Social Icons

Friday, May 15, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 7 ]|:.




sepatutnya kita cari bukan yang badannya sado tapi yang imannya sado.  

tapi kalau imannya sado dan kebetulan badannya juga sado, itu bonus!  - Cik Marvelous

KAK NGAH, ibu nak bercakap ni.” Ujar Amira sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Ainul Mardhiah.

          Saat itu Ainul Mardhiah sedang berbaring di atas katil bujangnya. Amira yang sebelum ini sedang menonton televisyen mendapat panggilan dari Puan Adila. Selepas berborak dengan Amira, Puan Adila ingin bercakap dengan Ainul Mardhiah pula jadi Amira ke bilik kakaknya ini untuk menyerahkan telefon pintarnya. Ainul Mardhiah bangun lalu mencapai telefon pintar yang dihulurkan kepadanya. Setelah itu Amira kembali melangkah ke ruang tamu bagi menyambung menonton rancangan menarik yang sedang disiarkan.

            “Assalaamu`alaikum ibu. Sihat?” tanya Ainul Mardhiah kepada Puan Adila.

            “Alhamdulillah, Ain. Ibu sihat. Hari ni tadi dah jumpa anak Auntie Mazni kan? Macam mana dengan dia?” tanpa bermukadimah yang panjang, Puan Adila terus bertanyakan tentang perjumpaan Ainul Mardhiah dengan anak lelaki kawan baiknya itu.

            “Dia okey aje.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas. Puan Adila nun di hujung talian sudah tersenyum lebar.

            “Okey? Kira jadilah ni ya? Ibu boleh berbincang terus dengan Auntie Mazni lepas ni.” Puan Adila sudah bersuara dengan teruja. Tidak sabar untuk dia lihat anak keduanya ini mendirikan rumah tangga.

            “Ehhhh, bukan ibu, bukan! Bukan okey nak suruh go on dengan plan ibu ni. Ain maksudkan anak Auntie Mazni tu okey aje. Ada satu kepala, dua telinga, dua mata, dua lubang hidung, satu mulut…” belum sempat untuk Ainul Mardhiah menyebut lebih banyak anggota badan, Puan Adila terus menyampuk.

            “Ain ni, main-main pula dia! Ibu tengah serius ni. Ibu nak tahu Ain setuju ataupun tidak dijodohkan dengan budak Wan tu.” Puan Adila sudah berkerut dahi dengan jawapan anaknya yang tidak serius sebelum ini.

            Ainul Mardhiah menarik nafas panjang dan dihembusnya nafas itu. Dia tahu pasti hembusan nafasnya kedengaran seperti satu keluhan. Tidak! Dia tidak mengeluh. Dia hanya belum bersedia untuk memberi jawapan secepat ini kepada ibunya. Dia tahu yang ibunya begitu berharap agar dia bersetuju untuk dijodohkan dengan Badrun Najwan, jadi dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

            Sorry ibu. Ain tak boleh nak bagi keputusan hari ni. Kami dah bersetuju yang kami akan sama-sama bagi keputusan selepas sebulan dari hari ni. Ibu doa-doakanlah supaya Ain dapat buat keputusan yang terbaik untuk Ain.” Ainul Mardhiah menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada si ibu.

Sememangnya dia dan Najwan telah bersetuju untuk sama-sama memberi keputusan masing-masing selepas sebulan. Puan Adila sudah mengangguk walaupun anaknya itu tidak dapat melihat anggukan kepalanya.
           
“Yalah. Kalau Ain dan Wan dah setuju macam tu, ibu dan Auntie Mazni akan tunggu keputusan dari kau orang berdua. Insya Allah, ibu memang sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Ain pun sama ya, teruskan berdoa untuk jodoh yang terbaik buat Ain.” Puan Adila bersetuju untuk menunggu keputusan yang bakal Ainul Mardhiah dan Najwan buat dalam masa sebulan. Dia turut mengingatkan anaknya untuk terus memanjatkan doa supaya dijodohkan dengan pasangan terbaik buat anaknya itu.
           
“Insya Allah, ibu.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas.
           
“Okeylah Ain, ibu nak masuk tidur dulu ya. Ain dengan adik jangan tidur lewat sangat okey. Assalaamu`alaikum.” Puan Adila mengakhiri perbualan dengan lafaz salam.
           
