Social Icons

Thursday, October 29, 2015

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 16 ]|:.


MINGGU ini sekali lagi Najla Naqiyah dan Arif Fitri berjoging. Pagi-pagi lagi mereka sudah ke taman tasik dan selepas itu terus mereka terus bersarapan di luar. Balik sahaja ke rumah, masing-masing berebut untuk mandi terlebih dahulu walaupun wujudnya satu lagi bilik air yang lain. Usai membersihkan diri, Najla Naqiyah meletakkan buku yang akan dia baca di atas meja kopi lalu bergerak ke dapur untuk membuat air minuman. Arif Fitri tiba tidak lama selepas itu dan terus membuka pintu gelangsar. Langsir yang sebelum ini menutup dua per tiga dari saiz pintu gelangsar dia buka supaya hanya menutup satu per tiga sahaja. Dia kemudiannya duduk di atas sofa. Najla Naqiyah tiba dengan menatang satu dulang berisi seteko air  dan dua biji cawan.

            “Ya buat air apa?” soal Arif Fitri apabila melihat air yang berwarna hitam keluar dari teko air sewaktu Najla Naqiyah menuang ke dalam cawan.

            “Anggaplah kopi ‘o’. Kenapa?” tanya Najla Naqiyah kembali.

            “Takdelah pelik sebab warna dia hitam pekat sangat. Kenapa nak kena anggap kopi? Rasanya abang tak pernah beli kopi.”

            “Ya kikis buntut kuali tadi tu yang hitam legam ni.” jawab Najla Naqiyah dengan muka yang serius.

            Arif Fitri telan liur. Biar betul isteri aku ni. Serius ke main-main? Ada apa-apa petua baru pasal buntut kuali yang aku tak tahu ke? Diuji secara klinikal tak?

            “Minumlah.” Najla Naqiyah pelawa si suami sambil dia turut membaca basmalah dan menyisip air kopi tersebut. Setelah itu dia capai buku motivasi yang sudah separuh di abaca sebelum ini.

            Coffee and book blend well together,” ujar Najla Naqiyah sambal tersenyum girang dan cukup berpuas hati.

            Sekali lagi Arif Fitri menelan liur. Ah, sudah… jangan cakap lepas ni dia nak blend buku dalam air kopi pulak. Pelik-pelik ajelah bini aku ni.

            “Lepas ni Ya nak blend air kopi dengan buku pula ke?”

            Najla Naqiyah sudah tergelak.

            “Abang merepek apa nak blend air kopi dengan buku pula ni. Uish, Agak-agaklah bang. Waktu kritikal zaman study week dulu pun cuma mainan kat bibir je cakap nak minum air rebusan buku. Takkanlah tiba-tiba sekarang sanggup nak blend air kopi dengan buku. Haha!”

            “Manalah abang tahu kut Ya sanggup buat macam tu. Dah Ya sendiri yang suruh abang anggap ni air kopi lepas tu cakap coffee and book blend well together. Macam manalah abang tak cuak sayang.”

            “Ya maksudkan yang baca buku memang sesuai sangat sambil minum kopi. Rileks bang, jangan cuak. Ni memang betul-betul air kopi, bukan Ya pergi kikis buntut kuali. Walaupun abang tak pernah beli kopi tapi abang kena ingat hari tu Ya yang pergi beli barang-barang dapur jadinya Ya belilah serbuk kopi. Baru ni teringat Ya ada beli jadinya Ya buatlah air ni. Peace!” balas Najla Naqiyah sambil tangan kanannya sudah buat symbol ‘v’.

            Arif Fitri menghembskan nafas lega. Dia sudah menggelengkan kepala.

            “Ada-adalah Ya ni kan. Dah lah dengan muka yang confident level tak tahu nak cakap apa. Orang lain pun boleh percaya kalau tengok cara Ya cakap tadi, tahu.”

            “Haruslah confident bang, nak buat apa-apa kenalah confident terutamanya bila nak kenakan orang lain. Haha! Jom, kali ni kita luangkan masa baca buku pula. Tak payah on TVlah ya, kita jimatkan elektrik. Let’s cherish this moment together.”


