Social Icons

Wednesday, April 01, 2015

Cerpen | Soulmate: Classified! .:|[ FULL ]|:.


AKU berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal diketahui sebentar lagi. Sedari tadi aku tidak senang duduk. Doktor perempuan di hadapanku sudah tersenyum dengan senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan. Dia ni tengah senyum dengan senyuman ramah mesra ataupun senyuman yang bawa berita gembira? Aku membetulkan letak dudukku entah ke berapa kali. Kenapa aku perlu nervous macam ni sekali? Aduhai.

            “Berdasarkan ujian yang kita sudah lakukan, puan didapati positif hamil sepuluh minggu. Tahniah Puan Shila!” Kenyataan dari doktor tersebut membuatkan aku mahu melompat-lompat kegembiraan tetapi sudah tentu aku tidak melakukannya. Tidak mahu dilabel sebagai gila. Orang lain pun mengandung juga takdelah sampai nak melompat-lompat lepas dengar berita gembira tu. Hehe.

            “Alhamdulillah. Congrats Shila! Kau bakal jadi ibu, aku bakal jadi mak cik. Hehe.” Aku terus memeluk sahabat baik yang duduk di sebelahku.

Kami sudah sama-sama mengalirkan air mata gembira. Berita yang selama ini ditunggu-tunggu oleh sahabat baikku ini sememangnya turut menggembirakan diriku. Tidak sia-sia aku menemani sahabatku ini melakukan pemeriksaan dan turut berkongsi debaran mengalahkan diriku sendiri yang menunggu berita gembira tersebut. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Sorry doc. Kami terlebih excited.” Ujar Shila kepada doktor perempuan tersebut setelah kami meleraikan pelukan. Doktor tersebut masih lagi tersenyum. Barangkali sudah biasa dengan situasi sebegini.

It’s okay. Saya faham. First pregnancy kan.” Kata doktor tersebut. Dan selepas itu bermacam-macam lagi perkara yang keluar dari mulut doktor itu mengenai kehamilan rakan baikku ini. Aku hanya menadahkan sahaja telinga, masih lagi rasa gembira menyelubungi diriku.



* * * * * * * * * * * * *



AKU memainkan pemain media di telefon pintarku. Mahu lari dari dunia nyata buat seketika. Sebentar tadi aku bercakap dengan ibu di kampung melalui panggilan telefon. Ibu mengingatkan sekali lagi tentang majlis yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Beria benar ibu mahu aku ikut serta. Kalau diikutkan hati, malas aku mahu pulang ke kampung. Semestinya aku rindukan keluargaku tetapi apa yang aku malas hendak hadapi adalah sanak saudara dan jiran tetangga yang begitu ‘mengambil berat’ akan diriku. Sudah pasti soalan tipikal yang satu itu akan sentiasa beralun di bibir mereka. Persoalan yang sama tetapi bentuk ayat sahaja yang berbeza.

‘Ain bila lagi?’

‘Ain takkan nak solo aje, kakak Ain dah dua orang anak tu. Tak nak kejar ke?’

‘Ain bila nak berdua? Berdua lebih baik kan?’

‘Ain dah ada calon ke belum? Mak Lang ada kenal seorang budak ni. Baik budaknya, padan sangatlah dengan Ain.’

Itu antara soalan-soalan wajib yang aku akan dengar apabila aku di kampung. Aku sendiri dah naik muak dengar soalan-soalan tu semua dan aku tak tahu kenapa mereka tak pernah muak bertanya soalan yang sama. Haish! Kenapa mesti tanya soalan pasal kahwin? Kenapa? Kenapa? Aku tahu yang kahwin tu sunnah Rasulullah tapi banyak lagi sunnah Rasulullah yang lain, kenapa diorang tak pernah nak tanya? Kenapa tak tanya amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis tak? Amalkan bersedekah tak? Amalkan selalu beristighfar tak? Amalkan minum air dengan tiga kali teguk sebelum habiskan tak?

Kalau tanya aku bila aku nak kahwin, jawapannya dari beberapa tahun lepas lagi aku nak kahwin. Tapi kalau belum ada jodoh nak buat macam mana? Ingat kahwin ni macam main kejar-kejar zaman kanak-kanak ribena belum kenal dunia dulu ke? Siapa yang kena cuit, turn dia pula kahwin, macam tu? Orang Melayu yang tipikal. Macamlah aku tak tahu lepas dah kahwin nanti mulalah tanya pasal anak pula, lepas dah ada anak nanti mulalah banding-bandingkan anak orang tu dengan anak orang ni. Cubalah buka minda tu sikit. Mana ada Allah janji yang bila kita kahwin kita sure akan dapat anak. Anak itupun rezeki juga. Tapi rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita tak tahu rezeki kita macam mana tapi kita disuruh berusaha sebab takde apa-apa yang akan datang bergolek.  

Mengimbau kembali peristiwa aku berdebar-debar menunggu keputusan pemeriksaan Shila pada hari ini membuahkan perasaan bahagia di hati. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan berdebar sebegitu rupa. Shila pula yang aku lihat tenang-tenang sahaja. Tapi tenang-tenang dia pun, apabila doktor memberitahu berita gembira itu dia tetap mengalirkan air mata. Semestinya air mata gembira, itu aku sangat pasti.

Aku? Semestinya aku turut gembira. Tapi untuk aku berada di situasi yang sama seperti Shila, itu aku belum pasti bila akan terjadi. Soal jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Aku percaya yang Allah akan hantar jodoh yang terbaik buatku apabila aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Orang sekelilingku ada yang mengatakan aku sebagai seorang yang memilih soal jodoh ini. Pada aku sendiri, kita sememangnya ada hak untuk memilih. Dan dalam Islam sendiri ada garis panduan untuk kita memilih pasangan hidup. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, seorang wanita itu dinikahi kerana empat: kerana harta, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Kriteria pemilihan ini bukan sahaja untuk orang lelaki amalkan semasa mencari calon isteri tetapi sesuai juga untuk orang perempuan amalkan untuk mencari calon suami.

Aku kembali berbaring di atas katil bujang rumah sewaku ini. Kipas siling aku tenung kosong. Saat pemain media telefon pintarku memainkan lagu Awan Nano dendangan Hafiz, aku sudah tersenyum. Aku kuatkan lagi nada pemain media tersebut. Sememangnya lagu Awan Nano ini sudah lama menjadi lagu kegemaranku. Sejak lagu ini mula dimainkan di corong-corong radio lagi. 


Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan awan

Pabila terik panas

Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya

Pabila kau katakan

Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano setia melindungi diri

Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu

Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir

Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya kasih tiada banding

Setia tiada tara bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Sekali pernah kau bagaikan awan

Sehingga tak mungkin terlupa

Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitispun air matamu kasih

Sehinga kau katakan

Akulah Sean itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu

Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara

Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu



            Aku masih lagi tersenyum walaupun lagu di pemain media telefonku sudah bertukar. Lagu Awan Nano tidak pernah gagal untuk membuatku tersenyum sendiri. Bagiku lagu tersebut membawa maksud yang sangat mendalam. Seperti awan yang melindungi, awan nano itu boleh jadi sesiapa sahaja dalam hidup kita. Boleh jadi ibu atau bapa kita, adik beradik, kawan-kawan ataupun suami isteri masing-masing. Secara tidak langsung lagu ni mengingatkan aku akan satu peristiwa sewaktu perjalanan Rasulullah yang sentiasa dipayungi awan.

Aku sendiri masih mencari awan yang akan memayungi aku. Bak lirik lagu Awan Nano itu, melindungi dari terik panas yang mencuba menggores pipi dan bibir. Bukan aku tidak mahu membuka hatiku ini kepada insan bergelar lelaki, sudah tiga kali. Kesemuanya jodoh kami tidak sampai ke jinjang pelamin. Aku tidak faham bahagian mana yang menyebabkan orang selalu mengatakan bahawa aku seorang yang memilih. Sudah tentu aku perlu memilih kerana si dia bakal menjadi imamku hingga akhir hayat, bukannya hanya mencari calon suami tangkap muat dan asal dapat!

           

Bila aku fikir balik, aku rasa sekarang masanya aku rehatkan diri dari memikirkan soal jodoh. Biarlah apa yang orang lain nak kata. Aku tak salahkan mereka seratus peratus sebenarnya. Sebab ketiga-tiga pertunangan aku sebelum ni memang diadakan antara keluarga terdekat aku dan keluarga terdekat belah lelaki sahaja. Dan sewaktu majlis pertunangan berlangsung, kami telah meminta kerjasama semua untuk tidak muat naik sebarang gambar ke media sosial. Aku berkenalan dengan lebih lanjut dengan tunangku semasa dalam tempoh pertunangan dan apabila aku rasa impian, harapan dan goal kami bercanggah dan tidak sama ataupun jika mereka melakukan sesuatu yang aku tidak suka, aku meminta pertunangan tersebut diputuskan dengan cara yang baik.

Aku lihat keluargaku boleh menerima dengan baik begitu juga dengan keluarga-keluarga bekas tunanganku. Malahan dua orang bekas tunanganku kini sudahpun berumah tangga dan aku serta ahli keluargaku hadir ke majlis perkahwinan mereka dengan aman damai tanpa masam muka. Yang putus hanyalah pertunangan manakala persaudaraan sepatutnya terus terjalin. Aku rasa inilah salah satu hikmah pertunangan dirahsiakan manakala perkahwinan dihebahkan. Apabila pertunangan dirahsiakan, sekiranya pertunangan itu putus di tengah jalan, perkara ini tidak memalukan mana-mana belah pihak. Kita juga dapat mengelakkan mulut orang lain dari bercakap sesuatu yang tidak berasas mengenai pertunangan yang terputus di tengah jalan itu.

Aku mengiring ke kanan. Pemain media di telefon pintarku telah aku matikan sebentar tadi. Aku masih berkira-kira akan kewajaran aku untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Jika aku buat keputusan untuk pulang ke kampung maknanya selepas waktu kerja esok hari habis aku perlu memandu pulang. Perkara utama yang aku perlu lakukan sekiranya aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung adalah kembali berlatih memekakkan telinga dengan apa yang bakal aku dengar dari mulut-mulut jiran tetangga mahupun saudara mara.



* * * * * * * * * * * * *



PARA TETAMU mula mengisi ruang rumah ibubapaku ini. Majlis pada hari ini sebenarnya adalah sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran serta sambutan hari lahir anak saudara sulungku, Khuwailid yang berumur empat tahun. Sebelum ini Khuwailid ditahan di wad kerana sakit. Apabila dia dibenarkan pulang, itu yang keluargaku sangat bersyukur dan mengadakan sambutan hari lahirnya yang sebenarnya jatuh pada hari dia ditahan di wad. Majlis akan bermula pada jam 2.30 petang. Sengaja ibu dan bapaku memilih untuk mengadakan majlis selepas waktu Zohor.

Aku tercari-cari anak saudara bongsuku, Kamil. Kedua-dua anak saudaraku adalah anak kakak sulungku, Afiqah. Keluargaku hanya tiga beradik dan adik-beradik kami semuanya perempuan. Aku merupakan anak kedua. Adik bongsuku Amira, sibuk melayan Khuwailid dan dia memintaku untuk mencari Kamil. Aku sempat bertegur sapa dengan beberapa orang jiran yang sudah datang. Hmmm. Mereka tetap bertanya soalan yang sama. Bosan! Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu untuk menghadapi semua ini. Aamiin.

Aku berjalan menuju ke depan setelah aku tidak berjaya mencari Kamil di kawasan ruang tamu. Sesampai sahaja aku di ruang rehat di bahagian hadapan rumah yang menempatkan satu set kerusi, seorang lelaki yang tidak aku kenali memanggilku. Ketika itu aku dapat mendengar tangisan kanak-kanak.

“Awak, awak! Boleh tak awak tolong tengokkan kenapa baby ni menangis?” lelaki itu bersuara sambil memandangku. Ya Allah, kat sini rupanya Kamil, puas aku cari! Aku menghampiri lelaki tersebut. Dia menghulurkan anak saudaraku itu kepadaku. Aku menepuk-nepuk perlahan belakang badan Kamil bagi menenangkan dirinya. Pemuda itu masih lagi setia berdiri di hadapanku.

