Social Icons

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

first

Assalamualaikum..

Ho ho ho hokeh~

This is the very first entry for 2016..
January is coming to an end.. In fact, tomorrow is the last day of January 2016.. How time flies..

Nothing much to say actually.. This entry is written and posted so that I have something posted on January 2016.. Haha!

But I have to admit that this year starts with a good news for me.. Alhamdulillah.. One of my short stories (entitled WiFi Rumah Sebelah) has been chosen to be published along with other short stories and mini novels from other writers.. You don't know how happy, touched and thankful I am while reading the email from the publisher..

Sad to say that I can't share much details right now as it is still in the early stage.. Once everything is confirmed and done, I'll share the info with you guys.. I do hope that you guys will support me :)

ps: pardon my English.. haven't used it for quite some time.. hoho..

Thank you,
Wassalaamu..

Wednesday, November 25, 2015

Diskaun RM5!


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Tak payah nak berdolak-dalik lagi... Seperti tajuk di atas, anda yang ke PWTC bagi memeriahkan Ekspo Buku 1 Malaysia ni boleh dapatkan Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) di sana...

Klik untuk tumbesaran~
Harga biasa: RM 25
Harga di EB1M: RM 20

Kepada yang belum tahu, meh sini ku beritahu...

Tempat: Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra)
Acara: Ekspo Buku 1 Malaysia (EB1M)
Tarikh: 25 - 29 November 2015
Booth: Penerbitan Anaasa, booth No. 10, Bilik Mawar

Jadinya bolehlah anda beli Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) tu kat booth Penerbitan Anaasa tau... Dapat diskaun RM 5... Banyak tuuuu...

Satu cerpen ku berjudul 'Surat Untuk Muna' ada dalam antologi tersebut bersama 19 cerpen lain... Antologi tu ada 446 pages, memang berpatutan dengan harga...
Bagi yang nak baca teaser cerpen 'Surat Untuk Muna' tu silalah klik link di bawah:

Sekian sahaja update yang bersahaja ni, wassalaamu...

Friday, November 20, 2015

Hebahan: Pencarian Cerpen oleh Kaseh Sisters Publication dan ED Productions


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh...

Seperti biasa kalau ku post hebahan ni selalunya pencarian cerpenlah kan... Kalau novel, bila² anda siap manuskrip penuh bolehlah hantar terus ke syarikat penerbitan yang anda mahu cuba... Yang cerpen ni biasanya ikut keadaan...

Nak habaq yang Kaseh Sisters Publication sedang mencari 10 cerpen terbaik untuk mereka bukukan dalam Antologi Cerpen Erti Sebuah Kasih... Boleh rujuk imej di bawah dan jika anda ada maklumat lanjut nak tahu silalah pm FB depa dan tanya... Nama FB depa Penerbitan Kaseh...

Klik untuk tumbesaran~
Kredit: FB Penerbitan Kaseh



Selain dari Kaseh Sisters Publication, ED Productions juga sedang mencari cerpen untuk Antologi Cerpen mereka... Apa² sahaja cerita yang mesti disuntik dengan CUPCAKE... tidak diketahui berapa jumlah cerpen yang mereka cari... Anda boleh rujuk screenshot di bawah dan seperti biasa sebarang pertanyaan bolehlah pm page mereka, ED Productions...

Klik untuk tumbesaran~
Klik untuk tumbesaran~


Sekian sahaja hebahan kali ini... Ku hebahkan apa yang ku baca di newsfeed FB ku sahaja... Mungkin banyak lagi syarikat penerbitan lain yang sedang mencari karya²... Cubalah... Mana tahu ada rezeki kat mana² dalam bidang ni kan...

Majulah penulisan untuk negara...
Wassalaamu...

Saturday, October 17, 2015

Kebetulan Yang Sudah Tersurat?

Assalamualaikum...

