Social Icons

Tuesday, May 05, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 6 ]|:.




ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa

BOLEH saya tahu siapa nama lelaki tadi?” tanya Najwan setelah beberapa minit dia menenangkan fikiran.

            Ainul Mardhiah menyedut air teh aisnya. Dia menyusun ayat di dalam kepala.

            “Taufiq. Nama dia Taufiq. Saya minta maaf pasal tadi. Saya sendiri tak jangka dia boleh ada dekat sini. Tak pasal-pasal awak kena tempias sekali.” Ujar Ainul Mardhiah. Dia benar-benar rasa bersalah pada Si ‘Badang’ di hadapannya ini walaupun dia akan bersyukur jika Si ‘Badang’ membuat keputusan untuk tidak menerima cadangan ibunya dan Puan Mazni ini. 

     Bukan sebab dia ni jahat ke apa, mungkin sebab lepas semua yang dah jadi ni aku rasa aku masih belum bersedia.

“Biasalah tu Cik Marvelous. Dunia ni kan kecil aje apatah lagi KL ni, pusing sini pusing sana balik-balik jumpa orang yang sama. Tapi kenapa dia panggil awak Ain? Awak cakap nama awak Mar.” Najwan kembali bertanya. Hairan juga lelaki tadi memanggil Cik Marvelous di hadapannya ini dengan panggilan Ain.

Ainul Mardhiah menahan tawa. Kelakar dia rasa apabila lelaki itu menyebut Cik Marvelous. Dia ni serius ke ingat nama aku Marvelous? Haha! Tak kut. Benda boleh fikir lojik. Takkanlah ibu dan ayah aku nak bagi nama Marvelous kat aku. Memanglah tak salah asalkan nama tu bawa maksud yang baik tapi peliklah! Haha!
           
“Ain nama saya, Mar pun nama saya. Family members dan jiran-jiran memang panggil saya Ain, orang lain panggil saya Mar. Dia tu saya tak tahulah kenapa dia tiba-tiba ubah panggil saya Ain masa kami dalam tempoh pertunangan dulu. Saya lagi prefer orang lain panggil saya Mar.” Ainul Mardhiah menerangkan perkara sebenar.
           
Najwan sudah menganggukkan kepala. Tidak mahu terus bercakap perkara yang bersangkut-paut dengan lelaki yang bernama Taufiq itu tadi, dia membuat keputusan untuk meneruskan sesi perkenalan mereka yang tergendala.
           
Okay Cik Marvelous, this time, let’s be serious. Kali ni saya mulakan dulu ya, nama saya bukan Badang. Tak berapa nak kuat dan perkasa macam Badang. Takde six-pack, takde muscle berketul-ketul. Saya Badrun Najwan. You can call me Wan.” Ujar Najwan. Ketika dia menyebut namanya itulah Hafizah dan Amira kembali ke meja. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
           
“Lah, selama-lama kita orang pergi washroom tadi abang baru nak perkenalkan diri? Slowlah abang ni. Lambatlah Fiza dapat kakak ipar kalau macam ni. Kesian mak, berharap sangat abang kahwin cepat-cepat.” Hafizah bertanya dan dalam masa yang sama dia turut mengkritik si abang.

Najwan sudah menjegilkan mata. Hafizah segera melarikan pandangan. Amira sudah tergelak manakala Ainul Mardhiah sudah tersenyum melihat kemesraan dua beradik itu. Biarlah dua anak bongsu itu tidak tahu apa yang baru berlaku.


Your turn, Miss.” Ujar Najwan.

Sekali lagi Ainul Mardhiah menyedut air minuman bagi membasahkan tekak. Okey perkenalkan nama aje dulu. Then proceed with the next step. Lalala.

“Okey, nama sebenar saya Ainul Mardhiah. Please call me Mar.” Ainul Mardhiah bersuara ringkas. Setelah itu dia mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A5 dan sebatang pen hitam dari beg tangannya. Kertas dan pen tersebut dia hulur pada Najwan. Dahi Najwan sudah berkerut tetapi dia sambut juga kertas dan pen yang dihulurkan itu.

