Social Icons

Thursday, January 08, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 6 ]|:.



KEPALA dihentuk-hentuk perlahan menggunakan telefon pintar yang masih setia dalam genggaman. Geram dengan kecuaian diri sendiri. Macam manalah boleh tak perasan phone habis bateri ni? Poyolah kau Jee! Beria frust menonggeng pandang phone tengok takde blinking notification light konon padahal phone kau memang dah mampus terus. Lain kali ada tangan guna! Apa salahnya awal-awal lagi kau capai phone kau and check sendiri? Membazir air mata je kau beria menangis. Sambil meleteri diri sendiri Najla Naqiyah tenyeh logo aplikasi Whatsapp pada skrin telefon pintarnya. Berderet-deret mesej dari si suami dibaca…

+ Assalaamu`alaikum… Sayang, abang dah sampai Singapore ni. Kenapa abang call Ya tak angkat?

Najla Naqiyah sudah tersenyum. Dia menjawab soalan tersebut di dalam hati. Nak angkat macam mana bang, Ya tertipu dengan phone Ya sendiri.

+ Sayang, where are you? Ya ada detour ke mana-mana ke?

Pffttt… Abang ni buat lawaklah! Ingat ni The Amazing Race ke ada detour bagai? Adoyai. Lepas hantar abang, Ya terus balik rumah ibu, takde melencong ke mana-mana pun.

+ Sayang, dah sampai rumah ibu belum?

Alhamdulillah dah lama sampai bang. Sempat tidur bangun tidur bangun pergi makan lagi. Hehe.

+ Sayang what happen to you? Angkat call abang, please.

Sorry bang, phone Ya disyaki mati masa Ya tengah tidur walaupun Ya bukan tidur mati. Macam mana nak angkat call? Hehe.

+ Ya Allah, sayang, Ya okey tak ni? Ya dekat mana?

+ Sayang jangan buat abang risau macam ni please.

+ Sayang, tak aman abang nak buat kerja selagi tak tahu apa jadi pada Ya.


…dan banyak lagi mesej seterusnya yang dimulakan dengan perkataan sayang itu. Najla Naqiyah terharu. Dia hanya mampu membaca mesej-mesej tersebut berkali-kali tanpa jemu. Namun setiap kali membacanya terselit rasa bersalah kerana telah membuatkan si suami risau akan dirinya sedangkan si suami ke sana atas urusan kerja. I’m so sorry abang. It’s my fault. Ya janji lepas ni Ya akan pastikan phone Ya akan sentiasa ada bateri.

            Najla Naqiyah mendail nombor telefon si suami. Dalam berdebar bibirnya sempat mengukir senyuman lebar. Senyuman yang beberapa jam sebelum ini pudar. Dengan bersabar dia menunggu si suami menjawab panggilan. Senyuman lebar itu mati tatkala si suami tidak menjawab panggilan telefonnya. Secara tidak sengaja muka masam ditarik. Telefon pintar diletakkan di atas meja solek sambil dibiarkan dicas. Najla Naqiyah menghempaskan diri di atas katil.

              Tak guna kau berdebar bagai Jee. Orang tua tu bukan angkat call kau. Bila orang dah call balik dia pula yang tak angkat. Masa orang tak dapat angkat call masa tu lah yang dia nak call. Ehhh! Wait seminit! Apa kena dengan aku ni? Baru sekali kut orang tua tu tak angkat call aku, dia yang dah 47 kali call aku tak angkat aku tak fikir pula perasaan dia? Itu sangat tak matang okey Jee! Orang tua tu kerja tahu tak? Bukannya dia tengah main pondok-pondok sambil tunggu kalau-kalau kau call dia. Kalau dah call dia tak angkat, textlah dia. Itu pun nak kena ajar ke? Of courselah! Aku baru jadi isteri orang kut. Aku mana pernah jadi isteri orang sebelum ni so banyak benda lagi yang aku kena belajar. Najla Naqiyah berdebat dengan diri sendiri.

            Langkah diatur menuju ke arah meja solek. Telefon pintar dicapai dan sekali lagi ikon WhatsApp ditenyeh. Mesej kepada si suami ditaip.

+ Wa`alaikumussalam… Abang, I’m so sorry tak angkat call, tak perasan low battery and after that phone mati… Alhamdulillah abang dah sampai… I’m doing just fine here and don’t worry about me okay ;) Take care :)


“SAYANG, are you okay?” tanya Arif Fitri. Dia membuat panggilan sejurus selepas membaca mesej dari isterinya di aplikasi WhatsApp.