Nak membebel panjang sebab kat sini ajelah tempat bebel yang ku ada... FB jarang gilaaaaaa update apape fasal hidup... Twitter selalunya ku update kalau rasa nak update benda yang boleh disampaikan dengan ayat² pendek... Jadinya kat cik belog ni ajelah tempat ku meluahkan perkara yang terbuku di jiwa... Gituuh...

Tapi seriuslah, memang ku banyak luahkan kat cik belog sebab cik belog ni ibarat electronic diary... Kalau zaman belajar English kat sekolah dulu ada buku Journal dan starting ayat mesti dengan Dear Journal; ha lebih kurang macam itulah perasaanku kat cik belog ni cumanya ku tak mulakan dengan Dear Belog aje... Hohoho...

Kali ni nak bebel fasal apa? Alaaa baca ajelah kalau sudi baca... Kali ni bukan bebel sangat, lebih kepada bercerita je... Lalala~
Al-kisahnya ku suka banyak nombor... Kalau nombor genap ku suka nombor 4... Kalau nombor ganjil memang banyak lah yang ku suka... Nombor ganjil yang ku suka adalah 1, 3 dan 7... Jadinya kalau nak susun nombor kegemaranku tu bolehlah dapat 1437... Hohoho~ Eh, kebetulan sekarang dah 1437H... Bertambah lagi satu angka umur ikut tahun Islam...

Thursday, October 08, 2015

Hebahan: Pencarian Cerpen oleh TebuOne Press


Assalamualaikum...

Ho ho ho hokeh~
Seperti tajuk di atas, TebuOne Press kini sedang melancarkan 2 projek iaitu

1) Pencarian Kumpulan Cerpen

Mohon klik untuk tumbesaran~
Imej oleh TebuOne Press

2) Pencarian Cerpen untuk Antologi

Mohon klik untuk tumbesaran~
Imej oleh TebuOne Press

Maklumat bagi setiap projek boleh anda rujuk pada imej yang ku sertakan di atas... Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah pm FB TebuOne Press atau emel ke alamat emel yang dinyatakan... Silalah join projek TebuOne Press ni... Manalah tahu rezeki anda ada di sini... Ku tak dapat nak join sebab sendiri punya projek novel masih terbengkalai... Huhuhu...

All the best kepada anda yang menyertainya... You got nothing to lose... Just try your best and join these projects...

Sekian, wassalaamu...


Saturday, October 03, 2015

Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan


Mohon klik untuk tumbesaran~

“Kau takde rasa apa-apa lagi ke?” soal Muna kepada Akma. Akma hanya menggelengkan kepalanya.

“Nanti aku dapat rasa dia datang aku beritahu kau okey, jangan risau,” balas Akma.

Muna sudah mencebikkan bibir. Kema ni masa aku tak minta dia guna sixth sense dia, beria dia beritahu ada makhluk ghaib tu dekat sekian-sekian tempat. Dah lah dia suka beritahu masa kita orang betul-betul tengah lalu tempat tu. Masa aku minta dia guna sekarang ni, macam tak berguna pulak bakat terpendam dia ni.

Muna yang mengelamun seketika dikejutkan oleh Akma yang sudah menyiku-nyiku pinggangnya.



--- Apakah yang berlaku seterusnya? Ketahui cerita penuh Muna menerusi cerpen 'Surat Untuk Muna' yang dimuatkan dalam Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K)

Kredit: FB Penerbitan Layar Pena

Harga di kedai buku:
RM 25 (Semenanjung Malaysia)
RM 28 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian online:
RM 32 (SM - termasuk kos penghantaran)
RM 36 (SS - termasuk kos penghantaran)
Untuk pembelian online boleh pm FB Penerbitan Layar Pena :)

Insya Allah, anda akan puas hati dengan antologi cerpen ni... Dah baca cerita Muna nanti jangan lupa ulas/komen/kritik di sini atau pm FB saya ya :)

Saturday, September 19, 2015

Cerpen | Surat Untuk Muna .:|[ teaser ]|:.




