Social Icons

Friday, September 19, 2014

Cerpen | I Think I Wanna Marry You


“FANN, nanti jangan lupa tolong pass tau?” tersengih girang Nur Hanani sambil berkata kepada Aufa Liyana. Berkerut sesaat dua dahinya untuk mengingati kembali apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu sebelum dia mengangguk-angguk kecil apabila dia berjaya mengingat kembali.

Okay, I’ll try my best.” Balas Aufa Liyana. Mereka berpecah membawa haluan masing-masing.  Aduh, yang ni pun satu hal pula! Tak sukalah main pass-pass ni. Tak nak tolong karang dia kawan yang mula-mula tegur aku masa aku baru lagi kat sini dan dia kira baik jugalah dengan aku. Aku dikira bersubahat ke macam mana ni? Adoyai. Omel Aufa Liyana sambil meneruskan langkah menuju ke arah tujuan.

Aufa Liyana menyeluk sesuatu yang disimpan di dalam poket bajunya. Dipegangnya ‘barang amanah’ dari Nur Hanani itu sambil matanya melilau-lilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Nur Hanani. Tangan kanannya sudah bersedia memegang ‘barang amanah’ tersebut. Apabila ternampak kelibat lelaki yang dimaksudkan oleh Nur Hanani, segera dia memanggil nama lelaki tersebut.

“Ash!” panggil Aufa Liyana tetapi lelaki itu tidak menoleh sebaliknya lelaki yang sedang berjalan di belakang Ash itu pula yang menoleh. Lelaki yang menoleh itu menghentikan langkah. Aufa Liyana yang sedang berjalan laju hanya dua langkah di belakangnya sempat berhenti sebelum mereka hampir-hampir berlanggar. Dia berundur sedikit. Tangannya kanannya masih memegang ‘barang amanah’ dari Nur Hanani dan cara dia memegang ‘barang amanah’ tersebut menampakkan seperti dia sedang menghulurkan ‘barang amanah’ itu kepada lelaki yang baru sahaja berhenti dan berpaling memandangnya.

Belum sempat Aufa Liyana membuka mulut untuk bersuara, lelaki di hadapannya sudah mengambil ‘barang amanah’ yang dipegangnya. Serentak dengan itu matanya terpandang kelibat seseorang yang sedang memerhati mereka tidak jauh dari situ. Oh my! Oh my! This is not good. Bala ni. Bila masa dia muncul? Kenapa mesti dia pandang sini? Huargh!



* * * * * * * * * * * * *

What? Macam mana boleh kantoi?” separuh menjerit Nur Hanani bertanya kepada Aufa Liyana. Beberapa orang pelajar berdekatan yang memandang ke arah mereka sudah tidak mereka peduli. Para pelajar lain sibuk mengisi perut yang lapar. Kantin sekolah dipenuhi dengan para pelajar Menengah Atas.

“Kau tanya aku? Manalah aku tahu waktu tu dia ada dekat situ. Seriously waktu tu line clear je sebab tu aku berani panggil Ash, tup-tup mamat mana entah pusing menghadap aku then selamba Mak Enon je dia ambil benda tu. Masa tu lah tiba-tiba aku terpandang ayahanda kau dan kantoi.” Aufa Liyana bercerita perkara sebenar kepada sahabatnya itu.

“Amboi, ayahanda aku? Ayahanda kita semua okey. Gaya kau cakap benda tu macam nak edar dadah pula. So kau memang tak sempat pass dekat Ash la?” tanya Nur Hanani.

“Aku lesing juga kau ni baru boleh faham. Nak pass macam mana benda dah jadi macam tu. Terus ayahanda rampaslah.” Kata Aufa Liyana.

“Habis tu siapa yang kantoi ni? Kau dengan mamat tu ke aku dengan Ash?” tanya Nur Hanani cemas.

Babe, dah terang-terang ada nama kau dan Ash, kau orang dikira kantoi sekali la. Kami berdua dikira bersubahat tapi denda tetap sama.” Jawab Aufa Liyana setelah dia sedikit tenang. Nak marah-marah pun tak guna kerana benda sudah berlaku.

“Hari ni dah Jumaat. Alamatnya Isnin minggu depanlah denda kita kan? Malu weh, mana nak sorok muka ni? Belum kena denda lagi dah malu, macam manalah Isnin nanti masa kena denda.” Dengan nada penuh kebimbangan Nur Hanani bersuara.

“Sebelum buat kau tak fikir malu pula ek? Dah jadi macam ni baru nak malu.” Kata Aufa Liyana kepada Nur Hanani. Bukan dengan nada marah semestinya.

“Tak terfikirlah akan kantoi sebab selama ni selamat je. Dah kantoi ni barulah terasa malunya.” Kata Nur Hanani perlahan dengan nada sedih. Dia menyambung bicara.

Sorry ye Fann. Tak pasal-pasal kau pun terlibat sekali.”

“Benda dah jadi, nak buat macam mana. Anggaplah ni bittersweet memory kita dekat sini. Lagipun petang Jumaat minggu depan kan semua orang akan balik Cuti Pertengahan Tahun, lepas tu nanti students lain lupalah pasal ni.” Aufa Liyana cuba untuk bersuara dengan tenang. Suaranya memang kedengaran tenang tetapi ketenangan tidak menyusup ke dalam hatinya. Boleh tak Isnin nanti aku duduk dekat sickbay nak buat-buat sakit? Damn! Kalau buat-buat sakit pun tak guna, nanti bila dah sihat denda tu kena hadap juga. Adoyai.

By the way, kat sini memang ramai students nama Ash ke?” tanya Aufa Liyana kepada Nur Hanani. Sebenarnya dia agak pelik kenapa pelajar tersebut menoleh saat dia memanggil nama Ash. Dan sememangnya dia tidak mengambil peduli sebarang perkara berkaitan pelajar lelaki jadi dia tidak tahu siapakah gerangan pelajar tersebut. Ash yang dia kenal itu pun adalah kerana Nur Hanani.

“Ish, tak lah. Yang aku tahu Ash aku tu ajelah yang orang panggil Ash. Students lain aku tak pernah dengar pula orang panggil Ash.” Jawab Nur Hanani.

* * * * * * * * * * * * *

“Baiklah, sebelum perhimpunan pada pagi ini bersurai, kita akan luangkan sedikit masa dengan acara yang sudah beberapa minggu tidak berlaku.” Encik Idris selaku guru disiplin atau lebih dikenali sebagai ayahanda dalam kalangan para pelajar bercakap melalui mikrofon yang disediakan semasa perhimpunan pagi pada hari Isnin tersebut. Dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas dari poket seluarnya dan menyambung bicara.

“Saya rasa anda semua mesti sudah dapat agak apa yang bakal berlaku sebentar lagi jadi dipersilakan pasangan pertama, Abu Hanifah Abu Sufian dari 5 Amanah dan Nur Hanani Isa dari 4 Cekal. Dipersilakan pula pasangan seterusnya, Ashraf Fikri Ahmad Fuad dari 5 Harmoni dan Aufa Liyana Azman Shah dari 4 Harmoni.”

Para pelajar tercengang mendengar nama-nama yang disebut oleh Encik Idris sebentar tadi terutamanya ketika nama Ashraf Fikri disebut. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri dan tidak kurang juga ada yang melepaskan tawa kecil. Sepanjang hampir genap lima tahun bersekolah di situ, nama Ashraf Fikri tidak pernah tersenarai dalam segmen denda khas seperti ini. Hari ini dia telah memecahkan rekodnya. Keempat-empat empunya diri bergerak dari barisan kelas masing-masing menuju ke hadapan.

Dua orang pengawas sudah meletakkan dua buah kerusi dan mereka memegang dua kipas tangan. Setelah keempat-empat pelajar yang dimaksudkan tiba di hadapan, kedua-dua kipas tangan itu diserahkan kepada Ashraf Fikri dan Aufa Liyana. Encik Idris bersuara meminta Abu Hanifah dan Nur Hanani duduk di kerusi yang telah disediakan. Ashraf Fikri serta Aufa Liyana pula mula mengipas Abu Hanifah dan Nur Hanani. Ya! Mereka bersanding semasa perhimpunan pagi di khalayak ramai. Inilah dendanya apabila tertangkap memberi surat cinta! Namun denda ini tidaklah lama. Biasanya para pelajar yang tertangkap perlu bersanding selama seminit sahaja. Seminit yang pasti dirasakan cukup lama apabila tidak berbuat apa-apa dan hanya ditenung oleh para pelajar lain.

