Social Icons

Sunday, November 02, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 5 ]|:.



NAJLA NAQIYAH tekun menyiapkan tugasan di meja belajarnya. Laju jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci menaip tugasan yang perlu disiapkan. Auni Atiqah sudah melentokkan kepala di atas katil bersebelahan dengan komputer riba sahabatnya itu. Sedang berfikir barangkali. Sudah menjadi kebiasaan sahabatnya itu akan melakukan tugasan dengan duduk di atas lantai dan komputer riba di atas katil. Lebih selesa katanya. Sahabat baik mereka seorang lagi, Hasni Hidayah pula sedang menyanyi perlahan mengikut alunan muzik yang dimainkan. 

Najla Naqiyah berkongsi bilik dengan Auni Atiqah. Mereka ditempatkan di bilik yang menempatkan dua orang pelajar. Hasni Hidayah pula tinggal di blok yang sama tetapi berlainan aras. Namun begitu, Hasni Hidayah selalu bertandang ke bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah terutama sekali apabila mereka perlu melakukan tugasan berkumpulan. Kadang-kala apabila ada tugasan individu seperti ini, Hasni Hidayah tetap akan menyiapkannya di bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah. The more the merrier katanya. Macam-macam perangai budak dua orang ni tapi inilah sahabat baik yang dari semester satu sama-sama mengharungi cabaran di alam universiti ni. Sahabat yang takkan ada lain-lain pengganti.

Najla Naqiyah berhenti menaip dikala jari-jemarinya berasa lenguh. Diramas-ramasnya jari-jemarinya itu dan ketika itulah telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk melalui aplikasi Whatsapp. Serentak dengan itu Auni Atiqah dan Hasni Hidayah memandang tepat ke arah Najla Naqiyah. Najla Naqiyah hanya membuat riak bersahaja manakala kedua-dua orang rakan baiknya itu sudah tersenyum penuh makna. Najla Naqiyah mencapai telefon pintarnya lalu membaca mesej yang baru diterima. Kedua-dua sahabat baiknya itu pula senantiasa setia memerhati gerak langkahnya.

Assalaamu`alaikum. Awak, esok saya outstation ke Singapore. Ada apa-apa yang awak nak? Saya belanja ;)


So? Ada aku kisah dia nak kena pergi Singapore? Aku suruh beli singa dua tiga ekor karang mahu dia pengsan. Laju Najla Naqiyah menaip mesej balasan untuk si pengirim. Setelah membalas, telefon pintarnya kembali diletakkan ke tepi dengan harapan si pengirim tidak kembali menghantar mesej lagi.

“Si Dia cakap apa?” tanya Hasni Hidayah dengan teruja. Auni Atiqah turut menunjukkan minat dan keterujaan yang sama.

“Mana kau orang tahu itu Si Dia? Entah-entah orang lain.” Kata Najla Naqiyah.

“Eleh, macamlah kita orang tak tahu kau tu kalau bukan sebab pelajaran mana ada telefon kau berbunyi. Terbukti bukan group Whatsapp budak-budak course kita sebab kalau dari group tu mestilah phone kita orang berbunyi juga. Jadinya, itu mestilah Si Dia kan?” kata Auni Atiqah panjang lebar. Najla Naqiyah membuat muka bosan. Budak berdua ni memang, tahu-tahu aje. 

“Dia tak cakap apa, cuma beritahu yang dia outstation ke Singapore esok. Dia tanya ada apa-apa yang aku nak tak, dia boleh belanja.” mahu tidak mahu Najla Naqiyah bercerita juga.

“Aww, so sweet, nak outstation pun masih ingat kat kau! Then kau jawab apa?” tanya Hasni Hidayah. Najla Naqiyah sudah buat muka memandang kedua-dua orang rakannya itu. Sewel ke apa minah berdua ni? Tang mananya yang sweet aku pun tak tahu! 

