Social Icons

Thursday, April 23, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 3 ]|:.




so many people all around the world
tell me where do i find someone like you girl


APA yang kau orang faham pasal adil?” tanya Najwan.

Ketika itu dirinya, Wijdan dan Firhan sedang menikmati makan malam di gerai berhampiran kawasan perumahan selepas pulang dari masjid. Mereka bukanlah kaki masjid mahupun kaki surau tetapi mereka akan cuba untuk berjemaah di masjid atau surau terutamanya pada hari Khamis seperti ini. Najwan menyuap nasi goreng daging merahnya selepas pertanyaan diutarakan. Firhan menyedut air teh ‘o’ ais limaunya sebelum bersuara.

“Pada aku adil tu bila kita bersikap sama rata pada sesiapa sahaja.” Jawab Firhan agak ringkas. Najwan sudah mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan dari Firhan.

“Kau pula Jay?” tanya Najwan.

“Aku? Copy-paste ayat Fir tadi. Haha!” Jawab Wijdan. Sememangnya dia bersetuju dengan jawapan yang Firhan berikan makanya dia merasakan tidak perlu untuk dirinya membazir air liur bagi menuturkan jawapan yang sama.

“Ceh, mengelat! Mana adil cilok ayat aku.” Ujar Firhan tidak puas hati.

“Lah, baru tadi kau cakap adil tu bila kita bersikap sama rata. Jawapan sama pun kira sama ratalah ni. Adil kan?” Wijdan sudah gelak usai sahaja dia berbicara. Firhan sudah buat muka. Wijdan dan Firhan ni memang, kadang-kadang drama aje lebih! Najwan sudah geleng kepala. Makan malam tetap mereka teruskan.

“Kau orang berdua ni kan, terlebih berdrama mengalahkan perempuan. Okey, adil tu sebenarnya bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Analogi paling senang, katakanlah kau ada dua orang anak. Seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kalau sama rata, bila kau orang belikan baju melayu untuk anak lelaki, kau orang kena belikan baju melayu juga untuk anak perempuan kau orang. Nampak sama rata sebab dua-dua dapat benda yang sama kan? Tapi adilkah kepada anak perempuan bila dia dapat baju melayu? Nampak tak? Berbeza dengan adil. Bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, maka anak lelaki kau orang belikan baju melayu dan anak perempuan kau orang belikan baju kurung.” Ujar Najwan berserta analogi yang mudah untuk difahami.

Dalam hati, Wijdan sudah mengiyakan apa yang Najwan katakan. Kadang-kadang benda macam ni kita tak terfikir walaupun sebenarnya benda mudah. Time macam ni baru nampak aura matang Wan dan terserlah dia paling tua antara kitorang semua. Haha! Tapi itulah, tak semua orang boleh terima dia. Dulu kami menyewa berlima dekat rumah sewa tu. Seorang keluar sebab dia dah nikah tapi seorang lagi keluar sebab tak boleh terima bila Wan tegur dia. Aku pun tak faham. Wan ada juga tegur aku dan Fir tapi kitorang takdelah sentap mengalahkan perempuan. Aku rasa Wan ni dah sebaik-baik manusia dah. Okey, statement tu melebih-lebih tapi Wan bawa banyak perkara positif kat dalam rumah sewa tu. Sejak peristiwa tu berlaku, sampai sekarang kita orang selesa menyewa bertiga je.

“Woi, berangan! Orang tanya soalan tak jawab-jawab. Kau ingat kat siapa hah? Ada awek baru ke?” Suara Firhan yang sudah kuat dari biasa seperti menyeru roh Wijdan kembali ke alam nyata.



Najwan sudah tergelak. Habislah kalau Jay ada suka kat someone. Mahu makhluk berdua ni berebut orang yang sama. Tak berapa yakinlah aku dengan perjanjian damai yang dia orang pernah buat tu.

“Mana ada berangan. Kau ni tak boleh bagi aku makan dengan aman sikit. Aku nak kunyah nasi empat puluh empat kali ni. Kau tanya apa tadi?” Wijdan membela diri dan melemparkan soalan kepada Firhan.

