Social Icons

Wednesday, September 02, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 10 ]|:.





BAIKLAH, kita mulakan pertemuan kita pada pagi yang menghampiri tengah hari ni dengan ummul kitab Al-Fatihah.” Arif Fitri bersuara setelah dia dan Najla Naqiyah duduk di ruang tamu selepas menikmati sarapan pagi. Dia membaca surah Al-Fatihah cukup untuk didengari oleh si isteri yang hanya membacanya di dalam hati.

            Err, aku kahwin dengan bekas head boy sekolah ke ni? Cara orang tua ni macam tengah lead meeting pun ada. Jangan cakap dia dulu ketua Badan Akhlak dan Kerohanian sekolah sudah. Haha! Tapi kira kita orang tengah meetinglah juga ni. Meeting yang tak sengaja tertangguh. Hehe.

            “Alhamdulillah dapat kita berhimpun pada pagi ni untuk membincangkan isu tertangguh kita iaitu mengenai sesi ice-breaking. First and foremost, abang nak minta maaf sangat-sangat pada Ya sebab dah membuatkan sesi discussion kita ni tertangguh.” Ujar Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah seperti orang yang sedang merakamkan perbuatan si suami apabila dia menemukan ibu jari tangan kanannya dengan jari telunjuk tangan kirinya manakala jari telunjuk tangan kanannya dicantum dengan ibu jari tangan kirinya membentuk segi empat yang kelihatan seperti kamera. Ucapan Arif Fitri terganggu.

            “Sayang, kenapa tiba-tiba buat macam tu? Masa kecil dulu pernah pasang cita-cita nak jadi paparazzi ke?” tanya Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah tergelak. Kedua-dua tangannya sudah dia jatuhkan, tidak lagi berlagak seperti sedang memegang kamera.

            Paparazzi? Camerawoman okey sikit kut. Hehe. Takdelah bang. Abang tu buat lawak, skema sangat macam tengah handle formal meeting aje siap berdiri pula tu. Ya pun seronoklah nak buat-buat record gaya abang.” Jawab Najla Naqiyah. Arif Fitri sudah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

            “Ada-ada je sayang ni kan. Abang bukan apa, dah alang-alang kita nak buat discussion pasal perkara yang Ya cadangkan dua minggu lepas, kita buatlah betul-betul. Make it real. Lagipun tak salahkan kita mulakan sesuatu dengan baca surah Al-Fatihah? Walaupun ini bukan mesyuarat persatuan ataupun apa-apa mesyuarat rasmi yang lain. Kalau orang lain tak buat pun, takpelah, kita mulakan dalam keluarga kita.” Ujar Arif Fitri panjang lebar.
           
Najla Naqiyah sudah tersenyum mendengar apa yang si suami katakan sebentar tadi. Keluarga kita? Sedapnya dengar orang tua ni sebut keluarga kita tu. Boleh tak aku nak bangga sekejap dapat suami macam orang tua ni? Boleh tak? Boleh tak? Alaa, dapat bangga sekejap pun jadilah. Haha! Poyolah kau Jee. Orang lain pun ada suami juga, bukan kau seorang aje!
           
“Betul tu Yang Arif, tak salah pun kita mulakan sesuatu dengan Al-Fatihah. Insya Allah, perkara yang baik tu kita cuba sama-sama amalkan. But before we proceed with the main agenda, I got something to ask you. Abang dulu Ketua Badan Akhlak dan Kerohanian kat sekolah ke? Tak pun head boy sekolah ke?” tanya Najla Naqiyah.
           
Erm, the latter.” Arif Fitri sudah tersengih. Najla Naqiyah sudah bulat mata mendengar jawapan dari si suami.
           
Seriously? Dulu abang head boy?” tanya Najla Naqiyah. Kali ini dengan nada tidak percaya dan turut meminta kepastian. Arif Fitri menghampiri si isteri dan duduk di sofa yang sama. Dia mencuit hidung si isteri.
           
