Social Icons

Thursday, August 14, 2014

Cerpen | Aidil Untuk Saya

* sempena Aidilfitri... Happy reading ;) *


SEORANG pelajar yang baharu sahaja selesai melakukan ulang kaji pelajaran bersendirian segera menuju ke arah lif yang sedikit jauh dari meja-meja yang disediakan. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Dia perlu segera pulang ke kolej kediamannya jika dia tidak mahu namanya diambil kerana pulang lewat. Sekali nama diambil, akan mengurangkan peluangnya untuk mendapat penempatan di kolej kediaman pada semester akan datang. Masih ada para pelajar lain yang meneruskan ulang kaji masing-masing tetapi mereka kebiasaannya adalah para pelajar yang tidak perlu pulang ke kolej kediaman kerana mereka menyewa di luar universiti.

Sewaktu pintu lif terbuka, kelihatan dua orang pemuda berada di dalam lif tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam lif dan berdiri di sudut lif yang paling dalam. Sambil memegang dua buah buku yang sememangnya tebal, dia hanya termenung kosong.


“Hello, bro, kau boleh tolong aku tak?” kata salah seorang pemuda yang memakai baju berwarna hitam kepada seorang lagi pemuda yang memakai baju berwarna hijau. 


Si baju hitam itu menggawang-gawangkan tangannya di depan muka si baju hijau tetapi tiada reaksi dari si baju hijau tersebut. Si baju hitam kelihatan berputus asa. Dia menyandarkan diri tidak jauh dari pelajar yang baru memasuki lif sebentar tadi. Dia alihkan pandangan kepada pelajar tersebut yang sudah memandang pelik dirinya. Dia tersenyum gembira.


“Awak, awak boleh nampak saya?” si baju hitam bertanya kepada pelajar tersebut dengan mata yang bersinar-sinar. Sinar pengharapan, mungkin?


Ah sudah! Mamat ni dah gila sebab otak terlebih tepu ke apa? Tahulah final exam lagi sebulan. Aku takde masa nak layan orang yang putus fius macam ni. Ujar pelajar tersebut di dalam hati.


“Nampaklah, aku tak buta lagi.” Pelajar tersebut menjawab sedikit kasar. 


“Kau tengah bercakap dengan aku ke?” tanya si baju hijau.


“Taklah. Aku tengah bercakap dengan mamat sebelah aku ni. Yang kau buat bodoh dia minta tolong kau tadi kenapa? Dah dia menyibuk dekat aku pulak.”


“Mamat sebelah kau? Kau ni ilusi ke delusi ke halusinasi ke apa? Mabuk kopi minum masa study? Kita berdua je dalam lif ni.” Sejurus si baju hijau menuturkan kata, kedua-dua mereka terkebil-kebil memandang satu sama lain.


Memang ada cakap-cakap orang yang mengatakan lif di hujung ini kadang-kala ada yang ‘mengusik’. Dan disebabkan lif ini sedikit jauh dari tempat para pelajar selalu belajar maka tidak ramai yang memilih untuk menggunakan lif ini. Sebaik sahaja pintu lif terbuka apabila sudah tiba di aras bawah, kedua-kedua mereka dengan pantas membawa haluan masing-masing. Namun, nasib baik menyebelahi si baju hijau kerana si baju hitam memilih untuk mengekori pelajar yang seorang lagi. Semakin laju pelajar tersebut berjalan, semakin laju juga si baju hitam mengekori dari belakang. 



“Awak! Wait for me! Janganlah jalan laju sangat. You’re my only hope. Dah banyak kali saya minta tolong tapi nampaknya awak seorang je yang boleh nampak saya. Help me, please!”


Pelajar tadi tanpa menoleh ke belakang terus memulakan larian. Tidak dihiraukan apa yang si baju hitam katakan. Huargh!! Nak baca surah apa ni? Aku blur! Surah apa je pun yang aku hafal? Yang dia ikut aku kenapa? Ikutlah si baju hijau tadi. Mummy, help me!! Hantu educated tahu cakap English kejar orang!!!



* * * * * * * * * * * * *

“Assalaamu`alaikum.” Kedengaran satu suara menegur.

Siapa pulak lah yang mengacau ketenteraman aku ni? Tak boleh tengok orang study dengan aman betul!  Final exam tak lama lagi tahu?! 

Sambil perlahan-lahan mendongak untuk memandang gerangan yang memberi salam, dia menutup buku yang sedang dibaca sambil salam dijawab di dalam hati. Namun, apabila melihat gerangan yang memberi salam, tercampak buku yang sedang dipegangnya. Dia terkaku.


“Awak, please jangan lari lagi. Penatlah saya nak kejar.”


Nak lari apanya, aku dah penat lari dari hantu ni. Masuk hari ni dah hari keempat hantu ni muncul depan aku. Siang terang-benderang macam ni pun hantu ni ada? Hebat! Anddd surprisingly hantu ni berjaya surprisekan aku lagi sekali. Hari tu cakap English. Hari-hari yang aku lari dari dia pula dia dok melambai-lambai tangan kat aku sambil tersengih-sengih. Hari ni boleh beri salam pula. Esok lusa entah apa lagi. Esok lusa? Kau nak ke jumpa dia hari-hari? Sekarang ni pula dia sedap-sedap je duduk sebelah aku walaupun agak jauh sikit. Sibuk nak lepak dekat port aku ni kenapa? Carilah pokok lain. Hantu punya hantu!


“Okey, saya rasa kita perlu mulakan perkenalan. Hari-hari awak macam nampak hantu beria larikan diri dari saya sampai tak sempat nak perkenalkan diri. Nama saya Aidil. Awak?” Hantu Aidil memperkenalkan diri. Hantu Aidil? Macam peliklah pula. Okey, Aidil.


“Nami.” Sepatah perkataan akhirnya keluar juga.


“Nami? Macam pernahku dengar nama itu, tapi di mana ya? Oh, nama awak Nami sebab awak lahir dekat Nami Island, Korea tu ke?” Aidil menebak.


Nope. Takde kaitan dengan Korea okey. Nama aku Iman. Iman Soraya. But I just hate that name. Tak sesuai dengan aku. Nami is just the backwards spell of ‘Iman’. Kawan-kawan aku pun panggil aku Nami macam yang aku perkenalkan diri. Mereka pun tanya soalan yang sama macam kau. Tapi aku tak ceritalah sebabnya aku tak suka nama aku sendiri.” Tapi dengan hantu ni boleh pulak aku  bercerita. Sambung Iman Soraya di dalam hati.


“Hmmm Iman... Pearl. Nice name. Boleh saya tahu kenapa awak benci nama awak sendiri?” tanya Aidil. 


Baru hari tu aku puji hantu ni educated sebab pandai cakap Bahasa Inggeris, hari ni dia dah kurang educated pula. Iman orang translate dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Faith’, bukannya ‘Pearl’. Iman Soraya mengeluh.


“Kau tengoklah aku ni macam mana. Tak kena langsung dengan nama aku. Nama je Iman tapi rukun Iman ada berapa dan apa pun aku bukannya tahu. Aku ni lahir je dalam Islam tapi aku rasa jiwa aku ni belum sepenuhnya Islam.” Terang Iman Soraya. Aidil tekun mendengar setiap bicaranya.


