Social Icons

Saturday, November 21, 2015

Saya Isteri Baru Belajar .:|[ TEASER ]|:.




KEPULANGAN Arif Fitri disambut dengan senyum lebar. Hari ini si suami pulang dari bekerja lebih awal dari biasa. Sudah tentulah hati Najla Naqiyah berbunga riang. Lagi-lagi memikirkan bunga pemberian si suami. Walaupun si suami tidak membalas mesej yang dia hantar melalui aplikasi WhatsApp, dia masih mampu tersenyum dan berfikiran positif. Layanan buat si suami diberikan lebih baik dari biasa. Najla Naqiyah menarik tangan si suami supaya duduk di sofa. Dia kemudiannya menghidangkan juadah minum petang buat si suami. Juadah biasa-biasa sahaja, hanya air teh ‘o’ panas dan cucur ikan bilis tetapi semestinya dibuat dengan kasih sayang yang melimpah ruah.


Melihat si isteri yang sudah kembali ceria, Arif Fitri semestinya turut ceria berganda-ganda. Tidak sia-sia dia mengeluarkan duit menghadiahkan sejambak bunga mawar buat si isteri. Dia sendiri berpuas hati dengan gubahan mawar merah itu. This time, happiness costs you a little money but it’s okay, the roses are beautiful and they’re for your beloved wife. Sambil tersenyum Arif Fitri bermonolog sendiri. Dia mencuci tangan dengan air cucian yang si isteri sediakan. Setelah membaca basmalah, dia menyisip sedikit air teh ‘o’ yang sudah si isteri tuangkan ke dalam cawan.


“Ya sayang, jomlah minum dengan abang sekali. Tak bestlah makan seorang je,” Arif Fitri berteriak ke arah dapur.


“Sekejap bang, ni last batch. Lepas tu Ya join abang ek. Abang makanlah dulu,” sahut Najla Naqiyah yang sedang menggoreng cucur ikan bilis di dapur.


Arif Fitri mencapai satu cucur ikan bilis lalu dia kunyah perlahan-lahan sambil mata menghadap televisyen. Dia bersenang-lenang sahaja kerana dia sudah menunaikan solat Asar sebelum dia bergerak pulang. Tidak lama selepas itu, Najla Naqiyah tiba dari dapur dengan sepinggan lagi cucur ikan bilis dan diletakkan di atas meja kopi. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan si suami. Air teh ‘o’ di dalam cawan yang sama si suami teguk tadi dia ambil dan turut meminumnya. Kini, mereka betul-betul sudah terbiasa berkongsi minuman dan makanan.


“Ya sayang dah solat Asar?” tanya Arif Fitri prihatin.


“Dah,” jawab Najla Naqiyah ringkas. Dia kemudiannya menyambung bicara.


Thanks for the roses abang. They’re so beautiful,” ujar Najla Naqiyah seraya tersenyum memandang si suami di sisi.


Just like you but of course you are more beautiful than the roses,” sambung si suami sambil memandang si isteri.



Najla Naqiyah sudah tersenyum gembira. Terasa seperti hidungnya sudah kembang dipuji oleh si suami. Jee, jangan nak kembang lebih sangat. Allah dah cakap dah yang manusia tu sebaik-baik kejadian jadinya macam mana Allah ciptakan kau, itulah kau punya cantik.


You’re welcome my dear. Abang minta maaf kalau apa yang abang buat menyebabkan Ya kecil hati dengan abang.”


Najla Naqiyah sudah menggelengkan kepalanya.


Nope, Ya yang bersalah. Ya sepatutnya lebih matang. Ya ada juga fikirkan balik apa yang Ya dah buat. And on that day, abang memang dah tanya pun khabar Ya. Kalau Ya tak sihat mestilah Ya cakap Ya tak sihat awal-awal kan. So, normallah waktu tu kalau abang banyak tanya pasal Vee.”


