Social Icons

Friday, May 01, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 5 ]|:.




I am number four…

INI boyfriend Ain ke? Balik ni nak kenalkan kat familylah ya? Pandai Ain cari calon, sepadan dengan Ain. Warna baju pun sedondon je. Mak Lang jamin mesti ibu Ain approve ni.”

            Ayat yang ibu saudara Ainul Mardhiah pernah tuturkan semasa di kampung tidak lama dahulu kembali terngiang-ngiang di telinganya. Dia seperti dapat bayangkan semula babak semasa dia sedang mendukung Kamil, anak kedua kakak kandungnya. Ketika itu ibu saudaranya muncul untuk majlis kecil yang diadakan di rumah ibubapanya dan Wan Baju Biru pula pada ketika itu sedang berdiri di sebelahnya sehingga membuatkan ibu saudaranya itu tersalah sangka.

            Semua ni takkan jadi kalau Mak Lang tak pergi cakap pada ibu pasal isu boyfriend tu. Ada ke patut Mak Lang ingatkan Wan Baju Biru tu boyfriend aku dan dia pergi cakap pada ibu depan mak Wan Baju Biru pula tu! Haish! Lepas tu memanglah ibu ada beritahu Mak Lang yang aku still single dan lelaki tu bukan boyfriend aku tapi sebenarnya anak Auntie Mazni, kawan baik ibu tu yang datang majlis tu. Masalahnya Auntie Mazni pula pergi cakap pada ibu yang anak dia single juga. Dia cadangkan nak kahwinkan kita orang maka ibu dan Auntie Mazni dapatlah berbesan. Nice kan? Maksud aku, ‘nice’! Huarghh! Tiba-tiba aku rasa sekarang ni aku mangsa keadaan.

            Tapi Ain, Mak Lang cuma cakap apa yang dia sangka aje. Mungkin sebab dia nampak kau orang berdua sepadan sebab tu dia cakap macam tu. Janganlah nak salahkan Mak Lang, ibu ataupun Auntie Mazni. Semua yang berlaku tu atas kehendak Allah. Siapalah kita nak melawan takdirNya. Seperti biasa, bahagian ‘expert’ dalam diri Ainul Mardhiah menasihatinya. Fikirannya tidak begitu fokus.

Waktu itu dia dan Amira baru sahaja tiba di medan selera Mid Valley Megamall. Mereka berdua terus mengambil tempat duduk walaupun sekarang masih belum ramai orang dan tidak perlu berebut. Ainul Mardhiah hanya tunduk merenung meja. Amira sudah semestinya terus bermain Clash of Clans di telefon pintarnya.

“Mira tak nak beli air dulu sambil tunggu dia orang?” tanya Ainul Mardhiah setelah beberapa minit mereka hanya berdiam. Dia kerling jam di pergelangan tangan, masih berbaki lima belas minit sebelum masa yang dijanjikan. Amira sudah menggelengkan kepalanya.

“Takpe Kak Ngah, tunggu dia orang sekalilah lagipun tadi Fiza ada cakap dia orang nak sampai dah.” Ujar Amira.

Ainul Mardhiah hanya mengangguk tanda faham. Eh, Mira cakap apa tadi? Dia orang nak sampai dah? Kenapa aku dapat rasa jantung aku dah berdegup dua tiga macam aje ni? Oh pleaselah cik jantung, kau jangan macam-macam! Buat biasa sudah. Macamlah tak biasa. This is not our first time, remember?


Benar seperti apa yang Amira katakan, tidak lama selepas itu Ainul Mardhiah nampak Hafizah yang sedang berdiri dan memandang sekeliling. Mungkin sedang mencari dirinya ataupun Amira. Dia lihat Hafizah dari tadi melingkari tangannya dengan tangan Wan Baju Biru. Kalau aku tak tahu dia orang ni adik-beradik mesti aku ingat dia orang ni suami isteri. Sudahlah muka memang takde iras-iras langsung.

Ainul Mardhiah mengangkat tangan melambai-lambai ke arah Hafizah. Nak harapkan Amira? Kirim salam ajelah. Amira sendiri masih tidak tahu yang Hafizah sudah tiba. Tekun sekali matanya memandang skrin telefon pintarnya. Hafizah yang sudah ternampak lambaian tangan Ainul Mardhiah segera menarik lengan abangnya untuk mengikut langkahnya namun selepas beberapa tapak melangkah, tiba-tiba abangnya itu berhenti. Hafizah memandang abangnya pelik. Dah kenapa tiba-tiba berhenti tengah jalan? Dia tarik sekali lagi lengan abangnya dengan lebih kuat dan mereka sama-sama berjalan menuju Ainul Mardhiah dan Amira.