“Kita janji dengan yang lain nak main laser tag tu bila? Sabtu ataupun Ahad ni?” Firhan mengulangi soalan dia utarakan sebentar tadi semasa Wijdan sedang berangan.

“Oh, pasal tu. Sabtu ni. Kenapa?”

“Nak ajak Wan join. Amacam Wan? Sabtu ni, laser tag dengan Tough, Red and Black, jomlah main sekali. Lama dah tak main.” Firhan mempelawa Najwan untuk turut serta aktiviti yang dirancangkan pada hari Sabtu ini.

Najwan berhenti makan untuk seketika. Lambat-lambat dia kunyah nasi goreng yang masih ada di dalam mulutnya. Sabtu ni? Alamak, dah janji nak jumpa calon menantu mak, tinggal nak set tempat nak jumpa kat mana je.

“Sabtu ni? Tak boleh joinlah weh. Aku ada hal lain. Insya Allah next time kau orang main aku join. Lain kali beritahulah awal-awal weh.” Ujar Najwan. Terpaksa menolak pelawaan menarik dari Firhan. Firhan baru membuka mulut untuk berkata sesuatu tetapi Wijdan terlebih dahulu bersuara.

“Ni kira awallah weh. Kau tahulah budak-budak tu memang lambat respond bila tanya.”

Wijdan pandang Firhan dan dia angkat kening sebelah. Sengaja membuat provokasi kerana dia tahu ayat yang dia baru tuturkan tadi merupakan apa yang Firhan mahu suarakan.

Najwan hanya memandang gelagat rakan serumahnya ini. Kadang-kadang aku pelik plus kagum dengan chemistry antara Wijdan and Firhan ni. Seorang baru nak buka mulut cakap something, yang seorang lagi dah cakap apa yang dia nak cakap. Sudahlah pernah suka kat orang yang sama. Dia orang ni macam kembar pun ada. Kembar lain tahun, lain mak ayah. Haha!







PULANG dari makan malam, masing-masing membuat hal sendiri. Firhan awal-awal sudah menghadap televisyen selepas menukar kepada pakaian rasmi apabila berada di dalam rumah. Wijdan kembali ke ruang tamu dengan memakai seluar paras lutut. Telefon pintar setia di tangannya. Memandangkan Firhan menonton televisyen sambil berbaring di atas lantai, dia berbaring di atas satu-satunya sofa yang ada.

            “Fir, kau dah attack war belum?” tanya Wijdan. Segera permainan Clash of Clans dibuka. Dia memaksudkan sudahkah Firhan menyerang musuh mereka dalam peperangan di permainan Clash of Clans itu.

            Slowlah kau ni. Aku start je war terus attack ikut nombor. Lagi second attack aku hold dulu. Tengok ada sesiapa yang tak lepas attack nanti aku cover.” Jawab Firhan. Matanya masih memandang skrin televisyen.

            Slow amende. Aku ni fast and furious, dua-dua attack dah guna. Haha!” Jawab Wijdan sambil melihat sebarang kemajuan bagi clan mereka dalam war tersebut.

            “Weh, kenapa Wan tak attack? First attack pun belum guna lagi ni. Selalunya dia yang terlebih fast and furious dari kita.” Wijdan kehairanan.

            “Entah, kan dia jadi pelik sikit sejak minggu lepas. Ni salah satu perkara pelik yang jadi kat dia. Nasib baik masa makan tadi dia normal je.” Ujar Firhan.

            “Dia tengah buat apa terperap dalam bilik tu?” tanya Wijdan. Firhan hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.







NAJWAN mencapai gitar lalu duduk di atas katil bujangnya. Dia tidak tahu apa yang sedang Wijdan dan Firhan buat di luar tetapi dia tidak berniat mahupun berminat untuk ikut serta. Buat masa sekarang, dia sememangnya lebih selesa menyendiri jika bukan waktu kerja, waktu solat ataupun waktu makan. Tangan kiri menekan tali gitar bagi kord tertentu manakala tangan kanannya mula memetik gitar.



