Social Icons

Sunday, September 28, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 2 ]|:.




NAJLA NAQIYAH membuat keputusan untuk keluar membeli barang-barang keperluan. Sudahlah pagi hari ini dia hanya mampu menyediakan air teh ‘o’ panas buat suaminya. Dia memohon maaf tidak dapat menyediakan sarapan lain pada hari pertama suaminya memulakan kerja sebagai seorang ketua keluarga. Arif Fitri sama sekali tidak kisah kerana kecuaian dirinya juga untuk memastikan keperluan rumah tersedia sebelum isterinya berpindah masuk.

Najla Naqiyah mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon si suami. Dia berharap agar dia tidak menganggu si suami yang sedang bekerja kerana sudah pasti kerja suaminya menimbun sementelah suaminya mengambil cuti yang panjang sempena perkahwinan mereka. Seketika kemudian talian di sebelah sana dijawab.


“Assalaamu`alaikum Ya. Are you okay?” soal suaminya sejurus menjawab panggilan telefon dari Najla Naqiyah.


“Wa`alaikumussalam aw.. abang. I’m okay. Don’t worry.” jawab Najla Naqiyah pula. Dia sedikit tersasul untuk memanggil Arif Fitri dengan panggilan ‘awak’. Lidahnya masih cuba menyesuaikan diri untuk memanggil suaminya ‘abang’. Dia masih cuba melenyapkan kejanggalan itu.


“Alhamdulillah. Terkejut abang bila Ya call. Ingatkan ada apa-apa jadi tadi.” Kata Arif Fitri di hujung talian.


“Yang Arif, boleh tak kalau Yang Kurang Arif nak minta something?” tanya Najla Naqiyah kepada suaminya.


Ni dia dah panggil aku Yang Arif ni adalah tu yang dia nak cakap. Minta-minta bukan benda yang susah aku nak tunaikan. Arif Fitri bermonolog sendiri.




Okay, Yang Kurang Arif, is there anything that I can do for you? Insya Allah kalau boleh ditunaikan, abang akan tunaikan.” Arif Fitri berdebar menanti jawapan si isteri.


“Yang Arif, Ya ingat nak pergi beli barang-barang. Nak minta izin Yang Arif lah ni. Boleh tak?” Tanya Najla Naqiyah penuh pengharapan.


“Oh nak beli barang, ingatkan nak minta apa tadi. Ya tunggu abang balik kerjalah, kita pergi beli sama-sama.” Arif Fitri memberi cadangan. Bukan dia berniat untuk mengongkong si isteri tetapi dia risau jika isterinya keluar berseorangan.


“Habis tu kalau Ya tak keluar Ya nak makan apa lunch hari ni? Kat rumah kita ni dah takde apa-apalah bang.” Najla Naqiyah membuat suara separuh kesian separuh merajuk dengan harapan suaminya akan membenarkan dia keluar.


Alahai apasal suara dia macam tu pun aku dengar cute je. Plus dia sebut rumah kita tu pun sedap je dengar dekat telinga aku ni. Ya tak ya juga, nanti bini aku nak makan apa? Adoyai, macam mana aku boleh lupa ni.


“Okey, abang izinkan Ya keluar beli barang-barang dengan syarat Ya tak boleh keluar seorang dan kawan yang teman Ya tu wajib perempuan.” Arif Fitri memberi kata putus.


Aduhai suami aku ni! Wajiblah yang teman aku nanti perempuan. Aku dah jadi bini orang dah ni takkan nak menimbulkan fitnah keluar dengan lelaki lain pula. Kalau Ya belum kahwin pun kawan perempuan juga yang akan teman pergi mana-mana laa cik abang oi.


No worries. Ditanggung beres! Ya ajak Auni temankan. Abang ingat lagi tak Auni tu? Yang jadi pengapit Ya masa kenduri sebelah Ya.”


“Oh, yang tu, ingat-ingat. Okay, lagi satu syarat setiap setengah jam Ya kena report apa yang Ya tengah buat. Tak perlu call pun takpe. Whatsapp je.”