Aku tak salah nampak, memang cursor tu tengah bergerak! Apakah? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Masalahnya sekarang ni kalau setakat angin dari kipas yang dah hidup segan mati tak mahu tu takkanlah cursor ni boleh bergerak? Lagi satu, aku mana guna mouse, celah mana pula cursor tu boleh bergerak kalau jari aku ni langsung tak sentuh touchpad laptop aku ni? 

Muna kebingungan seketika cuma kerana setelah itu muncul pula rasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia melihat sesuatu yang aneh seperti ini. Entiti mistikkah? Wah, kalah Kema punya sixth sense ni! Dia punya sixth sense cuma boleh rasa kehadiran ‘benda’ tu kalau dekat tapi tak boleh tengok ‘benda’ tu secara live. Okay, behave yourself Muna! Seratus lima puluh juta kali kau teruja kalau ‘benda’ ni entiti mistik sekalipun, bawa bertenang. Ingat boleh buat main-main ke kalau betul-betul ‘benda’ ni entiti mistik?! 

Mata Muna tekun memerhatikan pergerakan kursor yang kini sedang membuka perisian Microsoft Word. Walaupun papan kekuncinya tidak ditekan-tekan tetapi dia dapat lihat huruf-huruf yang muncul membentuk patah-patah perkataan dan seterusnya membentuk beberapa ayat. Berkerut-kerut dahi Muna tatkala membaca setiap bait kata yang muncul. Apa yang dia tidak tahu adalah perkara ini bakal menjadi permulaan baki kisah hidupnya. Persoalannya ialah kisah gembira atau episod duka? 



...kisah hidup Muna baru bermula...

Tertanya2 apakah kesudahan hidup Muna?
Mohon dapatkan Kompilasi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan yang bakal terbit bulan Oktober ini oleh Penerbitan Layar Pena...


Mohon klik untuk tumbesaran~

Insya Allah akan berada di toko-toko jamu buku pada Oktober ini.
SM: RM25
SS: RM28

Pembelian online boleh berurusan menerusi FB Penerbitan Layar Pena.
SM: RM32 (including postage)
SS: RM36 (including postage)


.:|[ Suha Fasihah ]|:.


Monday, March 09, 2015

Cerpen | WiFi Rumah Sebelah .:|[ NOT FULL ]|:.




“KAU dapat interview kerja ke Nada? Bila? Bertuahnya kau baru habis exam orang dah panggil untuk interview. Bila kau apply kerja tu sebenarnya?” tanya Mufidah kepada rakan satu rumah sewanya sewaktu dia sedang mengemaskan barang-barangnya di ruang tamu rumah sewa mereka.

            “Alhamdulillah. Tapi bukan panggil interview Fida. Aku kena jawab online assessment dulu, kalau lulus online assessment tu baru company tu panggil untuk interview pula. Aku apply masa tengah final exam dulu. Aku saja je emel resume and cover letter dekat company tu tapi tak high hopelah sebab final result untuk sem ni belum tahu lagikan. Tapi Alhamdulillah company tu bagi peluang untuk aku jawab online assessment dia dulu.” Jawab Qatrunnada kepada persoalan teman serumahnya itu.

Mereka sudah setahun menyewa di rumah teres tersebut. Walaupun belajar berlainan bidang, mereka masih mampu untuk bergaul dengan baik. Pada asalnya rumah teres tersebut disewa oleh tujuh orang pelajar termasuk Qatrunnada dan Mufidah tetapi lima orang penyewa yang lain sudah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja peperiksaan akhir semester tamat. Secara kebetulan, mereka semua adalah pelajar tahun akhir maka sebaik sahaja rakan-rakan yang lain pulang ke kampung, kosong sahaja terasa rumah sewa ini dek kerana yang tinggal hanyalah barang-barang tuan rumah dan barang-barang Qatrunnada serta Mufidah sahaja.