Ainul Mardhiah menjawab salam ibunya. Setelah dia pasti bahawa ibunya sudah mematikan talian barulah dia alih telefon dari cuping telinganya. Telefon pintar milik adiknya masih setia dia pegang. Untuk seketika dia termenung jauh. Memikirkan bahawa dalam masa sebulan dia harus juga memberi keputusan kepada Najwan.
           
Kan bagus kalau Badang tu terus tolak cadangan mak-mak kita orang ni. Kalau dia dah tolak, jadinya aku tak payah nak fikir-fikir dah. Tapi dia pula setuju nak pertimbangkan dulu cadangan mak-mak kita orang ni. Nasib baik dia setuju dengan cadangan aku nak tempoh masa sebulan baru beritahu keputusan masing-masing. Tapi yang aku musykil sekarang ni, katakanlah sebulan lagi dia cakap yang dia setuju dengan cadangan ni, macam mana? Kalau aku tak setuju kira tak jadilah kan? Tapi kalau sebaliknya yang jadi macam mana pula? Manalah tahu dalam masa sebulan ni Allah bukakan hati aku untuk terima cadangan ni tapi dia pula yang tak terima. Tetap tak jadi kan? Tapi yang aku pasti, it takes two to tango. Banyak pula aku punya tapi. Tapi betullah kan? Dalam perhubungan macam ni kena dua hala. Kalau seorang je yang setuju mana jalan. Kena dua-dua setuju baru jalan.
           
Agak lama Ainul Mardhiah bermonolog. Terlupa yang dia masih belum memulangkan telefon pintar si adik. Sedang dia termenung, Amira yang sudah habis menonton rancangan televisyen masuk ke dalam biliknya tetapi dia masih tidak sedar akan kehadiran Amira. Lama juga Amira memerhatikan Ainul Mardhiah yang termenung jauh.
           
“Kak Ngah!” sergah Amira.
           
Ainul Mardhiah yang terkejut dek sergahan si adik serta-merta terlompat dari atas katil dan terjatuh ke atas lantai. Amira sudah ketawa terkekek-kekek. Ainul Mardhiah sudah mengurut dada sambil beristighfar. Sangat terkejut! Jelingan maut dia beri kepada si adik. Serta-merta tawa Amira mati. Dia tahu sangat maksud pandangan itu. Itu pandangan mengugut dirinya dan oleh kerana kakaknya ini merupakan ‘sumber pendapatan’ selain dari ibu bapanya, maka dia wajib berhenti ketawa. Ainul Mardhiah bangun sambil menggosok-gosok punggungnya yang agak sakit kerana mendarat di atas lantai yang keras. Dia kembali duduk di atas katil.
           
“Mira ni kalau sehari tak buat Angah terkejut, Mira boleh kena sawan ke? Wajib eh buat Angah terkejut?” Ainul Mardhiah sedikit meninggikan suara.
           
Amira sudah tersengih. Dia berjalan ke arah si kakak lalu duduk di sebelah kakaknya. Lengan Ainul Mardhiah dia raih dan kepala dia daratkan pada bahu si kakak. Cara anak manja nak minta maaf. Macam itulah. Omel Ainul Mardhiah di dalam hati.
           
Sorry ya Kak Ngah. Mira takde niat pun nak bagi Angah terkejut. Mira tunggu juga kat luar tadi kalau-kalau Angah nak pulangkan phone Mira tapi senyap aje. Itu yang Mira masuk sini jenguk Angah. Mira tengok Angah mengelamun jauh aje. Dah terbayang naik pelamin dengan Abang Wan ke?” ujar Amira sambil ketawa kecil di hujung ayat.
           
Ainul Mardhiah yang masih ada sisa geram di dalam hatinya terus sahaja menjauhkan dirinya dari si adik. Hasilnya, Amira selamat ‘mendarat’ di atas katil. Amira bangun semula dan lihat kakaknya sedang ketawa di kepala katil.
           
“Padan muka!” ujar Ainul Mardhiah sambil menjelirkan lidah kepada Amira.
           