Sesudah tamat masa seminit bagi denda Abu Hanifah dan Nur Hanani, Encik Idris memberi arahan untuk mereka bertukar tempat pula. Kali ini giliran Ashraf Fikri dan Aufa Liyana pula untuk duduk manakala Abu Hanifah dan Nur Hanani yang akan mengipas mereka.

Oh my goodness! This is the longest one minute ever in my life. Nani, Ash, you guys seriously owe me for this one. Tak pasal-pasal aku kena bersanding dengan mamat-entah-siapa ni. Dan aku rasa mamat sebelah aku ni kena korek telinga dia. Aku sure gila waktu tu aku panggil Ash, bukan aku panggil kau. Yang kau pergi toleh belakang lepas tu selamba Mak Enon je ambil surat cinta tu kenapa? Tak pasal-pasal kita terlibat sekali dengan denda ni.

Menghampiri detik-detik akhir denda dan sedang Aufa Liyana mengomel sendiri di dalam hati, tiba-tiba dia terdengar gelak yang lebih kuat dari biasa berserta tepukan dari para pelajar. Ditolehnya ke arah mamat-entah-siapa yang duduk di sebelahnya dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat mamat-entah-siapa itu sedang duduk santai sambil tangan kanannya sudah membuat  symbol ‘v’ tanda aman. Oh God! Don’t tell me that this ‘mamat-entah-siapa’ is enjoying this freaking moment. Urgh!

Sesudah seminit masa denda itu tamat, Aufa Liyana dan Ashraf Fikri sama-sama bangun dari duduk. Nur Hanani dan Abu Hanifah pula sudah menyerahkan kembali kipas tangan yang mereka guna sebentar tadi kepada pengawas yang berdekatan. Mereka berdiri dalam satu barisan memandangkan masih belum mendapat arahan dari Encik Idris untuk mereka kembali ke barisan kelas masing-masing. Encik Idris yang masih berdiri bersama mikrofon memberi peringatan mesra kepada para pelajar.

“Baiklah, saya harap semua pelajar boleh faham bahawa pihak sekolah sama sekali melarang sebarang bentuk hubungan ‘angkat-mengangkat’ apatah lagi hubungan cinta. Anda yang tolong menyampaikan surat cinta juga tidak terkecuali. Pada usia sekarang, para pelajar seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Anda sendiri tahu dendanya dan markah merit anda akan ditolak. Sekian sahaja dari saya, terima kasih. Assalaamu`alaikum.”

* * * * * * * * * * * * *

Babe, kenapa kau tak cakap mamat yang ambil surat cinta aku dari kau tu Ashraf Fikri?” tanya Nur Hanani kepada Aufa Liyana dengan nada terkejut bercampur tidak percaya dengan apa yang berlaku sewaktu perhimpunan pada pagi ini. Mereka kini berada di dalam tandas. Masa pertama persekolahan sudah bermula tetapi Nur Hanani sengaja keluar ke tandas dan mengambil jalan yang sedikit jauh untuk lalu bersebelahan dengan kelas Aufa Liyana supaya dia dapat memberi isyarat kepada sahabatnya itu untuk mengikutnya ke tandas. Perkara ‘panas’ seperti ini mesti dia ketahui dari mulut Aufa Liyana sendiri dalam kadar yang segera.

“Aku dah cakap kan yang aku tak kenal mamat tu. Celah mana pula aku nak tahu nama dia? Itu first time aku jumpa dia sepanjang aku masuk sekolah ni.” Jawab Aufa Liyana jujur. Dia menyambung bicara, “Mamat tu memang students lain panggil Ash juga ke?”

Oh. My. God! Ashraf Fikri kot! Budak pandai sekolah ni yang low profile. Takde masalah disiplin dan hari ni dia dah pecah rekod dia dengan bersanding dengan kau masa perhimpunan. Haha. By the way orang panggil dia Acap. Ash tu orang panggil si Abu Hanifah tu lah, siapa lagi.”

“Biul lah si Acap tu. Dah orang panggil dia Acap, waktu aku panggil Ash dia pergi toleh kenapa? Kalau tak benda ni semua takkan jadilah.” Aufa Liyana melepaskan rasa tidak puas hatinya.

“Fann, kau nak tahu tak? Sekejap je gosip dah tersebar, yang kononnya kau girlfriend Acap. Semua orang terkejut. Yelah, Acap budak pandai yang low profile tak pernah ada discipline cases tiba-tiba boleh ada girlfriend budak baru siap kantoi lagi. Haha. Hebatkan budak-budak ni? Tak tau cerita sebenar dok buat andaian sendiri.”

Damn lah! Patutlah masa aku on the way datang sini tadi dorang pandang aku semacam je. Tak sukalah aku. Tak pasal-pasal instant glamour macam ni. Kalau glamour sebab aku menang pertandingan gores dan menang ke, pertandingan yang menaikkan nama sekolah ke takpelah juga. Ini glamour sebab kononnya aku girlfriend si Acap tu? Pfftt. Menghabiskan beras je!”

* * * * * * * * * * * * *

Hari Jumaat akhirnya kunjung tiba. Para pelajar masing-masing gembira sekali kerana mereka akan pulang untuk Cuti Pertengahan Tahun. Ada yang menaiki kemudahan awam dan ada juga yang dijemput oleh ahli keluarga masing-masing. Kebanyakan pelajar yang menunggu ahli keluarga mereka tiba kebiasaannya akan duduk di Bilik Televisyen sambil menonton apa-apa siaran yang dirasakan menarik buat masa itu.

Aufa Liyana mengerling jam pada pergelangan tangannya. Dia sedang menunggu pemandunya untuk tiba menjemputnya pulang. Waktu cuti adalah waktu yang paling dia benci. Tiada siapa yang peduli akan dirinya. Ibu bapanya saban hari bertengkar sahaja. Kadang-kala penyebabnya adalah benda yang mata kasarnya nampak sebagai sesuatu yang sangat remeh. Itulah salah satu sebabnya mengapa dia berkeras untuk menerima tawaran menyambung pelajaran di sekolah elit berasrama ini setelah dia mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lepas.

Mujurlah apabila dia memulakan pelajaran di sini, Nur Hanani memulakan salam perkenalan dengannya. Kalau mahu mengharapkan dirinya sendiri untuk memulakan perkenalan, alamatnya sampai kiamat pun belum tentu lagi dia akan mempunyai kawan baru kerana dia suka menyendiri dan sangatlah tidak pandai untuk bergaul dengan orang lain. Aufa Liyana melepaskan keluhan berat memikirkan perjalanan hidupnya. Mujurlah tiada pelajar lain di gazebo ini. Nur Hanani sudah lama pulang, kalau tidak pasti dia tidak sesunyi ini kerana ada sahaja yang akan Nur Hanani bualkan terutamanya mengenai ‘Ash’nya itu.

Ash… Ash… Nama dah sedap, Abu Hanifah, tapi panggil Ash pula. Agak-agak semua orang yang bernama Abu memang dipanggil Ash ke? Haha. Nak glamour la tu. Perangai tak melambangkan orang yang sepatutnya memiliki nama itu. Cubalah jadi sebaik Imam Abu Hanifah tu. Heh Fann, cara kau cakap kat Ash macamlah kau tu baik sangat. Okay fine, aku bukan baik mana, tapi aku nak jadi baik. Alhamdulillah ada hikmahnya aku masuk sekolah ni. Walaupun bukan sekolah aliran agama tetapi didikan mengenai Agama Islam di sini sangat bagus. Di sini lahirnya seorang Fann yang mula solat. Di sini lahirnya seorang Fann yang mula menutup aurat. Di sini lahirnya seorang Fann yang cuba untuk hidup mengikut syariat. Di sini lahirnya sebuah cinta. Cinta kepada yang Maha Esa. Tapi perangai kasar, cakap lepas, rasa nak menyumpah orang kalau marah aku ni masih ada lagi. Aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Sedikit demi sedikit. Insya Allah. Dengan izin Allah. Moga aku istiqamah. Moga Allah redha.

“Assalaamu`alaikum.” Salam yang menyapa gegendang telinganya membuatkan Aufa Liyana tersentak dan kembali ke alam nyata. Salam dijawab di dalam hati setelah dia mengenalpasti bahawa empunya diri yang memberi salam tersebut adalah Ashraf Fikri. Tanpa dijemput Ashraf Fikri mengambil tempat duduk tidak jauh dari Aufa Liyana. Untuk seminit, suasana masih sepi kerana tiada sesiapa yang bersuara ketika ini.