            Najla Naqiyah sudah bangun lalu dengan berhati-hati menarik meja kopi supaya memberi ruang yang lebih di hadapan sofa. Arif Fitri sudah memandang pelik si isteri. Tidak tahu apa pula yang si isteri mahu lakukan seterusnya.

            “Kenapa Ya alih meja tu?” soal si suami.

            “Okey, abang jangan gelak tau, tapi impian Ya nak baca buku sambil bersandar antara satu sama lain dengan suami Ya. Jadinya jom kita duduk atas karpet ni, baru ada feel,” tersenyum riang Najla Naqiyah memberitahu niat sebenarnya kepada si suami.

            “Tapi abang tak suka baca buku. Kalau baca forum atau articles pasal gadgets terbaru ke abang bolehlah terima. Itupun baca online je.” ujar Arif Fitri.

            “Kan abang dah setuju dalam aktiviti ice-breaking untuk habiskan masa kat kedai buku atau perpustakaan. Cumanya sekarang Ya sendiri takde mood nak pergi perpustakaan jadinya kita tukar tempat kat rumah ajelah. Lagipun membaca boleh dipupuk bang.”

            “Abang setujulah sebab abang ingatkan cuma temankan Ya aje, abang tak perlu baca buku sekali. Hehe.” Arif Fitri sudah tersengih.

            Najla Naqiyah sudah menggelengkan kepalanya. Dia menarik tangan si suami untuk duduk di atas karpet. Arif Fitri hanya menurut. Najla Naqiyah turut duduk menghadap si suami.

            No worries, buku ni sesuai untuk abang,” Najla Naqiyah sudah menarik keluar sebuah buku dari bawah meja kopi yang berada bersebelahan dengan mereka. Sebatang pensil mekanikal sudah terselit pada buku tersebut.

            Arif Fitri sambut huluran buku yang dimaksudkan oleh si isteri. Sudoku? Okey, sudoku pun sudokulah, boleh asah otak yang dah macam nak berkarat ni.

            Najla Naqiyah tersenyum sambil kedua-dua belah tangannya sudah memcubit pipi si suami dan menarik pipi si suami agar tersenyum lebar seperti dirinya. Arif Fitri sudah mengecilkan matanya tanda tidak percaya dengan apa yang si isteri lakukan.

            Smile… Okey, dah boleh mula. Abang pusing menghadap sana, Ya pusing menghadap sini,” Najla Naqiyah sudah mengangkat tangan kanannya menunjukkan nombor satu dan dipusing-pusingkan tanda menyuruh si suami berpusing. 

            Arif Fitri memusingkan badannya dan membetulkan duduk agar selesa. Begitu juga dengan Najla Naqiyah. Mereka kemudiannya bersandar pada satu sama lain. Sambil tersenyum Najla Naqiyah membuka buku yang hendak dia baca manakala Arif Fitri sudah memegang pensel mekanikal yang ada lalu membuka helaian Sudoku.

            Kan aku pernah kata, sometimes happiness doesn’t cost you money. Macam ni pun isteri aku dah happy. Alhamdulillah, beruntung aku dapat isteri macam ni.




ABANG, jom pergi Zimbabwe!” Najla Naqiyah bersuara memecahkan kesunyian.

            Tersembur air kopi yang sedang diteguk oleh Arif Fitri. Terasa perit tekak dan hidungnya kerana mungkin ada air yang tersesat mencari jalan keluar melalui hidung. Cepat-cepat dia meletakkan cawan di atas meja kopi. Najla Naqiyah yang terdengar satu bunyi semburan air dan orang tersedak terus memusingkan badannya dan menggosok-gosok belakang si suami. Tidak pasti sebenarnya apakah pertolongannya itu mampu mengurangkan keperitan yang dirasa oleh si suami. Setelah keperitan berkurangan, Arif Fitri memusingkan badannya menghadap si isteri dan mencapai buku si isteri yang sudah terlangkup. Dia membaca tajuk buku tersebut. 

