Social Icons

Monday, March 09, 2015

Cerpen | WiFi Rumah Sebelah .:|[ NOT FULL ]|:.




“KAU dapat interview kerja ke Nada? Bila? Bertuahnya kau baru habis exam orang dah panggil untuk interview. Bila kau apply kerja tu sebenarnya?” tanya Mufidah kepada rakan satu rumah sewanya sewaktu dia sedang mengemaskan barang-barangnya di ruang tamu rumah sewa mereka.

            “Alhamdulillah. Tapi bukan panggil interview Fida. Aku kena jawab online assessment dulu, kalau lulus online assessment tu baru company tu panggil untuk interview pula. Aku apply masa tengah final exam dulu. Aku saja je emel resume and cover letter dekat company tu tapi tak high hopelah sebab final result untuk sem ni belum tahu lagikan. Tapi Alhamdulillah company tu bagi peluang untuk aku jawab online assessment dia dulu.” Jawab Qatrunnada kepada persoalan teman serumahnya itu.

Mereka sudah setahun menyewa di rumah teres tersebut. Walaupun belajar berlainan bidang, mereka masih mampu untuk bergaul dengan baik. Pada asalnya rumah teres tersebut disewa oleh tujuh orang pelajar termasuk Qatrunnada dan Mufidah tetapi lima orang penyewa yang lain sudah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja peperiksaan akhir semester tamat. Secara kebetulan, mereka semua adalah pelajar tahun akhir maka sebaik sahaja rakan-rakan yang lain pulang ke kampung, kosong sahaja terasa rumah sewa ini dek kerana yang tinggal hanyalah barang-barang tuan rumah dan barang-barang Qatrunnada serta Mufidah sahaja.

“Bila online assessmentnya? Macam mana kau nak jawab?” tanya Mufidah prihatin. Dia sedia maklum yang kebanyakan dari penghuni di rumah sewa ini banyak menghabiskan masa di universiti maka sebarang kerja yang memerlukan internet akan dilakukan di universiti kerana kemudahan internet percuma yang ada di seluruh universiti.

“Itulah yang aku tengah risau sekarang ni. Silap aku juga sebab lambat semak emel. Aku baru check petang tadi betul-betul sebelum Maghrib. Online assessment tu malam esok. Dari 8.30 sampai 11.30 malam. Kalau aku nak pergi buat dekat cyber café, aku pun tak pasti CC biasanya tutup pukul berapa. Lagipun bahayalah pukul 11.30 malam nak berjalan balik rumah. Sayangnya Anis dah balik rumah dia, kalau tak bolehlah aku pinjam broadband Anis je.” Qatrunnada sudah runsing memikirkan bagaimana harus dia menjawab ujian dalam talian nanti.

“Itulah kau, once dah mula apply kerja, kena sentiasa check emel. Kalau kau check sebelum office hour company tu habis tadi bolehlah kau call mereka minta ubah masa jawab online assessment tu tapi sekarang ni dah terlambatlah. Kalau nak call pagi esok memang mustahillah sebab esok hari Sabtu orang cuti.” Kata Mufidah. Tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam beg sementelah pagi esok kakak serta abang iparnya akan datang menjemputnya pulang.

“Itulah Fida. Salah aku juga lambat check emel. Kau rasa aku nak buat macam mana ek? Buat tak tahu aje ke pasal online assessment tu? Tapi macam rugi pula.” Qatrunnada bertanya pendapat Mufidah. Dia sudah tidak senang duduk memikirkan nasib dirinya. Walaupun belum pasti akan diambil bekerja oleh syarikat tersebut, dia seharusnya mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi ujian dalam talian itu nanti.

“Ish, ada pula nak buat tak tahu! Bukan macam rugi lagi dah cik kak oi, memang rugi pun kalau kau buat tak tahu aje. Dah ada peluang, cubalah dulu. Aku rasa, apa kata kau guna WiFi rumah sebelah?” Mufidah memberi cadangan kepada Qatrunnada. Dia sudah mengangkat-angkat keningnya sewaktu pandangan mata dilabuhkan kepada sahabatnya itu.

