Social Icons

Monday, February 16, 2015

Di Sebalik Langsir | I Seriously Wanna Marry You

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh... Akhirnya berkesempatan nak taip DSL untuk cerpen 'I Seriously Wanna Marry You'... cerpen ini merupakan kesinambungan dari cerpen 'I Think I Wanna Marry You'... Jadinya kalau nak faham cerpen ni kena baca 'I Think I Wanna Marry You' dulu... Jom tinjau apa yang ku nak sampaikan untuk cerpen ni~

1) Don't be so sure because you don't know what awaits you... dalam hidup ni kita kena yakin dan pasti tapi tak boleh terlebih... kena sederhana je... sama juga dengan perkara yang kita sayang atau benci... hati manusia ni mempunyai keupayaan yang tinggi untuk berbolak balik tahu? 

2) Kalau kena reject dengan orang, terima seadanya... jangan nak sedih lama2... sibukkan diri dengan benda yang sepatutnya menjadi prioriti... move on, okay? I know it's easier said than done... tapi kena cuba jugak... kuatkan hati... jangan terlampau emosi... kalau boleh guna lojik akal... lagipun Allah takkan uji dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk tanggung... yang me'reject' pulak, seeloknya guna bahasa yang elok, jangan reject dengan kasar... takut nanti jadi dendam... *macam serius je pengajaran ni.. tapi mmg serius pun...*

3) Luahkan perasaan ataupun minta nasihat pada orang yang kita percayai... jangan pendam masalah/rasa kecewa/ tekanan perasaan sorang2... dan bila dah diberi nasihat tu, ikutlah nasihat tu kalau memang nasihat yang diterima tu betul...

4) Sentiasalah berdoa kepada Allah saat susah mahupun senang.. dan dalam doa tu mintalah yang terbaik buat kita, agama kita, dunia kita dan akhirat kita... kan Allah dah pesan; berdoalah kepadaku, nescaya aku makbulkan... kita kena yakin... lambat atau cepat itu pada mata kita aje... pada Allah, Allah bagi sesuatu kat kita pada masa yang tepat... okay?



5) Watak Abu Hanifah dan Nur Hanani dalam cerita ini sudah bercinta sejak di zaman persekolahan... perlu ku tegaskan, ku sama sekali tidak menggalakkan adik2 atau kawan2 di luar sana untuk bercinta semasa belajar... mungkin situasi macam Abu Hanifah dan Nur Hanani benar2 terjadi di dunia nyata, tapi tak perlulah di ikut... jangan bazirkan masa dengan bercinta2... lebih baik belajar rajin2 dan balas jasa ibubapa.. nak bercinta2 lepas nikah nanti aje ye... peace~

6) Okey, mohon pay attention untuk point nombor 6 ni... ini memang sangat2 ku nak tekankan... masa hari pernikahan anda semua nanti, mohon sangat2 tak perlu nak share gambar2 yang terlebih intim tu di mana2 media sosial... memang betul kita perlu menghebahkan perkahwinan supaya tak timbulkan fitnah, tapi cukuplah sekadar share gambar berdiri tegak sebelah laki masing2... untuk beritahu ini dia laki aku, kalau kau orang jumpa mana2 nampak dia pelik sikit terus report kat aku! *just kidding* tapi korang dapat tak apa yang ku nak sampaikan ni? Gambar yang berpeluk atas katil ke apa tu korang simpan untuk kenangan sendiri aje, tak perlu share... seriously orang lain tak jelous tengok gambar tu dan ini bukan masalah jealous... memang kurang sesuai kongsi gambar macam tu... dah halal sebagai suami isteri bukan tiket untuk kita sewenang2nya share gambar terlebih intim walaupun memang korang menutup aurat dengan sempurna... *maaf kalau ku terkasar bahasa*

7) Perkahwinan memerlukan usaha sama kedua2 belah pihak... suami dan isteri harus berganding bahu mengekalkan keharmonian rumah tangga... takde jaminan kita akan bahagia happily ever after tapi kena sama2 tempuhi ranjau rumah tangga... bukan mudah, tahu... tapi ingat tak lirik lagu Wonderpets? Bila bekerjasama semua jadi mudah... insya Allah, kalau niat kita nak beribadah, Allah akan permudahkan urusan kita... dan insya Allah kasih sayang kat suami tak terjejas hanya kerana dia takut cicak ataupun lipas... lalala~

Insya Allah ada lagi lessons lain dalam cerita ni tapi yang ku sebut kat atas tu yang penting2 yang ku nak pembaca dapat tangkap...

Sekian sahaja DSL kali ni... semoga bermanfaat... maaf jika ada terkasar bahasa... apa2 yang ku ada tersilap mohon jasa baik anda untuk tegur ku... terima kasih sudi baca cerita 'I Seriously Wanna Marry You' dan DSLnya ini... cerita ni cerita orang biasa2 dan cerita yang biasa, tapi ku harap pengajarannya sampai... Yang baik tu dari Allah, yang lemah tu dari kelemahanku sendiri...

Wassalam~

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...