Social Icons

Wednesday, July 23, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 1 ]|:.



“AKU terima nikahnya Naj.. Najla…” kedengaran suara lelaki itu seperti tersekat-sekat. Oh, bukan seperti lagi, memang tersekat-sekat. Dia menelan liur. Acapkali dia berlatih sebelum ini namun dia tidak dapat mengawal debaran di dada saat tangannya mengenggam erat tangan tok kadi sebentar tadi. Ataupun, sebenarnya digenggam erat oleh tangan tok kadi? Tetamu yang hadir sudah tersenyum simpul. Ada juga yang tanpa segan silu melepaskan tawa kecil. Menambah debaran si pengantin lelaki. Upacara akad nikah yang diadakan pada sebelah malam di rumah pengantin perempuan ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sebelah perempuan dan lelaki serta jiran terdekat pengantin perempuan. Esok hari akan diadakan kenduri di sebelah pengantin perempuan.


Najla Naqiyah memandang sekilas ke arah lelaki yang bakal menjadi suaminya bila-bila masa dari sekarang, dengan syarat si dia berjaya melafazkan akad. Dia turut berdebar namun akal nakalnya sempat terfikir untuk menjadikan peristiwa tersebut sebagai bahan usikan sepanjang hayat kepada bakal suaminya nanti. Hehehe. Sepanjang hayat? Insya Allah. Najla Naqiyah kembali fokus dan…


“Sah!”


“Sah!” kedengaran kedua-dua orang saksi mengesahkan akad yang telah dilafazkan. Serta-merta air mata Najla Naqiyah bergenang-genang di pelupuk mata. Dia kini sudah menjadi seorang isteri. Pengapitnya yang merupakan sahabat baiknya, Auni Atiqah memainkan peranan dengan memberi tisu kepada Najla Naqiyah untuk dia mengelap air mata sebelum air mata tersebut sempat menjamah pipinya. Najla Naqiyah tidak melepaskan peluang untuk memeluk ibunya yang sentiasa di sisinya.






Semua hadirin menadahkan tangan saat doa dibacakan. Usai mengaminkan ayat terakhir pada doa tersebut, kedua-dua mempelai diberikan ruang untuk melakukan solat sunat. Arif Fitri dan Najla Naqiyah melangkah masuk ke dalam bilik pengantin untuk bersama-sama menunaikan solat sunat. Sudah dipesan kepada jurugambar untuk tidak ikut serta dan mengambil gambar ketika mereka bersolat sunat. Arif Fitri dan Najla Naqiyah kedua-duanya mahukan sebegitu. Mereka tidak mahu menjadi tontonan ketika sedang menghadap Tuhan dan kemudiannya dimuat naik ke media sosial.


Setelah menunaikan solat sunat dan berdoa, Arif Fitri memusingkan badannya ke belakang untuk menghadap si isteri. Dia mempamerkan senyuman lebar kepada Najla Naqiyah. Najla Naqiyah yang separuh malu dan separuh segan hanya mampu tersenyum sedikit lalu menundukkan pandangan.


“Assalaamu`alaikum sayang.” Ujar si suami memecah kesunyian di dalam bilik.


“Wa`alaikumussalam.” Padat dan ringkas jawapan dari Najla Naqiyah. Berdebar sebenarnya. Pertama kali dipanggil sayang. Betul-betul sayangkah?


“Abang tahulah sejadah tu cantik tapi tak kan Ya sampai tak nak tengok muka abang.” Kata si suami, masih dengan senyuman di bibir. Najla Naqiyah mengangkat sedikit mukanya sekadar cukup syarat memandang Arif Fitri yang sudah sah menjadi suaminya. Senyuman diukir untuk menghilangkan rasa kekok walaupun senyuman yang terukir itu sendiri sebenarnya memang sudah nyata nampak kekok.


“Ya, abang ada satu permintaan ni. Boleh tak kalau kita buat upacara batalkan air sembahyang tu sekarang?” Tanya si suami seperti meminta izin.


