Social Icons

Wednesday, September 16, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 11 ]|:.





HELAIAN muka surat terakhir yang keluar dari mesin pencetak Najla Naqiyah ambil. Dua salinan selamat dia cetak. Satu untuk simpanan dirinya dan sudah tentu satu lagi untuk simpanan si suami. Dia meneliti dan menyemak semula apa yang tercetak. Dalam tidak sedar segaris senyuman akhirnya terukir di bibir. Kepalanya turut digeleng-gelengkan beberapa kali tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hendak berpatah balik, itu bermakna dia akan berlaku tidak adil kerana dia sendiri yang mencadangkan aktiviti ice-breaking antara dirinya dan si suami jadi mahu tidak mahu hidup perlu diteruskan dan aktiviti mereka ini harus dijayakan.

Visi: Membina dan mengekalkan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah hingga akhir hayat di dunia mahupun akhirat sana.

Misi: Bersama-sama kita berganding bahu dalam memastikan keharmonian rumahtangga dan sentiasa berusaha untuk membaiki hubungan baik agar lebih memahami satu sama lain dalam menjejaki syurga yang abadi di akhirat nanti.

Apa Yang Anda Mahu Dalam Perkahwinan: Sebuah keluarga yang akan jatuh bangun bersama, bekerjasama, memahami dan menegur serta membimbing ke arah yang lebih baik. Sentiasa berbincang dan berkomunikasi agar matlamat untuk bahagia di dunia dan akhirat dapat dicapai. Insya Allah.

            Okey, tiga bahagian ni memang kita orang takde argue apa-apa jadinya takde apa-apa yang nak diubah. Masing-masing setuju 150 juta peratus jadinya kerja aku cuma gabungkan dan cantikkan ayat je. Of courselah aku tukang gabungkan semua benda ni tapi bila fikir semua ni aku punya cadangan jadi ada baiknya aku sendiri yang buat barulah aku akan puas hati. Macam tengah siapkan assignment pun ada cumanya assignment dalam Bahasa Inggeris yang ni kita orang campur je Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hehe.

Aktiviti Ice-breaking:

  1. 1)     Solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu dalam sehari, lima waktu masa hujung minggu kalau tak keluar pergi mana-mana.
  2. 2)    Berkenalan dengan saudara-mara atau kawan baik satu sama lain.
  3. 3)    Jalan-jalan berpimpin tangan ketika di taman tasik mahupun di shopping complex atau di mana-mana sahaja.
  4. 4)    Melakukan aktiviti lain di dalam rumah secara bersama-sama (contohnya makan sepinggan, minum secawan, tengok rancangan TV kegemaran bersama dan aktiviti lain yang sewaktu dengannya.)
  5. 5)    Salam tangan dan cium pipi satu sama lain sebelum pergi kerja dan masa balik kerja.
  6. 6)    Pillow talk or any kind of heart-to-heart talk dan cuba untuk biasakan diri bermaafan sebelum tidur dan semestinya kena cium pipi juga.
  7. 7)    Kalau takde aktiviti lain masa hujung minggu, kita buat house meeting* dan house cleaning**. *house meeting: bukan apa sangat pun, lebih kepada kita spend time together sambil bercerita dan bertukar-tukar cerita, nak laporkan perbelanjaan, nak adakan perbincangan, nak buat luahan rasa, nak laporkan perkara terkini yang berlaku atau minum-minum sambil tengok TV.**house cleaning: merangkumi menyapu dan mengemop seluruh rumah, cuci tandas, sekali sekala cuci kipas siling, sliding door mahupun aktiviti memasak bersama-sama.
  8. 8)    Menghabiskan masa di kedai buku atau perpustakaan.
  9. 9)    Main indoor games seperti chess, dam ular, karom, congkak mahupun batu seremban.
  10. 10)   Berjalan melenggang kangkung ataupun jogging (disarankan waktu pagi atau petang hujung minggu.)
  11. 11)    Pergi berjalan-jalan atau melancong; dalam negara pun takpe. (camping, picnic mahupun hiking boleh masuk kategori ni.)
  12. 12)   A kiss on the forehead (in the morning, coming back from work and before going to bed.)
  13. 13)   A kiss on the cheek (in the morning, coming back from work and before going to bed.)
  14. 14)   A kiss through the phone when the husband is outstation (flying kiss is recommended if we’re using Skype video call.)
  15. 15)   A hug for at least 3 seconds (in the morning, coming back from work and before going to bed.)