“Tapi Pearl, awak boleh cuba mendalami Islam. Bukankah Islam itu indah dan mudah?” Aidil memberi cadangan yang sangat dikhuatiri kebernasannya oleh Iman Soraya.


“It’s easier said than done. I came from a broken family. Mummy and daddy aku bercerai masa aku baru tujuh tahun. Aku tinggal dengan mummy aku. Aku baik dengan daddy aku walaupun cuma dapat jumpa daddy on weekends and sometimes on weekdays. Dengan daddy aku dulu memang aku ada belajar pakai tudung, solat, puasa. Paling tidak pun masa keluar dengan daddy memang aku pakai tudung. Aku sayangkan daddy aku tapi dua tahun lepas tu, daddy meninggal dunia. Lepas dari tu aku tak tahu tudung aku melayang terbang entah ke mana. Mummy pula lepas dia kahwin baru dia macam dah tak peduli apa jadi pada aku. Mummy sendiri tak pakai tudung dan laki baru dia tak pernah suruh dia pakai tudung. Kami tinggal serumah tapi macam orang asing yang bawa haluan masing-masing. Walaupun cukup duit yuran makan pakai yang mummy bagi tapi aku rasa kosong. Aku rasa macam ada sesuatu dalam jiwa aku ni yang tak terisi. I… I just… I just don’t know…” Iman Soraya melepaskan keluhan setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.


“Pearl, saya faham kalau awak datang dari broken family tapi benda tu bukan salah awak dan awak juga tak boleh nak salahkan sesiapa. Itu adalah takdir ketentuan Allah. Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu untuk hadapi.” Aidil menyuarakan apa yang dia rasa.


Ah sudah hantu ni! Dia panggil aku Pearl? Lantak kau lah nak panggil aku apa. Bukannya aku mati pun kau panggil aku Pearl. Tapi kenapa dengan hantu yang aku baru kenal ni aku boleh nak bercerita pasal ni? Cerita yang aku tak pernah buka pada kawan-kawan yang lain. Adakah sebab muka hantu ni macam manusia biasa, jadi aku tak takut nak bercerita kat dia? After all, kalau aku cerita kat dia, dia nak cerita kat siapa je pun? Kat kawan-kawan hantu yang lain? Hahaha. Tak pasal-pasal aku famous kat dunia hantu. Ekau ado? Aidil… Aidil… Kalaulah kau faham dan rasa apa yang aku rasa.


“Tapi Dil, kau tak rasa apa yang aku rasa. Takde siapa nak bimbing aku. Macam mana aku nak kenal Islam?” Iman Soraya kembali bersuara.


Apa kena dengan aku ni? Bila masa aku kamceng gila dengan hantu ni sampai panggil dia Dil pula? Adeh. Dil. Dil apa? Dil Hai Tumhaara? Yucks! Gila! Dil To Pagal Hai kot baru betul. Huargh!! Jangan aku jadi gila sebab hantu ni sudah.


“Okey, mungkin dulu takde siapa nak bimbing awak tapi sekarang awak dah boleh berdikari kan? Awak boleh perlahan-lahan pergi ceramah yang pihak kolej ataupun universiti anjurkan. Awak boleh perlahan-lahan join usrah. Insya Allah bila awak ada niat nak berubah ke arah kebaikan, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk berkawan dengan awak. Niat tu penting. Apa-apa mulakan dengan niat kerana Allah Taala. Insya Allah urusan kita akan dipermudahkanNya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Awak fikir-fikirkanlah apa yang saya cakap.” Ujar Aidil panjang lebar sambil mula berdiri apabila menuturkan ayat yang terakhir.


“Kau nak pergi mana?” tanya Iman Soraya.


“Saya nak pergi solat Asar lah. Dah pukul 6.00 petang ni. Pearl, awak jangan lama-lama dekat sini. Dah petang macam ni kalau nak study pun bukan masuk sangat.” Balas Aidil.


Iman Soraya ternganga. “Hantu pun solat ke?”


“Sebab saya masih dan insya Allah akan kekal Islam. Assalaamu`alaikum.”


Iman Soraya hanya menjawab salam di dalam hati. Dia ni tak tahu dia dah mati ke apa? Selamba badak ke jalani kehidupan macam manusia yang bernyawa. Hadoi la! Tapi macam mana dengan diri kau sendiri Iman Soraya? Kau yang dah tentu-tentu masih bernyawa. Tak sentap ke dengan dia?



* * * * * * * * * * * * *

Iman Soraya mengulang kaji pelajaran di tempat yang sama. Dia berharap agar hari ini dia dapat mengulang kaji pelajaran dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Dia mengangkat muka dan dipalingkan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan lenguh-lenguh di tengkuk kerana agak lama menunduk menghadap buku. Saat dia berpaling ke kanan, dia terlihat Aidil yang sudah melambai tangan. Harapan hanya tinggal harapan. Baru sahaja berharap dapat belajar dengan aman tetapi sudah ada gangguan.

Seperti biasa Aidil memberi salam dan seperti biasa juga Iman Soraya hanya menjawab salam di dalam hati. Aidil dengan muka yang ceria mengambil tempat duduk tidak begitu jauh dari Iman Soraya.


“Dah banyak awak study?” soal Aidil.


“Alhamdulillah, okey. Takdelah banyak mana. Aku jenis yang bagi faham betul-betul, bila dah faham insya Allah aku akan ingat so aku memang tak rushing nak kejar berapa banyak bab dah cover. I just take my own space and pace.” Kata Iman Soraya. Aidil sudah tersenyum gembira.


Whoa~! Aku cakap apa tadi? Alhamdulillah? Insya Allah? Sejak bila mulut aku ringan je nak sebut semua tu? Iman Soraya hanya tersenyum tawar.


“Alhamdulillah. All the best for your final exam. Dari awal-awal ni biar pointer tinggi so that bila sampai semester yang susah, CGPA tak jatuh mana. Tiba-tiba saya rasa macam sesuai letak hashtag been there, done that, know the feeling. Wahaha.” Kata Aidil bersuara ceria. Iman Soraya tidak nafikan apa yang Aidil katakan sebentar tadi. Para senior juga menyatakan benda yang sama.


“Dil, sebenarnya kau ni tahu tak yang kau dah jadi hantu?” sungguh tiada tapisan bagi soalan yang diutarakan oleh Iman Soraya kepada Aidil. Aidil hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya.


“Kau ada hutang yang tak settle ke? Aku tanya roommate aku dia cakap amalan kita akan terawang-awang antara langit dengan bumi kalau ada hutang yang kita tak langsaikan.” Iman Soraya bersuara serius. Aidil tersenyum.


Told ya, Pearl. Where there’s a will, there’s a way. Bila awak nak tahu sesuatu perkara, awak boleh je tanya sesiapa pasal perkara tu. Sama juga pasal mendalami Islam, awak boleh pergi berguru dengan ustazah yang awak percaya, yang tidak diragui apa yang disampaikannya. Saya sebenarnya ada sesuatu yang perlu dilakukan dalam masa sebulan ni.”


