Social Icons

Thursday, December 19, 2013

us

Assalaamu`alaikum...

us...
it's not us that gives the meaning of 'kami'...
it's us for united states *of america, of course... yeah... i'm talking about that one...*

hmmm...

ok, mohon jangan mengeluh cik suha... mohon...
bukan mengeluh tu... berfikir... *ayat cover*

last time, india...
in the future, us... maybe...

itu pun tak confirm lagi...
maybe...
kalau kena pergi... bertabahlah...
semoga kejadian di india tidak berulang...
oh, nak sangat tulis experience during business trip dekat india nun...
tapi bila time mood swing ni mulalah merapik merapu pasal benda lain...

oklah kalau company hantar pegi us...
maksudnya mereka percayalah kannn *ayat nak menyedapkan hati sendiri*

semoga Allah permudahkan segala urusan pada masa akan datang...
aamiin...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku... janganlah Kau bebankan aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung... janganlah Kau uji aku sebagaimana Kau uji kaum terdahulu... amin ya rabbal `alamin...

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Wednesday, December 18, 2013

D.A.K.W.A.H

Assalaamu`alaikum...

dakwah...
menyebut perkataan itu pun sudah terasa berat dan payah...

banyak cara kita boleh berdakwah...
tapi untuk beristiqamah memangnya agak susah...

kadangkala terfikir...
ya Allah, dah 23tahun ku hidup dekat bumi ni ku ada cuba berdakwah tak?
ku ada tunjukkan contoh yang baik tak?
apa yang menghalang ku dari berdakwah?
sudah bersediakah ku untuk bertemu Mu nanti?

*nanges*

terasa diri ini sungguh kerdil sekali...
cemburu dengan hamba Ilahi yang mampu berdiri menggerakkan dakwah ini...
serasa diri ini lemah sekali...

ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan langkahku ini...
agar bisa ku berdiri...
mencoba menyampaikan walau sedikit pengajaran di sini...
kerna ku ketahui...

manusia itu sendiri adalah DAKWAH YANG BERGERAK...
ya!!
KITA ADALAH DAKWAH YANG BERGERAK...

mari renung2kan, berubah dan beramal :')


think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Tuesday, December 17, 2013

sungguh aku cemburu!

Assalaamu`alaikum...

tajuk entri ni dah macam tajuk cerpen/novel...
tapi bukan...
sungguhpun memang betul ku cemburu...

ku cemburu dengan mereka yang menggapai syahid...
ku cemburu dengan mereka yang aktif berdakwah...
ku cemburu dengan mereka yang senantiasa berfikiran positif...
ku cemburu dengan mereka yang istiqamah dalam beribadah...
ku cemburu dengan mereka yang nikah awal *erk, ttbe pulak termasuk point ni*

ku cemburu dengan semuanya...
in a positive way, of course!

ku...
masih mencuba membaiki kekurangan diri...

semoga istiqamah...
semoga Allah redha...
semoga kita bertemu di Jannah-Nya...

aamiin~

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

mood hari ni pelik sikit... sampai dua posts hari ni... -,-

kalau ku fikirkan bondaku...

Assalaamu`alaikum...

manfaatkan kejap lunch hour ni update cik belog...

huarrrrghhhhh... ketensyenannnn!!!

dalam sebulan tu mesti akan ada seminggu yang rasa nak berhenti kerja sangat2...
serious...
selalunya masa mood swing laa...
nasiblah nak berhenti kena bagi notis sebulan...
kalau boleh bagi notis 24jam je mahu ku dah lama berhenti kerja...

ada rakan baikku bilang;
"kau fikirkan mak kau laa. mesti kau bersemangat nak kerja. aku ni pun tak larat jugak. bila aku fikir pasal mak aku, aku laratkan jugak."

thanks kawan.

tapi diri sendiri pula entahlahhh...
kalau ku fikirkan bondaku, nescaya sekarang juga ku berhenti kerja...
nak duduk dekat dengan bonda... dah penat sejak umur 13tahun merantau ke negeri orang... disambung pula dengan pengajian diploma dan ijazah sarjana muda... dan kini, ketika kerja... maksudnya sudah sepuluh tahun jugalah ku di perantauan *cehhh perantauan... macam laa kat oversea...* memang betul jauh perjalanan luas pemandangan... tapi ku rindu nak duduk dekat dengan ayahanda dan bonda... walau ku bukan anak bongsu mahupun anak manja... ku kira normal untuk kita berada dekat dengan ibubapa... sebelum nanti kita perlu ikut suami kita pula...

sekarang...
memikirkan ku aim nak habiskan bayar ptptn by 2014 menjadikan ku bertahan juga...
siap letak baki hutang ptptn dekat sticky-note/post-it note*ikut panggilan masing2* di PC office ni... 
pembakar semangat ku kira... maybe?!
lepas tu insya Allah nak berhenti kerja dan cari kerja dekat dengan rumah...
kerja dekat kedai kek pun takpe... janji dekat dengan rumah...

Ya Allah, Kau permudahkanlah untuk aku bertahan dan memenuhi impian...
aamiin~

Saturday, December 14, 2013

do NOthing for 2 minutes

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho...
berapa ramaikah kita boleh duduk diam tanpa berbuat apa2???
wa respect sama lu...

ku?
ok, first time try ni memang fail...
baru sekejap ku dah gerakkan mouse...
then after a long time, try semula...
baru laa dapat seperti di bawah...



anda boleh ke website ini untuk mencuba...
bila duduk diam tak buat apa2 tu rasa lama gilaaaa 2 minit ni...
baru sedar dua minit yang sekejap tu boleh terasa lama...
dan dua minit yang dirasakan lama itu begitu berharga...

jom hargai masa...
manfaatkan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah...

ada apply nak jadi run volunteer untuk Sarung Kaki Project (mereka ada organise pengedaran sarung kaki di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 25 Disember nanti), tapi Admin nak 45 orang je... kalau ada rezeki terpilih jadi volunteer tu nanti Alhamdulillah... rindu nak buat aktiviti macam ni...

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...


Thursday, December 12, 2013

Di Sebalik Langsir | Takdir Terindah Kita

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
entry kali ini merupakan Di Sebalik Langsir (DSL) bagi cerpen tulisanku iaitu Takdir Terindah Kita...
*DSL ni kalau dalam B. Melayu industri perfileman standard kira 'Di Sebalik Tabir' (DST) lahh... ku nak guna Di Sebalik Tirai macam kurang syiok pula sebab ending bunyi suku kata rai macam tergantung pula bila sebut... omputeh kata 'Behind The Scene' (BTS) ataupun 'The Making Of' (TMO) gituuu... lalala~*

DSL yang pertama di cik belog ku ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai cerpenku itu...
*mohon bawak bertendang...*

Thursday, December 05, 2013

live from India

Assalaamu`alaikum...

Live from India...
hohoho
yup!
post ini live di taip dan di upload dari India...
lalala~

ku ada di sini  sejak Selasa...
insya Allah kembali ke Tanah Tumpah Darahku *skema tetibe* hari Ahad minggu ni...
ku datang sini atas urusan kerja...
kalau tak jangan haraplah nak dapat fly keluar dari Malaysia ni...
in fact, dah 23tahun hidup ni tak pernah fly lagi...