Najla Naqiyah terasa geli hati. Sudahlah bercakap mengenai perkara yang serius tapi sambil makan cucur ikan bilis. Ini bukan topik yang sesuai untuk masa santai macam ni. Haha! Tapi okeylah kan, kita kena selesaikan sebarang masalah dalam rumahtangga dengan cepat. Masalah ni walaupun kecil kalau dibiar lama-lama boleh jadi ‘barah’ yang memakan sesebuah perkahwinan. Sebab itulah komunikasi yang baik tu penting. Ecewah, macam pandai pula aku ‘berfalsampah.’ Boleh dah ni nak pegang title Doktor 'Falsampah’ Najla Naqiyah. Haha!


“Kita sama-sama salah dan inilah masa kita boleh refleksi diri masing-masing. Kita boleh improve kita punya komunikasi,” tambah Arif Fitri.


Najla Naqiyah sudah mengangguk mendengar apa yang si suami utarakan. Sememamgnya masing-masing ada salahnya. Salah dirinya kerana bersifat tidak matang dan cepat berkecil hati dengan si suami dan salah si suami kerana sayangnya pada Vee kelihatan seperti melebihi sayangnya pada si isteri padahal semestinya dia lebih menyayangi si isteri.


Mereka berdua menikmati minum petang sambil berbual tentang perkara lain. Dalam tidak sedar hari sudah beransur menghampiri waktu Maghrib. Cucur ikan bilis juga sudah mereka sama-sama habiskan sambil berbual.


“Abang pergilah mandi, dah pukul 6.45 ni. Nanti lepas jemaah Maghrib boleh dinner pula,” ujar Najla Naqiyah.


“6.45 dah? Tak perasan pun, syok sangat berbual dengan isteri abang ni. Yalah semalam dia jual mahal aje layan kita macam nak tak nak. Hari ni barulah nampak senyum lebar dia,” kata Arif Fitri bersama sengihan lebar.


Najla Naqiyah sudah tergelak kecil. Tidak berniat untuk membalas apa yang si suami katakan kerana sememangnya itulah kenyataan. Dia ingatkan si suami tidak perasan akan perubahan sikapnya semalam. Aduhai Jee, dah tentulah kau duduk berdua aje dengan dia takkanlah dia tak perasan?


“Ya masak apa dinner hari ni? Pajeri ‘jerung’?” tanya Arif Fitri. Makan malam mereka pada hari semalam adalah lauk masakan Puan Nafisah dan setakat hari ini Najla Naqiyah belum lagi memasak pajeri terung. Mungkinkah isterinya itu serius apabila dia katakan yang dia takkan memasak pajeri terung lagi? Arif Fitri musykil.


Nope, no more pajeri ‘jerung’. Abang tak tengok macam mana Along tergolek-golek gelakkan Ya hari Sabtu lepas pasal pajeri terung tu. Nasib baiklah ibu back up Ya tahu?”


Arif Fitri sudah tersenyum dengan mimik muka si isteri semasa bercerita kepadanya.


“Rindulah abang nak makan pajeri ‘jerung’ Ya kalau macam ni. Habis tu hari ni Ya masak apa?”


“Hehehe. Hari ni Ya buat special punya menu untuk kita, sayur kulit tembikai,” jawab Najla Naqiyah dengan senyuman bangga.


Arif Fitri sudah ternganga.


“Sayur kulit tembikai?” Pelik-pelik aje isteri aku ni. Kali ni dia serius ke main-main? Confident level tengok sama je macam masa dia cakap dia kikis buntut kuali untuk buat air kopi. Arif Fitri bermonolog sendiri.


“Seriuslah…” si suami menyuruh si isteri untuk menjawab dengan serius.


“Seriuslah ni, abang ingat Ya main-main?”


Gulp! Arif Fitri sudah menelan liur.








JENG… jeng… jeng… Inilah dia sayur kulit tembikai,” Najla Naqiyah mempersembahkan menu makan malam pada hari ini kepada si suami.