“Tadi dia elok aje senyap masa saya pegang, tak lepas tu tiba-tiba aje dia menangis. Saya bagi susu tapi dia tak nak.” Ujar lelaki asing ini. Asing kerana aku tidak pernah nampak dia dan tidak pernah tahu kewujudan dia di kampung ni. Ataupun dia bukan orang kampung ni? Jelas terpamer riak serba salah pada wajah lelaki ini. Kamil tidak lagi menangis apabila dia mendengar suaraku yang memujuknya sewaktu menepuk-nepuk dirinya. Aku hanya senyum segaris kepada lelaki tersebut. Rasa nak gelak pun ada masa dia cakap baby tadi. Kamil ni taklah baby mana, dah setahun enam bulan. Dah boleh berlari dah pun.

“Anak saudara saya ni memang tak biasa sangat dengan orang yang dia tak kenal. Mungkin dia ingat awak ayah dia, lepas dah nampak muka baru perasan awak bukan ayah dia, itu yang dia menangis. Mana ayah dia?” aku bertanya kepada lelaki tersebut. Tak sampai hati pula nak biar dia rasa serba salah macam tu. Mungkin dia ingat dia ada buat sesuatu yang menyebabkan Kamil menangis.

“Saya pun tak tahu dia pergi mana. Dia bagi anak saudara awak dan botol susu ni pada saya. Belum sempat saya nak cakap apa-apa dia dah start motor. Dia pergi kedai beli something kut.” Balas pemuda tersebut. Aku berkira-kira hendak masuk ke dalam saja. Tidak berniat untuk memanjangkan perbualan. Cukuplah sekadar pemuda ini tidak lagi rasa serba salah. Belum sempat aku hendak meminta botol susu anak saudaraku ini dari pemuda tersebut, ibu saudaraku muncul.

“Assalaamu`alaikum. Ain, tak sangka Ain balik! Dah lama Mak Lang perasan Ain tak balik kampung.” Mak Lang memberi salam dan menghampiriku. Aku menjawab salam dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mak Langku. Selepas bersalam, Mak Langku mencium dan mencubit pipi Kamil yang sedang aku dukung ini.

“Masuklah Mak Lang. Ibu dengan Kak Long ada dekat dapur tu. Sekejap lagi mulalah majlis.” Ujarku sambil tersenyum mesra kepada Mak Lang. Sungguhpun Mak Lang selalu mengutaraka soalan mengenai perkahwinan kepadaku, aku tetap hormatkan dirinya sebagai ibu saudaraku. Aku lihat Mak Lang sudah mengangguk-angguk.

“Ini boyfriend Ain ke? Balik ni nak kenalkan kat familylah ya? Pandai Ain cari calon, sepadan dengan Ain. Warna baju pun sedondon je. Mak Lang jamin mesti ibu Ain approve ni.” Kata Mak Lang tanpa segan-silu mahupun berselindung lagi. Aku dapat lihat riak gembira pada wajah itu. Aku pula yang rasa serba salah pada lelaki yang kini sudah beralih berdiri di sebelahku ini. Tak pasal-pasal kena cop sebagai calon suami aku. Aku lihat dia sudah tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Eh, silap, aku nampak dia garu-garu kepala tapi aku tak tahulah kepala dia memang tak gatal ataupun memang kebetulan tengah gatal. Aku sempat memandang warna baju yang dia pakai, biru, memang sedondon dengan warna baju kurung yang aku pakai sekarang. Skrip drama sangat! Macam mana boleh sama ni? Haish! Mak Lang ni pun laju je buat andaian yang kurang berasas.

“Eh, taklah Mak Lang. Ni bukan boyfriend Ain. Ain mana main boyfriend-boyfriend ni. Gelilah.” Sungguh-sungguh aku berkata kepada Mak Lang. Mak Lang hanya tersenyum, lebih lebar dari sebelum ini. Dia tak percayalah tu. Aduhai. Tapi, kalau Mak Lang pun memang tak kenal mamat ni maknanya memang betullah dia bukan orang kampung ni.

“Tak payah nak segan dengan Mak Langlah Ain. Takpe, kalau Ain segan nak cakap pada ibu, biar Mak Lang yang tolong cakap. Mak Lang masuk dulu ya.” Mak Lang terus berlalu meninggalkan aku yang dah terkebil-kebil mendengar apa yang Mak Lang cakapkan sebentar tadi. Kamil yang sedang aku dukung ini pula tiba-tiba sahaja tertawa kecil. Kau ketawakan Mak Ngah kau ke dik? Aduhai. Memanglah bunyi ketawa kau tu merdu je Mak Ngah dengar tapi bunyinya macam kau tengah ketawakan Mak Ngah pula.

Sorry ya awak. Jangan peduli dengan Mak Lang saya tu. Dia memang macam tu. Terima kasih tadi awak dah tolong jaga anak saudara saya. Saya bawa dia masuk dalam dululah.” Ujarku kerana tidak mahu berlama di situ. Aku menadahkan tangan kananku ke arahnya. Dia memandang pelik diriku. Dah kenapa mamat ni? Dia ingat aku nak minta duit raya dari dia ke apa? Raya lambat lagilah bro!

“Botol susu tu.” Aku akhirnya kembali bersuara.

“Oh, ok. Nah.” Dia menghulurkan botol susu kepadaku. Aku terus meninggalkannya selepas mengucapkan terima kasih.



* * * * * * * * * * * * *



MAJLIS doa selamat dan kesyukuran serta sambutan hari lahir Khuwailid berakhir. Sebenarnya tetamu yang hadir tak adalah ramai mana, cuma saudara maraku yang tinggal berdekatan dan jiran-jiran tetapi penatlah juga kerana semua juadah disediakan sendiri. Tapi bukan akulah tukang masaknya. Haha! Kalau aku tukang masaknya nescaya tetamu yang makan masakan aku tu akan tujuh hari tujuh malam mengalami cirit-birit yang kronik. Aku cuma menolong perkara-perkara mudah seperti potong-memotong dan hidang-menghidang.

Kebanyakan tetamu sudah beransur pulang selepas masuknya waktu Asar. Yang ada di rumah ibubapaku sekarang ini adalah beberapa orang ibu saudaraku yang tolong berkemas dan satu-satunya keluarga asing iaitu keluarga Auntie Mazni yang merupakan rakan baik ibuku. Asing kerana aku tak pernah jumpa mereka walaupun menurut ibu aku pernah berjumpa mereka semasa aku berumur 12 tahun. Haha! Memang taklah aku dapat ingat perkara yang dah lima belas tahun berlalu!

