Social Icons

Wednesday, December 31, 2014

Cerpen | I Seriously Wanna Marry You

Atas permintaan tak berapa ramai dan jejari sendiri yang rasa gatal nak menaip, cerpen ini merupakan sekuel kepada cerpen ‘I Think I Wanna Marry You’… Happy reading ;)


 “WHO’S that girl?” tanya Sri Farhanah kepada adiknya.

“Isteri seminit Ash. Haha.” Ashraf Fikri sudah tergelak. Sri Farhanah memandang Ashraf Fikri yang berada di sebelahnya dengan pandangan tidak percaya dan kembali memandang ke hadapan untuk fokus pada pemanduan.

Don’t tell me that she’s the one…” Ashraf Fikri sudah mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun ayat Sri Farhanah tergantung. Dia sudah mengetahui apa yang kakaknya itu maksudkan.

Yup, she’s the one. Yang Ash beritahu menyebabkan rekod baik Ash yang tak pernah ada masalah disiplin jadi rosak.” Sri Farhanah sudah ketawa mendengar ayat dari adiknya itu.

I bet you deserve it. Bukannya Ash tak pernah buat salah, cuma tak pernah kantoi je. So dia tu kira adik ipar seminit akak la kan? Well, akan datang mungkin jadi adik ipar sepanjang hayat akak pula. Haha.” Kata Sri Farhanah mengusik adiknya itu.

Nope! Never! Not in this life.” Ashraf Fikri bersuara dengan yakin.

“Haha. Don’t be so sure, brother. You don’t know what awaits you.” ujar Sri Farhanah. 

“Haha. Sebab Ash sure laa Ash berani cakap.” Ashraf Fikri melarikan jari-jemarinya melalui rambut. Seperti tayangan video, terbayang babak perbualan dirinya dan kakak kesayangan sewaktu dia di Tingkatan 5 tidak lama dahulu. Apa yang aku pernah cakap dulu makan diri aku sendiri. Cuma bezanya sekarang ni bukannya Fann tu jadi adik-ipar-sepanjang-hayat akak tapi jadi adik-ipar-tak-jadi akak. Betul apa yang akak cakap dulu, jangan terlampau yakin dengan sesuatu perkara sebab kita tak tahu apa yang menanti kita di masa depan.

Ashraf Fikri merenung siling bilik tetamu rumah kakak dan abang iparnya itu. Lampu bilik sengaja tidak dihidupkan tetapi bilik tersebut tidaklah begitu gelap kerana cahaya dari luar masih boleh menerpa masuk. Posisi badan ditukar. Dia kini sedang berbaring mengiring ke kanan. Kenapa Fann tolak lamaran aku? Ayat macam tak boleh terima kenyataan kena reject. Bukan okey! Aku tak kisah kalau kena tolak dengan Fann sekalipun tapi kenapa dia langsung tak nak ambil masa untuk fikir? Sekurang-kurangnya balik buat solat istikharah dulu. Aku bukannya nak ajak kahwin dalam masa terdekat. Ini kalau aku minta nasihat Puan Sri Embun tu dah tentu dia gelak golek-golek dulu baru bagi nasihat kat aku. Tapi memang pada dia je yang aku selalu cerita masalah aku.

Langkah kaki Ashraf Fikri atur menuju ke arah ruang tamu. Kakaknya, Sri Farhanah dan abang iparnya, Aduka Firdaus sedang leka melayan kerenah anak perempuan mereka yang berumur dua tahun. Embun merupakan panggilan nenda mereka kepada Sri Farhanah dan sejak kakaknya ini mendirikan rumah tangga, dia kadang-kala sengaja memanggil kakaknya Puan Sri Embun dan suami kakaknya pula Tan Sri Aduka. Bukan apa, kalau panggil mereka berdua Tan Sri dan Puan Sri jadinya tak perlulah panggil guna panggilan abang dan kakak. Hahaha.



Tan Sri, may I borrow Puan Sri’s time for a while?” tanya Ashraf Fikri kepada Aduka Firdaus.

“Aik, pinjam aje? Kena bayarlah, mana ada free consultation zaman sekarang ni. Abang bagi harga kasih-sayang, sejam lima puluh ringgit.” Balas Aduka Firdaus bergurau. Sri Farhanah sudah mencubit pinggang si suami. Ashraf Fikri hanya mampu tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak berniat untuk membalas gurauan abang iparnya itu. Sri Farhanah menghulur anak yang berada dalam dukungannya kepada si suami. Ciuman dihadiahkan kepada si comel sebelum dia mengekori si adik.

Ashraf Fikri masuk semula ke dalam bilik tetamu yang sudah lazim menjadi tempat tidurnya apabila bermalam di sini. Sri Farhanah setia mengekori si adik dan dia tutup kemas pintu bilik supaya si adik lebih selesa untuk meluahkan perasaan dengannya. Suis lampu dipetik bagi menerangi bilik tersebut. Nampak lain macam sangat je Ash ni. Masalah dunia ke apa? Sri Farhanah sama-sama mengambil tempat duduk di atas katil bertentangan dengan si adik yang sudah duduk bersila sambil bersandar pada katil. Ashraf Fikri masih diam tidak bersuara. Naik geram pula Sri Farhanah memandang adiknya yang hanya mendiamkan diri itu. 

“Ash, ada apa-apa yang nak cakap pada akak ke?” tanya Sri Farhanah dengan penuh berhemah. Ashraf Fikri mengurut-urut pelipisnya dan setelah itu perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Sri Farhanah sudah pelik. Selalunya adiknya  ini akan berjumpanya setelah benar-benar bersedia untuk berkongsi cerita tetapi sekarang ini adiknya itu kelihatan teragak-agak sekali. Macam bukan Ashraf Fikri Ahmad Fuad yang aku kenal pula!

“Siapa kau? Apa yang kau dah buat pada adik aku? Keluar kau dari badan dia!” kata Sri Farhanah sambil kedua-dua tangannya sudah mencekik leher Ashraf Fikri. Ashraf Fikri segera memegang kedua-dua lengan kakaknya itu dan meleraikan cengkaman kakaknya pada lehernya.

“Kak Embun ni dah kenapa? Cuba bawa mengucap, pandang betul-betul, ni Ashlah. Pembawakan budak ke apa sampai cekik orang ni?” kata Ashraf Fikri kepada kakaknya. Setelah itu pegangan tangannya pada lengan si kakak dilepaskan.

“Oi kau mulut jaga sikit ek. Mana ada orang pembawakan budak dia nak cekik orang lain. Baik dia ‘mencekik’ makanan yang sedap-sedap. Dah Ash tu siapa suruh tak nampak macam diri sendiri. Akak ingat Ash kena rasuk apalah tadi.” ujar Sri Farhanah kepada si adik. Di dalam hati dia sempat membebel, suka hati dia aje nak cakap aku pembawakan budak. Aku kalau pembawakan budak perangai takdelah tak ayu macam tu. Haha. Lagipun Si comel aku tu belum nak dapat adik lagi.

“Ash okey tak ni? Ada nak cerita apa-apa pada akak?” tanya Sri Farhanah yang risau akan adiknya itu. Ashraf Fikri sudah kembali bersandar pada katil seperti sebelum ini. Dia memandang kakaknya yang sedang duduk menghadapnya itu. Nafas panjang dihela dan dihembus perlahan-lahan.

Do you still remember about my Isteri Seminit?” tanya Ashraf Fikri kepada si kakak. Sri Farhanah seperti berfikir sesuatu. Kemudian dia memetik jari tangan kanannya tanda sudah berjaya mengingati Isteri Seminit yang dimaksudkan oleh si adik.

Yup, akak ingat dah. Budak Form 4 yang pernah kena denda bersanding dengan Ash masa Ash Form 5 dulu kan? Kenapa dengan dia?” tanya si kakak.

Actually kak, I did something stupid. Ash tanya dia sudi tak dia jadi isteri Ash.” Ashraf Fikri bersuara sambil memandang kakaknya bagi melihat reaksi yang bakal si kakak lakukan. Sri Farhanah terkaku tiga saat sebelum dia tergolek-golek di atas katil mentertawakan si adik. Ashraf Fikri buat muka. Dah agak dah memang ini yang Puan Sri Embun ni akan buat dulu. Haish. Setelah puas menghamburkan tawa, Sri Farhanah kembali kepada posisi asalnya di hadapan Ashraf Fikri.