“Aku cuma jawab, Wa`alaikumussalam. Ok. Takde apa-apa yang saya nak. Have a safe trip. Itu ajelah.” Kata Najla Naqiyah sambil menyebut kembali mesej yang telah dia hantar.

“Ceh, kau ni orang dah offer sikit punya baik kau lepaskan peluang. Kalau aku, macam-macam aku suruh beli.” Hasni Hidayah bersuara. Auni Atiqah pula menambah, “Entah kau ni Jee, orang nak buat baik tu cubalah kau bagi dia peluang.” 

“Itu pun mujur aku reply. Kalau aku buat macam sebelum-sebelum ni, lepas seminggu baru aku reply baru padan muka dia. Hahaha.”

“Uish kejam juga kawan aku ni. Haha. Masalahnya Si Dia tu tak buat apa-apa salah pun pada kau.” Auni Atiqah membela Si Dia.

“Memanglah dia takde buat salah pada aku tapi aku tak sukalah dia buat macam tu. Kita orang bukannya ada apa-apa pun. Dah kalau aku tak suka nak buat macam mana? Bukan boleh dipaksa-paksa.” Najla Naqiyah membela diri.

Bunyi ketukan di pintu melenyapkan lamunan Najla Naqiyah sebentar tadi. Sesudah dia sedar dari tidur yang tidak begitu nyenyak itu, dia bersandar pada katil dan tidak disangka peristiwa lama kembali berlayar di minda. Peristiwa dia dikhabarkan dengan berita yang Si Dia perlu ke Singapura. Bezanya ketika itu Si Dia masih ‘bukannya ada apa-apa’ dan kini Si Dia yang sama ‘sudah ada apa-apa’ dengan dirinya. Si Dia tersebut sudah menjadi suaminya dan Najla Naqiyah sendiri tidak menyangka yang sebelum ini apabila dikhabarkan dengan berita Si Dia perlu ke Singapura, dia tidak pernah berasa apa-apa tetapi kali ini sudah lain macam pula.

Sekali lagi bunyi ketukan di pintu bilik membawa Najla Naqiyah kembali ke alam nyata. Kali ini bunyi ketukan tersebut lebih kuat dari sebelumnya. Itulah, siapa suruh kau mengelamun lagi sekali, dah makin kuat pintu bilik ni kena ketuk. Jangan roboh sudah. Najla Naqiyah membetulkan duduknya.

“Masuklah, pintu tak berkunci!” teriak Najla Naqiyah dari dalam. Sejurus kebenaran itu dilafazkan, Najla Naqiyah lihat ibunya masuk dan berjalan menghampirinya. Puan Nafisah melabuhkan punggung di sisi anaknya.

“Jee dah lama bangun? Kenapa tak turun makan? Risau ibu Jee berkurung sejak balik rumah pagi tadi.” sambil memegang tangan anaknya, Puan Nafisah menyuarakan kebimbangan.

Err, dah lama ke aku bangun? Aku sendiri pun tak perasan, mengelamun punya pasal. Kalau cerita Inception tu pasal mimpi dalam mimpi, kes aku ni pula mengelamun dalam mengelamun. Adoyai. Kronik ke? Eh, tak kut! Takkanlah!

“Err, tak lama sangat kut, baru juga bangun ni. Tak lapar lagilah ibu, lagipun Jee dah besar panjang ni pandailah Jee cari makanan bila lapar. Ibu jangan risau okey.” Kata Najla Naqiyah sambil menghadiahkan senyuman manis kepada ibunya itu. Sungguh dia tidak mahu ibunya risau mahupun berkecil hati.

“Sebab Jee dah besar panjanglah ibu risau. Kalau kecil-kecil dulu bila ibu suruh makan, Jee terus makan. Ibu nampak Jee makan. Dah besar panjang macam ni nak tunggu Jee pergi cari makanan sendiri, ibu pun tak tahu bila yang Jee dah makan, bila yang Jee tak makan.” Puan Nafisah sudah keluar aura ibu yang bimbangkan anaknya. Najla Naqiyah hanya mampu untuk melebarkan lagi senyumannya. 