“Kak Risya aku dah buat muka tak malu lepas Maghrib tadi pergi tanya. Dia cakap dia memang takde WiFi.” kata Qatrunnada. Kak Risya ataupun nama sebenarnya Batrisyia, merupakan jiran sebelah kanan rumah mereka. Batrisyia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berusia pertengahan tiga puluhan. Hubungan mereka agak baik dengan Batrisyia kerana Batrisyia merupakan seorang yang peramah dan rajin menegur pelajar-pelajar perempuan yang menyewa di sebelah rumahnya.

“Bukan Kak Risya, jiran satu lagi.” Kali ini Mufidah sudah tersengih-sengih. Fahamlah Qatrunnada bahawa Mufidah memaksudkan jiran sebelah kiri mereka iaitu beberapa orang anak teruna yang sudah bekerja dan menyewa di sebelah rumah sewa mereka ini. Maklumat yang mereka tahu tentang jiran sebelah kiri mereka ini hanyalah rumah sewa yang dihuni oleh lima orang pemuda yang sudah bekerja tetapi mereka hanya menyenali tiga orang sahaja. Itu pun mereka kenal kerana berjumpa semasa Batrisyia mengadakan rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri. Dan juga semasa mereka terpaksa meminta pertolongan cemas jiran sebelah kiri mereka ini untuk menggantikan dua biji lampu kalimantang yang terbakar serentak semasa mereka semua sedang berjuang dengan mid sem. Dua dari jiran tersebut rajin juga bertegur sapa apabila terserempak.

“Ha? Jiran satu lagi? Aduhai, lemah lutut kalau nak kena guna WiFi diorang. Celah mana aku nak ada password diorang.” Qatrunnada bersuara.

“Lah, kau kan belajar bidang IT. Bukan ke sekarang ni berlambak tools boleh guna untuk hack WiFi orang?” kata Mufidah.

“Helo, Cik Fida! Kau ingat bila belajar bidang IT tu semua bendalah aku boleh tahu? Okey, memang betul sekarang berlambak tools yang boleh guna untuk hack WiFi orang tapi kita ada akal dan iman untuk berfikir dan bezakan mana yang baik dan buruk. Katakanlah aku hack WiFi diorang then guna masa aku nak jawab online assessment malam esok, then ditakdirkan Allah aku pass pula online assessment tu dan dipanggil interview. Lepas tu aku pass interview dan diterima bekerja kat syarikat tu. Aku kerja nak cari rezeki yang halal tapi permulaan aku tadi dah tak betul, aku dah guna WiFi orang tanpa kebenaran. Nampak tak?” panjang Qatrunnada berhujah. Mufidah sudah mengangguk-anggukkan kepalanya memahami situasi yang dimaksudkan oleh Qatrunnada.

“Allah ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Ayat tu mengenai larangan memberi dan menerima rasuah tapi ustaz dalam Al-Kuliyyah yang aku tengok dulu cakap perkataan batil yang disebut dalam ayat tu samalah macam situasi kita guna WiFi orang tanpa permission ni. Kita dah ambil hak orang lain secara batil.” Qatrunnada menyambung hujahannya. Mufidah sudah khusyuk mendengar kerana baru hari ini dia tahu akan kewujudan larangan seperti itu.

“Betul juga apa yang kau cakap tu. Kalau macam tu, kau ada satu cara aje lagi. Kau pergi jumpa diorang dan minta permission nak guna WiFi diorang untuk tiga jam aje.” Sekali lagi Mufidah memberikan cadangan kepada Qatrunnada. Qatrunnada sudah memandangnya sambil membuat muka meraih simpati. Mufidah hanya mampu untuk tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

* * * * * * * * * * * * *

SUDAH lama Qatrunnada bertapa di pintu rumah sewanya itu. Sejak jam 7.30 pagi lagi dia sudah terjenguk-jenguk ke arah rumah sebelah kirinya jika penyewa rumah sebelah ada keluar dari rumah. Untuk mengetuk sendiri pintu rumah sebelah dia rasakan kurang manis pula. Mufidah yang pada awalnya berniat murni ingin menemaninya untuk mendapatkan keizinan bagi menggunakan WiFi rumah sebelah sudah selamat dijemput pulang oleh kakak dan abang iparnya sebentar tadi. Mufidah pulang tidak lama. Dia hanya membawa pulang barangan bersaiz besar yang boleh dimuatkan ke dalam kereta abang iparnya sahaja memandangkan saiz kereta tidaklah besar mana. Dia akan kembali untuk mengambil saki-baki barangannya yang boleh dia bawa sendiri menaiki bas beberapa hari lagi.

