Social Icons

Monday, January 26, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 8 ]|:.





TIDAK PERLU dihitung ‘jeritan’ yang Kuala Lumpur hamburkan kerana kota tersebut tidak pernah sunyi dari ngauman kenderaan. Sudah beberapa hari Najla Naqiyah membuat beberapa episod drama persendirian berjudul Jee Meroyan. Sejak menerima cadangan dari rakan baiknya, dia setia melakukan aktiviti tersebut setiap malam sambil menunggu panggilan video dari si suami yang biasanya akan membuat panggilan apabila hampir tengah malam. Aktiviti tersebut bukanlah sesuatu yang asing baginya walaupun kekurangan dua orang ahli tetap. Semasa zaman kegemilangan AHAHAH di kolej kediaman, mereka sering melakukan aktiviti tersebut apabila kebosanan terutamanya pada hujung minggu yang mendamaikan.

            “Assalaamu`alaikum. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada malam ini. Dah solat ke belum? Yang belum solat tu pergi solat dulu okey. Isyak dah masuk dah tadi kalau kau orang tak dengar azan. Lagipun tak lari saya anda kejar melainkan kalau anda kejar saya dengan parang haruslah tak jejak tanah saya berlari. Hahaha.” Najla Naqiyah sudah memulakan aktivitinya. Lampu ruang tamu sudah dia tutup tetapi televisyen dibiarkan terpasang supaya ada bunyi lain selain dari suaranya dan supaya tidaklah terlampau gelap. Dia sudah duduk hampir dengan pintu gelangsar. Pintu gelangsar dibiarkan terbuka tetapi pintu grill tidak dia buka. Jadinya dia duduk bersila sehingga lututnya bertemu dengan pintu grill. Tangan kanannya sentiasa sedia dengan telefon pintar yang sudah dijadikan seperti mikrofon.

            “Baiklah untuk hari ini saya akan mulakan pertemuan kita dengan sebuah lagu yang agak lama tapi saya sangat suka lagu ni. Terimalah Miss You Like Crazy nyanyian The Moffatts.” Najla Naqiyah memainkan lagu tersebut di pemain media telefon pintarnya sambil dia sendiri begitu khusyuk menyanyi bersama dan menghayati lagu tersebut. Dia menukar semua lirik lagu yang berbunyi ‘girl’ kepada ‘boy’. Entah kenapa tajuk lagu tersebut seperti kena dengan keadaan dirinya buat masa sekarang.

            Masuk hari Rabu ini sudah empat malam berturut-turut dia setia melakukan aktiviti tersebut. Pelbagai lagu sudah dia persembahkan dari lagu dalam negara sehingga lagu dari luar negara termasuk lagu dari Jepun, Korea, Filipina, Indonesia dan bermacam-macam lagi genre lagu dari negara barat. Banyak juga lagu yang menjadi kegemaran para AHAHAH dia dendangkan.  Memang bila sudah angin gila-gila merasuk dirinya sebegini dia akui yang dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Hendak meneruskan hobinya yang suka membaca, dia tahu yang dia tidak akan mampu untuk kekal fokus kepada penceritaan penulis buku, jadinya aktiviti ini dia lakukan kerana tidak memerlukan dia untuk fokus kepada jalan cerita.



ARIF FITRI memainkan pemain media di telefon pintarnya secara rawak. Ihsan di sebelahnya tidak dia peduli. Masing-masing sibuk dengan gajet canggih yang digunakan untuk mengisi masa lapang. Arif Fitri buka fail yang mengandungi gambar di dalam telefon pintarnya. Satu persatu gambar dia lihat dan senyuman di bibir tidak dapat dia sembunyikan lagi. Kebanyakannya adalah gambar pernikahannya dengan Najla Naqiyah. Rasa rindu kepada si isteri tidak dapat dibendung lagi. Itulah yang membawa dirinya berada di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi ini. Kerja mereka di sini siap lebih awal dan bos mereka telah membenarkan mereka untuk pulang ke Malaysia pada esok pagi serta mereka diberi cuti sehari tetapi Arif Fitri meminta tiket penerbangan mereka dibeli pada malam itu juga.

