Social Icons

Wednesday, October 08, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 3 ]|:.



HARI Sabtu menjelma. Hari ini secara rasminya menjadi hujung minggu pertama buat Najla Naqiyah dan suaminya. Ok, menipulah pula kalau ini merupakan hujung minggu pertama mereka sedangkan mereka sudah lebih dua minggu mendirikan rumah tangga. Tetapi, disebabkan hujung minggu sebelum ini mereka masih bersama keluarga, jadi minggu ini buat pertama kalinya hanya mereka berdua sahaja.

Najla Naqiyah mengambil keputusan untuk log masuk ke akaun Facebook miliknya. Memandangkan hari ini merupakan hari cuti maka dikira masih awal lagi untuk dia menyediakan sarapan pagi. Arif Fitri sedari tadi sudah menyambung tidur selepas mereka solat Subuh berjemaah. Najla Naqiyah tidak mahu mengganggu tidur si suami sementelah si suami pulang agak lewat kerana urusan kerja.

Tidak banyak perkara menarik di Facebook. Dia hanya membalas mesej-mesej dari rakan-rakannya yang masih menyucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga dia terbaca status rakan-rakannya yang menyatakan bahawa mereka kini sedang giat mencari pekerjaan dan ada yang berdebar-debar untuk menghadiri temuduga. Dia sendiri risau dengan masa depannya. Mampukah dia untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga setelah dia turut bekerja suatu hari nanti? Tetapi untuk mengambil keputusan menjadi seorang surirumah sepenuh masa bukanlah pilihan yang sesuai saat ini.



            Tidak mahu terus merunsingkan diri, Najla Naqiyah bergerak ke dapur untuk mula menyediakan sarapan pagi setelah dia lihat jarum jam sudah menunjukkan angka 8.45 pagi. Dia bercadang untuk mengejutkan si suami yang sedang tidur selepas sarapan pagi siap dihidang. Walaupun masih kurang cekap di dapur, dia cuba melakukan yang terbaik untuk sarapan pagi hujung minggu pertama mereka berdua. Sedang dia asyik menggoreng nasi di dalam kuali, tidak semena-mena dia dipeluk dari belakang. Terkaku seketika segala pergerakannya sebelum dia kembali menyambung kerja.

            Get used to it, Jee, get used to it. He’s your husband. Kata Najla Naqiyah kepada diri sendiri. Arif Fitri yang sedang memeluknya dari belakang sudah mendaratkan dagunya pada bahu si isteri.

            “Assalaamu`alaikum. Morning sunshine. Sorry abang sambung tidur lama. Ada apa-apa yang abang boleh tolong?” tanya Arif Fitri.

            “Wa`alaikumussalam. Morning! Ada satu benda yang abang boleh tolong. Tolong lepaskan Ya.” Jawab Najla Naqiyah sambil tersengih walaupun si suami tidak dapat melihat sengihannya itu. Tersentak Arif Fitri dengan jawapan dari si isteri dan serentak dengan itu dia melepaskan pelukan. Arif Fitri bersandar pada kabinet dapur sambil kedua-dua tangannya sudah bersilang. Baru nak manja-manja sikit dah kena halang. Ingat sebelum ni boleh ke buat macam tu? Dah kahwin baru boleh tahu tak? Ni yang rasa nak mogok lapar ni. Tapi mogok lapar untuk breakfast je, boleh? Lunch and dinner tak nak skip. Eheh sejak bila aku pandai merajuk macam ni? Tak sangka aku ada bakat terpendam untuk merajuk. Ya, Ya dah berjaya mencungkil bakat merajuk abang yang selama ni abang tak perasan sebab mungkin terpendam.

Suasana senyap menyelubungi mereka. Hanya sesekali bunyi bising dari sudip yang berlaga dengan kuali kedengaran. Sesudah nasi goreng siap, Najla Naqiyah menutup api dapur gas dan dia berpaling ke belakang. Erk, apasal muka orang tua ni macam ni? Merajuk dengan apa yang aku cakap tadi ke? Segera Najla Naqiyah menghampiri Arif Fitri dan diraihnya tangan suaminya itu.

            “Abang kenapa ni? Ya ada buat salah ke? Kalau pasal tadi tu abang janganlah ambil hati. Ya bergurau ajelah. Ya sebenarnya nak minta tolong abang buatkan air teh. Air panas dah ada tu, sementara tu Ya hidangkan nasi goreng ni. Boleh?” sambil tersenyum Najla Naqiyah dengan berhemah cuba memujuk si suami yang sememangnya kelihatan seperti muka orang yang sedang merajuk. Kelakar pula rasanya melayan rajuk si suami ini.