“Boleh tak saya nak minta awak fill in apa yang ada kat situ? Kat sebelah belakang pun ada lagi.” Ainul Mardhiah membuat permintaan.

Najwan segera membelek bahagian belakang kertas itu pula. Tangan kanannya sudah bermain-main dengan pen yang sedang dipegang manakala tangan kiri memegang kertas tersebut. Keningnya sudah terangkat sebelah.

“Bila awak nak? Yang awak punya macam mana?” soal Najwan.

“Saya dah tulis siap-siap dekat rumah. Waktu awak bagi yang awak ni nanti saya bagi yang saya dah siap tulis. Sebelum kita balik hari ni awak boleh bagi saya tak? Kalau boleh saya nak hari ni.” Ainul Mardhiah menerangkan perkara sebenar dan turut membuat permintaan kepada Najwan bagi menyiapkan apa yang dia berikan itu pada hari ini juga. Dia tahu mungkin Najwan akan terkejut dan tidak bersedia tetapi dia tidak mahu terlalu banyak perjumpaan terjadi antara mereka.

“Insya Allah, nanti saya cari masa nak jawab. Sekarang kita lunch dulu boleh? Tadi saya tak sempat breakfastlah. Lapar sangat ni.” Ujar Najwan. Sebelah tangannya sudah memegang perut.

“Okey.” Jawab Ainul Mardhiah pula. Macam tahu-tahu aje dia ni aku pun tengah lapar juga. Chemistry ke ni? Pfftt, setakat sama-sama lapar chemistry apanya. Haha!

Sebenarnya Ainul Mardhiah turut lapar dan pagi tadi dia tidak berselera hendak makan. Sudahlah semalam dia tidak lalu untuk makan malam. Seleranya mati lebih-lebih lagi selepas terserempak dengan Taufiq.

“Okey adik-adik sekalian. Jom kita makan dulu. Abang dah lapar sangat ni.” ajak Najwan.

“Okey!” jawab Amira dan Hafizah serentak. Ainul Mardhiah sudah tersenyum dengan gelagat Amira dan Hafizah.



I’M IMPRESSED! Cik Marvelous ni tak cover langsung masa makan. Takdelah nak control ayu ke control cun ke apa. Dia selamba je makan macam biasa. Good! Tak perlulah nak control ayu sangat masa makan. Kalau orang tu betul-betul boleh terima kita, dia sepatutnya boleh terima perangai kita selagi tak melampaui batas dan tak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Hehe.

Masing-masing menjamu selera dengan hidangan tengah hari pilihan sendiri. Hafizah dan Amira rancak bercerita. Sesekali Ainul Mardhiah turut sama mencelah dengan cerita mereka. Begitu juga dengan Najwan. Namun kebanyakan masa Ainul Mardhiah banyak diam kerana dia begitu lapar.

Takde maknanya aku nak control makan. Aku dah lapar ni. Baik aku makan bagi kenyang. This is me! Kalau dia boleh terima aku, terimalah apa adanya aku. Kalau dia tak boleh terima, boleh teruskan perjalanan hidup dia macam biasa. Lagipun tengok gaya mamat ni macam akan tolak je cadangan mak-mak kita orang. Kira okeylah kan. Hahaha! Kejam tak?

Sedang masing-masing menghabiskan makanan, mereka didatangi oleh dua orang jejaka yang datang menegur Najwan.

“Assalaamu`alaikum, bro! Kat sini rupanya kau.”

Najwan angkat muka. Serta merta terlepas sudu dan garfu dari pegangan tangannya. Erk, budak dua orang ni? Dia orang buat apa kat sini. Segera dia minum air kerana terasa seperti ada makanan yang tersekat di tekaknya.

“Wa`alaikumussalam. Kau orang buat apa kat sini? Bukan ke dah janji dengan budak-budak tu nak main laser tag kat Sunway?” Najwan menjawab salam dan turut bertanya kembali kemusykilannya kepada Wijdan dan Firhan yang berada di depan mata. Selalunya mereka bermain laser tag di Sunway Pyramid.