            “Ingatkan tengah baca buku travelog, buku motivasi rupanya. Kenapa tiba-tiba ajak pergi Zimbabwe ni?” tanya Arif Fitri hairan.

            Najla Naqiyah sudah menjongketkan bahu. 

            “Entah, tiba-tiba rasa nak pergi tengok Victoria Falls. Cantik bang Victoria Falls tu, Ya pernah tengok dalam gambar. Kalau tengok gambar pun dah cantik kalau dapat tengok live depan mata mesti lagi cantik.” Mata Najla Naqiyah sudah bersinar-sinar.

            “Sayang memang suka berjalan-jalan ke? Sebab sayang yang cadangkan aktiviti tu termasuklah camping, picnic ataupun hiking.”

            Najla Naqiyah sudah tersenyum pahit. Dia sebolehnya mahu si suami menyedari sendiri minatnya tanpa perlu dia beritahu. Mungkin melalui pemerhatian ataupun pemahaman setelah masa berlalu. Seperti dirinya yang dapat mengagak si suami merupakan pendebat sekolah hanya melalui pemerhatian. Sedih bila fikir orang tak faham kita tapi bila fikir balik, kita pun tak faham orang tu sepenuhnya.

            “Nak cakap suka jalan-jalan tu tak sangat sebab bila dah masuk universiti baru rasa macam ‘dapat kaki’. Jadinya satu alasan paling kuat dan senang nak dapat permission ibu dan Along adalah dengan join segala aktiviti yang pihak fakulti atau kolej anjurkan. Kalau camping tu Ya cerewet sikit dan selalunya kalau Ya ikut pun sebab kalah vote bila Auni dan Dayah dua-dua vote nak join camping. Kalau picnic, hiking yang balik hari, volunteer programmes tu baru Ya tak teragak-agak nak join banyak kali.”

            Arif Fitri sudah mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar penerangan si isteri. Baru kini dia tahu satu sisi lain yang juga menarik mengenai si isteri. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Sebab dia sendiri tidak pasti dapatkan dia tunaikan kesemuanya. Dia meraih kedua-dua tangan si isteri.

            Sorry sayang, buat masa sekarang abang tak mampu lagi nak bawa kita pergi ke Victoria Falls tu. Insya Allah akan datang bila ada rezeki lebih mana tahu kita dapat pergi sana.”

            Najla Naqiyah tersenyum manis kepada si suami. Dia tahu yang dia perlu berpijak di bumi yang nyata malahan dia sendiri tidak meletakkan harapan untuk si suami membawanya ke Air Terjun Victoria. Ini kehidupan realiti dan bukannya kisah novel yang heronya boleh memberi dan menunaikan apa sahaja permintaan si heroin.

            It’s okay abang. Ya bukan betul-betul ajak pergi sana. Tadi tu biasalah terkeluar perangai kalau Ya ada dengan Auni dan Dayah. Abang nak tahu kita orang bila study bertiga, tengah-tengah senyap tu tiba-tiba nanti akan ada seorang merepek ajak pergi Galapagos lah, Trinidad and Tobago lah, Mozambique lah, macam-macam…”

             Really?” soal Arif Fitri seakan tidak percaya.

           Yup! Tepat sekali, takde maknanya Ya nak tipu. Kita orang bertiga 
memang macam tu. Tengah study pun ada masa lagi nak merepek. Kadang-kadang macam tak percaya sekarang dah habis belajar. Rasa macam baru aje jumpa dia orang waktu orientation week. Oops tak panggil orientation week, panggil Minggu Destini Siswa. Hehe.”

           “Ya kalau rasa nak jumpa Auni dan Dayah, ajak ajelah reunion kat sini. Masa abang outstation ke. Seriously abang tak kisah selagi Ya tak abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Abang faham, Ya pun habis belajar terus kahwin dengan abang. Abang tak nak Ya rasa terkongkong tapi dalam masa yang sama kena berpada-pada. Okey?” Arif Fitri sudah mengelus-elus pipi kanan si isteri.