Arif Fitri sudah kembali tersenyum.  Tak jadi nak mogok breakfast. Sungguh tak boleh nak merajuk lama-lama dengan Najla Naqiyah ni, dia senyum pun dah boleh buat hati ni cair. Nasib baiklah dah jadi isteri aku.

“Saya yang menurut perintah.” Ujar Arif Fitri sambil tangan kanannya sudah membuat tabik hormat ke arah si isteri. Sempat juga dia hadiahkan kucupan di dahi si isteri sebelum dengan pantas dia bergerak untuk menyediakan air minuman. Sememangnya dia sudah biasa membuat air untuk diri sendiri jadi dia tidak kekok untuk menyediakan air. Alah, setakat air teh, pejam mata pun aku boleh buat. Ohoi, berlagaknya! Kalau pejam mata mahu air panas tu tumpah pada tangan padan muka!


SESUDAH menikmati sarapan pagi, pasangan suami isteri itu mengambil tempat di sofa bagi menonton televisyen. Pasal TV ini pun satu hal juga. Selera tidak sama jadi perlu ada seseorang yang sanggup mengalah apabila menonton TV bersama-sama. Najla Naqiyah sedia mengalah kerana pada pandangannya, dia sudah punya banyak masa untuk menonton rancangan lain semasa Arif Fitri bekerja jadi pada hari cuti seperti ini biarlah suaminya itu menonton rancangan mengikut selera suaminya pula.

            Melihat Arif Fitri yang asyik menukar-nukar rancangan TV kerana tidak ada rancangan yang menarik minatnya, Najla Naqiyah mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan suaminya. Petua dari ibunya apabila ingin berbincang carilah masa yang sesuai dan seelok-eloknya masa itu adalah masa yang santai dan bukan dalam keadaan si suami yang penat bekerja. Najla Naqiyah membuat kira-kira. Masa santai, checked. Suami tengah kenyang, checked. Suami dah cukup rehat lepas penat kerja, checked. Suami tengah tak tahu nak tengok channel mana sebab rancangan kurang menarik, checked. Okay, nice timing! Bolehlah ajak orang tua ni berdiskusi.

            “Yang Arif, kalau takde nak tengok apa-apa rancangan, Yang Arif tutuplah TV, Yang Kurang Arif ada benda nak bincang dengan Yang Arif ni.” Najla Naqiyah memulakan bicara. Tidak tunggu lama, Arif Fitri terus mematikan televisyen dan dia berpaling ke kiri menghadap si isteri. Tidak tahu kenapa, setiap kali Najla Naqiyah menggunakan ‘Yang Arif dan Yang Kurang Arif’ itu, hati Arif Fitri akan berdebar-debar. Berdebar menanti apa pula permintaan yang bakal si isteri suarakan.

            “Yang Kurang Arif nak bincang apa? Cakaplah.” Arif Fitri bertanya kepada si isteri sambil tangan kirinya sudah menggenggam tangan si isteri.

            Again! Get used to it, Jee, get used to it. He’s your husband. Orang tua ni memang suka pegang-pegang agaknya masa bercakap. Kalau dengan aku okey lagi, jangan dekat orang lain dia buat macam ni sudah. Najla Naqiyah menarik nafas panjang dan perlahan-lahan menghembuskan nafas.

            “Begini Yang Arif…” serius bunyinya nada suara Najla Naqiyah, menambahkan debar di dada Arif Fitri. “Yang Kurang Arif nak cadangkan yang kita buat ice-breaking session between the two of us.” sambung Najla Naqiyah. Arif Fitri yang mendengar sudah menunjukkan riak tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh isterinya itu. Ingatkan nak minta apalah tadi, nak ajak buat sesi ice-breaking rupanya. Tapi kenapa? Perlukah?

            “Seriously sayang? Ice-breaking session? Are you sure we need that? I thought that the ice already melted, no need for us to break it.” dengan nada tidak percaya, bertubi-tubi soalan diutarakan kepada si isteri.

            “Abang, tak payahlah buat muka tak percaya macam tu sekali. Ya bukannya ajak abang buat jahat. Ya ajak buat ice-breaking session je. Okey, Ya akan nyatakan sebab-sebab yang membuatkan Ya cadangkan kita buat ice-breaking session. First of all, sebab kita baru nikah dan kita bukannya pasangan yang bercinta sakan sebelum nikah. Second, we need those ice-breaking sessions as the methods of bridging the gap between us. Third, supaya kita lebih memahami antara satu sama lain dan dapat mewujudkan rumahtangga yang harmoni. Itu saja yang Ya terfikir buat masa ni.” dengan panjang lebar Najla Naqiyah menerangkan kepada si suami.