Erk? Batalkan air sembahyang? Sekarang? Perlu ke? Alamak! Alapak!


“Sekarang ke awak? Nanti our family members and the photographers mesti nak tengok juga and nak snap gambar kita.” Kata Najla Naqiyah menjawab pertanyaan Arif Fitri.


“Apa ada hal. Kita buatlah kali kedua dekat luar nanti. Sekali sarung cincin. Yang ni abang nak antara kita berdua je. Seikhlas hati, insya Allah. Boleh ye Ya?” Arif Fitri bertutur lembut lebih kepada memujuk si isteri. Najla Naqiyah hanya mengangguk kecil. Sudah itu permintaan suaminya. Bukanlah susah untuk ditunaikan. Di luar nanti untuk bergambar boleh buat sekali lagi.


Arif Fitri meletakkan tangan kanannya pada ubun-ubun kepala si isteri seraya berdoa dengan doa yang disarankan kepada suami untuk dibaca kepada isteri.


“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya.”


Najla Naqiyah terharu. Sedikit sebanyak dia bersyukur yang suaminya melakukan sedemikian. Amalan sunnah Rasulullah yang jarang dipraktikkan oleh pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga. Matanya yang tadi tertutup kembali dibuka setelah Arif Fitri menghabiskan doa. Secara spontan dia sendiri yang terlebih dahulu menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk bersalaman dengan si suami. Arif Fitri menyambut huluran tangan si isteri. Najla Naqiyah tunduk mencium tangan si suami. Apabila dia mengangkat kepala, si suami pula menghadiahkan ciuman di ubun-ubun kepalanya. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Arif Fitri kemudiannya memandang Najla Naqiyah seraya memberikan sebuah senyuman.


Thanks so much my dear for accepting me to be your husband.” Arif Fitri kemudiannya bangun melipat sejadah dan melatakkan di tempat penyidai yang di khaskan. Najla Naqiyah masih membatukan diri dengan situasi yang baru berlaku.


“Sayang, jomlah! Tak nak keluar ke? Nanti apa pula kata mereka kita lama-lama dalam ni.” ujar Arif Fitri bersama senyuman yang sukar ditafsirkan.


Muka Najla Naqiyah sudah membahang. Tanpa membuang masa dia bangun serta melipat sejadah dan diletakkan di penyidai yang sama. Mujurlah baju yang sedang dipakainya sudah memenuhi tuntutan syarak jadi dia sudah tidak perlu bertelekung. Dia bergerak menghampiri Arif Fitri yang sudah berada berdekatan dengan pintu bilik. Sebelum Arif Fitri memulas tombol pintu, dia menoleh ke belakang menghadap isterinya dan berbisik.


“Sekejap lagi kita buat macam biasa je ye. Tadi tu dah kira kita praktislah. And later on, biasakan diri panggil ‘abang’ bukan ‘awak’. Ya janganlah nervous sangat. Tangan Ya tadi sejuk je. Abang belum buat apa-apa lagi.” Arif Fitri terus memulas tombol pintu dan bergerak ke ruang tamu. Giliran Najla Naqiyah pula yang telan liur. Adoyai.



ARIF FITRI menghentikan pemanduan dan mematikan enjin keretanya setelah dia selamat memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang dikhaskan. Dia memandang ke tempat duduk di sebelahnya. Terukir senyuman di bibirnya saat terpandang si isteri yang sudah terlentok dan kelihatan nyenyak sekali tertidur. Padahal kalau hendak dikira, bukannya jauh perjalanan dari Shah Alam ke Kerinchi ini. Pasti isterinya penat dengan perjalanan dari rumah ibubapanya di  Melaka ke rumah ibu isterinya di Shah Alam, kemudian apabila jarum jam hampir ke 10.00 malam baru mereka bergerak pulang ke apartmentnya.


