Social Icons

Sunday, July 19, 2015

Aku dan AidilFitri...


Assalaamu'alaikum...

Hari ni dah hari raya ketiga... Biasalah kalau kat Malaysia ni kan raya sampai sebulan... Dan rasanya pernah dengar orang buat open house AidilFitri tapi lepas Syawal dah habis sebab banyak sangat open house lain dan macam²lah... Yang berlanjutan sampai AidilAdha pun ada agaknya... Agaknyalah...

Dekat rumahku kami raikan biasa² je... Ku lagi banyak masa mata melekat kat TV kut... Nak berjalan raya pun siap tengok lagi TV tengah tayang cerita apa... Kalau cerita hantu memang kirim salam awal²lah... Takde keje hari raya nak tengok cerita hantu... Lainlah kalau komedi seram, masih boleh dipertimbangkan untuk tengok...

Raya pertama hari tu tengok TV2 Mat Despatch Raya Sakan... Zamanku kanak² tersangat ribena dulu memang layan habislah Mat Despatch ni sebab tu excited semacam nak tengok yang raya sakan ni... Ku tak tahulah anda pernah dengar tak cerita Mat Despatch ni tapi ku yang yang dah suku abad ni pun tahu lagi dan sempat tengok cerita ni... (Silalah google kalau nak tahu apobondoehjang drama Mat Despatch ni...)

Malam tadi tengok Sebelum Takbir Bergema kat TV3... Watak Shah Jazle sebagai Aidil membuatkan ku teringat AidilFitri tahun lepas... Haha! Tahun lepas punya hari raya dapat ilham nak taip cerpen Aidil Untuk Saya tu... Cerpen tu sempena hari rayalah walaupun jalan cerita bukan berlatar belakangkan suasana raya... Unfortunately, raya tahun ni takde dapat ilham nak taip cerpen berbaur raya... Huhu...

Lepas habis cerita kat TV3 tu terus tukar ke astro Ria HD sebab nak tengok The Italian Job... Haha! Padaku cerita The Italian Job ni sangat lejen... All-time favorite... Tengok banyak² Kali pun tak bosan walaupun dah tahu apa akan jadi... Masa tu NTV7 tayang Mr. and Mrs. Smith... Berbelah bahagi nak tengok mana satu tapi of course lah The Italian Job menang walaupun Mr. and Mrs. Smith padaku boleh kira bestlah jugak... Tukar ke tv7 sekejap² je masa iklan... Hohoho...

Pagi tadi kakakku ajak beli Cinderella dekat astro best... Haha! Ku tahu memang cerita tu boleh dianggap basi tapi dah kita orang tak tengok lagi kan... Kak long je dah tengok, jadinya ku dengan gigih taip kod untuk beli dan hantar SMS tu... Tak lama lepas tu dah boleh tengok Cinderella tu... Kata² yang paling terkesan dalam cerita tu adalah; have courage and be kind... Masa tengok watak prince tu ku tetiba teringat; hmmm... Tahun ni punya cabaran belum habis lagi... Nak tulis at least satu cerita pasal kerabat diraja... (Insya Allah... Akanku cuba... Padaku cerita macam ni sangat mencabar...) Cabaran pertama nak taip cerita guna first point of view dah terlaksana dengan tertaipnya cerpen Soulmate: Classified!

Macam dah takde keje kan tetiba taip entry pasal ni... Haha! Sengaja nak banyakkan entry sebab lepas ni tak tahu lagi bila akan rajin buat entry baru... E-novel Ramalan Kaji Cinta insya Allah akan disambung Ogos nanti... Sekarang tengah nak fokus dengan cerpen cuba nasib...  Anda doa²kanlah semoga ada rezekiku dalam dunia penulisan... Aamiin...

Sekian, wassalaamu...


No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...