Social Icons

Friday, October 17, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 4 ]|:.



PINTU bilik yang menempatkan pekerja bahagian Teknologi Maklumat dikuak dari luar. Arif Fitri berjalan masuk sambil memandang Ihsan, rakan sekerjanya yang sudah tersengih memandang dirinya.

“Kau dah kenapa pandang aku tersengih-sengih macam tu?” tanya Arif Fitri. Dia duduk di tempat duduknya sambil terus menaip kata laluan bagi komputernya. Sudah menjadi kebiasaan dia akan memastikan komputer berada di dalam keadaan ‘Lock’ apabila dia keluar dari bilik itu.

“Kau dah baca emel?” soalan dari Arif Fitri dijawab dengan soalan oleh Ihsan. Kali ini sengihan Ihsan makin lebar.

“Belum. Kenapa?” tanya Arif Fitri tetapi dia tidak terus memeriksa emel sebaliknya meneruskan kerjanya seperti biasa.

“Kita kena pergi Singapore office.”

What? Kenapa aku pula? Dalam meeting dah setuju kau dengan Willy kan? Aku back up kau orang dari sini je.” Arif Fitri berkata dengan nada suara tidak puas hati. Segera peti masuk emel dibuka dan ternyata telah dihantar arahan baru bagi dirinya menggantikan tempat William untuk ke pejabat di Singapura. Takde hal nak kena ganti tapi kena bertolak esok kut. Esok dahlah hari Sabtu. Dah janji dengan Ya nak discuss segala misi, visi, aktiviti bagai. Adoyai.



What happen to Willy?” tanya Arif Fitri kepada Ihsan.

He took EL because his grandfather just passed away. He got the call during lunch hour.” Jawab Ihsan. Senyap. Tidak jadi Arif Fitri untuk terus marah apabila mengetahui sebab sebenar yang memerlukan dia menggantikan tempat William. Perkara hidup dan mati ni memang tak dapat nak dielakkan, nak buat macam mana. Nak kena beritahu Ya ni. Tapi macam mana? Waktu bujang dulu memang selalu je pergi outstation ke Singapore tapi dah kahwin ni rasa berat hati sikit nak pergi. Astaghfirullahaladzim. Mohon ingat, ini sebahagian daripada tuntutan kerja kau dan kerja pun satu ibadah! Betulkan niat, ikhlaskan hati, insya Allah pahala menanti.


ARIF FITRI mencapai telefon pintar miliknya. Setelah dia merangka ayat beberapa minit tadi, dia sudah bersedia untuk menyampaikan berita ini kepada si isteri. Sekejap sahaja dia sudah mendengar deringan menunggu Najla Naqiyah untuk menjawab panggilan sementelah dia mendail menggunakan speed dial.

“Assalaamu`alaikum Ya, tengah buat apa?” tidak sempat Najla Naqiyah ingin memberi salam, si suami telah memberi salam terlebih dahulu.

“Wa`alaikumussalam. Baru lepas layan ‘Appa, Oddiga’. Ingat nak tidur kejap. Kenapa abang? Ada hal penting ke?” tanya Najla Naqiyah. Jarang si suami akan menelefonnya apabila sedang bekerja. Jika dia sekadar ingin bertanya apa yang sedang Najla Naqiyah buat di rumah, dia akan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp sahaja.

Oh, baru lepas layan ‘Appa, Oddiga’. Maknanya mesti mood dia tengah baik sebab selalu perasan masa dia layan ‘Appa, Oddiga’ tu mesti dia gelak-gelak. Masa dia mula-mula sebut ‘Appa, Oddiga’ tu dulu apa benda pun aku tak tahu. Rupa-rupanya itu variety show Korea dalam English dia ‘Dad, Where Are You Going’ pasal anak bercuti dengan bapa dan mereka ada mission yang perlu mereka lakukan.

“Abang, okey tak ni? Senyap je.” tanya Najla Naqiyah yang hairan si suami tidak bersuara.

“Eh, okey… Okey… Err… Macam ni sayang, abang sebenarnya kena outstation ke Singapore.” Arif Fitri membuat ayat penyataan. Setelah itu dia senyap menunggu apa yang bakal Najla Naqiyah katakan.

“Oh, kena pergi Singapore. Okey. Bila bertolak? Abang drive sendiri ke macam mana?” tanya Najla Naqiyah prihatin walaupun nada suaranya sudah sedikit kendur.

