Social Icons

Friday, October 16, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 13 ]|:.


ABANG punya server memang lagi penting dari isteri abang sendiri kan? Kenapa tak kahwin aje dengan server tu terus?” soal Najla Naqiyah kepada si suami sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik utama.

Arif Fitri memastikan pintu bilik sudah ditutup lalu mengambil tempat di birai katil. Niatnya ingin berehat seketika sebelum membersihkan diri. Sebentar tadi dia terus makan malam bersama si isteri dan rakan-rakannya kerana tidak mahu mereka menunggu dengan lebih lama. Tidak dia sangka isterinya ini masih merajuk kerana dia tidak dapat pulang lebih awal. Fikirnya rajuk si isteri sudah reda apabila layanan si isteri ketika makan malam tadi sudah seperti biasa. Arif Fitri mengisyaratkan kepada si isteri supaya menghampirinya. Najla Naqiyah yang masih berdiri akhirnya membawa langkah menghampiri si suami. Arif Fitri bertindak memegang dengan lembut kedua-dua belah tangan si isteri. Terasa janggal pula kerana kebiasaannya dia yang perlu menunduk sedikit apabila bercakap dengan si isteri tetapi saat ini dia pula yang perlu mendongak.

Firstly, they’re the company’s servers but I have to take care of them like they’re mine. Secondly, of course you are more important than the servers my dear. Tapi abang kena jalankan tanggungjawab abang pada kerja abang juga. Abang kerja ni pun untuk cari duit untuk kita  sayang, bukan untuk orang lain. Lagipun kan abang cakap tadi dah last minute baru abang dapat tahu kawan yang nak gantikan tempat abang tu ada urgent matter. I’m so sorry, okay. ” Arif Fitri bersuara dengan sehabis lembut bagi menghapuskan rajuk si isteri.

Najla Naqiyah sedari tadi memalingkan kepala ke kanan sudah mula membalas pandangan si suami. Sememangnya dia faham yang suaminya itu mencari rezeki untuk mereka tetapi dia rasa apalah sangat sekadar hari ini pulang tepat pada waktunya jika hendak dibandingkan dengan berhari-hari suaminya itu pulang lewat dari biasa.

  “Wajib ke nak kena shut down server tu hari-hari? Tak boleh ke biar aje server tu on 24 jam?” tanya Najla Naqiyah lagi. Walaupun dia sudah boleh menerima penjelasan si suami tetapi dia perlu bertanya sehinggalah dia berpuas hati.

“Ya sayang, ada server yang memang akan on 24 jam ikut kemampuan dan keperluan server tu tapi ada server yang takde keperluan untuk on 24 jam. Okey abang bagi contoh paling senang, file server yang staff guna tu memang takde kaitan dengan orang luar, jadinya bila staff dah habis guna, kenalah shut down. Cuba bayangkan kalau file server yang ada maklumat penting lagi sulit dan persendirian tu tak shut down dan semua staff balik rumah tidur dengan hati yang senang, tiba-tiba esoknya datang office baru tahu yang file server tu kena hack. Tempat kerja abang tu office hour macam biasa, takde yang kerja shift jadinya Ya nampak tak sekarang keperluan tu?” Arif Fitri cuba memberi kefahaman kepada si isteri. Dia memandang si isteri menunggu sebarang reaksi.

“Okey, tempat kerja abang tu office hour macam biasa then pukul 5 petang tu berhentilah buat kerja, shut down segala server yang perlu shut down.” Najla Naqiyah bersuara masih tidak puas hati.

It’s easier said than done sayang. As much as the IT staffs want to do that, we still can’t. Do you know why? Sebab ada staff yang buat overtime masih perlu gunakan segala data yang ada dalam server tu. Kalau yang buat clerical work tu mungkin boleh claim overtime ikut berapa jam extra yang mereka kerja tapi yang jawatan atas-atas sikit syarat nak claim overtime dikira untuk setiap 4 jam. Maknanya officially kerja habis pukul 5 petang, kalau mereka stay buat kerja sampai pukul 9 malam baru cukup syarat nak claim overtime. Sebab tu lah Ya nampak abang balik kerja kadang-kadang dekat pukul 10 malam dah.”

