Social Icons

Friday, October 09, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 12 ]|:.



TANGAN dihulur kepada Arif Fitri untuk bersalaman. Si suami menyambut huluran salam dan seperti biasa dia akan mengusap kepala Najla Naqiyah ketika si isteri tunduk mencium tangannya.  Dia kemudiannya menundukkan sedikit badannya lalu jari telunjuk tangan kanannya menyentuh pipinya tiga kali tanda mengingatkan si isteri apa yang perlu dilakukan. Najla Naqiyah faham maksud suaminya itu, salah satu aktiviti ice-breaking mereka. Najla Naqiyah mencium pipi si suami. Si suami balas dengan mencium ubun-ubun dan pipi si isteri.
“Abang, hari ni jangan balik lambat sangat ya. Kitakan ada tetamu.” Najla Naqiyah mengingatkan si suami. Arif Fitri sudah berkerut dahi.
“Tetamu? Siapa? Abang tak tahu pun.”
“Ish, abang ni takkan dah lupa. Kan Isnin lepas Ya ada minta izin nak ajak Auni dengan Dayah tidur sini sebab esok Dayah ada interview. Jadinya lebih kurang buat reunion teruslah. Abang jangan buat hal, abang dah cakap okey dah. Jangan tarik balik apa yang abang dah cakap pula.” Najla Naqiyah menerangkan perkara yang bakal berlaku. Muka masam sudah dia tarik saat menuturkan ayat terakhir. Bimbang jika si suami tiba-tiba akan menarik kembali keizinan yang pernah dilafazkan. Arif Fitri mencuit hidung si isteri.
Sorry, abang terlupa. Sayang, lembu berpegang pada tali tau, manusia berpegang pada janji. Abang dah cakap okey Isnin lepas jadinya abang takkan tarik balik apa yang abang cakap. Insya Allah, abang cuba balik awal. Apa-apa nanti abang beritahu okey.” ujar Arif Fitri. Senyuman kembali menghiasi bibir si isteri.