“Bila online assessmentnya? Macam mana kau nak jawab?” tanya Mufidah prihatin. Dia sedia maklum yang kebanyakan dari penghuni di rumah sewa ini banyak menghabiskan masa di universiti maka sebarang kerja yang memerlukan internet akan dilakukan di universiti kerana kemudahan internet percuma yang ada di seluruh universiti.

“Itulah yang aku tengah risau sekarang ni. Silap aku juga sebab lambat semak emel. Aku baru check petang tadi betul-betul sebelum Maghrib. Online assessment tu malam esok. Dari 8.30 sampai 11.30 malam. Kalau aku nak pergi buat dekat cyber café, aku pun tak pasti CC biasanya tutup pukul berapa. Lagipun bahayalah pukul 11.30 malam nak berjalan balik rumah. Sayangnya Anis dah balik rumah dia, kalau tak bolehlah aku pinjam broadband Anis je.” Qatrunnada sudah runsing memikirkan bagaimana harus dia menjawab ujian dalam talian nanti.

“Itulah kau, once dah mula apply kerja, kena sentiasa check emel. Kalau kau check sebelum office hour company tu habis tadi bolehlah kau call mereka minta ubah masa jawab online assessment tu tapi sekarang ni dah terlambatlah. Kalau nak call pagi esok memang mustahillah sebab esok hari Sabtu orang cuti.” Kata Mufidah. Tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sementelah pagi esok kakak serta abang iparnya akan datang menjemputnya pulang.

“Itulah Fida. Salah aku juga lambat check emel. Kau rasa aku nak buat macam mana ek? Buat tak tahu aje ke pasal online assessment tu? Tapi macam rugi pula.” Qatrunnada bertanya pendapat Mufidah. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan nasib dirinya. Walaupun belum pasti akan diambil bekerja oleh syarikat tersebut, dia seharusnya mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi ujian dalam talian itu nanti.

“Ish, ada pula nak buat tak tahu! Bukan macam rugi lagi dah cik kak oi, memang rugi pun kalau kau buat tak tahu aje. Dah ada peluang, cubalah dulu. Aku rasa, apa kata kau guna WiFi rumah sebelah?” Mufidah memberi cadangan kepada Qatrunnada. Dia sudah mengangkat-angkat keningnya sewaktu pandangan mata dilabuhkan kepada sahabatnya itu.

“Kak Risya aku dah buat muka tak malu lepas Maghrib tadi pergi tanya. Dia cakap dia memang takde WiFi.” kata Qatrunnada. Kak Risya ataupun nama sebenarnya Batrisyia, merupakan jiran sebelah kanan rumah mereka. Batrisyia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berusia pertengahan tiga puluhan. Hubungan mereka agak baik dengan Batrisyia kerana Batrisyia merupakan seorang yang peramah dan rajin menegur pelajar-pelajar perempuan yang menyewa di sebelah rumahnya.

“Bukan Kak Risya, jiran satu lagi.” Kali ini Mufidah sudah tersengih-sengih. Fahamlah Qatrunnada bahawa Mufidah memaksudkan jiran sebelah kiri mereka iaitu beberapa orang anak teruna yang sudah bekerja dan menyewa di sebelah rumah sewa mereka ini. Maklumat yang mereka tahu tentang jiran sebelah kiri mereka ini hanyalah rumah sewa yang dihuni oleh lima orang pemuda yang sudah bekerja tetapi mereka hanya menyenali tiga orang sahaja. Itu pun mereka kenal kerana berjumpa semasa Batrisyia mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri. Dan juga semasa mereka terpaksa meminta pertolongan cemas jiran sebelah kiri mereka ini untuk menggantikan dua biji lampu kalimantang yang terbakar serentak semasa mereka semua sedang berjuang dengan mid sem. Dua dari jiran tersebut rajin juga bertegur sapa apabila terserempak.

“Ha? Jiran satu lagi? Aduhai, lemah lutut kalau nak kena guna WiFi diorang. Celah mana aku nak ada password diorang.” Qatrunnada bersuara.

