Social Icons

Tuesday, February 10, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 9 ]|:.





SENYUMAN terukir di bibir Najla Naqiyah walaupun sebenarnya dia agak geram dengan si suami yang tidak memberitahunya lebih awal bahawa si suami diberikan cuti pada hari ini. Hasilnya, kalut dirinya pada pagi ini menggosok pakaian si suami dan menyediakan sarapan pagi. Apabila dia sudah siap menyediakan sarapan pagi dan pergi ke bilik bagi memanggil suaminya untuk bersarapan, si suami sedang enak tidur berbungkus dengan selimut. Sungguh-sungguh dia menyangka yang si suami akan terus bersiap untuk ke tempat kerja selepas selesai menunaikan fardhu Subuh. Setelah puas dia mengejutkan si suami, dengan muka tidak bersalah si suami memberitahunya bahawa dia diberikan cuti. Mengenangkan yang si suami pasti penat sepanjang kerjanya di Singapura, dia biarkan sahaja suaminya itu menyambung tidur.

Semasa bersarapan pagi pula, Arif Fitri memberitahu Najla Naqiyah bahawa dia akan membawa isterinya itu keluar berjalan-jalan ke mana sahaja yang isterinya itu mahu pergi sempena dia bercuti pada hari tersebut. Tanpa berfikir panjang Najla Naqiyah mengajak Arif Fitri tidur di rumah ibunya di Shah Alam. Dia perlu meminta maaf dari abangnya tentang kejadian Ahad lepas. Memandangkan si abang bekerja, dia mencadangkan kepada Arif Fitri untuk mereka jalan-jalan di Tiga Serangkai terlebih dahulu. Tiga Serangkai adalah gelaran yang AHAHAH guna bagi merujuk kepada Plaza Alam Sentral, SACC Mall dan Kompleks PKNS memandangkan ketiga-tiganya berdekatan antara satu sama lain. Semasa zaman AHAHAH di universiti, mereka bertiga sememangnya banyak mencari barang di Tiga Serangkai.

Jam menunjukkan angka 11.23 pagi sewaktu kereta Myvi milik Arif Fitri selamat diparkirkan di Plaza Alam Sentral. Mereka berdua memilih untuk memulakan sesi dating di Plaza Alam Sentral dan seterusnya berjalan kaki ke SACC Mall dan Kompleks PKNS. Keluar sahaja dari kereta, Arif Fitri terus menuju ke arah Najla Naqiyah dan tangan kirinya dihulurkan tanda dia mahu si isteri memegang tangannya. Najla Naqiyah hanya memandang kosong huluran tangan si suami.

“Perlu ke bang? Tak jatuhlah Ya kalau abang tak pegang tangan Ya.” Ujar Najla Naqiyah. Arif Fitri melepaskan nafas pendek yang kedengaran seperti keluhan.

“Memanglah sayang tak jatuh walaupun abang tak pegang tangan sayang tapi kalau sayang hilang macam mana? Kesian abang kena kahwin lain pula.” Balas Arif Fitri disertakan dengan gurauan. Najla Naqiyah sudah memandang tepat ke arahnya.

“Nak hilang apanya bang bukannya waktu tengah ramai orang ni. Sampai hati abang kan! Kalau betul Ya hilang sekalipun abang usahalah cari Ya dulu. Janganlah terus kahwin dengan perempuan lain. Kesianlah sangatkan dapat kahwin lain? Entah-entah lagi abang suka adalah!” Najla Naqiyah sudah keluar suara merajuknya. Serentak dengan itu dia terus membawa diri menuju ke arah lif untuk masuk ke dalam pusat membeli-belah tersebut. Arif Fitri segera mengejar si isteri. Dipanjangkan tangannya untuk mencapai bahagian lengan si isteri. Langkahan kaki Najla Naqiyah terhenti.

“Sayang, abang gurau ajelah. Kalau Ya hilang, serata dunia abang cari. Kalau boleh terbang ke angkasa, sampai ke bulan bintang abang akan cari Ya. Kalau tak jumpa juga, setiap galaksi yang wujud abang akan pergi geledah semata-mata nak cari cinta hati abang ni.” Kata Arif Fitri. Tidak mahu si isteri terus merajuk dan merosakkan suasana baik pada hari ini. Sekali lagi Arif Fitri hulurkan tangannya tanda meminta Najla Naqiyah untuk menyambut huluran tangannya itu.    