Amira sudah geleng kepala dengan perangai kebudak-budakan kakaknya itu. Sekarang ni siapa yang anak bongsu ni? Aku ke Kak Ngah? Haha! Tapi Angah ni dengan family and best friends je dia macam ni. Kalau dengan orang lelaki, jangan haraplah. Tegas dua tiga macam! Kesian juga dekat lelaki-lelaki yang pernah jadi tunang Angah. Dua orang bekas tunang Angah dah selamat nikah dengan orang lain. Sekarang ni tinggal bekas tunang Angah yang ketiga tu je yang belum nikah.
           
“Kak Ngah, bila nak terima Abang Wan?” soal Amira. Ainul Mardhiah sudah berkerut dahi dengan soalan yang diajukan oleh si adik.
           
“Mira tanya Angah soalan yang salah. Mana boleh tanya bila Angah nak terima dia. Angah akan buat keputusan tapi tak semestinya keputusan Angah tu adalah terima dia. Faham?” Jawab Ainul Mardhiah.
           
“Alaaa, Kak Ngah… Terima ajelah Abang Wan. Mira tengok dia baik je. Sesuai sangat dengan Angah. Angah tak tengok ke macam mana dia layan Fiza? Baik gila kut. Masa kita sama-sama makan ice-cream sebelum balik tadi, dia siap suap Fiza lagi. Kalau tak tahu mereka tu adik-beradik memang akan anggap mereka tu laki bini. Bestnya Fiza ada abang macam tu. Kalau kita ada abang mungkin abang kita pun penyayang macam tu kan Ngah?”
           
“Mungkin… Tapi best apa adik-beradik semua perempuan ni. Yang Mira tu beria suruh Angah terima Wan kenapa? Mira dah ada calon untuk diri sendiri ke? Kan Angah dah pesan kalau Mira dah ada calon, Mira go on je tak payah tunggu Angah. Angah tak kisah orang nak cakap langkah bendul ke lompat pagar ke, biarlah apa orang lain nak kata.” Ujar Ainul Mardhiah. Amira sudah tersengih.
           
“Hehe. Mana adalah Kak Ngah. Mira tengah merangkak-rangkak nak masuk final year ni. Belum ada masa lagi nak fikir pasal calon suami.” Jawab Amira pula.
           
Amira berbaring di atas katil bujang kakaknya itu. Inilah masanya untuk dia bersembang lama dengan si kakak. Lagi pula esok merupakan hari Ahad dan kakaknya tidak perlu bangun awal untuk ke tempat kerja. Esok petang pula dia akan pulang ke kampung menaiki bas. Agak lama juga dia menghabiskan masa di rumah sewa kakaknya ini.
           
“Kak Ngah, Mira nak tanya ni. Saje-saje je nak tahu. Apa yang Angah cari dalam seorang lelaki untuk dia layak jadi suami Angah?”
           
Ainul Mardhiah menepuk-nepuk lengan Amira sambil memberi isyarat tangan untuk Amira bergerak ke dalam dan berbaring dekat dengan dinding. Kemudian, Ainul Mardhiah pula berbaring sebelah adiknya. Katil bujang ini masih mampu untuk memuatkan mereka berdua yang sekadar berbaring statik. Ainul Mardhiah merenung jauh sambil memikirkan jawapan kepada soalan si adik.
           
“Pada Angah simple je, janji dia beriman, itu yang paling penting. Sebab bila dia beriman, walau dia tak suka macam mana sekalipun pada Angah, dia takkan buat benda yang tak patut contohnya penderaan fizikal. Bila dia beriman, dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami jadinya dia akan berusaha untuk bimbing rumah tangga kami ke jalan yang benar, dia tak akan abaikan nafkah, pendek kata dia akan berusaha jadi ketua keluarga yang baik.” Terang Ainul Mardhiah agak panjang.
           
“Okey, noted! Selain dari tu? Ciri-ciri lain macam wajib tall, dark and handsome ke wajib hidung mancung, badan sado ke takkan takde?” tanya Amira sekali lagi. Ainul Mardhiah sudah geleng kepala dengan apa yang Amira baru tanya. Ada-ada ajelah Mira ni!
           
“Kalau ciri-ciri fizikal Angah prefer macam lagu dangdut tu, yang sedang-sedang saja, yang penting dia setia.” Jawab Ainul Mardhiah sambil turut menyanyikan lirik lagu Yang Sedang-sedang Saja nyanyian Iwan. Dia kemudian menyambung bicara.
           