Iman Soraya menelan liur. Ada betulnya apa yang Aidil katakan sebentar tadi. Kerana rasa ingin tahu tentang sebarang kemungkinan yang menyebabkan Aidil masih di sini, dia telah bertanya kepada rakan sebiliknya walaupun dia tidak bercerita yang dia boleh nampak Aidil. Jadi, apa alasan untuk dia tidak berusaha untuk mengetahui perkara lain dalam Islam walaupun sebelum ini dia tidak mendapat didikan tentang perkara tersebut? Ini yang rasa nak guna hashtag sentap ni.


“Dil, first time aku nampak kau masa dalam lif kau nak minta tolong pada mamat seorang lagi yang ada dalam lif tu. Itu ke ‘sesuatu’ yang kau maksudkan?” tiba-tiba topik ‘sesuatu’ pula diketengahkan. Mahu lari dari topik sebentar tadi. Dah macam karya kartunis Aie pula. Aku dan Sesuatu.


“Sesuatu yang saya maksudkan ni saya kena buat sendiri. Yang saya nak minta tolong budak tu benda lain. Kenapa? Awak sudi nak tolong saya ke?” Aidil bertanya dengan mata yang bersinar-sinar. Sinaran yang sama seperti pertama kali dia bertanya kepada Iman Soraya di dalam lif tempoh hari.


“Ha? Hmm… aku sebenarnya bukan nak tolong sangat tapi sebab aku je yang boleh nampak kau so aku rasa serba salah pula kalau tak tolong kau. Lagipun kau dah macam kawan aku walaupun kita di dua dunia yang berbeza. Kau dengar keluh-kesah yang selama ni aku pendam seorang diri. Kiranya ni aku buat untuk balas budi baik kau lah.” Kata Iman Soraya. Dia segan sebenarnya tapi dicekalkan juga hati untuk berkata sedemikian.


“Alhamdulillah. Ada juga orang baik hati yang sudi tolong saya. Awak jangan menyesal pula tahu?” ujar Aidil.


“Baik kau cakap cepat sebelum aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.” gertak Iman Soraya pula.


“Okey, saya cakap. Cik Pearl kita ni cuba bawa bersabar. Macam ni, saya nak minta tolong awak pergi ke masjid universiti kita, lepas tu saya nak minta tolong awak dermakan duit di tabung masjid. Jumlah yang awak nak derma terpulang pada awak sendiri, seikhlas hati. Tapi awak perlu ulang perkara yang sama hari-hari selama dua minggu. Itu je hajat saya.” Terang Aidil panjang lebar.


“Hajat kau nak derma kat tabung masjid universiti kita je? Senang sangat! Aku ingat apalah tadi.” Iman Soraya bersuara sambil tangan kanannya ditadah kepada Aidil.


“Awak dah kenapa? Kita bukan mahram okey, mana boleh pegang tangan.” kata Aidil.


“Kau ni tak padan dengan hantu tapi fikir lain juga ek. Aku nak minta duitlah. Kata nak derma kat tabung masjid. Guna duit kau lah.” Sambil ketawa Iman Soraya menjawab pertanyaan Aidil. Aidil sudah menepuk dahi.


“Awak gunalah duit awak dulu Pearl. Akan datang mana tahu awak jumpa saya lagi awak claim lah. Sekarang kalau saya bagi mahu duit tu jadi daun.” Balas Aidil sedikit gelabah.


“Haha. Chill lah bro. Aku bergurau je. No worries. Aku guna duit aku.” Kata Iman Soraya.



* * * * * * * * * * * * *

Iman Soraya memandang lama Aidil yang berada di hadapannya. Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan merenung Aidil yang berada di hadapannya. Dia seperti ada sesuatu yang hendak diluahkan kepada Aidil tetapi mulutnya seperti terkunci untuk berbicara. Hari ini hari ke berapa sejak dia berjumpa Aidil pun dia sudah tidak kira. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak Aidil meminta dia menderma di tabung masjid universiti mereka.

“Pearl, saya tahulah saya handsome tapi tak payahlah awak tenung saya macam tu sekali. Kita bukan mahram okey.” Aidil berbicara setelah lama menyepi.


Ish hantu ni tak habis-habis dengan bukan mahram tu! Aku tahulah kita bukan mahram, aku boleh kahwin dengan kau, provided kau manusia lah, bukan hantu macam sekarang tapi tak perlulah asyik nak sebut pasal tu je.


“Kau ni kan tak padan dengan hantu tapi perasan, sendiri mengaku diri handsome. Apa barang.” Kata Iman Soraya kepada Aidil.


“Haha. Mana ada saya perasan. Saya hantu paling handsome yang awak pernah jumpa. Betullah kan?” Aidil tidak mahu mengalah.


Correction, kau the only hantu yang aku pernah jumpa and since aku tak boleh nak compare kau dengan hantu yang lain so tak bolehlah nak cakap yang kau hantu paling handsome yang aku pernah jumpa. Itu tak adil kepada hantu-hantu lain namanya.”


“Awak nak compare saya dengan hantu lain tak? Saya boleh seru mereka datang.” Kata Aidil dengan sengihan yang sukar dimengertikan.


“Terima kasih daun keladi, lain kali beri idea yang lebih bernas lagi. Tak ingin aku jumpa hantu lain. Kalau mereka baik, Islamic macam kau takpe juga.” Balas Iman Soraya dengan ayat terakhirnya diperlahankan namun masih dapat didengar oleh Aidil.


Hoyeah! Pearl akhirnya mengaku saya baik. Awak pun baik juga Pearl. And you seriously look good in that.” Kata Aidil dengan ikhlas. Iman Soraya sudah segan. Dia tahu yang Aidil maksudkan adalah bajunya yang kini sudah memenuhi kehendak syarak. Dia cuba sedikit demi sedikit untuk berubah dan dia sedang mencuba untuk cekalkan hatinya bagi mengenakan hijab pula.


“Pearl, kalau suatu hari nanti saya tiada dalam hidup awak, janji dengan saya yang awak akan teruskan hidup ye. Sebagai seorang muslimah yang taat pada Allah di muka bumi ini.”


Iman Soraya menunduk. Dia hanya diam tidak membalas apa-apa. Sedih sebenarnya. Kalau Aidil tiada lagi, okey, silap, Aidil memang sudah tiada tapi kalau Aidil terus lenyap dari hidupnya, dia sendiri tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku. Dia sudah terbiasa hampir sebulan ini hari-hari Aidil akan muncul di hadapannya.


“Pearl, kenapa awak diam je? Say something.”


Something.” Balas Iman Soraya. Mereka sama-sama tertawa kecil.


“Insya Allah, aku akan cuba.” Kali ini Iman Soraya menjawab dengan yakin.


You know what Pearl?” kata Aidil dengan ayat tergantung bagi menarik perhatian Iman Soraya. Iman Soraya berpaling memandangnya bersedia untuk mendengar ayat yang bakal disambung oleh Aidil.


“I’m your ideal type of man, isn’t it?” sambung Aidil. Iman Soraya berpaling dari Aidil. Dia tersenyum segaris. Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan.