Kami bergilir-gilir menunaikan fardhu Asar kerana ada banyak juga yang perlu dikemas. Sesudah menunaikan fardhu Asar, aku kembali membawa langkah kaki ke dapur. Aku sempat terpandang lelaki yang berpakaian sedondon denganku tadi. Awalnya aku perasan dia asyik dengan telefon pintar di tangan tetapi kali ini aku lihat dia begitu riang bermain dengan kedua-dua orang anak saudaraku itu. Eheh Ain, sempat pula kau terpandang dia sampai tahu masa mula-mula dia asyik dengan smartphone. Ada apa-apa ke? Eh, baru aku perasan! Elok pula si Kamil ni main dengan lelaki tu, tadi bukan main menangis bagai. Haha.

Aku memanjangkan langkah ke dapur. Adik bongsuku masih di bilik bersama dengan anak perempuan Auntie Mazni iaitu Hafizah. Cepat benar mereka kamceng. Untunglah sebaya. Aku ni ha yang takde geng. Kak Long Afiqah mestilah sibuk dan perlu utamakan anak-anak dan suami dia. Di dapur aku menghulurkan bantuan menyediakan juadah makan malam kerana menurut ibu, keluarga Auntie Mazni akan makan malam di sini dan akan pulang selepas Maghrib ataupun Isyak. Seperti biasa, aku hanya menolong perkara-perkara kecil. Ibu dan Auntie Mazni pula bergerak untuk menunaikan fardu Asar. Entah bila Amira akan datang ke sini untuk menghulurkan tangan, meringankan beban. Mungkin dia masih sedang rancak berbual dengan Hafizah. Ibu saudaraku yang menolong berkemas sudah pulang ke rumah masing-masing.

Ketika aku sedang leka menggoreng ayam, aku terasa tidak selesa. Seperti sedang diperhatikan pun ada. Aku menoleh ke belakang dan ternyata lelaki berbaju biru sedondon denganku sedang berdiri tercegat di pintu dapur. Fuh! Aku ingatkan entiti mistik apalah tadi. Mamat ni rupanya. Nasib baik aku lengkap menutup aurat. Tapi kalau bukan sebab keluarga Auntie Mazni ada sekarang, aku tetap akan tutup aurat juga sebab ada abang ipar aku tu. Dah kenapa dia sampai masuk dapur ni? Kalau nak apa-apa tanyalah. Tak kuasa aku nak buat sesi tenung-tenung renung-renung kat sini.

“Awak nak apa-apa ke?” tanyaku. Kalau nak tunggu mamat ni buka mulut dulu alamatnya sempat rentung ayam yang aku tengah goreng ni.

I’m sorry for disturbing you. Plain water ada? Dekat luar tu yang ada semua air manis.” Ujar mamat baju biru itu. Aku melangkah menghampiri peti sejuk dan membawa keluar sebotol air masak sejuk. Nasib dialah kan. Dia Cuma cakap plain water tapi dia tak cakap pun nak yang sejuk ke panas ke suam ke. Haha! Aku capai mug dan air masak sejuk tersebut aku tuang ke dalam mug lalu aku hulurkan kepada lelaki berbaju biru itu. Dia mengambil huluran mug tersebut tanpa bersentuhan tangan denganku. Good! Memang nak kena pelangkung dengan akulah kalau tersentuh atau dia sengaja sentuh tadi.

Thanks.” Ujar lelaki berbaju biru itu seraya berlalu pergi meninggalkan ruang dapur. Aku kembali meletakkan botol air masak sejuk tadi ke dalam peti sejuk kemudian segera aku hampiri kuali yang berisi ayam itu. Habislah aku kalau ayam tu rentung, wajiblah aku salahkan lelaki baju biru tadi. Haha!

“Wan buat apa keluar dari dapur tadi Mar?” tanya Auntie Mazni kepadaku. Aku yang sedikit terkejut kerana tiba-tiba mendengar suara Auntie Mazni sedikit terloncat. Aku berpusing memandang Auntie Mazni dan aku lihat ibuku mahupun Auntie Mazni sudah ketawa dengan reaksi aku. Nak buat macam mana, aku tak boleh tengah aman damai tiba-tiba orang bersuara macam tu. Nada suara yang biasa pun aku dah rasa macam kena sergah. Oh, sekarang baru aku tahu nama lelaki baju biru tu Wan. Okey sebelum aku lupa, keluarga rapat memang memanggilku dengan panggilan Ain tetapi orang luar dan rakan-rakan memanggilku dengan panggilan Mar. Mungkin kau orang dah boleh agak nama aku. Ainul Mardhiah. Nama bidadari yang diceritakan sangat-sangat cantik. Tapi aku biasa-biasa je. Allah dah cakap manusia tu sebaik-baik kejadian jadinya macam mana yang Allah ciptakan aku ni, inilah cantiknya aku.

“Dia minta plain water auntie. Katanya dekat luar tu semua air manis.” Jawabku jujur. Tiada sebab untuk aku tidak menjawab dengan jujur. Tak baik menipu, nanti tergolong dalam golongan munafik.

“Oh, patutlah. Wan memang macam tu. Lepas minum air manis dia kena minum air masak. Tak kisahlah sejuk ke suam.” Kata Auntie Mazni. Aku hanya tersenyum. Habis tu aku nak buat apa lagi kan?



* * * * * * * * * * * * *



AKU lekas-lekas menyarung kain telekung. Mereka yang lain sudah bersedia di bilik yang dikhaskan untuk solat. Aku sedikit lambat kerana terlampau lama mengambil masa untuk mandi. Aku memang pantang mandi air sejuk, mulalah lama sebab aku sangat suka mandi air sejuk. Aku akan rasa segar terutamanya masa air jatuh ke kepala. Patutlah ayam, ikan, udang, sotong dekat pasar tu orang letak ais, memang segar bila kena sejuk. Hehe. Okey, berhenti merepek Ain! Aku sudah lambat sebenarnya. Segera aku berlari anak ke bilik solat. Aku lihat mereka sudahpun memulakan solat Maghrib berjemaah. Aku masuk ke saf wanita dan memasang niat lalu sama-sama berjemaah.