            “Wa`alaikumussalam, I’m fine, thank you.” Jawab Najla Naqiyah tersenyum lebar sambil turut mengenakan suaminya yang terus mengajukan soalan kepadanya sejurus selepas panggilan dijawab.

            “Nakal sayang abang ni. Sorry, assalaamu`alaikum.” Kata Arif Fitri yang sudah tersengih sendiri.

            “Wa`alaikumusalam. Abang kat office lagi ke ni?” tanya Najla Naqiyah prihatin. Ermm, prihatinlah sangat tapi sebenarnya dia akan kecewa kalau Arif Fitri benar-benar masih berada di pejabat, tak dapatlah nak berbual lama-lama. Eheh, perlu ke Jee?

“Yup, masih di office. Abang pergi solat masa sayang call itu yang tak dapat nak jawab. Maaf ya sayang.”
           
It’s okay.” Balas Najla Naqiyah pendek. Eheh, okey?! Masa mula-mula tadi bukan kau merajuk ke Jee? Shhh! Sudah-sudahlah tu. Itu tadi okey. Senyap-senyap sudah.

“Lama lagi ke abang kat office ni?” tanya Najla Naqiyah. Sungguh dia tidaklah arif mana akan pekerjaan suaminya ini. Jadi dia sendiri tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk membuat konfigurasi bagi pelayan.

“Lama jugalah sayang. Sebab memang dah aim nak siapkan by tomorrow kan. Sayang dah makan?” tanya si suami.

“Dah, makan berjemaah dengan Along. Abang?”

“Alhamdulillah abang dah makan tadi. Makan berjemaah? Macam mana tu Ya?” berkerut dahi Arif Fitri dengan istilah makan berjemaah yang digunakan oleh si isteri. Najla Naqiyah sudah tersengih walaupun si suami nun jauh di sana tidak dapat melihat sengihannya. See! Banyak lagi pasal aku yang orang tua tu tak tahu dan semestinya banyak juga pasal dia yang aku tak tahu. Inilah gunanya sesi ice-breaking nanti. Tiba-tiba rasa hidung ni dah kembang kuncup-kembang kuncup bangga dengan cadangan ice-breaking tu. Hehehe.

“Oh, makan berjemaah tu istilah yang Ya dan Along guna kalau kami makan sama-sama satu pinggan. Dekat rumah ibu ni memang ada pinggan yang lebar dari biasa untuk kami guna masa makan sama-sama. Dari kecil arwah ayah dah biasakan kami berkongsi rezeki.” Jawab Najla Naqiyah. Arif Fitri di Singapura sudah mengangguk-anggukkan kepala. Macam seronok je dengar makan berjemaah tu. Hoyeah, boleh letak untuk sesi ice-breaking nanti!

“Oh, macam tu. Menarik! Insya Allah lepas ni kita pula makan berjemaah ya.” Arif Fitri bersuara. Najla Naqiyah sudah tersenyum lebar tanda gembira. Hoyeah, ada orang sudi nak makan berjemaah dengan aku selain Along! Don’t worry Along, walaupun Jee ada eating partner baru tapi Jee tetap akan ingat saat-saat kita makan sama-sama. Cewah!

            “Okeylah sayang, abang tak boleh nak cakap lama-lama ni, kena sambung kerja. Insya Allah malam nanti abang call lagi. Take care okay. Assalaamu`alaikum.” Ujar Arif Fitri.

            “Okey, abang pun take care juga. Wa`alaikumussalam.” Jawab Najla Naqiyah. Setelah itu telefon pintarnya dibiarkan terus dicas dan letakkan kembali di atas meja solek. Senyuman lebar masih tidak lekang di bibirnya.


LET it go~
Let it go~
Can’t hold it back anymore…

            Najla Naqiyah menyanyi riang sambil menuruni anak tangga. Ibunya masih khusyuk menonton cerita Hindustan. Langkahnya diatur ke arah dapur dan ketika itu juga dia lihat abangnya baru sahaja keluar dari destinasi yang ingin dia tujui.

            “Eh, dah siap kemas dah? Cepatnya.” pertanyaan dilontarkan kepada si abang. Terhenti nyanyian lagu Let It Go sebentar tadi.