            Arif Fitri sudah merancang yang awal pagi esok dia akan ke Shah Alam untuk memberi kejutan kepada si isteri. Memandangkan keretanya si isteri bawa jadi dia akan menaiki kenderaan awam sahaja untuk ke Shah Alam. Memikirkan dapat menatap wajah yang dirinduinya itu sudah membuatkan dirinya tersenyum lebar. Ketika itu pemain media di telefon pintarnya memainkan lagu Next Plane Home nyanyian Daniel Powter. Makin lebar sengihan Arif Fitri. Macam tahu-tahu aje aku tengah tunggu next flight nak balik rumah. Haha. Sayang, Ya tunggu abang datang! Ecewah! Tapi abang datang esok pagilah jemput sayang okey. Lepas tu bolehlah kita pergi dating.




USAI MENYANYIKAN lagu Derita Merindu nyanyian Ahli Fiqir yang merupakan lagu entah ke berapa yang sudah Najla Naqiyah dendangkan, dia kembali tersenyum dan membuat ucapan.

“Baiklah semua, terimalah lagu seterusnya yang berjudul Fight For This Love dendangan Cheryl Cole. Sesiapa yang tahu tu boleh ikut saya menyanyi ya. Kita menyanyi sama-sama. Jangan malu, jangan segan okey, buat macam konsert sendiri.” Najla Naqiyah masih lagi setia dengan telefon pintarnya yang kononnya merupakan mikrofon. Lagaknya seperti sedang mengadakan konsert.

Too much of anything can make you sick
Even the good can be a curse, curse
Makes it hard to know which road to go down
Knowing too much can get you hurt

Is it better, is it worse? Are we sittin' in reverse?
It's just like were going backwards
I know where I want this to go, drivin' fast, but let's go slow
What I don't wanna do is crash, no

Just know that you're not in this thing alone
There's always a place in me that you can call home
Whenever you feel like we're growing apart
Let's just go back, back, back, back, back, to the start, oh

Anything that's worth havin'
Sure enough worth fighting for
Quittin's out of the question
When it gets tough, gotta fight some more, oh

We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this love
We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this love
We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this love
If it's worth having, it's worth fightin' for, oh
           
Ketika ingin menyanyikan rangkap seterusnya, Najla Naqiyah terasa seperti dirinya diperhatikan. Setelah sekian lama dia menyanyikan lagu tersebut baru sekarang dia terasa lain macam. Meremang bulu romanya dengan situasi itu. Serta merta nyanyiannya terhenti. Terasa menyesal pula dia memadamkan lampu ruang tamu dan sekarang dia tidak berani untuk berpusing ke arah belakang.
           
Biasanya orang pesan jangan pandang belakang lepas tu kalau dengar atau rasa apa-apa jangan tegur kan? Betul tak? Huwaa!! Macam mana aku nak lari masuk bilik ni? Nak pecut pun kena pusing belakang juga. Ya Allah kau lindungilah aku Ya Allah. Padan muka kau Jee! Baru sekarang kau nak ingat Allah. Tadi kau terpekik terlolong tu kau tak ingat pula? Aku bukan terpekik terlolong okey, aku cuma menyanyi kuat sikit je. Najla Naqiyah membela diri.

            “Assalaamu`alaikum.” Najla Naqiyah terduduk tegak mendengar salam yang diucapkan. Ibu! ‘Benda’ tu pandai beri salam! Macam mana ni bu? Ketika itu terbayang wajah ibunya. Menyesal pula aku balik sini awal-awal. Kalau duduk dengan ibu dan abang kat Shah Alam kan senang, aku dah biasa dengan rumah tu. Dekat apartment ni aku baru duduk sebulan lebih sikit je. Padan muka kau Jee! Kau dah tahu kau spesies penakut kau pergi balik sini awal-awal kenapa? Najla Naqiyah masih membatu tidak langsung bergerak.