Hey, marriage is not a stupid thing okay. Itulah, kan dulu akak dah cakap pada Ash, don’t be so sure because you don’t know what awaits you. Dulu yakin sangat cakap dia takkan jadi isteri Ash alih-alih malam ni beritahu akak yang Ash ajak dia kahwin. Dia jawab apa?” Ujar Sri Farhanah. 

Err… She said no… Without even taking the time to think about it.” jawab Ashraf Fikri sayu. Sri Farhanah sudah terkejut. Ya Allah, aku ingatkan jawapannya positif! Rasa bersalah pula aku dah gelak golek-golek tadi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak gelak golek-golek nak berundur pun posisi bergolek juga.

“I’m so sorry Ash. Akak tak tahu yang dia bagi jawapan negatif. Be strong okay. Ash, I want to ask you something, do you seriously wanna marry her? Like seriously?” tanya Sri Farhanah.

“Ya Allah kak, kalau Ash tak serius Ash takdelah nak ajak dia kahwin. Tapi Ash bukanlah nak ajak dia kahwin sekarang, Ash kan lagi setahun nak habis belajar. Dia pun tengah belajar juga. Kalau dia setuju, lepas Ash habis belajar dan balik kerja dekat sinilah baru nak langsungnya. Tapi dia dah tak setuju, nak buat macam mana.” Bicara Ashraf Fikri panjang lebar.

“Bersabar ya Ash. Akak rasa mungkin dia terkejut dengan lamaran tiba-tiba dari Ash. Tak semua perempuan akan rasa gembira dan terima on the spot lamaran yang dia dapat lebih-lebih lagi yang mengejut. Ash doa supaya Allah beri yang terbaik buat Ash, agama Ash, dunia Ash dan akhirat Ash. Ash kena yakin. Mungkin bukan sekarang tapi bila tiba masa tu nanti Allah akan beri jodoh yang terbaik buat Ash.” Sri Farhanah menasihati adiknya. Dia faham benar akan perasaan itu. Bukanlah dia pernah menolak atau ditolak tetapi sebelum dia berkahwin dengan Aduka Firdaus, dia pernah mengundur diri dari suaminya itu dan memberi ruang kepada Aduka Firdaus berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Ketika itu selain menyepikan diri dari Aduka Firdaus, dia hanya mampu berdoa agar Allah memberikan jodoh yang terbaik buat dirinya, agamanya, dunianya dan akhiratnya.

Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin Aduka Firdaus merupakan orang yang tepat tetapi bukan pada masa yang tepat. Mereka berjumpa secara tidak sengaja beberapa tahun kemudian setelah Aduka Firdaus kematian isterinya, Dhiya Darina. Setelah itu mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Ketika itu Sri Farhanah yakin bahawa Aduka Firdaus adalah jodoh yang Allah telah aturkan untuk dirinya pada masa yang tepat.

Sri Farhanah memandang si adik yang diam tidak memberi sebarang reaksi. Di dalam hati dia turut berdoa agar Allah memberikan jodoh yang terbaik buat Ashraf Fikri.

* * * * * * * * * * * * *

PAGI itu Ashraf Fikri ambil keputusan untuk bertanyakan keadaan Aufa Liyana melalui Nazifah. Segera dia log masuk ke akaun Facebook miliknya dan mesej dihantar. Dia tahu yang Nazifah juga sedang berada di atas talian melalui ikon berwarna hijau di tepi nama Nazifah.

AshrafFikri AhmadFuad: Salam… Zee, how’s Fann? Is she okay?

Nazifah Nazri: Wa`alaikumussalam… Entahlah Acap… ok kut… hohoho~ weh, kau serius ke ni nak kahwin dengan dia? Angin takde, ribut takde tiba-tiba ajak dia kahwin… Confirmlah dia terkejut beruk weh…

AshrafFikri AhmadFuad: Ya Allahu Ya Rabbi… Perlu tunggu angin dengan ribut ada dulu ke baru aku boleh ajak dia kahwin? Puting beliung tak nak tunggu? Aku tengok dia hari tu boleh gelak bagai siap boleh bagi aku empat bintang, lepas tu baru dia terkejut ayu, bukan terkejut beruk pun…

Nazifah Nazri: Acap, not funny okay… not funny… aku tengah serius ni kau boleh buat lawak tak cukup perisa macam tu… Kau serius ke tak ni sebenarnya?

AshrafFikri AhmadFuad: I’m serious okay… Kenapa orang asyik tanya pasal keseriusan aku ni? Tolonglah percaya… Aku tak gila lagi nak buat main isu nikah kahwin ni…

Nazifah Nazri: okey… okey… Sorry… Aku cuma terkejut… Cuba kau bayangkan aku ni pun boleh terkejut inikan pula Fann tuan punya badan, confirmlah dia double triple terkejut… habis tu weh, kalau kau serius kenapa sebelum kau propose dia tu kau cakap I think I wanna marry you? Seriously, that sounds totally not serious at all… jangan nak kata romantik, serius pun langsung tidak…

AshrafFikri AhmadFuad: Ya Allah, aku serius okey… Okay, I have to admit that I chose the wrong sentence but it can’t be because of that small matter…

Nazifah Nazri: kecil kau kata? Pada Fann benda yang kau rasa small matter itulah yang big matter… kalau sekarang kau boleh cakap I think I wanna marry you, then Fann cakap tak mustahil akan datang kau boleh kata I think I wanna divorce you

AshrafFikri AhmadFuad: apa benda masuk sampai bercerai bagai ni? Aku tak faham… bukannya aku nak kahwin dengan dia untuk bercerai masa akan datang…

Nazifah Nazri: itu pada kau… pada Fann, isu nikah kahwin ni sangat sensitf… sangat-sangat especially lepas parents dia bercerai…

AshrafFikri AhmadFuad: what???!!! Parents dia bercerai? Dia tak pernah beritahu aku pun…

Nazifah Nazri: dia tak nak beritahu kau sebab dia tak nak kau fikir masalah dia dan dia rasa kau patut tak payah tahu terus pasal tu…

AshrafFikri AhmadFuad: sekarang aku faham kenapa dia rasa isu tu besar… thanks Zee… silap aku juga tak pilih ayat yang sesuai… kalau difikirkan balik memang akan dengar macam aku tak serius…

Nazifah Nazri: benda dah jadi… sekurang-kurangnya kau tahu apa puncanya… aku doakan yang terbaik buat kau orang berdua… 

* * * * * * * * * * * * *

“FANN, kau memang betul-betul ke ni tolak Acap? Tak nak pertimbangkan semula?” tanya Nazifah kepada Aufa Liyana. Ketika itu mereka sedang mengambil angin di sekitar taman tasik.

Ya Allah, Zee ni tak habis-habis lagi tanya pasal Budak Bajet Berdisiplin tu. Aku kalau boleh tak nak ingat dah peristiwa tu. Biarlah kami kekal sebagai kawan baik macam sebelum ni.

“Lah, depan-depan kau kan aku tolak dia. Takkan kau tak percaya kut.” Balas Aufa Liyana.
“Yela, aku tahu dan ingat lagi yang depan-depan aku kau reject dia. Tapi lepas dari hari tu takkan kau tak pernah terfikir langsung kut? Menyesal tolak dia ke?” soal Nazifah kembali.

“Zee, tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir langsung tapi pada aku bukan masanya lagi. Dan aku tak menyesal tolak dia. Aku ada impian yang nak aku kejar dan paling penting sekali aku nak fokus pada pelajaran.  Memang betul apa yang kau cakap sebelum ni, bukannya dia ajak aku kahwin sekarang tapi entahlah, susah nak cakap. Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa sekarang ni dan orang lain takkan faham.” Jawab Aufa Liyana jujur.

“Fann, aku tanya ni kau jawab dengan jujur okey. Kau percaya dan yakin tak yang jodoh kita Allah dan tentukan sejak di luh mahfuz lagi?” tanya Nazifah kepada Aufa Liyana.