Najla Naqiyah sudah menunduk. Tidak lagi membara membalas pandangan si suami apabila dia sudah tahu letak duduk perkara sebenar. Arif Fitri menyambung bicara.

That is my job scope. Nak buat macam mana kan, kita bukan bos besar. Kalau abang bos besar, pukul 5 petang je abang dah halau staff abang suruh balik rumah spend masa dengan family pula. Kalau ada yang terlebih workaholic nak tunjuk rajin tak bertempat tu dengan beraninya abang cakap kat dia, get a wife! Kalau dia staff lelakilah.”


Najla Naqiyah ketawa kecil dengan ayat si suami.

“Amboi, kalau jadi bos besar memanglah berani nak suruh orang pergi get-a-wife. Itupun sebab bos besar dah kahwin. Kalau bos besar belum kahwin silap-silap staff tu balas balik; you go get a wife first, boss!”

Arif Fitri turut ketawa dengan komen dari si isteri. Dia menarik nafas lega. Semoga si isteri benar-benar faham akan skop kerjanya.

“Abang harap Ya boleh faham dan takkan ada isu berbangkit tentang ni. I’m so sorry sayang.”

Najla Naqiyah sudah menganggukkan kepalanya. Jee, lain kali cuba lebih lagi untuk faham suami kau ni. Dia berpesan kepada diri sendiri.

I’m sorry too. I should’ve tried harder to understand you better,” balas Najla Naqiyah. Kedua-dua belah tangannya sudah menyentuh pipi si suami.

Arif Fitri memegang mendaratkan tangannya pada tangan si isteri yang masih berada di pipi. Dia sudah tersenyum lebar.

It’s okay my dear, let’s consider it as a part of our life-long learning. Hmm, how about a hug for me? Balik tadi Ya tak hug abang pun ataupun Ya nak kena denda? So far takde orang pecah rekod kena denda lagi ni.” Arif Fitri sudah menjongket-jongket keningnya beberapa kali.

Najla Naqiyah sudah tersenyum sambil menggeleng perlahan kepalanya beberapa kali.



SENYUMAN lebar terhias di bibir Hasni Hidayah sebaik sahaja dia selesai sesi temuduga. Bukanlah kerana dia yakin dengan prestasi dia semasa menjawab soalan-soalan dari panel penemuduga tetapi lebih kepada dia gembira kerana habis juga sesi tersebut dan sedikit sebanyak dapat juga pengalaman menghadiri temuduga yang sebenar. Sebelum ini ada juga mock interview dilakukan semasa mereka menghadiri modul finishing school di universiti dahulu dan hari ini dia dapat merasa sendiri temuduga sebenar setelah berpenat lelah mencuba dan melepasi saringan awal.
           
“Jadi tak kita nak pergi jalan-jalan ni? Esok aku balik bas pagi mana sempat nak jalan-jalan dah.” Hasni Hidayah dengan ceria bertanya kepada rakan-rakannya.
           
Mereka bertiga sedang berjalan menuju ke stesen LRT yang terdekat. Perancangan asal mereka adalah untuk makan tengah hari di luar setelah selesai sesi temuduga Hasni Hidayah dan seterusnya berjalan-jalan di mana-mana pusat membeli-belah.
           
“Itulah, lepas ni tak sure lagi bila kita dapat berkumpul macam ni. Aku okey aje ni tapi Auni ni ha yang tak sihat. Kau tak tahu masa tunggu kau siap tadi entah berapa puluh kali Auni pergi toilet. Demi Auni tersayang, kita batalkan ajelah jalan-jalan tu. Insya Allah ada masa nanti kita boleh jalan-jalan lagi,” ujar Najla Naqiyah yang sedang berjalan berpegangan tangan dengan Auni Atiqah.

Auni Atiqah masih lagi menggosok-gosok perutnya di sebalik tudung yang dipakai. Entah kenapa hari ini perutnya meragam pula. Awal pagi tadi elok sahaja. Kini hendak bercakap pun terasa tiada daya.