“Lain kali berguraulah lagi macam tu, memang tempah tiket untuk Ya merajuk empat puluh keturunanlah tu.” Kata Najla Naqiyah kepada si suami. Dia kemudiannya menjalinkan jari kelingking kanannya dengan jari kelingking tangan kiri si suami dan terus mula berjalan. Arif Fitri ikutkan sahaja langkah si isteri. Alahai isteri aku ni. What’s with this pegang tangan ala pinky promise ni? You’re just too cute to be true sayang. Macam budak kecil dah aku rasa. Layankan ajelah nanti dia betul-betul merajuk empat puluh keturunan aku juga yang susah. Siapa nak pujuk dia? Waktu tu aku dah mereput dalam tanah dah.


Tidak ada apa yang mereka berdua beli semasa di Plaza Alam Sentral. Mereka betul-betul sekadar berjalan-jalan. Ada juga mereka masuk di kedai kasut mencuba beberapa pasang kasut tetapi akhirnya mereka tidak membeli apa-apa. Apabila sudah bosan berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah tersebut, mereka berdua membuat keputusan untuk ke SACC Mall pula. Keluar sahaja dari pintu Plaza Alam Sentral, Arif Fitri menjalinkan jari-jemari tangan kirinya dengan jari-jemari tangan kanan si isteri dan dia genggam erat tangan si isteri. Najla Naqiyah sudah berkerut dahi memandang si suami.

“Abang sure ni nak pegang tangan Ya? Tak menyesal?” tanya Najla Naqiyah.

Of courselah tak menyesal sayang. Apa punya soalanlah Ya tanya. Tak mencabar minda langsung.” Jawab Arif Fitri dengan wajah yang yakin.

“Okey, tapi sekali abang pegang tangan Ya macam ni selama-lamanya abang kena pegang tangan Ya. Walau kita dah tua ganyut jalan terbongkok-bongkok sekalipun bila keluar abang kena terus pegang tangan Ya macam ni.” Ujar Najla Naqiyah kembali.

No problem punya. Serahkan pada yang pakar! Thanks sayang.” Balas Arif Fitri dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir. Ceh! Pegang tangan isteri pun perlu jadi pakar ke? Terasa comel isterinya membuat syarat seperti itu dan terasa ingin dia gelak apabila si isteri menyebut perkataan ‘ganyut’ sebentar tadi tetapi dia tahan tawanya dari meletus.

Thanks for what?” tanya Najla Naqiyah pelik. Arif Fitri masih lagi tersenyum.

Thanks for being ready to grow old with me.” Arif Fitri menjawab pertanyaan Najla Naqiyah dengan tenang. Najla Naqiyah hanya tersenyum segaris. Am I ready to grow old with him? I hope so. I really really hope so.



SESAMPAI sahaja di SACC Mall, Najla Naqiyah segera menarik tangan Arif Fitri untuk ke kedai buku yang terdapat di pusat membeli-belah tersebut. Sememangnya menjejakkan kaki ke kedai buku adalah perkara yang wajib dia lakukan walaupun ketika dia tidak membeli sebarang buku. Ianya telah menjadi rutin wajib dirinya sejak dahulu lagi dan AHAHAH yang lain sememangnya sudah sedia maklum dengan kegilaannya ini pada buku. Alangkan masuk ke kedai buku sahaja sudah mampu untuk membuat dia rasa gembira dan jelas riak terujanya inikan pula jika dia membeli sebarang buku. Sememangnya memberi kepuasan dan kegembiraan buat dirinya.
           
Najla Naqiyah leka membelek-belek buku yang berada di rak motivasi. Dia sendiri sudah tidak tahu ke mana si suami membawa diri dek tenggelam dengan buku-buku yang berada di depan mata. Dua buah buku motivasi dia capai begitu juga sebuah novel. Dia melilau-lilau mencari kelibat si suami dan dia dapat lihat si suami sedang melambainya dari pintu kedai buku tersebut. Kelihatan si suami sedang memegang plastik yang berisi buku. Dia sendiri tidak perasan yang si suami juga turut memilih buku dan sudah selesai membuat pembayaran. Segera dia tuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

            Sesudah pembayaran dibuat, Najla Naqiyah melangkah sederhana laju menghampiri si suami. Dari jauh lagi si suami sudah suakan tangan kirinya ke arah Najla Naqiyah. Najla Naqiyah sudah tersenyum. Huluran tangan si suami dia sambut. Tangan kirinya memegang plastik yang berisi buku-buku yang baru dia beli manakala tangan kanannya digenggam erat oleh si suami. Ingat juga orang tua ni, ingatkan dia akan lupa tadi. Haha! Memang cari nahaslah kalau dia lupa, baru aje aku cakap pasal pegang tangan ni tadi.