           Najla Naqiyah hanya menganggukkan kepala. Aku ni nampak sangat ke tak matangnya? Nampak macam usia kanak-kanak Ribena baru nak kenal dunia lagi ke? Rasanya aku pernah dengar kisah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika usia Saidatina Aisyah masih muda. Kawan-kawan sepermainan yang sedang bermain dengan Saidatina Aisyah malu bila Rasulullah SAW datang lalu mereka menyorok. Tapi lepas tu Rasulullah SAW sendiri yang suruh kawan-kawan Saidatina Aisyah terus temankan Saidatina Aisyah bermain.

           Orang tua ni tengah nak implement macam yang Rasulullah SAW pernah buat ke? Alhamdulillah. But in other words, aku memang nampak macam budak-budaklah ya?  

           It’s a good thing but why I  have a bad feeling about this?”

           Arif Fitri sudah berhenti mengelus pipi si isteri. Tangan kanannya kembali memegang tangan si isteri. Tangan si isteri diramaas-ramas dengan perlahan.

           “Ya sayang, sebenarnya… abang kena pergi outstation ke Singapore lagi,” ujar Arif Fitri lambat-lambat.

           Najla naqiyah sudah menghembus nafas berat berserta dengan mimik muka yang tidak percaya. Lagi sekali?




AUNI ATIQAH picit-picit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Sudah banyak pesanan penaja mengingatinya apabila migrain menyerang jangan memicit kepala tetapi dia tidak peduli. Kali ini sakit kepalanya terasa sangat kuat. Jika ketika ini dia tidak memakai tudung, mungkin sahaja dia sudah bertindak menarik-menarik rambutnya. Dia sudah berjanji akan menemani Najla Naqiyah kerana Arif Fitri ke Singapura atas urusan kerja malahan dia sendiri sudah separuh jalan jadi dia tidak mahu berpatah balik ke rumahnya.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun sahaja di mana-mana stesen LRT dan membeli apa-apa ubat yang mungkin boleh menghilangkan sakit kepalanya ini. Elok sahaja LRT berhenti, dia terus melangkah keluar. Mujurlah ketika itu tidak begitu ramai orang yang turun di stesen LRT tersebut. Langkah kaki dia paksa untuk laju menuju ke mana-mana kedai yang menjual ubat. Apabila ternampak satu kedai serbaneka, dia terus menuju ke arah kedai tersebut. Nasibnya kurang baik apabila seseorang yang baru sahaja keluar dari kedai tersebut terlanggar dirinya yang sebenarnya cuba mengelak tetapi tersalah arah mengelak.

            “Cik, cik tak apa-apa ke? Ok tak ni?” tanya suara tersebut.
            Auni Atiqah yang sudah terduduk cuba untuk bangun. 

I’m okay,” ujarnya ketika sudah berjaya bangun. Dia mengangkat muka memandang si pemilik suara yang bertanya tadi.

“Eh, Cik Berry! Cik Berry buat apa kat sini?”

“Saya nak beli ubat,” jawab Auni Atiqah tidak mahu berlama-lama ditambah pula sakit kepala. Jika dia sihat, mungkin sahaja satu jawapan yang lebih ‘kreatif’ sudah meniti di bibirnya.

“Cik Berry sakit ke? Jom kita pergi klinik,” pelawa lelaki itu sambil menarik tali beg yang disandang oleh Auni Atiqah. Mahu tidak mahu terpaksalah Auni Atiqah ikut lelaki tersebut melangkah.

Mujurlah klinik yang dimaksudkan tidak jauh dari kedai serbaneka tersebut. Auni Atiqah sempat membaca nama klinik yang tertera, Klinik Taqwa. 

“Assalamualaikum,” lelaki tersebut memberi salam tatkala membuka pintu klinik.

Beberapa orang pesakit yang sedang menunggu turut menjawab salam. Selain itu pekerja di kaunter juga menjawab salam tetapi berserta pakej muka terkejut dan tertanya-tanya.

“Waalaikumussalam. Awal doktor datang hari ni. Selalunya awal juga tapi ni awal sangat ni,” tegur seorang yang berada di kaunter.