            “Pinggan yang Along basuh dah siap kering dah pun baru Jee nak tanya. Ceria nampak. Dah let go of your longing for your husband?” tanya Najmi Nazrin sambil tersengih. Sengaja mahu mengusik si adik. Najla Naqiyah sudah buat muka. Overlah Along ni sampai pinggan yang dia basuh dah siap kering padahal pinggan tu tos bagi dia kering sendiri aje. Ini yang tak suka bila Along tahu ni. Tak pasal-pasal ada modal dia nak usik aku. Ayat tak boleh blah betul, let go of your longing lah sangat. Berapa saat je aku bercakap dengan dia tadi. Haish!

            “Dah keringlah sangat kan! Overlah Along ni. Along, kenapa kemas cepat sangat ni, Jee nak makanlah.” Kata Najla Naqiyah. Si abang sudah beriak terkejut.

            “Aik! Nak makan lagi? Jee ni membela ke apa? Tadikan dah makan berjemaah dengan Along.” Kata Najmi Nazrin dalam nada terkejut.

“Along, mulut takde takaful! Jee masih beriman lagi Long, Jee takkan buat kerja gila bela-membela ni. Minta simpang empat puluh keturunan. Yang tadi tu Jee jamah ajelah. Ni nak makan betul-betullah. Bila kat atas tadi terbayang-bayang je lauk yang kita makan tadi. Tu yang Jee turun semula ni.” jawab Najla Naqiyah. Si abang sudah angkat kening sebelah.

“Hmm, yelah tu. Padahal lepas dah habis sesi ‘let go of your longing for your husband’ tu baru perut terasa lapar, kan?” usik Najmi Nazrin. Najla Naqiyah sudah menjulingkan bebola mata ke atas tanda tidak mahu layan apa yang si abang cakapkan. Lantaklah Along nak cakap apa. Aku dah lapar sangat ni. Apsal masa makan dengan Along tadi aku tak rasa lapar macam ni? Aiseh! Sudahnya Najla Naqiyah terus membawa langkah ke dapur tanpa melayan si abang. Najmi Nazrin sudah tersengih kemenangan. Teringat iklan kat TV yang dua orang budak berlawan sebut ‘Aaaa’ panjang-panjang depan kipas. Satu, kosong! Muahaha! Eh, tapi aku rasa aku dah menang lebih dari satu point ni. Hahaha.


PEMBACAAN novel yang berada dalam pegangan menjadi tergendala. Perenggan yang sama sudah diulang baca entah kali ke berapa. Mata yang sepatutnya menjalankan tugas membaca novel asyik-asyik melirik ke arah komputer riba yang sedang elok berada di atas meja belajarnya. Sekejap-sekejap dia tuju juga ke arah komputer riba miliknya untuk memastikan komputer tersebut benar-benar berfungsi. Poyolah kau Jee! Petang tadi baru kau guna cik lappy ni, dia sihat walafiat okey, nak pastikan apa lagi?

            Najla Naqiyah harus akui yang dia sebenarnya tertunggu-tunggu panggilan dari si suami. Jarum jam sudah menunjukkan angka 11.15 malam. Menyesal pula tak tanya pukul berapa orang tua tu nak call. Ataupun sebenarnya dia takkan call? Manalah tahu yang dia lupakan aku. Dia kan dah biasa pergi sana zaman bujang dan ini first time dia pergi sana lepas nikah. Manalah tahu memang dia betul-betul lupa kewujudan aku sebagai isteri dia? Huarghh! Okay, stop it Jee! Kau bersangka baik boleh tak? Mungkin dia terlampau penat dan terus tidur. Hmm… Macam ni ke perasaan bercinta selepas nikah? Tertunggu-tunggu dan merindu-rindu? Ehhh, aku tengah bercinta, tunggu dan rindu dia ke ni?

Bosan tidak berbuat apa-apa dan tahu yang dia takkan mampu fokus untuk meneruskan pembacaan novel yang tergendala, pemain media di komputer ribanya dibuka dan dibiarkan lagu-lagu dimainkan secara rawak. Ketika itu lagu Kiss Me Through The Phone dendangan Soulja Boy bersama Sammie berkumandang. Hmm dah lama tak dengar lagu ni, layan ajelah. Best apa, aku dah lama tak menyumbangkan suara yang sumbang ni. Hehe. Dengan sepenuh jiwa dan raga lagu nyanyian penyanyi itu dia ikut.

Baby you know that I miss you
I wanna get with you tonight but I cannot babygirl
And that’s the issue
Girl you know I miss you
I just wanna kiss you
But I can’t right now so baby kiss me through the phone
I’ll see you later on
Kiss me through the phone
See you when I get home

            Tamat sahaja rangkap pertama lagu tersebut, telefon pintar Najla Naqiyah mengeluarkan bunyi. Dicapainya telefon pintar itu dan segera dia perlahankan suara nyanyian Soulja Boy di komputer ribanya.

