Social Icons

Sunday, October 18, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 14 ]|:.



NAJLA NAQIYAH memecut laju meninggalkan Arif Fitri di belakang dan akhirnya dia berjaya tiba di tepi sebatang pokok yang telah mereka persetujui untuk dijadikan sebagai garisan penamat. Najla Naqiyah tidak terus berhenti sebaliknya berjalan perlahan-lahan sambil tercungap-cungap mengambil bernafas. Dia dapat rasa degupan jantungnya yang berdetak laju mengepam darah ke seluruh anggota. Bibir mengukir senyuman bangga. Dia pandang si suami yang turut tiba beberapa saat selepasnya. Pagi ini mereka berdua buat keputusan untuk jogging di taman tasik, salah satu aktiviti ice-breaking yang baru minggu ini dapat dilaksanakan.

Pada awalnya mereka hanya berlari-lari anak dan selepas habis dua pusingan, Najla Naqiyah mencadangkan kepada si suami untuk mereka berlumba lari. Arif Fitri sambut baik cadangan si isteri dan mereka menetapkan sebatang pokok yang berada lebih kurang 100 meter di hadapan sebagai garisan penamat. Dan tidak Arif Fitri sangka, dia kalah beberapa saat kepada si isteri. Masing-masing tidak bersuara. Hanya kedengaran bunyi mereka bernafas menyedut oksigen dan melepaskan karbon dioksida ke ruangan udara.

Setelah pernafasan stabil, Najla Naqiyah yang masih tersenyum memegang tangan si suami dan menarik si suami untuk sama-sama bergerak menghampiri sebuah kerusi batu yang disediakan. Setelah duduk, Arif Fitri membuka penutup botol air mineral dan menyuakan kepada si isteri. Najla Naqiyah menolak kembali ke arah si suami tanda menyusuh si suami minum terlebih dahulu.

“Pahitnya…” kata Arif Fitri setelah meneguk air mineral tersebut.

“Ada mineral water yang manis ke? Lepas jogging dua pusingan tadi biasa je rasa dia. Mesti abang rasa pahit lepas kalah lumba lari dengan Ya kan?” kata Najla Naqiyah sambil tersenyum mengusik si suami.

“Tapi yang ni lain macamlah rasa dia,” ulas Arif Fitri. Dia tersenyum dengan ayat yang dilontarkan oleh si isteri. Seronok melihat si isteri yang gembira.

Najla Naqiyah mengambil air mineral dari si suami lalu meneguk air tersebut. Setelah itu botol air mineral yang masih berbaki dia pulangkan kepada si suami.

“Sama aje rasa dia. Sah, mesti abang rasa pahit dengan kekalahan tadi ni,” dengan serius Najla Naqiyah berkata sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Arif Fitri tidak terus menutup botol air mineral tersebut sebaliknya dia minum pada tempat yang kena bibir si isteri sebentar tadi. Najla Naqiyah hanya memandang tingkah laku si suami.

“Ha, barulah manis. First time abang minum mineral water rasa manis macam ni.”

Najla Naqiyah sudah tergelak dengan ayat si suami.

Lame lah abang. Ni cubaan nak lupakan kekalahan tadi ke? Macam mana abang boleh kalah dengan Ya ni?” Najla Naqiyah komen apa yang si suami lakukan tetapi dia sebenarnya senang dengan perkara tersebut.

Hakikatnya, di bibirnya sahaja dia menyatakan perkara tersebut lapuk sedangkan dia tahu yang si suami hanya cuba untuk melakukan kembali apa yang pernah Rasulullah SAW buat suatu ketika dahulu. Dan dia sendiri baru teringat yang Rasulullah SAW pernah berlumba lari dengan Saidatina Aisyah. Bibirnya menguntum senyum. Arif Fitri sudah tergelak.


“Kalau Ya nak tahu, dulu-dulu abang champion tau setakat lari 100 meter ni. Tadi tu sebab dah lama tak exercise. Ini pun nasib baik hari-hari ulang-alik pergi kerja naik LRT kalau tak lagilah kurang exercisenya.” Arif Fitri membela diri.

Najla Naqiyah sudah mencebikkan bibirnya. Masih ragu dengan apa yang si suami katakan sebentar tadi.

“Berkaki lebarnya suami Ya ni. Semua dia sapu. Head boy dia, debater dia, sprinting pun dia. Tamak haloba. Haha!”

“Berkaki lebar?” tanya Arif Fitri. Dia sudah menunduk memandang kaki yang disarung dengan kasut sukan. Dalam tidak sedar dia menganggukkan kepalanya.

“Maksud Ya ‘berkaki lebar’ tu berkaliber. Hehe” Najla Naqiyah sudah menggaru kepalanya yang dilapisi dengan tudung.

“Oh, haha! Bukan tamak halobalah sayang, mempunyai bakat yang luar biasa.”

Najla Naqiyah sudah membuat gaya menjolok tekak dan termuntah. Arif Fitri sudah mencuit hidung si isteri.

“Eh, tadi tu abang bagi can kat Ya aje ke? Sengaja bagi Ya menang ek?”