            “Okey, abang boleh terima Ya punya first and last points but something’s wrong with the second point. Bridging the gap? For serious?! We’re just six years apart sayang, not sixteen years.” Kata Arif Fitri. Adoyai, isteri aku buat lawak antara benua apakah ini? Beza enam tahun aje kut, bukan jauh mana. Nak ‘bridging the gap’ apanya?

            “Hehe. Enam tahun pun abang still lagi tua dari Ya. Ya harap yang walaupun kita suami isteri tapi kita boleh jadi macam kawan rapat. Kita boleh kongsi apa sahaja antara kita. And for sure banyak benda pasal Ya yang abang tak tahu dan Ya pun tak tahu semua benda pasal abang. Jadi inilah masanya untuk kita lebih faham dan belajar perangai dan kesukaan masing-masing. Benda ni pun untuk kebaikan kita juga bang.” jelas Najla Naqiyah penuh kesabaran dengan harapan Arif Fitri akan bersetuju dengan cadangannya itu.

            “Okay, you got the points there. Then for how long will it be for this ice-breaking session? One week?” tanya Arif Fitri. Dah macam minggu orientasi pula ada ice-breaking bagai.

            “Nope…” sambil menggeleng kepala Najla Naqiyah menjawab. Kemudian dia menyambung bicara dengan senyuman yang lebar, “For the rest of our lives.” Terlopong seketika mulut Arif Fitri dengan jawapan si isteri.

            “Sayang, did you hear what you’re saying? For the rest of our lives? Lama sangat tu yang. Minggu orientasi dekat universiti pun seminggu aje. Kalau ‘for the rest of our lives’ tu bukan ice-breaking dah, sempat ais tu dah pecah dan mencair lepas tu tersejat balik jadi awan dan turun semula sebagai hujan. And guess what? The cycle goes on and on.

            “Yang Arif, anda terbukti memang arif. That’s the point abang. As much as the cycle goes on, same goes to us. Kita bakal lalui macam-macam perkara dalam hidup kita dan setiap benda yang kita lalui tu pasti kita akan belajar sesuatu. Life-long learning. Jadi abang setuju tak?” tanya Najla Naqiyah dengan mata yang bersinar-sinar dengan sinar pengharapan. Tidak sampai hati pula untuk Arif Fitri tidak bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Bukanlah cadangan ini teruk tetapi dia tidak sangka pula yang isterinya ini mencadangkan untuk sepanjang hayat. Okey, sekurang-kurangnya aku tahu yang isteri aku ni berpandangan jauh dan dia memang sudi menghabiskan hidup dia dengan aku.

            Lambat-lambat Arif Fitri mengangguk-anggukkan juga kepalanya. Najla Naqiyah sudah tersenyum gembira. Melihat senyuman yang terbit di bibir isterinya itu membuatkan hati Arif Fitri rasa berbaloi dengan keputusan dia bersetuju dengan cadangan isterinya ini. Bukan isteri yang menggembirakan suami sahaja yang dapat pahala, suami yang menggembirakan isteri pun dapat pahala juga. Allah tak pernah lokek untuk memberi pahala kepada hambanya.

            “Okey, Ya terangkanlah dengan lebih lanjut pasal ice-breaking sessions ni. Apa aktiviti yang bakal berjalan semua.”

            “To be fair and square, both of us have to come up with the activities and later on we will select which activities that we will do and we will also set some rules. Abang tunggu kejap, Ya pergi ambil kertas.” Segera Najla Naqiyah berlari-lari anak ke arah bilik yang dijadikan perpustakaan mini dan dicapainya dua helai kertas bersaiz A4 yang berada di atas meja yang bersaiz sederhana yang menempatkan komputer milik Arif Fitri. Segera dia bawa kertas tersebut ke ruang tamu. Riak teruja jelas terpamir pada wajahnya.

            “Nah, satu untuk abang, satu untuk Ya. Kalau tak cukup boleh tambah kertas lain.” Ujar Najla Naqiyah sambil menghulur sehelai kertas kepada suaminya dan sehelai lagi dia pegang. Dia kembali mengambil tempat duduk bersebelahan Arif Fitri. Arif Fitri membaca butiran yang tercatat pada kertas tersebut. Dia tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.

            “I can see that you’ve been planning for this for quite some time huh. Siap minta misi, visi bagai. Untuk apa pula ni?” sambil tergelak Arif Fitri melemparkan soalan kepada si isteri yang sedari tadi sudah tersengih sendiri.

