Social Icons

Sunday, November 29, 2015

autograph


Assalamualaikum...

Nak sign autograph...
Haha... Tapi kita lagi familiar dengan dialog 'nak signnnnn' tu kan? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Betul ke tidak? Ku rasa ayat 'nak signnnn' tu jadi famous masa cerita apa entah dulu... Rasa macam cerita komedi...

Dah apa kaitannya dengan entry hari ni?
Hmmm... *berfikir panjang*
Oh, sebenarnya macam ni... Entry yang lepas ku ada hebahkan yang buku Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) terbitan Penerbitan Layar Pena ada dijual di Ekspo Buku Malaysia di PWTC... Hari ni merupakan hari terakhir ekspo tu... 
Antologi tu dijual di booth Penerbitan Anaasa, booth nombor 10, Bilik Mawar... Selepas diberikan diskaun RM 5, antologi itu boleh dibeli dengan harga RM 20 sahaja sepanjang ekspo buku ni...

Penerbitan Anaasa ada beritahu pada Penerbitan Layar Pena jika ada penulis² antologi tu nak datang untuk book signing ke booth mereka, mereka boleh buat slot... Tengok feedback di group penulis antologi tu ramai yang tak dapat datang... Begitu jugalah dengan diriku... Ku hanya mampu kirim pada orang je tolong beli buku yang ku nak kat sana...

Jadinya takdelah slot book signing yang ku mampu hadiri... Lagipun seganlah nak pergi book signing bagai... Dalam hati ku cakap sendiri; dahlah satu cerpen kau je yang diterbitkan... macamlah orang nak sangat tandatangan kau... Hahaha...

Okey, tu aje sebenarnya entry kali ni... Doakanlah akan datang ku mampu hadiri book signing macam ni untuk novel sendiri ke kan... *berangan* haha... Tapi aku yang sekarang memilih nak stay macam ni je... Biarlah orang tak kenal aku asalkan orang kenal karya aku... Aku yang akan datang? Who knows? Kepada yang dah memborong  banyak buku tu selamat membaca...

Sekian, wassalaamu...

4 comments:

  1. Nice nye blog akak... cantik sangat. x sempat nak baca. dah nak final exam, banyak kerja nak buat. nanti, ada masa ... kite nak baca semua ni,.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Biasa2 je cik belog ni... Ada masa update entry baru, kalau tak bersawanglah dia... First thing first... Utamakan pelajaran okey... Cik belog akak ni takkan lari dikejar, bila² free bolehlah menyinggah ;)

      All the best untuk final exam :) bitaufiq wannajah fil imtihan *maaf kalau salah... tak belajar BAT, belajar bahasa Arab komunikasi je... Itupun banyak lupa -_-*

      Delete
  2. Sha doakan Suha menjadi penulis berjaya. Suka setiap karya Suha. Bila baca memang akan senyum..dalam kelakar ada ilmu berguna. All the best dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin ya rabbal `alamin..
      Thanks for the du`a Kak Sha :)
      Insya Allah, akan saya cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam dunia penulisan ni.. Semoga kita sama² berjaya kak.. Aamiin..

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...