Social Icons

Thursday, March 05, 2015

Cerpen | WiFi Rumah Sebelah .:|[ sneak-peek ]|:.



“KAU dapat interview kerja ke Nada? Bila? Bertuahnya kau baru habis exam orang dah panggil untuk interview. Bila kau apply kerja tu sebenarnya?” tanya Mufidah kepada rakan satu rumah sewanya sewaktu dia sedang mengemaskan barang-barangnya di ruang tamu rumah sewa mereka.
            “Alhamdulillah. Tapi bukan panggil interview Fida. Aku kena jawab online assessment dulu, kalau lulus online assessment tu baru company tu panggil untuk interview pula. Aku apply masa tengah final exam dulu. Aku saja je emel resume and cover letter dekat company tu tapi tak high hopelah sebab final result untuk sem ni belum tahu lagikan. Tapi Alhamdulillah company tu bagi peluang untuk aku jawab online assessment dia dulu.” Jawab Qatrunnada kepada persoalan teman serumahnya itu.
Mereka sudah setahun menyewa di rumah teres tersebut. Walaupun belajar berlainan bidang, mereka masih mampu untuk bergaul dengan baik. Pada asalnya rumah teres tersebut disewa oleh tujuh orang pelajar termasuk Qatrunnada dan Mufidah tetapi lima orang penyewa yang lain sudah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja peperiksaan akhir semester tamat. Secara kebetulan, mereka semua adalah pelajar tahun akhir maka sebaik sahaja rakan-rakan yang lain pulang ke kampung, kosong sahaja terasa rumah sewa ini dek kerana yang tinggal hanyalah barang-barang tuan rumah dan barang-barang Qatrunnada serta Mufidah sahaja.
“Bila online assessmentnya? Macam mana kau nak jawab?” tanya Mufidah prihatin. Dia sedia maklum yang kebanyakan dari penghuni di rumah sewa ini banyak menghabiskan masa di universiti maka sebarang kerja yang memerlukan internet akan dilakukan di universiti kerana kemudahan internet percuma yang ada di seluruh universiti.
“Itulah yang aku tengah risau sekarang ni. Silap aku juga sebab lambat semak emel aku. Aku baru check petang tadi betul-betul sebelum maghrib. Assessment online tu malam esok. Dari 8.30 sampai 11.30 malam. Kalau aku nak pergi buat dekat cyber café, aku pun tak pasti CC biasanya tutup pukul berapa. Lagipun bahayalah pukul 11.30 malam nak berjalan balik rumah. Sayangnya Anis dah balik rumah dia kalau tak bolehlah aku pinjam broadband Anis je.” Qatrunnada sudah runsing memikirkan bagaimana harus dia menjawab ujian dalam talian nanti.
“Itulah kau, once dah mula apply kerja, kena sentiasa check emel. Kalau kau check sebelum office hour company tu habis tadi bolehlah kau call mereka minta ubah masa jawab online assessment tu tapi sekarang ni dah terlambatlah. Kalau nak call pagi esok memang mustahillah sebab esok hari Sabtu orang cuti.” Kata Mufidah. Tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sementelah pagi esok kakak serta abang iparnya akan datang menjemputnya pulang.
“Itulah Fida. Salah aku juga lambat check emel. Kau rasa aku nak buat macam mana ek? Buat tak tahu aje ke pasal online assessment tu? Tapi macam rugi pula.” Qatrunnada bertanya pendapat Mufidah. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan nasib dirinya. Walaupun belum pasti akan diambil bekerja oleh syarikat tersebut, dia seharusnya mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi ujian dalam talian itu nanti.
“Ish, ada pula nak buat tak tahu. Bukan macam rugi lagi dah cik kak oi, memang rugi pun kalau kau buat tak tahu aje. Dah ada peluang, cubalah dulu. Aku rasa, apa kata kau guna WiFi rumah sebelah?” Mufidah memberi cadangan kepada Qatrunnada. Dia sudah mengangkat-angkat keningnya sewaktu pandangan mata dilabuhkan kepada sahabatnya itu.
“Kak Risya aku dah buat muka tak malu lepas Magrib tadi pergi tanya. Dia cakap dia memang takde WiFi.” kata Qatrunnada. Kak Risya ataupun nama sebenarnya Batrisyia, merupakan jiran sebelah kanan rumah mereka. Batrisyia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berusia awal tiga puluhan. Hubungan mereka agak baik dengan Batrisyia kerana Batrisyia merupakan seorang yang peramah dan rajin menegur pelajar-pelajar perempuan yang menyewa di sebelah rumahnya.
“Bukan Kak Risya, jiran satu lagi.” Kali ini Mufidah sudah tersengih-sengih. Fahamlah Qatrunnada bahawa Mufidah memaksudkan jiran sebelah kiri mereka iaitu beberapa anak teruna yang sudah bekerja dan menyewa di sebelah rumah sewa mereka ini. Maklumat yang mereka tahu tentang jiran sebelah kiri mereka ini hanyalah rumah sewa yang dihuni oleh lima orang pemuda yang sudah bekerja tetapi mereka hanya menyenali tiga orang sahaja. Itu pun mereka kenal kerana berjumpa semasa Batrisyia mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri. Dan juga semasa mereka terpaksa meminta pertolongan cemas jiran sebelah kiri mereka ini untuk menggantikan dua biji lampu kalimantang yang terbakar serentak semasa mereka semua sedang berjuang dengan mid sem. Dua dari jiran tersebut rajin juga bertegur sapa apabila terserempak.
“Ha? Jiran satu lagi? Aduhai, lemah lutut kalau nak kena guna WiFi diorang. Celah mana aku nak ada password diorang.” Qatrunnada bersuara.
“Lah, kau kan belajar bidang IT. Bukan ke sekarang ni berlambak tools boleh guna untuk hack wifi orang?” kata Mufidah.
“Helo, Cik Fida! Kau ingat bila belajar bidang IT tu semua bendalah aku boleh tahu? Okey, memang betul sekarang berlambak tools yang boleh guna untuk hack wifi orang tapi kita ada akal dan iman untuk berfikir dan bezakan mana yang baik dan buruk. Katakanlah aku hack wifi diorang then guna masa aku nak jawab online assessment malam esok, then ditakdirkan Allah aku pass pula online assessment tu dan dipanggil interview. Lepas tu aku pass interview dan diterima bekerja kat syarikat tu. Aku kerja nak cari rezeki yang halal tapi permulaan aku tadi dah salah. Nampak tak?” panjang Qatrunnada berhujah. Mufidah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya memahami situasi yang dimaksudkan oleh Qatrunnada.
“Allah ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Ayat tu mengenai larangan memberi dan menerima rasuah tapi perkataan batil dalam ayat tu samalah macam situasi kita guna wifi orang tanpa permission ni.” Qatrunnada menyambung hujahannya. Mufidah sudah khuyuk mendengar kerana baru hari ini dia tahu akan kewujudan larangan seperti itu.
“Betul juga apa yang kau cakap tu. Kalau macam tu, kau ada satu cara aje lagi. Kau pergi jumpa diorang dan minta permission nak guna wifi diorang untuk tiga jam aje.” Sekali lagi Mufidah memberikan cadangan kepada Qatrunnada. Qatrunnada sudah memandangnya sambil membuat muka meminta simpati. Mufidah hanya mampu untuk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