“Takpelah kalau macam tu. Kesihatan didahulukan, Cik Epal diutamakan. Jomlah singgah klinik yang terdekat terus. Makan ubat manalah tahu nanti petang-petang sikit dah elok sempat lagi nak jalan-jalan. Hehe.” Hasni Hidayah sudah mencadangkan mereka untuk pergi ke klinik.

Mendengar sahaja perkataan klinik yang meluncur laju dari mulut Hasni Hidayah, Auni Atiqah yang tadinya kelihatan lemah terus sahaja bertukar menjadi seorang yang bertenaga.

No, tak payah pergi klinik. Aku okey ni.” Auni Atiqah cuba meyakinkan sahabatnya.

“Kau jangan nak mengada. Tadi punyalah lembik macam tak larat sangat dah, mata pun kuyu tinggal tunggu orang sorongkan bantal kau boleh terus berdengkur tak ingat dunia tiba-tiba sekarang ni nak tunjuk kau gagah perkasa. Aku tak kira, kau wajib ikut kita orang pergi klinik.” Najla Naqiyah sudah bersuara tegas.  

“Membazirlah weh pergi klinik tu. Tak payahlah, aku okey ni,” sungguh-sungguh Auni Atiqah bersuara sekali lagi.

“Takpe, kalau kau rasa membazir, biar aku je yang bayar untuk kau nanti. Muktamad! Sebarang surat-menyurat tak dilayan.” balas Najla Naqiyah nekad. Jika perlu, akan dia heret Auni Atiqah ke klinik. Ini tanda dia sayangkan kawan baik dia, tahu?

Hasni Hidayah sudah tumpang gelak. Auni Atiqah sudah tidak peduli dengan tawa dari Hasni Hidayah. Yang dia tahu sekarang adalah dia memang tidak suka ke hospital ataupun klinik. Semuanya gara-gara semasa dia kecil dahulu dia pernah sesat seorang diri di dalam hospital semasa keluarganya yang lain sibuk dengan ibunya yang ketika itu sedang bertarung untuk melahirkan adiknya. Selepas ibunya selamat melahirkan barulah ahli keluarganya yang lain perasan akan kehilangannya. Dan sejak itu, dia tidak sukakan hospital mahupun klinik yang sebenarnya tidaklah besar mana. Itulah salah satu sebab dia begitu menjaga kesihatan diri supaya tidak perlu berjumpa dengan doktor.



AUNI ATIQAH…”

Auni Atiqah pandang gadis di kaunter yang memanggil namanya itu. Mereka berbalas pandangan. Gadis itu tersenyum manis. Auni Atiqah tersenyum tawar.

“Boleh masuk bilik doktor ya,” kata gadis tersebut dengan ramah. Senyuman masih menghiasi bibir.

Auni Atiqah hanya membalas dengan anggukan. Tangan Najla Naqiyah yang duduk bersebelahannya sudah dia genggam erat. Mereka tiba di klinik ini setelah bersusah-payah Najla Naqiyah dan Hasni Hidayah menjadi pengawalnya di kiri dan kanan supaya dia tidak lari ke mana-mana dan terus sahaja menuju ke destinasi. Setelah membuat pendaftaran di kaunter, mereka bertiga duduk bagi menunggu giliran nama Auni Atiqah dipanggil. Sambil menunggu, Najla Naqiyah dan Hasni Hidayah menghadap telefon pintar masing-masing tetapi tidak bagi Auni Atiqah. Dia sudah tidak senang duduk dan kini apabila namanya dipanggil, perutnya terasa seperti dipulas-pulas. Melihat Auni Atiqah yang masih tidak berganjak, Najla Naqiyah segera menarik tangan sahabatnya itu dan menolak sahabatnya dari belakang.

Masuk sahaja ke dalam bilik doktor, Najla Naqiyah masih berdiri di sebelah Auni Atiqah sambil berpegangan tangan setelah pintu ditutup. Doktor tersebut seakan terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Mungkin doktor tersebut menyangkakan hanya seorang yang akan masuk bertemunya ataupun mungkin juga doktor tersebut sedang berfikir siapakah pesakitnya yang sebenar.