            Special case ni. Doktor Ali kat Bilik 1 kan? Saya guna Bilik 2 ya. Cik Berry, meh ikut sini.”

            Auni Atiqah mengikut langkah kaki lelaki tersebut. Masuk sahaja ke dalam Bilik 2, Auni Atiqah diarahkan untuk duduk. Lelaki tersebut mengambil tempat yang selayaknya untuk seorang doktor.

            “Awak sakit apa ni? Nampak tak larat sangat. ‘Cherry-berry’ lagi ke?” 

            Auni Atiqah sudah buat muka. Amboi doktor ni tanya macam kita orang sebelum ni memang dah beramah-mesra sangat. Hilang kisah saya rasa nak tarik-tarik rambut saya, jangan sampai saya tarik-tarik rambut doktor pula!

            “Migrain doktor. Dah lama juga tak migrain ni,” jawab Auni Atiqah.

            “Dah migrain yang awak pergi berjalan-jalan ni kenapa? Nasib baik berlanggar dengan saya, kalau berlanggar dengan orang jahat tadi macam mana? Where’s your moral support?”

            Doktor ni kan, ada juga kang tak pasal-pasal syahid kat sini kena penangan jurus-jurus aku. Elok sangatlah tu, dah lama dah nama dia Jihad kan, lepas ni tukar jadi Syahid terus. Dia ingat aku sengaja jalan-jalan makan angin tunggu kena langgar dengan dia ke? Aku tengah sakit kepala ni ada hati dia nak membebel pula.

            “Saya on the way nak pergi jumpa moral support sayalah ni doktor. Takpelah kalau doktor tak nak bagi ubat saya boleh pergi beli kat kedai tadi aje. Jimat sikit tak payah ada consultation fee.” Auni Atiqah sudah berkira-kira untuk bangun. Kalau macam inilah setiap kali jumpa doktor, aku kena amalkan balik ‘an apple a day’ aku tu. Dahlah sesedap mulut dia aje panggil aku Cik Berry. Apa kes?

“Tak baik berkira untuk kesihatan Cik Berry. Everything is f.o.c for today. Sebagai tanda maaf saya sebab terlanggar awak tadi. I’m so sorry Cik Berry,” ujar Jihad.

Nasib baik dia cakap free of charge, selamat duit aku. Doktor Jihad ni dulu belajar kat UiTM ke? Dulu jumpa dia masa kat Klinik Usaha, hari ni dia bawa aku ke Klinik Taqwa. Manalah tahu lepas ni jumpa dia kat Klinik Mulia pula. Lengkap semua sekali; usaha, taqwa, mulia. Tinggal nak tambah UiTM Sentiasa Di Hatiku aje. Amboi Auni, jauh melalut! Ada simpan angan-angan nak pergi klinik lagi? Nak implement if the doctor is handsome just throw the apple away’ tu ke?




…insya Allah akan bersambung…




Aisyah r.a meriwayatkan, “ Aku mempunyai beberapa orang teman untuk bermain bersama, walaupun aku sudah menjadi isteri Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW datang, teman-temanku merasa malu lalu bersembunyi. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh mereka untuk terus menemaniku. Kami pun meneruskan permainan.” (HR Bukhari-Muslim)





Kepada semua yang sudi baca,


Terima kasih tak terhingga dari saya… doakan agar segala urusan kita dipermudahkanNya… aamiin… dan doakan juga agar SIBB berjaya saya siapkan sepenuhnya… insya Allah…

ps: ini merupakan 2 bab terakhir yang akan disiarkan di cik belog... selepas ini SIBB akan dihentikan di belog...

pps: as usual, feel free to comments and sorry for all errors...


.:|[ Suha Fasihah ]|:.

2 comments:

  1. Wah..ada jejak kasih ka? Jejak kasihah ada tak? Saya isteri baru belajar..nak belajar apa? nak belajar memasak ka? atau belajar ilmu memikat hati suami? hehehe,..tumpang lalu naa,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jejak kasih ada, jejak kasihan ada, jejakku tinggalkan pun ada... Hehe

      Tumpang lalu pun tinggalkan jejak tu... Huhuhu

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...