“Betullah sayang, takkanlah abang nak tipu pula. Okey, Puan Najla Naqiyah, shall we proceed with the main agenda?” tanya Arif Fitri. Kali ini dia sudah mencapai helaian kertas bersaiz A4 yang telah dia catat dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan dengan si isteri. Najla Naqiyah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya.
           
Wahhh! Baru aku tahu orang tua ni dulu head boy sekolah. See! Banyak lagi pasal dia yang aku tak tahu. Excited pula nak mulakan ice-breaking session dengan orang tua ni. Haha! Patutlah nampak orang tua ni Karisma Kapoor semacam. Okey, itu sangat merapu Jee! Ada ke patut orang tua yang segak bergaya ni kau kata Karisma Kapoor? Nak kena buat lasik dulu ke baru dapat bezakan orang tua yang berkarisma ni dengan Karisma Kapoor tu? Haha! Orang tua ni bukan Karisma Kapoor tapi dia berkarisma dan berkaki lebar. Err, maksud aku berkaliber, bukan berkaki lebar walaupun kaki dia lebarlah juga sebab pakai kasut saiz 9. Ehhh, wait seminit! Waktu orang tua ni head boy sekolah, agak-agak ramai tak orang yang minat dia? Huwaa! Tiba-tiba aku rasa jealous pula kalau dia ada ramai peminat. Haish!
           
“Sayang, Ya okey tak ni? Jauh mengelamun.” Arif Fitri sudah menggawang-gawangkan tangannya di hadapan Najla Naqiyah. Najla Naqiyah yang tersedar dari lamunan terus melemparkan senyuman buat si suami.
           
“Ya okey ajelah. Let’s get the party started! Eh, meeting, hehe…” kata Najla Naqiyah dengan suara yang ceria. Arif Fitri sudah tersenyum dengan gelagat si isteri yang dirasakan semakin hari semakin comel itu.
           

“Okey, Ya rasa mula-mula sekali kita exchange apa yang kita dah siapkan ni. Lepas dah teliti masing-masing punya points then kita discuss mana-mana yang kita berdua setuju, nak tambah ataupun nak tukar. Are you okay with that?” tanya Najla Naqiyah.
           
Yes, ma’am. I’m okay with that. So, shall we?” sambil menganggukkan kepala, Arif Fitri secara tidak langsung menyatakan persetujuan dengan cadangan Najla Naqiyah. Sambil bertanya kembali kepada si isteri, dia sudah bersedia dengan kertas di tangan kanannya. Najla Naqiyah tersenyum teruja dan bertukar kertas dengan si suami.
           
Ini salah satu perkara yang aku suka dan respect kat orang tua ni. Dia bukan seorang yang pendesak dan dia sudi terima cadangan orang lain. Oh, aku lupa yang dulu dia head boy sekolah, mestilah dah biasa terima cadangan anak buah. Tapi aku rasa terlalu awal pula untuk aku puji dia macam tu. Usia perkahwinan kita orang tak sampai setahun jagung. Jangankan setahun jagung, setengah tahun jagung pun belum. Huhu. Tapi, manusia kan berubah. Tak mustahil satu hari nanti dia akan berubah. Entahlah... Okey Jee, dah jauh sangat dah kau melalut ni. Mohon kembali fokus!

Masing-masing meneliti setiap coretan yang dicatat pada kertas. Najla Naqiyah baca dengan teliti setiap bait yang dicatatkan oleh si suami. Ada masa keningnya hampir bertaut dek kerana kerutan yang hadir di dahi dan dia turut memberi komen di dalam hati.

Visi: Membina dan mengekalkan rumahtangga yang bahagia hingga akhir hayat berterusan sampai syurga.

Misi: Bersama-sama kita berganding bahu dalam memastikan keharmonian syurga dunia kita supaya sama-sama kita dapat menjejaki syurga yang abadi di akhirat nanti.

            Alhamdulillah. We’re on the same page. Boleh tahan skema juga ayat ex-head boy sekolah ni tapi takpe asalkan visi dan misi kita orang lebih kurang sama. Adakah ini dinamakan cinta? Pffttt! Fokus Jee, fokus!