“Setengah jam? Dua jam la bang.” Sesi ‘tawar-menawar’ berlaku. Najla Naqiyah cuba memanjangkan masa untuk memberi laporan.


“Lima belas minit.” Arif Fitri bersuara tegas.


“Sejam?” Najla Naqiyah masih mencuba nasib.


“Lima minit.”


Okay, fine, setengah jam. Makin kita minta panjangkan, makin dia pendekkan masa, takkanlah setiap lima minit nak report.” Najla Naqiyah menyuarakan persetujuan dengan ayat di hujungnya diperlahankan tetapi Arif Fitri masih dapat mendengar omelan isterinya itu. Dia tersengih walaupun dia tahu si isteri tidak dapat melihat sengihannya.


“Sayang, mestilah abang perlu tahu Ya dekat mana dan tengah buat apa. Ya dah jadi tanggungjawab abang tahu. Abang dah bank in duit pada Ya tapi mesti Ya belum check akaun bank lagikan. Ya guna duit tu dulu untuk beli barang, nanti abang bank in lagi sekali ganti yang Ya guna untuk beli barang-barang tu. Kunci kereta abang ada dekat coffee table dekat dengan sofa. Lupa nak letak dekat tempat kunci. Drive safely okay. If anything happens just call me. For now I’m just a phone call away.” panjang lebar Arif Fitri berpesan kepada isterinya.


Okay, Yang Arif. No problem. Thanks a bunch! Assalaamu`alaikum.” ujar Najla Naqiyah ceria.


You’re most welcome. Take care my dear. Wa`alaikumussalam.”



JARUM jam pada pergelangan tangan Najla Naqiyah sudah menunjukkan  jam 11.00 pagi. Sudah setengah jam dia sampai di pusat membeli belah Mid Valley Megamall tersebut. Inilah padahnya apabila mengajak orang keluar pada minit-minit terakhir. Dia mampu untuk sampai awal kerana jarak apartmentnya dengan Mid Valley Megamall ini kurang lebih lima minit jika jalan raya tidak sesak dan memandangkan hari ini adalah hari bekerja jadi dia tidak menghadapi masalah untuk mencari tempat parkir kereta. Sambil menunggu ketibaan sahabat baiknya, dia menenggelamkan diri di celah-celah timbunan buku-buku di MPH. Sudah dimaklumkan kepada Auni Atiqah bahawa dia akan berada di MPH jadi mereka akan terus berjumpa di situ.


“Oh mak kau, aku jatuh!” latah Najla Naqiyah akibat terkejut dicuit di bahagian pinggang oleh Auni Atiqah yang baru tiba. Sejak bila rakannya itu tiba pun dia tidak perasan.


“Huarghh, Auni! Kau tak sayang aku ek? Kalau aku mati terkejut tadi macam mana.” Ujar Najla Naqiyah dengan dahi yang berkerut.


Overlah kau. Baru aku cuit sikit dah terkejut beruk. Kau kalau dah pegang buku macam masuk dunia lain, tak sedar dah kiri kanan.” Balas Auni Atiqah dengan senyuman lebar. Mereka bersalaman dan berlaga pipi kiri dan kanan.


“Kau dah tahu aku macam tu yang kau sergah tu kenapa? Adoyai kawan aku ni. Nasib baik kawan baik, kalau kawan kurang baik tadi aku dah cubit-cubit kau sampai kau serik nak sergah aku dah. Hahaha.”


“Eleh, macam aku takut dengan cubitan kau tu. Jee, laparlah. Jom makan?” Auni Atiqah mengajak Najla Naqiyah untuk makan tengah hari.


“Dah agak dah. Memang dari dulu kau orang yang akan jadi alarm waktu makan ni. Haha. Jomlah! Aku pun lapar juga ni. Kita pergi makan di food court atas ek. Aku belanja.”