            “Assalaamu`alaikum. Abang, dah solat?” tanya Najla Naqiyah. Dia perlu pastikan suaminya sudah menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim terlebih dahulu kerana bimbang mereka akan bersembang lama dan melambatkan masa suaminya itu menunaikan solat. Amboi Jee! Ada niat nak bersembang lama-lama ke?

            “Wa`alaikumussalam. Alhamdulillah, dah solat. Sayang dah makan?” tanya Arif Fitri. Dia memang sedia maklum yang si isteri sedang ‘bercuti bulanan’ jadi dia tidak bertanya mengenai solat.

            “Dah makan tadi dengan ibu dan Along. Abang dah makan?” tanya Najla Naqiyah kembali. Memang makan ni soalan wajib yang akan tanya bila berjauhan macam ni ke? Haha. Manalah aku tahu sebab sebelum ni mana pernah berjauhan dengan dia. Kalau sebelum nikah dulu memang taklah aku nak ambil tahu dia dah makan ke belum. Habis tu kalau tak tanya dah makan ke belum nak tanya apa? Abang dah rindukan Ya ke belum? Macam tu? Buekkk!! Belum sempat dia nak jawab aku sendiri yang muntah dengan soalan sendiri. Hahaha.

            “Alhamdulillah. Baru je balik dari dinner. Tadi kami dan solat siap-siap di office. Masa balik terus pergi makan dan balik hotel. Sementara tunggu Ihsan mandi tu yang abang call Ya.” Jawab Arif Fitri. Najla Naqiyah lihat jam yang tergantung di biliknya, sudah jam 11.30 malam.  Hmm… Tak dapatlah nak bercakap lama sikit dengan orang tua tu. Dia nak mandi, rehat and then esok sambung kerja semula.

            “Oh, mesti banyak kerja abang kan. Malam-malam macam ni baru dapat balik rehat.” Kata Najla Naqiyah.

            “Boleh tahanlah tapi abang suka dan rasa seronok dengan kerja abang ni. Bila dah seronok tu penat ataupun stress macam mana sekalipun kita akan dan boleh harung juga. Insya Allah. Sayang nanti carilah kerja yang memang Ya suka.”

            “Insya Allah. Abang doa-doakanlah Ya dapat kerja yang Ya suka. Abang, pergilah berehat. Abang mesti dah penat bekerja seharian. Esok abang boleh call Ya lagi.” Kata Najla Naqiyah. Ayat terakhirnya itu dituturkan dengan penuh pengharapan. Rasa macam nak tambah, siaplah abang kalau abang tak call Ya! Boleh gitu? Haha.

            “Okey, Ya pun pergilah tidur. Sementara belum kerja ni, nikmatilah nikmat boleh tidur puas-puas. Haha.” Kata Arif Fitri. Dirinya sendiri memang sudah letih tetapi seronok dapat berbual dengan si isteri.

            “Okey, bila rasa mengantuk nanti Ya pergi tidur. Abang, esok kalau abang nak call, guna Skype pun boleh. Tadi sebenarnya Ya ingatkan abang akan call Skype Ya. Ya dah siap on cik lappy Ya dah.” Kali ini Najla Naqiyah memberi cadangan. Sebenarnya itu taktik dia untuk memberitahu Arif Fitri secara halus bahawa Arif Fitri boleh membuat panggilan video kepadanya. Jadi, takdelah dia dengar suara sahaja, bolehlah nampak empunya suara. Hehehe.

            “Laa… mana abang tahu Ya ada Skype. Abang pun tak teringat nak tanya. Kalau tahu tadi boleh buat video call je. Nanti Ya text abang Skype Ya okey. Insya Allah esok abang buat video call.” Kata Arif Fitri. Sebenarnya kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terus membuat panggilan video kepada si isteri namun apakan daya si isteri seperti kurang sudi. Baru bercakap sikit tadi dia dah suruh aku pergi berehat. Memanglah penat bekerja tapi dia tak tahu ke bercakap dengan dia tu salah satu cara aku rehatkan diri? Takpelah, insya Allah esok buat video call pula. Bolehlah lepas rindu. Hari ni punya lepas rindu dengar suara aje. Tapi dia tak rindu kat aku langsung ke? Sikit pun takde?