            “Dah bisu? Dah tak reti nak jawab salam? Tadi elok je menyanyi.” ‘Benda’ tersebut bersuara. Najla Naqiyah sudah hampir menangis. Ibu!! ‘Benda’ tu sempat lagi buat ayat sentap kat Jee. Sentap bu, sentapppp! Sentap sampai hati yang paling dalam. Najla Naqiyah menelan liur. Boleh tak aku nak terus duduk kat sini sampai subuh esok? Nanti masa azan Subuh mesti ‘benda’ tu hilang. Kannn?? Huwaaa!!

            Najla Naqiyah sudah memejamkan matanya. Sungguh dia tidak tahu untuk berbuat apa sekarang ini. Segala ayat-ayat penting dari al-Quran yang pernah dihafalnya satu pun tidak keluar ketika dia cemas seperti ini. Tiba-tiba lampu ruang tamu tersebut menyala. Sebentar kemudian dia terdengar kerusi meja makan yang berada tidak jauh dari situ ditarik.

            Aduhai, ‘benda’ tu nak jadi penunggu dekat meja makan tu pulak ke? Huwaaa!!! Wahai ‘benda’, tak perlulah kau jadi penunggu kat situ. Cukuplah aku seorang je jadi penunggu kat dalam rumah ni, menunggu suami aku yang entah bila akan balik tu. Abang, where are you when I need you the most? Ingat Allah Jee… Ingat Allah… Najla Naqiyah cuba untuk menenangkan diri sendiri yang sememangnya tiada tanda-tanda akan bertenang.
           


ARIF FITRI melangkah masuk ke dalam rumah sesudah dia melafazkan salam apabila tiada sesiapa di dalam rumah. Kelihatan samar-samar cahaya dari televisyen tetapi ruangan lain tidak bercahaya. Dia pelik dengan situasi tersebut kerana seingatnya sebelum Najla Naqiyah menghantarnya ke Subang, mereka sama-sama sudah memastikan bahawa tiada sebarang pembaziran elektrik berlaku melainkan suis peti sejuk sahaja yang tidak diusik. Segera dia kunci pintu grill dan pintu rumah. Langkah dia atur ke ruang tamu. Beg bersaiz kecil dan beg sandangnya dia letakkan di tepi sofa.

            Berbekalkan cahaya dari televisyen, dia dapat melihat satu lembaga lengkap berpakaian hitam berdekatan dengan pintu grill ke balkoni. Lembaga tersebut kelihatan begitu riang bersuka ria menyanyikan lagu yang entah apa tajuknya sehinga langsung tidak menyedari kehadirannya. Dari susuk tubuh dan suara lembaga itu sudah menyerupai isterinya. Sangat menyerupai isterinya sebenarnya. Nafasnya turun naik. Dia yakin yang itu isterinya. Nafasnya bertambah kencang apabila si isteri tidak menjawab salam yang dia beri dan langsung tidak memberi sebarang respons dengan apa yang dia katakan sebentar tadi. Si isteri hanya duduk tegak tidak berbuat apa-apa dan perkara itu sangatlah menyakitkan hati.

            Menyedari yang si isteri tidak akan memberi sebarang reaksi, Arif Fitri segera memetik suis lampu bagi menerangi ruang tamu. Dia kemudian menghampiri meja makan yang berada tidak jauh dari situ. Kerusi meja makan dia tarik malas dan dia duduk.

“Najla Naqiyah!” panggil Arif Fitri dengan nada suara yang sedikit tinggi. Najla Naqiyah sedikit terloncat dari tempat dia duduknya. ‘Benda’ tu tahu nama aku? Ehhh, wait seminit! Kenapa suara ‘benda’ tu macam suara orang tua tu? Najla Naqiyah akhirnya beranikan diri untuk menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Buntang matanya melihat si suami sedang duduk di kerusi meja makan. Segera dia bangun dan terus menghampiri si suami.
           