“Hai, Isteri Seminit. Seronok tak Isnin lepas kau dapat bersanding dengan aku?” Ashraf Fikri memulakan bicara. Nadanya seperti sengaja membuat provokasi terhadap Aufa Liyana.

“Hello, perasan-suami-tapi-aku-tak-hingin-walau-seminit, kau ingat aku hadap sangat ke nak bersanding dengan kau? Dalam mimpi pun belum tentulah!” balas Aufa Liyana.

“Amboi, garangnya isteri seminit aku ni. Weh, isteri seminit, bak sini nombor kau.” Sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya, Ashraf Fikri meminta nombor telefon Aufa Liyana. Terbeliak mata Aufa Liyana apabila melihat gelagat Ashraf Fikri yang dengan selamba mengeluarkan barang yang diharamkan oleh pihak sekolah itu. On the spot, on the dot ni juga nak je aku buat announcement kat satu sekolah beritahu; Ashraf Fikri budak pandai yang low profile yang kau orang cakap tak pernah ada discipline cases ni sebenarnya bawa handphone pergi sekolah! Cuma dia tak pernah tertangkap aje lah!

“Kau tak payahlah nak terbeliak macam tu sekali. Aku tahu line clear sebab tu aku bawa keluar handphone ni. Kau tak payah nak buat innocentlah, sekilas muka kau aku tahu kau bawa handphone juga kan. Aku tak kira, bak sini nombor kau.”

“Apa hal pula aku nak kena bagi nombor aku pada kau?”

“Ohoi, buat pengetahuan kau wahai isteri seminit, kau dah menjatuhkan reputasi aku sebagai seorang pelajar yang tak pernah ada masalah disiplin. Aku kena tanggung malu tahu tak bila bersanding seminit dengan kau tu. Jadi untuk kau menebus balik salah kau pada aku, kau kena bagi nombor kau pada aku. Then bila-bila aku call atau Whatsapp memerlukan pertolongan kau, kau wajib tolong.” Kata Ashraf Fikri.

“Ohoooooii hoi, kau ingat kau sorang je boleh meng‘ohoi’kan aku! Der, kau kalau cakap lain kali biar pakai otak. Apa ke hal aku nak kena tolong kau setiap kali kau perlukan pertolongan? Akulah yang rugi. Kau kalau dalam kesusahan, pergilah minta tolong Polis ke, Bomba ke, JPAM ke, barulah betul. And one more thing, siapa suruh kau ambil surat tu dari aku? Aku panggil Ash, bukan panggil kau. So, this is not my fault.” Aufa Liyana mempertahankan diri, Ashraf Fikri menahan diri. Menahan diri dari tergelak. Cara Aufa Liyana meng‘ohoi’kan dia kembali sebentar tadi sudah seperti lagu dendangan M. Daud Kilau. This chick is cheeky. And surprisingly  funny! Otak Ashraf Fikri ligat memikirkan hujah untuk membalas kata-kata Aufa Liyana sebentar tadi.

“Dekat rumah aku dah terbiasa family aku panggil Ash so masa kau panggil Ash tu aku memang lupa sangat-sangat dekat sekolah orang panggil aku Acap. Suara kau macam suara arwah ibu aku. Sebab tu aku terasa macam ibu aku tengah panggil aku. But yea, it’s indirectly my fault. Sorry.” Nada suara Ashraf Fikri sudah mengendur. Aufa Liyana pula yang terasa serba salah apabila sudah melibatkan arwah ibu Ashraf Fikri.

‘Pin! Pin!’ kedengaran bunyi hon dari sebuah kereta. Kedua-dua mereka berpaling ke arah kereta tersebut. Alamak, kakak kesayangan dah sampai!

“Isteri Seminit, aku nak balik dah ni. Cepatlah bagi nombor!” Ujar Ashraf Fikri. Aufa Liyana yang terkejut segera ingin memberi nombor telefonnya. Dia sempat berfikir tadi, dia akan bagi nombor yang salah jadi Ashraf Fikri ini tidak akan berjaya menghubunginya. Hahaha. Nice plan, Fann. Cayalah!!

“Bagi nombor yang betul okey. Aku nak terus buat ‘missed call’ kat kau ni. Aku tahu phone kau ada dalam poket baju kurung rasmi kau tu.” Ujar Ashraf Fikri yang sudah bersedia untuk menyimpan nombor yang bakal disebut oleh Aufa Liyana. Seperti terkena renjatan, Aufa Liyana tidak dapat memikirkan helah lain dan terus menyebut nombor telefonnya yang betul. Ashraf Fikri bertindak pantas menyimpan nombor telefon Aufa Liyana. Aufa Liyana sudah memasukkan tangannya ke dalam poket baju dan memegang telefon bimbitnya untuk bersedia apabila Ashraf Fikri membuat ‘missed call’ sebentar lagi.

Ashraf Fikri terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Disandang beg galasnya dan ditarik beg beroda yang bersaiz sederhana. Dia kemudiannya menuju ke arah kereta yang membunyikan hon sebentar tadi. Selepas tiga langkah menapak, dia menoleh ke arah Aufa Liyana.

Thanks Isteri Seminit. Jumpa naik cuti nanti ya. Assalaamu`alaikum.” Ashraf Fikri tersenyum  sebelum terus melangkah dan memboloskan diri ke dalam kereta kakaknya. Aufa Liyana sudah terkebil-kebil seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Oh. My. Goodness! How dare he did that to me! Ini yang aku rasa macam nak menyumpah seranah orang ni. Tak pasal-pasal dia ada nombor telefon aku yang betul. Grrr.

* * * * * * * * * * * * *

Ashraf Fikri menyalami tangan kakaknya sejurus selepas dia memberi salam. Kakaknya, Sri Farhanah meneruskan pemanduan meninggalkan sekolah adiknya itu.

Who’s that girl?” tanya Sri Farhanah kepada adiknya.

“Isteri seminit Ash. Haha.” Ashraf Fikri sudah tergelak. Sri Farhanah memandang Ashraf Fikri yang berada di sebelahnya dengan pandangan tidak percaya dan kembali memandang ke hadapan untuk fokus pada pemanduan.

Don’t tell me that she’s the one…” Ashraf Fikri sudah mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun ayat Sri Farhanah tergantung. Dia sudah mengetahui apa yang kakaknya itu maksudkan.

Yup, she’s the one. Yang Ash beritahu menyebabkan rekod baik Ash yang tak pernah ada masalah disiplin jadi rosak.” Sri Farhanah sudah ketawa mendengar ayat dari adiknya itu.

I bet you deserve it. Bukannya Ash tak pernah buat salah, cuma tak pernah kantoi je. So dia tu kira adik ipar seminit akak la kan? Well, akan datang mungkin jadi adik ipar sepanjang hayat akak pula. Haha.” Kata Sri Farhanah mengusik adiknya itu.

Nope! Never! Not in this life.” Ashraf Fikri bersuara dengan yakin.

“Haha. Don’t be so sure, brother. You don’t know what awaits you.” ujar Sri Farhanah.

“Haha. Sebab Ash sure laa Ash berani cakap. Eh, kak kita terus balik rumah nenda ke macam mana ni?” tanya Ashraf Fikri.

“Amboi! Kau nak suruh akak jadi isteri derhaka tinggalkan suami akak ke? Kita balik rumah nenda hari esok, gerak sekali dengan family abang Amir. Hari ni ‘Tan Sri’ akak balik kerja lambat sikit.” Jawab Sri Farhanah. Ashraf Fikri sudah sedia maklum bahawa ‘Tan Sri’ yang dimaksudkan oleh kakaknya itu adalah suami kakaknya sendiri, Aduka Firdaus. Sri Farhanah kembali menyambung bicara.

“Tapikan Ash, betul ke yang Ash cakap suara dia macam suara arwah ibu?”

Positive! Suara dia sangat sama kak. Itu yang Ash sampai menoleh tu.”

* * * * * * * * * * * * *
     
Hari ini merupakan hari ketiga bagi Cuti Pertengahan Tahun. Masa cuti banyak Aufa Liyana habiskan dengan menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh para guru. Boleh dikatakan hampir semua subjek ada dibekalkan dengan kerja rumah. Mujurlah dua subjek telah dia siapkan pada malam sebelum pulang jadi secara tidak langsung telah mengurangkan bebanan buku yang perlu dia bawa pulang.