            Sorry abang, tak perasan abang dah siap tadi. Ya kalau dah masuk kedai buku memang boleh sampai lupa diri.” Kata Najla Naqiyah kepada si suami. Arif Fitri hanya tersenyum. Kira okeylah isteri aku ni jenis gila buku. Hobi yang masih boleh diterima. Buatnya dia gila kumpul beg tangan mewah? Jadi, bersyukur dapat isteri macam dia. Hehe.

            It’s okay sayang. Kira okeylah Ya masih melilau-lilau juga cari abang. Kiranya Ya masih ingat yang Ya datang sini dengan suami Ya.” Najla Naqiyah sudah mencubit pinggang si suami dengan tangan kirinya yang masih memegang plastik berisi buku.

            “Abang ni takkanlah Ya lupa Ya datang sini dengan abang. Abang beli buku apa tadi?” Najla Naqiyah bersuara.

            “Ni ha, abang beli buku untuk sayang.” Jawab Arif Fitri sambil menghulurkan plastik berisi buku yang dia pegang mengunakan tangan kanannya sebentar tadi. Najla Naqiyah menyambut huluran plastik tersebut. Melalui plastik buku tersebut dia masih dapat membaca tajuk buku yang dibeli oleh si suami buat dirinya. Segaris senyuman dia tarik. Sentap pula hati kita! Menyesal pula masa breakfast tadi aku cerita kat dia apa yang aku buat masa aku seorang diri dekat apartment tu sepanjang dia outstation.

            “Sayang tak suka ke abang hadiahkan buku tu? Sorrylah takde balut-balut dulu.” Kata Arif Fitri.

            “Eh, apa pula tak suka bang! Mestilah Ya suka suami Ya yang hadiahkan buku ni. Thanks abang.” Ucap Najla Naqiyah bersama senyuman di bibir. Walaupun hari ni aku dah tak ‘cuti bulanan’ tapi sentapnya sampai jugalah ke tangkai hati. Okey, mohon fikir positif Jee, suami kau nak yang terbaik untuk kau. Sentap-sentapkan dan selamat beramal! Najla Naqiyah bermonolog sendiri. Dia satukan plastik berisi buku amalan bagi wanita haid yang dibeli oleh si suami bersama buku-buku lain yang dia beli.



NAJMI NAZRIN mematikan enjin motosikalnya. Pandangan mata dia jatuhkan pada sebuah kereta Myvi yang sedang elok terparkir. Ni mesti Jee ada kat sini. Siaplah dia kalau dia balik sini tak beritahu Fitri. Memang nak kena brainwash dengan aku dua tiga kali. Langkah kaki Najmi Nazrin bawa menuju ke rumah. 

“Assalaamu`alaikum.” salam dia lafazkan dan dia masuk ke dalam rumah.

“Wa`alaikumussalam.” salam dijawab hampir serentak oleh Puan Nafisah dan Arif Fitri yang sedang berbual di ruang tamu. Terkejut Najmi Nazrin melihat adik iparnya berada di depan mata. Adik ipar yang lebih tua darinya tetapi sudah menjadi kebiasaan orang lelaki tidak pandang pada usia. Lebih-lebih lagi hanya tua setahun. Najmi Nazrin menyalami dan mencium tangan si ibu. Setelah itu dia bersalam pula dengan Arif Fitri dan mengambil tempat duduk di sebelah si ibu.

“Bila balik? Ingatkan seminggu dekat sana.” Pertanyaan dilemparkan buat Arif Fitri.

“Dekat tengah malam tadi sampai KL. Kerja kat sana habis awal jadinya bos bagi balik awal. Saja nak bagi surprise dekat Jee itu yang balik sini tak beritahu dulu.” Jawab Arif Fitri sambil memberi pandangan ‘alih-alih aku pula yang terkejut’ kepada Najmi Nazrin. Najmi Nazrin hanya tersenyum senget. Faham apa yang pandangan Arif Fitri sampaikan.

“Jeenya mana?” tanya Najmi Nazrin setelah kelibat adiknya masih belum muncul.

“Jee kat sini!” Najla Naqiyah bersuara ceria sambil menatang dulang berisi air dan juadah minum petang. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi dan menghampiri si abang. Tangan si abang dia capai dan kucup dengan penuh hormat. Dia sebenarnya ingin melafazkan ucapan maaf tetapi memandangkan si ibu berada di situ, dia tidak jadi untuk berbuat demikian. Tidak mahu si ibu tahu apa yang telah berlaku.