OKEY tak makanan kat sini?” soal Arif Fitri. Dia bersandar pada kerusi tatkala soalan itu diutarakan supaya Najla Naqiyah yang duduk di meja belakangnya dapat mendengar soalan tersebut. Dia sedang makan seorang diri di meja yang boleh memuatkan empat orang manakala Najla Naqiyah, Auni Atiqah dan Hasni Hidayah sedang makan bertiga di meja belakangnya. Kerusi yang dia dan Najla Naqiyah duduki membelakangi satu-sama lain. Semestinya ada satu lagi kerusi kosong di meja yang dipilih oleh tiga dara tersebut tetapi Najla Naqiyah sendiri yang meletakkan syarat untuk dia makan di meja yang berasingan. Arif Fitri hanya turutkan sahaja permintaan gadis itu.
            Sebenarnya semuanya adalah aturan Najla Naqiyah sendiri. Setelah dikhabarkan bahawa ada seorang hamba Allah ingin melamar dirinya dan si ibu sudahpun berkenan dengan hamba Allah tersebut, maka Najla Naqiyah bertindak meminta keizinan daripada Najmi Nazrib untuk dia bertemu dengan hamba Allah itu. Semestinya si abang kandung dilarang untuk turut serta kerana jika abangnya turut serta, sudah pasti dia tidak dapat melakukan apa yang sedang dia lakukan sekarang. Kepada si abang sudah dia janji bahawa dia akan menjaga dirinya dan akan turut mengheret kedua-dua orang rakan baiknya ini untuk sama-sama berjumpa dengan hamba Allah tersebut.
            “Okey, sedap-sedap makanan kat sini. Lagipun normallah kan makanan yang orang lain belanja memang rasa sedap je bila lalu kat tekak,” jawab Najla Naqiyah sambil turut bersandar pada kerusi.
            Arif Fitri yang masih lagi bersandar pada kerusinya hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya walaupun dia tahu Najla Naqiyah tidak dapat melihat perlakuannya itu. Sekali imbas mereka berdua kelihatan seperti dua orang perisik yang sengaja makan berlainan meja tetapi sebenarnya sedang bertukar maklumat secara rahsia bagi mengelakkan mereka disyaki. Auni Atiqah dan Hasni Hidayah sendiri sudah menggelakkan kelakuan Najla Naqiyah ini yang pada pandangan mereka sengaja mahu mengenakan Arif Fitri.
            “Lepas ni ada nak pergi mana-mana lagi tak? Saya boleh tolong hantarkan.” Arif Fitri kembali bersuara.
            “Takde, dah penat jalan-jalan tadi. Nanti awak tolong hantar kita orang terus ke kolej ya.”
Tett! Tett!
Bunyi loceng mematikan lamunan Najla Naqiyah. Dia sebenarnya baru sahaja menyiapkan menu makan malam untuk hari ini. Sengaja dia siapkan sebelum Auni Atiqah dan Hasni Hidayah tiba kerana tidak mahu mendengar bebelan dan kritikan dari dua orang rakan baiknya itu. Selain dari si suami, ibu dan abangnya, dua orang rakan baiknya ini arif benar bahawa memasak adalah bidang yang baru sahaja dia ceburi. Usai memasak dia merehatkan diri seketika di ruang tamu sambil mengimbau kenangan lama bersama rakan baiknya.
Boo! Poyolah kau Jee. Bukan mengimbau kenangan lama dengan Auni dan Dayah tapi lebih kepada mengimbau kenangan lama dengan hamba Allah yang sekarang ni dah selamat jadi laki kau tu kan. Haha! Suara hati Najla Naqiyah mempertikaikan dirinya sendiri.
 Langkah kaki cepat-cepat Najla Naqiyah bawa ke arah pintu utama. Segugus kunci dia capai untuk membuka kunci pintu grill nanti. Buka sahaja pintu, Najla Naqiyah terus disapa dengan suara Hasni Hidayah.
“Weh, apasal bunyi loceng apartment kau ni buruk sangat? Tak meriah langsung!”
“Waalaikumussalam Cik Hidayah. Jemputlah masuk ke apartment yang bunyi loceng tak meriah langsung ni. Next time saya set bagi dia berbunyi lagu raya ya,” pelawa Jee setelah pintu grill berjaya dia buka.
“Assalamualaikum Jee!” Auni Atiqah memberi salam sambil bibirnya sudah tersenyum lebar dengan kerenah Hasni Hidayah dan Najla Naqiyah.
Alololo Jee ni aku gurau je janganlah merajuk okey. Assalamualaikum Puan Najla, terima kasih banyak-banyak ya Puan Najla bagi saya tumpang kat apartment yang bunyi loceng tak meriah langsung ni. Wah, tak sabar rasanya saya nak datang dengar loceng bunyi lagu raya pula!”
Beberapa cubitan yang agak berbisa dari Najla Naqiyah berjaya hinggap di lengan dan pinggang Hasni Hidayah bertalu-talu. Walaupun Najla Naqiyah sudah lali dengan perangai Hasni Hidayah yang suka menyakatnya tetapi dia tetap rindu untuk mencubit-cubit rakannya ini dan seharusnya kesempatan ini dia gunakan dengan sebaik-baiknya.
“Jee, sudah-sudahlah tu, kesian Dayah aku tengok. Esok dia dah lah ada interview hari ni kau pergi dera fizikal dia pula. Jomlah masuk, nak Maghrib dah ni.” Dan seperti biasa, pendamai yang kadang-kala turut memihak kepada Hasni Hidayah dalam mengenakan Najla Naqiyah akhirnya bersuara.