“Wah! Jee nak belanjalah. Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan.” Kata Auni Atiqah sambil tangannya memegang lengan Najla Naqiyah dan dibawa Najla Naqiyah mengikutinya berjalan sebelum dia tiba-tiba berhenti.


“Eh, kau ada nak beli apa-apa buku tak ni? Lupa aku nak tanya. Perut dah berdangdut punya pasal.” tanya Auni Atiqah.


Nope! Banyak lagi buku dekat rumah mak aku yang aku belum baca. Dah habis baca yang tu baru aku beli stok baru. Hehe.” Jawab Najla Naqiyah dan dia pula yang membawa Auni Atiqah untuk mengikutinya ke medan selera.



 “JEE, sharelah apa perasaan kau bila dah berumahtangga ni? Suami kau panggil kau apa? Sayang?” tanya Auni Atiqah sambil mereka menikmati menu makanan tengah hari.


“Ha? Ermm, perasaan? Entahlah aku tak berani nak komen lebih-lebih. Kau pun tahu kan aku baru sangat dalam alam rumah tangga. Kau dah kahwin nanti kau tahulah. Hehe. Dia panggil aku Ya. Kadang-kadang ada la juga panggil aku sayang. Depends on his mood kot.”


“Ya? Seriouly Ya? Specialnya dia seorang je panggil kau Ya.” Auni Atiqah sudah tersengih-sengih sambil mengangkat-angkat keningnya.


“Kau dah mula cari kerja?” tanya Najla Naqiyah kepada Auni Atiqah. Sebenarnya dia mahu buka topik baru supaya mereka tidak berterusan bercakap mengenai perkahwinan.


“Gila kau belum! Mestilah dah. Aku rasa dah berpuluh resume aku dah hantar. Tengoklah dekat mana rezeki aku nanti. Insya Allah ada lah tu nanti. Kau macam mana? Ataupun kau nak jadi suri rumah sepenuh masa? Hehe.” Kata Auni Atiqah pula. Tidak syak lagi topik mengenai pekerjaan ini mampu untuk menghentikan topik mengenai perkahwinan memandangkan mereka baru sahaja tamat belajar.


“Gila kau nak jadi suri rumah sepenuh masa?! Penat-penat aku belajar, bersengkang mata buat assignments, membanting keringat siapkan Final Year Project, nak suruh aku jadi suri rumah sepenuh masa?! Kirim salamlah! Of courselah aku nak kerja. Orang tua tu pun tak kisah kalau aku kerja. Janji tak abaikan terus hal rumahtangga.” Ujar Najla Naqiyah panjang lebar.


“Orang tua tu? Siapa?” soal si sahabat baik.


“Laki aku lah. Aku kan dah bawah tanggungjawab dia. Adoi!”


“Haha. Dah kau cakap ‘orang tua’ tu. Laki kau tu bukan tua mana pun. Mana aku tahu kot kau ada sugar daddy kat mana-mana yang kau sorokkan dari aku.”


“Amboi, Auni! Kau punya mulut memang takde insurans kan? Eii, aku dengar kau sebut sugar daddy tu pun aku dah geli-geleman. Inikan pula nak bersugar daddy. Mati hidup semula pun memang tak lah! Ish, minta simpang empat puluh keturunan!”


Auni Atiqah sudah sakan mentertawakan rakannya. Najla Naqiyah kalau sudah sampai tahap minta simpang empat puluh keturunan tu memang betul-betul dia tak suka lah tu. Kalau boleh bukan empat puluh keturunan sahaja dia minta dijauhkan, sepanjang-panjang susur-galur keturunan! Itu yang menyebabkan Auni Atiqah suka menyakat Najla Naqiyah.


“Dah puas gelakkan aku? Sakit pula hati kita. Kalau tak puas juga lagi kau simpan dulu, esok lusa sambung ketawa semula. Jom, pergi surau! Sementara Zohor baru masuk ni kita terus solat then baru kau teman aku beli barang-barang.” Kata Najla Naqiyah dengan suara yang dibuat-buat tegas.