Ainul Mardhiah mencuit Amira. Amira mengangkat muka dan terus terpandang wajah Hafizah. Segera telefon pintar dia letak di atas meja lalu dia bangun dan bersalaman serta berpelukan dengan Hafizah. Gayanya seperti sudah terlalu lama mereka tidak berjumpa. Setelah itu Hafizah bersalaman dan berpelukan dengan Ainul Mardhiah pula.

“Assalaamu`alaikum.” Salam diucapkan oleh lelaki itu.

“Wa`alaikumussalam.” Jawab Ainul Mardhiah dan Amira hampir serentak. Amira menyambung bicara, “Jemputlah duduk. Kita orang tak beli apa-apa lagi ni, memang tunggu kau orang. Tapi jangan risau, kita orang pun baru juga sampai ni.”

Mereka semua mengambil tempat duduk. Ainul Mardhiah seperti sebelum ini, duduk di sebelah kanan Amira. Hafizah duduk di sebelah kiri Amira manakala abangnya pula duduk di hadapan Ainul Mardhiah.

Dah kenapa dia duduk depan aku ni? Kalau dia duduk depan adik dia tak salah kan? Masih boleh berkenalan dan berbincang. Haish! Fiza pula duduk sebelah sana Mira kenapa? Lepas tu berborak dua orang entah topik apa. Tiba-tiba menyesal pula aku setuju masa Mira pilih meja untuk enam orang ni tadi. Ainul Mardhiah sudah tidak senang duduk.

“Ehhhh, sekejap-sekejap! Sebelum apa-apa Fiza nak cakap yang Fiza suka kalau Kak Mar jadi kakak ipar Fiza.” Ujar Hafizah dan turut tersengih. Amira sudah mengangguk-anggukkan kepala.

“Mira pun! Mira setuju kalau Abang Wan jadi abang ipar Mira. Padankan dia orang berdua ni Fiza? Pakai baju pun warna yang sama.” Amira pula menuturkan komen menambah perisa.

Sejurus Amira menuturkan ayat yang terakhir, Ainul Mardhiah terus memandang baju lelaki yang duduk di menghadapnya ini dan kemudian memandang pula baju yang dia sendiri pakai, biru! Sama lagi. Skrip drama sangat! Lelaki di hadapannya itu sudah tersengih. Dia ni kerja memang tersengih aje ke? Masa Mak Lang tegur benda yang sama dulu dia tersengih juga.

“Okey, itu aje kita orang nak cakap.” Ujar Amira. Setelah itu dia dan Hafizah tenggelam dengan dunia mereka sendiri. Masing-masing berbual dan menunjukkan base mereka di Clash Of Clans.

Hai, Fiza pun main COC? Memang padanlah dia orang berdua ni. Komen Ainul Mardiah di dalam hati. Dia masih lagi berdiam diri. Selagi dia tak cakap apa-apa aku nak diam aje. Hahaha! Lagipun dia yang minta perjumpaan ni kan? So sepatutnya dia yang mula dulu.

“Kau orang nak minum apa? Abang pergi beli. Nak makan terus ke apa? kalau nak makan terus jom ikut sekali.” Ujar lelaki itu sambil memandang Hafizah dan Amira.

“Minum ajelah dulu. Fiza tak kisah air apa-apa.” Jawab Hafizah.

Same here. Mira pun tak kisah air apa-apa.” Amira pula bersuara.

“Air apa-apa tu apa? Abang main beli aje karang kau orang tak suka pula.”

“Suka je.” Jawab Hafizah dan Amira serentak. Setelah itu mereka tertawa. Tidak menyangka jawapan yang sama keluar dari mulut mereka.

“Awak?” tanya lelaki itu apabila pandangan mata jatuh pada Ainul Mardhiah.

“Teh ais.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas.

Fuhhh! Ainul Mardhiah melepaskan nafas lega setelah lelaki itu berlalu ke bahagian minuman. Kenapa aku rasa macam tak boleh nak bernafas dengan tenang? Tempat yang kita orang duduk ni kekurangan oksigen ke? Aku tengok orang lain takde pula tanda-tanda tak cukup oksigen.