“Apa punya soalanlah kau tanya ni Zee. Of courselah aku percaya.” Jawab Aufa Liyana bersama ketawa kecil.

“Kau sayang aku tak?” tanya Nazifah lagi. Aufa Liyana sudah berkerut dahi mendengar pertanyaan dari sahabat baiknya itu.

“Okey, itu lagi pelik. Kau tak payah tanya pun kau tahu kan yang aku sayang kau.” Jawab Aufa Liyana. Nazifah meneruskan bicara.

“Okey, kalau kau sayang aku, kau mesti tahu yang aku nak benda terbaik je untuk kau. Kalau kau sayang aku dan kau percaya dan yakin yang jodoh kita Allah dah tentukan sejak di luh mahfuz, aku minta kau beri diri kau sendiri peluang dan buat solat istikharah. Please Fann, ini je yang aku minta dari kau. Beri diri kau peluang. Boleh?” tanya Nazifah bersungguh-sungguh. Aufa Liyana hanya mampu berdiam diri.

“Aku tak paksa kau Fann tapi kalau boleh kau bukakan hati kau, kalau bukan untuk terima Acap sekalipun, kau bukakan hati kau untuk sekurang-kurangnya buat solat istikharah dulu.” Kata Nazifah kepada sahabat baiknya itu.

Aufa Liyana mengakui kebenaran kata-kata Nazifah itu. Mungkin tempoh hari dia terlampau ikutkan emosi dan prinsip hidupnya tetapi tidak salah untuk dia melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Hati ini milik Allah dan seharusnya kepada pemilik hati ini dia minta bimbingan dan petunjuk.

* * * * * * * * * * * * *

AUFA LIYANA sedang mengisi masa dengan membaca novel ketika bunyi dari telefon pintarnya menandakan ada mesej baru masuk. Dicapainya telefon pintar yang berada tidak jauh darinya. Kata laluan dimasukkan dan dari notifikasi menunjukkan bahawa mesej yang masuk adalah dari aplikasi WhatsApp. Segera notifikasi ditekan untuk melihat mesej penuh dari rakannya itu.

BudakBajetBerdisiplin: Assalaamu`alaikum… Isteri seminit, tengah buat apa? Busy?

Aufa Liyana menarik nafas panjang dan menghembuskan nafas. Sebetulnya dia ingin sekali melupakan peristiwa Ashraf Fikri bertanya kesudian dirinya untuk mengahwini Ashraf Fikri tetapi bukan senang untuk melupakan peristiwa tersebut. Mesej balasan buat Ashraf Fikri ditaip.

Me: Wa`alaikumussalam. Tak busy sangat. Tengah baca novel.

Tidak lama selepas itu mesej dari Ashraf Fikri masuk lagi.

BudakBajetBerdisiplin: Oh, dah agak dah. Kau memang suka membaca. Der, aku nak tanya ni, kau memang dah tak boleh nak pertimbangkan semula jawapan yang kau beri hari tu ke?

Aufa Liyana menghela nafas panjang. See! Macam mana nak lupakan peristiwa tu kalau ada aje yang bangkitkan isu tu semula. Hari tu Zee, hari ni mamat ni pula.

Me: I’m so sorry, der. That’s final. Aku harap kau faham.

BudakBajetBerdisiplin: okay then, aku takde hak nak paksa kau untuk terima. I’m so sorry for that sudden proposal. Maybe this is not the right time.

Me: It’s okay. Nothing changes pun. We’re still friends.

BudakBajetBerdisiplin:  yup, friends

Namun, itu hanyalah apa yang terlakar di WhatsApp mereka sahaja. Relitinya adalah sebaliknya. Masing-masing menjadi janggal untuk berhubung seperti tiada apa-apa pernah terjadi. Ashraf Fikri walaupun sedikit kecewa, dia tetap meneruskan hidupnya seperti biasa lebih-lebih lagi dia kini baru memulakan tahun akhir pengajian. Doa terus dititipkan agar diberikan jodoh yang terbaik buat dirinya. Begitu juga dengan Aufa Liyana, sepenuh perhatian dia berikan kepada pelajaran dan soal jodoh dia tolak ke tepi dahulu.

* * * * * * * * * * * * *

KURANG LEBIH DUA TAHUN KEMUDIAN…

Petang Ahad itu Aufa Liyana isi dengan melihat gambar-gambar semasa perkahwinan sahabat baik semasa di sekolah menengahnya dahulu. Banyak gambar perkahwinan yang Nur Hanani muat naik di laman Facebook. Untungnya teknologi zaman sekarang, semalam majlis pernikahan hari ini sudah sahabatnya itu muat naik gambar-gambar. Itu belum campur lagi gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakan yang hadir dan dengan sukarelanya membuat lintas langsung semasa majlis berlangsung.

Tidak lekang senyuman di bibir Aufa Liyana saat melihat gambar-gambar tersebut. Rindu pada rakan-rakan sedikit sebanyak terubat terutamanya rindunya kepada Nur Hanani. Mereka membawa haluan masing-masing selepas memasuki universiti yang berlainan namun mereka kerap juga berhubung. Tergelak Aufa Liyana saat dia memandang si pengantin lelaki. Walaupun dia sememangnya kenal gerangan si pengantin lelaki tetapi dia tidak dapat menahan tawanya apabila teringat kembali peristiwa Nur Hanani yang bersanding dengan Abu Hanifah semasa di sekolah menengah dahulu. Mana boleh lupa dah aku sendiri yang jadi pengapit dia! Nasib baik semalam bukan aku yang jadi pengapit, kalau tak, mahu aku tergelak atas pelamin dan orang yang tak tahu cerita akan pelik tengok pengapit pengantin dok gelak sepanjang masa. Hahaha. Tak sia-sia aku pun kena denda bersanding sama waktu tu. Kalau semalam Nani kahwin dengan orang lain memang tak berbaloi sungguh aku kena denda bersanding semata-mata kantoi nak tolong passkan surat cinta dia untuk Ash.

Cakap pasal Ash si Abu Hanifah yang dah selamat jadi laki si Nani ni teringat pula aku kat Ash si Ashraf Fikri seorang lagi. Semalam takde pula nampak Acap kat wedding Nani tu. Tak tahulah dia datang ataupun tak. Aku malas nak tanya dan dia takde cakap apa-apa. Rasa janggal gila!

Aufa Liyana meneruskan aktivitinya melihat gambar-gambar perkahwinan Nur Hanani. Cantiklah gambar-gambar ni! Nani cakap dia guna khidmat Syahir sebagai photographer. Yang bagusnya guna khidmat Syahir ni ada photographer perempuan iaitu isteri Syahir sendiri jadi Nani cakap dia takdelah segan sangat nak berposing. Gambar-gambar yang posing lebih sikit tu untuk simpanan sendiri aje katanya. Untuk letak di Facebook dan album perkahwinan memang gambar-gambar yang berpatutan sahaja. Bagus Nani! Syabas! Jangan jadi macam sesetengah orang yang kurang sensitif menayangkan gambar berpelukan di atas katil dan sebagainya. Memang betul sudah halal tetapi itu bukan tiket untuk menayangkan gambar-gambar tersebut di media sosial yang boleh menjadi tatapan ramai.

Sebut pasal Syahir ni teringat majalah sekolah zaman Tingkatan 4 dulu. Syahir merupakan salah seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bagi majalah sekolah pada tahun tersebut. Dia merupakan AJK bahagian fotografi. Oleh sebab itu dia mendapat kebenaran khas untuk sentiasa membawa kameranya ke mana-mana sahaja dia pergi di dalam kawasan sekolah. Hasilnya? Dialah yang menjadi ‘dalang’ gambar aku dan Acap bersanding masa perhimpunan dulu tu terpahat elok dalam majalah sekolah. Nasib baiklah itu ruangan gambar-gambar random sepanjang tahun jadinya siapa yang perasan gambar tu, maka dia perasanlah. Kalau tak tengok betul-betul tak perasan pun, tapikan aku dapat rasa yang kebanyakan orang memang perasan pun gambar tu. Sedang elok pula gambar tu waktu Acap dengan sengalnya buat ‘peace’ dan aku tengah pandang dia. Haish!