Selesai bacaan doa oleh imam dan diaminkan oleh para makmum, jemaah lelaki bersalaman sesama mereka manakala jemaah perempuan pula bersalaman sesama jemaah perempuan. Buat kaum ibu yang sudah bersuami, mereka kemudiannya bersalaman dengan suami masing-masing. Aku? Seperti biasa aku bersalaman dengan ayahku sahaja. Semestinya aku takkan bersalam dengan abang iparku apatah lagi Wan Baju Biru itu. Baru aku perasan yang Wan Baju Biru tu yang menjadi imam solat Maghrib kami. Haha! Kejamlah kau Ain bagi dia nama Wan Baju Biru tapi kira okeylah kan?

Aku terus menuju ke bilik untuk menanggalkan telekung dan menyarung tudung. Setelah itu aku ke ruang tamu menjenguk Kak Long Afiqah. Dia tidak menyertai solat Jemaah kerana dia sememangnya sedang ‘cuti’ jadinya dia hanya memerhatikan Khuwailid dan Kamil bermain di ruang tamu. Tidak sempat untuk aku duduk lama Kak Long sudah menyuruhku menyediakan minuman buat tetamu yang akan pulang sebentar lagi. Tanpa banyak kata aku terus ke dapur dan menyediakan air kopi. Sewaktu aku hidang minuman, keluargaku sedang rancak berbual dengan keluarga Auntie Mazni. Khuwailid dan Kamil sedang ketawa terkekek-kekek disakat oleh Wan Baju Biru itu. Wan Baju Biru ni memang suka budak-budak ke? Nice! And what’s that supposed to mean to you Ain? Dah dah dah! Abaikan! Biarlah Wan Baju Biru tu nak buat apa. Aku membawa langkah kaki menuju ke dapur. Malas nak ikut serta perbualan orang dewasa. Haha! Ain, macamlah kau tu masih kanak-kanak ribena! Mohon sedar diri.

Aku mula mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa kami semua makan malam sebelum solat Maghrib tadi. Adalah juga alasan aku nanti kalau lepas diorang balik ni ibu tanya kenapa aku tak duduk depan sekali. Haha! Jahat kau Ain. Setelah beberapa ketika aku mencuci pinggan, aku rasa perasaan yang sama lagi. Seperti diperhatikan. Laju-laju aku pusing ke belakang. Takde maknanya aku nak pusing perlahan-lahan, menambahkan lagi suspense adalah. Fuh! Aku melepaskan nafas lega. Wan Baju Biru ni rupa-rupanya. Aku sudah mengurut-urut dada. Jangan buat macam ni lagi boleh? Lemah semangat! Aku lihat dia sudah bersandar pada dinding betul-betul bersebelahan dengan pintu dapur. Dah kenapa nak jadi jaga kat situ? Aduhai.

“Nak plain water ke?” tanyaku ringkas. Semestinya aku mahu cepat-cepat menghalau dia keluar dari sini. Lagipun petang tadi dia masuk dapur memang dia minta plain water pun kan.

“Nak awak.” Kata Wan baju Biru itu bersahaja. Aku sudah berkerut dahi. Aku salah dengar ke apa ni?

I’m sorry, come again?” tanyaku meminta dia untuk ulang semula apa yang ia katakan sebentar tadi. Dia sudah tidak lagi bersandar pada dinding.

“Nak awak tolong tuangkan plain water untuk saya. Takkan saya nak memandai-mandai buka peti layan diri macam kat rumah sendiri.” Katanya kembali.    

Oh, okey. Aku ingat apalah tadi. Aku yang salah dengarlah kut. Aku pusing semula ke arah singki dan membasuh tanganku yang masih berbuih ini. Setelah itu aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air masak. Aku tuang air masak ke dalam cawan dan aku hulur kepada Wan Baju Biru itu.  

Thanks.” Ujar Wan Baju Biru seraya berjalan keluar dari dapur. Aku hanya menjawab you’re welcome di dalam hati. Nak jawab kuat-kuat pun dia bukannya dengar, membazir air liur aku aje. Selepas aku simpan botol berisi air masak ke dalam peti sejuk, aku meneruskan aktiviti mencuci pinggan mangkuk yang tergendala sebentar tadi.



* * * * * * * * * * * * *



AKU berbaring bersebelahan dengan adikku. Dia masih menghadap skrin telefon pintarnya. Bukan aku tidak tahu, dari bunyi yang dihasilkan sahaja aku sudah tahu apa yang sedang dia lakukan, bermain permainan Clash of Clans. Aku ingatkan orang lelaki sahaja yang sangkut dengan permainan Clash of Clans ataupun lebih sinonim dengan singkatan COC ini, rupa-rupanya orang perempuan pun tidak terkecuali dari terjebak dengan permainan ni. Janganlah laki aku nanti addicted dengan game COC ni. Hahaha! Amboi Ain, kau kata sekarang fasa kau rehat dari fikirkan pasal jodoh, sempat lagi kau berharap laki kau nanti bukan addicted to COC. Alaaa, berharap aje pun. Apalah sangat. Tak kisahlah bila aku akan kahwin kan.

            Aku sudah selesai membaca surah Al-Fatihah, tiga kul, ayat kursi dan doa sebelum tidur. Seketika kemudian aku dengar tiada lagi bunyi dari telefon pintar adikku dan lampu bilik juga kemudiannya ditutup. Pasti adikku yang bangun menutup lampu. Aku sudah memejamkan mata tatkala aku terasa diriku dipeluk. Adik aku memang manja begini. Dia memang suka mengiring ke kanan dan memelukku. Dan biasanya dia akan melakukan begitu apabila dia ada permintaan ataupun ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Aku masih memejam mata tetapi tetap bersedia jika adikku ini ingin berkongsi apa-apa.

            “Kesian Kak Ngah.” Amira bersuara. Serentak dengan itu mataku terbuka. Dah kenapa tetiba Mira nak kesian kat aku pula?

            “Mira mengigau ke apa ni? Tak tahu pula Angah sekarang orang boleh mengigau sebelum tidur. Yang Angah tahu selama ni orang mengigau dalam tidur.” Ujarku. Amira sudah mencubit pinggangku. Nasib baik dia cubit manja aje, taklah sakit pun. Dulu aku panggil Amira ni Adik tapi bila aku tengok dia manja sangat, aku mula panggil dia Mira. Kononnya bila dia dengar orang panggil dia Mira, dia bolehlah rasa matang sikit tapi aku tengok tak berubah pun. Dia tetap manja macam ni juga. Buat penat aje aku tukar panggil dia Mira. Haha!