 * * * * * * * * * * * * *

Iman Soraya sudah tidak senang duduk. Dibetulkan tudung di kepalanya yang sedikit senget. Alhamdulillah dia sudah mengambil keputusan untuk berhijab dan semoga dia terus istiqamah dengan perubahan ini. Ini semua antara lainnya berkat dorongan dan sokongan dari seseorang yang baru sahaja dia kenali dua minggu lepas. Dia mengenali Kak Natasha sewaktu dia teragak-agak untuk masuk ke masjid universiti. Ketika itu dia berniat untuk melunaskan hajat Aidil yang mahu menderma di tabung masjid universiti. Dia sangkakan tugas itu mudah tetapi apabila dia berada di hadapan masjid baru dia rasa kesusahannya.


Ketika itu dia tidak berhijab. Masakan dia tegar untuk memasuki rumah Allah dengan tidak menutup aurat dengan sempurna. Saat itu juga air matanya mengalir membasahi pipi. Mujurlah ketika itu kawasan masjid lengang. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Dia berpaling ke arah orang yang menyentuh bahunya dan dia terlihat seseorang yang berseri-seri air mukanya sedang tersenyum kepadanya. Itulah detik dia mengenali Kak Natasha. Kak Natasha telah meminjamkan pashmina yang sentiasa dia bawa kepada Iman Soraya untuk dipakai sebelum masuk ke dalam masjid.


Perkenalan mereka tidak berakhir di situ sahaja. Kak Natasha banyak memberi kata-kata semangat kepada dirinya selain selalu mengajaknya ke surau atau masjid. Pada Kak Natasha juga banyak persoalan dia ajukan. Alhamdulillah persoalan yang dahulu tiada jawapan kini sudah semakin jelas. Kefahamannya terhadap Islam juga bertambah. Dia harus berterima kasih kepada Kak Natasha yang begitu mengambil berat akan dirinya. Sengaja dia tidak menceritakan perihal Kak Natasha ini kepada Aidil. Perancangan asalnya dia mahu bercerita akan jasa Kak Natasha ini setelah dia membuat kejutan kepada Aidil dengan berhijab pada hari sebelum peperiksaan akhir semester bermula.


Jam tangan Iman Soraya kini sudah menunjukkan  pukul 6.30 petang tetapi Aidil masih belum memunculkan diri. Selalunya waktu sebegini mereka akan pulang membawa haluan masing-masing tetapi pada hari ini mereka belum pun bersua. Mujurlah Iman Soraya sudah selamat menunaikan fardhu Asar sebelum datang ke sini. Iman Soraya terus setia menunggu walaupun keadaan sudah lengang. Dia berharap agar Aidil akan muncul. Esok bermulanya peperiksaan akhir semester maka dia tidak akan datang ke tempat ini lagi.


Macam-macam perkara bermain di fikirannya kala ini. Apa yang terjadi kepada Aidil? Mungkinkah Aidil sudah pergi buat selama-lamanya. Apakah Aidil pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya? Memikirkan kemungkinan itu, hati Iman Soraya menjadi pilu. Ya! Mungkin dia harus menerima hakikat bahawa Aidil telah pergi buat selama-lamanya, tidak akan muncul lagi dalam hidup dia. Mungkin tiada lagi urusan yang perlu Aidil selesaikan di dunia ini.


Iman Soraya tidak dapat menafikan bahawa dia cukup terkesan dengan pemergian Aidil. Belum sempat untuk dia tanyakan kenapa Aidil memanggilnya dengan nama ‘Pearl’ dan belum sempat juga untuk dia menjawab pertanyaan terakhir yang Aidil utarakan pada hari semalam. Belum sempat juga untuk dia ceritakan mengenai Kak Natasha yang banyak memainkan peranan dalam membawanya kembali kepada fitrah. Belum sempat untuk dia sendiri memberi perkhabaran kepada Aidil bahawa hajatnya itu sudah selamat dia tunaikan.


Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan Aidil walaupun seketika dalam hidupku. Melaluinya aku kenal Kak Natasha dan kemudiannya aku kenal kebesaran-Mu. Kau rahmatilah roh Aidil dan tempatkanlah dia bersama orang yang beramal soleh. Aamiin ya rabbal `alamin.



* * * * * * * * * * * * *

Tiga tahun kemudian…


Iman Soraya menanggalkan tudung di kepalanya sesudah dia melabuhkan punggung di sofa. Rumah ibunya yang sunyi sahaja itu membuatkan dia berandaian bahawa ibu serta bapa tirinya tidak berada di rumah. Mungkin mereka ke surau di kawasan taman perumahan ini. Iman Soraya menyandarkan diri di sofa sambil menghilangkan penat baru pulang dari kerja dan terus ke rumah ibunya ini. 


Dia bersyukur, walaupun memakan masa beberapa tahun namun ibunya kini sudah kembali kepada fitrah malahan ibunya kini lebih aktif berbanding dirinya dahulu. Tidak mudah usaha yang perlu dia lakukan untuk sama-sama membawa ibunya kembali ke pangkal jalan. Sejak dia mula berhijab semasa di tahun kedua pengajian di universiti sehinggalah beberapa bulan yang lepas, dia masih berusaha untuk membawa ibunya bersama-sama menuju redhaNya. Ayah tirinya pula walaupun baru menjinak-jinakkan diri ke surau tetapi dia tahu itu adalah antara usaha keras ibunya. Semestinya seorang isteri tidak mahu suaminya tersasar dari jalan yang diredhai Ilahi. Alhamdulillah.


“Assalaamu`alaikum.” Kedengaran suara ibu dan ayah tirinya memberi salam.


“Wa`alaikumussalam.” jawab Iman Soraya seraya bangun menghampiri pintu yang telah dibuka dari luar oleh ibunya.


“Bertuah punya budak! Cakap tak jadi balik. Kalau mummy tahu Iman balik mummy pun boleh balik awal sikit dari surau tadi.” ujar Puan Mastura kepada anak kesayangannya itu. Iman Soraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu serta ayah tirinya.


“Hehe. Asalnya memang tak jadi balik mummy. Tapi masa on the way nak balik rumah sewa tiba-tiba hati ni tergerak naaaakkkk sangat balik mummy. Lagipun bukannya jauh mana.” Balas Iman Soraya. Mereka bertiga bergerak mengambil tempat di sofa.


“Hmmm, yelah, kamu tu Iman ada je benda yang nak dijawab kan.” Ujar Puan Mastura kembali.


“Iman dah makan?” tanya Encik Azri kepada anak tirinya itu.


“Dah ayah. Makan dengan kawan-kawan tempat kerja Iman tadi.”


“Okey Iman pergilah rehat dulu. Mesti penat seharian dahlah kerja balik lambat, lepas tu terus datang sini.” Ujar Encik Azri.


“Okey, mummy, ayah, Iman naik atas dulu ye.” Kata Iman Soraya.



* * * * * * * * * * * * *

“Iman, boleh mummy masuk?” tanya Puan Mastura sesudah mengetuk pintu bilik anaknya. Iman Soraya baru sahaja selesai membersihkan diri dan menunaikan fardhu Isyak.

“Masuklah mummy. Pintu tak berkunci.” Ujar Iman Soraya sambil melipat telekung yang digunakan dan diletakkan di tempat khas.