“Eh, tak drive sendiri. Company dah booked flight ticket. Flight esok pagi.” Kata Arif Fitri.

“Esok? Tapi esok hari Sabtu, office dekat sana kerja juga ke?” tanya Najla Naqiyah. Separuh terkejut dan separuh kecewa.  Ingatkan minggu depan, rupa-rupanya hari esok. Esok sepatutnya discussion pasal misi, visi dan yang sebagainya tu. Hmm. Terpaksalah kena tangguh dulu. Ingat Jee, suami kau pergi sana untuk bekerja.

Office dekat sana tak kerja esok tapi dua orang IT staff dari sini kena tolong IT staff dekat sana. Office sana baru beli server jadinya nak set up and configure server tu. Kalau boleh nak settle Sabtu dan Ahad ni supaya tak ganggu business hours.” Jelas Arif Fitri panjang lebar.

“Kenapa baru sekarang abang beritahu?” perlahan Najla Naqiyah bertanya tetapi diri sendiri seperti sudah hampir mengeluarkan air mata. Kenapa aku nak sedih pasal ni? Orang tua tu pergi outstation aje pun. Dia kerja nak cari rezeki yang halal, bukannya berfoya-foya.

Sorry sangat-sangat sayang. Abang tak beritahu sebab abang sepatutnya back up dari sini aje tapi kawan abang yang sepatutnya pergi tu ada kecemasan, datuk dia baru meninggal dunia jadinya abang kena ganti tempat dia.” Arif Fitri sudah berasa serba salah.

Okay, grow up Jee! Orang tua tu nak pergi kerja, jangan nak buat dia rasa serba salah. Biar dia pergi kerja dengan hati yang tenang.

It’s okay. Itu tuntutan kerja kan. Siapa lagi seorang yang kena pergi tu?” tanya Najla Naqiyah. Err, ada nada risau di situ.

“Oh abang berdua dengan Ihsan. Sayang, nak minta tolong boleh?”

Najla Naqiyah lega mendengar nama rakan sekerja yang disebut oleh suaminya itu. Setidak-tidaknya si suami pergi dengan rakan sekerja lelaki, bukannya perempuan.

Sure! Abang nak minta tolong apa?” tanya Najla Naqiyah dengan nada suara yang dibuat ceria.

“Tolong pack barang-barang abang? Biasanya abang tak bawa banyak sangat barang pun, cuma backpack and cabin bag. Ya pack agak-agak untuk seminggu.”

“Seminggu?” terkejut Najla Naqiyah. Lamanya. Orang tua ni takde rasa apa-apa ke nak tinggal aku sampai seminggu? Kata sayang.

“Seminggu tu anggaran aje sayang. Lepas dah siap configure kena buat testing bagai then masa business hours tu pula nak tengok things running smoothly. Kalau semua berjalan lancar insya Allah abang boleh balik lagi awal. Sayang nak ikut?”

“Boleh ke?”

“Apa pula tak boleh. We can book another room for us.” Jawab Arif Fitri. Ceria semestinya.

“Hmm takpelah bang. Nanti abang pergi kerja Ya bosan pula duduk hotel. Kalau dekat sini sekurang-kurangnya ada juga tempat yang Ya boleh tuju. Balik rumah ibu ataupun Ya boleh ajak Auni lepak kat sini.” Najla Naqiyah menolak cadangan suaminya dengan baik.

            “Okey kalau Ya dah cakap macam tu. Hari ni insya Allah abang tak balik lewat. Sayang, nak request something boleh?” tanya Arif Fitri. Dirinya sudah tersengih sendiri.

            “Err nak request apa? Kalau boleh ditunaikan insya Allah Ya tunaikan.”

            “Untuk dinner malam ni Ya masak pajeri ‘jerung’ boleh? Esok abang dah pergi Singapore takut rindu pajeri ‘jerung’ Ya.” Arif Fitri membuat permintaan kepada si isteri. Si isteri di rumah sudah merah pipi. Ish, pajeri ‘jerung’ tu juga yang dia ingat! Adoyai. Inilah agaknya yang orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sepanjang hayat bakalku dengar pajeri ‘jerung’ itu bergema. Huhuhu.

            “Insya Allah. Nanti Ya tengok bahan-bahan, kalau ada Ya buat okey.”