+ YA SAYANG, sorry abang tak dapat nak balik awal hari ni. Ya dinner dulu dengan Auni dan Dayah okey, no need to wait for me.
            Pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang Najla Naqiyah terima dari si suami membuatkan dirinya sedikit berkecil hati. Sudah dia ingatkan pada sebelah pagi bahawa mereka akan ada tetamu dan meminta untuk si suami pulang awal tetapi usahanya sia-sia sahaja. Suaminya tetap pulang lewat seperti hari-hari sebelumnya. Najla Naqiyah cuba mengawal riak sedih supaya tidak dapat dikesan oleh kedua-dua orang rakannya itu.
            Usai solat Maghrib, mereka berkumpul di ruang tamu. Televisyen dipasang tetapi sebenarnya tidak ditonton oleh sesiapa. Ruang tamu riuh-rendah dengan suara mereka bertiga. Ada sahaja cerita yang bila diungkit kembali pasti akan membuatkan mereka ketawa tidak kering gusi. Hasni Hidayah yang bakal menghadiri temuduga pada esok hari turut ketawa tidak sedar diri.
            “Okey… Okey… Stop sekarang, tak larat dah aku nak gelak. Esok dah lah aku ada interview. Penat je dua tiga hari ni aku study hari ni dah gelak macam orang gila. Habislah bersepah-sepah ilmu aku, esok nak jawab apa? Kena sedut balik ni.” Hasni Hidayah sudah   memuncungkan mulutnya mengalahkan muncung itik lalu menyedut udara dengan kuat melalui mulutnya seolah-olah dia sedang ‘mengumpul’ semula ilmunya yang hilang.
            Najla Naqiyah dan Auni Atiqah sekali lagi menghamburkan tawa dengan lagak Hasni Hidayah. Sungguhpun perkara itu tidaklah asing pada pandangan mata mereka namun dapat melihatnya semula setelah beberapa lama mengembalikan nostalgia ‘gila’ mereka bertiga.
            “Jomlah makan. Kau orang tak lapar lagi ke?” Najla Naqiyah mempelawa rakan-rakannya untuk makan malam setelah ketawa masing-masing sudah reda.  
            “Laki kau tak balik lagi takkan kita nak makan dah.” Auni Atiqah bersuara. Hasni Hidayah sudah menganggukkan kepala tanda bersetuju.
            “Laa, tak payah risaulah laki aku tu. Nanti dia balik aku hidanglah untuk dia. Kita makan bertiga dulu nak? Lagipun dia memang akan balik lambat hari ni. Dia sendiri suruh aku makan dulu dengan kau orang.”
            “Takpelah Jee, kita tunggu laki kau baliklah baru makan sama-sama. Perut aku boleh tahan lagi ni tapi perut Cik Epal kita ni tak tahulah aku boleh tahan ke tidak.” Hasni Hidayah berkata sambil memandang Auni Atiqah.
            “Ha, Cik Epal kau boleh tahan lagi tak ni?” tanya Najla Naqiyah.
            “Boleh lagilah. Haish kau orang berdua ni. Kita dah habis belajar pun masih lagi gelaran Cik Epal tu lekat kat aku.” rungut Auni Atiqah.
            Of course! Siapa lagi yang layak sandang gelaran tu kalau bukan kau seorang. Kau je yang dari dulu jadi alarm clock kita orang bila sampai waktu makan, selalu makan makanan berkhasiat dan tak makan instant noodle macam aku dan Dayah. Dan, kau seorang je yang literally jadikan prinsip an apple a day keeps the doctor away semata-mata tak suka pergi jumpa doktor. Nasib baiklah dah masuk part two kau dah buang tabiat kau sehari makan sebiji epal. Itupun sebab kau nak jimat duit. Jadi, selama-lamanya kau akan tetap jadi Cik Epal kita orang.” Najla Naqiyah dengan panjang lebar mengimbau kembali perangai Auni Atiqah semasa di universiti dahulu.
            Auni Atiqah sudah melekapkan kedua-dua tapak tangannya pada telinga tanda tidak mahu dengar apa yang Najla Naqiyah ucapkan walaupun sebenarnya dia masih dapat mendengar dengan agak jelas. Dia segera membuang pandang ke sebelah kanan menikmati panorama jalan raya yang diterangi oleh lampu dan kereta yang masih bersesak-sesak.
            “Biarkan Auni tu Jee. Agak-agak dia bosan tak bercakap dengan sesiapa nanti dia bersuaralah tu. Aku nak tumpang iron baju untuk esok ni,” kata Hasni Hidayah.
            “Okey, jomlah aku tunjukkan iron dekat mana. Selalunya aku iron baju kat luar ni tapi iron and ironing board memang simpan dalam bilik kecil sebelah toilet luar tu.” Najla Naqiyah bangun dari duduk seraya berjalan untuk menuju ke bilik kecil yang dimaksudkannya.
            Hasni Hidayah turut bangun untuk ke bilik tetamu yang dia dan Auni Atiqah kongsi bagi mengeluarkan baju kurung untuk dia pakai esok hari. Auni Atiqah yang berasa dia tidak dipedulikan segera memandang kedua-dua orang rakannya yang sudah berdiri itu.
            “Kau orang kejam kan? Tak nak pujuk aku pun.”
            Najla Naqiyah dan Hasni Hidayah sudah tidak jadi melangkah. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan dijatuhkan pula pada Auni Atiqah.
            “Baru hari ni ke kau tahu kita orang memang kejam?” serentak Najla Naqiyah dan Hasni Hidayah bersuara dan mereka meletuskan tawa.