Hiding from the rain and snow

Trying to forget but I won’t let go

Looking at a crowded street

Listening to my own heartbeat



So many people all around the world

Tell me where do I find someone like you girl



Take me to your heart take me to your soul

Give me your hand before I’m old

Show me what love is – haven’t got a clue

Show me that wonders can be true



They say nothing lasts forever

We’re only here today

Love is now or never

Bring me far away



Najwan menyanyikan lagu Take Me To Your Heart dendangan Michael Learns To Rock. Dia teringatkan si dia yang berjaya mencuit hati. Namun dalam masa yang sama janji dengan si ibu perlu dia tepati. Gitar terus dipetik, nyanyian diteruskan.



Take me to your heart take me to your soul

Give me your hand and hold me

Show me what love is – be my guiding star

It’s easy take me to your heart



Standing on a mountain high

Looking at the moon through a clear blue sky

I should go and see some friends

But they don’t really comprehend



Don’t need too much talking without saying anything

All I need is someone who makes me wanna sing



            Usai menyanyikan lagu tersebut, gitar diletakkan di tepi. Tubuh dia sandarkan pada dinding. Mujurlah rumah sewa mereka ini merupakan rumah paling hujung dan dia tidak rasa nyanyiannya akan didengari oleh pasangan suami isteri sebelah rumah. Pandangan mata Najwan jauh ke hadapan seperti sudah berjaya menembusi dinding bilik. Dirinya masih dalam dilema. Dilema antara pilihan hati yang tidak dia tahu berada di mana dengan pilihan ibu yang bakal dia jumpa.

            “Oi Mat Jiwang! Clan kita tengah war ni, kau bila nak attack?” sergah Wijdan.

            Najwan yang terkejut mendengar suara garau yang mengetuk gegendang telinganya segera berpaling ke arah pintu bilik. Kelihatan Wijdan sudah bersandar sambil tangannya bersilang di dada.

            “Kejap lagilah aku attack. Malam masih muda.” Jawab Najwan ringkas.

            “Pffttt! Malam masih muda konon. Memanglah malam masih muda tapi lagi dua jam war nak habis ni. Nak tunggu malam tua karang habis pula war tu, tak sempat kau nak attack. Clan kita sikit lagi ni nak menang.” Wijdan berhujah panjang.

            Okay bro, chill. Jap lagi aku attack. Tadi tengah masak naga.” Ujar Najwan. Masak naga yang dimaksudkan oleh Najwan sebenarnya merujuk kepada train naga di barrack.

            “Sekarang ni kan Wan, aku tak tahulah kau ni Mat Jiwang ke Mat Jiwa Kacau. Perangai kau peliklah sejak minggu lepas. Asyik nyanyi lagu cinta pula tu. Seriously bro, I cannot brain this. Kau ni dah kenapa sebenarnya? Ada kisah cinta tak kesampaian yang kita orang tak tahu ke? Well, welcome to the club. I feel you, bro.” kata Wijdan. Siap mengalukan Najwan ke kelab cinta tidak kesampaian. Ceh!

            “Hampehlah kau! Mana ada kisah cinta tak kesampaian. Sejak bila kau orang kisah lagu apa yang aku nyanyi ni? Masa kau orang nyanyi lagu cinta aku tak kecoh pun. Aku cuma menyanyi ajelah, takde maksud lain. Tak payah nak ‘I feel you bro’ sangatlah.” Najwan membela diri. Perangai aku sekarang pelik sangat ke? Aku tak rasa macam tu!

            “Yelah, tuan punya badan dah cakap macam tu. Aku percaya. Aku percaya sangat. Aku percaya sangat-sangat. Aku percaya sangat-sangat sampai tak tahu nak cakap macam mana dah rasa percaya sangat-sangat aku ni.” Wijdan bersuara. Masih dengan muka tidak percaya walaupun bibir menuturkan yang dia percaya. Lebih kepada perli sebenarnya.

Najwan buat-buat tidak tahu dengan apa yang Wijdan ucapkan. Nak perli akulah tu. Sesuai sangatlah dengan dp WhatsApp dia. Ada ke patut dp WhatsApp Jay letak ‘I speak fluent sarcasm’. Katanya dia save dari akaun Twitter someone.