            Arif Fitri kaget. Dia memandang muka si isteri dan sayur tersebut bersilih ganti. Si isteri sudah tersenyum lebar seperti bangga sahaja dengan menu tersebut. Sekali lagi Arif Fitri menelan liur. Please tell me that this is not happening. Betul-betul guna kulit tembikai ke ni? Arif Fitri sudah ragu-ragu di dalam hati. Riak muka masih dia kawal untuk menjaga perasaan si isteri yang mungkin sudah bersusah payah menyediakan menu tersebut.


Masing-masing sudah mengambil tempat duduk seperti biasa. Najla Naqiyah bertindak menyendukkan nasi putih ke pinggan yang mereka sama-sama kongsi. Sayur kulit tembikai dia letakkan juga ke dalam pinggan. Kuah sayur tersebut dia letakkan ke atas nasi putih. Ikan goreng dan sambal kicap dia dekatkan dengan pinggan mereka. Buah tembikai yang sudah siap dipotong berada di dalam mangkuk turut ditarik supaya lebih dekat. Arif Fitri masih lagi berdiam diri. Dia hanya memandang setiap pergerakan si isteri.


            “Maaflah abang, tak mewah mana makanan kita hari ni. Alah, macamlah makanan kita hari lain mewah sangat kan. Hari ni kita makan ala kampung aje ya,” ujar Najla Naqiyah. Dia sudah menadahkan tangan menunggu si suami untuk mengetuai bacaan doa makan.


            Masalahnya kampung mana yang buat resepi sayur kulit tembikai ni? Ni mesti bini aku saje nak troll aku. Terpengaruh dengan rancangan prank kat TV tu ke apa? Budaya negatif betul rancangan-rancangan prank tu. Arif Fitri berfikir sendiri.


            Najla Naqiyah yang sedari tadi memandang tapak tangannya kini sudah menjatuhkan pandangan pada si suami yang masih lagi tidak mula membaca doa makan.


            “Abang, bila kita nak mula makan kalau abang tak baca doa lagi? Ya dah lapar ni, makin terliur tengok sayur kulit tembikai ni.”


            “Sudah-sudahlah tu Ya, abang tahu Ya tengah troll abang kan? Berterus terang ajelah sayang.”

            Najla Naqiyah sudah menepuk dahi.


            “Ada ke patut abang cakap Ya tengah troll abang. Ya seriuslah ni wahai cik abangku sayang. Sayur kulit tembikai ni Ya belajar waktu kita orang buat program khidmat masyarakat kat sebuah kampung. Nek Som cakap tak semua orang tahu resepi sayur kulit tembikai ni. Biasanya guna tembikai muda yang baru keluar putik. Tapi yang Ya guna ni tembikai yang beli dekat shopping mall. Boleh juga, caranya isi buah tembikai tu kita potong macam biasa kita nak makan. Then lebihan yang kita biasa buang tu kita jangan buang, hanya buang betul-betul kulit luar yang warna hijau bercorak-corak tu je, yang warna putih tu potong ikut saiz yang kita suka kemudian basuhlah.”


“Tumbuk ikan bilis, bawang merah, lada hitam dan bawang putih kalau nak, lepas tu masukkan dalam air yang kita dah letak dalam periuk. Air tu tak perlu banyak sebab nanti akan ada air dari kulit tembikai ni. Letak serbuk kunyit sikit, daun kunyit kalau ada pun boleh letak. Sayur ni senang sebab betul-betul rebus je, takde tumis-tumis. Lebih kurang macam masak labu air atau labu cina. Haha! Ya tak pernah masak labu air ataupun labu cina tapi ayat tu Ya ulang sebijik-sebijik macam yang Nek Som cakap.” Najla Naqiyah akhirnya berhenti menerangkan cara-cara penyediaan sayur kulit tembikai dengan panjang lebar. Nafasnya termengah-mengah seperti baru sahaja menghabiskan larian 100 meter. Dia bersandar pada kerusi, cuba untuk mengembalikan rentak pernafasan supaya teratur.