Apa Yang Anda Mahu Dalam Perkahwinan: Sebuah keluarga yang akan sentiasa ada ketika jatuh bangun saya dan akan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan keluarga ini bahagia walaupun mungkin akan ada masa kita tidak sekepala dalam membuat keputusan tetapi kita perlu sentiasa berbincang dan berkomunikasi dengan baik. Insya Allah, kita cuba okey?

Aktiviti Ice-breaking:
1)     Berkenalan dengan saudara-mara atau kawan baik abang and vice versa.
2)    Jalan-jalan berpimpin tangan di taman tasik mahupun shopping complex atau di mana-mana sahaja janji isteri abang ni ada di sisi ;)
3)    Melakukan aktiviti lain di dalam rumah secara bersama-sama (contohnya solat berjemaah, makan sepinggan minum secawan, tengok rancangan TV kegemaran bersama dan aktiviti lain yang sewaktu dengannya…)
4)    Salam tangan dan cium pipi abang sebelum abang pergi kerja dan masa balik kerja. hehe..
5)    Cuba untuk biasakan diri bermaafan sebelum tidur dan semestinya kena cium pipi abang juga.. lalala~
6)    Kalau takde aktiviti lain masa hujung minggu, kita buat house meeting… (pengisian house meeting ni bukan apa sangat pun, lebih kepada kita spend time together sambil bercerita, nak laporkan perbelanjaan ke, nak buat luahan rasa, nak laporkan perkara terkini yang berlaku atau minum-minum sambil tengok TV je…)
7)    Kiss me on my forehead (in the morning, coming back from work and before going to bed..)
8)    Kiss me on my cheek (in the morning, coming back from work and before going to bed..)
9)    Kiss me through the phone when I’m outstation (flying kiss is recommended if we’re using Skype video call…)
10)   Hug me for at least 3 seconds (in the morning, coming back from work and before going to bed..)
11)    Feel free to kiss and hug me at anytime ;)

Peraturan Rumah:
1)     Sentiasa tutup suis lampu atau barang-barang elektronik lain yang tak digunakan (sorry, abang dah biasa macam ni… kita jimat bil elektrik ok, hehe…)
2)    Waktu Maghrib wajib tutup segala pintu tingkap.
3)    Mungkin abang akan kerap ke Singapore jadi masa abang takde kat sini mohon tinggal kat rumah ibu… jangan buat abang susah hati ya sayang..
4)    Nak pergi ke mana-mana minta izin abang dulu.. inform abang through Whatsapp pun takpe..
5)    Peruntukkan sehari dalam sebulan untuk keluar beraktiviti dengan kawan masing-masing.. (masa keluar tu wajib setiap 30 minit report kat abang yang sayang tengah buat apa..)
6)    Ni perkara paling penting, sentiasa berkomunikasi dan berbincang.. abang faham kita masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing jadi abang tak nak ada salah faham wujud antara kita, okey?

Denda:
1)     Kiss me on my forehead
2)    Kiss me on my cheek
3)    Hug me for at least 3 seconds

            Apakah? Tiga aktiviti ice-breaking ni sama aje dengan denda. Ish, memang kena negotiate lagi ni nanti. Cuba tengok beberapa aktiviti dan denda yang orang tua ni letak. Tak sah kalau takde ‘skinship’. Kiss me on my forehead, kiss me on my cheek dan hug me for at least 3 seconds tu sebijik-sebijik ayat dia sama je kat ice-breaking session dengan kat denda! Haish! Memang ‘skinship’ ni syarat sah untuk sesi ni ke? Opss, sorry, penggunaan perkataan ‘skinship’ tu telah menjangkiti aku masa aku terjebak dengan drama dan variety show Korea. Harap maklum.

Arif Fitri tekun membaca tulisan tangan si isteri. Tidak seperti Najla Naqiyah yang banyak berkerut dahi, Arif Fitri lebih banyak menggelengkan kepala apabila membaca apa yang Najla Naqiyah catatkan terutamanya apabila membaca bahagian peraturan rumah dan denda.