            “Okey. Thanks sayang. Abang end call dulu ya. Ni ha ada orang sebelah abang yang jealous dah pandang semacam abang bercakap dengan bini abang. See you later at home. Assalaamu`alaikum.”

            “Okey. Wa`alaikumussalam.” talian telefon dimatikan.

            Arif Fitri meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Ditoleh ke arah Ihsan yang sedari dia bercakap dengan isterinya sebentar tadi rakannya ini sudah membuat bermacam-macam mimik muka yang menyakitkan hati kononnya.
“Amboi, kau bercakap dengan bini macam tak ingat dunia dah! Kalau bos nampak kau bergayut lama, kena sound padan muka.” Kata Ihsan.

            “Eleh, kau jealous lah tu. Kau dah kahwin nanti entah-entah lagi kronik dari aku. Mahu pagi petang siang malam nak bercakap dengan bini kau je.” Balas Arif Fitri.

            “Haha. Melampaulah tu weh. Waktu kerja kita fokus kerja okey.”

            “Okay, we’ll see.” Kata Arif Fitri sambil keningnya sudah terangkat dan mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.


NAJLA NAQIYAH tiba di rumah ibunya selepas dia menghantar Arif Fitri ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Dia tidak menyangka yang syarikat tempat suaminya bekerja itu memang betul-betul menempah tiket yang boleh dikira sebagai awal pagi. Yang bagusnya selepas itu dia boleh terus menghala ke rumah ibunya. Arif Fitri telah berpesan kepadanya supaya tinggal di rumah ibunya sepanjang ketiadaannya ini.

            “Assalaamu`alaikum.” Najla Naqiyah memberi salam sambil tangannya dengan ligat menggunakan kunci pendua miliknya untuk membuka pintu rumah. Dia membawa masuk bagasi beroda sederhana besar ke dalam rumah dan dirapatkan ke dinding. Ibunya, Puan Nafisah yang baru keluar dari ruang dapur terus menuju ke arahnya.

            “Wa`alaikumussalam. Patutlah ibu dengar macam ada bunyi kereta tadi, Jee balik rupa-rupanya. Seorang je?” tanya Puan Nafisah kehairanan. Dia terpandang beg beroda sederhana besar yang anak perempuannya itu sandarkan pada dinding sebentar tadi. Hatinya jadi risau. Ish, takkan Jee lari balik sini sebab bergaduh dengan Fitri? Na`uzubillahiminzalik. Memanglah bergaduh tu pun sebahagian dari asam garam berumah tangga tapi baru masuk sebulan kahwin takkan dah bergaduh siap lari balik rumah emak.

            “Ibu dah nampak Jee seorang je tanya lagi jawapan yang ibu dah tahu. Betul tu Puan Nafisah, saya seorang je.” Balas Najla Naqiyah sambil tersenyum. Diraihnya tangan ibunya itu dan disalam penuh hormat. Tubuh si ibu dipeluk. Rindu. Dalam kerisauan, Puan Nafisah turut membalas erat pelukan satu-satunya anak perempuannya itu.

            “Jee dah makan? Sarapan baru siap tu, sekejap lagi boleh makan sama-sama.” Kata Puan Nafisah mempelawa anaknya itu untuk bersarapan bersama. Sebelum berbincang sebarang isu perut mesti kenyang terlebih dahulu.

            “It’s okay, ibu. Ibu makan dulu okey, tak perlu tunggu Jee. Jee takde selera nak makan. Nak sambung tidur sekejap, mengantuk sangat ni. Jee masuk bilik dulu ya.”

            “Okey, kalau ada apa-apa ibu ada dekat dapur tau.” Puan Nafisah tidak mahu memaksa dan membuat keputusan untuk memberi ruang bagi anaknya itu merehatkan diri.

            Najla Naqiyah membuka pintu bilik yang paling hampir dengan ruang tamu. Melihat empunya bilik itu yang masih berbungkus dengan selimut, tidak jadi untuk dia melangkah masuk. Pintu bilik itu ditutup kembali dengan berhati-hati. Dia terus menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Pintu bilik dibuka dan setelah dia melangkah ke dalam bilik, pintu bilik ditutup kemas. Kipas siling dihidupkan lalu dia rebahkan diri di atas katil miliknya tanpa terlebih dahulu membuka kain tudung yang melitupi kepala. Telefon pintar miliknya dipandang sepi dan dia memejamkan mata. Dalam tidak sedar air matanya jatuh jua.


