?” Aduka Firdaus berkata dengan muka yang cuba disorokkan riak gembira.

            “Amboi Aus Je, sedap-sedap je bagi nama Embun dekat saya. Nama saya Sri Farhanah binti Ahmad Fuad. Do call me Sri, please. Embun tu nama yang family panggil. Biasalah budak-budak kecil bila menangis tak berhenti orang biasa bagi nama panggilan baru. Nenda saya yang mula panggil nama tu.” Sri bersuara. Kali ini nada suaranya lebih santai. Mungkin kerana sudah sedikit selesa.

            Hold on, Aus bukan Aus Je. Awak pun sedap-sedap je tambah je dekat nama saya. Loyar buruk ek awak ni. Saya mati-matilah ingat awak Puan Sri Embun, kahwin dengan entah mana Tan Sri kaya kat luar sana.” Ujar Aduka Firdaus sambil tergelak kecil.

            “Haha. Awak buat lawak apa ni? Tan Sri manalah yang meroyan nak kat saya ni. Saya panggil awak Aduka boleh? Klasik sikit. Ni kalau nenda saya yang dengar ni memang happy dia. Dia memang suka benda klasik-klasik. Tu yang saya dapat nama Embun dan kami panggil dia nenda, bukan nenek.”

            “Sebenarnya saya yang tak suka orang panggil saya Aduka. Macam kuno je. Macam tak macho je. Awak panggil Aus ek?”

            “Ala awak, Aus tu saya dengar dah macam haus dah. Saya yang haus nanti dok panggil awak Aus, Aus. Aduka sedap apa. Correction, bukan kuno, klasik.”

            “Baiklah Puan Sri Embun. Panggillah saya ikut apa yang awak selesa. Nak panggil abang pun boleh.”

            Amboi! Nak aku panggil abang? Malam sikit! Agak-agak la. Tak kena tempat betul.

            “Sri, dah agak lewat ni, tak sempat I nak berborak lama-lama dengan you. I ajak you tidur sini you tak nak. Eh, you balik naik apa ni? You datang tadi naik teksi kan?” Maisarah atau yang dipanggil Sri dengan panggilan Datin Maya itu muncul di muka pintu bersama suaminya.

            “Ala Datin, relax la. Tak lari rumah you I kejar. You nak duduk sini lama lagi kan, banyak lagi masa I nak tumpang tidur. Yup, I datang naik teksi, kejap lagi I call pak cik teksi tadi. I ada ambil number phone dia.” Sri Farhanah menjawab pertanyaan Maisarah.

            Syafiq memberi isyarat mata kepada Aduka Firdaus. Dia berharap agar Aduka Firdaus faham dengan maksud yang cuba dia sampaikan. Aduka Firdaus seakan-akan faham dengan isyarat yang dihantar oleh Syafiq segera bersuara.

            “Sri, jomlah saya hantar awak balik. Malam-malam macam ni bahaya juga naik teksi sorang-sorang kat KL ni.”

            “Eh, takpelah Aduka. Menyusahkan awak je. LRT masih beroperasi lagi ni. Saya minta pak cik teksi tu nanti hantar sampai LRT je. Insya Allah takde apa-apalah.”

            “Sri, you jangan degillah. I tahu you memang degil tapi untuk malam ni jangan degil, please. You biar je Aus hantar you balik. Kalau tak Mai dengan I pun tak senang duduk risaukan you. Berani tu boleh Sri, tapi bak kata Datin Maya you ni selalu cakap, kena ‘berprada-prada’.” Syafiq menyuarakan kebimbangannya terhadap kawan baik isterinya itu.

            “Ish, you all ni buat ayat macam tu jadi takut pula I. Kalau tak I okey je tadi. Ok, fine I balik dengan Aduka. Tapi hantar I sampai stesen LRT terdekat je ye.”

*************

            Kereta yang dipandu Aduka Firdaus bergerak perlahan meninggalkan rumah Syafiq dan Maisarah. Radio dimainkan dengan nada yang perlahan. Untuk seketika, mereka berdua hanya berdiam diri. Tidak lama selepas itu Aduka Firdaus mendapat mesej melalui Whatsapp dari Syafiq. Dia tersenyum dan membalas dengan ucapan terima kasih.

            Ish, ni tak boleh jadi ni takkan sampai ke sudah nak diam macam ni. Inilah masanya untuk aku tahu pasal dia.

            So Sri, what makes you call Mai, Datin Maya? Awak jangan salah anggap pula. I’m just curious. That’s all.” Aduka Firdaus bermula dengan soalan yang tidak berkaitan dengan Sri. Sri sudah sedikit ketawa apabila mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia memanggil Maisarah dengan panggilan Datin Maya, bukannya Mai.

            “Oh pasal Datin Maya tu ke. Panggilan tu dapat masa zaman universiti dulu. Datin Maya, waktu tu saya still panggil dia Mai, pernah couple dengan seorang senior, lepas sebulan mereka couple senior tu minta putus. Berdasarkan cakap-cakap orang senior tu memang playboy. Nak dijadikan cerita, Mai selalu play lagu Maya Percintaan by Utopia. Dia memang suka lagu-lagu zaman slow rock dulu. Boleh dikatakan hari-hari dia akan pasang lagu tu. Kalau sehari sekali je ok lagi, ini lagu tu sentiasa looping dekat laptop dia. Tiga bulan jugalah nak bernanah telinga saya asyik dengar Maya Percintaan walaupun lagu tu memang best. Bermula dari peristiwa tu la saya panggil dia Maya. Tapi saya seorang je yang panggil dia Maya, orang lain still panggil dia Mai.”

            “Oh ok. Macam tu pula. Habis tu tang bila dapat Datinnya?” Aduka Firdaus sudah tersengih dengan cerita Sri Farhanah.