Najla Naqiyah cucuk-cucuk lengan si suami menggunakan jari telunjuknya untuk memastikan yang ini realiti dan bukannya mimpi. Eh, Jee bukan ke orang selalu tampar diri sendiri bagi rasa sakit untuk pastikan itu realiti bukan mimpi? Yang kau pergi cucuk-cucuk lengan laki kau tu kenapa? Adoyai. Lantaklah! Itu orang lain. Buat apa aku nak sakitkan diri aku sendiri. Haha. Ni aku dah cucuk-cucuk lengan dia ni betullah ni laki aku, bukan ‘benda’ lain.

            “Abang, bila abang balik? Tak beritahu Jee pun.” Kata Najla Naqiyah dengan suara yang ceria bercampur terkejut tetapi teruja. Arif Fitri masih lagi duduk kaku dengan kedua-dua tangannya yang bersilang di dada. Dia menarik nafas panjang dan dihembuskan nafasnya itu. Dia kemudian mendaratkan tangan kanannya pada meja makan dan tangan kirinya di tempat bersandar pada kerusi.

            Actually I’m going to surprise you tomorrow morning but surprisingly I’m the one who’s surprised by you.” Balas Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah tertunduk. Alamak! Ini mesti sebab aku balik sini tak beritahu dia dulu atau dalam kata yang lainnya aku keluar rumah tak minta izin dia dulu. Najla Naqiyah diam tidak berkata apa-apa.

            “Kenapa balik sini tak beritahu dulu? Patutlah masa video call muka awak macam nak masuk dalam laptop, rupa-rupanya sebab tak nak bagi nampak awak dah ada dekat sini.” Arif Fitri kembali bersuara. Kali ini tiada panggilan ‘sayang’ ataupun ‘Ya’ yang dia selalu guna. Tangannya sudah kembali bersilang di dada dengan perasaan yang geram. Najla Naqiyah mendiamkan diri kerana dia akui itu sememangnya salah dirinya sendiri. Melihat Najla Naqiyah yang mendiamkan diri, Arif Fitri semakin geram. Dia berdiri dan memandang si isteri.

            “Sukalah buat kerja macam ni ye? Okey, saya tak nak cakap pasal hukum sebab saya yakin yang awak memang tahu seorang isteri haram keluar rumah tanpa keizinan suami. Tapi awak tahu tak apa yang awak buat ni bahaya? Macam mana kalau jadi sesuatu pada awak dan masa tu saya masih di Singapura?” Arif Fitri bertanya sambil memandang Najla Naqiyah yang masih menunduk. Najla Naqiyah mengangkat muka dan memberanikan diri untuk membalas pandangan si suami.

            “Saya tahu apa yang saya buat ni salah tapi cuba awak tengok saya ni, saya okey aje kan? Tak ada apa-apa pun yang berlaku pada saya. Awak tak payahlah nak risau. Saya dah besar, pandailah saya jaga diri saya.” Balas Najla Naqiyah sambil menunjukkan tangannya kepada si suami tanda tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Hilang sudah panggilan ‘abang’ buat si suami setelah dia perasan Arif Fitri hanya menggunakan ‘awak-saya’. Selebihnya dia sedih kerana dimarahi sebegitu. Hari tu Along dah marah, hari ni orang tua ni pula yang marah. Sebab itulah lepas Along marah tu aku tak terus beritahu dia aku dah balik sini. Aku tak nak dia dekat sana marah-marah. Tapi bila dia marah depan-depan secara live macam ni aku pula yang sedih. Padan muka kau Jee! Kau sendiri yang cari pasal kan. Nah, rasakan!

