Social Icons

Monday, September 29, 2014

Di Sebalik Langsir | Aidil Untuk Saya

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hoyeh akhirnya siap juga cerpen 'Aidil Untuk Saya' ni... Alhamdulillah... Still ambil masa yang lama nak siapkan... Kurang lebih seminggu jugaklah... Itu pun puas push diri sebab aim nak publish kat Cik belog ni masa Aidilfitri juga... And luckily Aidilfitri dekat Malaysia ni sambut sampai sebulan maka masa ku post cerpen ni di belog masih Aidilditri... Wahaha~

bila dah lama tak menaip DSL ni mula dah blur nak share apa... hmmm... ku share je laa apape ye... maaf kalau anda rasa semua ini merapik meraban...

1) basically cerita ni pasal Aidil yang disangka hantu oleh Iman Soraya... ku pilih nama Aidil salah satunya masa tu tengah ada mood raya Aidil Fitri... dan sebab lainnya bunyi Ideal dan Aidil serupa... hehe~ Iman Soraya pula; ku sangat suka nama Iman tapi dah banyak sangat watak2 cerita di tv dan novel2 yang menggunakan nama Iman dan paling selalu kita dengar adalah Faith which is the translation of Iman in English... dekat situ ku tahu ku kena buat sesuatu kalau nak guna nama Iman ni... there must be something unique so that this Iman Soraya will be different with all of the Imans exist so far... thank Allah who gives me the idea of 'Iman adalah mutiara' from Raihan's song... so dari situ Aidil yang nak lari dari mainstream sebab dah selalu orang guna nama Faith untuk merujuk kepada nama Iman, Aidil guna Pearl untuk merujuk kepada Iman Soraya...


2) Iman Soraya dalam ni datang dari keluarga yang tak kisah sangat pasal Islam dan dia sendiri tiada inisiatif untuk tahu lebih lanjut pasal Islam... Aidil pula yang terberkenan kat dia masa ada aktiviti di fakulti nak bawa dia kembali kepada fitrah sebelum dia nak memperisterikan Iman Soraya ni dan disebabkan Iman bukan jenis melayan lelaki maka Aidil berpakat dengan kawan baik dia untuk menampakkan seperti dia ni hantu... wuwuwu~




3) melalui Aidil, Iman kenal Natasha masa dia nak masuk masjid universiti... ini ku rasa mungkin ramai dapat relate dengan diri mereka... melalui seseorang, kita kenal seseorang lagi yang boleh memberi nasihat kepada kita untuk berubah ke arah kebaikan... hikmahnya walaupun pada masa tu Iman 'hilang' Aidil, dia jumpa kawan baru which is Natasha yang membawa banyak perubahan positif kepada diri dia... semestinya HIDAYAH itu milik Allah tetapi kita sendiri sebenarnya kena berusaha juga...

4) Iman yang dah berubah ke arah kebaikan tidak putus2 berusaha untuk membawa ibunya kemnali kepada fitrah... semestinya sukar untuk kita menegur darah daging kita sendiri, nak-nak yang memang lebih tua berbanding kita... kadang2 lagi senang untuk menegur orang luar berbanding darah daging sendiri... jadi, sejak Iman kembali kepada fitrah, dia berusaha untuk menunjukkan contoh yang baik kepada ibunya dan walaupun memakan masa yang lama (bertahun) dia gembira kerana akhirnya ibu yang melahirkannya turut kembali kepada fitrah...

5) sebagai seorang isteri pula, ibu Iman semestinya mahukan suami yang seharusnya menjadi imam keluarga itu kembali ke jalan yang benar... dia mencuba sedikit demi sedikit dan dimulakan dengan mengikuti aktiviti di surau taman perumahan mereka... dari sini kita boleh lihat bahawa kebaikan sebenarnya ibarat 'virus' yang boleh disebarkan kepada orang sekeliling... janji kita jangan berputus asa...

ho ho ho hokeh... ku rasa itu aje kot... part lain tu untuk menambah perasa cerpen ni... unik tak unik, sweet tak sweet pada hematku bergantung kepada mood orang yang membaca cerpen tu sendiri... ku yang menaipnya, banyak kali baca untuk semak dah sampai tak rasa apa2 dah... wahaha~

terima kasih kepada semua yang sudi baca dan tinggalkan komen anda yang memberi semangat untukku menaip cerpen seterusnya... yang baik itu datang dari Allah, yang lemah itu datang dari kelemahanku sendiri... mucho gracias~! see you next time ;) insya Allah...

Wassalam~

2 comments:

  1. Unique, suka cara Sis Suha nak sampaikan apa yang hendak disampaikan dan setiap cerpen sis Suha mesti ada isi. Baru farahm 100% tetntang cerpen tu. hiks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis ressa... Alhamdulillah kalau berjaya sampaikan point penting kepada pembaca...

      akan ditingkatkan usaha :)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...