Rindu juga nak dengar ibu membebel macam ni. Rasa macam aku masih lagi budak kecil padahal dah jadi bini orang. Okey, mohon lupakan sekejap fakta yang kau ni dah jadi bini orang. Sakit pula hati kita! Kita aje yang ingat dia dekat sana, dia dekat sana sikit pun takde nak call kita. Najla Naqiyah memeluk Puan Nafisah. Sejuk terus hati Puan Nafisah, tidak jadi untuk dia meneruskan sesi bebelannya itu.

“Okey, ibuku sayang. Nanti Jee turun ye. Jee pun rindu nak makan masakan ibu. You’re the best cook in the world! Tapi ibu makanlah dulu dengan Along, tak perlu tunggu Jee. Jee lambat sikit ni.” Puan Nafisah sudah tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Jee, dari kecil memang pandai ambil hati. Err, pandai ambil hati atau pandai membodek diri ini?


NAJMI NAZRIN memandang kosong cerita yang ditayangkan di kaca televisyen. Ibunya yang duduk di sebelahnya begitu fokus melayan cerita Hindustan yang ditayangkan di Panggung Sabtu itu. Dia terpaksa turut menonton cerita ini semata-mata kerana menemani ibunya. Sememangnya dia jarang keluar rumah jika tiada urusan penting. Sebagai satu-satunya anak lelaki, masanya banyak dihabiskan menemani ibunya di rumah terutamanya selepas arwah ayahnya pergi. Dia bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ibu dan adik perempuannya.

Apabila terdengar seperti derap kaki menuruni anak tangga, Najmi Nazrin segera menoleh ke arah adik kesayangannya yang melangkah turun dari biliknya di tingkat atas. Dia tersenyum lebar. Akhirnya! Muncul juga budak ni. Hoyeah, ada orang yang boleh dikacau! Sorry Jee, walaupun Jee dah jadi bini orang, Along tetap nampak Jee macam budak-budak.

“Eh, Sleeping Beauty dah bangun? Along tak nampak pula ada prince charming naik tingkat atas bagi true love’s kiss. Sleeping Beauty ni macam Rapunzel ke? Sambil tidur rambut dia yang panjang sampai ke tingkat bawah telah digunakan oleh prince charming untuk panjat ke tingkat atas lalu prince charming bagi true love’s kiss. Mana prince charming tu? Nak kenal sikit.” Najmi Nazrin sudah berdiri kononnya ingin ke tingkat atas bagi mencari prince charming yang dimaksudkan. Ketika itu Najla Naqiyah sudah berada di anak tangga yang terakhir. Dia memandang tajam abangnya itu. Ibunya? Tak perlu dicari, ibunya itu kalau sudah menonton cerita Hindustan memang seperti berada di dunia yang lain. Lagi pula ibunya memang sudah biasa dengan anak sulungnya itu yang sememangnya suka mengusik anak bongsunya.

“Hahaha. Very funny.” Kata Najla Naqiyah berserta dengan ketawa yang dibuat-buat. Najmi Nazrin terus tersengih. Najla Naqiyah menghampiri abangnya lalu memeluk kemas abangnya itu. 

I miss you.” kata Najla Naqiyah. Najmi Nazrin turut membalas pelukan adik kesayangannya itu.