Air minuman tiba. Teh ais diletakkan di hadapan Ainul Mardhiah manakala tiga air yang lain diletakkan di hadapan Hafizah, Amira dan dirinya sendiri. Lelaki itu kembali duduk.

“Kita orang nak pergi washroom kejap eh.” Hafizah berkata dan terus menarik tangan Amira. Belum sempat Ainul Mardhiah berkata apa-apa kedua-dua gadis itu terus berlalu pergi. Aik, nak pergi washroom dah? Air baru aje sampai tak sempat minum lagi dah nak ke washroom. Sabar ajelah dengan dua orang anak bongsu yang satu kepala tu.

“Tak beli mineral water ke?” tanya Ainul Mardhiah setelah dia nampak semua air yang dibeli adalah air manis.

Ya Allah, Ain apa yang kau buat ni? Sejak bila pula kau ramah dengan dia siap tanya pasal air? Rasa nak cili-cili aje mulut ni tapi tak sampai hati pula nak cili mulut sendiri! Rasa nak tampar-tampar aje mulut ni tapi takkan nak tampar depan dia. Nampak sangat! Kat rumah nantilah aku tampar-tampar mulut yang terlepas cakap ni. Aduhai.

Lelaki itu terkaku seketika. Dia ni spesies ‘I speak fluent sarcasm’ juga ke apa? Okey, mari bersangka baik! Dia tak perli tapi dia prihatin. Masa majlis kat rumah mak ayah dia dulu kan dua kali aku minta plain water dari dia. Hmmm, dia still ingat!

“Dah habis minum yang ni nanti baru saya pergi beli. Saya rasa kita dah boleh mula. Apa kata awak perkenalkan diri awak dulu.” Ujar lelaki itu.

Ainul Mardhiah sudah buat muka. Erk, dia yang cadangkan nak buat perjumpaan and then dia suruh aku yang perkenalkan diri dulu? Dia ni macam salah apply konsep ladies first je. Situasi kita orang ni patutnya dialah yang perkenalkan diri dulu.

“Macam yang awak dengar Fiza panggil saya tadi, nama saya Mar. So, you can call me Mar.” jawab Ainul Mardhiah.

“Mar aje? Pendek betul nama awak. Nama panjang takde?” soalnya.

“Eh ada. Apa pula takde. Nama pendek Mar. Nama panjang Marvelous.” Ujar Ainul Mardhiah. Dia menahan tawa. Haha! Padan muka kau. Lain kali suruh lagi aku perkenalkan diri dulu!

Oh really? Nama pendek saya Bad. Nama panjang Badang. Kira sesuailah nama kita kalau digabungkan, Badang Marvelous.” Lelaki itu tertawa kecil. Kali ini terus mati ketawa yang Ainul Mardhiah sembunyi. Dia sudah menarik muka masam.

“Awak, serious sikit boleh tak?” Ainul Mardhiah bersuara. Si ‘Badang’ sudah tersenyum.

“Saya boleh serious kalau awak pun serious sama. Kita kena berkenalan dan berbincang hala tuju kita dan permintaan mak-mak kita. Itu tujuan utama saya ajak jumpa ni.”

Ainul Mardhiah sudah menunduk. Itu yang lemah semangat tu. Cadangan mak-mak kita orang yang nak berbesan sesama mereka. Walaupun ibu cakap ibu tak paksa aku terima tapi jauh di sudut hati ibu, aku tahu yang kalau boleh ibu nak aku terima. Sebenarnya aku takde masalah nak terima calon ibu tapi mamat ni akan setuju ke? Mana tahu dia ada suka orang lain tapi Auntie Mazni tak tahu dan anggap dia masih single. Macam mana tu? Tak ke haru?

Ainul Mardhiah masih berperang dengan diri sendiri. Dia angkat muka dan pandang Si ‘Badang’. Seketika cuma, kemudian dia kembali menunduk. Dari ekor matanya dia tahu ada orang sedang menghampirinya dan berdiri di sebelah meja. Err, siapa pula ni? Ainul Mardhiah angkat muka dan menoleh ke kanan. Dia? Dalam banyak-banyak orang kenapa mesti dia?
                                                                                   
“Jadi, Ain dinner semalam dengan lelaki inilah ya? Siap pakai baju warna sedondon lagi. Seriously Ain? Kenapa dulu bila Fiq ajak keluar ada aje alasan Ain? Takde orang dapat temanlah, tak nak keluar berdualah, ada program lainlah.” Taufiq sudah bersuara agak kuat. Lumrah manusia, ada sahaja mata-mata di sekeliling yang memandang. Si ‘Badang’ sudah memandang Ainul Mardhiah dan lelaki yang baru tiba itu silih berganti. Memandang dengan pandangan bersahaja tetapi dia dapat agak yang Ainul Mardhiah mengenali lelaki itu.