*----------*----------*----------*----------* 

Assalaamu`alaikum...

cerpen ni masih dalam pembikinan... ini versi tak buat proofread jadi sorry kalau ada yang typo tu... this is just a sneak-peek version supaya ku lebih bersemangat nak taip cerpen ni... just in case kalau ada yang tunggu Saya Isteri Baru Belajar (kalau ada laa...), sorry sangat2 sekarang takde entry baru untuk SIBB... doakanlah ku rajin menaip dan idea datang bagai mencurah2 ke ladang gandum untuk SIBB itu...  
Kesian Sekian,
 .:|[ Suha Fasihah ]|:.

Update: baca versi penuh di sini

Friday, February 27, 2015

last post for February~

Assalaamu'alaikum...

Hari ni rasa nak bebel je panjang2 jadinya Cik beloglah tempat ku bebel... Maaf Cik belog, kau dah lama bertahan dengan bebelanku... Dan terima kasih kerana ku tahu kau akan terus bertahan... Muahaha~

Sejak akhir2 ni banyak diuji dengan kesabaran dan bersangka baik... Bersangka baik sebenarnya amatlah disuruh dalam Islam... Ikut keadaan yang dihadapi, kadang2 ku sendiri rasa senang nak bersangka baik pada orang... Masa yang lain pula ku rasa agak susah untuk bersangka baik lebih2 lagi bila kenal orang tu dan tahu perangai dia... TAPI, kita kena juga cuba untuk bersangka baik... Cuba untuk berlapang dada... Susah, tapi perlu cuba...