“Jom, pillow talk macam biasa!” kata Puan Mastura dengan muka yang teruja. Mereka berdua mengambil tempat di atas katil sambil bersandar pada bantal dan menyelimutkan diri separas pinggang. Biasanya sesi ‘pillow talk’ mereka bukanlah sehingga masing-masing tertidur, lebih kepada berkongsi cerita dan kemudian Puan Mastura tetap akan kembali ke pangkuan suaminya. Hanya masa sebegini yang dia ada untuk berbual mesra dengan anak kesayangannya ini.


“How’s your life?” tanya Puan Mastura.


“Alhamdulillah, okay mummy. Susah juga kat tempat kerja tu tapi biasalah kan, junior staff kenalah tadah telinga. How about you?” Iman Soraya bertanya kepada ibunya pula.


“Itulah mummy suruh kerja dekat company ayah tapi Iman pula tak nak. Alhamdulillah mummy pun okey sayang. Mummy perlu berterima kasih pada Iman sebab tak pernah putus asa untuk bawa mummy kembali ke pangkal jalan. Ya Allah, mummy tak dapat bayangkan kalau Iman berputus asa sekerat jalan, mesti mummy masih belum bertemu ketenangan yang mummy rasa sekarang. Alhamdulillah ayah pun sekarang ni dah sama-sama ikut bila ada aktiviti di surau.” Ujar Puan Mastura panjang lebar. Air matanya sudah bergenang. Iman Soraya sudah tersenyum terharu dan kesyukuran. Dikesat air mata yang mengalir perlahan.


“Alhamdulillah mummy. Allah yang beri kekuatan pada Iman dan Dia juga yang beri hidayah pada mummy dan ayah.” dan Dia juga yang hantar Aidil untuk sedarkan Iman. Aidil… Semoga Allah merahmati awak dan tenang di sana. Kalau mummy perlu berterima kasih, orang yang selayaknya menerima ucapan itu adalah awak. Iman Soraya bermonolog sendiri.


“Iman, Iman ingat lagi tak mak cik Hasnah yang pernah sekali datang rumah kita? Mak cik yang mummy beritahu Iman yang mummy kenal dari kawan mummy tu? Yang ajar mummy mengaji semula, yang ajak mummy join kumpulan marhaban semua?”


“Oh, mak cik Hasnah tu. Ingat mummy. Apa khabar dia sekarang?”


“Alhamdulillah dia sihat. Iman, mummy nak cakap pun serba salah tapi ini mungkin hikmah Iman tergerak hati nak balik rumah hari ni. Sebenarnya kami berdua merancang untuk mengeratkan lagi silaturrahim kita dengan menyatukan anak mak cik Hasnah dengan Iman. Jadi mummy harap sangat Iman boleh pertimbangkan perkara ni. Anak dia sangat baik, sayang. Mummy dah pernah jumpa. Mummy rasa dia memang sesuai sangat dengan Iman.” Puan Mastura bersuara menyampaikan hajatnya. Iman Soraya terkedu. Kahwin? Iman Soraya masih lagi membisu tidak membalas apa-apa.


“Kenapa sayang? Iman dah ada calon sendiri ke? Maafkan mummy.” Puan Mastura bertanya sambil turut melafazkan maaf.


No mummy, Iman belum ada calon lagi. Mummy tak perlu minta maaf. Sorry mummy. Iman cuma terkejut. Mummy, sejujurnya Iman tak pernah terfikir soal kahwin dalam masa terdekat ni. Mummy bagi Iman masa boleh? Hati Iman milik Allah dan biarlah Iman minta petunjuk dari pemilik hati ini.” Sehabis lembut Iman Soraya bersuara supaya tidak mengecilkan perasaan ibunya. Puan Mastura mengangguk tanda faham.



* * * * * * * * * * * * *

Setelah kata putus diberikan oleh Iman Soraya kepada ibunya, Puan Mastura kelihatan gembira sekali dengan perkhabaran yang dimaklumkan oleh anaknya itu. Iman Soraya hanya meminta untuk tidak diadakan majlis pertunangan manakala pihak lelaki pula meminta supaya majlis pernikahan diadakan seawal yang mungkin. Untuk itu mereka telah merancang untuk sama-sama membeli barang-barang hantaran dan keperluan lain bagi mempercepatkan proses.

Iman Soraya berjalan sedikit laju kerana dia sudah terlewat untuk temujanji bersama ibu serta bakal ibu mertuanya bagi sama-sama membeli barang-barang keperluan. Sewaktu kakinya sudah mendarat di eskalator untuk ke tingkat atas, dia terpandang seseorang yang sedikit menunduk dan sibuk bercakap melalui telefon sedang menuruni eskalator di sebelah. Apabila Iman Soraya sudah berada di tingkat atas, dia kembali menuruni eskalator untuk mengejar kelibat insan yang dia nampak sebentar tadi. Namun, disebabkan ramai orang yang turut menggunakan eskalator, dia tidak dapat menuruninya dengan lebih cepat lagi dan menyebabkan dia kegagalan untuk mengejar insan tersebut. Dengan perasaan yang hampa bercampur rasa ingin tahu dan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku, dia kembali menggunakan eskalator ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Puan Mastura dan Puan Hasnah.


“Assalaamu`alaikum, mummy, mak cik Has, maafkan Iman sampai lambat.” Iman Soraya memberi salam dan bersalam dengan Puan Mastura dan Puan Hasnah. Kedua-dua mereka menjawab salam dari Iman Soraya hampir serentak.


“Mulai hari ini Iman panggil ummi, jangan panggil mak cik Has lagi, okey?” pinta Puan Hasnah kepada Iman Soraya.


“Insya Allah, mak cik.. eh ummi. Iman cuba. Dah lama ke sampai?” tanya Iman Soraya.


“Takde lah lama sangat. Dalam dua puluh minit ye Kak Has?” jawab Puan Mastura sambil turut meminta kepastian dari Puan Hasnah.


“Lebih kuranglah. Alah, tak kisah pun cuma kalau Iman sampai awal sikit tadi dah boleh jumpa dengan Izzat. Izzat yang hantar kami ni. Dia pun mula-mula nak ikut sama tapi tiba-tiba ada panggilan dari kawan dia minta tolong. Urgent katanya.” Ulas Puan Hasnah.


“Oh yeke. Hehe. Takde rezeki nak jumpa dia. Takpelah nanti hari nikah jumpa juga, insya Allah.” Iman Soraya tersenyum. Mereka bertiga meneruskan rancangan membeli barang-barang keperluan. Namun, fikiran Iman Soraya tidak begitu fokus. Dia masih lagi terbayang kelibat insan yang dia nampak sebentar tadi.



* * * * * * * * * * * * *

Hari pernikahan Izzat dan Iman Soraya akhirnya menjelma tiba. Izzat sudah awal-awal duduk bersila menghadap jurunikah. Ketika Iman Soraya menuruni anak tangga ke ruang tamu, dia hanya dapat melihat susuk belakang bakal suaminya itu kerana bakal suami sudahpun menghadap jurunikah. Langkah diatur menuju ke tempat duduk yang dikhaskan buat dirinya. Debaran di dada kian terasa. Dia bakal bertukar status tidak lama lagi. Dia bakal memikul tanggungjawab yang besar. Dia bakal mempunyai imam yang akan memimpin keluarga yang bakal mereka bina ini ke syurgaNya. Insya Allah.