Waktu macam ni aku rasa nak pergi ketuk-ketuk kepala budak berdua yang pergi washroom tu. Lamanya dia orang pergi padahal washroom tu bukannya jauh pun. Dia orang ni pergi washroom ke tolong renovate washroom. Kalau dia orang ada tadi takdelah Taufiq fikir yang bukan-bukan. Taufiq ni pun tak boleh nak fikir lojik ke? Dah nampak ada empat gelas air ni takkanlah aku keluar dengan Badang ni berdua aje? Aduhai. Ainul Mardhiah sudah beriak tidak selesa. Semestinya tidak selesa dengan kehadiran Taufiq dan ditambah pula pandangan dan jelingan mata-mata lain di medan selera ini. Hanya Si ‘Badang’ depan mata sahaja tidak bereaksi pelik. Hanya memandang dengan pandangan biasa. Dia ni dah banyak kali tengok situasi macam ni ke apa?

“Fiq, saya rasa apa yang saya buat memang takde kaitan langsung dengan awak. Saya harap awak faham dan tolong jangan ganggu saya. I’m about to have my lunch. Please.” Ainul Mardhiah bersuara seperti biasa. Dia berharap agar Taufiq faham dan pergi meninggalkan meja ini.

“Senangnya awak cakap Ain. Saya tak sangka awak macam ni! Awak bukan Ain yang saya kenal dulu.” Ujar Taufiq lagi. Masih dengan nada suara yang kuat.

Si ‘Badang’ berdiri menghadap Taufiq. Dia menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.

“Najwan.” Ujar Si ‘Badang’ memperkenalkan diri semasa Taufiq menyambut huluran salamnya. Taufiq tidak memperkenalkan dirinya kepada Najwan. Pandangan mata Taufiq tajam memandang Ainul Mardhiah.

“Saudara, saya rasa ada baiknya saudara pergi dari sini. Sini tempat awam, tak elok bertegang-urat kat sini. Sama-sama dapat malu.” Najwan bersuara dengan berhemah sekali. Taufiq memandangnya.

“Kau siapa nak suruh aku pergi dari sini? Aku tengah bercakap dengan Ain. Aku tahu Ain masih sayang dan tunggu aku. Kau tak tahu apa-apa tolong senyap boleh tak!” Taufiq bersuara dengan yakin.

“Insya Allah, saya bakal suami dia. Saya rasa kalau dia masih tunggu awak, dia tak akan terima saya. Jadi saya minta awak tak payah buat kecoh dekat sini.” Tenang sekali butir bicara Najwan. Ainul Mardhiah sudah terkebil-kebil memandang kedua-dua orang lelaki itu. Bila masa aku setuju?

Taufiq sudah tersenyum senget.

“Bakal suami? Haha! Don’t be so sure bro. Belum tentu kau dapat jejak pelamin dengan Ain sebab Ain akan nikah dengan aku, bukan dengan kau!” Taufiq memandang tajam Najwan ketika berbicara. Setelah itu dia pandang pula Ainul Mardhiah.

“Okey Ain, Fiq tak nak kecoh kat sini. But you have to explain about this nonsense thing. I’ll get back to you later.” Ujar Taufiq sambil berlalu dari situ. Dia membatalkan niat untuk makan tengah hari di situ setelah apa yang baru berlaku.

Najwan memandang Taufiq sampailah kelibat lelaki itu hilang dari pandangan mata. Dia kembali mengambil tempat duduk. Ainul Mardhiah kembali menunduk. Najwan membasahkan tekaknya dengan air minuman. Dia kemudian bersandar pada kerusi.

Would you care to explain, Cik Marvelous?” tanya Najwan setelah hampir seminit mereka berdiam diri. Ainul Mardhiah sudah tarik nafas dan dihembusnya nafas perlahan-lahan.

He’s my ex…

Ex-boyfriend?” tanya Najwan meminta kepastian. Lambat-lambat Ainul Mardhiah menggelengkan kepala.