I miss you too. Dah tak payah nak berdrama sangat, baru je dua minggu lepas jumpa. Macamlah Jee duduk jauh kat hujung dunia.” Kata Najmi Nazrin seraya melepaskan pelukan. Sebaik sahaja pelukan dilepaskan, Najla Naqiyah menarik tangan abangnya itu dan disalam penuh hormat. Najmi Nazrin tidak terus melepaskan tangan adiknya itu sebaliknya dia terus menarik tangan Najla Naqiyah ke arah meja makan yang terletak tidak jauh dari kawasan ruang tamu. Ditariknya sebuah kerusi dan dengan menggunakan isyarat mata, dia menyuruh Najla Naqiyah untuk duduk. Najla Naqiyah sudah tersenyum dan dia melabuhkan punggung di kerusi yang ditarik oleh Najmi Nazrin sebentar tadi. Najmi Nazrin ligat meletakkan nasi ke dalam pinggan berserta dua jenis lauk dan diletakkan di hadapan Najla Naqiyah. Sesudah itu dia menuang air sirap ke dalam gelas dan sekali lagi dia suakan di hadapan adiknya itu. 

Najla Naqiyah sudah bertepuk tangan seperti anak kecil. Dia terharu sebenarnya. Walaupun ini bukanlah kali pertama abangnya itu berbuat sedemikian tetapi ini merupakan kali pertama sejak dia bergelar isteri orang, abangnya itu melakukan rutin yang sebelum ini sudah biasa abangnya lakukan kepada ibu dan adik kesayangannya ini. I love youlah Along! Ini yang rasa sayang nak bagi Along kahwin ni. Nanti dah kahwin Along layan Jee macam ni lagi tak?

Najla Naqiyah membasuh tangannya menggunakan air basuh tangan yang tersedia. Najmi Nazrin sudah duduk di kerusi yang memang menjadi tempat duduknya di meja makan iaitu di tempat ketua keluarga. Dipandangnya Najla Naqiyah yang berada di sebelah kanan sambil tersenyum.

“Along jomlah makan sekali. Tak seronoklah makan seorang je.” Kata Najla Naqiyah kepada abangnya itu. Yang sebenarnya selera dia masih tiada tetapi disebabkan abangnya ini sudah melayannya bagai seorang puteri jadi dia perlu meraikan usaha abangnya ini. Tidak banyak soal, Najmi Nazrin terus membasuh tangannya menggunakan air basuh tangan yang tersedia. Yang sebenarnya dia sudah makan dengan ibunya sebelum mereka berdua sama-sama solat Zohor berjemaah tetapi apakan daya, inilah satu-satunya adik kesayangannya walaupun dia suka membuli adiknya ini jadi dia rela untuk makan sekali lagi. Doa makan dibaca oleh Najmi Nazrin dan diaminkan oleh Najla Naqiyah. Mereka makan dari pinggan yang sama. Sesuatu yang memang selalu mereka lakukan sejak kecil sehingga sebelum Najla Naqiyah mendirikan rumah tangga.

“Seronok dapat makan macam ni lagi. Along ingatkan bila Jee dah kahwin ni Along dah takde peluang nak makan macam ni dengan Jee.” Ujar Najmi Nazrin. Tangannya menyuap nasi berserta lauk ke dalam mulut Najla Naqiyah. Setelah itu Najla Naqiyah pula menyuap abangnya. Terharunya! Ini adalah antara saat dengan abangnya yang dia suka, tolak segala kenangan pahit dibuli abangnya. Walaupun jarak umur mereka agak jauh tetapi mereka berdua memang rapat.

“Jee pun tak sangka. Seronok kan Along? Tapi Along saje je buat ayat touching, entah-entah lepas Along kahwin nanti Along yang lupa segala kenangan Along dengan Jee.” Balas Najla Naqiyah. Kali ini dia menyuap dirinya sendiri pula. Begitu juga dengan abangnya.

“Mana ada! Along takkan lupalah semua kenangan Along dengan Jee. Along kahwin ataupun tak, kenangan tu semua sentiasa Along ingat terutamanya kenangan manis dapat buli Jee.” Najmi Nazrin sudah tersengih. Najla Naqiyah sudah mencebik.