            “Okey, nanti Ya text abang. Abang pergilah berehat.” Najla Naqiyah bersuara. Mulut sahaja menyuruh si suami berehat padahal kehendak hati masih mahu berbicara lanjut dengan si suami. Dia pun jadi pelik dengan dirinya sendiri. Ini sindrom aku rindukan orang tua tu ke?

            “Okey, sayang pun pergilah rehat ya. Assalaamu`alaikum.” Ujar Arif Fitri.

            “Okey. Wa`alaikumussalam.” Jawab Najla Naqiyah. Setelah itu masing-masing berdiam diri. Tiada sesiapa yang mematikan talian. Serentak itu juga mereka berdua tertawa.

            “Sayang, Ya letaklah dulu.” Kata Arif Fitri bersama sengihan di bibir.

            “Tak nak. Abanglah letak dulu.” Jawab Najla Naqiyah pula. Sedih sebenarnya dah nak tamatkan perbualan ni.

            “Okey… Sayang.” Panggil Arif Fitri kepada Najla Naqiyah.

            Yup!” jawab Najla Naqiyah. Masih setia dengan telefon pintar di telinganya.

            “Muah!” dan talian telefon terus Arif Fitri matikan.

            Najla Naqiyah yang terkejut masih memegang telefon pintar di telinganya. Dia kemudian membawa telefon pintar tersebut betul-betul di hadapan matanya. Ditenungnya skrin telefon itu.

            Did he just kiss me through the phone?


…insya Allah, akan bersambung. Doakan saya rajin sambung cepat-cepat…


Buat semua yang sudi baca,

Terima kasih banyak-banyak… Maaf andai sambungan ni tidak menepati citarasa anda… Sejujurnya menaip ni saya buat suka-suka sambil boleh selitkan pengajaran… Bila ada idea nak buat cerpen, saya utamakan taip cerpen dulu jadinya enovel ni macam dianak tirikan… hohoho~ Saya sebenarnya tak rasa berkobar sangat nak sambung taip enovel sebab saya rasa takde orang tunggu sampailah seorang adik tweet saya cakap dia tak sabar nak baca sambungan SIBB… secara tak langsung tweet beliau membuatkan saya berkobar nak sambung… Thanks dik (you know who you are :) )

As usual, open to any suggestions and criticism. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau tertypo harap maafkan* Mucho gracias~!
                                                                                  
.:|[ Suha Fasihah ]|:.




8 comments:

  1. Assalam Suha...lama x dengar kbr Suha, mudah-mudahan sentiasa dalam rahmatNya, aamiin

    comel la Ya ni...baca monolog Ya kelakar...tq Suha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak sha :) Lama jgk x dgr khabar Kak sha... Sesekali Ada baca status update kt fb... Semoga Kak sha juga sentiasa dalam rahmatNya... Aamiin...

      Hehe... Sedaya upaya buat watak Ya ni comel selamba... Terima kasih dari dulu sudi baca dan komen Kak :)

      Delete
  2. Salam persahabatan,,,

    terima kasih sebab sudi baca cerpen saya. Insha Allah...jika saya punya kelapangan, saya akan singgah blog ni untuk baca cerita cerita menarik yang terkandung dalam blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam persahabatan...

      Sama-sama...
      Cerita2 kat blog ni takdelah menarik mana tapi silalah baca kalau sudi...

      Delete
  3. waaa kawaiiii!!!

    hehehe suka2~ sila lajukan kuasa peng'update'an ufufufu~

    (^-^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm hmm hmm *tgh fikir part mana yg kawaii itu... Hehe... Sbb sis nasrin kawaii so masa baca ni rasa mereka kawaii ;) *

      Terima kasih sudi baca dan komen... Insya Allah... Akan try update selaju yg mampu... Hehe ^^

      Delete
  4. Assalam. baru je jumpe blog ni. Tengah-tengah buat assignment. Interesting, im a newly wed, baca yang makan berjemaah tu sweet sgt because my husband and i memang lepas kawen terus makan dari pinggan yang sama. hehehe... baca ni, boleh relate pulak ngan married life sendiri. all the best writing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam :)

      Barakallah sis... Selamat pengantin baru... Selamat bercinta sampai syurga...

      Makan berjemaah tu apa yg saya dan adik beradik sy buat masa kecik²... Hehe... Jadinya sengaja apply pada watak Najla & abang dia... And end up suami Najla pun nak buat mcm tu jgk... Insya Allah, akan teruskan menulis cuma sekarang ni stuck sket... Huhu

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...