            Yes, I know. I can see that you’re just fine. Tapi tetap bahaya. Tadi waktu saya masuk rumah, awak tak sedar langsung pun kan? Saya tengok awak syok sendiri menyanyi dekat dengan sliding door tu. Itu kira okeylah sebab saya yang masuk rumah ni, suami awak sendiri. Kalau tiba-tiba ada orang lain yang pecah masuk rumah ni? Awak rasa dah berapa lama dia syok perhatikan aje awak menyanyi tanpa awak sedar tu? Kalau dia cuma rompak barang-barang dalam rumah ni okey lagi tapi kalau jadi apa-apa pada awak macam mana?” balas Arif Fitri dengan nada suara yang sedikit tinggi. Dia risau akan keselamatan si isteri tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat mengawal kemarahannya.

            Najla Naqiyah tersentak. Lojik akalnya dapat memproses dengan baik apa yang suaminya sampaikan sebentar tadi. Kenapa sebelum ni aku tak pernah terfikir langsung pasal tu? Selama ni aku rasa selamat aje sampai tak terfikir langsung kemungkinan lain yang boleh terjadi. Okey, aku salah tapi janganlah marah macam tu. Jee, aku rasa kau ni ada masalah tak boleh langsung kena marah nanti mulalah air mata bercucuran, air hidung meleleh. Haish.

            Najla Naqiyah dapat merasakan yang air matanya bakal jatuh berguguran. Oh, no! Aku tak boleh menangis depan orang tua ni. Aku tak nak menangis depan dia! Najla Naqiyah angkat tangan kanannya betul-betul di hadapan si suami. Kelima-lima jari tangan kanannya sedikit renggang antara satu sama lain. Arif Fitri memandang pelik kelakuan si isteri. Dah kenapa dia ni tiba-tiba angkat tangan macam ni? Masa kecil dulu pernah ada cita-cita nak jadi polis trafik ke? Siaplah dia kalau dia cakap kat aku ‘talk to my hand’ kejap lagi, memang aku pegang tangan dia lepas tu aku cakap depan-depan tapak tangan dia. Ha, baru betul ‘talk to my hand’ macam tu. Arif Fitri pandang Najla Naqiyah sambil mengangkat sebelah keningnya tanda berkata ‘So? Kenapa?’.

            Take five.” Ujar Najla Naqiyah sambil terus membawa diri ke dalam bilik. Segera pintu bilik dia tutup dan kunci. Dia berharap yang si suami tidak akan mengetuk pintu bilik itu. Sesungguhnya sekarang ini dia sangat memerlukan masa untuk bersendirian lebih-lebih lagi dengan air matanya yang sejak di ruang tamu lagi mahu jatuh berguguran.

            Arif Fitri sudah tercengang dengan apa yang baru dia dengar sebentar tadi. Take five? That’s the first! Maksud aku sebelum ni memanglah dah biasa take five especially zaman belajar kat universiti dulu tapi ini pertama kali aku experience take five masa tengah bergaduh. Haila, Najla Naqiyah. Macam manalah abang nak marah lama-lama kat sayang? You’re just too cute to be true. Haha.

            Arif Fitri mengambil tempat duduk di sofa. Disandarkan dirinya sehingga selesa dan dia pejamkan mata. Dia turut mengambil masa lima minit tersebut untuk menenangkan dirinya. Dia perbanyakkan istighfar di dalam hati. Sedikit sebanyak dia juga bersalah kerana menegur si isteri dengan kasar. Dia sepatutnya lebih bijak mengawal emosi tetapi dia tidak dapat mengawal dirinya dengan baik apabila memikirkan sebarang perkara buruk yang mungkin berlaku sewaktu si isteri bersendirian di sini.

            Najla Naqiyah kembali semula ke ruang tamu setelah tamat masa lima minit. Dilihatnya si suami sedang bersandar sambil memejamkan mata. Terasa dirinya bersalah sekali kerana telah menyebabkan si suami yang penat bertambah penat. Seharusnya si suami yang penat dia biarkan untuk berehat. Najla Naqiyah bergerak menghampiri Arif Fitri. Dia duduk bersimpuh di atas karpet dan dia capai tangan si suami. Arif Fitri yang terasa tangannya dipegang segera membuka mata.