“Lah, kau kan belajar bidang IT. Bukan ke sekarang ni berlambak tools boleh guna untuk hack WiFi orang?” kata Mufidah.

“Helo, Cik Fida! Kau ingat bila belajar bidang IT tu semua bendalah aku boleh tahu? Okey, memang betul sekarang berlambak tools yang boleh guna untuk hack WiFi orang tapi kita ada akal dan iman untuk berfikir dan bezakan mana yang baik dan buruk. Katakanlah aku hack WiFi diorang then guna masa aku nak jawab online assessment malam esok, then ditakdirkan Allah aku pass pula online assessment tu dan dipanggil interview. Lepas tu aku pass interview dan diterima bekerja kat syarikat tu. Aku kerja nak cari rezeki yang halal tapi permulaan aku tadi dah tak betul, aku dah guna WiFi orang tanpa kebenaran. Nampak tak?” panjang Qatrunnada berhujah. Mufidah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya memahami situasi yang dimaksudkan oleh Qatrunnada.

“Allah ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Ayat tu mengenai larangan memberi dan menerima rasuah tapi ustaz dalam Al-Kuliyyah yang aku tengok dulu cakap perkataan batil yang disebut dalam ayat tu samalah macam situasi kita guna WiFi orang tanpa permission ni. Kita dah ambil hak orang lain secara batil.” Qatrunnada menyambung hujahannya. Mufidah sudah khusyuk mendengar kerana baru hari ini dia tahu akan kewujudan larangan seperti itu.

“Betul juga apa yang kau cakap tu. Kalau macam tu, kau ada satu cara aje lagi. Kau pergi jumpa diorang dan minta permission nak guna WiFi diorang untuk tiga jam aje.” Sekali lagi Mufidah memberikan cadangan kepada Qatrunnada. Qatrunnada sudah memandangnya sambil membuat muka meraih simpati. Mufidah hanya mampu untuk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

* * * * * * * * * * * * *

SUDAH lama Qatrunnada bertapa di pintu rumah sewanya itu. Sejak jam 7.30 pagi lagi dia sudah terjenguk-jenguk ke arah rumah sebelah kirinya jika penyewa rumah sebelah ada keluar dari rumah. Untuk mengetuk sendiri pintu rumah sebelah dia rasakan kurang manis pula. Mufidah yang pada awalnya berniat murni ingin menemaninya untuk mendapatkan keizinan bagi menggunakan WiFi rumah sebelah sudah selamat dijemput pulang oleh kakak dan abang iparnya sebentar tadi. Mufidah pulang tidak lama. Dia hanya membawa pulang barangan bersaiz besar yang boleh dimuatkan ke dalam kereta abang iparnya sahaja memandangkan saiz kereta tidaklah besar mana. Dia akan kembali untuk mengambil saki-baki barangannya yang boleh dia bawa sendiri menaiki bas beberapa hari lagi.

Qatrunnada mengerling jarum jam yang sudah menunjukkan angka 10.00 pagi. Dia kembali menjenguk ke arah rumah sebelah. Seorang pemuda baru sahaja keluar dari rumah dan menghampiri keretanya. Qatrunnada yang menyedari akan hal tersebut segera keluar dari rumah sewanya. Dia tidak risaukan auratnya kerana dia sememangnya memakai pakaian yang menutup aurat dan tudungnya juga sudah sedia tersarung di kepala sejak dia melancarkan misi menunggu kemunculan jiran sebelah rumah lagi. Dia hanya mengenali tiga dari lima orang penyewa rumah sebelah dan mujurlah pemuda yang baru keluar dari rumah sebentar tadi adalah pemuda yang dia kenali. Dia berjalan menghampiri pagar yang memisahkan rumah sewanya ini dengan rumah sewa jiran sebelah.

“Assalaamu`alaikum.” Qatrunnada memulakan sapaannya. Pemuda yang baru sahaja membuka pintu kereta tempat pemandu itu menutup semula pintu kereta. Segera pemuda tersebut berjalan menghampiri pagar bersama senyuman lebar.