            “Mana ada mengigaulah Kak Ngah! Mira memang betul-betul kesian kat Angah ni. Kesian kat Angah asyik dapat macam-macam soalan pasal kahwin aje. Entah apa-apa entah mak cik-mak cik tu. Busy body betul! Biarlah Angah nak kahwin bila-bila pun. Lagipun Mira tak puas lagi nak manja-manja dengan Angah. Dengan Kak Long dah tak boleh nak manja-manja dah.” Ujar Amira.

            “Lah, sebab itu ke? Angah ingatkan apalah tadi. Small matter ajelah Mira. Nanti dah penat diorang tutuplah mulut. Lagipun Angah kan jarang ada kat sini jadinya Angah tahan ajelah bila sekali balik tu bertubi-tubi diorang tanya macam tu. Dahlah jangan fikir pasal ni. Jom tidur, kata esok nak ikut Angah balik Selangor.” Aku menerangkan kepada adikku dan turut menyuruhnya tidak memikirkan soal ini. Pandailah aku cakap kat Mira small matter je padahal aku sendiri memang dah jemu dengar soalan yang sama.

            “Kak Ngah, tunggu Mira ajelah.” kata Amira. Aku sudah berkerut dahi mendengar apa yang adikku ini cakapkan. Mestilah Mira tak nampak dahi aku ni yang dah berkerut sebab dah tutup lampu. Tapi tunggu apa? Pelik-pelik ajelah Si Mira ni.

            “Tunggu apanya Mira? Angah tak faham.” Ujarku jujur.

            “Kak Ngah tunggu Mira aje, kita kahwin serentak satu majlis. Jimat pun ya.” Aku sudah tergelak dengan apa yang adikku ini katakan.

            “Kalau waktu tu Angah dah ada calonlah. Kalau waktu tu Angah belum ada calon tapi Mira dah ada calon, Mira langsung aje dulu okey. Angah tak kisahlah orang nak kata langkah bendul ke lompat pagar ke, biarlah apa orang nak kata.” Ujarku kepada Amira. Mira… Mira… Mentang-mentang dah nak masuk final year, dah fikir pasal kahwin ya…



* * * * * * * * * * * * *



DAPUR menjadi destinasi pertama yang aku tuju. Ibuku sedang menyediakan sarapan pagi. Aku lihat kakakku juga berada di dapur menolong ibu. Ayah dan abang iparku pastinya sedang melayan kerenah Khuwailid dan Kamil kerana aku dapat dengar suara riuh-rendah mereka. Khuwailid dan Kamil ni memang suka bangun pagi-pagi. Aku sempat memandang jam yang bergantung di ruang tamu. 8.05 pagi. Kira awal lagi ni. Sewaktu aku melangkah ke dapur, kakakku memandang sambil tersenyum lebar yang semacam. Dah kenapa Kak Long ni pagi-pagi senyum macam tu? Naik seram pun ada.

            “Assalaamu`alaikum. Selamat pagi puan-puan sekalian. Puan Afiqah pagi ni kenapa ya? Ada otot-otot atau skru-skru yang longgar dekat mana-mana?” Ujarku sambil bertanya kepada Kak Long dek kerana senyumannya yang semacam itu. Ibu dan kakakku menjawab salam. Ibu sudah mnggeleng-gelengkan kepalanya manakala kakakku makin melebar semacam senyumannya.

            “Kak Long ni dah kenapa? Cuba bila orang tanya tu jawab. Dok sengih semacam macam tu buat ngeri orang je.”

            “Hoi, orang senyum menawan dia boleh cakap sengih semacam! Kak Long bukan apa, tumpang happy untuk Angah je.” Kata kakakku.

            Happy apanya? Angah tak fahamlah. Oooohhhh, Kak Long happy Angah dah nak balik Selangor ya. Sampai hati Kak Long, Angah dahlah jarang balik kampung, sekali balik orang happy pula kita kena balik cepat.” Sengaja aku buat ayat sedih. Entah berapa harakat panjang ‘oh’ aku tadi.

            “Hish! Merepeklah Angah ni. Angah tu yang jarang balik sini. Kak Long suka je kalau Angah selalu balik sini. Ini happy pasal lain okey, tapi Kak Long tak boleh cakap. Kena ibu atau ayah yang cakap kat Angah.”

            “Apa dia ibu?” tanya aku kepada ibu sambil mengambil tempat duduk di sebelah kakakku. Ibu berpusing membawa nasi goreng yang sudah siap lalu meletakkan mangkuk berisi nasi goring tersebut di atas meja makan. Setelah itu kakakku pula bangun untuk menggoreng bihun.

            “Betul ni nak tahu sekarang?” tanya ibu. Aku sudah menganggukkan kepala. Air teh aku tuang ke dalam cawan. Minum air aje dulu, nanti sarapan pagi sama-sama dengan semua. Hehe.

            “Kalau Ain nak tahu esok mestilah Ain tanya esok bu. Ni Ain nak tahu sekaranglah.” Jawab aku bersahaja. Ibu sudah tersenyum.

            “Semalam Mak Lang kau orang ada sebut pasal boyfriend Ain…” belum sempat ibu berkata lanjut aku sudah laju-laju bersuara.

            “Ibu, jangan percaya cakap Mak Lang. Mak Lang salah sangka je. Dia bukan boyfriend Ain. Ibu kan tahu Ain mana main boyfriend-boyfriend ni.” Kakakku sudah tergelak dengan apa yang aku cakap. Ibu pun tergelak sama sebenarnya. Tiba-tiba aku rasa macam kena sabotaj dengan dua orang Puan ini.

            “Sabarlah Ain, ibu belum habis cakap lagi. Dipendekkan cerita, masa Mak Lang cakap pasal boyfriend Ain tu Auntie Mazni ada sama. Ibu dah cakap pada Mak Lang yang itu bukan boyfriend Ain tapi anak Auntie Mazni.” Sambung ibu. Aku sudah mengangguk. Lega.