“ALONG! Along! Bangunlah! Adik kamu balik.” Puan Nafisah mengejutkan anak sulungnya itu sambil menggoncang kuat bahu anaknya itu. Tidak lama riak tenang yang dia cuba kawal sewaktu ketibaan Najla Naqiyah sebentar tadi. Sejurus selepas Najla Naqiyah bergerak ke tingkat atas, dia terus masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu. Dia harus tahu cerita sebenar secepat mungkin.

            “Ibu, Along baru je tidur ni. Petang nanti Along pergi cari apam balik.” anak sulung Puan Nafisah, Najmi Nazrin bersuara dalam keadaan separuh sedar.

            “Ya Allah budak bertuah ni, ibu cakap adik kamu balik, bukan ibu minta tolong pergi beli apam balik!” Puan Nafisah sudah menarik-narik tangan Najmi Nazrin. Mahu tidak mahu terpaksa juga Najmi Nazrin bangun menghadap ibunya.

            “Adik balik? Oooh, Jee balik. Okeylah bu Jee balik. Risau juga Along kalau dia duduk seorang diri dekat sana.”

            “Along ada tahu apa-apa ke? Jee siap balik bawa luggage tu. Waktu dia belajar dekat universiti dulu pun mana ada dia beria balik bawa banyak barang kalau bukan cuti akhir sem. Risau ibu. Dia bergaduh dengan Fitri ke?”

            “Ke situ pula ibu fikir. Ibu, doa seorang ibu kan Allah makbulkan. Sepatutnya ibu doakanlah kebahagiaan Jee. Ibu main serkap jarang macam ni lepas tu fikir yang bukan-bukan. They’re just fine ibu. Menantu ibu tu pergi outstation dekat Singapore mungkin dalam seminggu. Itu yang dia suruh Jee balik sini. Dia ada call ibu malam tadi tapi masuk voice mail itu yang dia call Along.” terang Najmi Nazrin dengan berhemah dan panjang lebar. Puan Nafisah menarik nafas lega.

            “Oh, macam tu. Alhamdulillah. Risau ibu takut-takut mereka bergaduh. Mungkin handphone ibu habis bateri. Maklumlah dah tua-tua macam ni bukan ambil tahu sangat pasal telefon. Habis tu Long, luggage yang Jee bawa tu macam mana? Jee tu kalau balik rumah berlenggang aje pun ibu percaya. Dia jarang bawa balik banyak benda kalau sekejap aje.”

            “Jee bawa balik luggage? Dia letak kat mana? Biar Along tengok.” Najmi Nazrin sudah bangun dari duduk. Dia mengikut langkah Puan Nafisah bergerak ke arah ruang tamu bagi menunjukkan tempat Najla Naqiyah meletakkan bagasi berodanya. Najmi Nazrin segera membuka bagasi tersebut memandangkan ia tidak berkunci. Tiba-tiba rasa macam ada lagu Najwa Latif jadi muzik latar. Kosong. Bagasi itu kosong! Najmi Nazrin menutup kembali bagasi tersebut. Ini dah breaching of privacy, eh yeke, tapi demi adik tercinta ku terpaksa lakukan juga. Along minta ampun Jee. Ibu buat ayat gempak tadi Along pun jadi risau sekali. Hehe.

            “Eh, kosong?” Puan Nafisah terkejut. Ingatkan ada barang tadi. Buang karan je risau. Tapi dah lumrah hati seorang ibu, mestilah risaukan anak-anak. Ya Allah, kau berilah kebahagiaan buat anak-anakku. Aamiin.

            “Haah. Kosonglah ibu. Mungkin Jee nak angkut stok novel dan barang-barang dia yang lain. Wahai bonda tercinta, boleh bonda izinkan anakanda untuk sambung beradu?” kata Najmi Nazrin dalam mod mengusik ibunya. Puan Nafisah sudah mencubit lengan anak sulungnya itu.

            “Kalau dah tidur pun lepas Subuh memanglah sekarang ni Along mengantuk. Sarapan dah siap tu. Tak nak makan ke? Dah lah adik kamu takde selera nak makan. Hmm sorang-soranglah ibu makan kalau macam ni.” sengaja Puan Nafisah buat ayat merajuk.

