Social Icons

Showing posts with label amar makruf. Show all posts
Showing posts with label amar makruf. Show all posts

Monday, April 23, 2018

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Assalamualaikum...

Wahhhhh, entry pertama aku lepas entry pasal azam tahun 2018... dah April baru entry baru muncul... kehkeh...

Okeh, seperti tajuk entry, esok merupakan tarikh kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bagi tahun 2018 ni... dalam mat saleh punya bahasa kampung: Let's Read Together for 10 Minutes...



10 minit je pun... 11 pagi sampai 11.10 pagi... sesiapa yang free tu marilah spend 10 minit masa kita untuk membaca... tapi janganlah tunggu kempen ni je baru nak membaca... jadikan membaca tu salah satu rutin harian kita... (tapi yang singgah cik belog aku ni mesti golongan yang suka membaca kan? Kan? Kan?)

Okeh, tu je laa nak cakap... hahaha! Hari ni & esok aku cuti sebenarnya... sebab tu rajin sikit laa kot up entry kt sini... malam nanti insya Allah rajin sikittttt jugaklah kot nak buat cookies... warm up buat cookies sebelum Ramadhan... hahaha! Habis kau ingat puasa je nak warm up sebelum Ramadhan? Skill buat kuih raya yang tak seberapa ni pun nak kena warm up jugak... kehkeh...

Sekian, wassalaamu...

Monday, July 27, 2015

from 0 to 50K and counting...


Assalaamu'alaikum...

Biasa orang cakap from zero to hero kan... Oh, tidak bagi diriku... Ku bermula dari zero tapi tidaklah menjadi hero... Ku masih ingat *walaupun tak berapa nak segar dalam ingatan* yang ku mula berblogging ni hujung tahun 2012... Itu pun dua entry je... Haha! Rasanya post tu random... Entahlah, kena baca post tu balik baru boleh recall kot...

Tanpa pengetahuan sesiapa, ku create blog dan taip apa² yang ku rasa nak taip... Kadang² ku share pengalaman... Sebabnya ku memang suka menaip... Bila jari² ketuk papan kekunci, rasa stress tu pergi bersama kekunci yang diketuk² tu... Dan semakin stress, semakin laju dan kuat papan kekunci menjadi mangsa ketukan... Ini serious okeh!

Jadi, tanpa kawan² tahu kewujudan Cik belog ini, memang takde sesiapa pun yang datang bertandang... Kalau ada tu mungkin dia tersesat nak pi belog orang lain tiba² sesat kat belogku... Lepas tu lama juga ku senyap takde update apa² kat Cik belog ni...

Nak dijadikan cerita, ku selalu berangan... Bukanlah berangan nak jadi puteri raja ke apa.... Eeuuuww... Macam takde angan² lain je kan kalau sampai nak berangan jadi puteri raja tu... Berangan yang ku maksudkan kat sini adalah minda hilang melayang di tengah kesibukan kota... Gituuuh...

Takdelah, sebenarnya macam ni. Ku sangat suka bila nampak orang dari jauh tengah berbual, ku akan cuba buat dialog apa yang orang tu bualkan... Of course lah ku selitkan dengan dialog² yang ku rasa ada unsur lawak dan membuatkanku ketawa syok sendiri... Kadang² sambil tunggu LRT atau KTM, kadang² tengah berjalan nak balik rumah sewa, masa² macam tu memang otakku tanpa dipinta ada je idea... Lepas tu nanti mulalah ku bercakap sorang²... Ku tak salahkan sesiapa kalau waktu diorang nampak diriku, diorang labelkan ku sebagai gila... Haha...

Friday, July 17, 2015

hari ini hari raya~~~

Assalaamu'alaikum...

Hari ini hari Jumaat, 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H... Atau mudahnya untuk kita sebut, hari ini hari raya...



Di kesempatan ini ingin diriku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari anda semua... Maaf andai sepanjang ku berkarya ini ada mengguris hati kalian... Maaf andai komen dariku tidak memuaskan hati kalian... Maaf andai diri ini telah membuat anda tertunggu² update bab baru untuk enovel... Maaf andai cerita² yang ku coretkan tidak kena dengan selera anda... Maaf untuk segala tersalah kata, terlanjur bicara... Maaf jika 'tarikh hari lahir' ku membuatkan anda salah sangka... 