“Sederhana je. Tak wajib tall, dark and handsome mahupun hidung mancung, badan sado. Kau ingat Angah tengah nak cari hero filem?” ujar Ainul Mardhiah. Si adik sudah ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh kakaknya. Betul juga kan! Haha!
           
“Pada Angah, antara perkara yang penting adalah dia tak merokok dan dia tahan dengan perangai Angah masa dalam tempoh pertunangan. Selain dari tu matlamat dalam berumah tangga kalau tak boleh sama seratus peratus, biarlah hampir-hampir sama. Kalau setakat ciri-ciri fizikal tu Angah tak pandang sangat. Sebab kebanyakan orang, yang dia tak nak itulah yang dia dapat. Dia tak nak yang kurus melidi, dapat jodoh yang melidi. Dia tak nak yang tinggi menggalah, dapat jodoh yang menggalah. Kalau setakat nak yang muka handsome, badan sado tu baik kirim salam ajelah. Muka handsome tu nanti berkedut juga. Badan sado tu nanti boroi juga. Ciri-ciri fizikal ni tak payahlah memilih, tak kekal lama pun. Sepatutnya kita cari bukan yang badannya sado tapi yang imannya sado. Tapi kalau imannya sado dan kebetulan badannya juga sado, itu bonus!” Ainul Mardhiah bersuara panjang lebar.  
           
Amira mengangguk-anggukkan kepalanya. Ada benarnya juga apa yang kakaknya itu katakan sebentar tadi. Tidak dia nafikan yang kakaknya ini jenis yang akan pening kepala apabila terhidu bau asap rokok jadi ada lojiknya yang kakaknya ini tidak mahukan suami yang merokok. Dan calon abang iparnya nanti perlu seorang yang penyabar dengan perangai kakaknya semasa dalam tempoh pertunangan. Kakaknya ini tidak akan bersetuju untuk keluar berdua-duaan, tidak akan bermesej-mesej tanpa keperluan dan juga tidak akan bergayut di telefon.
           
“Alaaa… Angah tak dapatlah lelaki badan sado kalau macam tu. Abang Wan tu tinggi melangit je, kurus pula tu. Nasib tak terbang melayang dek angin je!” Kata Amira. Ainul Mardhiah sudah mencubit-cubit pinggang adiknya. Amira turut berbalas cubitan dengan si kakak. Ainul Mardhiah berhenti apabila dia nyaris-nyaris terjatuh dari katil bujang itu.   
           
“Kak Ngah, ni soalan akhir yang Mira nak tanya. Angah tak nak ke kahwin dengan orang yang Angah cinta? Maksud Mira lepas Angah dah kenal hati budi dia, Angah dapat rasa yang Angah cintakan dia then baru buat keputusan untuk nikah. Mira tengok Kak Long tu kahwin dengan pilihan dia sendiri, bukannya dengan pilihan ibu ataupun ayah.” Amira menyuarakan apa yang selama ini menjadi tanda tanya buat dirinya.
           
Tangan kanan Ainul Mardhiah sudah menggaru-garu kepalanya yang sedikit gatal. Dia masih lagi merenung siling. Kali ini semakin jauh renungannya seperti sudah berjaya menembusi siling tersebut dan dapat melihat langit malam yang kelam. Dia tidak pasti apa yang perlu dia jawab. Selama ini dia tidak pernah fikirkan soal tersebut kerana dari dahulu dia sememangnya sudah memberitahu ibunya yang dia akan menerima calon ibu dan ayahnya tetapi bukan dengan paksaan. Maknanya ibu dan ayahnya boleh mengenalkan calon kepadanya tetapi dia masih boleh membuat keputusan untuk menerima ataupun menolak calon tersebut. Seperti apa yang sedang berlaku sekarang, Najwan adalah calon dari ibunya tetapi dia masih diberi peluang untuk membuat keputusan muktamad samada akan menerima ataupun menolak calon itu.
           
“Entahlah. Angah tak pernah terfikir pula pasal tu. Bila Mira tanya ni baru Angah nak fikir. Hmmm… Let’s put it this way, Angah akan belajar menerima dan mencintai lelaki yang selamat jadi suami Angah. Harapan Angah, dia pun sudi untuk belajar cintakan Angah dan terima segala baik buruk Angah.” Jawab Ainul Mardhiah. Amira terdiam dengan jawapan yang diberikan oleh Ainul Mardhiah.
           