            “Oh Datin tu dapat gelaran lepas Mai cakap dia nak kahwin dengan Dato’. Lepas tu la yang saya mula panggil dia Datin Maya dan start guna I-you, I-you. Lepas tu melekat guna I-you, I-you tu sampai sekarang, Syafiq pun berjangkit sekali. Kalau tak dulu kitorang beraku kau je. Haha. Tapi yang saya respect pasal Mai, lepas putus tu dia terus belajar bersungguh-sungguh. Semua mamat dekat uni tu dia tak layan. Syafiq tu pun sebenarnya pernah kena reject dengan Mai tahu. Tapi orang cakap kalau dah jodoh tu tak ke mana, alih-alih bila dah kerja terjumpa balik dan Syafiq terus buat serangan berani mati, hujung minggu tu terus masuk meminang. Alhamdulillah urusan mereka dipermudahkan.” Sri Farhanah sudah rancak bercerita, mungkin kerana dia sudah rasa selesa.

            “Oh, itu ke kisahnya. No wonderlah Syafiq tak pernah bercinta tiba-tiba cakap kat saya nak kahwin. Dia tak pernah cerita pun pasal kena reject tu.” Ujar Aduka Firdaus seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

            “Eh, dari tadi saya nak tanya tapi lupa. Awak drive kereta siapa ni?”

            “Kereta sayalah Puan Sri Embun. Apa, awak ingat saya tak mampu nak beli kereta?”

            “Eh eh, bukan. Jangan salah anggap. Saya tanya je, dah selalu awak naik LRT kan.”

            “Hehe, saya gurau je Puan Sri. Tak salah anggap pun. Saya pergi kerja memang naik LRT, jimat sikit. Sekarang banyak kenaikan harga, so kita try la jimat dekat mana yang boleh.”

            “Oh. Bagus-bagus! Berjimat selagi boleh. Eh, macam kenal je jalan ni?” Ujar Sri Farhanah.

            “Amboi, Puan Sri, mentang-mentanglah saya jadi driver hari ni, Puan Sri dah tak ingat jalan nak pergi rumah sendiri?”

            “Ha, macam mana awak tahu rumah saya Aduka? Patutlah saya rasa lama sangat nak sampai stesen LRT.”

            “Saya dah suruh Syafiq tanya Mai dan Whatsapp alamat rumah awak. Bahayalah malam-malam macam ni nak balik sorang-sorang. Sorry ye Sri kalau awak tak suka tapi saya risau memikirkan dari stesen LRT nanti awak kena berjalan kaki sampai rumah. At least bila saya hantar ni saya boleh pastikan awak dah masuk rumah baru saya gerak balik.”

            “Kita dah nak sampai dah pun Aduka. Saya nak cakap apa lagi. Thank you and sorry menyusahkan awak, di kala awak nak berjimat, dah terguna extra petrol.” Ujar Sri Farhanah sambil tersengih di hujung ayatnya.

            “Awak nak perli saya ke ape? It’s okay, none taken. Nope. Tak susah pun. Ini pun salah satu tanggungjawab saya untuk memastikan awak, sebagai saudara seagama saya selamat tiba ke rumah.” Aduka Firdaus tersenyum.

*************

Dua bulan dua minggu kemudian…  

Sri Farhanah mengetuk-ngetuk perlahan meja di sebuah Secret Recipe. Dia menunggu kehadiran seseorang. Orang yang dinantikan bukan sahaja tidak dikenali bahkan sudah lewat tujuh minit. Sudah penat matanya melilau memerhati keadaan sekeliling, dia kembali memandang pintu masuk Secret Recipe tersebut. Kelihatan seorang wanita muda yang bergaya melibaskan rambut panjang ikalnya ke belakang seraya menolak daun pintu Secret Recipe tersebut. Wanita itu berjalan terus ke arah Sri Farhanah.

            “Hai, awak mesti Sri kan? Saya Dhiya Darina yang call nak jumpa awak tu. Just call me Dhiya.” Dhiya Darina menghulurkan tangan lalu Sri Farhanah menyambut huluran salam tersebut.

            “Saya Sri Farhanah. Jemputlah duduk Dhiya. Awak nak order apa-apa?” Sri Farhanah bermanis muka dengan Dhiya Darina. Dhiya Darina duduk berhadapan dengan Sri Farhanah.

It’s okay, Sri. Saya datang bukan nak minum.” Dhiya Darina bersuara tegas. Sri Farhanah masih lagi bermanis muka.

“Ok. Dhiya, boleh saya tahu kenapa awak nak jumpa saya? Awak cakap mengenai hidup dan mati Aduka. Kenapa dengan dia?”

“Oh, so awak panggil dia Aduka. So sweet. Dia tak pernah izinkan orang lain panggil dia Aduka. So, Sri, awak lah perempuan kampung yang nak rampas abang Aus dari saya ye?” Dhiya Darina sudah bersuara

Excuse me?!” Sri Farhanah sudah berkerut dahi memandang Dhiya Darina di hadapannya.

Apa ke hal minah depan aku ni? Dah lah call nak jumpa aku kata perkara penting pasal hidup dan mati. Ni dah cari pasal ni. Hello, minah! Kampung bukan sebarang kampung ye, Kampung New Zealand tahu! Class you ada bunyi New Zealand gitu! Kau ada?! Sabar Sri, sabar. Selagi kau boleh sabar, kau sabar. Jangan berperang dekat sini, free-free je nanti minah ni jadi arwah kau yang susah. Stay cool, Sri, stay cool! Wanita yang educated macam kau ni tak boleh cepat melatah dengan berita yang tak semestinya betul ni.

“Betullah apa yang saya cakap. Awak perampas, Sri! Kalau awak tak hadir dalam hidup abang Aus, mesti abang Aus tak menjauhkan diri dari saya.”

“Maafkan saya ya Dhiya. Saya rasa saya tak ada pun rampas Aduka dari sesiapa. We are both singles and available. So, I don’t see any problem here.”

You’re wrong Sri. I’m abang Aus’ fiancée.” Ujar Dhiya Darina dengan penuh yakin dan wajah yang berpuas hati. Sri Farhanah terkejut tetapi sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya.