Wijdan tidak tunggu lama. Dia bergerak untuk keluar dari bilik Najwan. Sebelum menutup pintu, dia sempat bersuara.

            “Ingat, jangan lupa attack!”

            Pintu bilik Najwan ditutup rapat oleh Wijdan. Najwan mengalihkan gitar dan dia berbaring di atas katil.  Jika tadi pandangan mata Najwan jauh ke hadapan seperti sudah berjaya menembusi dinding, kini pandangan matanya jauh ke hadapan seperti sudah berjaya menembusi siling.

            Sabtu. Lusa ni dah Sabtu dah. Nak tak nak kena hadap juga calon yang mak cakap tu. Tempat nak jumpa belum set lagi. Haish. Kenapa dengan kau ni Wan? Kau dah janji nak kenal dulu dengan calon mak kan? Then, berkenalanlah dulu, bukannya kau wajib terima calon mak tu. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi calon mak itu.

             Telefon pintar dicapai. Aplikasi WhatsApp dia buka. Mesej buat adiknya, Hafizah dia taip seadanya. Dia memberitahu tempat pertemuan untuk hari Sabtu ini. Dia turut memberitahu adiknya yang dia akan ke rumah Mak Long mereka bagi menjemput adiknya terlebih dahulu pada hari Sabtu nanti. Selepas mesej dihantar, telefon pintar dia ‘lock’. Mata kembali merenung siling. Hati masih pada si dia yang berjaya mengetuk pintu hati tetapi kemudiannya berjaya menghilangkan diri.

            Tell me where do I find you girl…




…insya Allah, akan bersambung… cuma tak tentu lagi bila…



Kepada anda yang sudi baca,

Terima kasih banyak-banyak… saya tahu masih banyak kekurangan tapi terima kasih kerana tetap sudi meluangkan masa berharga anda untuk baca karya picisan saya ni… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

ps: ok again, saya masih ada ‘hutang’ Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar… kena bertabah banyak nak sambung cerita tu… doakan semoga semua berjalan lancar… aamiin… entah bila SIBB akan disambung... nak buat macam mana jejari ini gatal pergi menaip RKC pulak...

.:|[ Suha Fasihah ]|:.


Credit: someone's twitter that I don't remember...

 

11 comments:

  1. kak bila nak sambung isteri baru belajar?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jawab 'no comment' je boleh??? Haha!

      Seriously Bab 10 SIBB akak dah mula taip tapi stuck, then tangan ni gatal pi taip RKC ni pulak...

      Hmmm... Akak cuba sambung ek... Insya Allah... Cuma tak boleh nak janji bila...

      Delete
  2. Akak, sambung lagi please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik adik Ain Nia :)

      Terima kasih sudi baca dan komen... Hehe~ Memang tengah sambung Bab 4 ni tapi tak janji bila dapat siap... Akak try semampunya ek... Mana tahu kerajinan melanda weekend ni ada Bab 4... ;)

      Delete
  3. keep on pressing the refresh button, tak sabar nak tunggu next chapter. <3 Loving it so much!

    ReplyDelete
  4. keep on pressing the refresh button. tak sabar nak tunggu next chapter. loving it so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anonymous,

      Thank you so much :)
      Insya Allah malam ni atau esok sy post entry baru...

      Style sy lps siap takkan terus post... Sy akan baca sekali then suruh Cik proofreader sy baca jgk... Tgk apa komen dia and sy akan baca lg 2, 3 kali... Waktu ni lebih nampak typos sblm tu yg terlepas pandang... Sorry buat anda tertunggu2 and thank you :)

      Delete
    2. Dah baca dahhhh.. Thank YOU. 😘

      Delete
    3. Wahhh cepatnyaaa.. Thank you for reading! Sorry for any flaws...

      Delete
  5. Sungguh best!! I love WiFi sooo muchh... sori lambat bace sis. Tp seriously no need Cik Proofreader anymore!! Sbb dah best & perfecto! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I heart WiFi too~ haha

      Mana ada perfecto, banyak kena improve lg ni... Cik proofreader tak berbayar tetap diperlukan.. Lalala~

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...