Ya! Itu isterinya. Najla Naqiyah. Isteri yang kurang lebih sudah dua minggu dinikahi. Seperti tidak percaya pula yang dia kini sudah mempunyai isteri. Suri di rumah dan di hati. Teman sehidup semati. Err, bab sehidup tu insya Allah, tapi bab semati tu tak boleh nak jaminlah pula. Bila-bila Allah suruh Izrail datang ambil nyawa maka berpisahlah nanti, kecuali kalau memang sudah dicatatkan mereka akan mati pada hari dan waktu yang sama. Wallahu`alam.


“Sayang… Sayang… bangunlah, kita dah sampai ni.” Ujar Arif Fitri seraya menggerak-gerakkan dengan perlahan bahu isterinya. Tak kan mereka mahu sama-sama tidur dalam kereta pula. Si isteri mula tersedar dan memandang sekeliling sambil tangan kanannya menggosok-gosok perlahan matanya.


“Ya Allah, kita dah sampai ke? Sorry awak, saya tertidur. Ingatkan nak temankan awak berborak tadi.” dengan nada terkejut bercampur rasa bersalah, Najla Naqiyah bersuara. Dia termalu sendiri. Adeh, sudahlah perjalanan dari Melaka ke Shah Alam dia turut tertidur. Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk tidur semasa dalam perjalanan tetapi kali ini, sesudah berumahtangga dia seharusnya menemani si suami berbual supaya sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa mengantuk si suami yang menjadi pemandu sepanjang perjalanan.


It’s okay. No big deal. Abang faham Ya mesti penat. Jom, kita naik atas. Boleh rehat.” Arif Fitri membalas lembut kepada Najla Naqiyah. Tidak mahu si isteri terus dibelenggu rasa bersalah.


Mereka berdua menuju ke arah lif setelah membawa segala beg. Hanya satu beg bersaiz sederhana milik Arif Fitri. Baki beg yang lain adalah milik Najla Naqiyah. Memandangkan ini merupakan kali pertama Najla Naqiyah akan menjejakkan kaki ke apartment milik Arif Fitri, banyak juga barang yang dibawanya. Ada lagi yang masih belum dia angkut dari rumah ibunya di Shah Alam. Hadiah-hadiah perkahwinan mereka juga masih belum dibawa bersama. Bak kata si suami, rumah ibunya bukannya jauh jadi mereka boleh datang lagi untuk mengambil barang-barang Najla Naqiyah yang lain. Katanya dia tidak sanggup melihat kereta MyVi miliknya disumbat penuh dengan barang-barang. Amboi! Sayang MyVi ke sayang bini? Hmm. Najla Naqiyah hanya menurut kehendak Arif Fitri. Lagi pula dia akan ada alasan untuk pulang ke rumah ibunya. Hehehe.



ASSALAMU`ALAINA WA`ALA `IBADILLAHISSOLIHIN. Arif Fitri memberi lafaz salam untuk memberi salam apabila tiada sesiapa di dalam rumah. Tidak terlalu kuat tetapi masih boleh didengari oleh Najla Naqiyah. Najla Naqiyah terharu. Walaupun hal ini boleh dikira sebagai perkara kecil namun tidak pada Najla Naqiyah. Rasa hormatnya pada si suami bertambah. Ramai orang sekarang mengabaikan perkara kecil sedangkan sekecil-kecil perkara itu ada ganjarannya di sisi Allah Ta`ala.


Mereka berdua berjalan menuju ke ruang tamu. Beg-beg diletakkan di tepi.


“Sayang, inilah syurga kita. Maaf andai kekurangan tapi abang dah cuba sediakan sebaik yang mungkin,” kata Arif Fitri sambil sebelah tangannya memeluk bahu Najla Naqiyah.


“Syurga?” tanya Najla Naqiyah kembali. Maklumlah, apabila hampir tengah malam ditambah pula dengan penat dan baru bangun tidur, otaknya tidak dapat memproses dengan baik.


“Yelah, syurga. Baiti jannati, rumahku syurgaku. So, inilah syurga kita.” Jawab Arif Fitri dengan nada ceria. Macam tak reti penat pula dia ni.