Apabila sah akad yang telah dilafazkan, Iman Soraya tidak dapat menahan sebak di dada. Dia kini sudah bergelar seorang isteri. Air matanya menitis jua walau sudah cuba ditahan. Setelah doa dibaca dan diaminkan oleh semua yang hadir, ibu dan ibu mertuanya disalam serta dipeluk erat. Rakan-rakan yang dijemput yang berada berhampiran dengannya tidak putus-putus mengucapkan tahniah. Sewaktu suaminya bangun dan berlalu untuk ke dalam bilik terdekat bagi menunaikan solat sunat, dia hanya menundukkan wajah. Masih belum punya kekuatan untuk memandang suaminya itu. Sementara si suami di dalam bilik, Iman Soraya melayan rakan-rakannya yang meminta untuk bergambar bersama. Dia hanya sedar apabila ibunya bersuara.


“Iman, duduk elok-elok, tu Izzat dah datang untuk sesi batalkan air sembahyang pula.” Tersenyum Puan Mastura melihat anak dan menantunya itu. Iman Soraya kembali membetulkan duduknya di tempat yang dikhaskan itu. Kepalanya kembali menunduk. 


“Pemalu sangat Iman ni. Izzat dah selamat jadi suami dah, nak malu apa. Cuba angkat sikit muka tu pandang suami.” Kali ini Puan Hasnah pula berkata kepada menantunya itu. Izzat sudah berada di hadapan Iman Soraya. Mahu tidak mahu, Iman Soraya angkatkan juga kepalanya memandang si suami. Dia terkaku melihat Izzat yang sudah tersenyum memandangnya. Air matanya kembali bergenang di pelupuk mata.


“Assalaamu`alaikum, my Pearl.” Ujar Izzat kepada Iman Soraya. Iman Soraya menelan liur. Salam dijawab di dalam hati. Dia menghulurkan tangan menyambut salam yang dihulurkan oleh suaminya. Saat dia memejamkan mata apabila mencium tangan si suami, air matanya jatuh menjamah tangan si suami.


Why do I feel like I got my Aidil back?



* * * * * * * * * * * * *

Semasa melayan tetamu, Iman Soraya mencuri-curi memandang Izzat. Suaminya itu sentiasa berada di sisi dan menggenggam tangannya. Tapi sebenarnya dia yang lebih erat menggenggam tangan suaminya itu. Seperti tidak mahu berpisah pula. Soal malu sudah dia tolak ke tepi. Setakat ini, apa yang dapat dia katakan mengenai Izzat adalah dia seorang yang bersopan dan menjaga hati orang lain. Dan perasaan yang paling tidak dapat dia nafikan sekarang adalah seperti Aidil kembali semula ke dalam hidupnya. Dia harus bertanyakan Izzat adakah dia ada pertalian darah dengan Aidil. Sejak dari tadi Izzat akan memanggilnya dengan nama ‘my Pearl’ seperti Aidil yang dahulu pernah memanggilnya ‘Pearl’. Cumanya Izzat menambah ‘my’ dihadapan mungkin kerana dia kini sudah menjadi milik Izzat.

My Pearl, abang tahulah abang handsome. Tak payahlah my Pearl ni nak curi-curi pandang abang. My Pearl ada the rest of your life untuk pandang abang. Waktu tu jangan muntah-muntah pulak. Ok, kalau my Pearl muntah-muntah sebab ada ‘isi’ takpe tapi tak nak muntah-muntah sebab dah muak tengok muka abang.” Kata Izzat yang sudah tersenyum lebar sambil memandang isterinya yang sedikit rendah dari dirinya. Iman Soraya sudah tertunduk malu. Kantoi pula curi-curi pandang suami sendiri. Dia memberanikan diri memandang suaminya.


Aidil, please stay with me. Forever and after. Saya takut kehilangan awak lagi.” Iman Soraya berkata kepada suaminya sambil genggaman tangan mereka dieratkan.


Serentak dengan itu Izzat berubah riak. Genggaman tangan diregangkan. Tangan mereka masih bertaut hanya kerana genggaman erat dari Iman Soraya. 


Who’s Aidil? Your ex?” Izzat bertanya kepada isterinya. Dahinya sudah berkerut.


“Aw.. Awak… I mean, abang, what I meant to say is… aaa… erm…” Iman Soraya kehilangan kata-kata.



* * * * * * * * * * * * *

Izzat masuk ke dalam bilik setelah dihalau oleh ahli keluarga yang lain yang masih berada di ruang tamu. Keluarganya juga bermalam di sini pada malam ini. Masing-masing masih rancak berbual di bawah walaupun masih penat dengan majlis yang berlangsung pada hari ini. Iman Soraya dilihatnya sedang duduk di birai katil seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

My Pearl, tak tidur lagi?” macam kurang bijak pula tanya soalan ni bila sudah terang-terang nampak isterinya itu masih berjaga tetapi dia bertanya juga untuk memecahkan kesunyian.


“Abang, Iman minta maaf pasal petang tadi. Benda tu di luar kawalan Iman. It just blurted out of nowhere. But one thing for sure is that he is not my ex.” Macam mana nak jadi ex kalau berkasih sayang pun tak pernah. Kasihan tu adalah sebab dia pergi pada usia yang muda.  Izzat mendiamkan diri. Iman Soraya menyambung bicara.


Abang, may I ask you one question?”


Yes, my Pearl, you may.” Jawab Izzat kepada pertanyaan isterinya.


“Abang ada kembar?” akhirnya keluar juga soalan yang sejak sesi membatalkan air sembahyang tadi ingin ditanya kepada suaminya.


“And may I know why you are asking me like that?” tanya si suami kembali.


Because you look so much like him. So much to the point that I will believe you even if you say that you are him. Walaupun Iman dah lama tak jumpa dia tapi Iman masih ingat lagi.” Kata Iman Soraya. Biarlah semua kekusutan ini terlerai malam ini juga. 


“Jadi betullah he’s your ex? My Pearl tak dapat lupakan dia?” masih lagi soalan yang keluar dari mulut Izzat.


No, abang, he’s not my ex. I don’t know how to explain it to you. It’s a long story. But you look so much like Aidil.”


Because I am Aidil.” Balas Izzat.

I know your name is Izzat Aidil. Iman dengar masa akad tadi. But my Aidil is dead. Sebab itulah Iman tanya abang ada kembar tak?  Your name is Izzat Aidil then maybe kembar abang nama dia Aizat Aidil and he is the ‘Aidil’ that I’m talking about.” Jelas Iman Soraya panjang lebar.

My Pearl, bawa bertenang okey. Meh sini ikut abang.” Kata Izzat sambil memegang tangan Iman Soraya dan dibawa Iman Soraya untuk separuh baring dan bersandar pada bantal. Kemudian dia mengambil tempat di sisi isterinya itu. 


“Meh lah sini sikit. Kenapa jauh sangat? Abang tak makan oranglah.” Kata Izzat kepada isterinya. Iman Soraya teragak-agak tetapi didekatkan juga dirinya dengan suaminya itu. Izzat meletakkan tangannya di belakang kepala isterinya dan mendaratkan tangannya di bahu isterinya. Sejurus itu ditarik isterinya untuk lebih dekat dengannya.