Sambil mengimbau kenangan lama di minda, Aufa Liyana terus klik untuk gambar seterusnya. Apabila muncul gambar berikutnya, dia terkejut besar. Gambar Ashraf Fikri yang tersenyum lebar bersama pasangan pengantin di atas pelamin. Panjang umur Budak Bajet Berdisiplin ni. Baru aje sebut dah muncul gambar dia. Dia datang juga semalam? Tak terserempak langsung! Nampak sangat kita orang memang takde jodoh. Fann, perlu ke berjodoh dulu untuk terserempak dengan kawan? Hehe… Abaikan…

* * * * * * * * * * * * *

HUJUNG minggu itu Ashraf Fikri ambil peluang untuk ke kedai buku bagi membeli hadiah hari lahir buat anak saudaranya yang bakal berusia empat tahun. Anak kak Embun tu lain sikit dari budak-budak lain. Dia suka baca buku. Okey, lebih tepat dia hafal buku. Kak Embun akan baca buku cerita pada dia tiap-tiap malam dan lama-lama dia boleh hafal buku tu. Mula-mula dulu aku dengar dia baca, dari segi sebutan memanglah masih ada yang pelat tetapi lancar juga sampai aku ingatkan dia pandai membaca. Tapi Kak Embun cakap itu sebenarnya sebab dia dah hafal buku tu sebab hari-hari minta bacakan buku yang sama. Kat anak-anak aku nanti aku nak amalkan baca surah-surah dalam al-Quranlah. Mana tahu menjadi. Insya Allah.
Ashraf Fikri membuat keputusan untuk mencari buku yang sesuai untuk dibeli di MPH. Oleh kerana dia belum pernah membeli buku kanak-kanak jadi dia tidak tahu kedudukan kawasan buku kanak-kanak. Sedang dia berjalan mencari rak buku bagi bacaan kanak-kanak, dia ternampak seseorang di kawasan rak buku motivasi.  Seseorang yang sudah lama dia kenal tetapi sudah lama tidak berjumpa. Aufa Liyana. Dia lihat gadis itu sedang memegang dua buah buku dan membaca sinopsis di kulit belakang buku tersebut. Dia kelihatan tergesa-gesa dan apabila dia melihat jam di tangan kanannya, dia kembali meletakkan buku-buku yang dipegangnya serta mula berlalu untuk keluar dari kedai buku tersebut. 

Ashraf Fikri segera menuju ke rak motivasi dan mengambil dua buah buku yang Aufa Liyana letakkan sebentar tadi. Mujurlah ketika itu kaunter bayaran tidak ramai orang dan dia cepat-cepat membuat bayaran. Sesudah membuat bayaran, dia segera keluar dari MPH bagi mengejar Aufa Liyana. Mujurlah dia masih dapat mengesan kelibat Aufa Liyana yang sudah berada di eskalator menuju ke tingkat atas. Dia terus mengekori Aufa Liyana sehingga tiba ke destinasi. Rupa-rupanya Aufa Liyana menuju ke medan selera pusat membeli-belah tersebut. Aufa Liyana kelihatan melilau-lilau seperti mencari seseorang. Ashraf Fikri bergerak menghampiri Aufa Liyana.

“Aufa Liyana!” panggil Ashraf Fikri. 

Aufa Liyana berpaling ke arah datangnya suara yang memanggil dirinya. Setelah tiba di hadapan Aufa Liyana, Ashraf Fikri menghulurkan buku-buku yang telah dia beli sebentar tadi kepada Aufa Liyana. Aufa Liyana menyambut huluran tersebut dengan riak wajah yang terkejut. Kejanggalan terasa. Ashraf Fikri berkira-kira mahu terus beredar dari situ tetapi dia terpaksa membatalkan niatnya apabila dia lihat Aufa Liyana sudah mengalirkan air mata.

Ashraf Fikri diserang panik. Aku bagi dia buku aje pun takkan itu pun nak terharu sampai menangis gembira macam ni? Aku nak buat apa ni? Dah lama tak jumpa tiba-tiba jumpa aku dah buat dia mengalirkan air mata. Mujurlah keadaan medan selera waktu itu tidak ramai orang menyebabkan Ashraf Fikri kurang segan apabila berhadapan dengan situasi begini. Dan mujur juga Aufa Liyana hanya mengalirkan air mata dan bukannya menangis teresak-esak. Mereka berdua hanya berdiri kaku. Tidak lama selepas itu Nazifah muncul. Melihat Aufa Liyana yang sudah mengalirkan air mata, hanya satu sahaja yang terlintas di minda, Ashraf Fikri adalah puncanya. Dia memberi pandangan maut kepada Ashraf Fikri kerana telah membuat sahabat baiknya itu menangis. Ashraf Fikri hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu sewaktu Nazifah memberi pandangan maut kepadanya.

Aufa Liyana tersedar akan kehadiran Nazifah apabila Nazifah memegang lengannya. Segera air matanya yang mengalir dikesat dengan telapak tangan. Nazifah memimpin Aufa Liyana menuju ke sebuah meja yang berdekatan. Kepada Ashraf Fikri sudah dia beri isyarat mata untuk turut serta. Ashraf Fikri mengekori langkah dua orang sahabat itu. Mereka mengambil tempat duduk di meja yang menempatkan empat buah kerusi. Aufa Liyana duduk bersebelahan dengan Nazifah manakala Ashraf Fikri duduk di hadapan Aufa Liyana.

Aufa Liyana berdiam diri. Nazifah sedari tadi sudah berulang-ulang kali mengalihkan pandangannya dari Aufa Liyana kepada Ashraf Fikri. Pandangan tidak puas hati diberikan kepada Ashraf Fikri. Aufa Liyana sudah tidak lagi mengalirkan air mata. Di dalam hati dia beristighfar dan memperbanyak selawat. Genggaman tangan dari Nazifah dia kemaskan lagi. Wajahnya yang sedari dari menunduk diangkat. Dia memberanikan diri untuk memandang Ashraf Fikri. Sekejap cuma. Kemudian dia kembali menundukkan wajahnya.

“Acap, aku sudi jadi isteri kau.” Ujar Aufa Liyana kepada Ashraf Fikri. Nazifah sudah beriak terkejut. Ashraf Fikri sudah terkesima.

“Err, kejap-kejap. Isteri Seminit, apa yang kau cakap tadi? Aku kurang jelas.” Kata Ashraf Fikri.

Aufa Liyana memejam mata dan menghela nafas. Matanya dibuka dan wajahnya diangkat untuk memandang Ashraf Fikri. Genggaman tangan Nazifah dikuatkan sekali lagi.

“Aku tahu apa yang aku cakap tadi mungkin tiba-tiba dan setelah sekian lama, tapi aku serius. Aku sudi jadi isteri kau, bukan untuk seminit tapi untuk selama-lamanya.” Ujar Aufa Liyana.

Ashraf Fikri yang sudah mendengar dengan jelas apa yang Aufa Liyana katakan sebentar tadi segera bangun dari duduk. Dia terus beredar dari situ. Aufa Liyana yang tahu Ashraf Fikri sudah beredar hanya mampu memusingkan badannya menghadap Nazifah. Dipeluknya sahabatnya itu dan tanpa dapat dikawal, air matanya jatuh jua.

“Zee, dia tolak aku Zee. Dia tolak aku. Aku dah terlambat. Two years too late.” Kata Aufa Liyana kepada sahabatnya itu dengan suara yang tertahan-tahan.