“Jee sejak dah nikah ni rajin masuk dapur. Kalau dulu jangankan nak nampak batang hidung dia dekat dapur, dekat pintu dapur pun susah. Kalau macam ni tak risau dah ibu. Insya Allah Fitri tak kan kebulur.” Puan Nafisah bersuara. Najla Naqiyah sudah buat muka. Ibu ni saje je nak ungkit kisah dulu tu. Seganlah dekat orang tua ni. Hanya Najla Naqiyah yang beriak sedemikian. Yang lain sudah tersengih dengan ayat penyata dari si ibu. Si abang kandung sudah seronok mentertawakan si adik. Najla Naqiyah memberi jelingan maut kepada si abang. Sambil menuang air teh ‘o’ yang sudah dibancuh ke dalam cawan, dia berbicara.

“Ibu ni tak kan Jee nak biar laki Jee kebulur. Paling-paling pun Jee masak je apa yang Jee tahu. Sedap tak sedap tu belakang kira. Dah ada rezeki tu pun kita kena bersyukur nanti dalam perut makanan tu semua kena proses juga. Betul tak bang?” Najla Naqiyah membela diri dan ayat terakhir dia ucap sambil menjatuhkan pandangan pada si suami. Haha. Tengok sikit apa yang orang tua ni akan jawab. Beranilah dia nak cakap tak betul, memang nak suruh aku merajuklah empat puluh keturunanlah tu. Aku sekarang masih lagi kat stage nak belajar dan terus improve masakan aku jadinya dia kenalah faham akan ada hari yang masakan tak berapa nak menjilat jari.

Arif Fitri sudah tersenyum. Tricky! Pandailah bini aku ni bagi soalan. Dulu pernah ada cita-cita nak jadi penggubal soalan ke? Soalannya senang aje tapi jawapannya yang susah. Kira soalan dia kali ni memang mencabar mindalah. Kalau aku cakap betul nanti sampai ke sudahlah level masakan dia takat tu aje macam mana? Tapi kalau aku cakap tak karang mahu ada orang yang muncung dua tiga depa. Nak jawab apa?

“Jee punya signature dish abang suka. Kira okeylah buat masa sekarang. Boleh belajar masakan lain juga. Life-long learning kan.” Jawab Arif Fitri dengan jawapan yang dirasakan paling selamat buat masa sekarang. Sememangnya apabila berada di kalangan orang yang memanggil Najla Naqiyah dengan panggilan Jee dia akan menggunakan panggilan Jee juga.

Najmi Nazrin sudah angkat kening sebelah. Puan Nafisah sudah angkat kening kedua-dua belah. Najla Naqiyah hanya mampu tersenyum sajalah. Sungguhlah Yang Arif ni memang arif bagi jawapan. Dia guna aku punya point life-long learning masa aku cadangkan sesi ice-breaking pula tu. Signature dish? Dia nak cakap pajeri ‘jerung’ akulah tu padahal itu cuma pajeri terung aje pun. Sesiapa boleh buat. Tang mana signaturenya? Tang nama ‘jerung’ tu ajelah. Aku kena cepat-cepat master menu lain pula ni!

“Wah, anak ibu dah ada signature dish dia sendiri! Bolehlah Jee ajar ibu macam mana nak buat. Tapi lainlah air tangan Jee dengan air tangan ibu.” Puan Nafisah sudah bersuara dengan teruja sambil memandang si anak bongsu. Najla Naqiyah hanya mampu tersengih sambil kepalanya sudah sedikit terlentok ke sebelah kiri.
           


KNOCK! KNOCK!” Najla Naqiyah bersuara sambil mengetuk pintu bilik abangnya. Tanpa menunggu si abang memberi kebenaran untuk masuk, dia terus membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik. Ketukan pintu adalah adab yang arwah ayah mereka ajarkan. Kadangkala dia buat, kadangkala dia tidak buat. Jika diikutkan hati Najla Naqiyah, mahu sahaja dia serbu masuk bilik abangnya itu. Namun, mengenangkan tujuan asal dia ingin berjumpa dengan abangnya adalah kerana dia ingin meminta maaf jadi haruslah dia berkelakuan baik supaya dia tidak menambahkan lagi kemarahan abangnya.
           
“Along, buat apa tak tidur lagi?” tanya Najla Naqiyah sambil dia mendaratkan dirinya di atas katil si abang. Dia berbaring sambil memandang kosong kipas silingyang berpusing. Si abang masih leka menghadap komputer di meja yang tersedia.