Qatrunnada mengerling jarum jam yang sudah menunjukkan angka 10.00 pagi. Dia kembali menjenguk ke arah rumah sebelah. Seorang pemuda baru sahaja keluar dari rumah dan menghampiri keretanya. Qatrunnada yang menyedari akan hal tersebut segera keluar dari rumah sewanya. Dia tidak risaukan auratnya kerana dia sememangnya memakai pakaian yang menutup aurat dan tudungnya juga sudah sedia tersarung di kepala sejak dia melancarkan misi menunggu kemunculan jiran sebelah rumah lagi. Dia hanya mengenali tiga dari lima orang penyewa rumah sebelah dan mujurlah pemuda yang baru keluar dari rumah sebentar tadi adalah pemuda yang dia kenali. Dia berjalan menghampiri pagar yang memisahkan rumah sewanya ini dengan rumah sewa jiran sebelah.

“Assalaamu`alaikum.” Qatrunnada memulakan sapaannya. Pemuda yang baru sahaja membuka pintu kereta tempat pemandu itu menutup semula pintu kereta. Segera pemuda tersebut berjalan menghampiri pagar bersama senyuman lebar.

“Wa`alaikumussalam, Nada. Ada problem ke? Nak minta tolong tukarkan lampu? Abang Fir boleh tolong.” Firhan yang suka membahasakan dirinya dengan nama Abang Fir menjawab salam dari Qatrunnada sambil terus memberi tawaran pertolongan.

Huwaaa!! Dia ni tengah perli aku ke apa? Mentang-mentanglah kitorang pernah minta tolong tukarkan lampu dulu. Bersangka baik okey, Nada! Dia memang ikhlas nak tolong kalau ada masalah.



“Eh, taklah Fir! Saya nak minta tolong tapi bukan pasal lampu. Sebenarnya macam ni, saya ada kena jawab online assessment malam ni pukul 8.30 sampai 11.30 malam. Kawan yang ada broadband dah balik kampung, kalau nak pergi jawab kat CC bahaya pula lepas tu nak berjalan balik seorang diri. Jadinya saya ingat nak minta permission Fir nak guna WiFi rumah korang untuk tiga jam online assessment tu boleh?” dengan panjang lebar Qatrunnada menerangkan keadaan sebenar dan turut meminta keizinan dari Firhan untuk menggunakan WiFi rumah mereka. Firhan kembali tersenyum lebar.

“Lah, pasal itu aje ke? Ingatkan apa tadi. Boleh sangat! Guna ajelah.” Laju sahaja Firhan memberi kebenaran kepada Qatrunnada.

“Err, Fir tak nak beritahu pada kawan-kawan yang lain dulu ke pasal saya nak guna WiFi tu? Takut mereka tak setuju aje.” Qatrunnada menyuarakan kebimbangannya.

“Eh, takpe. Diorang tak kisah punya. Lagipun WiFi tu memang guna nama Abang Fir.” Firhan kembali meyakinkan Qatrunnada.

“Oh okey. Kalau macam tu boleh tak Fir bagi saya password WiFi tu? Lepas saya dah habis guna nanti kalau Fir nak tukar password tu, tukar aje.” Qatrunnada sudah mengeluarkan telefonnya untuk menyalin kata laluan. Firhan menyebut kata laluan dan dengan tekun Qatrunnada menaip dan menyimpannya di dalam telefon.

Thanks Fir.” Ujar Qatrunada sebaik sahaja kata laluan sudah dia simpan.

My pleasure. Nada dah breakfast? Abang Fir dan Jay nak keluar breakfast ni. Jomlah join kami.” Firhan mempelawa Qatrunnada untuk sama-sama bersarapan pagi. Ketika itu seorang pemuda baru keluar dan mengunci pintu rumah sewa. Pemuda tersebut terus berjalan dan berdiri di sebelah Firhan.