“Lah, memanglah kita orang dah janji nak main laser tag tapi kita orang takde cakap pun nak main kat Sunway kan? Hari ni saja nak bertukar angin main dekat sini pula. Selalu main kat Sunway je bosanlah.” Jawab Firhan.

Najwan sudah menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Firhan. Hafizah sudah berbisik kepada Amira menerangkan bahawa dua jejaka itu merupakan teman serumah abangnya. Ainul Mardhiah hanya sekali sahaja mengangkat muka. Selepas itu dia masih meneruskan menjamu selera. Bezanya lebih lambat dari tadi. Segan dengan orang dua jejaka yang baru tiba itu.

Dengan dua orang budak ni aku segan pulak, dengan mamat tu tadi selamba je aku melantak. Hehe.

So, inilah yang kau cakap ada ‘hal’ tu ek? Kau diam-diam je sekarang ni Wan. Macam ni ke kawan? Tak nak perkenalkan kat kita orang ke?” ujar Wijdan pula.

Najwan sudah menelan liur. Hmm, Jay dan ‘I speak fluent sarcasm’ berpisah tiada! Aduhai budak dua orang ni, dan-dan pula minggu ni kau orang nak main laser tag kat sini kan! Aku ajak jumpa kat sini sebab nak lari dari kemungkinan untuk terserempak dengan kau orang. Kalau dari awal aku tahu kau orang nak datang sini baiklah aku ajak dia orang pergi Setia City Mall ke Paradigm Mall ke Jaya Shopping Centre ke. Kalau pergi Jaya Shopping Centre tadi pun bagus juga. Dapat singgah Kedai Fixi. Hmmm. Apa yang aku cakap tadi jadi kat aku balik, dunia ni kan kecil aje apatah lagi KL ni, pusing sini pusing sana balik-balik jumpa orang yang sama!

“Sementara tunggu lagi tiga orang budak tu kita orang tumpang duduk sekali kat sinilah ya. Tempat lain dah full lah. Tahu-tahulah bila lunch hour macam nilah kan.” Wijdan berkata pada Najwan. Tanpa segan silu dan tanpa menunggu jawapan dari Najwan, dia dan Firhan terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Amira dan Hafizah. Senyuman dihadiahkan buat dua orang gadis itu. Hafizah mahupun Amira hanya membalas seadanya.

“Okey, perkenalkan ini Ainul Mardhiah, kau orang boleh panggil dia Mar. Sebelah Mar adik dia, Amira. Sebelah Mira tu kau orang dah kenal kan, adik aku.” Najwan bersuara mengenalkan Ainul Mardhiah dan Amira kepada Wijdan dan Firhan.

“Hai, kita orang ni kawan satu rumah sewa dengan Wan. Saya Firhan, boleh panggil Fir. Sebelah saya ni Wijdan boleh panggil dia Jay.” Firhan sudah bersuara memperkenalkan dirinya dan juga Wijdan.

Najwan kembali mencapai sudu dan garfu lalu meneruskan makan. Belum sempat untuk dia kembali bersuara, Wijdan sudah terlebih dahulu bersuara.

“Dah lama kau orang sampai?” mata dia halakan pada Hafizah tatkala bertanya.

“Dekat pukul sebelas setengah tadi sampai. Lepas tu minum-minum, berborak then baru lunch.” Jawab Hafizah.

Wijdan sudah mengangguk dengan jawapan yang diberikan oleh Hafizah. Tidak mahu Wijdan ataupun Firhan terus bertanya macam-macam soalan yang dikhuatiri akan membuatkan Ainul Mardhiah dan Amira tidak selesa, Najwan segera bersuara.

“Kau orang tak nak makan ke? Takkan nak duduk aje.”

“Mestilah nak makan weh. Gila kau tak nak makan. Tengah tunggu budak bertiga tu dulu, makan sama-sama.” Jawab Firhan.

Najwan sudah menganggukkan kepala. Dia sudah habis makan dan perlu beredar seketika untuk membeli air mineral. Awal-awal tadi dia terlupa untuk terus beli. Namun dalam masa yang sama dia risau untuk meninggalkan Wijdan dan Firhan walaupun mungkin tidak memakan masa yang lama.