Aufa Liyana banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam biliknya. Apabila dia penat membuat kerja rumah yang dibekalkan, dia akan melayari internet ataupun membaca berita terkini di laman sesawang yang boleh dipercayai. Ibu dan bapanya pada kebiasaannya tiada di rumah. Apa aktiviti yang mereka lakukan pun dia sendiri tidak tahu. Dia hanya tahu yang ibubapanya berada di rumah apabila ada suara-suara yang memetir berbalah tengking-menengking antara satu sama lain. Entah bila dia akan berasa aman apabila ibubapanya ada di dalam rumah ini. Sedang dia termenung sendiri merenung siling, kedengaran bunyi dihasilkan dari telefon bimbitnya menandakan ada mesej dari aplikasi Whatsapp masuk. Dicapainya telefon yang sedepa darinya dan mesej tersebut adalah dari nombor yang tidak dia kenali. Namun melihat kandungan mesej tersebut dia sudah dapat mengagak pemilik nombor itu. Sebagai tindakan awal, dia terus menyimpan nombor tersebut.

BudakBajetBerdisiplin : Salam Isteri seminit :) kau tengah buat apa?

Cis! Aku ingatkan mamat ni takkan kacau aku bila handphone aku senyap dari sebarang gangguan nombor yang tak dikenali. And I really hate that ‘Isteri Seminit’. Urgh! Well well well Budak Bajet Berdisiplin, consider it’s your lucky day. Since aku pun memang tengah bosan tak buat apa ni maka akan ku balas saja apa yang kau akan cakap nanti. Wahaha~

Me: Salam Budak Bajet Berdisiplin… aku tengah tenung siling je…

Sebentar kemudian mesej masuk lagi…

BudakBajetBerdisiplin : Cisss!! Budak bajet berdisiplin kau panggil aku! Suami seminit yang sempoi okey! Haha.

BudakBajetBerdisiplin : kau tenung-tenung siling tu jap lagi muncullah muka aku… kahkahkah

Hampeh budak bajet ni! Takde maknanya aku tenung siling muncul muka dia. Aufa Liyana mengalihkan pandangan daripada telefon bimbitnya dan sambil tersenyum dia memandang siling, untuk membuktikan bahawa wajah Ashraf Fikri tidak akan muncul. Perlu ke buktikan? Haha. Bayangan wajah Ashraf Fikri dengan senyuman terakhir sebelum dia ke kereta pada petang Jumaat yang lepas menjelma. Mati terus senyuman di wajah Aufa Liyana. Digawang-gawangkan tangan kiri dan kanan laju-laju tanda memadam bayangan yang muncul itu.

Me: durrr… perasanlah kau ni… takde maknanya muka kau muncul… pfftt…

BudakBajetBerdisiplin: haha… tak nak mengaku laa tu…

Me: Whatever! Dah, jangan kacau aku…

BudakBajetBerdisiplin: suka hati akulah nak kacau kau ke tidak… aku guna data plan aku, bukan data plan kau… lalala~

Me: okay, but then I have the rights not to reply to your messages… yeehuu~~

BudakBajetBerdisiplin: well, I can’t deny your rights since you use your own one data plan too… tapi aku kena warning kau awal-awal lah der yang aku akan text apa-apa yang aku nak suka hati aku… kau baca tak baca, reply tak reply aku tak kisah… sebab aku cool je…

Me: okay der, deal! Aku memang expert bab-bab buat bodoh, buat tak tahu ni… serahkan pada yang pakar! Hahaha~

BudakBajetBerdisiplin: haha.. ok, nice! Weh, aku ada hal ni, nak tolong nenda aku bagi makan ayam-ayam kat luar tu… nanti dia bebel ayam dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang… haha

BudakBajetBerdisiplin: nice talking to you… talking ke? Haha.. kau sempoilah der, tak sangka boleh tune in dengan perangai aku… tak menyesallah aku minta nombor kau… hahaha

Me: minta? Bukan dengan cara baik okey, more like kau dapatkan nombor aku guna taktik kotor.. pfftt…

BudakBajetBerdisiplin: kahkahkah! Bukan taktik kotor okey, idea yang bernas, otak yang bergeliga… haha… okey, aku betul-betul kena pergi dah ni.. nanti aku pula yang nenda bagi makan dedak je untuk dinner… haha… thanks for your time, der. Salam~

Me: okey der… pergilah cepat menyahut seruan nenda kau tu.. wassalam…

Aufa Liyana meletakkan kembali telefon pintarnya di sisi. Dia masih lagi dalam posisi berbaring merenung siling. Senyuman terukir di wajahnya mengenangkan yang dia boleh pula ber‘Whatsapp’ dengan Ashraf Fikri. Sesuatu yang memang tidak dia sangka boleh berlaku. Boleh ber‘der-der’ bagai. Gaya macam dah lama kenal. Haha. Tetapi disebabkan perangai Aufa Liyana sendiri yang sedikit kasar, bukan seperti gadis lain yang ayu, lemah lembut dan bersopan santun, maka dia tidak kisah menggunakan ‘der’. Lebih selesa. Ish, kalau budak-budak sekolah tahu pasal ni mahu bertambah-tambah hangat gosip pasal kitorang berdua! Diam-diam ajelah. For sure dia tak beritahu sesiapa yang dia contact aku. Bukan penting pun.

* * * * * * * * * * * * *

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Ashraf Fikri sudah tidak terhitung kekerapan dia menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada Aufa Liyana. Pada dirinya, Aufa Liyana itu ibarat rakan karib yang sudah lama hilang baru kini ditemuinya kembali. Aufa Liyana tidak akan menghukum jika hanya mendengar hujah dari sebelah pihak. Aufa Liyana telah menjadi tempat dia meluahkan perasaan terutamanya ketika runsing menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Dia pasti segala apa yang diluahkan kepada Aufa Liyana selamat kerana Aufa Liyana bukan jenis yang menyebarkan berita. Dia tidak berkecil hati walaupun boleh dikira berapa kali sahaja yang Aufa Liyana akan membalas mesejnya. Pada masa yang Aufa Liyana terlebih rajin, maka balasan mesej pada hari tersebut akan lebih panjang berbanding hari yang lain.

Dia sendiri sudah mengibaratkan Aufa Liyana itu seperti adik lelakinya walaupun dia tidak pernah mempunyai adik lelaki kerana dia merupakan anak bongsu. Dalam bahasa yang mudah, Aufa Liyana merupakan seorang yang sangat sempoi dan tidak mudah berkecil hati seperti kebanyakan manusia lain yang berjantina perempuan. Dia juga tidak perlu terlalu menjaga bahasa yang digunakan kepada Aufa Liyana. Mereka masing-masing selesa menggunakan gelaran ‘der’ dan menggunakan ganti diri ‘aku-kau’. Tetapi semua ini hanya di alam Whatsapp. Di sekolah, mereka seperti tidak mengenali satu sama lain. Kadang-kala apabila Ashraf Fikri membaca semula mesej-mesej di Whatsapp miliknya, dia akan tersenyum sendiri, terutama sekali dengan apa yang Aufa Liyana balas.

Me: der, kau sekarang better belajar rajin-rajin jangan tunggu Form 5 baru nak pulun subjek Form 4. Penat gilakkk…

Me: arghhh!!! Tensionnya aku dengan Chem ni… nasiblah cikgu Chem Form 4 dulu best so silibus Form 4 tak perlu risau sangat, yang Form 5 ni aku kena pulun gilakkk…

Me: tertekan aku dengan orang yang selfish ni… kerja kumpulan buatlah cara berkumpulan… dia ingat dia sorang je ada homework nak kena buat?! Aku pun nak SPM jugalah!! Grrr…

Isteri Seminit: thanks for the nice advice, aku akan ingat… der, chem best kot, aku suka gilakkk… kau propa je lebih padahal pelajar harapan sekolah… jangan salahkan cikgu okey, sebagai murid kita kena ada inisiatif lebih bila dah tahu itu kelemahan kita… aku pun tertekan gak dengan orang macam tu… bawa bersabar… kalau tak boleh sabar, apa lagi der, ajak dia sparring laa… bawa bertendang… alang-alang boleh release tension… hohoho~

Me: vavava! budak pandai chem boleh laa cakap macam tu… ok, akan ku usahakan… haha kau nak bagi cadangan biarlah bernas der, macam beras Bernas tu… nak suruh aku ajak orang sparring, memang tak laa… aku budiman lagi tidak campur aktiviti sebegitu okey… haha.. kantoi dengan warden karang menambah rekod disiplin aku… cukuplah kita bersanding seminit tu je… my one and only discipline case… kahkahkah

Me: I like physics… hoyeah! Haha *ini saja nak berlagak yang aku suka fizik dan dapat A setiap exam… suka gilakkk… mohon jealous… mohon… haha*

Me: banyak gilakkk exercises yang kena jawab… mujurlah SPM sekali seumur hidup… kan best kalau ada alat yang boleh tulis apa yang aku cakap, tangan aku rasa nak patah dah menulis… haha

Me: der, trials aku ada yang slack lah… bio dapat B4, chem dapat C5…  haha… need to improve… kau nanti jangan contohi aku… hahaha

Isteri Seminit: chill laa der, baru trials, bukan SPM sebenar.. ada masa lagi ni.. yang lain kau dah okey tinggal nak improve bio and chem je… I thought that you already have chemistry with Chemistry… hmm… nevermind, you can always find the right chemistry to master Chemistry ;) jangan down okey… you can do it! i’m sure of it! Wa caya sama lu der!