Padan muka kau Sri! Tadi kau confident sangat cakap Aduka tu single and available. Kau aje lah yang single and available, dia dah jadi single but unofficially taken. It’s okay, Sri, orang cakap kumbang bukan seekor. Nak sedih-sedih mohon dekat rumah nanti. Sekarang depan minah ni kau kena cool je.

Oh, really? Congratulations, then. At least the fact that we are both singles is correct. Whatever! Tak luak pun. Bila walimahnya? Jangan lupa jemput ye.” Sri Farhanah berbicara dengan nada yang ceria. Ceria yang dibuat-buat sebenarnya. Dalam hati sudah berlagu sedih.

“Tak lama lagi. Jangan risau, saya akan pastikan awak dijemput. Sri, saya harap awak fahamlah ye. Tolong jauhkan diri awak dari abang Aus saya. Itu je yang saya minta. Please, Sri. Saya tak boleh dan tak sanggup kehilangan dia.” Kali ini nada suara Dhiya Darina sudah mengendur.  Kedua-dua tangannya memegang tangan Sri. Dia betul-betul maksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.

Ish, minah ni pegang-pegang tangan aku pula. Tak pasal-pasal orang sekeliling yang tak husnudzon (bersangka baik) dengan aku fikir aku lesbian. Jatuh laa saham aku! Sudahlah Aduka dah out of list, jangan laa buat aku tak laku. Amboi Sri, ke situ pula kau fikir! Relax laa, tak payah nak merayu-rayu macam ni. Aku pun tak hingin laa tunang orang. Berlambak lagi lelaki beriman lain dekat luar sana.

Sri Farhanah menarik tangannya dari genggaman Dhiya Darina.

“Dhiya, chill okay. Saya tak pernah berniat pun nak rampas tunang sesiapa. You don’t have to worry. Eh, soal hidup dan mati ni dah habis kan? Saya gerak dululah ye.  Ada hal lain ni. Semoga awak berbahagia dengan Aduka. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Dhiya Darina menjawab salam Sri Farhanah yang sudahpun berlalu pergi. Sejujurnya Sri Farhanah sudah tidak betah lagi menahan rasa bercakap mengenai Aduka. Lebih baik dia undur diri. Dhiya Darina memandang Sri Farhanah yang sudah menjauh.

*************
      
      Malam itu Sri Farhanah isi dengan berguling-guling di atas katil selepas dia selesai membaca surah Al-Mulk. Matanya yang menjadi kebiasaan akan lelap awal tiba-tiba pada malam itu segar-bugar. Peristiwa dia bersemuka dengan tunang Aduka Firdaus kembali berlayar di minda. Dhiya Darina. Nama itu disebutnya di dalam hati entah ke berapa kali.
      
      Dhiya, kenapa kau muncul sekarang? Sepatutnya kau muncul lepas aku dah nikah dengan Aduka, barulah aku tak tergugat sebab aku dah sah jadi bini dia. Ok Sri, mohonlah jangan perasan! Aduka baru bagi hint sikit kau dah terlebih berangan. Pengsan!
       
     Sri Farhanah bangun dari pembaringan dan menuju ke arah komputer ribanya yang berada di meja. Dia menekan punat ‘ON’ dan memasukkan kata laluan. Setelah itu dia mula melayari internet. Lebih tepat, laman sosial Facebook. Ada mesej dihantar oleh A. Firdaus A. Fahmi bertanyakan kenapa dia menyepi sahaja pada hari ini. Pada mula Sri Farhanah mendapat ‘friend request’ dari Aduka Firdaus dia tergelak kerana Aduka Firdaus meletakkan namanya sebagai A. Firdaus A. Fahmi. Dalam kepala Sri Farhanah sudah terbayang watak A.Galak di dalam drama Roda-Roda Kota Raya dan Gerak Khas suatu ketika dahulu, bezanya huruf A pada nama A. Galak adalah singkatan untuk Ahmad manakala A. Firdaus A. Fahmi adalah Aduka Firdaus Arjuna Fahmi. Aduka Firdaus juga tidak terkecuali menyatakan kepada Sri Farhanah bahawa dia teringatkan kuih seri muka apabila pertama kali tahu nama Sri Farhanah di laman Facebook. Sri Farhanah berhujah bahawa namanya di laman Facebook untuk menyatakan bahawa mukanya berseri dan bukannya mengenai kuih seri muka.

Sri Farhanah menarik nafas panjang dan dalam serta menghembuskan nafasnya. Dia yakin yang Aduka Firdaus masih belum tidur walaupun tiada tanda-tanda dia berada di atas talian. Mereka sama-sama jenis suka ‘off chat’ di Facebook. Sri Farhanah kumpulkan juga kekuatan bagi membalas mesej Aduka Firdaus.

Sri Muka Berseri: Wa`alaikumussalam.. hari ni tak berapa rajin nk online… huhuhu

A. Firdaus A. Fahmi: awatnya? Busy dengan kerja? Susahnya jadi wanita berkerjaya ni. Nanti kahwin dengan saya awak jadi suri rumah sepenuh masa je lah ya :D

Sri Farhanah memandang bait-bait ayat tersebut.

See! Macam mana aku tak terperasan sendiri. Dah kalau dia buat ayat macam ni. Takdelah lemak manis disukai ramai pun tapi boleh membuatkan diri ini mengalami sindrom syok sendiri tahap tak sedar diri.

Sri Muka Berseri: hahaha… buat lawak pulak… awak, nanti nak nikah jangan lupa jemput...

A. Firdaus A. Fahmi: awak wajiblah datang. Dah awak pengantin perempuannya :P

Sri Muka Berseri: awak ni saya tengah serius awak main-main pula… -..-

A. Firdaus A. Fahmi: awak, saya seriuslah ni. Nanti saya bincang dengan family saya masuk meminang awak hujung bulan ni boleh? (“,)

Boleh sangat… provided awak bukan tunang orang lain… sayangnya dah terlambat…

Sri Muka Berseri: habis tu Dhiya awak nak campak mana?

A. Firdaus A. Fahmi: apa kaitan dengan Dhiya pula ni? Mana awak kenal dia?

Sri Muka Berseri: mana kenal tu tak penting. Awak tunang dia kan. Congrats wak! Dah bertunang saje tak nak cakap kan.