            “Auntie Mazni ada cakap yang Wan tu single lagi. Dia cadangkan Wan dijodohkan dengan Ain memandangkan Ain pun masih single. Kalau ibu, memang ibu suka sangatlah Auntie Mazni kamu tu jadi besan ibu.” Ujar ibu lagi. Aku sudah geleng kepala laju-laju. Gila! Bukan aku nak cakap ibu ataupun Auntie Mazni gila tapi cadangan nak jodohkan aku dengan Wan Baju Biru tu yang gila. Takkan nak fikir ibu dan Auntie Mazni je yang suka jadi besan sesama sendiri. Kena juga fikir aku dan Wan Baju Biru tu sesuai ke tidak jadi laki bini!

            “Tak naklah ibu. Kan Ain cakap buat masa sekarang Ain nak rehat dulu dari fikir soal kahwin ni.” Aku bersuara menyatakan pendirianku buat masa sekarang.

            “Ain, kami bukannya nak kamu berdua terus nikah esok lusa. Cuba dulu kenal dengan Wan tu. Mungkin dia soulmate yang Ain cari selama ni. Tak mustahil kan?” Ibu bersuara dengan nada memujuk. Aduh! Lemah betul aku kalau ibu dah cakap macam ni, tak sampai hati nak tolak.

            “Insya Allah. Tengoklah dulu ibu. Nanti Ain dah fikir masak-masak Ain beritahu ibu ya.” Jawab aku.



* * * * * * * * * * * * *



DIA minta nak berjumpa dengan aku dulu! Itu apa yang ibu beritahu aku masa aku telefon ibu sebentar tadi. Aku rasa macam kena panah petir je waktu ibu beritahu tadi. Ibu pergi tolong setuju untuk aku pula tu! Lepas ibu dah bagi persetujuan baru ibu beritahu aku. Ibu, kenapa bu? Kenapa? Kenapa? Memanglah sebelum balik sini semula Angah ada cakap kat ibu yang Angah setuju untuk fikir masak-masak cadangan ibu, tapi sekarang ni Angah belum sempat nak letak dalam kuali lagi bu. Tengah mentah lagi ni. Kalau orang lain ni mesti diorang dah fikir sampai hangus, sampai rentung.

            Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Aku ulang beberapa kali. Aku perlu tenangkan diri. You have to face it Ain! This is part of your journey to find your soulmate. Aku menasihati diri sendiri. Selain dari Allah, takde orang lain yang faham perasaan aku sekarang ni. Jadinya selain dari mengadu pada Yang Maha Esa, aku selalu juga amalkan nasihat diri sendiri ni. Kadang-kadang berkesan, kadang-kasang tak tapi most of the time berkesanlah. Sometimes I need an expert advice and that is why I talk to myself. Who is expert about me other than myself? Hehe. Okey, jauh sangat dah aku melalut, back to reality. Aku faham sebenarnya kenapa ibu beria benar mahu melihat aku mendirikan rumah tangga. Sudah tiga tahun berlalu sejak aku memutuskan pertunangan dengan tunang ketigaku dan selepas dari itu aku mula mengambil fasa rehat dari memikirkan soal jodoh.

            Aku percaya ada jodoh yang Allah dah tulis untuk aku tapi sebahagian dari diri aku boleh dikatakan serik dalam soal jodoh ni. Tiga kali aku bertunang dan aku masih belum temui si dia yang aku yakin boleh jadi awan aku. Dan yang paling penting, awan yang aku yakin boleh bersama-sama aku melindungi rumah tangga kami nanti. Itu belum campur lagi dengan mulut orang sekeliling yang macam minta penampar berselang-seli dengan cili padi. Kalau boleh dah lama aku cili-cili mulut diorang tu. Haha! Tapi aku rasa memang dah lumrah orang kita ni suka jaga tepi kain orang lain. Umur aku baru 27 tahun pun orang dah kecoh-kecoh tanya bila nak kahwin. Aku tak faham betul. Matlamat hidup memang untuk kahwin ke? Aku umat Nabi Muhammad dan aku sama sekali tidak menolak perkahwinan. Cuma cara orang sekarang membesar-besarkan pasal perkahwinan tu macam perkahwinan itulah segala-galanya dalam hidup ni.

            Mana ada jaminan yang bila berkahwin kau akan sentiasa gembira. Samalah juga tak pernah ada jaminan bila berkahwin kau takkan berduka. Tapi semua ni sebahagian dari perjalanan kita di atas Bumi bertuah ini. Mereka yang tidak tahu kisah aku mungkin akan senang mengkategorikan aku sebagai seorang yang memilih tetapi kita memang perlu memilih. Jodoh tu Allah dah tentukan. Kita belum lahir lagi tapi jodoh kita dah tertulis. Dalam bahasa yang aku rasa paling mudah orang nak faham adalah jodoh tu macam kita tengok cerita yang ada FBI. Ada classified document yang hanya orang berhak boleh tengok dokumen tu. Samalah macam jodoh ni, dah tertulis siapa jodoh aku dan Allah tahu siapa jodoh aku. Kalau kita semua tahu siapa jodoh kita lainlah ceritanya kan. Cumanya kalau Allah kata belum masa lagi untuk aku jumpa jodoh sebenar aku, maka pertunangan aku dengan orang lain yang bukan jodoh sebenar akan terputus. Mungkin kehadiran mereka dalam hidup aku untuk memberi pengajaran lain kepada aku. Supaya aku dapat mendewasakan diri dengan apa yang berlaku. Supaya aku lebih bersedia dengan hidup aku yang akan datang.

            Aku rasa orang kita ni tak patut berfikiran sempit. Kita dah nak masuk tahun 2020 takkan minda masih kelas ketiga. Tak perlu kita nak busy body tanya orang lain bila dia nak kahwin. Kita tak tahu apa peristiwa yang berlaku dalam hidup dia. Apa cabaran dan rintangan yang dia dah lalui. Kita tak ada hak nak label dia macam-macam. Dan satu perkara yang kita perlu ingat, diri kita sendri yang belum berkahwin ni tak payahlah nak selalu update status kat Facebook ke Twitter ke cakap pasal bilalah akan jadi bakal pengantin, menunggu bakal imam bla bla bla sebab sebab belum pasti lagi kita akan jadi bakal pengantin tapi yang sudah pasti kita akan jadi bakal jenazah. Fokus dan persiapan untuk jadi bakal jenazah tu sepatutnya seiringan dengan persiapan kita mendalami ilmu rumahtangga. Sepatutnya sebelum kita pergi kursus pra-perkahwinan tu kita dah pergi kursus pengurusan jenazah terlebih dahulu.