Dan apabila menghampiri SPM, Ashraf Fikri menghantar mesej…

Me: aku rindu arwah ibu dan ayah aku…

Isteri Seminit: I’m sure they miss you too… they’re in a safe place now… you should focus on your SPM… aku sure mereka nak kau berjaya dengan cemerlang… you can do it derbreak a leg! All the best for your SPM… next week kan… cikgu-cikgu, kawan-kawan dan aku sentiasa doakan kejayaan kau dan calon SPM yang lain…

Balasan dari Aufa Liyana itu sangat bermakna buat Ashraf Fikri. Dia tidak menyangka yang Aufa Liyana akan membalas mesejnya secepat itu kerana kebiasaannya Aufa Liyana akan membalas setelah beberapa mesej dihantar dengan beberapa perkara yang berbeza samada melepaskan geram, memberitahu keputusan peperiksaan ataupun sengaja nak buat-buat menunjuk. Kini dia kembali yakin bahawa walaupun dia sudah tiada ibu dan bapa yang akan mendoakan kejayaannya, dia masih punya adik-beradik, guru-guru, rakan-rakan yang akan mendoakan kejayaannya. Dan dia sendiri mestilah berusaha dan berdoa kepada Allah Taala kerana Allah akan melihat usaha yang kita lakukan untuk mengubah nasib diri kita.

* * * * * * * * * * * * *

Aufa Liyana meneruskan pelajarannya seperti biasa. Sejak secara rasminya dia menjadi pelajar Tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan SPM, dia begitu tekun semasa belajar di dalam kelas ataupun semasa kelas persediaan. Nasihat dari sahabat baiknya, Ashraf Fikri yang kini sedang menjalani kelas persediaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dia semat di dalam hati. Keseronokan Ashraf Fikri yang bercerita tentang kelas persediannya secara tidak langsung menyuntik semangat Aufa Liyana untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelma.

Walaupun mereka tidak kerap berhubung, Aufa Liyana faham malahan tidak berkecil hati dengan sahabat baiknya itu. Sebagai sahabat, Aufa Liyana turut memberi kata-kata semangat kepada Ashraf Fikri untuk melakukan yang terbaik walaupun menurutnya subjek semakin sukar. Dan apabila Aufa Liyana memberi kata-kata semangat kepada Ashraf Fikri, Ashraf Fikri turut tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada sahabat baik yang sudah dianggapnya seperti adik itu.

Paling baru, Ashraf Fikri ada bercerita kepada Aufa Liyana bahawa Aufa Liyana sudah ada ‘bakal kakak ipar’. Fahamlah Aufa Liyana apa yang dimaksudkan oleh Ashraf Fikri itu. Dari Ashraf Fikri, Aufa Liyana mengetahui bahawa teman istimewa sahabat baiknya itu juga menuntut di universiti yang sama tempat mereka melakukan kelas persediaan. Bezanya adalah mereka bakal melanjutkan pengajian ke negara yang berlainan. Kedengaran Ashraf Fikri gembira sekali apabila bercerita tentang ‘bakal kakak ipar’ Aufa Liyana itu. Pada Aufa Liyana pula, selagi Ashraf Fikri dapat menumpukan pada pelajaran dan tidak menjejaskan pelajarannya, dia tidak kisah yang Ashraf Fikri kini mempunyai teman istimewa. Pastinya gadis itu juga istimewa kerana berjaya memikat hati Budak Bajet Berdisiplin yang tidak pernah bercinta di zaman sekolah itu.

Aufa Liyana akan memberi nasihat yang seadanya kepada Ashraf Fikri. Dia sedar yang dirinya tidak layak mana untuk memberi nasihat sementelah SPM pun belum dia hadapi, inikan pula kelas persediaan ke luar negara. Banyak yang Aufa Liyana tahu mengenai Ashraf Fikri dan hidupnya kini namun tidak semua mengenai Aufa Liyana berada dalam pengetahuan Ashraf Fikri. Ashraf Fikri hanya tahu akan perkembangan pelajaran Aufa Liyana kerana itu yang akan dia tanya sebelum dia bercerita tentang dirinya. Dia tahu bahawa keputusan peperiksaan Aufa Liyana sedikit merosot tetapi Aufa Liyana tidak pernah menceritakan perkara sebenar di sebalik kemerosotan keputusan peperiksaannya itu. Dia hanya berkata kepada Ashraf Fikri bahawa silibus Tingkatan 5 susah. Aufa Liyana tidak mahu mematikan kegembiraan sahabat baiknya itu.
           
                                                           * * * * * * * * * * * * *

Kehidupan Aufa Liyana di universiti bermula…

BudakBajetBerdisiplin: oit! Cuti ni buat apa?

Me: Wa`alaikumussalam ya sodiqi… tak buat apa… macamlah cuti panjang… baik aku rehat je…

BudakBajetBerdisiplin: Sorry, excited sangat dah terlupa nak bagi salam dulu. Assalaamu`alaikum isteri seminit. Jom jumpa esok?

Me: Wa`alaikumussalam… Kau buat lawak antarabenua apakah ini? Macamlah kau sekarang ni ada dekat Malaysia nak ajak aku jumpa.

BudakBajetBerdisiplin: der, sebab wa ada dekat Malaysia laa wa ajak lu jumpa… ngeteh ke… jom lah!

Me: seriously? Kau kat sini? Balik tak cakap! Macam ni laa kata best friend

BudakBajetBerdisiplin: kau tak payah nak buat ayat merajuklah… aku tak makan saman okey… haha. aku pun last minute baru buat keputusan nak balik… nak jumpa tak ni? Aku ada bawa souvenir merangkap birthday present untuk kau…

Me: haha. Takde maknanya aku nak merajuk dengan kau.. nanti aku tanya kawan aku dia boleh temankan ke tidak… kalau dia boleh temankan then kita jumpa laa… kalau dia tak boleh temankan aku tak nak laa jumpa berdua je… kau pos je souvenir tu ke rumah aku… wahaha~

BudakBajetBerdisiplin: Hampeh! Tak kuasa aku nak pos… dahlah ini first time balik Malaysia sejak belajar jauh, kau nak suruh aku pergi buang masa dekat pejabat pos pulak… kalau nak ambil sendiri dari aku… itu syaratnya… hahaha

Me: aku tahu. Kau memang keji. Haha. Okey der, apape nanti aku inform semula.

BudakBajetBerdisiplin: No problemo.
           
Aufa Liyana tidak menyangka yang Ashraf Fikri pulang menghabiskan cuti di Malaysia. Dia tidak pasti pula bila Ashraf Fikri akan kembali semula ke sana. Sebenarnya dia langsung tidak berkecil hati yang Ashraf Fikri pulang bercuti tidak memberitahunya terlebih dahulu. Dia seboleh-bolehnya ingin mengurangkan segala bentuk komunikasi dengan sahabatnya itu. Bukan dengan niat untuk putus kawan, tetapi dengan niat ingin menjaga pergaulan. Namun, dikala Ashraf Fikri memerlukan celoteh, pandangan dan nasihat daripada dirinya, dia akan cuba untuk melakukan yang terbaik. Sebagai seorang kawan, itu sahaja.

* * * * * * * * * * * * *

Malam esoknya, Aufa Liyana menghantar mesej berterima kasih kerana sudi menemani dia berjumpa dengan Ashraf Fikri kepada sahabat yang menemaninya, Nazifah. Nazifah merupakan sahabat yang dikenalinya sejak baru melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Nazifah juga merupakan orang yang penting dalam hidupnya kerana banyak mendengar luahan hatinya terutamanya semasa awal pengajian ketika dia masih bersedih dan terkilan dengan perceraian ibu dan bapanya. Pada Ashraf  Fikri tidak dia ceritakan mengenai perceraian ibu bapanya itu.

Ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk bercerai ketika dia masih di Tingkatan 5. Itu adalah sebab utama keputusan peperiksaannya semasa di Tingkatan 5 merosot. Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku dan dia hanya menganggap itu adalah perkara normal bagi ibu dan bapanya. Rupa-rupanya ibu dan bapanya serius mengambil keputusan untuk bercerai. Katanya kerana tidak serasi dan tiada lagi cinta di hati. Luluh hatinya dengan sebab perceraian itu. Jika tidak serasi dan tiada cinta di hati, bagaimana dia boleh lahir ke dunia ini? Sudah pasti ibubapanya pernah merasa keserasian dan perasaan cinta itu, kenapa tidak dipupuk supaya sentiasa mekar sepanjang usia perkahwinan? Perlukah ada perceraian yang merobekkan hati dan menyesakkan fikiran? Aufa Liyana tidak faham dengan pemikiran ibu dan bapanya.

Malas mahu terus mengimbau kisah lama, Aufa Liyana bersiap sedia untuk tidur. Penat juga hari ini berjalan di sekitar pusat membeli belah. Tiada apa yang dibeli, hanya menghabiskan masa mengetahui perkembangan terkini dan bertukar-tukar cerita dengan Ashraf Fikri. Cerita mengenai ‘bakal kakak iparnya’ juga dia korek habis-habisan. Asalkan Ashraf Fikri bahagia, dia turut merasa bahagia. Nazifah yang mendengar sekali-sekala turut tersenyum dengan lawak senda gurau Ashraf Fikri dan Aufa Liyana. Mujurlah Nazifah sudi menemaninya jika tidak memang dia tidak akan berseorangan berjumpa dengan Ashraf Fikri.

Kepada Ashraf Fikri sudah dia hantar mesej berterima kasih untuk pemberian ole-ole merangkap hadiah hari lahirnya yang sudah lepas. Kad pada hadiah tersebut telah dia sematkan di mini softboard di meja belajarnya. Dibacanya sekali lagi kandungan kad tersebut dan senyuman terukir di bibir.

Isteri Seminit,
Belated “Happy Birthday” to you…
May Allah bless…
All the best for your studies ;)
Suami Seminit Yang Sempoi XP

Aufa Liyana mengemaskan kedudukan kad itu pada mini softboard lalu merebahkan diri ke katilnya. Telefon pintarnya diletakkan di tepi dan dia mula membaca surah Al-Fatihah, tiga kul, ayat kursi dan juga doa sebelum tidur lalu dipejamkan matanya dan terus lena.

* * * * * * * * * * * * *

Waktu pada komputer riba Aufa Liyana sudah menunjukkan jam 12.05 tengah malam. Setelah penat menyiapkan tugasan, dia mengambil keputusan untuk log masuk ke akaun Facebook miliknya. Tidak lama selepas dia log masuk, muncul kotak mesej dari sahabat nun jauh di sana. Dipandang paparan jam pada komputer ribanya sekali lagi. Hairan pula apabila yang menegurnya itu masih belum tidur sedangkan waktu di sana cepat dua jam dari waktu di Malaysia. Aufa Liyana bersangka baik, mungkin dia sudah tidur dan kemudian qiamullail.

AshrafFikri AhmadFuad: salam… oit, isteri seminit, tak tidur lagi? Sudah-sudahlah study, pi tidoq.

Fann Azman Shah: salam… baru siap buat assignmentlah… nak relax jap… der, kau okey tak ni? Aku tengok status kau lain macam je belakangan ni… kau ada nak share apa-apa dengan aku?

AshrafFikri AhmadFuad: oh isteri seminit… aku memang tak boleh nak sorok apa-apa dari kau kan… mesti kau dapat detectsomething happened but insya Allah I’m okay

Fann Azman Shah: is it bad? Pasal pelajaran ke pasal kakak ipar?

AshrafFikri AhmadFuad: bad enough for me… but bad in a good way… pasal kakak ipar tak jadi kau… in a good way sebab aku tahu mesti ada hikmahnya…

Fann Azman Shah: kakak ipar tak jadi? Why? Don’t tell me korang dah putus…

AshrafFikri AhmadFuad: too bad it’s correct… kami dah putus…

Fann Azman Shah: kenapa der? Kau buat apa kat dia sampai putus?

AshrafFikri AhmadFuad: bukan soal aku buat apa dekat dia, aku rasa lebih tepat aku tak buat apa-apa untuk dia… well, kau pun tahu yang dia jauh dekat sana, aku kat sini… dengan time difference lagi, dengan masing-masing pressure pasal studies lagi… aku dah cuba bagi kata-kata semangat dekat dia.. aku cuba yang termampu... aku dah cuba juga ada masa Skype call dengan dia but I guess this relationship is too long distance for her to put up with… salah aku juga, aku tak boleh nak selalu ada masa dia perlukan aku.. so bila ada orang yang boleh ada untuk dia dan ambil berat pasal dia, tak mustahillah dia terima…

Fann Azman Shah: der, jangan macam tu der… at least you’ve tried your best… mungkin bukan jodoh kau dengan dia… insya Allah kau akan dapat yang lagi baik dari dia… err kalau aku tanya kau jangan marah ye, kau kenal ke orang yang kau cakap tu?

AshrafFikri AhmadFuad: kenal.. dia sama-sama satu uni masa preparation dulu.. mereka fly ke tempat yang sama.. dari dulu aku memang dah perasan gaya dia macam suka je dekat kakak ipar tak jadi kau tu... ada juga rasa insecure sebab mereka fly tempat yang sama, aku jauh kat sini.. tapi sekarang aku fikir positif je.. sedih memang sedih tapi mungkin memang mereka berjodoh.. siapalah aku nak mempersoalkan takdir yang Allah dah tentukan..

Fann Azman Shah: good boy! Tak nak sedih-sedih okey… kau baik der, insya Allah akan dapat jodoh yang baik-baik juga.. janji Allah kan pasti.. for now just move on and focus on your studies.. aku nak tengok kau bawa balik sijil dari universiti sana..

AshrafFikri AhmadFuad: thanks der.. insya Allah.. study is my priority.. thanks for always be there for me..

Fann Azman Shah: takde hal lah. kau kan suami seminit aku yang sempoi…

AshrafFikri AhmadFuad: haha… for the first time in forever kau mengaku aku suami seminit kau yang sempoi… that made my day…der, pi laa tidoq… nanti esok kau lambat pergi kelas pula… eh sebelum aku lupa tahun ni punya cuti aku balik Malaysia.. nanti kita jumpa ek.. lepas tu dah final year aku kena lebih fokus dari biasa…

Fann Azman Shah: hokeh.. nak tidur laa ni.. kau ada apa-apa jangan segan-segan cerita dekat aku ok.. insya Allah kalau ada orang teman, boleh jumpa.. salam..

AshrafFikri AhmadFuad: ok.. selamat tidur isteri seminit.. wassalam..

Aufa Liyana log keluar dari akaun Facebook miliknya. Dipandang sepi kad dari Ashraf Fikri yang berada di mini softboardnya. Terkejut juga dia sebenarnya dengan berita yang Ashraf Fikri sampaikan itu. Dia tidak menyangka yang sebaik-baik Ashraf Fikri itu pun ada orang nak tinggalkan. Dia berharap agar sahabatnya itu tabah dengan ujian ini. Mungkin hikmahnya Allah mahu dia lebih fokus kepada pelajaran dan tidak perlu pening kepala memikirkan hubungan jarak jauh itu. Dalam hati dia berdoa agar sahabat baiknya itu boleh meneruskan hidupnya dengan lebih baik.

* * * * * * * * * * * * *

Ashraf Fikri tiba di pusat membeli belah seperti yang telah dia dijanjikan dengan Aufa Liyana. Dia telah selamat tiba di Malaysia dua hari yang lepas. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuat panggilan telefon. Setelah Aufa Liyana menjawab panggilan telefonnya, dia bertanya akan kedudukan semasa Aufa Liyana. Menurut Aufa Liyana dia berada di dalam MPH lalu Ashraf Fikri membuat keputusan untuk berjumpa di MPH. Setelah talian dimatikan, langkah diatur menuju ke MPH yang memang sudah dia hafal kedudukannya walaupun jarang sekali datang ke pusat membeli belah ini.