Najla Naqiyah sempat memandang tanda nama doktor itu. Jihad. Alhamdulillah, teruskan berjihad doktor. Sempat lagi Najla Naqiyah berkata di dalam hati. Berlainan pula dengan Auni Atiqah, sudahlah dia tidak suka berjumpa doktor, kini doktor lelaki yang akan merawatnya. Lain kali bagilah nama klinik ni terang-terang, Klinik Doktor Jihad. Bagi nama Klinik Usaha mana nak tahu doktor dia siapa.

Doctor, she’s the patient, I’m just a moral support.” Najla Naqiyah bersuara. Dia menolak Auni Atiqah supaya melangkah lebih dekat dengan meja doktor.

Jihad sudah tersenyum. Patutlah muka moral support relax aje tapi muka si patient dah pucat habis.

“Silakan duduk. Patient kena duduk kat kerusi sebelah kanan saya ni, moral support boleh duduk kat kerusi depan ni ya. No worries, we got extra chair.” Jihad berseloroh. Tetapi sebenarnya dia sendiri secara peribadi suka jika pesakit perempuan yang datang diiringi oleh mahram mereka dan dalam kes sekarang, pesakitnya ini mungkin ditemani oleh rakan ataupun kakaknya. Jihad membuat telahan di dalam hati.

Sekali lagi Najla Naqiyah memainkan peranan menolak Auni Atiqah untuk duduk di kerusi yang dikhaskan untuk pesakit manakala dia pula melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Jihad.

“Auni Atiqah, betul?” tanya Jihad. Seperti biasa, perkara pertama yang dilakukan sebelum memulakan sebarang rawatan adalah mengesahkan kembali nama pesakit.

Auni Atiqah hanya menganggukkan kepala.

“Okey, cuba Cik Auni cerita pada saya cik rasa tak sihat kat mana.”

“Takkan doktor tak tahu?” soal Auni Atiqah kepada Jihad.

Jihad sudah berkerut dahi.

“Memanglah saya tak tahu kalau Cik Auni tak beritahu. Cik, doktor ni bukannya ahli nujum tengok muka pesakit terus tahu dia sakit apa,” balas Jihad dengan nada yang berhemah.

Najla Naqiyah sudah tahan rasa hendak ketawa. Biarlah rakannya sendiri yang memberitahu apa sakitnya. Dia mahu rakannya itu tidak takut dengan doktor. Eh, macam tu pulak?

“Saya sebenarnya sakit sikit je doktor tapi kawan saya ni yang beria heret saya datang sini.” Auni Atiqah bersuara tidak puas hati.

“Jangan percaya cakap dia tu doktor. Saya tengok dia macam dah separuh nyawa menanggung sakit saya pun apa lagi, heretlah dia ke sini.” kali ini Najla Naqiyah bersuara. Tidak dia hirau dengan pandangan membunuh dari Auni Atiqah.

Uish, kawan Cik Auni cakap macam dah separuh nyawa menanggung, cik sakit apa sebenarnya? Cuba berterus terang pada saya, insya Allah kita usahakan ubatnya. Ubat-ubatan ni usaha kita tapi kita kena yakin yang penyembuhnya adalah Allah Taala.” Jihad bertanya. Kalaulah semua pesakit buat ragam macam ni memang lamalah satu sesi jumpa doktor.

Auni Atiqah sudah teragak-agak untuk memberitahu. Semua ni doktor punya pasal! Kalau doktor ni perempuan memang tak segan silu saya nak cakap. Eh, jantina doktor pula kau nak persalahkan Auni?

“Saya… saya sebenarnya ‘cherry-berry’…” akhirnya Auni Atiqah memberitahu perkara sebenar kepada Jihad.

Cherry-berry ni apa pula? Kalau buah strawberry, blueberry atau BlackBerry smartphone aku pernahlah dengar.

Cherry-berry? Maksud cik? Maaf saya tak faham.”

Hish doktor ni, takkan itu pun tak faham. Dah berapa lama doktor bernafas kat Bumi ni? Doktor tak tahu ke orang Melayu ni penuh dengan kiasan. Auni Atiqah membentak di dalam hati.