BUAT konsert jom!” ajak Hasni Hidayah.
            “Kau ni Dayah tak padan dengan esok nak interview ada hati malam ni ajak berjimba-jimba. Kau tu kena tidur awal sebab esok kena bangun awal. Dok menyanyi malam ni karang mahu tak tidur malam lepas tu kau nak ‘menyedut’ balik ilmu.” Auni Atiqah sudah membebel kepada Hasni Hidayah.
            Najla Naqiyah yang baru sahaja tiba dari dapur membawa tiga gelas air teh ‘o’. Dia baru sahaja siap memanaskan lauk selepas selesai menunaikan solat Isyak sebentar tadi. Najla Naqiyah meletakkan minuman di hadapan kedua-dua orang sahabatnya itu lalu dia matanya memandang rancangan yang terpasang di televisyen.
            “Minum dulu weh. Kau orang nak sangat tunggu laki aku balik baru nak makan tengoklah sampai sekarang tak makan-makan lagi. Aku ajak makan dulu taknak.” Mata Najla Naqiyah tidak beralih dari skrin televisyen. Dia menghirup air teh ‘o’bagi membasahkan tekak.
            “Alah, small matterlah Jee. Eh, jom buat konsert. Rindulah nak trio dengan kau orang.” Kali ini Hasni Hidayah mengajak Najla Naqiyah pula.
            “Tengok Dayah ni Jee, dari tadi ajak buat konsert. Dia ingat kita ni still kat kolej agaknya, tak sedar esok dia yang nak interview, kita berdua tukang teman aje.” Auni Atiqah mengadu kepada Najla Naqiyah.
            Najla Naqiyah tidak menjawab apa-apa sebaliknya dia mencapai sebuah buku yang berada di bawah meja kopi lalu menghulurkan kepada Hasni Hidayah yang duduk bersebelahannya.
            “Kau dah kenapa bagi buku amalan bagi wanita haid ni kat aku? Aku ajak kau buat konsert bukannya ajak baca buku.” Hasni Hidayah sudah bertanya hairan.
            “Sebab buku itulah yang laki aku bagi pada aku lepas dia tahu sepanjang dia kat Singapore dulu aku meroyan buat konsert malam-malam dan kebetulan waktu tu memang aku tengah period. Lagipun kejap-kejap lagi laki aku baliklah tu kang kantoi pula aku buat konsert lagi. Memanglah dia takde larang tapi aku kenalah pandai-pandai faham sendiri,” jawab Najla Naqiyah sambil memandang sekilas Hasni Hidayah.
            Hasni Hidayah dan Auni Atiqah sudah mentertawakan Najla Naqiyah. Tidak mereka sangka itu kisah sebenar di sebalik kejadian yang berlaku kepada sahabat baik mereka itu. Agak lama juga mereka melepaskan tawa. Najla Naqiyah tidak bereaksi. Apabila tawa kedua-dua orang sahabatnya itu sudah reda barulah dia kembali bersuara.
            “Hari ni kau orang ketawalah kat aku, esok-esok kau orang dah ada laki barulah kau orang tahu.”
            “Alah, esok-esok tu bukannya esok. Dan aku pasti kita orang berdua takkan kahwin dalam masa terdekat,” balas Auni Atiqah.
            “Haah, betul tu. Kita orang takkan kahwin dalam masa terdekat. Entah-entah tak sempat nak kahwin pun. Dulu kau pernah pesan kita ni tak pasti lagi suatu hari nanti akan jadi bakal pengantin tapi yang pasti kita akan jadi bakal jenazah. Kau dah lepas stage tu Jee, aku dengan Auni ni yang belum pasti lagi. Kan Auni?” Hasni Hidayah sudah bersuara dengan dua ayat terakhirnya dilafazkan dengan nada yang sayu.
            Auni Atiqah sudah membuat muka sedih dan mengangguk-angguk perlahan tanda bersetuju dengan Hasni Hidayah. Najla Naqiyah sudah mengeleng-gelengkan kepalanya. Faham benar dengan kerenah mereka berdua.
            “Ni buat-buat sedih ni nak suruh aku pujuk guna modal apa?” soal Najla Naqiyah.
            “Jom buat konsert! Dua lagu pun dah cukup. Haha!” laju sahaja Hasni Hidayah membalas pertanyaan Najla Naqiyah.
            Kali ini Auni Atiqah pula yang geleng kepala. Beria benar Hasni Hidayah mahu membuat konsert. Dan sejujurnya dia sendiri rindukan masa-masa mereka bertiga di kolej kediaman dahulu. Bermacam-macam aktiviti yang mereka sertai selain dari aktiviti yang mereka sendiri reka seperti membuat konsert di tingkap bilik dan membayangkan ada peminat sedang menonton dan menyanyi bersama.
            “Kesian aku tengok Dayah ni dari tadi ajak buat konsert. Jomlah Jee tunaikan permintaan dia.”
            “Oo..key. Tapi dua buah lagu aje tau,” balas Najla Naqiyah menyatakan prsetujuannya.
            Hasni Hidayah semestinya sudah bersorak gembira.
           