Setibanya Ashraf Fikri di MPH, matanya melilau mencari Aufa Liyana ataupun Nazifah yang turut menemani Aufa Liyana. Menghampiri kawasan buku motivasi, Ashraf Fikri terpandang susuk tubuh seseorang yang membelakanginya  dan sedang leka membelek buku. Pada mulanya dia sudah menyangkakan itu adalah Aufa Liyana tetapi disebabkan penampilan gadis itu membuatkan dia pasti itu bukan Aufa Liyana kerana Aufa Liyana tidak berpakaian sedemikian. Perasaan Ashraf Fikri merasakan seperti dia pernah berada di dalam situasi ini. Seperti déjà vu pula. Gadis yang dilihatnya dari jauh itu tadi meletakkan buku yang dibeleknya sebentar tadi lalu berpusing ke belakang dan apabila terpandang dirinya, gadis itu tersenyum. Tidak berkelip mata Ashraf Fikri memandang gadis tersebut.

Aufa Liyana! Hati Ashraf Fikri berkata. Terkejut pun ada dengan penampilan baru sahabatnya itu. Aufa Liyana yang sudah ternampak Ashraf Fikri terus menarik tangan Nazifah yang berada tidak jauh darinya untuk sama-sama menghampiri Ashraf Fikri. Senyuman diberikan kepada sahabatnya itu. Rasa-rasanya setahun juga mereka tidak berjumpa.

“Assalaamualaikum. Baru sampai ke dah lama? Sorry tak perasan kau tadi.” tegur Aufa Liyana kepada Ashraf Fikri. Setelah ditegur oleh Aufa Liyana barulah mata Ashraf Fikri kembali berkelip seperti biasa.

“Wa`alaikumussalam. Baru je sampai. Aku tercari-cari juga kau tadi tapi tak perasan. Sebab kau nampak tinggi… dari jauh. Haha.” Ujar Ashraf Fikri.

“Ceh, sempat lagi kutuk aku tu. Aku tahulah aku tak tinggi mana.” Kata Aufa Liyana walaupun dia sebenarnya turut ketawa kecil dengan gurauan Ashraf Fikri tadi. Nazifah turut melepaskan tawa. Sahabat kepada sahabat baiknya itu masih lagi berperangai sama seperti setahun yang lepas ketika mereka berjumpa.

“Okey, nanti korang sambung kalau nak gaduh, sekarang kita nak pergi mana ni? Makan dulu nak? Lunch time dah.” Nazifah bertanya dan memberi cadangan. Aufa Liyana dan Ashraf Fikri masing-masing bersetuju. Mereka membuat keputusan untuk menjamu selera di medan selera pusat membeli belah tersebut. Aufa Liyana dan Nazifah bergerak terlebih dahulu manakala Ashraf Fikri bergerak sedikit lambat kerana dia seperti berfikir akan sesuatu.

Sesudah masing-masing membeli juadah makan tengah hari, Ashraf Fikri mengetuai bacaan doa dan mereka menjamu selera. Sambil makan, mereka bertukar-tukar cerita dek kerana sudah setahun juga tidak berjumpa. Nazifah lebih banyak bercerita. Dia pula yang pelik kerana tahun lepas ketika bertemu, Ashraf Fikri dan Aufa Liyana yang banyak bertukar-tukar cerita. Tiba-tiba pada tahun ini dia pula yang banyak bercerita. Ashraf Fikri kelihatan seperti memikirkan sesuatu sepanjang mereka menjamu selera dan sekali-sekala turut bersuara tentang topik yang diperkatakan. Aufa Liyana pula banyak tersenyum dan melayan ceritanya berbandaing berborak dengan sahabat yang sudah lama dia tidak bersua itu. Kenapa dengan mereka berdua ni?

Dalam fikiran Ashraf Fikri pula dia mengimbau kembali Aufa Liyana yang dia kenali pada zaman sekolah menengah dahulu dengan Aufa Liyana yang berada di hadapannya sekarang. Kalau dulu, Aufa Liyana seorang yang nampak kasar walaupun ketika itu dia mula menutup aurat. Katanya dia sedang cuba berubah sedikit demi sedikit. Tahun lepas masa aku jumpa, yang aku perasan tudungnya lebih labuh sedikit berbanding sewaktu sekolah menengah dahulu. Aku tak tahulah pula pasal saiz-saiz tudung ni. Tahun ni pula tudung dia lagi labuh dari yang dia pakai tahun lepas, bajunya pun lebih labuh. And dia pakai both handsocks and socks. Satu perkembangan yang bagus. Semoga istiqamah.

Sesudah menjamu selera, masing-masing tidak berganjak dari tempat duduk. Memandangkan tidak ramai orang di medan selera tersebut jadi mereka tidak tergesa-gesa untuk beredar. Ashraf Fikri meneguk air minumannya. Dia berkira-kira untuk berbicara dengan Aufa Liyana. Dia tidak kisah akan kehadiran Nazifah yang duduk di sebelah Aufa Liyana. Apa salahnya dia dengar sekali. This may be too sudden but belum cuba belum tahu. Kata Ashraf Fikri kepada dirinya sendiri.

“Isteri seminit, aku nak cakap something kat kau ni.” Kata Ashraf Fikri. Nazifah tidak pelik dengan gelaran ‘isteri seminit’ yang dia dengar sebentar tadi kerana dia sudah tahu cerita di sebaliknya.

“Der, sejak bila kau nak cakap sesuatu kau minta izin ni? Cakap ajelah.” Balas Aufa Liyana.

“Okey. Benda yang aku bakal cakap ni mungkin kau akan rasa tiba-tiba aje tapi aku serius ni tau.”

“Okey. Go on. I’m listening.”

I think I wanna marry you. Will you marry me?” Ujar Ashraf Fikri. Nazifah sudah beriak terkejut. Berbeza pula dengan Aufa Liyana yang sudah ketawa.

I think you’re kidding. Kau buat lawak ke der? Kalau kau tengah buat lawak, tahniah! Punchline sampai. Fann bagi empat bintang! Haha.” Balas Aufa Liyana sambil ketawa dan bercakap seperti Nora Danish sedang memberi bintang kepada peserta Maharaja Lawak Mega.

“Aku serius ni der. Cuba kau tengok aku betul-betul. Aku gelak ke?” kata Ashraf Fikri dengan nada serius. Terhenti tawa Aufa Liyana.

Please tell me that you’re just kidding.” Serius bunyinya nada suara Aufa Liyana.

I’m not kidding. Aku tahu apa yang aku cakap ni mengejut dan tak mengikut adat tapi aku betul-betul maksudkannya. Aku tak minta kau jawab sekarang tapi katakanlah kalau kau setuju, nanti aku hantar wakil jumpa parents kau.” Ashraf Fikri membalas masih dengan nada serius. Nazifah hanya mendiamkan diri tanda tidak mahu masuk campur. Aufa Liyana sudah resah dan tidak senang duduk.

That’s it? Just because you think you wanna marry me?” soal Aufa Liyana seperti meminta kepastian.

Yeah and what’s wrong with that? Tak salah kan?” soal Ashraf Fikri pula.

I’m so sorry. This is way too sudden and I’m not ready. The answer is no.” tegas jawapan dari Aufa Liyana.

* * * * * * * * * * * * *

Malam itu panjang doa yang dipanjatkan oleh Aufa Liyana. Setelah apa yang berlaku semasa pertemuan dengan Ashraf Fikri, dia turut memasukkan ke dalam doanya agar sahabatnya itu dapat menerima jawapan yang diberikannya tadi dengan hati yang terbuka. Dia juga turut mendoakan agar jawapan yang diberikannya tidak melukai hati sahabatnya serta tidak mengganggu pembelajaran sahabatnya itu yang bakal memasuki tahun akhir pengajian. Setelah mengaminkan doanya, dia bangun melipat telekung dan sejadah lalu diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

Aufa Liyana cuba untuk tidak memikirkan perkara yang berlaku pada hari tersebut lantas meja belajarnya dihampirinya lalu dia menghidupkan komputer ribanya demi menyiapkan tugasan. Dimasukkan satu fail lagu untuk dimainkan secara rawak ke dalam pemain media. Dia memang sudah terbiasa mendengar lagu sambil menyiapkan tugasan tetapi disebabkan jumlah lagu yang banyak, tidak semua lagu dimainkan sebelum dia berjaya menyiapkan tugasan. Sudahnya dia sendiri tidak perasan sesuatu lagu itu pernah dimainkan ataupun belum dek kerana ada di antara lagu tersebut dimuat turun oleh Nazifah semasa sahabatnya itu menggunakan komputer ribanya ketika melakukan tugasan berkumpulan. Apabila sudah mendengar sesuatu lagu itu, baru dia dapat mengenal pasti lagu tersebut dimuat turun oleh dirinya atau sahabatnya.

Sedang dia leka membuat carian di Google, tiba-tiba sebuah lagu bermain di pemain media computer ribanya. Dia sangat pasti bukan dia yang memuat turun lagu tersebut, pasti Nazifah.