“Sabar Fann, sabar. Insya Allah ada hikmah di sebalik semua ni.” Kata Nazifah menenangkan rakan baiknya itu. Aufa Liyana melepaskan pelukan. Tidak mahu orang lain memandang pelik diri mereka yang tiba-tiba berpelukan di medan selera. Hilang pula selera mereka nanti. Air matanya sekali lagi diseka menggunakan telapak tangan. Dia kembali merenung meja. Nazifah sudah menggosok-gosok belakang sahabatnya. Aufa Liyana ingin terus beredar dari situ namun terasa masih tiada kekuatan pada otot kakinya untuk berdiri apatah lagi melangkah pergi.
Agak lama mereka berdua berkeadaan demikian. Masing-masing berdiam diri. Sedar-sedar sahaja ada orang meletakkan air minuman di atas meja mereka. Masing-masing memandang gerangan yang berbuat demikian. Aufa Liyana terkejut sekali. Ashraf Fikri! Dia buat apa dekat sini? Bukan dia dah reject aku ke tadi? Tiba-tiba nak bagi minum ni dah kenapa?
Ashraf Fikri melabuhkan punggung di kerusi yang dia duduk sebentar tadi. Minuman yang dia beli diletakkan di hadapan Aufa Liyana dan Nazifah. Minuman untuk dirinya pula terus dia teguk bagi menghilangkan dahaga. Aufa Liyana dan Nazifah masing-masing sudah terkebil-kebil dengan tindakan Ashraf Fikri.
“Acap, kau buat apa lagi dekat sini?” tanya Nazifah tanpa berselindung. Ashraf Fikri hanya bersahaja.

“Dah alang-alang kita dekat food court aku terus belanja bakal Isteri Selamanya aku makanlah. Bolehlah terus berbincang apa-apa yang patut. Kau pun aku belanja sekali Zee, jangan risau.” Jawab Ashraf Fikri. Aufa Liyana sudah berkerut dahi. Begitu juga dengan Nazifah.

Der, kau bukan dah reject aku ke tadi?” tanya Aufa Liyana kepada Ashraf Fikri.

Der, bila masa pula aku reject kau? Dua tahun baru kau cakap setuju walaupun sebelum ni kau yang dah pernah reject aku. Takkanlah senang-senang je aku nak reject kau.” Balas Ashraf Fikri.

“Habis tu tadi kau pergi mana?” tanya Nazifah pula. Semestinya ingin tahu.

“Tadi aku pergi buat sujud syukur. Bila datang semula sini dah alang-alang lalu tempat air dulu aku teruslah beli air untuk kita. Why? Did I miss anything?” tanya Ashraf Fikri. Aufa Liyana dan Nazifah sudah berpandangan sesama sendiri. Mereka sudah tergelak kecil.

Err, no. Nothing.” Balas kedua-duanya serentak.
* * * * * * * * * * * * *

 “FANN, sebenarnyakan sebelum aku datang tidur rumah kau ni semalam, Acap ada bagi surat pada aku. Tapi bukan untuk akulah, untuk kau. Dia minta aku sampaikan pada kau sehari sebelum kau orang nikah, which is today since kau orang bakal nikah hari esok.” Ujar Nazifah tenang semasa dia sedang mengemaskan inai di jari-jemari Aufa Liyana. Aufa Liyana sudah membesarkan matanya tanda tidak percaya.

“Kejamnya kau Zee! Sampai hati kau beritahu aku pasal surat tu masa jari-jari aku ni tengah berinai. Macam mana aku nak buka surat tu?” kata Aufa Liyana. Prank apakah yang Zee cuba buat untuk aku di malam terakhir sebelum aku bertukar status ni? Haila kawan. Saja nak mendera akulah tu! Sampai hati kau Zee. Huarghhh!

“Hehe. Saje je nak tengok kau sabar tak tunggu inai kau tu kering dulu baru baca surat Acap. Ni ha suratnya.” Balas Nazifah seraya meletakkan surat dari Ashraf Fikri di hadapan Aufa Liyana. Aufa Liyana sudah tidak senang duduk, Nazifah sudah tertawa. Huarghhh!! Sampai hati kau Zee berguling-guling atas katil aku untuk ketawakan aku. Kalau jari kaki aku belum berinai ni aku dah buka dah surat tu guna kaki. Oh, kau nak kenakan aku ya, tunggulah kau. Muehehe~

Sewaktu Nazifah masih berguling-guling ketawa di atas katil, Aufa Liyana ambil kesempatan bergerak ke bilik air yang berada di dalam biliknya itu. Inai di jari tangan dan kaki dibasuh sehingga bersih. Tidak dia hiraukan warna oren pudar pada jari-jemarinya. Dia segera berlari semula ke arah Nazifah dan…

Papp!
Ditamparnya punggung sahabatnya itu. Nazifah yang terkejut segera bangun.

“Fann, habislah skirt aku kena inai nanti tak hilang! Kau juga yang hadiahkan aku long skirt ni.” sebaik sahaja menghabiskan ayatnya, terbeliak mata Nazifah apabila dia terpandang jari-jemari Aufa Liyana yang sudah bersih tanpa sebarang inai. Segera dia menerpa ke arah kawannya itu.

“Fann, apa kau dah buat pada inai tu? Huarghh! Penat aku buat dengan penuh teliti dan kasih sayang.” Kata Nazifah sambil tangan kanan dan kiri Aufa Liyana kemas dipegangnya. Aufa Liyana hanya tersenyum.

“Eh, kau dah letak inai kat jari aku ke Zee? Serius aku tak ingat langsung. Takpe, inai banyak lagi tu, kau letak sekali lagi nanti dengan penuh teliti dan kasih sayang. Kasih sayang tu aku nak extra ye. Sekarang dipersilakan ambil angin dulu kat luar.” Ujar Aufa Liyana sambil dia menolak tubuh Nazifah ke arah pintu. Dia tidak rasa bersalah kerana Nazifah sudah sedia memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Kira okey apa aku suruh Zee ambil angin dekat luar. Untung-untung dia boleh ambil hati Mak Long aku. Aku tengok dia dengan anak Mak Long macam padan je. Kebetulan esok mereka berdua sama-sama jadi pengapit. Hehehe.

Pintu bilik Aufa Liyana kunci setelah dia berjaya ‘mengeluarkan’ Nazifah dari bilik tersebut. Sengaja dia tidak mahu sesiapa mengganggu dirinya yang bakal membaca surat dari Ashraf Fikri. Segan sebenarnya. Hehe. Aufa Liyana membuka surat yang Nazifah letak sebentar tadi. Kertas warna merah jambu tu! Jangan main-main. Dengan lafaz bismillah, dia mula membaca nukilan dari Ashraf Fikri.

Assalaamu`alaikum…

Dear You,

Sorry I haven’t decide what to call you yet. Insya Allah it will come out automatically and naturally after our solemnization. Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menerima aku untuk menjadi sebahagian daripada hidup kau. Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu kau setuju untuk jadi suri hidup aku. Syukur Ya Allah.

Jika kau tanya seyakin manakah aku yang perkahwinan kita akan bahagia, maaf, aku takkan pernah ada jawapan untuk itu… Tapi aku harap yang kau akan sentiasa ada di sisi aku untuk kita sama-sama berusaha, bersusah senang melakar bahagia membina keluarga yang Mawaddah, Sakinah wa Rahmah… Selagi nyawa ini dikandung badan… Insya Allah…

Jika kau tanya seyakin manakah aku yang kita takkan terpisah, maaf, aku juga takkan pernah ada jawapan untuk itu. Tapi ketahuilah bahawa kita mendirikan rumah tangga untuk sama-sama beribadah kepada Allah Taala. Kita perlu berganding bahu dan sama-sama berdoa kesejahteraan rumah tangga yang bakal kita bina. Kita usaha sama-sama ya… Selagi nyawa ini dikandung badan… Insya Allah…

I still remember people *or should I say Kak Embun and Zee?* keep asking me about how serious I am regarding proposing and marrying you. And if you ever wonder, this is my answer; 

I SERIOUSLY WANNA MARRY YOU… 
Just you… Only you…  Forever you…

May this love bring us together in Jannah… Aamiin…

Sincerely,
Me

Aufa Liyana melipat kembali surat dari si bakal suami. Air mata yang cuba dia tahan akhirnya jatuh jua. Nampak macam surat itu berbunyi kasar kerana mereka masih menggunakan ganti diri ‘aku-kau’ tetapi setiap bait yang tercatat berjaya mengusik kalbunya. Dia sendiri tidak pernah terfikir yang jodohnya adalah bersama Ashraf Fikri. Perkahwinan memerlukan usaha keras dari kedua-dua belah pihak. Tiada jaminan apabila sudah berkahwin kita akan sentiasa bahagia, mendapat anak-anak yang comel-comel belaka, tidak akan berlaku sebarang sengketa, tetapi kitalah yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan alam perkahwinan dan haluan keluarga kita. Biarlah perceraian ibu dan bapanya dahulu menjadi pengajaran buat dirinya di masa akan datang untuk lebih bersabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. 