“Nak pergi beli mineral water kejap. Ada siapa-siapa nak air lagi?” tanya Najwan. Masing-masing hanya menjawab pertanyaannya dengan gelengan kepala.

Najwan bangun dari kerusi dan beredar menuju ke bahagian minuman. Tiba di bahagian minuman, dia lihat ramai orang yang sedang beratur untuk membeli air. Mahu tidak mahu terpaksalah juga dia turut sama beratur. Dia hanya mampu untuk berdoa agar dia dapat membeli air mineral dengan cepat. Tidak sanggup untuk membiarkan Wijdan dan Firhan berlama-lama di meja tanpa dirinya.

Berkerut dahi Najwan apabila pulang sahaja dari membeli air mineral, Firhan sudah duduk di hadapan Ainul Mardhiah. Terpaksalah dia duduk di hadapan adiknya dek kerana tidak mahu nampak pelik jika dia bertegas juga mahu duduk di hadapan Ainul Mardhiah. Dia kerling jam pada pergelangan tangan kanannya. Baru tujuh minit aku takde dah ada orang take over tempat aku.

Wijdan serta Firhan rancak berbual dengan ketiga-tiga anak gadis itu. Najwan lebih selesa bertindak sebagai pemerhati. Dia lihat Ainul Mardhiah layankan sahaja perangai merepek Wijdan dan Firhan. Namun dalam pertuturannya jelas nampak ketegasan gadis itu. Dia tidak melembut-lembutkan suara apabila bercakap. Mungkin memang itu nada suaranya ataupun dia hanya begitu apabila bercakap dengan lelaki. Entahlah. Najwan tidak tahu. Sedang leka mereka berbual, mereka disapa dengan suara rakan-rakan yang ditunggu.

“Assalaamu`alaikum, bro!”

Najwan, Wijdan serta Firhan bangun dari duduk dan bersalaman dengan tiga orang rakan mereka yang baru tiba. Tiga orang gadis yang tidak tahu apa-apa itu sedikit terpinga-pinga.

“Kau orang dah siap makan ke? Kata nak tunggu kita orang makan sama-sama. Ni yang nak sentap ni.” ujar satu suara.

“Woi, kau tak payah nak sentap-sentaplah Tough! Aku dengan Jay memang tak makan lagi, tunggu kau orang. Wan and these lovely girls yang dah makan.” Ujar Firhan kepada lelaki yang dia gelar Tough itu.

“Patutlah berseri-seri je kau orang, ada bunga-bunga menemani!” ujar satu suara lain.

“Ha, Red. Yang itu kau kena tanya Wan. Kita orang pun baru aje join dia orang ni sambil-sambil tunggu kau orang. Tak berapa nak pasti apa yang jadi sebenarnya.” Wijdan segera bersuara.

Semua mata sudah tertumpu pada Najwan. Dia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Okey kau orang, kenalkan ini Ainul Mardhiah, boleh panggil dia Mar. Yang sebelah ni Amira, adik Ainul Mardhiah. Lastly, ni adik aku, Hafizah. Kau orang bertiga baru kenal adik aku kut, Jay dengan Fir dah pernah jumpa adik aku dah.” Najwan memperkenalkan rakan-rakannya yang baru tiba kepada ketiga-tiga orang gadis tersebut.

Okay ladies, they’re my friends. Well, technically there’re Jay and Fir’s friends but eventually they become my friends.”

“Yang tak berapa nak tough ni nama dia Mustafa, you guys can call him Tough.” Mustafa sudah membuat symbol ‘v’ tanda aman semasa diperkenalkan oleh Najwan.

“Yang tak berapa nak tinggi ni nama dia Redza, boleh panggil dia Red.” Redza sudah menayang penumbuknya kepada Najwan saat Najwan memperkenalkan dirinya sebagai yang-tak-berapa-nak-tinggi walaupun itu sememangnya hakikat.

Lastly, yang pemalu sikit ni nama dia Aswad and you can call him Black.” Aswad hanya tersenyum semasa Najwan memperkenalkan dirinya.