“Wa`alaikumussalam, Nada. Ada problem ke? Nak minta tolong tukarkan lampu? Abang Fir boleh tolong.” Firhan yang suka membahasakan dirinya dengan nama Abang Fir menjawab salam dari Qatrunnada sambil terus memberi tawaran pertolongan.

Huwaaa!! Dia ni tengah perli aku ke apa? Mentang-mentanglah kitorang pernah minta tolong tukarkan lampu dulu. Bersangka baik okey, Nada! Dia memang ikhlas nak tolong kalau ada masalah.


Thursday, March 05, 2015

Cerpen | WiFi Rumah Sebelah .:|[ sneak-peek ]|:.



“KAU dapat interview kerja ke Nada? Bila? Bertuahnya kau baru habis exam orang dah panggil untuk interview. Bila kau apply kerja tu sebenarnya?” tanya Mufidah kepada rakan satu rumah sewanya sewaktu dia sedang mengemaskan barang-barangnya di ruang tamu rumah sewa mereka.
            “Alhamdulillah. Tapi bukan panggil interview Fida. Aku kena jawab online assessment dulu, kalau lulus online assessment tu baru company tu panggil untuk interview pula. Aku apply masa tengah final exam dulu. Aku saja je emel resume and cover letter dekat company tu tapi tak high hopelah sebab final result untuk sem ni belum tahu lagikan. Tapi Alhamdulillah company tu bagi peluang untuk aku jawab online assessment dia dulu.” Jawab Qatrunnada kepada persoalan teman serumahnya itu.
Mereka sudah setahun menyewa di rumah teres tersebut. Walaupun belajar berlainan bidang, mereka masih mampu untuk bergaul dengan baik. Pada asalnya rumah teres tersebut disewa oleh tujuh orang pelajar termasuk Qatrunnada dan Mufidah tetapi lima orang penyewa yang lain sudah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja peperiksaan akhir semester tamat. Secara kebetulan, mereka semua adalah pelajar tahun akhir maka sebaik sahaja rakan-rakan yang lain pulang ke kampung, kosong sahaja terasa rumah sewa ini dek kerana yang tinggal hanyalah barang-barang tuan rumah dan barang-barang Qatrunnada serta Mufidah sahaja.
“Bila online assessmentnya? Macam mana kau nak jawab?” tanya Mufidah prihatin. Dia sedia maklum yang kebanyakan dari penghuni di rumah sewa ini banyak menghabiskan masa di universiti maka sebarang kerja yang memerlukan internet akan dilakukan di universiti kerana kemudahan internet percuma yang ada di seluruh universiti.
“Itulah yang aku tengah risau sekarang ni. Silap aku juga sebab lambat semak emel aku. Aku baru check petang tadi betul-betul sebelum maghrib. Assessment online tu malam esok. Dari 8.30 sampai 11.30 malam. Kalau aku nak pergi buat dekat cyber café, aku pun tak pasti CC biasanya tutup pukul berapa. Lagipun bahayalah pukul 11.30 malam nak berjalan balik rumah. Sayangnya Anis dah balik rumah dia kalau tak bolehlah aku pinjam broadband Anis je.” Qatrunnada sudah runsing memikirkan bagaimana harus dia menjawab ujian dalam talian nanti.
“Itulah kau, once dah mula apply kerja, kena sentiasa check emel. Kalau kau check sebelum office hour company tu habis tadi bolehlah kau call mereka minta ubah masa jawab online assessment tu tapi sekarang ni dah terlambatlah. Kalau nak call pagi esok memang mustahillah sebab esok hari Sabtu orang cuti.” Kata Mufidah. Tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sementelah pagi esok kakak serta abang iparnya akan datang menjemputnya pulang.
“Itulah Fida. Salah aku juga lambat check emel. Kau rasa aku nak buat macam mana ek? Buat tak tahu aje ke pasal online assessment tu? Tapi macam rugi pula.” Qatrunnada bertanya pendapat Mufidah. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan nasib dirinya. Walaupun belum pasti akan diambil bekerja oleh syarikat tersebut, dia seharusnya mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi ujian dalam talian itu nanti.