            “Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.” Jawab Najmi Nazrin tanpa berpaling ke arah si adik. Najla Naqiyah mencebikkan bibir sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya. Ini pun dikira okeylah Along jawab juga apa yang aku tanya walaupun dia tengah syok main game. Kalau tak jangan haraplah dia nak buka mulut kalau tengah main game. Pelik juga aku dengan orang yang obses sangat dengan game ni. Haish. Najla Naqiyah mengiring ke kanan memandang abangnya.

            “Along, Jee nak cakap something ni.” Kata Najla Naqiyah. Kali ini dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila pula. Si abang yang masih khusyuk dengan pertarungannya di komputer tidak memberi sebarang reaksi. Najla Naqiyah menarik nafas berat.

            “Along, Jee nak minta maaf sangat-sangat pada Along pasal apa yang dah jadi hari Ahad lepas. Jee mengaku itu salah Jee sebab tak minta izin pada suami Jee dulu nak balik sana awal.  Jee dah buat Along dan suami Jee risau. Jee dah kurang ajar sebab end call sebelum Along habis bercakap. I’m so sorry Along. Terima kasih sebab Along tak beritahu ibu apa yang dah jadi.” Najla Naqiyah melafazkan kata-kata maaf buat si abang. Dia benar-benar memaksudkannya malahan sebab utama dia mengajak suaminya pulang pada hari ini adalah untuk meminta maaf dari abangnya itu.

Pergerakan Najmi Nazrin terhenti. Dia memusingkan kerusi yang didudukinya supaya dapat menghadap si adik. Najla Naqiyah sudah buntang mata melihat reaksi si abang. For serious? Along stop main game? Wahhhh waktu sekarang aku rasa specialnya aku pada Along sampai Along sanggup stop main game. Kalau tak jangan haraplah Along akan berhenti main kalau setakat gangguan tak seberapa kat sekeliling dia. Err, Jee… Kau rasa sebab kau special ke sebab kesalahan yang kau dah buat tu yang menyebabkan Along sampai boleh stop main game? Najla Naqiyah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Baguslah Jee sedar apa kesalahan Jee. Bukan niat Along nak marahkan Jee tapi kalau Jee kat tempat Along pun for sure Jee akan geram kalau adik yang kita sayang buat perangai macam tu. Bukannya budak kecil. Dah besar panjang, dah tahu hukum-hakam.” Najmi Nazrin sudah memulakan sesi ceramahnya. Najla Naqiyah hanya mampu menundukkan wajah. Si abang menyambung bicara.

“Jee kena ingat sekarang ni Fitri tu suami Jee. Selagi dia tak suruh Jee buat sesuatu yang melanggar syariat, Jee kena taat pada dia. Along bukannya apa, Along cuma nak Jee gembira. Along tak nak bila Jee buat keputusan tak fikir panjang macam tu nanti kau orang berdua bergaduh pula.” Ujar Najmi Nazrin. Najla Naqiyah hanya menganguk-anggukkan kepalanya tanda faham apa yang si abang sampaikan. Dalam masa yang sama, secara tidak langsung dia mengiyakan bab pergaduhan itu. Memang dah bergaduh pun Along tapi Alhamdulillah tak lama. Najla Naqiyah bermonolog sendiri. Segera dia bangun dan menghampiri si abang. Tangan si abang dia capai dan kucup.

Thanks Along sudi ingatkan Jee. Bertuah Jee dapat abang macam Along. Bertuah juga siapa yang dapat jadi isteri Along nanti.” Najla Naqiyah memuji si abang. Berbeza dengan Arif Fitri, Najmi Nazrin bukannya mengusap kepala si adik tetapi dia menggosok laju kepala si adik sehingga sedikit kusut jadinya rambut si adik. Najmi Nazrin tersengih. Najla Naqiyah kembali duduk di atas katil si abang sambil meluruskan kembali rambutnya.

“Jee memang bertuah dapat abang macam Along. Along aje yang malang dapat adik macam Jee. Hai, apalah malangnya nasib Fitri dapat isteri macam Jee.” Najmi Nazrin mengusik si adik. Ayat yang terakhir dia ucapkan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Najla Naqiyah sudah tarik muka masam. Kedua-dua tangannya sudah bersilang. Najmi Nazrin sudah ketawa dengan reaksi si adik. Seronok dapat usik Jee macam ni. Aku sengaja sebenarnya buat macam merajuk lama-lama. Sebenarnya aku nak Jee fikir apa yang dia dah buat tu bukan benda yang kecil. Kalau dia anggap apa yang dia dah buat tu sebagai sesuatu yang remeh, akan datang dia takkan rasa bersalah untuk ulang balik kesalahan tu dan aku akan rasa aku dah gagal mendidik dia sebagai seorang abang dan pengganti seorang ayah.

“Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Bukan comel mana pun. Kesimpulannya Along dah maafkan Jee and make sure Jee tak ulang benda yang sama. Okey adikku sayang, kalau dah takde apa-apa lagi nak cakap bolehlah bawa diri ke tempat lain. Haha.” Kata Najmi Nazrin lagi.

“Kejamnya Along! Jee nak lepak dengan Alonglah dah Along bukannya reti nak tidur lagi.” Najla Naqiyah kembali berbaring di atas katil. Najmi Nazrin kembali menghadap komputernya. Dalam hati dia membebel sendiri dengan pertarungan yang dia tinggalkan sebentar tadi. Adik kesayangan punya fasal, dia relakan.

“Jee tahu tak hari ni hari apa?” tanya Najmi Nazrin tanpa menoleh ke arah si adik. Najla Naqiyah sedang melayari internet di telefon pintarnya yang dia bawa bersama.

“Khamis.” Jawab Najla Naqiyah ringkas tanpa memandang si abang.

“Maknanya malam Jumaat. Dah pergi kembali ke sisi Fitri. Jangan biarkan dia ketandusan kasih sayang.” Sambil tergelak Najmi Nazrin berkata dengan selamba. Serentak dengan itu Najla Naqiyah menoleh ke arah si abang. Matanya sudah kecil memandang geram si abang.

“Along tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? 11.30 malam tahu tak? Orang lain dah tidur dah esok nak kerja. Along tu aje yang kerja tak kerja tetap tidur lambat juga.” Balas Najla Naqiyah. Sememangnya dia datang ke bilik abangnya setelah Arif Fitri tidur. Dia sendiri yang berbual dengan si suami sehingga si suami tertidur. Kebanyakan perkara yang dibualkan adalah mengenai kerja si suami sewaktu di Singapura. Walaupun dia kurang faham, dia layankan sahaja. Dia tahu yang si suami masih lagi penat kerana sewaktu di Singapura, suaminya bekerja sehingga waktu malam. Lagi pula awal pagi esok mereka akan terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Along qiamullail.” Jawab Najmi Nazrin sambil melepaskan tawa.

Hmmm yelah tu Long. Orang lain qiamullail tidur dulu lepas tu baru bangun beribadat. Nama pun qiamullail. Qiam bangun, al-lail malam, bangun malam. Along qiamullail ke game online?” Najla Naqiyah sengaja mengenakan si abang. Hehehe. Najmi Nazrin hanya tersengih tidak berniat untuk mengulas lanjut. Najla Naqiyah kembali fokus melayari internet di telefon pintarnya. Niat asalnya selepas sesi bermaafan dengan si abang adalah untuk berbual seketika tetapi si abang seperti biasa begitu fokus dengan permainan atas taliannya.

“Along tengah main game apa tu? DotA?” tanya Najla Naqiyah. Matanya masih pada skrin telefon pintarnya.

Hmm.” Najmi Nazrin berbunyi mengiyakan pertanyaan si adik.

“Tak habis-habis dengan DotA. Kalau boleh memang pagi petang siang malam Along nak main DotA tu kan? Jee ingatkan sekarang orang ramai main COC dah takde orang yang main DotA dah rupa-rupanya ada lagi. Along tahu tak DotA tu instead of Defense of the Ancients, orang cakap maksud dia Dunia Orang Tiada Awek. Alonglah salah seorangnya.” Omel Najla Naqiyah tentang permainan Defense of the Ancients dan turut menyebut permainan Clash of Clans. Si abang hanya fokus dengan permainannya dan tidak menghiraukan bebelan si adik.

Eleh, setakat awek, apa ada hal?! Lagipun tak mainlah awek-awek ni. Kalau berkenan terus jumpa mak ayah dia cakap nak nikah dengan anak dia orang. Najmi Nazrin berkata di dalam hati. Dia terus fokus dengan perjuangannya bermain Defense of the Ancients manakala Najla Naqiyah pula sudah bermacam-macam perkara keluar dari mulutnya. Najmi Nazrin langsung tidak menghiraukan setiap butiran yang keluar dari mulut si adik. Jangankan nak kata masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, masalahnya sekarang ini tiada apa yang masuk di telinga kanannya masakan ada perkara yang akan keluar dari telinga kirinya. Dia langsung tidak memberi perhatian tentang apa yang si adik katakan dan sedar-sedar sahaja si adik sudah sedikit meninggikan suara.

“Along, dengar tak apa yang Jee cakap ni?”