“Oh, okey. Baru faham. Hehe. Alhamdulillah saya rasa dah okey dah ni. Ni pun bersyukur kita ada rumah. Ada orang lain yang Allah uji dengan takde rumah. Janji kita bersyukur dengan apa yang ada.” Ujar Najla Naqiyah panjang lebar. Kagum Arif Fitri dengan jawapan tulus dan matang dari isterinya.


Thanks sayang. Ya nak tengok-tengok rumah tak? Walaupun apartment ni bukanlah besar sangat tapi untuk duduk berdua dikira besar juga.”


“Oh, boleh juga. Saya okey je tapi awak tak penat ke?” soal Najla Naqiyah kepada Arif Fitri.


“Haip! Apa awak-saya ni? Tadi dalam kereta abang maafkan sebab Ya mamai lagi. Sekarang no compromise okay. Call me ‘abang’. Apalah sangat penat abang ni nak dibandingkan dengan isteri abang. Jom kita tour rumah kejap. Yang sebelah kanan masa kita masuk tadi tu mesti Ya dah terang-terang tahu kan, itu dapur. Ini pun terang-terang dah boleh nampak, ruang tamu. Jom ikut abang tengok bilik.” Najla Naqiyah mengikut gerak langkah Arif Fitri.



ARIF FITRI menghampiri Najla Naqiyah yang baru sahaja selesai menggosok pakaian kerja untuknya. Esok dia akan memulakan kerja setelah lama bercuti panjang.


“Dah siap? I’m impressed! Pandai isteri abang iron kemeja.” Kata-kata pujian diberikan kepada si isteri. Najla Naqiyah sudah tersenyum.


Well, tengok oranglah. Mestilah pandai. Dah baju abang kesayangan Ya selama ni Ya juga yang tolong iron.” Ujar Najla Naqiyah berbangga dengan pencapaian yang tidak seberapanya itu. Arif Fitri sudah berkerut dahi.


“Abang kesayangan? I thought that I’m your ‘abang kesayangan’. Ada orang lain lagi ke yang Ya sayang?” Najla Naqiyah sudah menepuk dahi dengan butir bicara yang keluar dari mulut si suami.


“Awak, maksud Ya abang kesayangan tu abang kandung Ya tu la. Siapa lagi. Adoyai.”


“Hehe. Tahu. Saja je nak test Ya. Sayang, abang laparlah. Dinner yang kita makan dekat rumah ibu tadi mesti dah hadam dah tu yang abang lapar semula.”


Najla Naqiyah menoleh ke arah jam dinding. Lima belas minit lagi pukul 12.00 tengah malam. Biar betul dia ni nak makan.


“Oh, okey. Ya tengok apa yang boleh dimasak kat dapur. Abang layanlah TV dulu sementara tu. Dah siap nanti Ya panggil.” Ujar Najla Naqiyah.


No problemo. Mucho gracias.” Arif Fitri mengambil tempat duduk di sofa dan menonton televisyen.


Usai menyediakan menu yang ala kadar, Najla Naqiyah memanggil Arif Fitri ke meja makan yang terletak di tepi kawasan ruang tamu.


“Ya sayang, apa ni? Nak cakap spageti bukan tapi kuah dia warna putih.” Pertanyaan dilontarkan kepada si isteri seraya Arif Fitri mengambil tempat duduk di meja makan. Najla Naqiyah hanya tersenyum.


“Ini namanya mushroom soup mee. Jangan salahkan Ya pula Ya masak ni je. Ya tengok takde bahan-bahan lain dah. Yang ada cuma instant noodle and instant mushroom soup. Disebabkan flavor instant noodle yang ada tu Ya tak suka so Ya buat kuah dia guna instant mushroom soup.” Jawab Najla Naqiyah sambil tersenyum. Bukan dia tidak pernah memasak mushroom soup mee ini. Sudah selalu juga. Janji tekaknya boleh terima dan diharapkan tekak si suami juga mampu menerimanya. Hehehe. Arif Fitri sudah menepuk dahi.