“Ish, ada pula nak buat tak tahu. Bukan macam rugi lagi dah cik kak oi, memang rugi pun kalau kau buat tak tahu aje. Dah ada peluang, cubalah dulu. Aku rasa, apa kata kau guna WiFi rumah sebelah?” Mufidah memberi cadangan kepada Qatrunnada. Dia sudah mengangkat-angkat keningnya sewaktu pandangan mata dilabuhkan kepada sahabatnya itu.
“Kak Risya aku dah buat muka tak malu lepas Magrib tadi pergi tanya. Dia cakap dia memang takde WiFi.” kata Qatrunnada. Kak Risya ataupun nama sebenarnya Batrisyia, merupakan jiran sebelah kanan rumah mereka. Batrisyia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berusia awal tiga puluhan. Hubungan mereka agak baik dengan Batrisyia kerana Batrisyia merupakan seorang yang peramah dan rajin menegur pelajar-pelajar perempuan yang menyewa di sebelah rumahnya.
“Bukan Kak Risya, jiran satu lagi.” Kali ini Mufidah sudah tersengih-sengih. Fahamlah Qatrunnada bahawa Mufidah memaksudkan jiran sebelah kiri mereka iaitu beberapa anak teruna yang sudah bekerja dan menyewa di sebelah rumah sewa mereka ini. Maklumat yang mereka tahu tentang jiran sebelah kiri mereka ini hanyalah rumah sewa yang dihuni oleh lima orang pemuda yang sudah bekerja tetapi mereka hanya menyenali tiga orang sahaja. Itu pun mereka kenal kerana berjumpa semasa Batrisyia mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri. Dan juga semasa mereka terpaksa meminta pertolongan cemas jiran sebelah kiri mereka ini untuk menggantikan dua biji lampu kalimantang yang terbakar serentak semasa mereka semua sedang berjuang dengan mid sem. Dua dari jiran tersebut rajin juga bertegur sapa apabila terserempak.
“Ha? Jiran satu lagi? Aduhai, lemah lutut kalau nak kena guna WiFi diorang. Celah mana aku nak ada password diorang.” Qatrunnada bersuara.
“Lah, kau kan belajar bidang IT. Bukan ke sekarang ni berlambak tools boleh guna untuk hack wifi orang?” kata Mufidah.
“Helo, Cik Fida! Kau ingat bila belajar bidang IT tu semua bendalah aku boleh tahu? Okey, memang betul sekarang berlambak tools yang boleh guna untuk hack wifi orang tapi kita ada akal dan iman untuk berfikir dan bezakan mana yang baik dan buruk. Katakanlah aku hack wifi diorang then guna masa aku nak jawab online assessment malam esok, then ditakdirkan Allah aku pass pula online assessment tu dan dipanggil interview. Lepas tu aku pass interview dan diterima bekerja kat syarikat tu. Aku kerja nak cari rezeki yang halal tapi permulaan aku tadi dah salah. Nampak tak?” panjang Qatrunnada berhujah. Mufidah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya memahami situasi yang dimaksudkan oleh Qatrunnada.
“Allah ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Ayat tu mengenai larangan memberi dan menerima rasuah tapi perkataan batil dalam ayat tu samalah macam situasi kita guna wifi orang tanpa permission ni.” Qatrunnada menyambung hujahannya. Mufidah sudah khuyuk mendengar kerana baru hari ini dia tahu akan kewujudan larangan seperti itu.
“Betul juga apa yang kau cakap tu. Kalau macam tu, kau ada satu cara aje lagi. Kau pergi jumpa diorang dan minta permission nak guna wifi diorang untuk tiga jam aje.” Sekali lagi Mufidah memberikan cadangan kepada Qatrunnada. Qatrunnada sudah memandangnya sambil membuat muka meminta simpati. Mufidah hanya mampu untuk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