A. Firdaus A. Fahmi: bila masa pula saya bertunang dengan dia ni? Awak jangan salah faham. Dhiya tu saya dah anggap macam adik kandung saya sendiri. Awak ada jumpa dia? Kenapa dia tiba-tiba jumpa awak? Suruh awak jauhkan diri dari saya? Betul tak?

Sri Muka Berseri: betul ataupun tidak tu tak penting… semoga awak berbahagia dengan dia…

A. Firdaus A. Fahmi: Sri, jangan macam ni, please… Dhiya tu memang calon yang family saya cadangkan sebab kami dah kenal sejak kecil… tapi percayalah Sri, sekelumit pun takde sayang lebih dari seorang abang kepada adik…

Sri Muka Berseri: awak, jodoh yang family dah tentukan lagi baik… kedua-dua belah family akan restui… awak patut buat apa yang parents awak gembira… redha Allah terletak kepada redha kedua ibubapa… gembirakanlah hati mereka selagi mereka masih ada…

A. Firdaus A. Fahmi: Sri, memang betul apa yang awak cakap, tapi saya boleh slow talk dengan parents saya dan saya yakin mereka akan sukakan awak…. Percayalah Sri… saya sayang Dhiya tak lebih dari sayang seorang abang kepada adiknya… tapi sayang saya pada awak yang membawa saya untuk menyunting awak jadi suri hidup saya…

Sri Muka Berseri: Thanks but no thanks… semoga awak berbahagia dengan Dhiya, Aduka… Assalaamu`alaikum…

Sri Farhanah terus daftar keluar dari akaun Facebooknya. Sungguh dia sendiri sedih dengan keputusan yang diambilnya ini tetapi dia tahu ini adalah keputusan yang terbaik buat semua orang. Walaupun hatinya akan terluka. Selama lebih dua bulan mereka berkenalan ini, mereka hanya berjumpa jika terserempak di dalam LRT. Selebihnya mereka hanya berhubung melalui laman Facebook. Namun, Sri Farhanah akui bahawa dia sudah terpaut dengan kebaikan dan ciri-ciri yang ada pada Aduka Firdaus. Dia akan belajar untuk redha dengan ketentuan ini. Dia tidak mahu menjadi batu penghalang penyatuan dua buah keluarga yang sudah lama saling mengenali.

*************

Sejak sesi chatting di Facebook yang lepas, Sri Farhanah terus menyepikan diri. Sudah berkali-kali Aduka Firdaus cuba menghubunginya tetapi gagal. Aduka Firdaus turut bertanya kepada Maisarah dan Syafiq tetapi ternyata mereka sedikitpun tidak memberi sebarang maklumat kepada Aduka Firdaus. Dia turut pergi ke rumah sewa Sri Farhanah tetapi berita yang Sri Farhanah sudah berpindah keluar dari rumah sewa tersebut begitu mengecewakan hatinya. Serasa dia sudah tidak punya peluang lagi untuk cuba memenangi hati bunga pujaannya itu.

            Pencarian Sri Farhanah yang menyepikan diri entah di mana masih belum selesai. Namun, desakan dari keluarganya untuk dia berkahwin dengan Dhiya Darina semakin hari semakin rancak. Ingat golongan kaya sahaja ke yang nak tentukan jodoh untuk anak-anak mereka? Golongan sederhana macam keluarga Aduka Firdaus dan Dhiya Darina juga ada merencanakan perkara yang sama. Dan Aduka Firdaus tersepit di antara cintanya kepada Sri Farhanah dengan cintanya kepada ahli keluarganya terutamanya kepada kedua ibubapanya.

            Aduka Firdaus akhirnya akur dengan pilihan keluarganya. Tiga purnama dia cuba mencari Sri Farhana tetapi berakhir dengan kekecewaan. Dia turut melakukan solat istikharah dalam tempoh itu. Meski tidak mendapat jawapan dalam bentuk mimpi, namun dia percaya bahawa ketenangan hati dan persiapan perkahwinan yang lancar dan dipermudahkan yang dilakukan oleh keluarganya adalah salah satu tanda bahawa Dhiya Darina adalah jodohnya.

            Antara sebab lain yang menyebabkan dia sedikit terbuka untuk menerima Dhiya Darina adalah kerana Dhiya Darina kini sudah mengenakan hijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna. Dia sendiri tidak mengetahui apa yang menyebabkan Dhiya Darina berubah sedemikian rupa tetapi dia tetap mengucapkan syukur kerana sekurang-kurangnya apabila sudah bergelar isterinya nanti, dia tidak menjadi lelaki dayus yang membiarkan isterinya keluar dari rumah tanpa menutup aurat. Insya Allah ini adalah pilihan terbaik dan pasti ada hikmah tersembunyi.

*************
Assalaamu`alaikum wahai Aduka Firdaus, suami Dhiya yang paling Dhiya sayang sekali,

Eheh gaya macam ada banyak suami je dan abang yang Dhiya paling sayang >_< Bukan tau bang, Dhiya ada abang sorang je tau! Dhiya tak sayang sekali, Dhiya sayang berkali-kali :) Ha kembang lah tu, kembang lah tu! Abang nak kembang, kembanglah, Dhiya tetap sayang suami Dhiya yang baik hati ni. Lalala~ Ha tengok! Kembang lagilah tu :P

Abang, selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama! :)

Dhiya tahu abang pegang amanah, abang mesti baca surat ni waktu anniversary kita macam yang abang janji, kan? tu yang buat Dhiya sayang abang tu… Dhiya tahu Dhiya amanah abang, dan abang dah jaga Dhiya dengan baik sekali… first class punye service pun kalah tau… cayalah husband Dhiya ni… :P