Morning Nada! Jom join kami breakfast.” Belum sempat Qatrunnada menjawab pertanyaan Firhan, Wijdan dengan cerianya turut mengajaknya untuk sarapan pagi bersama.

Morning Jay. Saya dah breakfast tadi dengan Fida. You guys enjoy your meal, okay. Saya masuk dulu ye. Thanks again Fir.” Qatrunnada menolak pelawaan Firhan dan Wijdan. Dia sempat mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Firhan sambil tangan kanannya yang memegang telefon diangkat sedikit dan digoyang-goyangkan. Firhan tersenyum lebar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Wijdan sudah memandang pelik sahabatnya itu. Sebaik sahaja Qatrunnada menutup pintu rumah sewanya, Wijdan yang tidak tahu apa-apa segera menghamburkan pertanyaan kepada rakannya.

“Fir, korang berdua exchange phone numbers ke?” tanya Wijdan dengan gelabah. Tak boleh jadi ni, dah lama aku dok usha Nada alih-alih Nada bagi phone number dia pada Fir ke? Oh man!!

“Kalau ya kenapa? Padam muka kau. Hahaha!” Firhan sengaja membiarkan kawannya yang tersalah anggap itu berterus-terusan menerima anggapan yang salah.

“Mana boleh! Aku kenal Nada sebelum kau kenal Nada masa open house Kak Risya dulu. Akulah yang patut dapat phone number dia dulu.” Wijdan sudah bersuara tidak puas hati. Firhan melepaskan tawa dan terus menuju ke arah kereta.

* * * * * * * * * * * * *

 “ASSALAAMU`ALAIKUM.” Mufidah memberi salam sewaktu pintu rumah sewa dia buka. Setelah melangkah masuk ke dalam rumah, pintu rumah terus dia kunci. Dia berjalan beberapa langkah menuju ke ruang tamu. Setelah itu dia duduk bersila di sebelah Qatrunnada. Tudung di kepala sudah dia tanggal dan letak di tepi.
           
“Wa`alaikumussalam. Yeah! Fida balik. Kau tahu tak Fida, bosan gila aku duduk seorang kat rumah. Tengok TV pun gambar ada tak ada macam hidup segan mati tak mahu aje. Ada kau ni bolehlah buat kawan berborak.” Qatrunnada dengan cerianya mengalu-alukan kepulangan Mufidah.
           
“Itulah aku fikir sebab kau seorang diri kat sinilah aku balik awal ni. Kau dah lunch? Aku ada bawa lauk masak lemak dari rumah.” Mufidah bertanya kepada Qatrunnada.
           
“Masak lemak? Wahhhhh! Kau macam tahu-tahu aje aku teringin nak makan masak lemak sejak dua hari lepas. Nak masak sendiri aku tak reti. Aku pergi beli kat gerai yang kita selalu makan tu tapi rasa dia macam lain je. Thanks Fida. Aku baru tanak nasi tadi, ingatkan nak goreng telur je tapi tak sangka kau bawa lauk masak lemak. Mesti sedap! Jom makan!” Qatrunnada yang gembira mendengar perkhabaran dari rakannya itu bersuara dengan ceria. Laju sahaja dia bangun dari duduknya menuju ke dapur. Dia menyendukkan nasi ke dalam dua buah pinggan dan dia bawa pinggan tersebut ke ruang tamu. Mufidah yang berada di ruang tamu pula sedang mengeluarkan lauk masak lemak yang dibawanya. Setelah itu dia ke dapur bagi mengambil sudu dan air minuman. Apabila semuanya siap terhidang, Qatrunnada dan Mufidah membaca doa makan dan mula menjamu selera.
           
“Nada, macam mana kau jawab online assessment kau hari tu?” tanya Mufidah.
           
“Aku minta permission nak guna WiFi rumah sebelah. Lepas tu dia bagilah aku password WiFi diorang.” Jawab Qatrunnada.
           
“Haha. Kau minta dekat siapa?” tanya Mufidah lagi kerana mereka hanya mengenali tiga orang sahaja jiran sebelah kiri mereka ini dan cuma dua orang sahaja yang rajin bertegur sapa dengan mereka.
           