I WONDER HOW
I wonder why
Yesterday you told me ‘bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon tree
I’m turning my head up and down
I’m turning turning turning
            Nyanyian yang terhenti secara tiba-tiba membuatkan pemuda tersebut hairan. Sudahlah setelah beberapa lama, baru hari ini dia dapat melepaskan kerinduan mendengar gadis misteri sebelah rumahnya menyanyi. Dia sendiri tidak menyangka bahawa nasibnya baik hari kerana dia dapat mendengar sekali lagi ‘konsert percuma’ yang diadakan oleh jiran sebelah. Kali ini sungguh panjang ucapan pembukaan konsert  tersebut dan si gadis misteri turut menyatakan kehadiran tetamu undangan yang akan menyanyi bersama-sama. Sayangnya gadis misteri yang dia tunggu-tunggu itu langsung tidak menyebut nama mereka.
            Setelah ucapan pembukaan, gadis misteri dan rakan-rakan yang tidak dapat dikenal pasti menyanyikan lagu dari Bruno Mars yang berjudul Count On Me. Pemuda tersebut harus akui bahawa gabungan suara mereka betul-betul menjadikan lagu itu sedap didengar. Dia berandaian bahawa mereka sememangnya sudah selalu menyanyikan lagu tersebut berulang-kali. Tamat sahaja lagu Count On Me, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk terus menyanyikan lagu Lemon Tree. Menurut ucapannya, mereka sendiri tidak tahu siapa penyanyi lagu tersebut dan tidak pernah ambil tahu kerana mereka mengetahui lagu tersebut semasa minggu orientasi di universiti mereka. Kakak fasilitator yang membimbing kumpulan mereka telah mengangkat lagu tersebut menjadi lagu tema kumpulan dan sehingga sekarang mereka bertiga yang kebetulan sama kumpulan terus berkawan rapat.
Berahsia betul dia orang ni ataupun dia orang sebenarnya tahu yang aku tengah dengar dia orang menyanyi? Tidak mungkin sebab aku mana on lampu. Gigih aku bergelap sampai kena gigit nyamuk semata-mata tak nak dia orang tahu ada orang lain tengah dengar ‘konsert’ dia orang tu. Okey, sekarang ni aku tahu ada tiga orang. Soalnya sekarang yang mana satu gadis misteri yang pertama kali aku dengar dia buat ‘konsert solo’ dulu?
           