Selamat Hari Raya AidilFitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Taqabbalallahu minna wa minkum...

Sekian, wassalaamu...

Saturday, April 11, 2015

Hu hu hu hutang~

Assalaamu'alaikum...

Hutang...

Hutang ni wajib kita bayar walaupun orang yang memberi hutang tu tak tuntut... Yelah, kalau hari2 orang tu tanya bila nak bayar balik hutang dia, nanti kita pun jadi menyampah kan... Mestilah waktu kita dah ada duit baru kita boleh bayar hutang kita kat dia...

Namun, sebagai orang yang berhutang, kita kena fikir juga keadaan orang yang pinjamkan duit kat kita tu... Mungkin waktu dia bagi pinjam duit tu dia tengah takde masalah lain... And then masa dia tengah ada masalah dan memerlukan duit, mungkin satu2nya sumber duit yang dia ada ialah dalam bentuk hutang kita pada dia... Tak rasa bersalah ke?

Ada juga kes orang yang berhutang tu nampak sangat enjoy2 dengan duit depan mata Si pemberi hutang, tapi bila minta dia langsaikan hutang, dia kata dia takde duit... #kisahbenaryangkupernahbaca

Ku tulis topik hutang ni secara general... Penghutang dan pemiutang... Penghutang, fikirlah juga keadaan pemiutang... Pemiutang, doa banyak2 si penghutang lembut hati nak langsaikan hutang... Langsaikanlah hutang kita pada orang yang kita berhutang tu cepat2... Sebab kita tak tahu bila ajal menjemput kita... Mati dalam keadaan berhutang nanti roh terawang2 je antara langit dan bumi... Even mati syahid pun takkan mampu menghapuskan hutang tu.... Nauzubillahiminzalik... Mestilah kita tak nak, kan?

Ku berdoa semoga orang yang berhutang denganku mendapat hidayah untuk cepat2 melangsaikan hutang beliau padaku... Aamiin..



ps: ku tahu ku ada 'hutang' Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Sorry sangat2 dah lama tertangguh nak update cerita tu... I'll try my best okey... Insya Allah...

Sunday, January 18, 2015

Aku dan Tanggungjawab Itu~

Salam 'alayk~

Pagi2 ni *baru je sekejap tadi sebenarnya* ku buka cik belog yang setia ini... terkejut baq hang... pageviews untuk semalam (17 Jan - ku perasan kat belog aku ni dia kira tempoh sehari lebih kurang dalam 8pg smlm sampai 8pg hr ni... taktau laa setting negara mana dia ikut...) 400+... mahu tak terkejut... terkejut gila kott!!! untuk belog yang tak glamour serta tak berapa berinformasi ni plus ku menaip karya2 picisan je dapat pageviews macam tu... selalunya paling banyak pun dapat 200+ je pageviews sehari...

Mohon klik untuk tumbesaran~

Hmm.. hmm.. hmm.. ku rasa fenomena ini berlaku sejak ku taip enovel Saya Isteri Baru Belajar tu... masa ku mula2 berkecimpung dengan cerpen, biasa2 je pageviews nya... kebanyakan orang beranggapan bahawa letak tajuk yang ada perkataan isteri, suami, rindu, cinta dan beberapa perkataan 'power' lain adalah untuk tarik pembaca untuk baca...


Well, memanglah sebagai penaip *ku rasa ku tak layak lagi digelar penulis...*, ku sangat hargai orang yang sudi baca karya aku apatah lagi yang sudi komen... tapi, untuk kes enovelku itu, ku dapat ilham tajuk dari "saya budak baru belajar" yang kita belajar pantun zaman sekolah rendah dulu tu... tak ingat?


Friday, October 24, 2014

Mari Bersatu Hati Bawa Jiwa Pergi Berhimpun

Assalaamu'alaikum...