Yes, ma’am!” balas Auni Atiqah tersengih sambil tangannya sudah di hujung kening membuat tabik hormat.



PULANG dari membeli barang-barang keperluan, Najla Naqiyah menyusun barang-barang ke dalam peti sejuk dan ada juga yang disimpan di kabinet dapur. Arif Fitri sudah memberitahunya bahawa dia akan pulang sedikit lewat kerana banyak kerja yang perlu dia selesaikan. Jadi, Najla Naqiyah tidak perlu tergesa-gesa untuk menyediakan juadah makan malam mereka berdua.


Lama juga dia menghabiskan masa dengan Auni Atiqah pada hari ini. Ada sahaja cerita terbaru yang Auni Atiqah sampaikan padahal mereka bukanlah tidak bertemu untuk satu jangka masa yang lama. Paling Najla Naqiyah tidak tahu untuk memberi respons apabila Auni Atiqah bertanya mengenai perasaannya sesudah berumah tangga. Usia perkahwinannya yang baru mencecah dua minggu membuatkan Najla Naqiyah tidak mahu memberi komen lebih lanjut kerana dia sendiri belum pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Buat masa sekarang dia hanya mampu bersyukur dikurniakan suami sebaik Arif Fitri dan berusaha untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga yang baru sahaja dibina.


Usai membersihkan diri dan mendirikan fardhu Maghrib, Najla Naqiyah ke dapur untuk menyediakan makan malam. Oleh kerana dia sendiri baru menceburkan diri dalam bidang masakan dan sudah dimaklumkan kepada si suami bahawa dia tidak begitu pandai memasak, maka dia hanya menyediakan hidangan yang diketahuinya sahaja. Setelah siap memasak dan sementara menunggu kepulangan si suami, dia ke ruang tamu bagi menonton televisyen. Tidak lama selepas itu kedengaran azan Isyak berkumandang dari surau yang berdekatan. Segera Najla Naqiyah menutup televisyen dan mengambil wudhuk untuk mendirikan solat Isyak.


Najla Naqiyah kembali ke ruang tamu setelah selesai menunaikan fardhu Isyak. Televisyen menjadi teman setia memandangkan dia masih belum mengangkut stok terbaru novel yang sudah dibelinya. Siang tadi dia sengaja tidak membeli novel baru kerana memikirkan masih banyak novel yang belum dibacanya berada di rumah ibunya.


Kepulangan Arif Fitri pada malam itu disambut dengan keadaaan rumah yang hanya diisi dengan bunyi dari televisyen. Dia mengharapkan yang isterinya akan berada di muka pintu menyambut kepulanganya namun hanya rak kasut yang berada berhampiran dengan pintu yang setia menanti kepulangannya seperti sebelum ini. Setelah memastikan pintu telah berkunci, Arif Fitri melangkah ke dalam rumah dan terpandang sekujur tubuh isterinya tertidur di atas sofa. Rasa bersalah menyelubunyi dirinya. Dikerling jam yang berada di ruang tamu tersebut, sudah jam 9.47 malam. Pasti isterinya itu menunggu kepulangannya sehingga tertidur di ruang tamu.


Arif Fitri menghampiri isterinya dan menghadiahkan kucupan di dahi. Dia duduk bersila di bawah sambil merenung wajah si isteri.


Maafkan abang, Ya. Sampai tertidur Ya tunggu abang balik. Arif Fitri menggerak-gerakkan bahu isterinya perlahan sambil memanggil isterinya.


“Ya, Ya, bangun sayang. Abang dah balik ni.”


Najla Naqiyah yang tersedar dari tidurnya bangun dan terus duduk. Dipandang wajah suaminya yang sememangnya sedang merenungnya. Dalam keadaan dia yang mamai itu dia hulurkan tangan untuk bersalam dengan si suami. Dikucup tangan suaminya dan si suami mengusap kepalanya sewaktu dia bersalam.