“Dah? Itu aje? Takde apa-apa lagi nak tanya?” soal Ainul Mardhiah pula. Pelik juga apabila si adik menjadi seorang yang banyak soal pada hari ini. Selalunya si adik akan leka bermain Clash of Clans.
           
“Takde dah. Hehe.” Jawab Amira sambil tersengih.
           
Agak lama mereka berdiam diri. Amira masih lagi dalam proses menghadam segala macam perkara yang kakaknya katakan sebentar tadi manakala Ainul Mardhiah pula sedang mengingat kembali apa yang ingin dia ajukan kepada Amira. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingat kembali. Semuanya gara-gara Amira yang banyak soal pada hari ini.
           
Ha! Dah ingat dah apa yang aku nak tanya Mira.
           
“Mira, tadi ibu tanya Mira apa je? Mira ada cakap benda-benda yang bukan-bukan tak?” tanya Ainul Mardhiah inginkan kepastian.
           
“Eh, mana ada! Ibu cuma tanya macam mana keluar jumpa Abang Wan tadi, ada apa-apa perangai pelik Angah buat ke tidak, gaya penerimaan Angah macam mana. Jangan risau Ngah, Mira cakap benda baik-baik aje kat ibu.” Jawab Amira sambil tersenyum bangga. Dia rasa dia sudah melakukan tugas yang begitu cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai seorang adik.

Ainul Mardhiah sudah berkerut dahi. Sedikit musykil dengan ‘benda baik-baik’ yang Amira khabarkan kepada ibu mereka.

“Benda baik-baik apa yang Mira beritahu ibu?” soal Ainul Mardhiah musykil.

“Benda baik-baiklah Angah! Contohnya, Angah elok aje behave takde buat perangai pelik-pelik, Abang Wan seorang yang baik lagi bertimbang rasa, Abang Wan seorang yang penyayang dari cara dia layan Fiza, Abang Wan seorang yang boleh dibawa berbincang, gaya Angah macam okey je dengan Abang Wan and lastly Mira setuju sangat-sangat kalau Abang Wan jadi abang ipar Mira. Lagi cepat lagi bagus!” Jawab Amira panjang lebar. Dia kemudian tersenyum bangga.
           
Aduhai! Kaw-kaw dia pergi puji Badang tu pada ibu. Mesti ibu gembiralah tu dengan apa yang Mira cakap. Ainul Mardhiah sudah menepuk dahi. Nak dimarah adiknya ini sudah tiada guna kerana adiknya sudah puji Si Badang itu habis-habisan.
           
“Kak Ngah, dengar tak bunyi tu?” tanya Amira tiba-tiba.
           
“Ha? Bunyi apa?” soal Ainul Mardhiah kembali.
           
“Cuba Kak Ngah senyap, dengar betul-betul. Macam ada bunyi orang ketul-ketuk gate and panggil nama Angahlah.”
           
Kedua-dua beradik itu senyap dan cuba mendengar dengan teliti bunyi yang dikatakan oleh Amira. Ternyata kedengaran bunyi pintu pagar diketuk atau digoyangkan dengan kuat serta nama Ainul Mardhiah disebut. Ainul Mardhiah mencapai telefon pintar adiknya yang berada di tengah-tengah antara mereka dan melihat waktu yang dipaparkan. Jam sudah menginjak ke angka 11.57 malam. Siapa pula yang meroyan dekat rumah aku ni? Kedua-dua beradik itu sudah bangun dan duduk di birai katil.
           
“Mira, tadi Mira tutup tak lampu ruang tamu?” sambil memandang si adik, Ainul Mardhiah bertanya. Amira menjawab dengan anggukan laju.
           
“Kenapa?” dia menyoal pelik.
           
“Nak siasatlah ni, beruk mana entah meroyan tengah-tengah malam macam ni. Sebut nama Angah pula tu. Buat malu kat jiran-jiran aje!”
           