TETT! TETT!
            “Alamak, bunyi loceng tak meriah langsung tu!” Hasni Hidayah terjerit.
Nyanyian trio AHAHAH terhenti serta merta. Najla Naqiyah sepantas kilat bangun dari duduknya dan terus berlari memetik suis lampu.
“Laki aku dah balik weh. Kau orang cepat pakai tudung.” Najla Naqiyah bersuara agak cemas.
Laju sahaja Auni Atiqah dan Hasni Hidayah berkejar ke bilik tetamu untuk menyarung tudung. Sememangnya sudah Najla Naqiyah pesan kepada si suami supaya membunyikan loceng terlebih dahulu supaya rakan-rakannya boleh bertindak memakai tudung. Mujurlah si suami tidak lupa dan tidak terus membuka pintu menggunakan kunci pendua. Semasa rakan-rakannya masih kalut di dalam bilik, Najla Naqiyah menghampiri pintu rumah. Dia membukanya dari dalam. Si suami sudah menghadiahkannya dengan senyuman manis terlebih manisan dan gula. Najla Naqiyah masam mencuka. Arif Fitri bingung seketika.
“Assalamualaikum. Ya sayang, sorry abang bukan sengaja nak balik lewat. Sorry abang memang tak dapat nak elakkan dah. Mula-mula kawan abang boleh ganti turn abang shutdown server hari ni tapi last minute dia tak dapat ganti pula sebab ada hal. Itu yang abang tak dapat nak balik on time.” Arif Fitri cuba memujuk si isteri. Bukan memujuk sebenarnya, lebih kepada menerangkan sebab musabab dia tidak dapat pulang lebih awal.
Selepas pintu grill dibuka, Arif Fitri melangkah masuk. Najla Naqiyah berundur setapak. Walaupun dia masih merajuk tetapi tangan tetap dia hulurkan untuk bersalaman dengan si suami. Seperti biasa Najla Naqiyah tunduk mencium tangan si suami manakala si suami dengan setia mengusap kepala si isteri. Dan seperti sebelah paginya, Arif Fitri sekali lagi menyentuh pipinya mengisyaratkan Najla Naqiyah untuk mencium pipinya. Najla Naqiyah buat muka tanda masih lagi merajuk. Arif Fitri menunduk sedikit dan merapatkan mulutnya ke telinga Najla Naqiyah lalu berbisik.
“Ya sayang, kawan-kawan Ya tengah pandang tu, nanti apa mereka kata?”
Dengan kadar yang segera Najla Naqiyah menoleh ke belakang. Dia dapat lihat dengan jelas kedua-dua orang rakannya itu sedang tersengih-sengih. Najla Naqiyah kembali memusing ke arah si suami dan menghadiahkan kucupan di pipi. Arif Fitri tersenyum dan dia turut menghadiahkan kucupan di ubun-ubun dan kepala si isteri.
“Abang dah makan? Kita orang sebenarnya tunggu abang balik baru nak makan. Lauk pun Ya dah panaskan tadi, sekarang ni sepatutnya suhu dia dah sedang eloklah untuk makan.”
“Ya Allah, kenapa tunggu abang? Kan abang dah pesan jangan tunggu. Kesian kat kawan-kawan Ya tak makan-makan lagi.” Arif Fitri bersuara dengan nada bersalah.
It’s okay Abang Fitri. Kita orang okey aje ni. Jangan rasa bersalah pula. Sepatutnya kita orang yang kena berterima kasih sebab dapat tumpang tidur sini.” Hasni Hidayah cuba untuk membuat ayat yang tidak membuatkan Arif Fitri rasa bersalah.
“Kawan-kawan Jee dah jadi kawan-kawan Abang Fitri juga. Tak kisahlah setakat nak tumpang tidur. Dah, jom kita semua makan dulu. Sayang tolong hidangkan makanan ya.” Arif Fitri kembali bersuara dan ayat terakhirnya dituturkan sambil memandang si isteri.
Najla Naqiyah menganggukkan kepala lalu segera masuk ke dapur yang hanya beberapa langkah dari pintu utama. Arif Fitri mengunci segala pintu dan berlalu masuk ke dalam bilik tidur utama untuk dia letakkan beg galas berisi komputer riba dan menanggalkan sarung kaki. Sekembalinya ke meja makan yang berada jauh sedikit dari ruang tamu, dia lihat makanan yang sudah siap terhidang.
“Hmm pajeri je.. terung. Mesti sedap ni.” Arif Fitri hampir tersasul menyebut pajeri ‘jerung’ di hadapan sahabat-sahabat si isteri.
Najla Naqiyah sudah tersengih kerana tahu apa yang si suami hampir tersasul menyebut. Lupa seketika yang dirinya sedang dalam mod merajuk. Namun berlainan pula dengan reaksi Auni Atiqah dan Hasni Hidayah. Mereka berdua sudah menghamburkan tawa. Arif Fitri sudah sedikit hairan.
“Kenapa ketawa? Ada apa-apa yang Abang Fitri perlu tahu ke?”
Najla Naqiyah sudah menggelengkan kepalanya laju-laju tanda meminta kedua-dua orang sahabatnya itu tidak berkata apa-apa tetapi kalau dah namanya Auni dan Dayah, sudah semestinya mereka ingkar. Sambil tersenyum Hasni Hidayah bersuara.
“Perlu tahu tu taklah, tapi kalau Abang Fitri nak tahu memang ada kisah di sebalik pajeri terung ni.”
“Wah, menarik ni! Sekejap ya Abang Fitri pergi ambil pinggan besar satu. Entah kenapa tiba-tiba malam ni Jee sediakan semua pinggan biasa.”
“Kenapa? Ada orang yang makan large portion ke?” soal Auni Atiqah agak hairan kerana dia rasakan pinggan yang tersedia sudah memadai saiznya.
Arif Fitri sudah tersenyum dan dengan bangga dia menjawab, “Abang Fitri dengan Jee kau orang ni memang makan share satu pinggan.” Arif Fitri membawa dua biji pinggan ke dapur dan dia akan membawa pinggan yang lebih besar untuk kegunaan bersana dia dan Najla Naqiyah.
Sebaik sahaja Arif Fitri melangkah pergi meninggalkan meja makan, Auni Atiqah dan Hasni Hidayah sudah membuat pelbagai reaksi muka bagi mengusik Najla Naqiyah.
“Wah Jee, satu perkembangan yang maju! Kalau dulu siap makan meja asing-asing, bila bercakap dah gaya macam perisik Rusia kelas pertama tapi sekarang ni dah makan sama-sama.” Hasni Hidayah begitu cepat mengeluarkan kenyataan.
So Sweet!” dan kali ini Auni Atiqah pula yang bersuara.
Najla Naqiyah menghela nafas dan menundukkan kepalanya seolah-olah kepalanya terkulai layu. Dia geleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.