Sama juga dengan bersabar... Nak bagi nasihat suruh orang bersabar tu senang... Nak amalkan sendiri tu yang payah... Kadang2, kita rasa dah banyak dah aku sabar, kesabaran manusia pun ada hadnya... Well, biasanya dialog tu laa yang orang selalu ulang kan...
Tapi, sebanyak mana sepatutnya kita perlu bersabar?
Sebanyak Allah bersabar dengan kita yang sedikit amalan tapi terus melakukan dosa...
Sama juga dengan memaafkan orang, sebanyak mana kita perlu maafkan kesalahan orang lain pada kita?
Sebanyak kita mahu Allah maaf dan ampunkan kesalahan kita pada Allah...

Jika anda baca entry ku sebelum ini maka anda tahu yang ku sedang nak taip cerpen seterusnya... Perangaiku, ku akan bersemangat nak taip bila dah siap cover cerpen...


Kat atas tu ku share cover next cerpen... Dah kantoi tajuk... Hahaha... Cover dah settle... Masalah seterusnya ialah ku akan down nak mula taip bila takde nama watak... Setakat ni baru 4 watak yang dah ada nama... Nak bagi nama pada watak ni memang masalah dari cerpen pertama dulu... Takde idea nak bagi nama apa...

Sudilah kiranya anda mencadangkan nama2 kepadaku... Sekarang perlu nama untuk lagi dua watak lelaki dan satu watak perempuan... Sekiranya nama yang dicadangkan belum pernah ku guna pada cerpen2 dan enovelku, insya Allah ku akan guna... Kalau banyak sangat nama yang anda cadangkan insya Allah ku boleh guna untuk cerita2 akan datang pula...

Sekian sahaja untuk bebelan kali ini... This will be the last post for this February sebab ku tak rasa esok ku akan rajin membebel... Hahaha...

Sekian...
Wassalaamu...

Tuesday, February 24, 2015

hari ini punya update~

Assalaamu'alaikum...

Berita ini tak berapa penting tapi ku letak jugalah kat sini supaya ku kurang rasa bersalah... Sila terus ke entry yang anda berkenan di hati sekiranya kehadiran entry ini hanya mengganggu jiwa dan raga anda...

Cerpen...
Alhamdulillah baru lepas siap plot cerita untuk cerpen seterusnya... Sebelum ni idea datang sekerat2, alhamdulillah pagi tadi idea untuk full cerita dah lengkap... Cumanya baru siap plot cerita dalam points form, belum mula menaip lagi maka, mohon jangan berharap untuk dapat baca dalam masa yang terdekat... Kali ni ceritanya simple je tapi ku harap sangat pengajarannya sampai kepada pembaca... Insya Allah...

Enovel...
Bab 10...
Ku harus akui ku masih lemah dalam bidang ini... Baru nak masuk Bab 10 dah stuck... Ku selalu cakap pada diri bila rasa nak give up tu datang; it's too early to give up... Doa2kan idea datang kepadaku bagai mencurah2 ke ladang gandum... Hehe...

Ku tak nak hampakan pembaca yang kalau ku baca komen2 mereka di p2u, mereka mengharapkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang... I'll try my best... Maybe it will take time but hey, great things happen to those who believe...

Never gonna give up! - Eyeshield 21

Sekian...
Wassalaamu...

Sunday, February 22, 2015

Me, Myself and COC

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh...
Tajuk entry tak menahan... Hahaha...
Jika anda pernah baca entry ku sebelum ni maka anda akan tahu bahawa ku bukan jenis yang suka main game... Ku jenis main game untuk release stress dan akan stop main bila sampai kat level yang bagi aku lagi banyak stress...

COC ni ku mula main sebab nak tengoklah apo bondo eh COC ni dah kawanku dok sebut2 COC... Cara dorang sembang tu cambest je game ni dan sebab lain dia ku main juga adalah sebab nak letak dalam enovel SIBB ku itu laa...