            “Assalaamu`alaikum. Abang dah makan?” tanya Najla Naqiyah. Err, Jee, dalam banyak-banyak soalan, itu yang kau tanya dulu? Ingatkan tu soalan yang kau akan tanya bila berjauhan je. Orang tua ni dah ada depan mata pun itu juga yang kau tanya. Hahaha! Ehhh, kira okey apa. Itu soalan untuk mukadimahlah. Seperti biasa, Najla Naqiyah berdebat dengan diri sendiri.

Arif Fitri sudah berkerut dahi dengan soalan yang diutarakan oleh si isteri. Dah kenapa bini aku ni tiba-tiba tanya soalan tu? It’s okay, let’s just go with the flow. Dia menepuk-nepuk tempat duduk di sebelah kanannya yang kosong tanda meminta Najla Naqiyah untuk duduk di situ. Memahami isyarat tersebut, Najla Naqiyah segera bangun dan mengambil tempat duduk di sebelah si suami.

“Wa`alaikumussalam. Thanks for asking sayang. Abang dah makan dengan Ihsan sebelum naik flight tadi. Sayang dah makan?” jawab Arif Fitri dan dia turut mengembalikan soalan yang sama kepada si isteri. Najla Naqiyah hanya menganggukkan kepalanya tanda dia sudah makan. Dia capai semula tangan kanan Arif Fitri dan segera dia mencium tangan si suami.

“Abang, Ya nak minta maaf pada abang. Semuanya salah Ya sebab tak beritahu abang awal-awal yang Ya balik sini lebih awal. Ya tak fikir panjang dan Ya dah buat abang risau. Paling teruk, Ya dah keluar rumah tanpa izin abang. I’m so sorry abang.” Ujar Najla Naqiyah panjang lebar. Tangan kiri Arif Fitri sudah mengusap-usap kepala si isteri. Perkara yang selalu dia lakukan apabila isterinya itu mencium tangannya. Najla Naqiyah angkat kepalanya setelah usapan di kepalanya berhenti. Dia memandang si suami. Si suami menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Abang pun salah juga sebab tak tegur sayang elok-elok. Abang minta maaf sebab terkasar bahasa tadi. Abang cuma risaukan keselamatan Ya bila tahu yang Ya memang dah ada kat sini dari awal. Abang cakap tu sebab memang pernah ada kes kat apartment kawasan sini kena pecah masuk. Kalau cuma barang-barang kena rompak abang tak kisah mana sayang. Abang cuma tak nak kalau apa-apa terjadi pada Ya.” Balas Arif Fitri. Dia harap yang si isteri mengerti akan kerisauannya yang bersarang di hati. Najla Naqiyah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.

“Jadinya, abang dah maafkan Ya ke belum?” tanya Najla Naqiyah dengan muka comel meminta kepastian supaya hatinya bisa tenang. Itulah Jee, kau nak ‘if it’s worth having it’s worth fighting for’ sangat kan, tapi kes kau ni lain sikit, you just literally fought with your husband. Haha.

Semakin lebar senyuman Arif Fitri. Dia membalas pandangan si isteri. Budak ni dia dah buat muka comel macam tu lagi mau tanya aku dah maafkan dia ke belum, mestilah dah!

“Kita manusia tak kan lari dari melakukan kesilapan. Yang penting kita belajar dan ambil iktibar dari kesilapan kita tu. Abang dah maafkan sayang.” Jawab Arif Fitri bersama senyuman ikhlas buat si isteri. Najla Naqiyah sudah tersenyum.

Thanks abang!” ujar Najla Naqiyah dengan ceria seraya memeluk erat suaminya. Arif Fitri terkedu sebentar sebelum dia membalas pelukan si isteri. Wow! A hug initiated by Najla Naqiyah? That’s the first! Maksud aku sebelum ni memanglah pernah peluk dia tapi ini pertama kali dia yang peluk aku dulu. Yeehuu~    



BERKERUT DAHI pemuda itu apabila lagu yang sedang dia hayati sebentar tadi tiba-tiba terhenti. Dipandangnya jam di dinding, sudah menghampiri tengah malam. Dia membuat andaian bahawa si pemilik suara mungkin sudah mahu tidur tetapi yang peliknya pada malam ini tiada ucapan mahupun lagu penutup seperti malam-malam sebelumnya. Sudah mengantuk sangatkah?
           
