Social Icons

Monday, March 23, 2015

Cerpen | Soulmate: Classified! .:|[ sneak-peek ]|:.




AKU berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal diketahui sebentar lagi. Sedari tadi aku tidak senang duduk. Doktor perempuan di hadapanku sudah tersenyum dengan senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan. Dia ni tengah senyum dengan senyuman ramah mesra ataupun senyuman yang bawa berita gembira? Aku membetulkan letak dudukku entah ke berapa kali. Kenapa aku perlu nervous macam ni sekali? Aduhai.

            “Berdasarkan ujian yang kita sudah lakukan, puan didapati positif hamil sepuluh minggu. Tahniah Puan Shila!” Kenyataan dari doktor tersebut membuatkan aku mahu melompat-lompat kegembiraan tetapi sudah pasti aku tidak melakukannya. Tidak mahu dilabel sebagai gila. Orang lain pun mengandung juga takdelah sampai nak melompat-lompat lepas dengar berita gembira tu. Hehe.

            “Alhamdulillah. Congrats Shila! Kau bakal jadi ibu, aku bakal jadi mak cik. Hehe.” Aku terus memeluk sahabat baik yang duduk di sebelahku.

Kami sudah sama-sama mengalirkan air mata gembira. Berita yang selama ini ditunggu-tunggu oleh sahabat baikku ini sememangnya turut menggembirakan diriku. Tidak sia-sia aku menemani sahabatku ini melakukan pemeriksaan dan turut berkongsi debaran mengalahkan diriku sendiri yang menunggu berita gembira tersebut. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Sorry doc. Kami terlebih excited.” Ujar Shila kepada doktor perempuan tersebut setelah kami meleraikan pelukan. Doktor tersebut masih lagi tersenyum. Barangkali sudah biasa dengan situasi sebegini.

It’s okay. Saya faham. First pregnancy kan.” Kata doktor tersebut. Dan selepas itu bermacam-macam lagi perkara yang keluar dari mulut doktor itu mengenai kehamilan rakan baikku ini. Aku hanya menadahkan sahaja telinga, masih lagi rasa gembira menyelubungi diriku.

* * * * * * * * * * * * *

AKU memainkan pemain media di telefon pintarku. Mahu lari dari dunia nyata buat seketika. Sebentar tadi aku bercakap dengan ibu di kampung melalui panggilan telefon. Ibu mengingatkan sekali lagi tentang majlis yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Beria benar ibu mahu aku ikut serta. Kalau diikutkan hati, malas aku mahu pulang ke kampung. Semestinya aku rindukan keluargaku tetapi apa yang aku malas hendak hadapi adalah sanak saudara dan jiran tetangga yang begitu ‘mengambil berat’ akan diriku. Sudah pasti soalan tipikal yang satu itu akan sentiasa beralun di bibir mereka. Persoalan yang sama tetapi bentuk ayat sahaja yang berbeza.
           
‘Ain bila lagi?’
           
‘Ain takkan nak solo aje, kakak Ain dah dua orang anak tu. Tak nak kejar ke?’
           
‘Ain bila nak berdua? Berdua lebih baik kan?’
           
‘Ain dah ada calon ke belum? Mak Lang ada kenal seorang budak ni. Baik budaknya, padan sangatlah dengan Ain.’
           
Itu antara soalan-soalan wajib yang aku akan dengar apabila aku di kampung. Aku sendiri dah naik muak dengar soalan-soalan tu semua dan aku tak tahu kenapa mereka tak pernah muak bertanya soalan yang sama. Haish! Ingat kahwin ni macam main kejar-kejar zaman kanak-kanak ribena belum kenal dunia dulu ke? Siapa yang kena cuit, turn dia pula kahwin, macam tu? Orang Melayu yang tipikal. Macamlah aku tak tahu lepas dah kahwin nanti mulalah tanya pasal anak pula, lepas dah ada anak nanti mulalah banding-bandingkan anak orang tu dengan anak orang ni. Cubalah buka minda tu sikit. Mana ada Allah janji yang bila kita kahwin kita sure akan dapat anak. Anak itupun rezeki juga. Dan rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita tak tahu rezeki kita macam mana tapi kita disuruh berusaha sebab takde apa-apa yang akan datang bergolek.
           
Mengimbau kembali peristiwa aku berdebar-debar menunggu keputusan pemeriksaan Shila pada hari ini membuahkan perasaan bahagia di hati. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan berdebar sebegitu rupa. Shila pula yang aku lihat tenang-tenang sahaja. Tapi tenang-tenang dia pun, apabila doktor memberitahu berita gembira itu dia tetap mengalirkan air mata. Semestinya air mata gembira, itu aku sangat pasti. Aku? Semestinya aku turut gembira. Tapi untuk aku berada di situasi yang sama seperti Shila, itu aku belum pasti bila akan terjadi. Soal jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Aku percaya yang Allah akan hantar jodoh yang terbaik buatkku apabila aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Orang sekelilingku ada yang mengatakan aku sebagai seorang yang memilih soal jodoh ini. Pada aku sendiri, kita sememangnya ada hak untuk memilih. Dan dalam Islam sendiri ada garis panduan untuk kita memilih.

Aku kembali berbaring di atas katil bujang rumah sewaku ini. Kipas siling aku tenung kosong. Saat pemain media telefon pintarku memainkan lagu Awan Nano dendangan Hafiz, aku kuatkan nada pemain media tersebut. Sememangnya lagu Awan Nano ini sudah lama menjadi lagu kegemaranku. Sejak lagu ini mula dimainkan di corong-corong radio lagi.


*---*---*---*---*---*---*---*---*---*


Assalaamu`alaikum...

ini versi tak buat proofread jadinya sorry untuk sebarang typo... nampak tak kelemahanku? bila ada idea untuk cerpen, ku utamakan taip cerpen padahal Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar pun dah start taip... hohoho~ selepas cerpen ni akan ada mini e-novel yang baru... insya Allah :) doa2kan ku...

ini cerpen sahut cabaran 2015... cerpen ni takkan siap dalam masa terdekat... harap maklong~

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

Update: baca versi penuh di sini

2 comments:

  1. 1st trial 'aku' yang not bad.. x boring.. please finish it a.s.a.p.. so do chapter 10 of saye isteri baru belajar okeyh! Hehe.. u know me, i cant take another sneak-peek anymore because u make me waiting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan komen...

      Sneak-peek bagi semangat untuk terus menaip... Tapi sebab ada aktiviti2 yg tak boleh tangguh minggu ni, cerpen ni kena hold dulu... Hehe... As for SIBB, insya Allah, akan diusahakan...

      Ini cerpen pertama guna first point of view jadinya akan ada kekurangan... So, minta maaf awal ye... ;)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...