            “Itulah ibu, jiran selang tiga buah rumah tu dah lama try ibu tapi ibu buat tak tahu. Kalau tak dah lama ibu sekarang ni makan berdua. Along pun waktu tu ibu pandang sebelah mata je agaknya.” sambil tersengih Najmi Nazrin terus mengusik si ibu. Dia tahu yang ibunya itu masih sayangkan arwah ayahnya, sebab itulah ibunya buat tidak tahu dengan jiran selang tiga buah rumah itu.

            “Along!!” Puan Nafisah sudah mencubit-cubit pinggang Najmi Nazrin. Terkekek-kekek anak sulungnya itu ketawa. Saat seperti ini terasa seperti anaknya itu masih lagi anak kecil. Masalahnya bukan! Dah boleh jadi bapa orang dah anak sulung aku ni. Bila entah dia nak nikah. Ya Allah, kau pertemukanlah jodoh yang terbaik buat Along. Aamiin.


NAJLA NAQIYAH membuka matanya. Dikerling ke arah jam dinding yang sudah lama menjadi penghuni setia dinding biliknya itu. Hampir dua jam dia tidur. Dipandangnya pula ke arah telefon pintarnya yang berada tidak jauh dari sisi. Hampa dirasa apabila tiada cahaya berkelip-kelip yang menandakan bahawa adanya mesej ataupun panggilan tidak berjawab. Terasa rimas dengan dirinya yang tidur tanpa menanggalkan tudung di kepala, dia bangun dan menanggalkan hijab yang dipakai. Perut yang berbunyi minta diisi tidak dipedulikan oleh empunya diri yang mahu menyendiri.

            Najla Naqiyah kembali berbaring. Ditenungnya kipas siling yang ligat berpusing. Inilah agaknya yang orang kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Tapi agak-agaklah juga. Dah ditinggal-tinggalkan macam ni mohonlah call bertanya khabar. Tanyalah bila aku sampai rumah ibu ataupun dah makan ke belum. Flight dari Subang ke Singapura dalam sejam je kut. Tak boleh ke nak call cakap dah selamat sampai? Kata sayang! Baik tak payah panggil sayang kalau itu hanya panggilan, bukan betul-betul maksudkan. Tapi Jee, sejak bila kau jadi sensitif macam ni? Kalau dulu bila dia beritahu yang dia perlu pergi Singapura, kau tak pernah pula rasa apa-apa.

Okay Jee, calm down! Breathe in, breathe out. Breathe in, breathe out. Dah macam lagu Breath kumpulan Beast pula. Apa-apa pun, bawa bertenang Jee. Ini semua sebab kau tengah ‘cuti bulanan’ sebab tu kau terlebih sensitif. Sebelum ni pun waktu kau ‘cuti bulanan’ kau memang selalu rasa lonely dan tiba-tiba rasa nak menangis tanpa apa-apa sebab yang konkrit kan? This is not the first time. Yup, this is it! Ini semua sebab aku tengah ‘cuti bulanan’ sebab tu aku terlebih sensitif. Hoyeah! Tak syak lagi! Dah, tak payah fikir yang bukan-bukan lagi. Baik sambung tidur.

Najla Naqiyah mengiring ke kanan. Matanya dipejamkan. Dia cuba membuang segala unsur negatif yang menerjah fikiran. Dia juga cuba menghilangkan bayangan si suami yang kerap berlayar dalam ingatan. Kali ini dia betul-betul ingin tidur dengan aman tanpa kegusaran. Namun, sekali lagi air matanya jatuh berguguran.

 ... insya Allah, akan bersambung...



Kepada semua yang sudi baca,


Thanks a bunch.. Berjaya post entry ni sehari awal dari hari yang dianggarkan.. *ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi mengira tahap ku menaip idea yang terlintas selama ni, ni kira OK laa dari takde update.. Huahuhua~ * As usual, open to any suggestions and criticism.. Saya berbesar hati kiranya anda sudi 'mencemar duli' untuk drop comment supaya saya tak syiokkk sendiri.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! Kalau tertypo harap maafkan dan tegur.. ;)



.:|[ Suha Fasihah ]|:.


3 comments:

  1. :) bila jauh dengan orang yang disayangi..memang terasa lonely..tapi ada masa bila dekat nak gaduh pula kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak.. Tapi Ya ni bakal cari pasal... Hehehe

      Delete
    2. Itulah Kak.. Tapi Ya ni bakal cari pasal... Hehehe

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...