Dah nama pun Clash of Clans makanya kebanyakan orang ada clan masing2... Ada yang tak kisah masuk clan sesiapa macam ku ni... Ada yang nak clan sesama kawan2... First clan yang ku join adalah clan dari India... Dapat invitation dari seorang elder clan tu... Mereka sangat aktif dan kebetulan masa ku join mereka tengah war... Ku hanya war spectator ajelah... Mereka sangat aktif sampaikan tiap2 kali bukak COC akan ada chat dari mereka... Macam2lah mereka discuss... Ada masa mereka chat dalam Hindi dan berdasarkan pengalaman dolu2 ku yang layan Hindustan ku dapat tangkaplah sikit2... Bila mereka tahu ku dari Malaysia mereka eloklah chat dalam BI... Tapi sebab clan tu terlampau aktif, ku rasa kurang best sebab padaku game aje pun, tak payahlah beria2 nak warning2 clanmates yang lain bagai... Y u so serious? Maka, ku buat keputusan untuk keluar dari clan tu...

Second clan yang ku join by invitation jugak... Yang tu clan dari Itali... Yang ni lain sikit, sehari ku join takde langsung dorang chat atau request troop... waktu tu tengah war preparation... Lama sikit lepas tu ada someone dari clan tu yang request troop maka ku donatelah seadanya... Dia balas grazie bla bla bla akutakfahamsepatahhabukmelainkangrazietu... Maka ku reply dalam English cakap sama2 bagai dan ku bukan orang Itali (tapi yang ni ku tak cakap ku orang Malaysia) and guess what??? That person terus kick ku dari clan tu... Dahlah ku baru lepas donate troop kat dia terus kena kick... Adeyhhh... Tapi bukan dia laa yang invite ku masuk clan tu, orang lain...


Friday, February 20, 2015

Tarbawi by LangitIlahi

Assalaamu'alaikum...

Last time ku promote game 'Defending Malaysia' and this time a new game by LangitIlahi called 'Tarbawi'... Same as the previous one, you can download this game from the Google Play...

Kalau anda dah pernah cuba main Defending Malaysia then you should know what are the weaknesses of the game... tapi pada pendapat ku sendiri, game tu kira okeylah untuk first try LangitIlahi developer team... bukan senang nak buat game okey... mohon faham... dan ku pasti mereka pun akan terus improve kualiti game mereka...

Tarbawi ni pulak merupakan kuiz berkaitan Islam... rasa dah agak lama kut mereka letak kat Google play nun tapi malam tadi baru ku berkesempatan untuk download... dan malam tadi jugak habis main untuk Casual Mode...

Secara ringkasnya Tarbawi ni ada Casual Mode dan Time Attack Mode... as the name goes, casual tu takde limit masa kau orang nak jawab soalan2 tu whereas time attack tu ada limit masa... soalan2 random pasal Nabi2, para sahabat Rasulullah, perang2... seronok jawab soalan tu... dengan gigihnya ku dan adik perempuanku jawab semua soalan set pertama tu malam tadi jugak... mana yang tak tahu tu kami guna coin untuk selesaikan... hahaha... bila dah tak boleh guna coin (dan taknak purchase coin) akhirnya kami guna khidmat pak cik Google... ada yang tahu dan rasanya banyak juga yang kami google... especially pasal perang... oh, terasa jahilnya pasal perang2 Islam... yang selalu dengar pasal perang Badar, Uhud, Ahzab dan Khaibar tapi banyak lagi perang lain seperti perang Mu'tah, Hunain, Siffin, Jamal, Yarmouk... macam2 lagilah... kira malam tadi jadi banyak membaca jugak laa...

Yang kurang bestnya game ni takde bagi hint... dia takde offer hint satu atau dua huruf ke... kalau nak jawapan terus kena tekan selesaikan (kalau kau orang taknak google jawapan laa..) Selesaikan tu pulak kena guna coins... bila coins dah habis boleh purchase dari LangitIlahi... memang takkk laa ku nak guna duit macam tu kan... memang ku google sampai dapat jawapan laa jawabnya... lagi satu bila dah habis jawab semua soalan dia akan cakap kita dah habis jawab set pertama dan tunggu update seterusnya... tapi, bila ulang balik main, walaupun soalan yang sama kita dah jawab tadi, markah masih akan bertambah bila jawapan kita betul... hmmm...

ho ho ho hokeh...
itu aje untuk entry kali ni... merajinkan diri letak entry baru kat cik belog... nak harapkan cerpen atau enovel entah bila ku akan update... mohon jangan ada yang menunggu atau berharap (nanti ku akan rasa bersalah dan serba-salah...) kalau kau orang free2 tu nanti cubalah game ni... insya Allah berbaloi main... dapat refresh apa yang pernah belajar dulu dan dapat belajar benda baru...