Setelah lima belas minit dia menunggu dan masih tiada sebarang tanda yang gerangan pemilik suara itu mahu menyambung semula ‘konsert’ yang tergendala, pemuda itu berputus asa. Dia berlalu ke dapur. Peti sejuk dia buka lalu satu botol air berperisa oren yang menurut iklannya sudah ditambah dengan jus oren sebenar dia bawa keluar. Kemudian dicapainya pula sebiji mug dan dia terus kembali ke ruang tamu. Sebelum duduk, suis lampu dipetik lalu terang benderang ruang tamu itu.
           
Pemuda tersebut mengambil tempat duduk di sofa dan memandang kosong televisyen di depan mata. Setelah lamunannya terhenti, dia terus menuang air dari botol tersebut ke dalam mug. Air diteguk bagi menghilangkan dahaga. Sebentar kemudian dia tersenyum sambil kepalanya sudah tergeleng-geleng tanda tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku kepada dirinya. Kelakarlah orang sebelah ni. Dia boleh menyanyi ala-ala buat konsert sendiri. Dalam banyak-banyak benda yang pernah berlaku sepanjang aku hidup ni, benda ni yang paling mencuit hati. Haha. Tak sia-sia aku datang sini.

            Semuanya bermula pada hari Ahad yang lepas. Ketika itu pemuda tersebut baru tiba di apartment itu. Suasana rumah agak suram dan kelam kerana tiada sesiapa di dalam rumah dan sumber cahaya adalah semata-mata cahaya dari luar. Setelah memetik suis kipas, dia membawa diri ke arah balkoni. Sengaja tidak dia hidupkan lampu. Niat di hati dia ingin ‘menghalau nyamuk’. Ketika sebelah kakinya sudah melangkah di balkoni, dia terdengar nyanyian dari rumah sebelah. Segera dia undurkan kembali langkahan kakinya. Dia intai balkoni rumah sebelah tetapi tiada orang malahan balkoninya gelap. Kadang-kala terdengar bunyi pintu grill rumah sebelah berbunyi seperti disentuh sesuatu. Ketika itu tahulah dia bahawa penghuni rumah sebelah sedang duduk berhampiran dengan pintu grill sambil membuat konsert percuma.

            Seronok dengan apa yang didengarnya ditambah pula dengan leteran dari tuan punya suara, dia terus mengambil keputusan untuk duduk di tengah-tengah pintu gelangsar. Dia tahu tuan punya suara tidak akan sedar kehadirannya melainkan jika tuan punya suara tersebut tiba-tiba keluar ke balkoni. Paling dia tidak boleh lupa apabila dia baru sahaja ingin memulakan aktiviti ‘menghalau nyamuk’nya, tiba-tiba si tuan punya suara bersuara, “Saya nak ingatkan yang anda dilarang sama sekali untuk merokok semasa konsert saya ini berlangsung. Senang cerita kalau anda berhenti merokok terus lagi bagus. Merokok tu memudaratkan kesihatan. Katakan tak nak merokok!”

            Hampeh! Macam tahu-tahu aje. Sempat lagi tu budak ni bagi pesanan khidmat masyarakat. Terbantut aku nak merokok. Tunggu habis ‘konsert’ dialah baru merokok. But who’s that girl? She definitely has an interesting personality. Dan bibir lelaki itu terus lebar dengan senyuman.


…insya Allah, akan bersambung… apabila saya rajin menaip… hehe



Kepada semua yang sudi baca,

Terima kasih buat masa berharga anda untuk baca karya saya yang tidak seberapa ni… Sorry juga kalau tak best dan tak menepati citarasa anda… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

.:|[ Suha Fasihah ]|:.



No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...