“Okey, itu ajelah kut. Weh, kau orang kata nak makan sebelum main laser tag kan? Pergilah lunch, kita orang dah siap ni. Nak gerak dah.” Tanpa membuang masa Najwan terus memberi isyarat kepada ketiga-tiga gadis itu untuk beredar dari medan selera.

Ainul Mardhiah, Amira dan Hafizah masing-masing sudah bangun dari kerusi. Najwan sudah bersalaman dengan rakan-rakannya.

See you guys next time okay. Assalaamu`alaikum.” Ujar Firhan kepada ketiga-tiga orang gadis itu. Salam mereka jawab di dalam hati dan hanya mampu untuk tersenyum.

Wijdan, Firhan, Mustafa, Redza dan Aswad masing-masing sudah bersilang tangan di dada. Kemudian mereka memandang sesama sendiri setelah kelibat Najwan, Ainul Mardhiah, Amira dan Hafizah lenyap dari pandangan mata.

“Pernah tak Wan sebelum ni keluar dengan mana-mana perempuan?” soal Redza.

“Aku rasa tak pernah.” Jawab Aswad.

“Kenapa dia macam tak bagi kita nak sembang lama sikit dengan those girls ek? Ada apa-apa yang dia nak sorok ke?” tanya Mustafa pula.

Ketiga-tiga mereka sudah serentak memandang Wijdan dan Firhan. Mengharapkan misteri itu dirungkaikan oleh teman serumah Najwan. Namun harapan hanya tinggal harapan kerana Wijdan mahupun Firhan sudah terkebil-kebil tidak punya jawapan.



USAI solat Isyak, Najwan terus melipat sejadah dan meletakkan songkoknya di meja kecil. Dia beranggapan bahawa Wijdan serta Firhan masih belum pulang kerana keadaan rumah sewa mereka yang sunyi dari sebarang bunyi dari televisyen mahupun perbualan manusia. Gitar dia capai lalu dia duduk di atas katil bujangnya. Seperti biasa, tangan kirinya menekan kord tertentu manakala tangan kanannya mula memetik gitar. Bibirnya mula bergerak menyanyikan bait-bait lagu.

Ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta
Tapi tak pula beritahu dengan siapa
Lalu hari ini ku berlari mencari-cari
Si dia yang bakal miliki hati ini

Mungkin dia ada di disitu tersenyum padaku
Namun malu-malu

Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata hujan ini tak akan reda

Ikut rasa ingin sahaja aku hampirinya
Tapi ku takut apa pula kata semua
Bukan senang untukku meluangkan masa ini
Sekadar peluang mengisi ruang kosong hati

            “Lagu Ana Raffali kan?” Firhan bersuara.
           
Terkejut Najwan dengan suara Firhan yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya. Dia sendiri tidak tahu entah bila Firhan pulang apatah lagi entah bila Firhan melangkah masuk ke dalam biliknya ini. Dia hanya menganggukkan kepala memberi jawapan kepada persoalan Firhan. Lagu Ana Raffali dan Najwa Latif tidak segan untuk dinyanyikan kerana kedua-dua ikon itu sinonim dengan gitar. Lagu Taylor Swift juga kadang-kala menjadi pilihan. Kalau bukan Najwan, Wijdan ataupun Firhan akan memetik gitar mendendangkan lagu Taylor Swift.
           
“Apa tajuk dia? Hujan Bunga di Kuala Lumpur kan? Bro, kita kat Selangor.” Ujar Firhan lagi.
           
“Haha! Dah tu takkan aku nak tukar jadi Hujan Bunga di Kuala Selangor, kita bukannya dekat Kuala Selangor pun.” Jawab Najwan pula.
           
Tanpa dijemput Firhan bergerak ke arah katil tempat Najwan sedang duduk. Dia melabuhkan punggung tidak jauh dari Najwan. Gitar dia ambil dari Najwan. Jejari ligat menekan kord tertentu dan memetik gitar.
           
“Aku ada benda nak cakap kat kau ni.” Firhan bernada serius. Kali ini dia tidak lagi memetik gitar.
           
Najwan sudah rasa lain macam. Kenapa aku rasa tak sedap hati bila Fir serius macam ni? Kau jangan pelik-pelik Fir!
           