It’s a beautiful night
We’re looking for something dumb to do
Hey baby, I think I wanna marry you

Belum sempat pelantun lagu tersebut meneruskan rangkap seterusnya, Aufa Liyana terus mematikan lagu tersebut. Dia kemudiannya membuka fail lagu-lagu dan dicarinya lagu yang bertajuk ‘Marry You’ dendangan Bruno Mars itu lalu dia padamkan lagu tersebut. Dia cukup ‘anti’ dengan lagu itu. Tidak dinafikan lagu itu mempunyai rentak yang menarik minat orang untuk terus mendengar tetapi dia tidak suka akan lirik lagunya. Dia terimbau kembali perbualannya dengan Nazifah semasa mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan Ashraf Fikri.

“Fann, kenapa kau buat keputusan melulu macam tu?” tanya Nazifah lembut.

“Aku buat apa yang aku patut buat Zee. Aku harap kau faham.” Tutur Aufa Liyana.

“Tapi kan Acap dah cakap yang dia tak paksa kau bagi keputusan on the spot. Dia bagi kau masa untuk kau berfikir. Kau boleh buat solat istikharah. Dan dia pun tak ajak kau kahwin dalam masa terdekat ni. So, kau sepatutnya tak perlu rushing buat keputusan.” Balas Nazifah.

“Zee, kau tak faham. Apa yang dia cakap tadi dah cukup untuk aku buat keputusan on the spot. He thinks he wanna marry me? Nonsense! Dia ingat perkahwinan ni berdasarkan apa yang dia fikir ke? Marriage is not just for one or two days, it’s for the rest of your life. What if one day, he suddenly thinks that he wanna divorce me?” kata Aufa Liyana. Sudah beremosi.

“Fann, kau berfikir terlampau jauh. Buat apa nak fikir sampai bercerai bagai. Bila dah kahwin, for sure kau akan cuba sedaya upaya untuk kekalkan keharmonian rumah tangga yang kau bina.”

It’s easier said than done, Zee. I’ve seen it with my eyes. Aku datang dari keluarga yang berpecah-belah, hell yeah aku perlu berfikir jauh. Ini berkaitan masa depan aku dan aku tak nak perkara tu berlaku pada aku. Pada aku soal jodoh ni biarlah dulu. Kami pun sama-sama masih belajar. If one fine day Allah tetapkan juga jodoh aku dengan dia, insya Allah aku akan terima dengan hati yang terbuka. But now is not the right time. Aku percaya jodoh seseorang akan datang pada masa yang tepat dan orang yang tepat. Kalau sekalipun dia orang yang tepat, sekarang bukannya masa yang tepat. Maaf kalau aku terkasar bahasa dengan kau. Emosi aku memang senang terusik pasal perkara ni.” Jelas Aufa Liyana panjang lebar.

It’s okay. I’m sorry too, kalau aku macam mendesak kau.” Ujar Nazifah. Dalam hati dia berdoa agar sahabatnya ini diberikan jodoh yang terbaik. Dia faham yang perceraian ibubapa sahabatnya itu memberi impak yang sangat besar buat sahabatnya.

Aufa Liyana hanya membalas dengan senyuman ikhlas buat Nazifah. Dia tidak mahu mereka berdua pula yang bersengketa. Dia tahu dia sedikit beremosi pada hari ini. Bohonglah kalau dia tidak terkesan langsung dengan lamaran dari Ashraf Fikri itu, walaupun secara tiba-tiba. Tetapi yang menjadi penghalang terbesarnya adalah ‘I think I wanna marry you’ yang keluar dari mulut Ashraf Fikri. Dia berdoa semoga ini keputusan yang terbaik buat dirinya dan juga Ashraf Fikri. Sebolehnya dia tidak mahu disebabkan perkara ini mereka akan putus kawan. Malas untuk menyesakkan fikiran, akhirnya dia mengambil keputusan untuk meletakkan soal jodoh ini pada takdir Tuhan. Dia pasti sudah tersurat jodoh buat dirinya sejak di Luh Mahfuz dan dia berdoa agar suatu hari nanti akan muncul orang yang tepat pada waktu yang tepat dan di kala dia sudah bersedia. Insya Allah.

- TAMAT -

Baca sekuel cerpen ini; I Seriously Wanna Marry You

Kepada semua yang sudi membaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya yang tidak seberapa ini. Ini adalah cerpen keenam dari saya. Cerpen ni panjang sikit dari yang biasa saya taip, maaf. Segala bentuk kritikan mahupun kutukan  *positif mahupun negatif atau rasa tidak puas hati* berserta teguran amatlah saya alu-alukan. Komen anda adalah pembakar semangat saya. Mucho gracias~! Terima Kasih~! *mohon baca macam nada Alleycats ;) *

p/s: Maaf dipinta andai anda tidak suka akan kesudahannya. Saya seronok menaip happy ending tetapi ada masanya kita perlu berpijak di bumi yang nyata; tidak semua yang kita mahu akan berada dalam genggaman kita. Jadi, terimalah ending ini seadanya ya… peace no war v(~___^)v *sambil kenyit sebelah mata* but to be honest, saya sendiri sedih ending mereka macam ni…

ku dah dekat 2 minggu takde internet ni.. sumber internet kat phone so bila phone buat hal memang susahlah nak online... ini pun sebab ada hal lain pergi cc so dapat laa update cik belog... mesti byk dah cerita2 yg ku follow ku tak dapat nak baca... insya Allah nanti phone dah okey ku akan baca semua sekali dan drop comment...

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

17 comments:

  1. Adatlah semua orang sukakan penamat kisah yang ceria, happy kan...sampaikan ada pembaca yang tidak boleh terima jika penamat sesuatu cerita itu menyedihkan, tidak seperti yang diharapkan.

    Setuju..in real life no such thing as happy ending ever after. Kita sering diuji dengan berbagai-bagai dugaan & cabaran.

    Adakah Aufa & Ashraf akan menjadi sahabat sepanjang hayat..masa akan menentukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha~! rindu nak berbalas komen dengan akak :)

      betul tu kak... couldn't agree more... there's no such thing as happy ever after sebab dalam kehidupan kita akan sentiasa diuji...

      kalau kita tengok dari sudut pandangan Aufa & Ashraf, kehidupan mereka diteruskan... jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku ;)

      Delete
  2. Ya la..rindu juga nak berbalas komen dengan Suha..miss you dear sis!

    Betul..tak mustahil hubungan persahabatan boleh bertukar @ upgrade menjadi hubungan cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak jenguk blog akak... hopefully tak terlepas banyak cerita...

      betul3... hehe...

      Delete
  3. Aktiviti menulis dh kurang skit. Akak bz dgn home tutor. Sarah blom habis interview dgn mama dia..hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh i see... it's ok kak... bila2 boleh sambung... maklumlah kita menulis suka2... hehe

      Delete
  4. Erkk .. boleh pnjgkan lg x ?? Heeee .. xp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca dan komen ;)

      Sebenarnya nak buat ala2 free ending, biar readers sambung apa ending yang mereka nak... Tapi insya Allah kalau ada idea sy sambung cerita ni ye ;) bila tu tak boleh nak janji...

      Delete
  5. Seronok., best., nnti buat la sambungan eh 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks if this story can at least entertain you... Insya Allah, buat masa sekarang ada idea tapi baru half way so saya tak berani nak start menaip lagi...

      Delete
  6. baru sempat baca cerpen ni....
    biasalah perjalanan hidup masih jauh lagi
    best cerpen ni.
    teruskan berkarya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 sudi baca dan komen.. Yup, perjalanan hidup masih jauh.. Anything can happen..

      Insya Allah akan terus berkarya selagi Ada ilhan dan idea yang Allah kurnia.

      Delete
    2. Hai kak, nice cerpen! Baca jugaa blog saya hehehe sibuk betul saya nak promote ish2 sorry ganggu. Tapi akak edit cmane eak? Sampai ade header yang disebalik langsir dn sebagainya?

      Delete
  7. Nice cerpen! Baca juga blog saya hehe. Tapi macammne akak edit jadi ade header atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nurul syafiqah, terima ksih sudi baca dan komen..

      Yang tu kena buat 'Page' khas... Bergantung pada template yg diguna, boleh susun page tu ikut suka kita...

      Delete
    2. Kena buat 'Pages' utk setiap tajuk yang kita nak... pergi kat 'Pages', create page and publish... cuba cari tutorial kat Google... akak nak terangkan kat sini susah... hehe

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...