            Arif Fitri sudah terlopong mendengar setiap penjelasan yang terperinci dari si isteri. Sudah tentu dia terkejut kerana memang betul resepi sayur kulit tembikai ini wujud. Dia fikir yang si isteri hanya mahu mengenakan dirinya. Ternyata telahannya tidak tepat.


            “Dah puas hati ke belum ni bang? Agak-agak bila kita boleh makan ni? Lepas Maghrib esok?” tanya Najla Naqiyah. Rasa hendak ketawa pun ada melihat muka suaminya itu yang mungkin masih lagi tidak percaya dengan kewujudan resepi ini.


                   Arif Fitri yang sedari tadi tidak mampu untuk berkata apa-apa terus sahaja menadahkan tangan mengetuai bacaan doa makan. Najla Naqiyah mengaminkan doa dan mereka akhirnya memulakan makan malam dengan merasa buah tembikai terlebih dahulu. Selepas menghabiskan satu potong buah tembikai, Najla Naqiyah mula menggaul nasi dengan kuah sayur kulit tembikai. Arif Fitri hanya menjadi pemerhati. Dia mahu lihat isterinya itu makan sayur kulit tembikai itu terlebih dahulu barulah dia akan yakin untuk mencubanya. Najla Naqiyah mengambil sayur kulit tembikai bersama nasi dan dia suakan si suami. Arif Fitri sudah menelan liur.


            Bila kali terakhir dia suap aku? Oh, masa dia suruh aku cuba instant mushroom soup mee tu. Tiba-tiba hari ni rajin pula bini aku nak suapkan aku. Kita nak tengok dia yang makan dulu alih-alih dia nak suapkan kita pula. Najla Naqiyah, sometimes you can be so unpredictable but no matter how unpredictable you are, I’m still lucky to be your husband. Arif Fitri berbisik di dalam hati. Dia mendekatkan mulutnya dan si isteri terus menyuap dirinya. Dia kunyah perlahan-lahan sambil memandang si isteri yang sudah tersenyum menunggu sebarang komen darinya.


            “Sedap juga sayur kulit tembikai ni sayang. Kira kreatiflah orang yang mula-mula reka resepi ni. Lepas ni dah tak membazirlah bila kita beli tembikai. Isinya kita boleh makan, kulitnya boleh dibuat sayur,” akhirnya keluar juga suara dari mulut Arif Fitri.


            Najla Naqiyah sudah tersenyum bangga mendengar setiap butiran yang keluar dari mulut si suami. Bangga pula rasa bila aku orang pertama yang ajar orang tua ni makan sayur kulit tembikai walaupun kalau ikut umur dia yang lebih dulu makan garam. Haha! Tak sia-sia aku belajar cara buat sayur kulit tembikai ni dari Nek Som. Apa khabar Nek Som sekarang ni ya? Semoga Nek Som sihat-sihat selalu.


            “Itulah abang, tadi cuak sangat nak makan. Kan sedap sayur ni. Tengok oranglah, takkanlah Ya nak bagi suami Ya makan benda bukan-bukan.”


            Arif Fitri sudah menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan apa yang si isteri cakapkan walaupun sebenarnya kulit tembikai termasuk dalam senarai benda bukan-bukan jika dia tidak tahu yang ia sebenarnya boleh dibuat sayur dan sedap dimakan.


“Abang, minggu ni kita nak buat aktiviti apa? Ya tak kisah nak buat aktiviti mana satu tapi jangan lupa tau kita nak celebrate birthday ibu. Ya ingat nak ajak abang balik rumah ibu hari Sabtu ni.”


“Ya Allah, abang terlupalah sayang. Izzat ada jemput kita datang rumah dia Sabtu ni, abang ingatkan kita free abang pun setuju ajelah,” ujar Arif Fitri. Dia benar-benar terlupa akan perancangan mereka untuk meraikan hari lahir Puan Nafisah.


Birthday ibu hari Ahad sebab tu Ya ingat nak ajak abang balik sana hari Sabtu tapi kalau nak pergi rumah sepupu abang tu pun boleh juga. Lepas tu kita terus balik rumah ibu. Takde apa-apa sangat pun nak prepare hari Sabtu tu. Kita pun bukannya nak jamu ramai orang, untuk makan kita-kita aje,” ulas Najla Naqiyah.