“Apa dia?” tanya Najwan. Raut wajahnya bersahaja.
           
“Ainul Mardhiah tu single lagi tak?” akhirnya keluar juga soalan yang ingin ditanya oleh Firhan. Jantung Najwan sudah berdegup dengan lebih kencang saat nama Ainul Mardhiah meniti di bibir Firhan.
           
Single lagilah kut. Kenapa?” Najwan menjawab dan kembali bertanya dengan nada yang tenang.
           
“Aku rasa aku dah suka kat dia lah. Kau ada phone number dia tak? Bagi aku boleh?” Firhan berterus terang dan turut bertanyakan nombor telefon Ainul Mardhiah.
           
Seriously? Fir suka Cik Marvelous tu? Aku sendiri takde phone number dia ada hati minta kat aku phone number dia!
           
“Aku mana ada nombor dia. Tapi kalau ada pun kau nak buat apa?”
           
“Lah, takde ke? Aku ingatkan ada. Kalau ada tadi aku nak tanya dia phone number ayah atau emak dia. Yalah, aku belajar dari kisah silam. Masa aku suka kat Nada dulu aku lambat bertindak. Jadinya sekarang ni aku nak terus minta family aku pergi merisik dia.” Jawab Firhan panjang lebar. Najwan sudah terkejut dengan keyakinan pada Firhan.
           
“Wan, aku ada benda nak tanya kat kau!” belum sempat untuk Najwan membuka mulut, Wijdan pula muncul di biliknya.
           
“Nak tanya apa pula ni?” soal Najwan kepada Wijdan yang masih berdiri di pintu bilik.
           
“Kau ada phone number Ainul Mardhiah tak? Aku nak!” dengan teruja Wijdan sudah bertanya kepada Najwan. Najwan sudah memandang Wijdan dengan pandangan tidak percaya.
           
“Jangan cakap kat yang kau nak suruh family kau pergi merisik Ainul Mardhiah tu.” Ujar Najwan.
           
“Eh, macam mana kau tahu? Kau ni nujum Pak Badrun Najwan ke?” Wijdan seakan tidak percaya yang Najwan mengetahui niat asalnya.
           
“Aku bukan apa Wan, aku rasa aku dah jumpa soulmate aku. Sebaya pula tu. Jadinya kali ni aku kena bertindak mesra, cepat dan betul!” Wijdan menambah.

  Cik Marvelous sebaya dengan Jay? Maknanya dia muda dua tahun dari aku. Hebat Jay ni, dalam masa tujuh minit aku takde kat meja tadi dia boleh tahu umur Cik Marvelous.
           
“Fir baru aje cakap kat aku yang dia nak suruh family dia merisik Ainul Mardhiah tu, kau pun nak buat benda yang sama? Bukan ke kau orang berdua dah buat perjanjian takkan suka pada orang yang sama?” Najwan bertutur panjang lebar serta turut mengingatkan Wijdan serta Firhan tentang perjanjian tidak bertulis yang pernah mereka ungkapkan.
           
“Aku rasa memang aku pernah buat perjanjian takkan suka pada orang yang Jay suka dah lepas ni tapi aku takde pula buat perjanjian takkan suka pada orang yang kau suka.” Kali ini Firhan bersuara. Ayatnya ditujukan kepada Najwan.
           
Najwan sudah berkerut dahi. Macam tu pulak? Dia orang berdua ni sedar tak apa yang dia orang cakap? Bawah pengaruh dadah ke apa ni? Maksud aku medical drugslah. Manalah tahu dia orang terminum ubat batuk secara berlebihan ke kan?
           
“Setuju! Aku pun sama. Takde cakap yang aku takkan suka pada orang yang kau suka. Aku cuma pernah cakap takkan suka pada orang yang Fir suka aje.” Kali ini Wijdan pula menguatkan hujah. Matanya memandang tepat ke arah Najwan.
           
“Err, aku takde cakap pun yang aku suka Ainul Mardhiah.” Ujar Najwan.
           
Yes!!!” Wijdan dan Firhan sudah bersorak gembira.
           