Dah macam sesi pillow talk dengan mummy pula. Tapi pillow talk dengan mummy bersandar pada bantal je. Ini sudahlah bersandar pada bantal, encik suami tambah pula tangan jadi extra bantal. Yang pasti kalau pillow talk dengan mummy bukan sampai tertidur tapi kalau pillow talk dengan encik suami ni memang sampai tertidurlah kot. Okey fokus Iman, fokus! Kau nak tahu pasal kembar Izzat ni. Iman Soraya bermonolog dalam hati. 


Abang, please say that you have a twin.” Kata Iman Soraya seperti separuh merayu. Dah tu kalau betul laki kau ada kembar kau nak buat apa Iman? Nak tahu macam mana Aidil meninggal dunia? Macam tu? Iman Soraya berperang dengan diri sendiri.


“I have a twin.”


See! Maknanya betullah Aidil tu kembar abang?” soal Iman Soraya yang secara automatik kembali duduk dan berpaling kepada suaminya yang masih bersandar.


“Tak lah sayang. Abang mana ada kembar.” Kata Izzat kembali.


“Abang, mana satu ni? Tadi cakap ada kembar, sekarang takde pula? I’m dying to know here, abang.” Iman Soraya sudah berkerut-kerut dahi masih memandang suaminya. Izzat duduk menyertai isterinya.


That was because just now you said ‘abang, please say that you have a twin’, so I said ‘I have a twin’. Betullah kan?” ujar Izzat kepada isterinya. Iman Soraya sudah menepuk dahi. Mukanya masam mencuka.


No, my Pearl. I don’t have a twin but I have a good news. I am Aidil. By Aidil here I mean I am your Aidil. The ‘Aidil’ that you are talking about.” Izzat memegang kedua-dua belah tangan isterinya. Dahi Iman Soraya makin berkerut.


“Tak! Abang tipu! My Aidil is dead.” Iman Soraya sudah mengalirkan air mata. Izzat mengesat air mata di pipi isterinya.


No, my Pearl. I’m here. I’m your Aidil. Tak mau menangis, meh sini abang ceritakan semua.” Izzat membawa Iman Soraya untuk berbaring dan bersandar seperti tadi. Dia membawa isterinya dekat dengannya dan mendaratkan tangannya di bahu isterinya sambil membetulkan kedudukan supaya isterinya dapat bersandar dengan selesa.


“Pertama sekali abang nak minta maaf sangat-sangat kalau abang dah tipu Pearl. Abang adalah Aidil yang sama yang Pearl jumpa masa dalam lif di fakulti. Siap kaji lagi lif mana yang Pearl selalu guna and luckily masa hari kejadian, lagi dua lif rosak so memudahkan abang tunggu Pearl dekat satu lif je. Abang minta tolong kawan abang untuk tolong buatkan nampak real dan terbukti Pearl percaya. Dari situ abang boleh mendekati Pearl dan tahu apa sebenarnya dalam hati Pearl. Percayalah Pearl, bukan abang nak menipu tapi dengan cara itu aje abang dapat mendekati Pearl. Abang tahu Pearl bukan jenis melayan lelaki jadi dengan cara tu abang boleh selami hati Pearl. Abang boleh heart-to-heart talk dengan Pearl. Abang cakap pada Pearl abang ada masa sebulan je sebab masa tu abang dah final year dan nak dekat final exam jadi abang perlu fokus pada pelajaran.”


“Abang jahat!! Kenapa abang buat macam tu?” soal Iman Soraya. Perlahan-lahan air matanya kembali mengalir.


“Itu je pilihan yang abang ada my Pearl. Masa pertama kali abang nampak Pearl waktu aktiviti di fakulti, there’s something about you yang membuatkan abang tertarik. Tapi kawan abang tak setuju just because waktu tu Pearl belum berhijab. Kawan abang cakap kalau nak buat bini pilihlah yang berhijab dan baik agamanya supaya nanti dah kurang susah untuk dididik bila dah berkahwin dan senang nak didik anak-anak. Abang faham apa yang kawan abang cakap tu sebab dia kawan baik abang. Jadi abang buat plan tu untuk cuba ubah Pearl walaupun abang tahu Allah yang memegang hati-hati kita tapi abang sentiasa berdoa supaya Pearl terbuka untuk betul-betul kembali dan mengamalkan Islam dalam kehidupan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit abang nampak perubahan Pearl. Tapi abang tak nak Pearl berubah sebab abang, abang nak Pearl berubah sebab Allah. Jadi abang hilangkan diri bila dah cukup sebulan dan kebetulan final exam jadi abang fokus untuk final exam.” Jelas Izzat Aidil panjang lebar. Iman Soraya yang mendengar sudah terharu. Air mata masih mengalir di pipi. Lidahnya kelu untuk bersuara. Izzat Aidil meneruskan kata.


“Walaupun lepas tu abang dah habis belajar, tapi abang akan datang juga universiti kita untuk tengok perkembangan Pearl dari jauh. Alhamdulillah abang tengok Pearl istiqamah malah bertambah baik. Untungnya jadi pelajar yang ‘biasa-biasa’ je dekat universiti jadi yang kenal cuma kawan-kawan sekelas, pensyarah dan beberapa orang lain so memang senang untuk abang jadi ‘hantu’” Izzat Aidil sudah sengih.


“Sampai hati abang buat Iman macam tu. Tapi Iman perlu berterima kasih pada abang sebab membuka jalan untuk Iman kenal Tuhan. Ya Allah, mati-mati Iman ingatkan Aidil tu memang dah takde kat dunia ni. Maknanya lelaki yang Iman nampak tengah turun eskalator masa nak shopping barang-barang dengan mummy and ummi tu abang lah ye?”


“Oh Pearl ada nampak abang ke? Yelah tu agaknya sebab waktu tu plan asal nak jumpa Pearl dan terangkan perkara sebenar tapi dapat urgent call dari kawan abang, dia minta tolong. Kawan yang dah tolong abang masa dekat lif tu, takkanlah abang tak tolong dia balik. Hehe. Pearl tak syak apa-apa ke masa awal-awal?”


“Nak syak apanya bang. Kad kahwin kita pun Iman cuma tengok muka depan je. Iman dan Izzat. Semua orang panggil abang, Izzat. Masa akad nikah baru Iman dengar nama penuh abang. Masa tu Iman tak rasa apa-apa sebab mungkin kebetulan nama sama. Kan ramai orang nama Aidil. Tapi masa batalkan air sembayang tadi Iman memang terkejut sebab muka abang sama sangat dengan Aidil yang Iman kenal. Disebabkan Iman dah mati-mati percaya Aidil tu dah meninggal so dalam kepala Iman ada satu benda je, abang ni kembar Aidil.”


“Oh, macam tu ke. Sebenarnya memang orang lain panggil abang, Izzat. Dekat my Pearl ni je abang perkenalkan diri sebagai Aidil.”


“Abang, kenapa petang tadi abang buat muka berkerut-kerut bila Iman sebut pasal Aidil? Buat orang gelabah je.” kata Iman Soraya dengan nada tidak puas hati.