…insya Allah akan bersambung…

Kepada semua yang sudi baca,

Terima kasih kerana masih bersabar dan sudi menunggu update terbaru Arif & Najla… Saya perlu memberitahu anda bahawa cerita Arif & Najla akan dihentikan di cik belog ini pada Bab 17 bagi memberi laluan untuk saya siapkan manuskrip penuh yang saya perlu hantar kepada pihak penerbit yang membuat tawaran penilaian… SIBB means so much to me… saya pernah down sampai tahap nak give up terus dengan cerita ni… saya move on dengan cerita Ramalan Kaji Cinta yang waktu tu memberi semangat pada saya tapi ditakdirkan Allah SIBB yang terlebih dahulu mendapat tawaran penilaian terbit… Do you know what is the scary thing about that? It means that SIBB masih boleh ditolak jika panel penilaian rasa ceritanya bukan seperti yang mereka cari… Nauzubillah… Let’s pray and hope for the best… saya mohon jasa baik anda semua untuk mendoakan kelancaran saya menyiapkan manuskrip penuh Saya Isteri Baru Belajar supaya saya dapat menghantarnya kepada pihak penerbit… aamiin…

*kenapa berhenti di Bab 17? Sebab saya suka nombor ganjil dan nombor 7 adalah salah satu nombor ganjil yang saya suka…
**as usual, open to any comments/suggestions/critics
***sorry for any typos

.:|[ Suha Fasihah ]|:.



5 comments:

  1. siapa agaknya lelaki misteri yang dengar mereka nyanyi konsert tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Siapalah agaknya lelaki misteri tu... Huhuhu...

      Believe it or not kak, lelaki tu baru tahun ni dapat ilham nak letak nama apa... Haha... Insya Allah Bab 15 atau 16 nama dia akan diseru... Lalala~

      Delete
  2. Replies
    1. Dr Jihad kelakar ek... Kena pikir dengan lebih mendalam ni scenes Dr. jihad lepas ni... Hehehe

      Delete
    2. Dr Jihad kelakar ek... Kena pikir dengan lebih mendalam ni scenes Dr. jihad lepas ni... Hehehe

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...