“Untunglah jadi abang sulung, boleh buli adik.” Kata Najla Naqiyah sambil menyuap Najmi Nazrin. Najmi Nazrin sudah tersenyum sambil mengunyah makanan yang berada di dalam mulut. Sengaja diangkat-angkat keningnya tanda berbangga dan beruntung menjadi anak sulung. Tangan kirinya sudah mencuit hidung adiknya itu. Seriously aku still nampak Jee ni macam budak-budak. Haish! Ini sindrom terlampau sayangkan satu-satunya adik perempuan ke apa?

Najla Naqiyah sudah berhenti makan. Dia menolak apabila abangnya itu ingin menyuapnya dengan alasan sudah kenyang padahal baru empat suap dia makan. Dia kembali menyuap abangnya itu sehingga hampir habis nasi dan lauk di pinggan.

“Jee, Along nak pesan ni, next time kalau nak berkurung dalam bilik, mohon makan bagi kenyang dulu. At least makan depan ibu biar ibu nampak sendiri yang Jee dah makan. Jangan buat orang lain risau okey?” kata Najmi Nazrin dengan berhemah. Terserlah auranya sebagai seorang ketua keluarga dan abang yang penyayang.

“Takde orang pun yang nak risaukan Jee, Along.” Jawab Najla Naqiyah. Tawar benar bunyinya.

“Eeuuww, gediknya! Sejak bila adik Along ni gedik mengada-ngada macam ni?” komen Najmi Nazrin. Sungguh dia tidak dapat nak hadam yang adiknya ini baru sahaja mengeluarkan ayat yang berbunyi tawar lagi hambar berserta fakta yang tidak dapat diterima dek akal.

“Habis, ibu dan Along yang risau ni bukan oranglah? Kalau kami bukan orang, Jee pun bukan orang jugalah because we share the same blood.” tambah Najmi Nazrin, menambahkan lagi geram di hati Najla Naqiyah. Sudahlah Along cakap aku gedik mengada-ngada lepas tu ditambah pula dengan statement kurang lawak pasal orang dan bukan orang. Adoyai. Ini bukan gedik mengada-ngada ya Along. Entahlah, Jee sendiri tak tahu apa benda semua ni.

Okay, fine, Jee rephrase. Takde siapa pun yang nak risaukan Jee selain ibu dan Along.” kata Najla Naqiyah tanpa riak. Dia meneruskan suapan terakhir buat abangnya itu. Setelah itu dia membasuh tangannya dan meneguk air sirap yang dituang oleh abangnya sebelum ini. Setelah abangnya selesai mengunyah, dia suakan pula air sirap tadi kepada abangnya.

“Siapa cakap takde orang risau selain ibu dan Along? Habis Fitri tu Jee nak campak mana? Fitri pun risaukan Jee tahu.” Najmi Nazrin berkata sambil turut menyebut nama adik iparnya. Riak wajah Najla Naqiyah bersahaja. Dia mencapai sehelai tisu lalu mengelap mulut serta tangannya. Tisu yang telah digunakan tadi dia letak di atas pinggan yang sudah licin.

“Eleh, kalau dia risau dah lama dia call tanya bila Jee sampai rumah ibu, dah makan ke belum, lepas ni nak buat apa.” Jawab Najla Naqiyah. Najmi Nazrin sudah tersengih.

So, this is it! Ini sebab Fitri tak call Jee lah ya? And whose fault is that?” tanya Najmi Nazrin kepada adiknya. Najla Naqiyah sudah buat muka. Tidak puas hati semestinya. Along, Jee ni adik Along tahu tak? Yang seorang lagi tu adik ipar Along je. Boleh Along tanya Jee salah siapa padahal dia yang tak call Jee? Tetapi itu semua apa yang bergema di dalam hati Najla Naqiyah sahaja.