Abang, Dhiya nak minta abang halalkan segala makan dan minum Dhiya selama kita berkongsi hidup ni.. Dhiya nak minta ampun andai Dhiya ada buat salah pada abang ataupun lukakan hati abang… paling Dhiya nak minta maaf sekali atas layanan Dhiya yang mungkin kurang berbanding isteri orang lain, abang yang banyak jaga Dhiya… maafkan Dhiya menyusahkan abang… tapi, ketahuilah abang, Dhiya Darina ini bahagia menjadi isteri kepada Aduka Firdaus… Dhiya bersyukur Allah hadirkan abang dalam hidup Dhiya…

Okey sempena anniversary kita yang pertama ni, Dhiya akan beritahu perkara yang abang nak tahu sebelum ni… hehehe… saje je Dhiya tak nak beritahu awal-awal :P 

Abang selalu tanya apa yang menyebabkan Dhiya buat keputusan untuk pakai tudung… Dan mesti abang ingat sebab leukemia yang menyebabkan Dhiya keguguran rambut tu kan… Sebenarnya Dhiya dah buat keputusan untuk menutup aurat dengan sempurna sebelum Dhiya tahu yang Dhiya menghidap leukimia lagi… malangnya Dhiya selalu tangguh-tangguh… tapi, Dhiya lupa, rupa-rupanya kematian tu tak mengira kita sudah bertaubat atau belum… kematian tu sesuatu yang pasti… kerana syarat untuk mati bukanlah tua, tetapi bernyawa… Dhiya tahu harapan Dhiya tipis, sebab tu Dhiya terus jumpa Sri minta dia jauhkan diri pada abang… Dhiya nak jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, Dhiya tak nak bagi mak dan ayah risau. Sebab tu Dhiya rahsiakan penyakit Dhiya dari mereka dan teruskan juga plan family kita nak satukan kita…. Maafkan Dhiya bang, andai diri ini menzalimi dirimu… Dhiya dah pisahkan abang dari Sri :’( 

Oleh itu, untuk hadiah ulang tahun perkahwinan kita ni, selain Dhiya nak minta jasa baik  abang sedekahkan Yaassin untuk Dhiya, Dhiya nak abang cari dan teruskan niat abang dahulu untuk menjadikan Sri suri hati abang… Please abang, kalau abang sayangkan Dhiya, abang cari dan nikah dengan Sri ye… dan bila abang jumpa Sri nanti, tolong serahkan pada Sri surat yang ada Dhiya sertakan sekali ini...

Abang, ketahuilah bahawa Dhiya bahagia menjadi isteri abang… dan Dhiya berharap agar abang juga pernah bahagia menjadi suami Dhiya… tapi abang perlu cari kebahagian abang dengan Sri yang tertangguh dahulu...
Selamat berbahagia duhai suamiku…
Di pintu syurga, ku kan setia menantimu …

Yang Berkali-kali Sayang Kamu,
.:|[ Dhiya Darina ]|:.

*************

            Aduka Firdaus buntu. Mengenang surat terakhir pemberian arwah isterinya, dia sedaya upaya mencuba sekali lagi untuk mencari Sri Farhanah. Lebih setahun dia berusaha mencarinya. Melalui Syafiq, dia mengetahui bahawa Sri Farhanah baru sahaja menghabiskan pengajiannya di peringat Sarjana. Kali ini, setelah sekian lama, dia kembali melakukan solat istikharah meminta petunjuk dari Sang Pencipta kerana Dia yang Maha Mengetahui. Dia akui, dia sayangkan arwah Dhiya Darina. Dia seorang yang berbeza sekali selepas menjadi isterinya. Walaupun dalam kesakitan, dia tetap mempamerkan riak ceria. Lihat sahaja surat terakhirnya itu, masih lagi ada senda guraunya menyakat Aduka Firdaus. Tidak pernah sekali pun Aduka Firdaus menyesali keputusan untuk menikahi Dhiya Darina.

            Soalnya sekarang, masih adakah jodohnya dengan Sri Farhanah? Dia sendiri tidak tercapai dek akal memikirkan permintaan terakhir arwah Dhiya Darina. Dia terharu kerana arwah Dhiya Darina mahu melihat dia dan Sri Farhana bahagia. Dia sendiri sudah lama redha dengan hidupnya bersama arwah Dhiya Darina. Dia sudah lama memaafkan Dhiya Darina kerana dia tahu Dhiya Darina melakukan semua ini kerana ingin memastikan ibubapanya bahagia sebelum dia menghadap Ilahi.

            Mungkin kerana penat memikirkan semua yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Aduka Firdaus tidak sedar yang dirinya sudah tersengguk-sengguk tertidur. Tiba-tiba ada seseorang bersuara betul-betul berhampiran dengannya.

            Excuse me, this is a priority seat and looking at how well you are, I don’t think that you deserve to sit here.

            Aduka Firdaus secara automatik mengangkat mukanya. Sri Farhanah! Dia tersenyum lebar seraya bangun dari tempat duduk. Dia dapat lihat yang Sri Farhanah juga tergamam melihat dirinya.

            Eh, Puan Sri, I’m so sorry. Dipersilakan duduk. Pregnant mom memang sesuai sangat duduk dekat seat ni.” Aduka Firdaus bersuara ceria. Sengaja dia ungkit cerita mengenai ibu mengandung itu. Teringat pula dia ketika pertemuan pertama mereka yang Sri Farhanah berlakon sebagai ibu mengandung untuk mendapatkan tempat duduk darinya. Tetapi hari ini dia tahu bahawa Sri Farhanah sendiri terkejut dengan situasi yang baru berlaku ini. Alhamdulillah, dia berpeluang untuk berjumpa dengan Sri Farhanah secara tidak disangka-sangka. Syukur ya Allah.           
 

            Sri Farhanah kaget. Sudahnya antara dia dan Aduka Firdaus, tiada sesiapa yang duduk di tempat khas tersebut. Dia begitu tidak mengangka akan terserempak dengan Aduka Firdaus pada hari ini, setelah lebih dua tahun mereka tidak berjumpa dan berhubung. Aduka Firdaus mengekori Sri Farhanah yang keluar dari koc LRT apabila tiba di stesen KL Sentral.

