Social Icons

Wednesday, July 15, 2015

14th of July

Assalaamu'alaikum...

Sebelum ku membebel dengan panjang lebar, pertama sekali ku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda insan yang peka dan sudi meluangkan masa beberapa saat untuk wish birthday di Facebook semalam (14.7.2015)...


sebenarnya cerita ni agak panjang tapi kalau anda masih sudi baca, sekali lagi ku berterima kasih...

Masa ku mula² buat akaun Facebook untuk Suha Fasihah (tahun 2013 rasanya), coding FB telah memaksa ku meletakkan tarikh lahir... Haish... Ku tak suka mendedahkan tarikh lahir (walaupun ku tahu nanti boleh tukar setting bagi hide tarikh lahir tu)... Diriku yang tidak suka mendedahkan tarikh lahirku ini telah memilih untuk meletakkan 14.7 sebagai tarikh lahir...

Kepada anda yang wish birthday semalam, janganlah sekali² anda rasa tertipu kerana itu sama sekali bukan niatku. 14.7 memang tarikh lahirku TETAPI mengikut bulan Islam...

Ku dengan gigih tukarkan tarikh lahir ke bulan Islam makanya ku lahir pada 14 Rejab... Oleh sebab itu ku letak 14hb 7... Anda boleh menyanyi lagu Bulan-Bulan Islam dan lihat Rejab jatuh pada bulan ke berapa... Nampak tak? So, in a way walaupun Rejab dah lepas, tak salah juga sebenarnya wish birthday semalam... Terima kasih banyak²....

Anda mahu tukarkan tarikh lahir anda ke bulan Islam? Mohon klik sini... Bolehlah share tarikh lahir bulan Islam anda di ruang komen kat bawah ya... Ku pun busy body nak tahu jugak... Hohoho... Tapi kalau anda lahir lepas maghrib maknanya dah dikira hari baru... Contohnya ku tukar tarikh lahirku dan keputusannya adalah 14 Rejab. Disebabkan ku lahir waktu petang (1.05 petang) maka tarikh lahir ku masih 14 Rejab... Katakanlah ku lahir selepas Maghrib, walaupun keputusan tu 14 Rejab tapi sebab ku lahir lepas Maghrib maka ku sudah dikira lahir pada 15 Rejab...

Ho ho ho hokeh~
Kepada yang sudi mendoakan perkara baik² buat diriku, ku aminkan doa kalian... Dan ku sangat terharu... Mohon maaf kerana telah menyebabkan salah faham ini...

Jika anda tanya mengapa ku tak suka dedahkan tarikh lahir, jawapannya sebab kalau boleh ku tak nak sesiapa pun yang wish... Well, of courselah bila ada org wish ku tetap teruja, terharu dan menghargainya... Hari lahir kita menandakan kita setahun makin tua DAN setahun lebih hampir kepada ajal kita... Dan hari lahir kita sepatutnya menghargai bonda yang menanggung kesakitan melahirkan kita ke dunia... Terima kasih Mak! Orang sayang Mak...

Eh, bila nak habis taip ni rasa macam entry ni taklah panjang mana... Buat gempak je awal tadi cakap cerita ni panjang... Hohoho... Ni kalau kira ikut bulan Islam, haruslah umurku lagi tua dari sekarang... Lalala~ Sshhhh... Jangan beritahu siapa²... Rahsia... Haha!

Sekian, wassalaamu...



No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...