“Salah siapa apanya, dia yang tak call Jee. Kalau dia risau, ambil berat pasal Jee, lepas dia touchdown dia boleh terus call Jee lah Along.” Jawab Najla Naqiyah bersahaja. Tidak mahu abangnya itu dapat mengesan apa-apa yang tidak sepatutnya dapat dikesan. Malulah dekat Along kalau pasal orang tua tu tak call aku jadi macam ni. But seriously Jee, kau jadi macam ni semata-mata sebab orang tua tu tak call ke? Entahhhh… Jangan tanya boleh tak? Seriously sekarang ni aku pun dah confuse dengan diri aku sendiri. Adoyai.

“Dah tu kalau dia tak call Jee, Jee tak bolehlah nak call dia dulu?” tanya Najmi Nazrin. Cukup bersahaja dan cukup juga segala rencah untuk membuatkan adik kesayangannya itu sentap sendiri. Oo..keyy, betul juga apa yang Along cakap tu. Apa salahnya aku call dia dulu kalau dia tak dapat nak call aku dulu kan? Ehhh, tak boleh, tak boleh, tak boleh! Mana boleh! Kenapa pula aku yang nak kena call dulu? Sudahlah aku yang ‘ditinggal-tinggalkan’ kat sini, sepatutnya dialah yang call aku dulu. Kata sayang, buatlah cara sayang! Najla Naqiyah berperang dengan diri sendiri. Dia hanya berdiam diri tidak membalas kata-kata dari abangnya.

Najmi Nazrin hanya memandang si adik yang sudah menunduk. Kasihan pula dengan adiknya ini. Arif Fitri, adik iparnya itu adalah lelaki pertama dalam hidup adiknya ini selain arwah ayah mereka dan dirinya sendiri. Jadi, kemungkinan besar adiknya ini masih dalam proses menyesuaikan diri dengan si suami. Najmi Nazrin tersenyum walaupun dia tahu bahawa si adik yang sedang menunduk itu tidak dapat melihat senyumannya yang terukir di bibir. Tangan kirinya yang bersih diangkat lalu dibawa untuk mengusap kepala adiknya itu. Si adik masih lagi menunduk.

“Itulah lain kali sebelum tidur pastikan bateri telefon tu boleh survive untuk beberapa jam Jee tidur. Penat Along nak kena jawab macam-macam soalan yang langsung tak mencabar minda tahu.” Sambil tersenyum Najmi Nazrin berpesan kepada adiknya. Mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya itu, Najla Naqiyah mengangkat muka. Terkebil-kebil dia memandang abangnya. Najmi Nazrin sudah tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Err, Along, Jee rasa ada something yang Jee kena buatlah dekat atas. Along tolong kemaskan semua ni boleh?” Najla Naqiyah memberi alasan. Najmi Nazrin tahu itu hanya alasan yang direka oleh adiknya itu tetapi dilayankan juga. Dia menganggukkan kepalanya tanda boleh.

Okey, thanks Long. You’re the best brother in the world!” Kata Najla Naqiyah sambil bangun dari duduk dan menghadiahkan ciuman terima kasih di pipi kanan abangnya itu. Mereka berdua memang begini, sejak kecil rapat terutamanya selepas pemergian ayah mereka. Jadi, Najmi Nazrinlah tempat Najla Naqiyah meluahkan perasaan dan menumpang kasih insan selain seorang ayah.

Dengan langkah yang diatur rapi supaya si abang tidak memandang pelik dirinya, Najla Naqiyah berlalu untuk ke biliknya di tingkat atas. Semasa melalui sofa tempat ibunya sedang duduk menonton televisyen, ibunya bersuara, “Jee, dah makan? Lauk semua ada atas meja makan tu.” Terhenti langkah Najla Naqiyah. Senyuman diukir buat si ibu.

“Dah makan dah ibu. Alhamdulillah kenyang dah ni.” Jawab Najla Naqiyah sambil membuat bunyi sendawa. Si abang yang tidak lepas pandang sudah menghamburkan tawa. Tahu sangat yang si adik mahu cepat ke biliknya dan tahu sangat apa yang membuatkan si adik sudah kenyang sampai sendawa.