            “Sri, kita dah lebih dua tahun tak jumpa. Janganlah lari dari saya macam ni. Jom kita pergi minum-minum dulu at least. Jangan mengelak, Sri. Please.” Aduka Firdaus bersuara sebaik sahaja dia berjaya memintas Sri Farhanah sekaligus memaksa Sri Farhanah menghentikan langkahnya.

            “Ok, tapi sekejap je tau. Saya kena balik cepat ni.” Ujar Sri Farhanah.

          “Ok, sekejap pun takpe. Kita pergi KFC boleh?” Aduka Firdaus  bertanya dengan nada gembira. Sri Farhanah hanya menjawab pertanyaan itu dengan anggukan kepala.

            Sudahnya mereka hanya duduk di meja dikawasan luar KFC tanpa membeli sebarang makanan mahupun minuman.

            “Sri, kenapa awak menghilangkan diri? Saya contact dekat FB awak tak reply malah susah sangat nak tengok awak update status. Saya tanya Syafiq dan Mai pula mereka tak beritahu sebab Mai dah janji dengan awak.” Aduka Firdaus bersuara setelah mereka hanya berdiam-diri.

            “Eh mana ada saya menghilangkan diri. Saya sambung Master lah. Masih di galaksi bima sakti ni. Macam mana hidup awak lepas kahwin ni? Sorry sangat-sangat tak dapat datang wedding awak tapi saya ada kirim hadiah pada Syafiq dan Datin Maya.”

            Aduka Firdaus baru membuka mulut untuk bersuara tetapi terhenti apabila dipintas oleh satu suara.

            “Mama!” Seorang kanak-kanak perempuan linkungan umur dua tahun yang didukung oleh seorang lelaki memanggil Sri Farhanah. Sri Farhanah bangun dari tempat duduknya dan menghampiri lelaki yang sedang mendukung kanak-kanak perempuan tersebut. Dia mencium kanak-kanak itu dan menyalam tangan lelaki yang kini sudah berdiri di hadapannya. Kanak-kanak tersebut mendepangkan tangan menandakan ingin Sri Farhanah mendukungnya. Sri Farhanah mendukung kanak-kanak tersebut dan sekali lagi mencium pipi kanak-kanak itu.

            “Anak mama buat apa dekat sini? Nak makan KFC ye?” Kanak-kanak itu hanya mengangguk-angukkan kepalanya sambil tersengih comel.

            “Bila abang sampai? Dah cakap kan tak payah jemput. Mentang-mentanglah tengah on leave. Kesian Amna abi bawa jalan-jalan berdua je ye.” Sri Farhanah bertanya kepada lelaki di hadapannya dan memandang kanak-kanak kecil yang dipanngil Amna itu.

            “Baru la juga sampai. Saja je jemput, sambil-sambil tu boleh bawa Amna jalan-jalan, makan KFC favourite dia ni. Siapa tu?” Lelaki itu menjawab pertanyaan Sri Farhanah dan bertanyakan siapa gerangan lelaki yang sedari ketibaannya tadi sudah berdiri di belakang Sri Farhanah.

            “Ya Allah, lupa nak kenalkan. Jumpa si comel Amna ni dah lupa benda lain. Abang, kenalkan ni Aduka Firdaus. Boleh panggil dia Aus je. Awak, kenalkan ni Amir Abbas. You can call him Amir.”

            Aduka Firdaus dan Amir Abbas bersalaman selepas diperkenalkan oleh Sri Farhanah. Kali ini dia betul-betul melepas. Kalau pertemuan pertama dahulu dia sangkakan Sri Farhanah sudah berkahwin dengan Tan Sri, tapi kini dia benar-benar sudah berkahwin walaupun melihat dari gayanya bukan dengan Tan Sri.

            “Okeylah Amir, aku nak gerak balik dah ni. Aku minta izin nak cakap dengan Sri kejap ek. Sri, ni ada surat yang diamanahkan untuk awak. Alhamdulillah dapat juga saya sampaikan.” Aduka Firdaus mengeluarkan surat yang sentiasa ada di dalam begnya dan menyerahkan kepada Sri Farhanah. Sri Farhanah yang sedikit terkejut dengan pemberian surat tersebut mengambilnya juga. Aduka Firdaus bersalaman dengan Amir Abbas dan mencuit pipi si comel Amna. Dia memberi salam lalu berlalu pergi.

*************

            Jantung Sri Farhanah berdegup kencang saat terpandang Aduka Firdaus yang memasuki koc LRT melalui pintu tengah koc tersebut. Sudah sebulan berlalu sejak dia terserempak dengan Aduka Firdaus sekaligus menerima surat terakhir dari arwah Dhiya Darina. Dia betul-betul tidak tahu yang Dhiya Darina sudah meninggal dunia jika bukan disebabkan oleh surat tersebut. Dia berkira-kira akan kewajaran untuknya menegur Aduka Firdaus.

Perlukah aku cakap dengan dia sekarang ataupun tunggu dulu? It’s now or never Sri. You go, girl!

            Sri Farhanah menghampiri Aduka Firdaus. Dia cuba untuk mempamirkan senyuman manis namun dia dapat rasakan bahawa senyuman yang terbit di bibirnya itu kelihatan kekok sekali. Dia melangkah berhati-hati kerana LRT telah memulakan perjalanan. Dia perlu mengekalkan keseimbangan agar tidak terjatuh memalukan keturunan. Dia sudah menghampiri Aduka Firdaus. Aduka Firdaus yang sudah mula perasan akan kehadirannya hanya mampu untuk memberikan senyuman segaris. Mereka masing-masing mendiamkan diri.

“Aduka, I’m so sorry. Saya tak tahu yang Dhiya dah meninggal dunia. Syafiq dan Datin Maya tak sebut apa-apa pun pasal tu. Takziah.”

It’s okay, Sri. It’s not your fault. Sedekahkan Al-Fatihah atau Yassin untuk dia ya. Thanks a lot.

“Awak, boleh tak kejap lagi awak turun dekat KL Sentral sekali? Saya ada sesuatu yang nak cakap pada awak. Tak sesuai pula cakap dalam LRT ni.” Sri Farhanah memulakan bicara.