“Abang dah lama balik? Sorry Ya tertidur pula. Abang dah makan ke belum? Nanti Ya hidangkan.” Ujar Najla Naqiyah yang masih mamai dan menggosok-gosok matanya.


“Abang yang patut minta maaf sebab balik lambat. Sorry ya sayang, hari ni memang banyak kerja. Ya masak apa? Kejap lagi lepas abang mandi, solat then kita makan sama-sama.” Suami Najla Naqiyah membalas.


“Masak pajeri jerung.” Tanpa nada Najla Naqiyah menjawab pertanyaan si suami. Masih mamai barangkali. Suaminya terpana dengan jawapan ringkas si isteri. Ditahan tawa yang mungkin akan meletus bila-bila masa.


Seriously sayang? Pajeri jerung? Abang tak tahu pula pasaraya di Malaysia ni ada jual ikan jerung. Cukup tak duit beli jerung tadi?” sambil ketawa yang ditahan-tahan Arif Fitri bertanya kembali kepada isterinya. Najla Naqiyah membuka mata dengan lebih besar untuk melihat dengan jelas wajah si suami. Dahinya sudah berkerut.


“Abang merepek apa pajeri jerung pula ni? Ya masak pajeri terunglah, bukan jerung.”


Arif Fitri akhirnya melepaskan juga tawanya. Dia bangun dan duduk bersebelahan dengan si isteri.


“Aik! Nak marah abang pula? Sayang sebut jerunglah tadi. Terkejut juga abang, isteri abang nak ajar abang makan jerung. Ya mamai sangat dah ni. Sorry sayang, ni semua sebab abang balik lambat. Abang pergi mandi dan solat kejap, then kita makan sama-sama okey. Sayang dah solat? Kalau belum jom kita berjemaah.” Ujar Arif Fitri kepada Najla Naqiyah.


“Ya dah solat dah tadi.” balas Najla Naqiyah.


“Okeylah kalau macam tu.” Arif Fitri menggosok lembut kepala Najla Naqiyah sebelum dia bangun menuju ke bilik.


Seriously aku sebut jerung tadi? Adoyai. Buek malu den yo! Habislah kalau sepanjang hayat dia buat modal nak usik aku pasal jerung tu. Kata Najla Naqiyah di dalam hati sambil tangannya sudah menepuk dahi.


... Insya Allah, akan bersambung ;) ...


Kepada Semua Yang Sudi Membaca,

Maaf andai tidak menepati citarasa dan selera anda... Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... *kalau tertypo, harap maafkan* As usual, open to any suggestions and criticism... BTW, thanks for reading ;)

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

10 comments:

  1. hihikk dok senyum senget ni pasal pajeri jerung...comel la si ya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Kita tunggu dan lihat apa lagi yang Ya akan buat...

      Terima kasih sudi baca dan komen Kak sha ;)

      Delete
  2. Yang Arif dan Yang Kurang Arif itu comel hehee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Sebenarnya kurang suka nama arif sebab rasa nama tu mcm senang nak jumpa... Tapi demi watak ni, jatuhkan suka juga pada nama tu...

      Arigatou nasrin-sama, sudi baca dan komen ;)

      Delete
    2. hehe nama yang bisa mengetuk hati gue satu ketika dulu ehey~

      haha do itashimashita suha-chan (^-^)v

      Delete
    3. Souda ne... Wakarimashita~ hehe... So hopefully cerita ni tak mengimbas apa2 kenangan yang tak best laa...

      Delete
    4. daijobou~

      jangan risau, kte cool je~ serah hati pada Allah insyaAllah tak akan terguris ehey~

      Delete
  3. Di perm jalan cerita ni best membaca yer...
    Tersenyum Sahaja....
    Cepat-cepat la sambung cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis fina, terima kasih sudi luangkan masa untuk baca :)

      idea ada tapi masih berlegar2 dalam minda... insya Allah saya akan cuba sambung cepat2 ;)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...