* * * * * * * * * * * * *

SELESAI kedua-dua mempelai menjamu selera, mereka bergerak ke arah pelamin. Selalunya apabila mempelai sampai mereka akan terus diiringi ke pelamin dan selepas itu baru menjamu selera tetapi untuk majlis Ashraf Fikri dan Aufa Liyana ini mereka buat sebaliknya. Tiada acara menepung tawar dan pelamin hanya untuk bergambar sahaja. 

Sebelum keluarga pengantin lelaki dan perempuan dijemput untuk bergambar bersama mempelai di pelamin, ada slot khas yang telah Nur Hanani dan Nazifah rancangkan bersama. Seminggu sebelum itu tanpa pengetahuan Aufa Liyana mahupun Ashraf Fikri, mereka telah mengumpulkan gambar-gambar kedua-duanya dari zaman kanak-kanak sehinggalah gambar paling baru kedua-dua mempelai. Hasilnya, Nur Hanani dan Nazifah telah membuat video pendek menggunakan gambar-gambar yang berjaya dikumpul.

Tayangan video bermula. Kedengaran lagu ‘Lucky’ nyanyian Colbie Caillat dan Jason Mraz bergema menjadi muzik latar video.  Ashraf Fikri dan Aufa Liyana di atas pelamin sudah memandang satu sama lain dan tersenyum lebar. Tidak menyangka yang Nur Hanani dan Nazifah memilih untuk menggunakan lagu ‘Lucky’ sebagai muzik latar video. Pandangan kembali dihalakan kepada tayangan video. 

Do you hear me? I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying

Gambar ketika Ashraf Fikri kecil ditayangkan. Pelbagai gambar di pelbagai tempat. Ada juga gambarnya bersama Sri Farhanah dan abang sulung mereka, Amir Abbas semasa kecil. Comel sahaja kelihatan tiga beradik itu. Saat itu Ashraf Fikri jatuhkan pandangannya pada Amir Abbas dan Sri Farhanah. Tak percaya yang dia kini sudah berkeluarga seperti abang dan kakaknya juga.

Boy I hear you in my dreams
I feel you whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
Gambar Aufa Liyana semasa kecil pula ditayangkan. Sungguh comel Aufa Liyana yang nampak manja dengan ibubapanya semasa kecil. Aufa Liyana memandang ibu dan bapanya. Dia kesal dengan perceraian kedua-dua orang yang dia sayang itu tetapi dalam masa yang sama dia bersyukur yang ibu dan bapanya sama-sama berganding bahu dan bertolak ansur bagi menjayakan majlis perkahwinannya ini.

Lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh
They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

Seterusnya gambar-gambar mereka sewaktu di sekolah menengah pula. Sorakan dan tepukan lebih kuat kedengaran apabila muncul gambar Ashraf Fikri dan Aufa Liyana yang memakai baju sekolah ‘bersanding’ sewaktu mereka masing-masing di Tingkatan 5 dan 4. Tergelak kedua-dua mempelai. Sempat pula budak dua orang tu cari gambar ni. Sekali lagi sorakan kedengaran. Aufa Liyana yang pelik dengan sorakan itu memandang ke arah si suami yang duduk di sebelah. Riak tidak percaya terpancar di wajahnya apabila si suami membuat gaya yang sama seperti di dalam gambar iaitu tangan kanannya sudah membuat symbol ‘v’ tanda aman dan dia sudah tersengih lebar.

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ashraf Fikri bangun dari duduknya. Aufa Liyana sudah memandang dengan terkejut tindakan suaminya itu. Ashraf Fikri meminta mikrofon dan setelah itu dia sambung menyanyikan rangkap seterusnya.

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair
Rangkap seterusnya bahagian Colbie Caillat turut Asraf Fikri nyanyikan. Dia tahu Aufa Liyana mesti segan untuk menyanyi jadi tidak perlu dia hulurkan mikrofon kepada si isteri. Aufa Liyana hanya miming sudah cukup buatnya. Dia menghulurkan tangan kepada si isteri dan si isteri menyambut huluran tangan si suami.

Though the breezes though the trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning ‘round
You hold me, right here, right now
Lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh ooh
Selesai tayangan video dan bergambar bersama mempelai, mereka mengambil kesempatan untuk berterima kasih dan berbual dengan tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Nur Hanani dan Nazifah segera menerpa ke arah Aufa Liyana apabila mereka lihat Aufa Liyana selesai melayan seorang tetamu. Ashraf Fikri berdiri tidak jauh dari Aufa Liyana melayan tetamu yang lain pula.
“Fann, ya Allah seronoknya aku akhirnya kau kahwin juga dengan Acap. Tak sia-sia kau orang bersanding masa sekolah menengah dulu kan? Sorry tau Fann tak dapat nak berkampung kat rumah kau macam Zee.” Kata Nur Hanani kepada Aufa Liyana. Nazifah sudah tersenyum kerana tahu surat dari Nur Hanani adalah punca mereka didenda bersanding semasa di sekolah menengah dahulu. Aufa Liyana buat muka.
“Takde kaitan dengan denda bersanding dulu ye Nani. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. It’s okay aku faham. Kau dengan morning sickness lagi takkan nak berlagak macam orang bujang nak datang berkampung kat rumah aku. Kesian Ash tak pasal-pasal risaukan kau nanti. Hari ni aku tengok okay pula kau, takde morning sickness.” Kata Aufa Liyana.
“Hehe. Aku dah tarbiah dah baby cakap hari ni jangan morning sickness. Hari ni aku nak happy je dengan kawan-kawan.” Jawab Nur Hanani.
“Eh, serius ke boleh tarbiah baby tu pesan jangan morning sickness? Hebat!” Nazifah berkata sambil memandang kagum Nur Hanani. Nur Hanani dan Aufa Liyana sudah tergelak.
“Zee, kau janganlah bendul sangat. Nani ni apa yang dia cakap tu kau nak dengar boleh, percaya jangan.” Kata Aufa Liyana. Nur Hanani sendiri sudah ketawa dengan apa yang sahabatnya itu tujukan padanya. Nazifah sudah tersengih dan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
“Okey, asyik berborak je, jomlah bergambar. Fann, panggillah Acap bergambar sekali. Takkan bergambar dengan pengantin perempuan aje, kena ada pengantin lelaki sekali baru cukup syarat. Hehe.” Kata Nur Hanani. Aufa Liyana memusingkan badannya untuk memanggil Ashraf Fikri yang berdiri tidak jauh dari mereka. Serentak dengan itu juga Ashraf Fikri memusingkan badan untuk memanggil Aufa Liyana.

Dear!

Dear!” kedua-dua mereka bersuara serentak. Setelah itu mereka tergelak. Aufa Liyana bersuara di dalam hati, oh inilah panggilan yang dia cakap akan ‘come out automatically and naturally after our solemnization’. Haha! Dan aku pula, automatik panggilan ‘dear’ tu yang terkeluar. Sebenarnya tadi dah hampir terkeluar ‘der’, macam yang biasa aku panggil dia dulu-dulu. Tapi itu dulu. Acap yang dulu bukanlah yang sekarang. Acap yang dulu bolehlah aku nak ber‘der-der’. Acap yang sekarang dah jadi laki aku takkanlah nak panggil ‘der’ lagi. Siapa sangka dulu kita orang ber‘der-der’, sekarang ber‘dear-dear’. Haha.
* * * * * * * * * * * * *

KURANG LEBIH SEBULAN KEMUDIAN…

Dear, come here, please!” teriak Ashraf Fikri dari ruang tamu. Mereka baru sahaja selesai mendirikan solat Isyak berjemaah. Aufa Liyana terus ke dapur selepas solat bagi menyediakan air minuman untuk mereka nikmati sambil menonton televisyen sebentar lagi. Ashraf Fikri yang sudah berada si hadapan televisyen menukar siaran kepada siaran radio. Sengaja dia tukar kepada siaran radio kerana dia tidak berniat untuk menonton televisyen sebaliknya masa tersebut akan dia gunakan untuk menatap album perkahwinan mereka yang baru dia ambil pada sebelah petang.