Untuk aktiviti ice-breaking ni ada perkara yang lebih kurang sama kita orang gabungkan sekali. Puas juga aku pertahankan aktiviti kat kedai buku atau perpustakaan tu. Haha! Tapi bahagian ‘skinship’ yang orang tua tu letak memang aku tak dapat nak halang dah. Aku cuma berjaya buang feel free to kiss and hug at anytime tu je. Itu pun lepas aku cakap pada orang tua tu biar lima belas aktiviti je dulu untuk permulaan ni. Masalahnya macam tak bagi kesan apa-apa sebab dekat aktiviti lain dah ada kissing and hugging. Hmmm. Nasiblah, nak buat macam mana kenalah berkompromi. Lima belas aktiviti ni pun aku rasa separuh nyawa dah nak buat. Haish. Memang ‘bernas’ sangatlah idea kau untuk mulakan semua ni kan Jee? Bridging the gap sangat! Semoga kukuhlah jambatan tu nanti. Jambatan emas mungkin?


Peraturan Rumah:

  1. 1)     Sentiasa tutup suis lampu atau barang-barang elektronik lain yang tak digunakan dan elakkan sebarang bentuk pembaziran baik air, elektrik, makanan dan perkara lain yang difikirkan lojik.
  2. 2)    Waktu Maghrib wajib tutup segala pintu tingkap.
  3. 3)    Yang Kurang Arif dibenarkan untuk pergi ke tempat yang dirasakan perlu selagi boleh menjaga maruah diri dan suami.
  4. 4)    Peruntukkan sehari dalam sebulan untuk keluar beraktiviti dengan kawan masing-masing. (masa keluar tu wajib setiap sejam report kat satu sama lain tengah buat apa.)
  5. 5)    Mestilah sentiasa berkomunikasi dan berbincang supaya tidak timbul salah faham.
  6. 6)    Baju kotor wajib letak ke dalam bakul baju kotor warna merah tu. Bakul warna biru baju yang dah kering tinggal nak lipat.
  7. 7)    Ubat gigi hendaklah dipicit dari bawah dan bukannya di tengah-tengah.
  8. 8)    Barang-barang yang sudah siap digunakan wajib diletakkan semula ke tempat asalnya. (wajib okey, wajib.)
  9. 9)    Bergilir-gilir mencuci pinggan mangkuk. (Hari Isnin, Rabu dan Jumaat giliran Yang Kurang Arif; hari Selasa, Khamis dan Sabtu giliran Yang Arif; hari Ahad buat sama-sama.)

Bahagian peraturan rumah ni banyak yang orang tua tu mengalah. Dia punya ‘mengalah’ tu sebenarnya menang. Faham tak? Inilah sebab utama dekat aktiviti tu semua perkara ‘skinship’ yang orang tua tu cadangkan aku tak dapat nak tolak. Dekat peraturan rumah ni aku dah minta kat dia yang aku tak perlu balik rumah ibu setiap kali dia outstation ke Singapura. Masa untuk report kalau keluar dengan kawan-kawan pun berjaya negotiate dengan orang tua tu supaya report setiap sejam. Dan yang paling aku nak juga dia ikut peraturan sebenarnya pasal baju kotor, ubat gigi dan barang-barang kena simpan semula ke tempat asal tu. Aku tak rasa benda ni penyakit tapi aku memang tak boleh kalau tengok baju kotor dicampak tak tepat ke dalam bakul. Aku akan jadi geram dan rimas bila tengok ubat gigi kena picit kat tengah-tengah dan aku akan perasan setiap pergerakan barang-barang yang dialihkan walau sikit apatah lagi kalau terang dan nyata tak letak semula ke tempat asal. Susahlah aku nak explain perasaan tu tapi aku rasa aku masih lagi dalam kategori normal. Hmmm.

Denda:

  1. 1)     A kiss on the forehead.
  2. 2)    A kiss on the cheek.
  3. 3)    A hug for at least 3 seconds.
  4. 4)    Belanja makan ais-krim banyak-banyak.
  5. 5)    Belanja makan kek yang sedap-sedap.
  6. 6)    Belanja buku-buku samada buku motivasi ataupun novel.
  7. 7)    Wajib memenuhi sebarang permintaan selama seminggu.. haha.. (kalau kena suruh macam kuli tu nasiblah.. jangan merungut pulak.. haha!)

Semua perkara yang disebutkan di atas berkuat kuasa serta-merta dan segala pindaan hanya boleh dilakukan setelah berbincang dan mencapai kata sepakat kedua-dua belah pihak.

Agaknya bila orang cakap muafakat tu membawa berkat, lebih kurang macam nilah kut. Semoga dengan permuafakatan ni membawa keberkatan dalam rumahtangga kami. Amin. Aku dikira mengembirakan hati suami akulah kan sebab bab ‘skinship’ yang dia letak tu aku mengalah? Ibu pernah pesan hidup berumahtangga ni banyak yang nak kena mengalah dan mengalah tu bukan bermaksud kita kalah sebaliknya menunjukkan kita mempunyai jiwa yang besar untuk melepaskan sesuatu perkara dan berlapang dada dengan perkara tu. Tiba-tiba aku rasa aku dah matang. Haha! Perasan aje kau ni Jee. Kalau dalam sehari tu kau tak puji diri sendiri agaknya boleh sengal-sengal sendi. Perangai kau macam budak-budak lagi ada hati nak mengaku dah matang.