*----------*----------*----------*----------* 

Assalaamu`alaikum...

cerpen ni masih dalam pembikinan... ini versi tak buat proofread jadi sorry kalau ada yang typo tu... this is just a sneak-peek version supaya ku lebih bersemangat nak taip cerpen ni... just in case kalau ada yang tunggu Saya Isteri Baru Belajar (kalau ada laa...), sorry sangat2 sekarang takde entry baru untuk SIBB... doakanlah ku rajin menaip dan idea datang bagai mencurah2 ke ladang gandum untuk SIBB itu...  
Kesian Sekian,
 .:|[ Suha Fasihah ]|:.

Update: baca versi penuh di sini

Thursday, April 24, 2014

Cerpen | Can't Take My Heart Off Of You .:|[sneak-peek]|:.



SEMESTER baru sudah bermula. Hari ini merupakan hari ketiga bermulanya pengajian. Hidayu Aishah dan rakan baiknya sejak semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda, Husna Asyikin, berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Mereka sebetulnya sudah terlewat sepuluh minit. Kelas di dewan kuliah kali ini adalah kelas Ekonomi yang memang diwajibkan bagi semua pelajar untuk mengambilnya. Walaupun mereka sepatutnya mengambil subjek ini pada semester yang lepas tetapi mereka memilih untuk menangguhkannya dan mengambilnya pada semester kali ini. Bagi kelas Ekonomi ini, mereka akan bergabung dengan kumpulan lain walaupun dari jurusan yang sama. Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat ke kelas kerana malu menjadi muka lewat sampai ke kelas apabila ada kelas gabungan seperti ini. Antara sebab yang lain, mereka perlu hadir awal untuk mendapatkan tempat duduk yang strategik.
            Hidayu Aishah dan Husna Asyikin membuka pintu Dewan Kuliah 3 dengan debaran akibat jantung mereka yang berkerja lebih masa. Apabila melihat bahagian tempat duduk pensyarah yang masih kosong, mereka melepaskan nafas lega dan mengambil tempat duduk. Seperti biasa minggu pertama bermulanya semester baru ada sahaja pelajar yang tidak hadir ke kelas. Para pelajar yang hadir pula rata-rata masih lagi bertukar-tukar cerita mengenai aktiviti masa cuti mereka. Semua pelajar senyap apabila pintu Dewan Kuliah 3 tersebut dikuak dari luar dan muncul seseorang yang kelihatan seperti pensyarah.
            “Assalaamu`alaikum class. My name is Qasrina Ahmad, you can call me Madam Rin. I’ll be teaching you Economics, of course, since this is Economics class not cosmetics class.” Puan Qasrina Ahmad bersuara sambil tersenyum mesra. Para pelajar sudah tersengih dengan kata-katanya. Mereka sudah mula terbuka hati untuk belajar subjek Ekonomi ini jika pensyarahnya seorang yang ‘sporting’.
            “I know that this class consists of three groups right? May I know who will be your class rep?” Puan Qasrina sudah mula bertanya akan siapa yang bakal menjadi wakil kelas mereka.
            Kedengaran beberapa suara-suara sumbang menyebut nama satu sama lain. Rata-rata tidak mahu menjadi wakil kelas kerana wakil kelas akan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan segala maklumat dari pensyarah kepada semua rakan sekelas. Memandangkan kelas Ekomoni ini menggabungkan tiga kumpulan pasti lebih mencabar tanggungjawab wakil kelas. Namun, di era teknologi serba-serbi canggih seperti kini selalunya media sosial akan dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih pantas.
            “Oh, come on class! I don’t like random names like that. Be active and progressive, please. Any volunteer, maybe?” Puan Qasrina bersuara lagi setelah masih tiada kata putus untuk menjadi wakil kelas.
            Seorang pelajar mengangkat tangannya, “Madam Rin, I can be the class rep.”