Yes, dear. I’m coming.” Jawab Aufa Liyana dari arah dapur. Ditatangnya dulang berisi seteko air kopi berserta dua biji cawan. Setelah dulang diletakkan di atas meja kopi, dia melabuhkan punggung di sisi si suami.

“Eh, album kahwin kita ke? Tak tahu pun dah siap.” Kata Aufa Liyana kepada Ashraf Fikri apabila dia lihat Ashraf Fikri sedang memegang sebuah album gambar. Ashraf Fikri sudah tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Dah siap, petang tadi abang pergi ambil dari Syahir. Saja nak bagi surprise kat Yana. Jom tengok sama-sama.” Kata Ashraf Fikri. Selain dari panggilan ‘dear’, Ashraf Fikri turut memanggil Aufa Liyana dengan nama panggilan Yana.

Tergelak Ashraf Fikri dan Aufa Liyana dengan gambar yang menjadi muka hadapan album tersebut. Macam-macam si Syahir ni. Gambar Ashraf Fikri yang bersanding dengan Aufa Liyana semasa di sekolah menengah dan di bawahnya pula gambar Ashraf Fikri bersanding dengan Aufa Liyana semasa hari pernikahan mereka. Kedua-dua gambar tersebut adalah ketika Ashraf Fikri sedang duduk santai sambil tangan kanannya sudah membuat  simbol ‘v’ tanda aman manakala Aufa Liyana pula sedang memandang Ashraf Fikri.

Helaian demi helaian album gambar diselak dan bermacam cerita di sebalik gambar itu disingkap. Lebar senyuman Ashraf Fikri dan Aufa Liyana. Sesekali mereka akan tergelak. Setelah album perkahwinan itu berjaya mereka khatamkan, Ashraf Fikri bersandar pada sofa. Aufa Liyana turut bersandar pada sofa tetapi kepalanya dilentokkan pada bahu si suami. Senyuman mekar masih terukir di bibir. Siaran radio masih kedengaran mengisi ruang tamu.

Dear, I always want to ask you a question but yet I always forget to ask you about it. What makes you suddenly propose me? Maksud Yana, waktu tu kita berkawan macam biasa dan tiba-tiba je lepas kita makan dekat food court tu abang tanya sudi tak Yana jadi isteri abang. Sangat tiba-tiba tahu!” Aufa Liyana mengajukan soalan yang sememangnya sudah lama ingin dia tanya kepada si suami. Ashraf Fikri sudah mengukir senyuman mengingati saat itu. Dia tarik Aufa Liyana dan memberi isyarat kepada si isteri supaya mengubah kedudukan agar mereka duduk bertentangan. 

“Oh, pasal tu. Macam ni ceritanya. Yana tahu kan pasal kisah ‘kakak ipar tak jadi’ Yana dulu? Sebelum kami officially putus, abang ada buat solat istikharah. Abang buat tiga malam berturut-turut dan malam terakhir abang buat solat istikharah tu abang mimpi nampak seorang perempuan berdiri jauh kat depan abang tapi dia membelakangi abang jadi abang tak tahu siapa dia. Lepas tu dia berpusing dan tersenyum kat abang tapi masa tu ada cahaya dari belakang yang membuatkan mata abang silau. Abang tahu itu bukan ‘kakak ipar tak jadi’ Yana tu tapi abang tak tahu siapa dia. Lepas tu abang terima keputusan untuk putus dengan ‘kakak ipar tak jadi’ Yana. Bila abang balik Malaysia dan jumpa Yana dekat MPH, masa tu abang tahu dan yakin yang Yana adalah gadis dalam mimpi abang. Masa Yana berpusing dan senyum pada abang, abang macam nampak cahaya yang sama belakang Yana macam dalam mimpi tu. Itu yang menyebabkan abang beranikan diri ajak Yana kahwin walaupun abang tahu sangat tiba-tiba.” Ashraf Fikri menerangkan keadaan sebenar kepada Aufa Liyana. Si isteri sudah terharu dengan cerita sebenar yang baru hari ini dia ketahui. Semakin sayang dia kepada si suami. Aufa Liyana hanya berdiam diri. Dia kehilangan kata-kata. Hanya bunyi dari siaran radio mengisi ruang tamu. Ashraf Fikri memegang tangan si isteri dan diusap lembut penuh kasih-sayang.

Dear, Yana pula macam mana? Abang pun sebenarnya dah lama nak tahu kenapa Yana tiba-tiba cakap Yana sudi jadi isteri abang lepas sekian lama. Masa tu Yana dah beria menangis tak sangguplah pula abang nak tanya waktu tu. Yana ingat abang tak tahulah yang Yana menangis? Abang saje buat-buat tak tahu.” Ujar Ashraf Fikri. Aufa Liyana sudah merah muka. Adoi. Segannya! Malas nak ingat hari tu dah. Buat penat aku menangis ingatkan dia terus tinggalkan aku kat food court tu rupa-rupanya dia pergi surau buat sujud syukur. 

“Errm… Sebenarnya macam ni bang. Zee kan ambil berat pasal Yana jadi lepas Yana tolak abang tu Zee adalah slow talk dengan Yana. Waktu tu Yana buat tak tahu ajelah. Kali kedua Zee datang slow talk dengan Yana baru Yana terbuka hati sikit. Yana pun buat solat istikharah. Yana ada dapat mimpi tapi Yana tak tahu siapa dalam mimpi tu. Dalam mimpi tu dia panggil Yana, Aufa Liyana dan dia terus bagi beg plastik berisi buku. Itu yang Yana terkejut masa abang panggil nama Yana dan bagi buku pada Yana. Situasi dia sama macam dalam mimpi Yana. Dan itu membuatkan Yana beranikan diri untuk tiba-tiba sudi jadi isteri abang walaupun abang tak tanya buat kali kedua.” cerita Aufa Liyana panjang lebar dan dia tergelak kecil di hujung ayatnya. Ashraf Fikri sudah tersenyum lebar. Tidak putus-putus kesyukuran dia panjat je hadrat Ilahi atas takdir yang indah buat mereka ini. Sungguh, jodoh seseorang adalah apabila dia berjumpa orang yang tepat pada masa yang tepat dan perancangan Allah itu sangat hebat.

Ashraf Fikri memeluk kemas si isteri. Damai di hati dapat dia rasai. Lagu ‘Grenade’ dendangan Bruno Mars berkumandang di siaran radio. Apabila menghampiri bahagian chorus lagu, Ashraf Fikri melepaskan pelukannya daripada si isteri. 

Dear, abang dedicate part chorus lagu ni pada Yana. Part chorus ajelah, part lain lagu ni takde kaitan pun dengan kisah kita.” Kata Ashraf Fikri sambil tangannya memegang tangan si isteri. Dengan bersungguh-sungguh dia menyanyikan bahagian chorus lagu tersebut. 

I’d catch a grenade for you

Sambil menunjuk ke arah Aufa Liyana, dia meneruskan nyanyian. Aufa Liyana sudah mula ketawa dengan gelagat agak kurang matang suaminya.

Throw my hand on a blade for you
I’d jump in front of a train for you

Tangan yang didepangkan dibawa pula ke arah kedudukan jantungnya. Ashraf Fikri masih menjiwai lagu itu. Dia memandang Aufa Liyana dan menyanyikan baris berikutnya.

You know I’d do anything for you
Oh, I would go through all this pain

Kemudian Ashraf Fikri membuat isyarat pistol pada tangan kanan dan diletakkan di kepalanya pula. Aufa Liyana sudah mengekek ketawa tidak dipedulikannya.

Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you baby

Kali ini tangan kanannya direhatkan seketika pada sebelah kanan sofa dan dia terpegang sesuatu. Dia kemudiannya ingin melihat apa yang dipegangnya sambil meneruskan nyanyian.

But you won’t argghhhh!!!