Kesimpulannya… Gilalah kau Jee, siap ada kesimpulan ni memang macam buat assignment dah ni! Okey apa-apalah tapi kesimpulannya daripada aktiviti ice-breaking ni dapatlah aku simpulkan yang aktiviti kita orang nanti terbahagi kepada aktiviti harian dan mingguan. Cuma aktiviti nak kenal saudara-mara dengan kawan baik masing-masing tu kena ikut masa yang bersesuaianlah. Peraturan rumah tu pula siapa yang kantoi akan didenda dan denda kena pilih ikut turutan. Kiranya tak boleh pilih denda yang sama dua kali berturut-turut. Yalah, buatnya orang tua tu pilih denda kena penuhi permintaan dia selama seminggu lepas tu aku kena denda dua kali dan dia pilih denda yang sama tak ke nanti aku juga yang penat dua minggu berturut-turut kena jadi kuli? Tiba-tiba aku menyesal pula letak denda tu. Fikir dahulu pendapatan, fikir kemudian kau juga yang kena jadi kuli Jee. Haish.

Monolog Najla Naqiyah terganggu apabila telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia buka aplikasi WhatsApp bagi membaca mesej dari Hasni Hidayah yang dia terima di group AHAHAH. Bulat matanya tatkala membaca mesej dari Hasni Hidayah tersebut. Senyuman lebar terukir di bibir. Sudah tentu dia tumpang gembira dengan berita itu. Segera dia balas mesej tersebut dan terusnya mendail nombor telefon si suami.

“Assalamualaikum sayang. Ya okey?” soal Arif Fitri apabila menjawab panggilan dari si isteri.

“Waalaikumussalam abang. I’m okay. Yang Arif, kalau Yang Kurang Arif nak request something boleh?” Najla Naqiyah terus mengajukan pertanyaan kepada si suami. Teruja sudah pasti. Dan bagi Arif Fitri pula sudah tentu dia berdebar setiap kali si isteri berkata sedemikian. Risau jika dia tidak dapat menunaikan permintaan si isteri.

“Apa dia sayang? Kalau apa yang Ya request tu abang boleh tunaikan, insya Allah abang akan cuba tunaikan,” jawab Arif Fitri.

“Abang ingat lagi tak kawan Ya nama dia Dayah yang jadi pengapit Ya masa kenduri sebelah abang? Dia ada interview dekat-dekat sini jadinya boleh tak kalau dia nak tumpang kat rumah kita? Ya nak ajak Auni sekali bolehlah kita orang reunion.” Najla Naqiyah menerangkan permintaannya kepada si suami dan dia berharap benar yang si suami akan memberi keizinan.

Arif Fitri sudah menarik nafas lega. Ingatkan nak request apalah tadi. Manalah tahu tiba-tiba dia nak minta pinda apa-apa yang kita orang dah setuju tu. Nasib baiklah dia request benda lain.

“Oh okey, boleh sayang. Kawan-kawan Ya dah jadi kawan-kawan abang juga.” Arif Fitri memberi kata putus kepada si isteri.

Yeay! Ya nak inform Auni dengan Dayah. Thanks abang. Love you, assalamualaikum.” Najla Naqiyah sudah bersorak teruja dan terus menamatkan panggilan selepas memberi salam tanpa menunggu balasan dari si suami.

Love you too my dear, waalaikumussalam.” Arif Fitri tetap membalasnya walau dia tahu si isteri sudah memutuskan talian. Senyuman tidak lekang di bibirnya memikirkan si isteri yang mencuit hati. Entah si isteri benar-benar maksudkan ungkapan ‘love you’ itu ataupun sekadar ucapan biasa kerana keterujaan. Harapan dirinya agar si isteri benar-benar memaksudkannya. Jika tidak hari ini, mungkin esok lusa. Tetapi dia berdoa agar si isteri akan menyayanginya untuk selama-lamanya.



…Insya Allah akan bersambung… doakan idea mencurah2…


Kepada anda yang sudi baca,

Terima kasih daun keladi lain kali bacalah lagi… Ini version tak buat proofread banyak kali jadinya maaf untuk segala cacat cela… Sudilah kiranya anda doakan idea saya melimpah supaya dapat update bab baru dengan lebih laju… aamiin…

Feel free to give your critics…

.:|[ Suha Fasihah ]|:.




No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...