“Ya Allah, sorry sangat-sangat sayang. Abang lupa barang dapur dah habis. Plan asal nak beli barang sebelum Ya pindah masuk tapi tak teringat pula.” Arif Fitri sudah rasa bersalah.


It’s okay, esok boleh pergi beli. Makanlah mushroom soup mee ni. Tak tahulah tekak abang boleh terima atau tak.”


“Macam mana nak makan ni? Abang tak reti lah. Tak pernah try.” Kata Arif Fitri.


“Laa, nak makan pun tak reti ke? Macam ni.” Ujar Najla Naqiyah sambil pantas tangannya mencapai garfu  dan menyuapkan makanan tersebut ke mulut si suami. Mahu tidak mahu Arif Fitri kunyah juga makanan yang berjaya berada di dalam mulutnya. Sekali kunyah. Dua kali kunyah. Tiga kali kunyah. Hmm. Boleh tahan juga. Lalu Arif Fitri mengambil garfu dari tangan Najla Naqiyah dan menyuap sendiri ke dalam mulutnya. Dia juga turut menyuap Najla Naqiyah walaupun isterinya itu pada mulanya menolak secara baik niat murni suaminya itu. Sesudah makan, Najla Naqiyah menghulurkan secawan air teh ‘o’ suam buat Arif Fitri.


“Yang Ariffff...” Najla Naqiyah memanggil dengan bunyi Arif itu dipanjangkan beberapa harakat. Arif Fitri berasa pelik seketika sebelum dia dapat menangkap maksudnya.


“Ya Yang Bukan Arif. Kenapa?” soal Arif Fitri kepada si isteri.


“Sampai hati awak cakap saya Bukan Arif.” Kata Najla Naqiyah dengan nada rajuk.


“Yela, nama abang Arif, nama Ya bukan Arif. Betul apa?” Arif Fitri dalam mod mengusik.


“Saya tahulah nama saya bukan Arif. Tapi bila cakap bukan Arif tu rasa macam saya ni tak tahu apa-apa pula. Yang Kurang Arif better sikit kut. Hehe.”


“Okey. Yang Kurang Arif, ada apa-apa yang Yang Arif boleh tolong?”


“Eh, mana Yang Arif tahu yang Yang Kurang Arif nak minta tolong? Yang Arif tolong basuh pinggan, sudu garfu, cawan dan periuk dekat dapur tu boleh?”


“Hmm pasal tu ke? Okey. No problem punya. Yang Arif can handle that. Yang Kurang Arif boleh pergi rehat sekarang. Thanks for the supper.” Kata Arif Fitri.


Yay! Thank you awak!” Najla Naqiyah yang teruja Arif Fitri sedia menolongnya secara luar kawalan menghadiahkan kucupan di pipi suaminya itu lalu dia berlalu ke bilik.


Arif Fitri sudah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala memikirkan gelagat si isteri. Banyak yang mereka perlu belajar antara satu sama lain. Si isterinya dilihat seperti boleh menerima dengan baik perkahwinan mereka ini. Tetapi dia perlu membiasakan diri memanggil suaminya ini dengan panggilan ‘abang’ dan bukannya ‘awak’. Masih tersasul lagi.


...to be continued...


Kepada semua yang sudi luangkan masa untuk membaca,



Terima kasih banyak-banyak. Cubaan pertama e-novel saya. Open to any suggestions and criticism. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. *kalau tertypo harap maafkan* Mucho gracias~


.:|[ Suha Fasihah ]|:.


6 comments:

  1. Suka2..nanti cepat2 up next entry ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... Still in progress... Hehe...

      Thanks Kak sha sudi baca dan komen ;)

      Delete
    2. Sama2 Suha..lama dok tunggu Suha updates kat sini..ha hari ni ada pun..yeaaa

      Delete
    3. Hehe... Mula2 nak buat cerpen je... Then idea gila datang nak try jadikan enovel... Tgklah apa jadinya nanti :P

      Delete
  2. First try sis... Hehe...
    Thanks sudi baca dan komen ^^

    ReplyDelete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...