“Aik, dah makan? Bila? Ibu tak nampak pun.” tanya Puan Nafisah hairan.

“Mana nak nampak, ibu dah masuk dunia lain tadi, waktu iklan baru pandang kiri kanan. Jee dah makan bu. Kalau tak percaya tanya Along. Jee naik atas dulu ya.” Kata Najla Naqiyah dan dia turut menghadiahkan ciuman di pipi ibunya. Langkah kemas diatur menuju ke anak tangga. Sebaik sahaja kakinya mencecah anak tangga pertama, terus dia berlari-lari mendaki anak tangga menuju ke biliknya.


BAMM!!!
Kedengaran sedikit kuat bunyi daun pintu yang ditutup sedikit kasar. Ini semua nak cepat punya pasal. Tanpa melengahkan masa Najla Naqiyah terus melompat ke atas katil dan dicapainya telefon pintar miliknya. Ditekannya punat untuk menghidupkan telefon pintar tersebut tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Sah! Bateri telefonnya sudah habis. Sepantas kilat dia bangun dan mula mengecas bateri telefon. Dia dapat merasakan degupan jantungnya yang berdetak dengan lebih kencang, seperti genderang mahu perang. Err, apakah? Itu macam lirik lagu aje. Amboi cik jantung, waktu macam ni pula yang kau nak kerja lebih masa. Nak ‘ONphone aje pun, perlukah berdebar-debar bagai? Adoyai.
Setelah telefon pintarnya berjaya dihidupkan, Najla Naqiyah menunggu dengan sabar sebarang notifikasi yang akan muncul. Okey, nampak sangat menipunya! Sebenarnya bukan menunggu dengan sabar tetapi menunggu dengan berdebar-debar. Matanya tidak beralih dari memandang skrin telefon yang masih setia dipegangnya. Akhirnya muncul juga notifikasi yang ditunggu-tunggu. Bulat mata Najla Naqiyah melihatnya. Sebelah tapak tangannya sudah menekup muka tanda tidak percaya. Matanya sudah terkebil-kebil memandang jumlah itu. Oo..keyy, pada makhluk lain yang dah selalu dapat missed call and messages mungkin jumlah ni tak banyak, tapi pada aku yang boleh dikira dengan jari bilangan dapat missed calls dan mesej pun biasanya mesej menyakitkan hati promosi itu dan ini dari syarikat telco, jumlah ni… 
47 missed calls
23 new messages
…sumpah banyak!

… insya Allah, akan bersambung ;)


Kepada semua yang sudi baca,

Terima kasih tak terhingga dari saya, kalau sudi drop comment lagilah saya bahagia… Wahaha~ sorry kalau tak memenuhi citarasa anda but hopefully taklah mengecewakan ya... Pendek sangat ke bab ni? Hopefully taklah... As usual, open to any suggestions and criticism… saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! Kalau tertypo tu anda buat-buat tak nampaklah, boleh? Hohoho~

selingan: Alhamdulillah Pahang raih Juara Piala Malaysia ;) Itu yang happy je post entry ni… #KulihatKusokongKubanggakan

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

4 comments:

  1. Yayyyy isteri baru belajar back ! Teruskan berkarya sis, saya selalu je baca enovel yg saya follow di blog ! btw, hogoh pahang hogoh ! hogoh tok gajah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ressa sudi baca :)
      Insya Allah akan teruskan berkarya selagi ada ilham dan idea... Cuma nak istiqamah up entry tu laa yg susah... Hohoho

      Hoyeah! Hogoh Pahang hogoh ;)

      Delete
  2. Salam....seronok baca cerita nie....good story...harap sambungannya lebih hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Terima kasih sudi baca dan komen...

      The next chapter is in progress tapi tak boleh nak janji adakah akan jadi sambungan yang hebat... I'll try my best and hopefully the readers can accept this story well...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...