Sorry Jee. Apa yang Jee cakap tadi?” Najmi Nazrin akhirnya memberi respons juga kepada si adik walaupun dia masih tidak menoleh ke arah si adik. Najla Naqiyah melepaskan keluhan dengan perangai si abang. Dia sudah lali dengan perangai abangnya yang ini. Kalau sudah menghadap DotA, jangan haraplah dia akan memberi perhatian kepada perkara lain di sekitarnya.

“Ibu nak jodohkan Along dengan Tina Tonggek. Oppsss sorry, Kak Tina Tonggek. Dah nak jadi kakak ipar Jee kenalah Jee panggil dia ‘kak’ kan? Ataupun Along nak Jee panggil dia Kak Long Tina Tonggek? Hmmm… macam okey juga. Wahhh, maknanya dialah orang yang bertuah dapat jadi isteri Along tu kan? Hehe.” Ujar Najla Naqiyah sambil sudah mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun si abang tidak melihat perlakuannya. Najmi Nazrin sudah terkaku mendengar apa yang Najla Naqiyah baru sampaikan. Segera dia memusingkan kerusinya menghadap si adik. Sudah tidak dia peduli dengan apa yang terjadi dengan permainan DotAnya dek mendengar perkhabaran yang memeranjatkan dari si adik.

What? Tina?”  kata Najmi Nazrin. Najla Naqiyah memusingkan badannya ke kanan sambil kepalanya sudah berbantalkan lengan kanannya. Najla Naqiyah mengganggukkan kepalanya sekali lagi.

Yup! Tina Tonggek anak Mak Cik Limah Lenggang jiran selang dua buah rumah tu.” Najla Naqiyah menjawab pertanyaan pendek si abang. Gelaran Tina Tonggek dan Mak Cik Limah Lenggang adalah gelaran yang Najla Naqiyah beri kepada jiran mereka itu. Sebab utamanya adalah kerana Mak Cik Limah kelihatan seperti berlenggang apabila berjalan manakala Tina pula apabila berjalan kelihatan seperti menonggek.

“Tapi kenapa? Along belum nak kahwin lagi.” tanya Najmi Nazrin serius sehingga dia dengan secara automatiknya sudah berdiri dari kerusi. Najla Naqiyah terpaksa mendongakkan kepalanya memandang si abang yang sudah berdiri.

“Ibu risau tengok Along sentiasa dengan game online. Macam takde life. Zaman sekarang ni manusia dah pelik-pelik Long. Ada yang nak kahwin dengan komputer, ada yang nak kahwin dengan anime character. Macam-macam lagilah perangai pelik manusia akhir zaman ni. Macam manalah ibu tak risau? Ibu takut Along nak kahwin dengan DotA je. So, sebelum Along buat keputusan merepek nak kahwin dengan DotA baik ibu jodohkan Along dengan Tina Tonggek. Along tak perasan ke Tina Tonggek tu dah lama suka kat Along?” kata Najla Naqiyah panjang lebar. Najmi Nazrin sudah tidak senang. Kadangkala kelakar pula Najla Naqiyah rasa. Jiran selang dua buah rumah sukakan Along dan jiran selang tiga buah rumah pula sukakan ibu. Nasib baik jiran sebelah rumah ibu ni takde anak lelaki maka takde orang yang suka aku, kalau tidak mahu payah aku nak buat keputusan nak terima orang tua tu tak lama dulu. Eheh Jee, perasan nampak? Kau ingat ramai sangatlah orang yang minat kau? Ini realiti Jee, mohon sedar diri. Kau bukannya heroin novel yang sentiasa ada ramai peminat. Hahaha. Lamunan Najla Naqiyah terhenti apabila dia dengar Najmi Nazrin bersuara.

“Jee, berapa kali Along nak pesan tak baik bagi gelaran macam tu pada orang.” Dalam kegusaran bakal dijodohkan dengan seseorang yang bukan pilihan hati, Najmi Nazrin sempat lagi menegur si adik.

“Yelah, yelah. Jee tak panggil gelaran macam tu dah. Apalah nasib Jee ni, Along belum kahwin dengan Tina lagi Along dah back up dia, macam manalah lepas Along dah kahwin dengan dia nanti. Sedih woo…” Najla Naqiyah sengaja membuat nada sedih. Najmi Nazrin sudah memberi pandangan tajam kepada si adik.

“Jee tahu kan bukan Along bermaksud nak back up dia. Memang tak baik panggil orang dengan gelaran macam tu walaupun itu memang hakikatnya.” Najmi Nazrin berkata dengan nada yang berhemah tetapi debaran di dada tiada siapa yang tahu.