“Alhamdulillah, kurang persaingan. Fir, kau setuju tak kalau ni kali terakhir kita suka pada orang yang sama dan bersaing secara sihat untuk nikahi dia?” tanya Wijdan. Dia sudah menghulurkan tangan kepada Firhan.
           
Firhan menyambut huluran tangan dari Wijdan.
           
“Setuju! May the best man win!” ujar Firhan.
           
Setelah itu kedua-dua orang sahabat itu keluar beriringan dari bilik Najwan. Najwan pula yang terpinga-pinga dengan drama sebabak yang baru menjadi sajian depan mata. Antara percaya dan tidak percaya. Melihat bagaimana Wijdan dan Firhan pernah berusaha untuk memenangi hati jiran sebelah rumah mereka sebelum ini, tidak mustahil yang mereka berdua akan lebih giat berusaha.
           
Najwan bawa keluar sehelai kertas bersaiz A5 yang telah berlipat. Dia buka lipatan pada kertas itu dan dia baca setiap butiran yang tercatat pada kertas tersebut. Ada masa senyuman terukir di bibirnya tanpa dia sedar. Setiap tulisan tangan dari Ainul Mardhiah dia baca. Antara perkara yang mencuit hatinya adalah ruangan kelebihan dan kekurangan yang Ainul Mardhiah catatkan.

Kelebihan: seorang yang simple, tak suka make-up tebal-tebal sebelum keluar rumah, tak memilih makanan – asalkan halal saya tibai!, reti bawa kereta, reti tukar mentol lampu dan tong gas, dah biasa hidup berdikari dan mungkin beberapa lagi yang saya tak ingat.

Kekurangan: saya banyak kekurangan maklumlah mana ada manusia yang sempurna jadi kalau awak mencari kesempurnaan, itu tidak ada pada saya. Antara kekurangan saya ialah tak berapa reti memasak, dah biasa hidup berdikari (ini kelebihan dan ini juga kekurangan saya), kadang-kadang mulut takde takaful – cakap lepas aje dan macam-macam kekurangan lagi yang mungkin saya tak perasan.

      Dalam tidak sedar Najwan sudah tersenyum simpul. Namun senyumannya mati tatkala di ruangan mindanya kembali terlayar babak Wijdan dan Firhan yang membuat perjanjian baru di hadapannya sebentar tadi. Najwan berfikir sendiri.

            Cik Marvelous… Are you my other half?


…insya Allah, akan bersambung… cuma tak boleh nak janji bila…


Kepada anda yang sudi baca,

Terima kasih banyak-banyak… saya tahu masih banyak kekurangan tapi terima kasih kerana tetap sudi meluangkan masa berharga anda untuk baca karya picisan saya ni… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

ps: semoga anda berpuas hati dengan bab ni hendaknya… kalau tak puas baca saya tak tahu dah nak buat macam mana… so far dah taip sampai enam bab ni Bab 6 ni yang paling panjang… haha

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

6 comments:

  1. Aduih... Cik Marvelous ni utk Najwan.. Yang WiFi masuk campur skali lagi ni apahal laa plak... Potong line betul laa si WiFi ni....

    Sila rajin menaip bab 7 yaa... hehe.. Moga lagi panjang dari bab 6.. Huhu... Kamsahamnida akak utk bab 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Qyara,

      Terima kasih sudi baca dan komen :) Najwan tak pasti lagi dengan perasaan dia... Tapi bila dah ada persaingan ni macam mana? Wuwuwu

      Insya Allah akan cuba rajinkan diri untuk terus sambung Bab 7... Ngeee~

      Delete
  2. Mesti WiFi tu saje je nk kenakan najwan! Kan kan? haha.. saje nk komen kat sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. WiFi suka bersaing sesama sendiri... Haha!

      Delete
  3. Haiyoo bila mau kasi up entry baru? *gaya-mamak-bebel-sambil-tepuk-dahi-&-geleng-kepala*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiyaa wa busy sikit wo... Tunggu dalam minggu ni kalau wa kurang busy wa up entry baru... Wa tak boleh janji maa... Wa cuba aa... *gaya apek menerangkan keadaan sebenar*

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...