            Tengok! Kan aku dah membebel panjang lebar! Okey aku tak nak serabutkan lagi fikiran aku. Aku baru ingat malam ni nak mula fikir masak-masak tapi dah terlanjur ibu cakap setuju untuk aku jumpa si Wan Baju Biru tu pula. Tak perlulah malam ni fikiran aku main masak-masak. Nantilah aku fikirkan macam mana dan apa aku nak cakap masa hari jumpa dia. Sekarang ni aku dah penat. Aku perlukan rehat. Sangat-sangat!

           

* * * * * * * * * * * * *



HARI yang langsung tidak aku tunggu akhirnya tiba juga. Aku lihat Amira begitu gembira bersiap kerana sekejap lagi dia bakal berjumpa dengan Hafizah. Aku sendiri berdebar-debar sebenarnya. Ini adalah perjumpaan yang Wan minta dan perjumpaan yang ibu aku persetujui sebelum memberitahu aku. Ibu berpesan supaya bawa Amira bersama. Of course ibu! Kalau Amira tak ada dekat sini sekarang Angah akan heret housemate Angah pergi jumpa dia. Takde maknanya Angah nak jumpa dia seorang diri. No worries ibu!

Tempat perjumpaan telah ditetapkan oleh Wan. Aku tidak pernah berhubung sendiri dengan Wan. Wan akan memberitahu Hafizah manakala Hafizah akan memberitahu Amira. Aku hanya akan tahu melalui Amira. Elok juga macam ini. Ada baiknya kami tidak mengetahui nombor telefon satu sama lain kerana sampai sekarang aku sendiri masih belum pasti adakah Wan merupakan soulmate yang aku cari selama ini. Dalam setiap doaku, aku berdoa supaya Allah memberi jodoh yang terbaik buat diriku.

Wan… Hanya itu yang aku tahu fasal lelaki tu selain dari fakta yang dia suka minum air masak selepas minum air manis. Nama penuh dia pun aku masih belum tahu. Oh, ada lagi satu perkara penting, dia seorang imam dalam solat yang bagus. Imam dalam rumahtangga? Itu aku tak tahu dan tak dapat nak agak. Kalau ikutkan memanglah dia nampak baik tapi don’t judge a person by his or her appearance. Ketiga-tiga bekas tunang aku dulu nampak baik juga tapi kalau dah bukan jodoh, tetap putus di tengah jalan. Ain, jodoh takkan datang bergolek Ain. Sekurang-kurangnya kau kena berusaha. Selebihnya kau sandarkan pada Yang Maha Esa. Bahagian expert dalam diri aku menasihati diri sendiri. Kalau semua orang nasihat pada diri sendiri macam ni alamatnya tak makanlah pakar kaunseling, motivasi mahupun psikiatri dalam dunia ni.

“Kak Ngah, jom! Mira dah siap.” Amira berkata kepada diriku yang sedari tadi hanya duduk di katil bujang rumah sewaku ini. Dia yang sudah siap melilit-lilit selendang yang dipakainya sudah bergerak membawa diri keluar dari bilik ini.

Aku bangun dari duduk dan menghampiri cermin muka yang bergantung pada dinding. Aku pandang pantulan diri sendiri di dalam cermin lalu aku betulkan sedikit tudung yang aku pakai. Kenapa nervous semacam ni? Ya Allah, berilah aku kekuatan. Ain, bawa bertenang. Buat macam yang sebelum-sebelum ni. Maybe he’s your soulmate that you’ve been looking for. You previously said that it is like a classified document with the name of your soulmate written on it and only the authority can see it. Allah The Almighty is the authority and you will meet your soulmate when He says so. Sekarang tugas kau sebagai hamba Allah adalah untuk berdoa dan berusaha. Berusaha dengan cara yang betul

Aku menggenggam tangan kananku bagai memberi keyakinan dan kekuatan kepada diri sendiri. Kalau ditakdirkan dia bukan soulmate kau pun, sekurang-kurangnya kau meramaikan saudara seIslam yang kau kenal kat muka Bumi ni. Yang mungkin sudi mendoakan kebaikan untuk kau suatu hari nanti. You got nothing to lose, Ain! Chin up, girl! This is just another journey finding your soulmate, Ain. Aku memulakan langkah dengan keyakinan dan kekuatan yang Allah pinjamkan. Bismillahirrahmanirrahim.





- TAMAT -



Kepada semua yang sudi baca,



Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya yang tidak seberapa ini. Ini merupakan cerpen kesepuluh dari saya. Ini cerpen sahut cabaran 2015; cabaran pertama iaitu taip cerita menggunakan first-point-of-view. Personally, saya rasa susah taip cerita guna ‘Aku’ ni sebab saya dah biasa taip cerita guna third-point-of-view tapi itulah tujuan cabaran kan?! Kalau tak cuba sampai bila-bila saya takkan tahu. Terima kasih kerana sudi baca dan maaf andai cerita ini mengecewakan dan tidak menepati citarasa anda. Nampak macam ending dia tergantung? Macam tajuk dia, Soulmate: Classified!; it is classified. Kita susah nak betul-betul pasti sampailah kita kahwin dengan seseorang. Orang yang kita kahwini itulah jodoh kita. The ending is up to your imagination. Mungkin Wan adalah soulmate Ainul Mardhiah dan mungkin juga tidak. Sakit hati atau tak sakit hati boleh tinggalkan komen. Segala bentuk kritikan mahupun kutukan  *positif mahupun negatif atau rasa tidak puas hati* berserta teguran amatlah saya alu-alukan. Apa-apa komen dari anda tetap jadi pembakar semangat saya. Mucho gracias~! Terima Kasih~! *mohon baca macam nada Alleycats ;) *



.:|[ Suha Fasihah ]|:.

2 comments:

  1. Salam....mmg bagus ceritanya...ad unsur islamik dan adap...cme pendapat sya la, klo boleh complete the story...x dinafikan, element surprise atau tergantung nie bagus tp yelah, pada sya cerpen nie klo boleh biar la complete...thats all...anyway, good job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... Terima kasih sudi baca dan komen... Yup, sy faham... Tak semua orang akan terbuka dengan ending style macam ni...

      No worries... Boleh baca eNovel terbaru sy... Ramalan Kaji Cinta... Dalam tu ada jawapan :)

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...