            “Haha. Haruslah! Okey biar Ya terangkan apa yang kita kena buat. Macam yang abang boleh tengok, pada kertas ni dah ada apa yang kita perlu isi contohnya misi, visi, apa yang kita nak dalam perkahwinan ni, aktiviti dan peraturan. Untuk misi, visi dan apa yang kita nak dalam perkahwinan ni abang boleh letak ikut apa yang abang nak. Perkara-perkara untuk ice-breaking tu boleh letak bawah aktiviti dan peraturan tu pula untuk kesejahteraan, keselamatan mahupun kebersihan rumah kita. Contohnya, wajib basuh pinggan atau barang-barang lain yang dah siap digunakan. Abang takkan tak pernah tengok rancangan We Got Married? Variety show Korea.” tanya Najla Naqiyah.

            “We Got Married? Macam tak pernah. Variety show Korea yang abang layan Running Man dengan 2 Days 1 Night, itu pun sebab pengaruh kawan-kawan dulu. Haha. Tapi tak selalu layan pun, bila ada masa je.” Balas Arif Fitri.

            “Oh really? Abang layan juga Running Man dengan 2 Days 1 Night? Nice! Kita boleh geng. Takde apa sangat pun dalam We Got Married tu, cuma kebanyakan pasangan tu mereka akan buat kind of rules or some sort of marriage vows  untuk mereka follow dan mereka tampal dekat dinding rumah. Kita tak perlulah sampai lekatkan dekat dinding. Cukup untuk kita sama-sama setuju dengan sesuatu peraturan tu dan kita amalkan. And suddenly Ya rasa kita patut tambah ruang untuk denda bagi sesiapa yang langgar peraturan. Hehehe.” Najla Naqiyah bercerita dengan riang. Arif Fitri sudah lama merenungnya tidak lepas pandang. Keseronokan melihat gelagat si isteri menyebabkan dia rasa bahawa apa yang bakal mereka lakukan ini juga bakal menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Jangan dia letak benda dan denda yang merepek untuk aktiviti ice-breaking dan peraturan tu sudah.

            “Okey, so bila kita nak discuss semula apa yang kita dah isi ni nanti?” tanya Arif Fitri meminta kepastian.

            “Okey, macam yang Ya beritahu awal-awal tadi ini adalah for the rest of our lives so mestilah kita tak nak terburu-buru letak apa-apa perkara. Sepanjang minggu ni kita boleh fikir masak-masak apa yang kita nak letak, Sabtu minggu depan kita discuss. Amacam? Deal?”

            “No problemo sayang, deal!” jawab Arif Fitri berserta senyuman manis buat si isteri.

... insya Allah bakal bersambung...

Kepada Semua Yang Sudi Membaca,

Mucho gracias untuk masa berharga anda~ maaf dipinta kerana lambat update entry… huahuahua~ seriously ku stuck jugak laa… idea berlegar2 di minda tapi bila nak taip tu susah untuk diluahkan menjadi ayat yang sempurna dan boleh dibaca tanpa pening kepala… *okey, ku memang tak perfect jadi terimalah cerita ini seadanya ya…*  I would really appreciate it if you guys can kindly do me a favour; cadangkan aktiviti ice-breaking and house rules as well as denda mereka *dalam kepala otakku sekarang ni ada beberapa benda je*… as usual, open to any suggestions and criticism… saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan *kalau tertypo harap maafkan* (>__<)v

Terima kasih banyak-banyak ;)

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

6 comments:

  1. camping atau road trip..kita akan lebih mengenal pasangan/orang yang dekat dengan kita apabila kita bermusafir bersama.
    house rules: buat hari untuk sama2 membersihkan rumah/memasak/menghias.
    denda: belanja makan/ jadi hamba sahaya selama seminggu tanpa merungut hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice!! thanks sis... wahh agak mencabar camping or road trip tu...

      Delete
    2. you're welcome..tak apa buat rangka dulu pastu insyaAllah idea tu datang perlahan-lahan hehehe~

      Delete
    3. Insya Allah.. Prob terbesar skrg ni bila ada idea nak menaip tu pulak rasa seksa.. Hohoho.. Tp sbb benda ni semua utk suka2 maka bila betul2 ready baru menaip.. Hehe

      Delete
  2. baru abis baca...nice entry... fokus pada perbincangan bersama pasangan.

    pasal aktiviti/denda tu tak datang pulak ideanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca Kak.. Insya Allah akan dimasukkan point tu ;)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...