Visi: Membina rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah di dunia mahupun akhirat sana.

Misi: Sentiasa berusaha untuk membaiki hubungan baik agar lebih memahami dan bersatu menuju syurga yang abadi.

Apa Yang Anda Mahu Dalam Perkahwinan: Seorang suami yang beriman, memahami dan menegur serta membimbing ke arah yang lebih baik dan sebuah keluarga yang boleh menjadi jambatan untuk meraih syurga. Sebuah perkahwinan yang bahagia. Aamiin.

Aktiviti Ice-breaking:
a)     Solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu dalam sehari, lima waktu masa hujung minggu kalau tak keluar pergi mana-mana.. (impian saya nak berjemaah sebanyak mungkin dengan suami saya..)
b)    Menghabiskan masa kat kedai buku atau perpustakaan..
c)     Main indoor games seperti chess, dam ular, karom, congkak mahupun batu seremban..
d)    Bertukar-tukar cerita pada masa dan keadaan yang sesuai (contohnya sambil tengok TV atau makan tiba-tiba teringat peristiwa yang berkaitan bolehlah diceritakan terus pada pasangan…)
e)     Hujung minggu yang aman damai kalau takde hal lain lebih baik diisi dengan sama-sama membuat kerja rumah.. (kira ice-breaking apa ni sambil buat kerja boleh berborak.. betul ke tidak? Hohoho..)
f)     Berjalan melenggang kangkung ataupun jogging (disarankan pagi atau petang hujung minggu..)
g)    Pergi berjalan-jalan atau melancong; dalam negara pun takpe.. (camping, picnic mahupun hiking boleh masuk kategori ni.. hehe..)
h)    Pillow talk or any kind of heart-to-heart talk.. huhuhu~

Peraturan Rumah:
a)     Baju kotor wajib letak ke dalam bakul baju kotor warna merah tu. Bakul warna biru baju yang dah kering tinggal nak lipat..
b)    Mohon guna ubat gigi dengan picit ubat gigi tu dari bawah dan bukannya tengah-tengah..
c)     Barang-barang yang sudah siap guna wajib letak semula ke tempat asalnya. (wajib okey, wajib.. huhu..)
d)    Elakkan sebarang bentuk pembaziran baik air, elektrik, makanan dan perkara lain yang difikirkan lojik.
e)     Kalau ternampak pinggan mangkuk dalam singki belum dicuci, ringan-ringankanlah tangan untuk cuci.. lebih bagus kalau cuci pinggan masing-masing.. kuali dengan periuk guna masa memasak tu boleh take turn cuci.. hehehe..
f)     Weekends masa kita tak keluar ke mana-mana tu bolehlah sama-sama kita buat house cleaning.. (house cleaning merangkumi menyapu dan mop seluruh rumah, cuci tandas, sekali sekala cuci kipas siling, sliding door mahupun aktiviti memasak bersama-sama..)

Denda:

  1. a)     Belanja makan ais-krim.
  2. b)    Belanja makan kek yang sedap-sedap.
  3. c)     Belanja buku-buku samada buku motivasi ataupun novel.
  4. d)    Wajib memenuhi sebarang permintaan selama seminggu.. haha.. (kalau kena suruh macam kuli tu nasiblah.. jangan merungut pulak.. haha!)

Haha! This is soooo Najla Naqiyah! Denda yang dia letak ni macam kanak-kanak ribena punya permintaan je. Kalau macam ni punya denda, baik tak payah kena denda langsung. Bila-bila dia rasa nak makan kek, ais-krim, nak minta belikan buku, cakap aje aku boleh belikan. Insya Allah masih mampu.

“Dah habis baca?”

“Dah habis baca?” serentak mereka bertanya soalan yang sama. Kedua-duanya tertawa.

“Dah habis baca dah. Abang rasa Ya punya ni ada yang nak kena pinda terutamanya bahagian peraturan rumah dan denda.” Kata Arif Fitri. Najla Naqiyah sudah angkat kening kemudian dia tersenyum senget.

