Social Icons

Saturday, October 18, 2014

Ini Entry Nak Bebel

Assalaamu'laikum...

Setelah tidak berjaya dalam interview KEMAS tempoh hari, ku bakal menghadiri satu lagi interview lain pada Khamis depan, 23 Oktober... Dekat Kuantan jugak... 

Disebabkan itu, ku rasa nak bebel pada diri sendiri... 'Kau dah tau kau ada interview yang kau dok menaip lagi pasal ape? Pergilah study nun...' Lebih kurang macam ni lah ku kata pada diri sendiri...

Masalahnya ku rasa orang lain pun mungkin pernah alami benda yang sama; waktu yang kita patut buat benda lain itulah yang kita 'ter'distracted dengan sesuatu yang menjadi kesukaan kita... Sebagai contoh, nak buat assignment, tapi sebelum tu nak tengok cerita Korea jap... Plan asal nak tengok satu episod je last2 layan berepisod2 dekat setengah cerita habis layan waktu tu *okey, I have to admit that contoh yang ku bagi ni yang terjadi pada diri sendiri zaman belajar dulu... Huahuahua~*

Itu dulu punya cerita... Sekarang, lebih kurang sama... Sepatutnya ku study untuk interview tu tapi dalam kepala otakku sekarang ni dok datang idea cerpen baru dan bab seterusnya novel... Dan jejari kurang runcing ini juga rasa gatal je nak menaip... Aiyokk~ Masa tarak sesuai maa... Tapi ini kisah benar... Apa yang berlaku padaku saat ini... Walaubagaimanapun, alhamdulillah dengan idea cerpen dan novel tersebut...

Sekian entry nak bebel kat diri sendiri ini... Semoga anda yang sengaja membaca atau terbaca bebelan ini dijauhi dari sindrom seperti ini... Dan mohon jasa baik kalian untuk mendoakan ku agar dapat jawab soalan2 interview tersebut dengan mesra, cepat dan betul eheh tenang, yakin dan betul... Aamiin...

Wassalam ;)

4 comments:

  1. :) tersenyum baca sesi bebelan Suha ni. Bukan Suha je tau yang mengalami kes seperti ini..akak pun... ada perkara yang lebih urgent...tapi masa tu la nak check FB..masa tu la nk tengok emel..padahal perkara remeh macam tu boleh je buat lepas tu kan...godaan tu ganggu fokus kita..dah tahu tapi still perkara tu tetap berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal Kak... Adeyhh... Sebab tahu kalau org mula taip cerpen takkan siap dalam masa terdekat so fikir baik jgn taip lg... Mlm tadi dah buat points penting plot cerpen baru rasa lega... Kurang sikit rasa nak menaip... He he...

      Delete
  2. MET pun dulu banyak menghadiri temuduga. Study macam nak gila, hafallah segala menteri, tim. menteri dan isu-isu semasa. Tapi bila temuduga....haram, lain yang ditanya.
    Jangan putus asa kalau dapat temuduga dari gov. kadangkala temuduga yang ke 10 utk. jawatan yang sama, barulah dapat......
    teruskan usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal sis MET.. Ada jumpa kes macam tu, lepas 8 Kali temuduga baru dapat jawatan tu... In my case ni take tahulah macam mana... Insya Allah akan buat yang terbaik... Kalau ada rezeki dekat situ adalah kan ;)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...