“Dekat siapa lagi, dekat si WiFi itulah. Waktu tu dalam pukul 10.00 pagi diorang nak keluar pergi breakfast.”
           
“Yela. WiFi ada dua orang. Si Wai ke Si Fai?” tanya Mufidah lagi. Setelah itu dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.
           
“Si Fai. Dia yang keluar rumah dulu waktu tu lepas tu baru Si Wai keluar.” Ujar Qatrunnada. Gelaran WiFi memang sinonim dengan dua orang jiran sebelah kiri mereka ini yang rajin bertegur sapa dengan mereka iaitu Wijdan dan Firhan.
           
“Oohh. Tapikan Nada, aku rasa WiFi tu minat kat kaulah. Dengan kita orang yang lain ni diorang berdua tu tegur biasa-biasa aje tapi bila dengan kau, senyum lebar diorang berdua tu bertegur sapa. Kau tak rasa ke?” Mufidah membangkitkan apa yang selama ini ahli rumah sewa tersebut perasan dengan perangai WiFi rumah sebelah itu.
           
“Ish, kau ni Fida! Ada-ada aje. Aku tak rasa apa-apa. Aku rasa biasa aje. Mungkin diorang berdua tu keturunan terlebih peramah kut, nak buat macam mana. Lagipun kau tahukan keadaan aku sekarang. Dah-dah, tak nak cakap pasal diorang dah. Jom makan sampai kenyang.” Qatrunnada menafikan telahan Mufidah. Dia dengan berseleranya meneruskan suapan makanan tengah hari.


...insya Allah, bersambung dalam buku Antologi Cerpen...



Kepada semua yang sudi baca,

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk membaca karya yang tidak seberapa ini.. Ini merupakan cerpen kesembilan dari saya.. Cerita kali ini santai sahaja tetapi saya harap ianya tidak membosankan. Sebenarnya saya pernah post FULL cerita ni dan mendapat views sebanyak 1938.. Alhamdulillah.. Tapi sekarang saya terpaksa delete more than half of the story sebab ada penerbit nak masukkan dalam Antologi Cerpen.. Cerpen yang saya dah hantar pada penerbit tersebut adalah versi paling baru.. Ada yang saya tambah2, edit2 ayat, betulkan typo.. haha! Dua hari juga makan masa nak edit supaya dapat hasilkan yang terbaik.. Sekarang semuanya masih dalam proses awal.. Kalau antologi tu dah keluar nanti Insya Allah saya inform ya..

.:|[ Suha Fasihah ]|:.

5 comments:

  1. haha...serius. sangat kelakar...ingtkan wifi as in wifi. ghuper2nya wijdan dengan firhan...tp apapun memang best from beginning to the end.. kalai ada sambungan utk si wifi ni nak jugak baca. mcm kesian sngt sebab dua2 melepaz. keh8.. mana nak tau diorang suka orng yg sama lg lepas ni but version kembar seiras. mesti lg havoc. hahha.. apapun. congrats.. a good piece of work.. ;)

    ReplyDelete
  2. tahniahh.. sangat kelakar from the beginning to the end.. mula2 ingtkan wifi as in real wifi. ghuper2nya wijfan and firhan.. by the way. kalau ada sambungan si wifi ni nk jugak mmbacanya...mcm kesian plak dua2 melepas. mana tahu dua org ni suka pd org yg sama next time tp version kembar mesti lg havoc. haha...apapun..a good piece of work.. congrats n keep it up.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis nurfarahamanina :)

      Terima kasih sudi baca dan komen.. Alhamdulillah kalau cerita ni boleh diterima pembaca.. Sengaja buat tajuk macam tu.. Mintak nak guna WiFi pada WiFi rumah sebelah.. Hehe..

      Lps ni insya Allah akan ada cerita pasal Najwan pula, pasal WiFi tak terfikir lagi kalau nak sambung kisah mereka.. Good idea.. Boleh dipertimbangkan.. ;)

      Delete
  3. haa...kelakar. memang kadangkala tersilap teka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe~ terima kasih sudi baca dan komen...
      Yang best bila taip cerita ikut cita rasa sendiri ni boleh buat plot twist sesedap hati...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...