Ainul Mardhiah bergerak ke ruang tamu. Amira membuntuti langkah si kakak. Dia turut memegang hujung baju kakaknya dari belakang. Mereka senyap dan tidak mengeluarkan sebarang suara. Ainul Mardhiah menghampiri tingkap yang tertutup. Oleh kerena lampu ruang tamu sememangnya tertutup jadi dia beranikan diri untuk membuka sedikit tingkap dan mengintai kerana peluang untuk orang dari luar dapat melihat bayang-bayang mereka di dalam rumah adalah sangat tipis. Jadi, Ainul Mardhiah hanya buka sedikit sahaja tingkap dan mengintai gerangan ‘beruk’ yang sedang meroyan itu.

Terbeliak matanya tatkala dia dapat mengecam si ‘beruk’ yang sedang cuba membuat onar di rumah sewanya itu. Segera dia kembali ke dalam biliknya dan mencapai telefon pintarnya. Carian nama dibuat dan apabila muncul nama yang dicari, segera dia tekan ikon telefon berwarna hijau untuk membuat panggilan. Tidak perlu menunggu lama, panggilan telefonnya dijawab.

“Ingatkan dah tak reti nak call dah. Dari tadi kenapa tak reply mesej and return call?” tanpa salam, Ainul Mardhiah terus ‘diserang’ oleh suara itu.

“Awak tu yang tak reti bahasa. Kita dah takde apa-apa hubungan, boleh tak awak jangan kacau hidup saya lagi? Please Fiq, just go away. Malulah saya pada jiran-jiran bila awak buat macam tu.” Ujar Ainul Mardhiah.

“Fiq dah cakap yang Ain perlu terangkan apa yang jadi siang tadi. Kalau Ain rasa tak nak terus malu dengan jiran-jiran, baik Ain keluar sekarang. Kalau tidak, Fiq akan terus buat bising depan ni.” dengan tegas Taufiq bersuara dan dia turut mengugut Ainul Mardhiah.

Terduduk Ainul Mardhiah mendengar ugutan dari Taufiq. Dia pejamkan mata seketika menahan geram.

“Fiq nak apa sebenarnya? Wake up Fiq! Kita dah tiga tahun putus tunang, takkan awak lupa? Takde apa-apa yang saya perlu terangkan pada awak. Selama kita putus ni saya tak pernah reply mesej awak, kenapa hari ni tiba-tiba awak nak meroyan bila saya tak reply?” tanya Ainul Mardhiah.

“Selama ni Fiq bagi peluang dekat Ain untuk Ain fikir balik hala tuju kita. Fiq nak Ain fikir baik-baik dan menyesali tindakan Ain putuskan pertunangan kita. Fiq tahu yang Ain masih sayangkan Fiq sebab tu Fiq cuba sabar. Tapi bila hari ni Fiq jumpa Ain keluar dengan jantan lain, Fiq jadi geram tahu tak?! Geram sebab Ain bukan gunakan masa tu untuk fikirkan pasal kita tapi pergi cari jantan lain pula. Ain ni perempuan jenis apa sebenarnya?” Taufiq sudah meninggikan suara.

Ainul Mardhiah sudah mengetap giginya menahan geram. Terasa darahnya sudah menyirap hingga ke kepala. Dia ingat dia seorang je reti geram? Aku punya geram ni dia tak fikir pula! Bagi peluang untuk aku fikir hala tuju kita orang konon. Itu bukan bagi peluang, itu mendesak namanya! Ya Allah, why Mira have to see this? Tak pasal-pasal nanti Mira tanya macam-macam. Aku seboleh-bolehnya tak nak family aku tahu langsung pasal Taufiq yang dah gaya gila talak ni. Terbukti keputusan aku putuskan pertunangan tu memang betul. Tapi dia tengah menggila ni nak buat macam mana?

“Fiq, please… Dah tengah malam ni, malu saya kat jiran. Okey, saya janji nanti kita jumpa dan bincang pasal ni tapi untuk malam ni saya tak boleh nak jumpa awak. Please Fiq, saya minta tolong sangat-sangat.” Ainul Mardhiah cuba untuk berdiplomasi. Taufiq perlu beredar dari rumahnya sekarang. Dia tidak mahu jiran-jirannya pula yang datang menyerang dek kerana bunyi bising yang dihasilkan oleh Taufiq.