“Jee, betul ke ibu nak jodohkan Along dengan dia?” Najmi Nazrin bertanya. Kali ini jelas kelihatan riak tidak senang di wajahnya. Najla Naqiyah menganggukkan kepalanya beberapa kali. Najmi Nazrin sudah mundar-mandir di dalam biliknya itu. Najla Naqiyah bangun dari pembaringan. Pening kepala melihat si abang mundar-mandir sebegitu.

“Mana boleh macam tu! Along tak pernah ada perasaan kat Tina. Along dah anggap dia macam adik sendiri, sama-sama membesar dari kecil.” Ujar Najmi Nazrin.

“Sebab dah sama-sama membesar dari kecillah bagus Along. Baik buruk perangai Along dia dah tahu. Along sanggup ke kecewakan ibu? Selama ni Along tak pernah bantah apa yang ibu cakap. Jee rasa satu-satunya cara kalau Along tak nak dijodohkan dengan Tina tu adalah Along bawa balik calon menantu yang lain kenalkan kat ibu.” Najla Naqiyah memberi cadangan yang dirasakan sungguh bernas buat si abang. Najmi Nazrin sudah berkerut dahi memandang si adik.

“Itu aje ke caranya Jee? Takde cara lain dah?” tanya Najmi Nazrin meminta kepastian. Si adik sekali lagi mengangguk-anggukkan kepala. Aku penat mengangguk ajelah malam ni. Kepala aku ni memang untuk mengangguk pun kan. Najla Naqiyah bermonolog dalaman.

Yup! Itu aje caranya Along dapat larikan diri dari dijodohkan dengan Tina. Along dah tak boleh nak bagi alasan biar Jee kahwin dulu sebab sekarang ni Jee memang dah kahwin. Sebenarnya Jee kalau boleh tak naklah Tina jadi kakak ipar Jee. Rasa nak tergeliat aje lidah ni kalau nak panggil dia Kak Long. Along cepat-cepatlah cari calon menantu untuk ibu,  Kak Long untuk Jee okey.” Kata Najla Naqiyah sambil bangun dari duduknya. Dia menutup mulutnya dengan tangan semasa dia menguap.

“Jee dah mengantuklah Long. Jee masuk tidur dulu ya. All the best Alongku sayang. Assalaamu`alaikum.” Najla Naqiyah terus berlalu sebaik sahaja memberi salam.

Najmi Nazrin menjawab salam si adik di dalam hati. Fikirannya sudah serabut memikirkan yang dia bakal dijodohkan dengan jiran selang dua rumah itu. Dia harus mencari jalan supaya tidak dijodohkan dengan Tina. Kepalanya yang tidak gatal sudah dia garu dengan kasar berkali-kali. Dia melepaskan nafas yang berat. Jee cakap senanglah! Celah mana Along nak cari calon menantu untuk ibu, Kak Long untuk Jee? Ingat jodoh tu senang-senang boleh jatuh depan mata? Najmi Nazrin sudah resah memikirkan nasib dirinya.


…insya Allah, akan bersambung… bila saya rajin menaiplah… lalala~ doakanlah saya rajin…


Kepada semua yang sudi baca,

Terima kasih buat masa berharga anda untuk baca karya saya yang tidak seberapa ni… Sorry kalau tak best dan tak menepati citarasa anda… Setakat dah taip sembilan bab ni, inilah bab paling panjang yang saya pernah taip… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

8 comments:

  1. best
    nak lg next epst

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik Anonymous :)

      Terima kasih sudi baca dan komen... Insya Allah sy cuba untuk update secepat yang mampu... Doa2kan idea datang mencurah2... Hehe

      Delete
  2. haha.. best2.. harap2 along tak kawin dgn tina.. haha , sis,,,, sambung lah lagi.. nk tau ape yg jadi sterusnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah sama2 kita berharap... Haha

      Insya Allah, memang akan sambung cumanya tak boleh nak janji bila... Btw terima kasih sudi baca dan komen :)

      Delete
  3. kak suhaaaaa , bila nak ada sambungan nih ? lama dah menunggu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik zafirah nazri,

      I'm so sorry dik... Too many distractions :( Ingatkan dah takde orang tunggu SIBB ni... Insya Allah lepas habis bagi tumpuan pada cerpen cuba nasib, akak try update ye... Rasa bersalah pulak... Sorryyyyy sgt²... And thank you masih sudi tunggu...

      Delete
    2. sokay kak suhaaa . ada masa akak type lah . takpa saya setia menunggu e.novel nih . eceyhhh ayat :p

      Delete
    3. Thank you so much dik sudi tunggu :)
      Insya Allah, nanti akak usahakan taip ye ;)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...