“Laa, belum termaktub lagi dah nak kena pinda? Tapi abang ingat Ya punya ajelah yang nak kena pinda? Yang abang cadangkan ni pun banyak yang nak kena pinda tahu.” Ujar Najla Naqiyah pula. Arif Fitri sudah ketawa kerana memang dia sudah agak bahawa Najla Naqiyah tidak akan bulat-bulat bersetuju dengan apa yang dia cadangkan terutamanya bahagian denda.
           
“Okey sayang, no problem. Kitakan mengamalkan demokrasi dan kita warga yang berdiplomasi. Kita discuss sama-sama bahagian mana yang nak kena pinda sampai kita puas hati, set?” balas Arif Fitri. Dia sudah menghulurkan tangan kanannya ke arah Najla Naqiyah sambil menggengam jari jemarinya kecuali ibu jari seperti tanda bagus.
           
Najla Naqiyah sudah memandang pelik tingkah laku si suami. Tidak tahu apa yang dia harus balas. Kita orang tengah main game ke ni ada set bagai? Sekarang ni baru nak mula set pertama ke?
           
Arif Fitri sudah tergelak dengan mimik muka si isteri. Segera dia menghampiri si isteri dan diambilnya tangan kanan isterinya itu lalu dibentukkan seperti apa yang dia buat sebentar tadi.

“Sayang, bila abang buat macam ni, Ya balas balik dengan buat thumb up ni and then sentuh ibu jari abang ni lepas tu jawab ‘set!’ maknanya setujulah. Okey?” kata Arif Fitri sambil sekali lagi dia suakan tangan kanannya yang sudah menunjukkan tanda ‘bagus’.

Kali ini Najla Naqiyah yang sudah faham segera memberi tindak balas seperti yang diajarkan oleh si suami.

“Okey, set!” jawab Najla Naqiyah. Sabar ajelah Jee. Zaman bila punya trend entah ni laki aku bawa. Takpe, selagi tak memudaratkan sesiapa, kau layankan aje. Waktu macam ni mulalah terasa macam jauh benar jarak umur kita orang berdua. Haha.



MANA adil!” Najla Naqiyah sudah bersuara sambil memandang Arif Fitri.

Wajahnya terpamer jelas riak tidak puas hati. Selepas mereka bertukar-tukar kertas, mereka memperuntukkan masa untuk membuat penilaian apa yang masing-masing tulis.  Najla Naqiyah membawa diri ke perpustakaan mini manakala Arif Fitri membawa diri ke bilik tidur mereka. Jenuh juga Najla Naqiyah ‘menanda’ kertas Arif Fitri terutamanya bahagian aktiviti ice-breaking dan denda. Gayanya sahaja sudah mengalahkan seorang guru yang menanda kertas anak murid. Penggunaan pen merah dengan sengaja menambahkan lagi aura menanda kertas. Hanya beberapa perkara di peraturan rumah yang dia mahu pinda manakala bahagian visi dan misi langsung tidak disentuhnya kerana dia rasakan sudah menepati syarat.

Mereka berdua kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti seketika bagi menyediakan juadah makanan tengah hari bersama-sama. Usai makan tengah hari, mereka berehat sebentar sementara menunggu waktu Zohor masuk. Ketika itu masing-masing dilarang untuk membincangkan apa yang ingin mereka pinda kerana perbincangan hanya akan disambung selepas Zohor. Usai Arif Fitri mengimamkan solat Zohor, mereka kini kembali berada di ruang tamu bagi menyambung perbincangan yang ditangguh seketika.

“Manalah abang tahu Adil kat mana. Setakat ni abang tak pernah ada kawan nama adil.” jawab Arif Fitri sambil tersenyum di hujung ayat.

Najla Naqiyah sudah menjulingkan bebola matanya ke atas lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada.

“Tak lawak okey, tak lawak. Cubaan yang baik tapi sila cuba lagi lain kali,” ujar Najla Naqiyah kepada si suami.

Arif Fitri sudah tersenyum lebar memandang si isteri. Seronok dapat mengusik isterinya itu sebegini.

“Okey, bahagian mana yang Ya rasa tak adil?”