Najla Naqiyah sedia maklum yang Izzat merupakan sepupu suaminya yang paling rapat malah mereka lahir pada hari yang sama. Tetapi selain dari itu, dia tidak tahu apa-apa mengenai sepupu suaminya itu. Inilah masanya untuk dia berkenalan dengan saudara-mara si suami.


            “Okeylah kalau macam tu Sabtu lepas balik dari rumah Izzat kita terus pergi rumah ibu. Set?” Arif Fitri sudah mengeluarkan tangan kirinya seperti tanda ‘bagus’.


            Sabar ajelah laki aku ni, tengah makan pun nak main set-set lagi. Sempat Najla Naqiyah berkata di dalam hati.


            “Set!” Najla Naqiyah membalas dengan mencuitkan ibu jari tangan kirinya dengan ibu jari tangan kiri si suami.


            “Abang nanti tolong ingatkan Ya, Sabtu ni kita nak kena ambil cupcakes yang Ya dah order. Selalunya hari Ahad kedai tu buka tapi dia baru pm Ya cakap Ahad minggu ni dia orang tutup kedai jadinya tak boleh nak pergi ambil pagi Ahad, kena ambil hari Sabtu juga,”


            “Okey sayang, insya Allah. Takut abang sendiri yang lupa. Eh, sebelum abang terlupa, nanti Ya tolong ingatkan abang tau.”


            Najla Naqiyah sudah berkerut dahi, terasa seperti si suami sengaja memancing untuk dia bertanya kembali.


“Abang buat ayat tergantung, nak suruh Ya ingatkan apa?”


“Ingatkan abang nak tuntut denda dari Ya,” jawab Arif Fitri bersahaja.


“Eh, bila masa pula Ya ada langgar peraturan ataupun tak nak buat aktiviti ice-breaking dengan sengaja?” soal Najla Naqiyah hairan.


“Jangan nak buat-buat lupa. Hari Sabtu lepas yang Ya terus tamatkan video call sebelum bagi flying kiss tu apa?”


Mulut Najla Naqiyah sudah membentuk huruf O. Barulah dia teringat perkara yang menyebabkan dia perlu didenda. Dia hanya mampu tersengih memandang si suami.



...end of teaser... sila komen... Haha~
macam loser je... orang lain bagi teaser bila manuskrip dah hantar ke penerbit, ku bagi teaser ikut suka hati je... haha... jadinya anda tolonglah doakan ku berjaya siapkan cerita ni secepat mungkin ya... aamiin...


Kepada anda yang sudi baca,

terima kasih banyak-banyak... tak puas baca? kena tunggu kalau ada rezeki SIBB ke versi cetak insya Allah dapatlah anda baca... oleh itu mohon doakan segala urusan dipermudahkan... aamiin...

khamis 26 November 2015 ni ku ada interview... kumohon jasa baik kalian untuk doakan diriku dapat buat yang terbaik untuk interview tu dan seterusnya dapat kerja tu... aamiin...

.:|[ Suha Fasihah ]|:.



5 comments:

  1. All the best Suha, semoga dipermudahkan segala urusan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ainaa Ghazali,

      Thank you so much sudi ikuti kisah ni... Aamiin... Semoga dipermudahkan segala urusan... Insya Allah :)

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn.Kalau SIBB ada versi cetak,saya akn jdi org yg pertama beli.Haha.
    //sebelumni jadi silent reader je//tiba2 rasa nak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Aamiin... Insya Allah, ada rezeki SIBB ke versi cetak dapatlah beli... /* terima kasih banyak² sudi baca SIBB selamat ni... Saya faham ramai prefer jadi silent reader... Me too... Sometimes... Hehe... Dan terima kasih kerana tiba² rasa nak komen tu... Made my day :) */

      Delete
    2. selama* ni... selamat pun boleyyy... Haha

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...