Ashraf Fikri sudah menjerit dan terlompat dari tempat duduknya. Dicampaknya ‘sesuatu’ yang dia tidak sengaja pegang sebentar tadi. Dia melarikan diri dan bersembunyi di sebalik dinding. Terhenti tawa Aufa Liyana yang sudah pelik dengan kelakuan aneh si suami. Dia memanjangkan leher untuk melihat ‘sesuatu’ yang dicampak oleh si suami sebentar tadi. Secara automatik dia menghamburkan tawa. Ashraf Fikri yang berada di sebalik dinding sudah buat muka apabila mendengar tawa dari isterinya.

Dear, tak payah nak catch a grenade sangatlah kalau catch a lizard pun tak boleh.” Aufa Liyana berteriak dari arah ruang tamu. Cicak yang dicampak oleh si suami tadi terkedek-kedek melarikan diri. Tidak dia sangka yang si suami takutkan cicak. Ingatkan apalah tadi. itu baru cicak, agak-agak lipas dia takut tak? Apabila tiada balasan dari si suami, Aufa Liyana bergerak ke arah tempat persembunyian Ashraf Fikri. Tersenyum dia dengan gelagat Ashraf Fikri yang hanya menundukkan wajah. Adeh, laki aku ni merajuk ke? Macam nilah kahwin dengan anak bongsu, manjanya sampai ke sudah. Aku yang anak tunggal ni cool je.

Dear, kenapa ni? It’s okay, cicak tu dah lari dah. Sorry kalau apa yang Yana cakap tadi dah kecilkan hati abang.” Kata Aufa Liyana. Kedua-dua belah tangan si suami dia pegang kemas. Ashraf Fikri menggelengkan kepala.

“Taklah. Abang tak kecil hati pun cuma abang terfikir, sayang Yana pada abang akan berkurang tak sebab abang takut cicak?” tanya Ashraf Fikri polos. Aufa Liyana sudah menepuk dahi. Ya Allah, laki aku ni tanya soalan tak beragak langsung. Agak-agaklah. Takkanlah sebab remeh macam tu sayang aku pada dia berkurang. Nasib baiklah dia comel je masa tanya.

“Ish, abang ni ada pula fikir macam tu. Insya Allah sayang Yana pada abang takkan berkurang hanya kerana abang takut cicak. Yana sayang abang lillahita`ala. Selagi nyawa ini dikandung badan. Insya Allah.” Jawab Aufa Liyana sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat si suami. Ashraf Fikri lega dengan jawapan tulus dari si isteri.

Thanks dear. Abang pun sayang Yana lillahita`ala. Selagi nyawa ini dikandung badan. Insya Allah.” ujar Ashraf Fikri dan dia hadiahkan kucupan di ubun-ubun si isteri. Tubuh si isteri ditarik ke dalam pelukan. Aufa Liyana mengemaskan lagi pelukan dari si suami. Senyuman manis terukir di bibir mereka. Semoga bahagia ini sampai ke syurga yang abadi hendaknya.


- TAMAT -


Kepada semua yang sudi membaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya yang tidak seberapa ini. Ini adalah cerpen kelapan dari saya. Walaupun merupakan cerpen kelapan, ini merupakan cerpen sekuel pertama yang pernah saya buat berikutan ada permintaan dan saya sendiri rasa macam nak sambung je kisah Aufa dan Ashraf ni. Hehe~ Segala bentuk kritikan mahupun kutukan  *positif mahupun negatif atau rasa tidak puas hati* berserta teguran amatlah saya alu-alukan. Komen anda adalah pembakar semangat saya. Mucho gracias~! Terima Kasih~! *mohon baca macam nada Alleycats ;) *

p.s: semoga anda suka dan berpuas hati akan kesudahannya. Dah takkan sambung kisah mereka ni dah. Hehe~ Kalau tak best, I’m sorry, cut me some slack, please… peace no war v(~___^)v *sambil kenyit sebelah mata* 

p.p.s: Elvroseth @ Naressa, if you’re reading this, this is especially dedicated to you… Live your dreams, sis. No matter where you are and whatever you are doing, I’ll always support you… All the best :)

p.p.p.s: kepada dua orang Anonymous (atau sebenarnya orang yang sama?) yang minta supaya cerpen ‘I Think I Wanna Marry You’ dipanjangkan, terima kasih… saya sangat-sangat hargai… semoga terhibur dengan sambungan kehidupan mereka ini ;)

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

--- baca kisah kakak Ashraf Fikri, Sri Farhanah dalam Urusan Sri, Aduka & Dhiya


10 comments:

  1. I dunno what to say ?? Haha
    this story kinda boringgg ? Dunno ..
    too much talking . too much explanation . Buat kn story ni jd berat skit .. meleret .. bosan .. pnjang sgt nk baca ..
    Im sorry .. this is my opinion ..
    but still .. keep it up !! Okehhh ? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik anonymous :)

      I'm sorry if this story makes you feel bored... However, thanks for your precious time spent to read and drop a comment... I really appreciate it...

      I'm aware that different people have different preferences in their reading materials... Maybe you just don't like too much talking and explanations... As for this story, panjang cerpen ni lebih kurang sama dengan cerpen2 saya yang lain... Dalam 7000 lebih perkataan... But still, maaf kalau anda rasa panjang sangat nak baca... Semoga pengajaran yang saya nak tekankan tu sampai kepada pembaca...

      Thanks for your honest opinion... I'll keep on improving my writing... ^^

      Delete
  2. leka baca tak perasan malam dah semakin malam.
    tahniah suha, cerpen yang bagus. buatlah cerpen dan hantar ke mana-mana majalah /suratkhabar, dapat juga imbuhannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan komen :)
      Sebenarnya tak tahu nak hantar ke mana dan syarat-syaratnya... Lagipun menulis ni buat suka2 je... Insya Allah kalau ada rezeki akan datang boleh cuba...

      Delete
  3. kak Suha Fasihah....
    best sangat :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Anonymous,

      Terima kasih sudi baca dan komen :)
      Akan berusaha untuk menaip cerita yang berpengajaran lagi...

      Delete
  4. Thankyou, sis suha.

    Keep stalking you and your little huge blog ! Keep writing and there will be a person waiting your story with anticipation! (The person is me xD)


    -your elvroseth

    ReplyDelete
    Replies
    1. My elvroseth,

      My pleasure sis... This story is right after you announced that you will stop writing... You just don't know how sad I am with the news but of course I support everything that is good for you and your future...

      Uishhh seganlah kena stalk... Haha~ Thank you :) I'll try my bestEST!

      Delete
  5. Dalam misi menghabiskan baca cerpen CIK Sufa...seriously I also quite frustrated dgn lagu I wanna marry you by Bruno Mars tu. Its catchy but hampehz ..ada ke main kahwin suka2 gitu je ke macam diorang buat kat white wedding chappel kat Vegas tu isk3 ...seriously jugak I memang suka lagu I catch a grenade for you too - ni bukan tittle sebenar lagu heheh...memang funny lawak terpegang cicak pulak :)
    Banyak2 baca cerpen Sufi and I reaaly like it ...ada ala2 penulisan anjell homosapien. Tapi for sure both of you have your own varieties...however the common trait is both of you mmg sempoi and lawak. Keep up the good work ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh! Terima kasih buat misi menghabiskan baca cerpen² picisan sy... Semoga ada pengajaran dalam setiap cerita... Insya Allah...

      First time I dengar lagu marry you Bruno Mars tu background music video wedding siapa entah yang viral... Dengar macam menarik & catchy then I search lah... Bila dah tau lirik dia macam mana terus rasa macam urghhh, tak sesuai lak untuk wedding sebenar yang bukan untuk main², suka², test²... Sebab tu nak juga buat cerita yang sebut pasal tu... But of course tak semua lagu Bruno Mars yang I tak berkenan... Ada je yang I suka...

      Sis Anjell tetap menjadi salah seorang penulis yang I kagumi dan hormati... Semua novel dia setakat ni memang I beli & baca... Jangan risau, kami individu yang berbeza... Dia dengan cara dia & saya dengan cara saya... Dia punya cerita lagi sempoi... Memang I kagum...

      Insya Allah, doa²kanlah I mampu menaip cerita yang berpengajaran lagi di masa akan datang... Thanks for your comment... I really really really appreciate it...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...