“Aktiviti ice-breaking yang abang cadangkan banyak yang involveskinship’. Denda lagilah semua tu involveskinship’. Asalnya nak pecahkan ais, entah-entah aisnya makin beku. Peraturan rumah Ya cuma tak setuju nombor tiga sampai nombor lima. Boleh tak next time abang ke Singapore, Ya stay kat sini je? Please abang… And then boleh tak abang bagi kelonggaran pasal minta izin tu? Maksud Ya, memang Ya akui bila Ya nak keluar rumah Ya kena minta izin suami tapi boleh tak abang bagi Ya permission in advance? Contohnya bila-bila masa Ya perlu keluar dan Ya mampu untuk pergi sendiri, boleh jaga nama baik dan maruah sebagai seorang isteri, Ya tak perlu minta izin abang. Abang izinkan bila keadaan macam tu. Boleh tak bang? And lastly, peraturan nombor enam tu boleh tak kalau abang extend masa untuk update apa yang Ya tengah buat every one hour instead of every 30 minutes? Misi, visi dan apa yang kita nak dalam perkahwinan kita ni Ya takde apa-apa nak argue, Ya setuju. So, abang nampak dah kat mana yang tak adilnya?” Najla Naqiyah berhujah dengan panjang lebar. Tangannya yang ligat bergerak sebentar tadi seperti sedang dalam pertandingan bercerita kini sudah dia daratkan pada sofa. Sambil dia bersandar pada sofa, dia menghela nafas panjang dan menghembuskan nafasnya dengan lega. Gayanya seperti tidak cukup oksigen sahaja.

Arif Fitri mendengar dengan tekun setiap butiran yang keluar dari mulut si isteri. Ada masa dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan ada masa dia kelihatan seperti sedang berfikir. Sambil mendengar hujah si isteri, dia sebenarnya mundar-mandir ke kiri dan kanan. Dia berhenti betul-betul di hadapan si isteri yang sedang bersandar dan perkara pertama yang dia lakukan adalah melemparkan senyuman manis terlebih manisan dan gula khas untuk isteri tercinta.

“Okey, giliran abang pula kan. Firstly, sama macam sayang, misi, visi dan apa yang kita nak dalam perkahwinan ni takde yang abang tak puas hati atau nak pinda. Later on we can combine and rephrase the sentences. Secondly, if my memory serves me right, kan awal-awal dulu Ya ada cakap yang ice-breaking session ni salah satunya sebab kita bukan pasangan yang bercinta sakan sebelum nikah. You clearly said that it’s like a method of bridging the gap between us dan supaya kita lebih memahami antara satu sama lain selain dapat mewujudkan rumahtangga yang harmoni. To address your first point, tercapailah goal kita untuk bercinta selepas nikah kalau Ya setuju dengan aktiviti ice-breaking yang abang cadangkan tu. Kalau Ya tengok sekeliling, anak muda sekarang yang bercouple tu ada yang terlebih-lebih ‘caring’ sentiasa nak berpegangan tangan. Itu belum campur lagi dengan yang selamba badak je berpeluk sakan dalam LRT. Believe me my dear, abang hari-hari pergi balik kerja naik LRT macam-macam kerenah muda-mudi sekarang ni yang abang perhati. Semoga satu hari nanti mereka insaf dan sempat bertaubat. Nampak tak? Dengan beberapa aktiviti ice-breaking dan denda yang abang letak tu kita dapat capai salah satu matlamat ice-breaking session kita nanti.” Arif Fitri bersuara tenang. Lagaknya seperti sedang membuat pembentangan pula. Tenang tetapi cukup meyakinkan.

Najla Naqiyah mendengar dengan tekun setiap ayat yang meniti di bibir si suami. Dia akui ada benarnya apa yang suaminya itu katakan. Soalnya sekarang adalah dirinya sendiri yang masih segan dengan si suami. Kalau nak diikutkan segan tu alamatnya takde progresslah ice-breaking session ni nanti. Perlu ke aku setuju dengan segala cadangan orang tua ni? Dia ni ada aura untuk membuatkan orang bersetuju dengan apa yang dia kata. Jangan cakap yang dia dulu pendebat sekolah sudah. Entah-entah betul, aku tinggal nak tanya BM atau BI aje.