Arif Fitri sudah membuat muka sedih dan menggelengkan kepalanya.

Although it hurts my pride, I have to admit that I really lost to you. It’s not on purpose.

Yes! Rugi pula tadi takde buat perjanjian yang menang dapat apa.”

“Ya nak apa? Meh sini abang tunaikan, insya Allah.” tanya Arif Fitri.

Najla Naqiyah berfikir seketika dan kemudiannya dia membetulkan duduknya supaya duduk betul-betul bersebelahan dengan si suami. Jari jemari tangan kanannya dijalinkan dengan jari jemari tangan kiri si suami. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam tudung dan dia cabut fon telinga di sebelah kiri lalu dia letakkan di telinga kiri si suami.

How about we just sit here quietly like this and appreciate the nature,” ujar Najla Naqiyah sambil matanya terus memandang tasik di hadapan. Dia memainkan pemain media yang berada di tangan.

I can show you the world
Shining, shimmering, splendid
Tell me, princess, now when did
You last let your heart decide

Arif Fitri berkerut dahi. Tidak berkelip mata dia memandang si isteri. Lagu dari cerita Aladdin? Bolehlah… Kita layankan aje. Arif Fitri menggenggam erat tangan si isteri dan didaratkan di atas paha kirinya. Dia masih lagi memandang si isteri walaupun kini dia hanya dapat melihat sisi sebelah kanan isterinya sahaja.

I can open your eyes
Take you wonder by wonder
Over, sideways and under
On a magic carpet ride

Si isteri sudah memejamkan mata dan tidak perlu menunggu lama, kepala si isteri sudah tersengguk-sengguk. Arif Fitri segera meraih kepala si isteri dan didaratkan pada bahu kirinya. Sayang, you’re just too cute to be true. Nak ‘appreciate the nature’ tapi pergi tutup mata, memang tertidurlah jawabnya.

A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us no
Or where to go or say we’re only dreaming

A whole new world
A dazzling place I never knew
But when I’m way up here
It’s crystal clear
That now I’m in a whole new world with you
Now I’m in a whole new world with you

Arif Fitri masih tersenyum merenung si isteri walaupun sudut pandangannya kurang memuaskan kerana si isteri sudah makin lena di bahu kiri. Thank you so much sayang. I really am in a whole new world with you. Dan Arif Fitri turut memejamkan mata menghayati lagu tersebut.



SEDAR-SEDAR sahaja lagu sudah bertukar. Entah berapa lama dia tertidur dia sendiri tidak pasti. Yang dia pasti adalah kepalanya elok sahaja mendarat di bahu kiri si suami. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya menjauhi bahu si suami. Dia lihat suaminya itu sedang elok memejamkan mata. Mungkin juga tertidur seperti dirinya. Loserlah kau Jee, macam itu pun kau boleh tertidur. Nasib baiklah takde orang yang bercita-cita nak merompak tengok elok aje makhluk Tuhan ni dua-dua tak sedarkan diri.
           
Handsome tak abang?”
           
“Oh, kau handsome kau comel!” Najla Naqiyah melatah sambil tangan kanannya sudah menepuk kuat lengan kiri si suami. Terkejut dengan suara si suami yang tiba-tiba sahaja memecah sunyi. Secara kebetulan pemain medianya pada ketika itu sedang memainkan lagu Kau Gemuk Kau Comel yang dinyanyikan oleh Dzul Izzat. Lagu tersebut merupakan versi Melayu bagi lagu All About That Bass.

Arif Fitri sudah meletuskan tawa. Tidak sangka yang si isteri akan melatah sebegitu rupa. Dia menggosok-gosok lengannya yang terasa sakit terkena penangan ‘tepukan’ si isteri.

“Padan muka, lain kali buat orang terperanjat lagi. Ya ingatkan abang tidur.” Najla Naqiyah sudah memuncung.

Uish, takkanlah abang nak tidur kat tempat macam ni, mana selesa. Lainlah ada orang tu kan, dia kan, tidur kan, kat tempat awam.” Arif Fitri mengusik si isteri.
           
Najla Naqiyah sudah membeliakkan matanya sambil mencubit-cubit pinggang si suami sampai terjatuh ke tanah Arif Fitri demi mengelak dari cubitan berbisa si isteri. Najla Naqiyah kemudiannya bangun dari duduk.

“Jom, one last round sebelum balik rumah. Kali ni kita berjalan lenggang kangkung je,” ajak Najla Naqiyah. Dia menghulurkan tangan kepada si suami yang sudah terduduk di atas tanah. Kali ini bukan sebarang ajakan. Ajakan yang ini lebih kepada ‘wajib ikut kalau tak saya merajuk!’.

Arif Fitri bangun lalu mengambil botol air mineral yang telah kosong. Najla Naqiyah sudahpun memulakan langkah kaki sebaik sahaja si suami bangun sebentar tadi. Arif Fitri segera melajukan langkah bagi menyaingi si isteri. Dia terus mencapai tangan si isteri dan menggenggamnya erat. Najla Naqiyah menghayun perlahan tangan yang bertaut. Arif Fitri sudah tersengih dengan kelakuan si isteri. Mereka berjalan santai dan untuk beberapa minit, mereka hanya berdiam diri.