“Hehe. Saja je berlakon sayang. Asah skill lakonan dulu nak tengok power lagi ke tidak. Lagipun my Pearl abang ni bila gelabah jadi lagi terlajakkkk comel.” Izzat Aidil sudah tersengih-sengih.


Abang, may I ask you one more question?” tanya Iman Soraya.


Yes, you may, my Pearl. Tak perlu minta izin nak tanya, tanya je.”


“Kenapa dari dulu abang panggil Iman ‘Pearl’? Bukan ke Iman dalam Bahasa Inggeris ‘Faith’?”


“Alah, ‘Faith’ is too mainstreamlah sayang. ‘Pearl’ baru rare. My Pearl pernah dengar lagu Raihan?” tanya Izzat Aidil kepada isterinya seraya memandang ke arah Iman Soraya.


“Lagu Raihan banyaklah abang. Yang mana satu?” tanya Iman Soraya kembali sambil mendongak sedikit memandang si suami.


“Alah, lagu Raihan yang awal-awal dulu tu. Abang suka lagu tu. Lagu Iman Mutiara. Iman adalah mutiara. Di dalam hati manusia. Yang meyakini Allah. Maha Esa Maha Kuasa.” Izzat Aidil menjawab pertanyaan Iman Soraya sambil turut menyanyikan serangkap lagu yang dimaksudkannya.


“Amboi! Sedapnya suara cik abang kita. Pernah dengar lagu tu tapi kenapa dengan lagu tu bang?” tanya Iman Soraya kembali kerana masih tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh suaminya.


“Lah, tak dapat tangkap lagi ke? Kan dalam lagu tu sebut ‘Iman adalah mutiara’. So, mutiara tu dalam Bahasa Inggeris ‘Pearl’. There goes how my Pearl got her name. My one and only Pearl.” Iman Soraya malu dan terharu dalam masa yang sama. Dia membenamkan muka pada suaminya sehingga dapat mendengar degup jantung suaminya itu. Izzat Aidil melingkari tangan pada bahu isterinya. Masing-masing sudah tersenyum lebar.


Iman Soraya kembali duduk semula. Tangan kanannya disuakan kepada Izzat Aidil. Izzat Aidil memegang tangan isterinya yang disuakan di hadapannya itu.


“Kali ni kita dah nikah, dah boleh pegang.” Ujar Izzat Aidil dengan nada bangga bersama sengihan. Iman Soraya menarik balik tangannya.


“Bukan inilah abang.” Kata Iman Soraya.


“Habis tu, apa dia?” tanya Izzat Aidil kembali.


“Iman nak claim balik duit yang Iman guna untuk derma dekat tabung masjid universiti dulu. Sebenarnya kan bang, Iman dah halalkan dah. Tapi ada orang tu cakap akan datang kalau jumpa lagi claim lah, so Iman rasa serba salah pula kalau tak claim since orang tu dah pesan suruh claim.” Kata Iman Soraya sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Izzat Aidil sudah tergelak dengan gelagat isterinya. Fahamlah dia apa yang isterinya itu maksudkan sebentar tadi.


“Okey, my Pearl pejam mata then tadah tangan.” Iman Soraya melakukan seperti yang suaminya katakan. Izzat Aidil kemudiannya memegang kedua-dua belah tangan isterinya. Perlahan-lahan dia mengucup tangan isterinya dan kemudian dihadiahkan kucupan pada dahi isterinya pula. Setelah itu dikucup pipi kiri dan kanan isterinya dan dengan lembut dia memeluk si isteri. Iman Soraya masih memejamkan mata. Ini kalau Izzat Aidil suruh buka mata pun belum tentu dia akan buka. Segan sebenarnya.


Huargh!! Abang, kenapa manis sangat ni?! Ini baru betul-betul Dil Hai Tumhaara. Love you lillah, abang. Ya Allah, rahmatilah dan berkatilah perkahwinan kami sehingga ke syurga yang abadi. Aamiin. Actually, what you said previously is true, abang. You are my ideal type of man. Aidil yang ideal untuk saya. Aidil yang Allah pinjamkan untuk membimbing saya.




- TAMAT -


Dah habis baca? Yup, cerita ni memang tiada kaitan dengan Aidilfitri. Sempena Aidilfitri adalah semata-mata sebab nama watak tu Aidil dan ku mendapat ilham serta gatal tangan nak menaip cerpen ni di Aidilfitri :P


Kepada semua yang sudi membaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya yang tidak seberapa ini. Ini adalah cerpen kelima dari saya. Segala bentuk kritikan dan teguran amatlah saya alu-alukan. Anda digalakkan untuk meninggalkan komen (positif mahupun negatif, supaya saya sedar diri dan tak syiok sendiri dengan cerpen saya ni) Komen anda adalah pembakar semangat saya. Mucho gracias~! Terima Kasih~! *mohon baca macam nada Alleycats ;) *


p/s: harap maaf kalau tajuk cerpen kali ni macam tak matang dan poyo… hohoho~ diharapkan anda excited baca cerpen ini seexcited saya menaipnya ;) … dan semoga cerpen ini tak cliché… wahaha… susah wo nak lari dari cliché... Peace no war (^__^)v


.:|[ Suha Fasihah ]|:.


15 comments:

  1. Replies
    1. Hehe.. Bukan selalu dapat ilham sengal2 macam ni.. Jadi layankan je laa kesengalan Aidil itu ^^

      Delete
  2. Best..sweet sangat cerita ni..kalau Suha boleh panjangkan jadi novel pun best ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan komen Kak sha :)

      Novel macam panjang sangat je Kak... Boleh dipertimbangkan tapi orang ni bukan konsisten menaip... Waktu ada mood menaip, waktu busy and takde mood tak menaip... Hehe

      Delete
    2. Suha...mini novel pun okay ;)

      Delete
    3. Insya Allah... Akan dipertimbangkan... Hehe ;)

      Delete
  3. Bestttt , suka . unik ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ressa, terima kasih sudi luangkan masa untuk baca dan komen... really appreciate it :)

      Insya Allah masa akan datang akan cuba buat karya yang unik lagi... Kena perah idea banyak2... Hehe

      Delete
  4. suka cerpen ni, kenapa sweeet sangat? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Diana, terima kasih sudi baca dan komen :) really appreciate it...

      Entah laa ek... Kenapa sweet? Sebab orang yang baca dia sweet laa ni sebab tu dia rasa sweet ;) yang menaip cerpen ni sampai tak rasa apa2 dah... Huhuhu

      Delete
  5. Ha ha ha .. little weirdo .. but still fun to read tough >_<

    ReplyDelete
  6. Ha ha ha .. little weirdo .. but still fun to read tough >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha~ thanks for reading and comment... May this weirdo can at least make somebody's day ;)

      Delete
  7. Tahniah Suha ...ingatkan macam cerita "Just Like Heaven" roh heroin keluar dari badan masa dia koma ..rupa2nya si heroin dah kena tipu :)...memang kelas cerita ni suka sangat...memang banyak pengajaran plus romantic juga ..5 *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak² sudi baca dan komen... Cerita pasal roh keluar masa koma is too mainstream... Haha... Kena lari dari cliche...

      Semoga sy mampu menaip cerita berpengajaran yang lain di masa akan datang... Aamiin...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...