Ex-fiance…” jawab Ainul Mardhiah. Najwan sudah mengangguk faham. Seketika kemudian Ainul Mardhiah menyambung bicara.

“Yang ketiga…”

Najwan sudah terkejut mendengar butiran yang baru keluar dari mulut Ainul Mardhiah. Okey, aku boleh terima lelaki tadi bekas tunang dia, tapi yang ketiga? Bekas tunang yang ketiga? Tiga?

Najwan menarik nafas lemah. Dia memandang gelas minuman. Setelah nafas dihembus, dia pandang Ainul Mardhiah.

So, I am number four.” Najwan bersuara. Nadanya kedengaran seperti ayat tanya tetapi dalam masa yang sama turut kedengaran seperti ayat penyata.

Ainul Mardhiah sudah berkerut dahi. Dah kenapa tiba-tiba I Am Number Four bagai? Cerita tu dah lamalah. Dah basi dah. Ketinggalan zaman ke apa dia ni? Namun selepas itu Ainul Mardhiah dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh lelaki di hadapannya ini. Oh, dia nak maksudkan yang itu ke? Oo..key…

Not really. Basically kita takde apa-apa hubungan so you’re not number four.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas.

Najwan sudah membuang pandang ke tepi. Dia perlu menenangkan diri dan menghadam sepenuhnya maklumat yang dia baru terima sebentar tadi.

Ainul Mardhiah sudah berkerut dahi. Err, aku ada salah cakap ke? Rasanya takde. Adakah ini tandanya dia akan reject idea mak-mak kita orang ni? Hoyeah! Ainul Mardhiah sudah bersorak di dalam hati.


…insya Allah, akan bersambung… cuma tak boleh nak janji bila…


Kepada anda yang sudi baca,

Terima kasih banyak-banyak… saya tahu masih banyak kekurangan tapi terima kasih kerana tetap sudi meluangkan masa berharga anda untuk baca karya picisan saya ni… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

Saya rasa bab ni banyak dialog… sorry kalau anda jenis lagi suka banyak naratif… sudilah kiranya anda menjawab soalan simple sy ni *jawab sebagai anonymous pun takpe* {malas nak buat poll… bila2 masa anda boleh komen ya…}

Apakah yang anda lebih suka:

a) Banyak dialog
b) Banyak naratif (penceritaan, penerangan)
c) Dialog & naratif yang sama banyak

Thank you in advance…

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

9 comments:

  1. Tak puasss.. nak lagi.! haha. thank you…

    saya suka kalau balance, kiranya dialog & naratif sama banyak.

    tapi yg paling saya suka…. cerpan (cerpen panjang) can't wait for your next cerpan.

    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, terima kasih sudi baca dan komen... Insya Allah akan cuba terus sambung Bab 6 kalau rajin... Wuwuwu

      Itulah, masa taip kadang2 tak sedar... Bila baca balik baru nampak lagi banyak dialog... Byk lg kena improve ni...

      Thanks!

      Delete
  2. Saya suka balance jugak.. Adoii... Baru syok baca.. Tup tup bersambung pulak... Aduyaiiiiii ~ Frust giler... Haha.. Apa2 pun saya tunggu sambungannya... Huhu... Fighting!! [^_^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Qyara: terima kasih sudi baca dan komen... Terima kasih jgk sudi menjawab soalan survey itu... Hehe

      Insya Allah sambungannya akan diusahakan... Thanks! ^,^

      Delete
  3. Saya suka balance dan saya harap sesangat yg akak akan smbung lagiㅠㅠ best~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, terima kasih sudi baca dan komen :) cerita biasa2 dan diharapkan ada pengajaran yang sampai pada pembaca, insya Allah...

      Lepas ni akan diusahakan untuk balance... Hehe... Bab 6 boleh dikatakan 95% siap... Insya Allah esok atau lusa akak update kat blog...

      Thanks!

      Delete
  4. Me too suke balance.. tp kalo ade part WiFi, dialog banyak pon xpe.. Hihi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho~ part WiFi mencabar sebab kena buat dialog sempoi... Especially wijdan sebab dia spesies 'I speak fluent sarcasm' huhuhu

      Delete
    2. Hoho~ part WiFi mencabar sebab kena buat dialog sempoi... Especially wijdan sebab dia spesies 'I speak fluent sarcasm' huhuhu

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...