“Abang tak rasa ke hidup kita ni kadang-kadang bosan?” Najla Naqiyah mula bersuara.

Arif Fitri sudah rasa lain macam. Kita orang baru je berapa bulan kahwin, takkanlah dia dah rasa bosan hidup dengan aku? Aku punyalah happy ada dia dalam dunia aku. Ish, mencabar jiwa dan raga betul ni. Arif Fitri cuba menenangkan diri. Dia mahu mendengar penjelasan dari si isteri terlebih dahulu.

“Kenapa Ya cakap macam tu?”

Najla Naqiyah sudah menunduk seketika. Setelah itu dia angkat kepala. Mencari ayat yang paling sesuai untuk dia tuturkan kepada si suami.

“Takdelah, Ya bukannya bosan hidup dengan abang, Ya cuma rasa perjalanan hidup kita sehari-hari ni ada masanya rasa bosan. Kita bangun pagi, solat Subuh berjemaah then abang bersiap pergi kerja. Lepas  abang pergi kerja Ya tinggal seorang diri kat rumah. Kadang-kadang tengok TV, kadang-kadang buka FB. Bila barang-barang makanan habis pergi pasaraya beli and the cycle repeats. Mungkin Ya rasa bosan sebab Ya belum kerja lagi kut.”

Arif Fitri menghela nafas dengan tenang. Mereka berdua menerukan langkah.

“Mungkin. Tapi satu hari nanti bila Ya dah kerja, tak mustahil Ya akan rasa bosan juga sebab dah kerja nanti cycle hidup Ya akan jadi macam abang. Pagi pergi kerja then balik rumah makan lepas tu tidur. Bila balik kerja dah penat dan kita cuma ada weekends untuk buat aktiviti macam sekarang ni,” balas Arif Fitri.

Najla Naqiyah sudah menganggukkan kepala, “Betul juga kan. Habis tu abang tak rasa bosan ke ulang benda yang sama je hari-hari?”

“Kita ni manusia sayang, emosi kita macam-macam. Ada juga hari yang akan rasa bosan. Waktu rasa bosan macam tu kita nak hari tu cepat je berlalu tapi bila terlintas je rasa tu kita sebenarnya kena cepat-cepat sedar. Renew balik niat. Setiap apa yang kita buat ni biarlah niat kita kerana Allah supaya setiap usaha kita diberkati dan insya Allah dipermudahkan. Kita akan rasa ringan je nak buat kerja walaupun kerja tu berulang-ulang.”

Najla Naqiyah sudah tersenyum dengan jawapan dari si suami. Niat. Betul tu, check balik niat kau Jee.

But frankly speaking, my life previously was quite boring. Tapi lepas abang ada Vee, hidup abang taklah bosan sangat. Weekends abang keluar jalan-jalan dengan Vee. Kadang-kadang tu abang bercakap dengan Vee banyak perkara walaupun macam bertepuk sebelah tangan pun ada sebab Vee mana pernah balas apa yang abang cakap. Lepas tu ada Ya pula dalam hidup abang. Lagilah abang tak bosan sebab Ya selalu buat benda yang boleh buat abang senyum sendiri.”

Sudah terjongket sebelah kening Najla Naqiyah saat mendengar luahan rasa yang tidak terjangka dari si suami. Perempuan mana pula si Vee ni? Sebab tu ke orang tua ni tak panggil aku Jee? Sebab bunyi nak dekat sama dengan Vee? Huargh, sampai hati abang! Siapa sebenarnya Vee tu dalam hidup abang?

Najla Naqiyah segera melepaskan genggaman tangan si suami. Dia terus berlari meninggalkan si suami.

“Ya, nak pergi mana tu?” teriak Arif Fitri.

Najla Naqiyah memusingkan badannya menghadap si suami sambil meneruskan lariannya secara mengundur dengan perlahan. Selalu juga dia berlari mengundur seperti ini terutamanya ketika berlumba dengan abang kandungnya dulu.

“Nak balik rumahlah. Lapar!” balas Najla Naqiyah kembali. Takkan nak cakap Jee tengah merajuk ni. Siapa perempuan yang abang panggil Vee tu?

“Sayang salah jalan tu. Abang park Vee kat hujung sana,” ujar Arif Fitri sambil jarinya menuding ke arah yang bertentangan dengan hala tuju larian si isteri.
           
Serta merta larian Najla Naqiyah terhenti. Dia termalu sendiri. Oh, Vee tu kereta Myvi dia ke? Haha! Tak jadilah nak merajuk, buat malu aje jealous kat kereta.



…insya Allah akan bersambung…

Buat anda yang masih sudi baca,
Terima kasih tak terhingga dari saya… teruskan membaca kisah Najla Naqiyah & Arif Fitri ya! Dan mohon doakan saya berjaya menyiapkan cerita mereka secepatnya… aamiin…
.:|[ Suha Fasihah ]|:.

2 comments:

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...