“Saya ok tapi awak takpe ke?”

“Saya memang akan turun dekat KL Sentral untuk sebulan dua ni.”

Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari LRT di stesen KL Sentral, sekali lagi mereka menghala ke arah KFC dan sekali lagi mereka hanya duduk tidak membeli sebarang makanan. Boleh rugi KFC jika ramai orang sebegini. Mujurlah mereka tidak dihalau kerana hanya menyemakkan sahaja meja luar KFC itu. Setelah beberapa minit mereka hanya berdiam diri, Sri Farhanah mula bersuara setelah mengumpul segala kekuatan yang diperlukan.

“Aduka, sudi tak awak jadi ‘Tan Sri’ saya?”

Aduka Firdaus ternyata terkejut dengan soalan yang baru sahaja dilontarkan oleh Sri Farhanah. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia akan diajukan soalan itu oleh Sri Farhanah. Kalau dahulu mungkin dia akan menjadi orang yang paling gembira sekali jika Sri Farhanah bersetuju untuk memulakan hidup bersamanya, namun kini mana mungkin dia akan menjadi peruntuh masjid yang telah dibina oleh Sri Farhanah dan Amir Abbas.

“Sri, awak tahu tak apa yang awak cakap ni? Takkan awak senang-senang je nak meruntuhkan masjid yang awak dah bina?” Suara Aduka Firdaus sudah sedikit meninggi tetapi cuba dikawalnya kerana mereka berada di tempat awam.

“Hah?! Masjid?” Giliran Sri Farhanah pula untuk terkejut dan terpinga-pinga.

Bila masa pula aku dirikan masjid ni? Kalau bersedekah dekat tabung masjid tu adalah bila singgah tumpang solat dekat mana-mana masjid. Setakat ni belum mampu lagi aku nak dirikan masjid.

“Assalaamu`alaikum, eh Embun lepak dekat sini lagi?” Amir Abbas bersuara dan bersalaman dengan Aduka Firdaus. Dia tersenyum mesra ke arah mereka berdua.

Aduka Firdaus kehairanan. Suami Sri Farhanah boleh tersenyum mesra ke arahnya sedangkan isterinya ini baru sahaja bertanya akan kesudian Aduka Firdaus untuk menjadi ‘Tan Sri’nya.

“Ha’ah bang. Nak cakap lepak tu tak lepak sangat laa. Kak Intan mana?” Sri Farhanah bertanya selepas dia menyalami Amir Abbas.

“Kak Intan bawa Amna pergi washroom. Abang nampak Embun tadi tu yang datang singgah ni. Aus bolehlah kau kenal dengan Intan nanti. Orang rumah aku.” Amir Abbas bersuara dan ayat terakhirnya ditujukan kepada Aduka Firdaus.

“Orang rumah kau? Habis Sri ni?” Aduka Firdaus seperti orang dungu bertanya kepada Amir Abbas.

Sri Farhanah seperti sudah dapat menangkap maksud mendirikan masjid yang dikatakan oleh Aduka Firdaus sebentar tadi sudah tersenyum. Kelihatan Amir Abbas sudah berkerut dahi.

“Aduka, Amir Abbas Ahmad Fuad ni abang kandung saya merangkap wali saya. Kak Intan tu kakak ipar saya. Ibu kandung Amna. Dan Amna memang panggil saya mama. Dia panggil Kak Intan, ummi. Sorry bang, Aduka tak tahu yang kita siblings.” Kata Sri Farhanah yang sudah tersengih sambil menerangkan kedudukan sebenar kepada kedua-dua lelaki yang berada di hadapannya. Amir Abbas hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Aduka Firdaus pula? Sudah tentu menunjukkan riak gembira dan boleh bernafas dengan lega.

“Eh, dah alang-alang kita ada dekat sini jomlah kita dinner sama-sama. Tak payahlah Kak Intan kamu nak memasak balik nanti.” Ujar Amir Abbas. Sri Farhanah dan Aduka Firdaus hanya mengangguk bersetuju dengan cadangan tersebut.

Amir Abbas bergerak terlebih dahulu menuju ke kawasan washroom untuk menunggu isterinya. Sri Farhanah pula mengikut tidak jauh di belakang abangnya itu manakala Aduka Firdaus sudah tersengih-sengih berjalan bersebelahan dengannya.

“Sri, saya setuju.” Ujar Aduka Firdaus dengan penuh yakin.

“Setuju apa?”

“Saya setuju untuk jadi ‘Tan Sri’ kepada awak, ‘Puan Sri’” Aduka Firdaus sudah tersengih nakal.

Sri Farhanah terus berjalan laju-laju. Dia segan sebenarnya. Seperti perigi berlari-lari mencari timba pula. Namun jauh di sudut hatinya yang paling dalam, dia tetap melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

It’s now or never, Sri. And you did a good job, girl. Well done! Alhamdulillah.

*************

Sri Farhanah melipat kembali surat dari Dhiya Darina yang dia terima melalui Aduka Firdaus tidak lama dahulu. Dia tidak pasti itu adalah kali ke berapa dia khatamkan surat tersebut sejak menerimanya. Maisarah mengemas kembali solekan tipis di wajah Sri Farhanah yang sedikit comot selepas membaca surat dari Dhiya Darina. Sri Farhanah meletakkan surat tersebut kembali ke dalam beg tangannya. Sri Farhanah memandang mata bundar milik Maisarah. Maisarah membalas pandangan kawan baiknya itu dengan senyuman manis dan anggukan. Sri Farhanah membalas senyuman itu dan turut mengangguk lalu Maisarah menemani dia keluar dari bilik untuk upacara akad nikah dia dan Aduka Firdaus yang akan berlangsung sebentar lagi.

 Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui, Kau bimbinglah kami dalam setiap langkah sebelum bertemu Mu ya Allah. Walau kami sudah merancang dengan baik segala urusan kami di sini, namun kami akur dengan qadak dan qadar ketentuanMu ya Allah. Dan kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang, permudahkanlah segala urusan kami dan cucurilah rahmat ke atas roh Dhiya Darina. Aamiin ya rabbal `alamin.

