Social Icons

Tuesday, July 17, 2018

Hutang Manuskrip

Assalamualaikum..

Wahhh, dah Julai baru ada entry baru.. hehe.. tapi tahun ni kira aku better sikitlah dari tahun lepas bab update entry kt cik belog ni.. tahun lepas kalau tak silap aku cuma ada 2 entries je kot.. rasa macam loser gila.. haha.. tapi sekarang ada lagi ke orang yang aktif berblogging macam dulu2? Entahlah.. sebab aku tak pernah buat kajian jadinya tak berani nak komen.. cuma kalau tengok macam orang zaman sekarang lebih ke arah insta, smule dan yang seangkatan dengannya.. aku antara yang malas nak up-to-date dengan apps yang orang ramai guna sebab malas nak install banyak benda kat phone.. dan kalau takde kat phone, lagilah malas nak buka kat web.. haha!


Okay, as the title of this entry goes: Hutang Manuskrip..
yeppp.. HUTANG!
Jangan kau orang ingat hanya wujud hutang dalam bentuk duit, budi dan nyawa je, banyak jenis hutang wujud termasuklah hutang manuskrip macam aku ni.. haha! kenapa aku klasifikasikan sebagai hutang? sebab ada rumah penerbitan merisik manuskrip aku.. tapi sampai sekarang tak siap2 lagi manuskripnya.. for various reasons actually.. one thing led to another hence aku masih berhutang manuskrip yang dah dilamar tu dengan rumah penerbitan yang melamar..