“Okey, Ain dah berjanji dengan Fiq. Jangan nak jadi munafiq pula, bila buat janji dia mungkiri.” Ujar Taufiq dengan nada kasar.

Ainul Mardhiah sudah menjulingkan matanya ke atas. Waktu-waktu macam ni sempat pula kau nak petik ciri-ciri orang munafiq kan. Haish! Kenapa tak sebut sekali lagi dua ciri tu? Apabila bercakap dia berbohong, apabila diberi amanah dia khianati.

Yes Fiq, I know. Untuk malam ni saya minta tolong sangat-sangat, tolong pergi dari rumah sewa saya sekarang. Nanti kita set masa dan tempat untuk jumpa okey. Saya janji, Assalaamu`alaikum.” Ainul Mardhiah menamatkan perbualan setelah dia memberi salam.

Telefon pintar Ainul Mardhiah campak ke atas katil. Setelah itu dia segera menghampiri tingkap yang dia gunakan untuk mengintai Taufiq. Dia dapat lihat Taufiq memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar sambil matanya masih memandang ke arah rumah sewa ini. Dia dapat lihat Taufiq menendang pagar dengan agak kuat. Mujurlah dia sememangnya mengunci pintu pagar, jika tidak, sedari awal Taufiq mungkin sudah membukanya dan mengetuk pintu rumah pula.

Ainul Mardhiah menarik nafas lega setelah dia lihat Taufiq masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. Dia tutup kemas tingkap yang dia gunakan sebentar tadi. Langkah kaki dia bawa dengan lemah menuju ke dalam biliknya. Si adik masih setia membuntuti langkahnya, bezanya si adik tidak lagi memegang bahagian belakang hujung bajunya. Ainul Mardhiah duduk di birai katil manakala Amira pula duduk bersila di atas lantai menghadap kakaknya. Masing-masing senyap.

“Kak Ngah…” Amira memanggil kakaknya lembut. Ainul Mardhiah memandang si adik.

“Angah betul-betul akan pergi jumpa Abang Fiq ke?” tanya Amira.

Ainul Mardhiah hanya memandang si adik dengan pandangan kosong. Persoalan dari si adik dibiarkan berlalu pergi ibarat terbang dibawa angin.


…insya Allah, akan bersambung… cuma tak boleh nak janji bila…


Kepada anda yang sudi baca,

Terima kasih banyak-banyak… saya tahu masih banyak kekurangan tapi terima kasih kerana tetap sudi meluangkan masa berharga anda untuk baca karya picisan saya ni… As usual, open to any suggestions and criticism… Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk ajarku sifu! *kalau typo harap maaf dan tegur* Mucho gracias~!

ps: mohon jangan cakap bab ni pendek dan tak puas baca kerana sesungguhnya penat juga perah idea nak taip apa… haha! *masih tengah improve bagi dialog dan naratif well-balanced + masih fikir nak buat cerita ni sepanjang mana*

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

8 comments:

  1. Akak, cerita ni best. Tapi mohon jangan panjangkan konflik. Saya tak senang duduk bila baca. Haha. Kesian akak dapat reader macam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Anonymous, terima kasih sudi baca dan komen :)

      Haha! Akak tengah fikir nak buat cerita ni panjang mana. Kalau panjang, konflik pun panjang sikitlah. Hehe~

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks!

      Tapi banyak lagi nak kena improve... huhu

      Delete
  3. Best.. Waiting for the next entry.. Serabut betul dgn Taufiq tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Qyara,

      Thanks sudi baca + komen :)
      Sekarang tgh fasa rehatkan minda so tak boleh janji bila dapat update next entry... mungkin akan ambil masa... rasa macam nak taip satu cerpen dulu... hehe... oh, bertabahlah dgn Taufiq! Dia tak cepat putus asa...

      Delete
  4. Taufiq psyco la..seram...apa2 pon Najwan n Ainul tetap sweet walaupon sy x tau ape yg sweet tu ^ _^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana Yusaini,

      Kita tengok nnti apa lagi yang Taufiq akan buat... Hehehe... Eh, part mana Najwan n Ainul sweet? Belum masuk gear sweet lg ni... Tungguuuu... Hihi...

      Sebelum terlupa, selamat hari raya :) Terima kasih sudi baca + komen... Waktu raya pulak tu... I really appreciate it...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...