Sekian...
wassalaamu~

Monday, February 16, 2015

Di Sebalik Langsir | I Seriously Wanna Marry You

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh... Akhirnya berkesempatan nak taip DSL untuk cerpen 'I Seriously Wanna Marry You'... cerpen ini merupakan kesinambungan dari cerpen 'I Think I Wanna Marry You'... Jadinya kalau nak faham cerpen ni kena baca 'I Think I Wanna Marry You' dulu... Jom tinjau apa yang ku nak sampaikan untuk cerpen ni~

1) Don't be so sure because you don't know what awaits you... dalam hidup ni kita kena yakin dan pasti tapi tak boleh terlebih... kena sederhana je... sama juga dengan perkara yang kita sayang atau benci... hati manusia ni mempunyai keupayaan yang tinggi untuk berbolak balik tahu? 

2) Kalau kena reject dengan orang, terima seadanya... jangan nak sedih lama2... sibukkan diri dengan benda yang sepatutnya menjadi prioriti... move on, okay? I know it's easier said than done... tapi kena cuba jugak... kuatkan hati... jangan terlampau emosi... kalau boleh guna lojik akal... lagipun Allah takkan uji dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk tanggung... yang me'reject' pulak, seeloknya guna bahasa yang elok, jangan reject dengan kasar... takut nanti jadi dendam... *macam serius je pengajaran ni.. tapi mmg serius pun...*

3) Luahkan perasaan ataupun minta nasihat pada orang yang kita percayai... jangan pendam masalah/rasa kecewa/ tekanan perasaan sorang2... dan bila dah diberi nasihat tu, ikutlah nasihat tu kalau memang nasihat yang diterima tu betul...

4) Sentiasalah berdoa kepada Allah saat susah mahupun senang.. dan dalam doa tu mintalah yang terbaik buat kita, agama kita, dunia kita dan akhirat kita... kan Allah dah pesan; berdoalah kepadaku, nescaya aku makbulkan... kita kena yakin... lambat atau cepat itu pada mata kita aje... pada Allah, Allah bagi sesuatu kat kita pada masa yang tepat... okay?


Wednesday, February 04, 2015

pabila dia berhijrah...

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hoyeahhhh!!!
Akhirnya cik belogku berhijrah... lalala~
Ini semua poyo~ tapi kisah pulak aku?

Sejak tahun 2012 cik belog ini mula bertapak, rumah cik belog ini bertemakan notebook dan berwarna pink... gituuuhhh... jadinya sekarang dah 2015 ni wajarlah cik belog ini berhijrah ke rumah baru bagi menyerlahkan kematangannya... kali ni temanya scrapbook... warna pun redup sikit... ye dop? Lagipun, pink was never my favourite colour... no offense to all pink addicts *apekehalnye bunyi dah mcm drug addicts... okay, pink lovers sopan sikit...* My favourite colour is green but sometimes I tend to buy pink-coloured things... penyakit apa entah ni... hahaha

Okay, enough of that...
semoga dengan penghijrahan cik belog ini, ku akan lebih bersemangat nak update cik belog ni... *walaupun sebenarnya macam takde kaitan aje kan..*

Entry ni sebenarnya lebih kepada ku nak tujukan kepada cik proofreaderku... sejak beliau berhijrah ke Sabah atas tuntutan pihak berwajib bagi mendidik anak bangsa di sana, ku rasa lemau je nak update enovel... bab 9 baru 5% siap... cerpen baru adalah juga buat research sikit tapi mcm akan hold dulu, buat cerpen lain dulu kot... entahhh... rasa lemah semangat...

Cik proofreader, walaupunku tahu dia tak baca cik belogku ni tapi ku nak cakap jugak, hidup baik2 kat sana okey... sekarang hari2 kau call make sure akan dtg hari2 call jgk... wahaha...

Semoga Allah permudahkan urusan kau kat negeri bayah bayu itu... aamiin :)

Sekian, wassalam...