*************

Assalamu`alaikum.
Sri Farhanah,

Sri, ketika awak membaca surat ini, kemungkinan besar kita sudah berada di alam yang berbeza. Semoga awak sentiasa sihat di bawah lembayung rahmat-Nya. Saya minta maaf Sri sebab jadi perampas. Ya! Sayalah perampas sebenarnya. Memang keluarga kami ingin jodohkan kami, tetapi saya tahu cinta dan hati abang bukan pada saya. Saya sendiri anggap abang seperti abang kandung saya pada asalnya. Maafkan saya Sri sebab merampas abang dari hidup awak. Maafkan saya sebab menjauhkan abang dari awak. Saya hanya nak lihat keluarga saya gembira sebelum saya menutup mata. Dan jika mengahwini abang boleh membuatkan mereka gembira, saya rela. Kerana itu yang saya mampu lakukan untuk mengembirakan mereka. Maafkan saya juga jumpa awak semata-mata untuk minta awak jauhkan diri dari abang. Saya tak berani nak berterus terang tentang penyakit saya pada awak. Saya takut awak akan halang saya dari berkahwin dengan abang. Saya hanya nak pinjam abang sekejapppp sahaja untuk menggembirakan keluarga saya sebelum saya pergi tak kembali.

Terimalah abang seadanya Sri. Saya tahu abang begitu cintakan awak dan awak juga cintakan dia. Saya tahu permintaan saya ini agak melampau setelah saya yang menjadi punca awak dan abang berpisah. Tapi, percayalah Sri, cinta abang pada awak tak pernah berkurang. Saya bersyukur kerana abang boleh menerima saya dengan baik, namun saya turut rasa bersalah kerana memisahkan awak dan abang. Saya pinta agar awak boleh menerima semula abang dalam hidup awak. Saya pernah merasa bahagia menjadi isteri abang dan saya berdoa agar awak akan lebih bahagia apabila menjadi isteri abang. Tolong bahagiakan abang bagi pihak saya kerana semasa hayat saya, saya tak punya masa yang panjang untuk bahagiakan dia. Dan permintaan terakhir saya, izinkan saya bermadu dengan awak untuk menjadi bidadari abang di syurga…

Selamat berbahagia sampai syurga :)
.:|[ Dhiya Darina ]|:.

- TAMAT -

Kepada semua yang sudi membaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca karya saya yang tidak seberapa. Ini adalah cubaan ketiga saya menulis cerpen. Segala kritikan membina amatlah saya alu-alukan. Maaf andai cerpen ini terlebih panjang tetapi saya berharap agar ada insan yang sudi membacanya sampai habis dan semoga ada secebis pengajaran yang boleh dikutip. Terima kasih untuk masa berharga anda membaca cerpen ini.  ^^

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

10 comments:

  1. Hi Sis.. first time singgah ur blog. Err, tapi rasa macam penah singgah sekali sblm ni.. hurmm..x ingatlah pulak

    Anyway, ni based on true story ke? maksud saya part pertemuan dlm LRT tu.. huhuhu.. beribu kali naik turun LRT, tapi jarang la jumpa and bercakap dgn mana2 lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sis~ thanks for your time spent to read this and for the comment too... really appreciate that :)

      sy pun beribu kali naik LRT tp tak bercakap dgn mana2 lelaki... hehehe... ini hanyalah idea yang terlintas masa dalam LRT *sebab tu dlm DSL sy selalu tulis idea Allah bg kadang2 tak dijangka bila dan di mana... hehe*, ada nampak one guy yang sangat tinggi *tinggilah sebab sy ni 157cm je... that guy memang tinggi dan hidung dia lepas dari sebarang halangan macam sy explain dalam cerpen ni...*

      dan pasal bercakap dgn lelaki dekat LRT ni pulak pengalaman kawan sy, dia nak balik kerja dan tiba2 lelaki yg berdiri sebelah dia ramah lak berborak... maybe sebab waktu tu tak ramai org...

      :)

      Delete
  2. 4 tahun jadi pengguna tegar LRT.. sekali pn tak penah borak ngn org tak dikenali dlm lrt. Jmpa lelaki hensem pn jarang sekali. sedih kan.. huuhuhuhu (patut ke sedih utk hal gini?hahaha) ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke... jgn sedih sis... ramai lg org mcm kte yg tak pernah berborak dgn org tak dikenali dlm lrt ni... ;) rare cases ni berborak dlm lrt...
      oh lelaki hensem, no comment... bak kata org hensem tu subjektif... org nampak tak hensem mata kte nampak hensem, bila org nampak hensem mata kte nampak bese je...

      Delete
  3. Ok done reading. Memula Sha dah frust ingatkan Sri dah kawin dengan Amir, rupanya salah faham. Itulah kalau dah jodoh, walau apa pun halangannya, pasti akan bersatu. Suka happy ending kisah Sri dan Aduka.

    Part A. Galak tu memang Sha tak boleh tahan gelak. Kelakar la Suha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha :)

      thanks for reading... A. Galak tu kenangan zaman kecik2 tgk roda2 kota raya mana boleh lupa... siap hafal lagu tema... :P

      sebenarnya ni percubaan nak buat cerita sedih2 sikit... tak tahulah sampai ke tidak mood sedih tu... still improving myself :)

      Delete
    2. Part sedih masa sri undur diri dan bila baca surat Dhiya.

      Good job Suha, nice story

      Delete
    3. thanks sis... yang baik tu datangnya dari Allah... suha akan terus perbaiki kelemahan :)

      Delete
  4. suka baca cerpen ini. part A. Galak tu, jangan kutuk ek, itu jejaka pujan MET masa dulu-dulu, terbayang misai melintangnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan komen :)

      Hehe... Takdelah... Mana ada kutuk A. Galak... Kenangan zaman kanak2 ribena tuuuu... Mana boleh lupa... Haha

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...