“Abang, masa sekolah dulu abang masuk Debate Club ke?” akhirnya Najla Naqiyah lontarkan juga soalan itu.

Arif Fitri sudah memberi reaksi terkejut. Tidak menyangka yang si isteri akan bertanya soalan di luar topik itu. Dia berandaian yang si isteri akan berkata sesuatu yang berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan.

“Mana sayang tahu?” soal Arif Fitri.

“BM ke BI?” tanya Najla Naqiyah dengan teruja tanpa menjawab pertanyaan Arif Fitri.

“BM. Dulu BI abang tak power,” jawab Arif Fitri.

“Oh, kiranya sekarang ni BI abang dah powerlah?” soal Najla Naqiyah lagi.

Arif Fitri sudah tersengih. “Power tu taklah sayang tapi kira bolehlah untuk survive kalau kena campak ke negara omputeh. Macam mana Ya tahu?”

Najla Naqiyah sudah menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

I don’t know. I guess it shows. You got these aura and charisma to convince people and persuade them to agree with you,” jawab Najla Naqiyah jujur.

Arif Fitri sudah tersenyum mendengar apa yang si isteri katakan sebentar tadi.

I’ll take that as a compliment Puan Najla Naqiyah. So sekarang ni kita nak teruskan ke tidak discussion ni? Manalah tahu sayang abang ni dah setuju dengan abang 150 juta peratus.”

Najla Naqiyah menjulingkan bebola matanya ke atas. Fokus beralih sekejap tapi sekurang-kurangnya aku dah dapat pengesahan yang memang dulu orang tua ni pendebat sekolah. Huwaaa! Makin ramailah agaknya orang yang minat laki aku ni dulu. Haish, itu pula yang kau fikir! Fokus Jee, fokus! Teruskan discussion ni. Kau juga yang bagi cadangan pasal ni kan. Haha! Padanlah muka kau. It’s sure gonna be a long day.


... Insya Allah, akan bersambung ... 



Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menunggu bab baru SIBB... Maaf sekiranya Bab 10 ini tidak menepati citarasa anda... Sejujurnya bila dah lama tak menaip SIBB ni, sy sedikit kehilangan rentak... Sekarang tengah nak dapatkan semula rentak tu... Doakan sy berjaya, insya Allah... Lepas ni akan diutamakan update SIBB, harap maklum... Insya Allah... Doa²kan saya mampu...

Saya masih terbuka menerima segala bentuk kritikan, cadangan mahupun kutukan... Jika anda ada cadangan penambahan untuk bab ini, jangan malu dan segan untuk meninggalkan komen... Terima kasih...

PS: maaf untuk sebarang typo atau kesalahan lain...

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

6 comments:

  1. rindu sangat dengan karya Suha. Thank you so much. love it. Nak tunggu cerpen pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Terima kasih masih sudi tunggu karya saya... *terharu* Cerpen di blog insya Allah soon... Akan datang bulan Oktober ni pula akan ada satu cerpen baru saya dibukukan dalam kompilasi cerpen Penerbitan Layar Pena... Semoga semuanya dipermudahkan... Aamiin...

      Delete
  2. Best...Rindu sgt dah nak bace novel SIBB ni...
    Cepat2 la sambung next next next next chapter yer tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. fina,

      Thanks so much sudi tunggu... *terharu* Sy sendiri rindu nak menaip tapi kadang² stuck setengah jalan... Insya Allah akan ada next next next next chapter... Doakan idea dtg mencurah² ye...

      Delete
  3. AKHIRNYA.....selepas lama menungu.....bes sangat-sangat.......BIG THUMPS UP for the writter.......saya akan setia menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zul The Writer,

      Terima kasih akan setia menunggu bab baru SIBB... Akak akan cuba update semampu yang boleh... Insya Allah... Doakan akak sentiasa dpt ilham ye...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...