“Sebenarnya saya cirit-birit.” pipi Auni Atiqah sudah memerah malu. Ah, kau jangan nak malu tak bertempatlah Auni! Ramai lagi orang pernah cirit-birit, bukannya kau seorang. Auni Atiqah membebel kepada diri sendiri. Dia dapat menangkap Najla Naqiyah yang sedang menahan tawa dari meletus. Kali ini sekali sahaja pandangannya jatuh pada Najla Naqiyah, sahabatnya itu terus duduk statik. Jika tadi Auni Atiqah memandangnya dengan renugan membunuh, kali ini Auni Atiqah memandangnya dengan renungan double membunuh.

Jihad sendiri sudah terkedu.



SERIOUSLY aku tak perasan pun kau teman Auni masuk dalam bilik doktor tu tadi.” Hasni Hidayah sudah menghamburkan tawa apabila Najla Naqiyah ceritakan kembali apa yang berlaku di dalam bilik doktor. Mereka kini dalam perjalanan pulang ke apartment Najla Naqiyah.
           
“Kau tu kalau dah menghadap smartphone mana nak perasan apa jadi kat sekeliling. Nasib baik kau orang ada kawan yang prihatin macam aku ni yang sanggup teman kawan dia masuk bilik doktor. Betul tak Auni?” Najla Naqiyah berkata sambil mengajukan pertanyaan kepada Auni Atiqah.
           
Auni Atiqah yang masih terasa malu dengan peristiwa di bilik doktor tadi tidak banyak bersuara dan kini dia mula berbicara.
           
“Betul tu memanglah betul Puan Najla oi masalahnya kehadiran kau kat bilik doktor tadi tak membantu sikit pun. Kata moral support tapi gaya macam dah berpakat nak kenakan aku pula.”
           
“Eh, membantu banyak okey! Aku bantu jadi orang ketiga antara kau dan Doktor Jihad. Better aku yang jadi orang ketiga daripada syaitan kan?” Najla Naqiyah sudah loyar buruk.
           
“Wah, nama doktor tu Jihad ke? Nice! Handsome tak?” Hasni Hidayah menyampuk. Sempat pula bertanya akan ketampanan doktor tersebut.
           
Handsome lies in the eyes of the beholder. Judgement aku tak boleh pakai sebab kalau kau tanya aku mestilah aku akan cakap laki aku tu lagi handsome dari dia. So, kau kena tanya Auni.”
           
Auni Atiqah sudah berkerut dahi memandang Najla Naqiyah.
           
“Merepek ajelah kau ni Jee. Beauty lies in the eyes of the beholder, bukannya handsome.” Auni Atiqah membetulkan Najla Naqiyah. Sejak masuk ke bilik doktor tadi dia sendiri tidak pasti ke mana hilangnya rasa sakit perut yang memulas-mulas itu. Penangan diheret untuk berjumpa doktor tanpa rela barangkali.
           
“Alah, anggap ajelah sama. Haha!” balas Najla Naqiyah. Dia menyambung bicara.
           
“Auni, idiom yang kau angkat jadi prinsip hidup tu dah kena tambah somethinglah.”
           
Mata Auni Atiqah dan Hasni Hidayah sudah fokus kepada Najla Naqiyah. Masing-masing menunggu apa yang akan Najla Naqiyah katakan.
           
An apple a day keeps the doctor away but if the doctor is handsome, just throw the apple away,” dan Najla Naqiyah melepaskan tawa.
           
So Auni, doktor tu handsomelah ya?” Hasni Hidayah sengaja bertanya.
           
Auni Atiqah menjulingkan matanya ke atas lalu melajukan langkahnya tidak mahu melayan kerenah kedua-dua orang sahabatnya itu yang semakin menjadi-jadi. Bersekutu bertambah kutu betul! Rengusnya di dalam hati.


…Insya Allah akan bersambung…

Buat anda yang masih sudi baca,
Terima kasih tak terhingga dari saya… doakan kejayaan saya menyiapkan manuskrip penuh cerita ini ya… Aamiin… As usual, open to any criticism… mohon maaf untuk segala salah silap…
.:|[ Suha Fasihah ]|:.

No comments:

Post a Comment

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...