Okey, insya Allah akan bertolak pergi Shah Salam... Wuwuwu... Rasa macam dah lama sangat tak pi sana... Sebenarnya sebab kawan ajak join satu program dekat UiTM Shah Alam... Sambil2 tu boleh tengok perubahan UiTM... Hehe~ Bersatu kita warga UiTM *eheh tetiba* You don't have to worry, program ni bukan untuk warga UiTM je, terbuka okey :)

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati :)
25 Oktober 2014 (Sabtu)
Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam


Mohon Klik Untuk Tumbesarannya...

Program ni anjuran Raudhatus Sakinah bersama beberapa penganjur yang lain... Himpunan ini adalah untuk menyatakan tekad kita menjadi para belia dan remaja bijak yang menjauhi zina... Kalau anda pernah dengar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), ha yang ni samalah... ABJZ ni memang banyak buat himpunan macam ni dan pergi ke sekolah2 menengah... Syarat pesertanya sesiapa berumur 13~25 tahun... Yeehaa~ gue masih layak *nak mengaku diri ni muda kononnya...*

Kepada yang berminat anda boleh mendaftar di sini... Insya Allah tak menyesal punya... You guys can also check out the website for more information...


Wednesday, August 06, 2014

#supportGaza #freePalestine #vivaPalestina #boycottisrael #israhellgotohell

Assalaamu`alaikum…

Sungguh panjang tajuk entry kali ni namun sudah cukup untuk menerangkan sedikit sebanyak apa yang entry ni bakal sebut…

#gazaunderattack #boycottisrael #supportgaza

Ku kira anda mesti pernah baca atau guna hashtags di atas dalam kita mengambil berat isu di Palestin… isu ini bukan lagi isu umat Islam semata-mata tetapi isu kemanusiaan… Zionis Israhell ni memang dah melampau-lampau!!! semalam ada adikku share di group whatsapp kami adik-beradik yang MULAI Jumaat ini, 8 Ogos 2014 jam 7.00pagi bermulanya Hari Boikot McD Malaysia… Apa yang ku dapat faham melalui gambar yang banyak orang dah share tersebut boikot itu 24 jam, tujuh hari seminggu (24/7) bermula Jumaat ini SEHINGGA Zionis Israel 100% keluar dari Palestin… *anda boleh refer pada gambar di bawah*



Pagi ini pula masa ku dengan sakit hatinya scroll Facebook *sakit hati sebab line slow, gambar semua loading, makanya ramai orang share gambar pasal isu ini tak dapatlah ku nak view* ku ada terbaca yang Jumaat ni juga McD akan adakan pemberian burger PERCUMA di masjid-masjid terpilih… Wallahualam… ku tak tahulah sejauh mana kebenaran ni sebab bila ku try cari balik post tu tak jumpa pula *maklumlah line slow kat kampung ni…* jadi berhati-hati kepada sesiapa yang pergi masjid hari Jumaat ni… Jangan terpedaya dengan burger percuma itu… *biasanya kaum adamlah kan since mereka pergi solat Jumaat*

Wednesday, April 23, 2014

of #worldstoughestjob and #fulltimehousewife

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
baru2 ini (takde lah baru sangat) tersebar dengan meluas video bertajuk #worldstoughestjob di media sosial... that toughest job refers to a mother's job... peranan seorang ibu yang 24/7 bertugas menjadi ibu kepada anak2...

dah tentu bila tengok video tu ku teringat akan bondaku di kampung halaman nun jauh di sana... sungguh besar pengorbanan bondaku membesarkan kami tujuh beradik... oh, tidak dilupakan ayahanda juga... tapi topik video tu pasal ibu jadi kita bincang pasal ibu ye... ku sendiri kagum dengan kekuatan yang ku kira sebagai luar biasa bagi bondaku... agaknya memang semua bonda di dunia ini Allah kurniakan kekuatan luar biasa bagi menghadapi kerenah anak2 yang pelbagai... *tabik spring kepada bonda2 sedunia...*

bukan senang menjadi seorang ibu... tanggungjawabnya sangat besar dan berat bahu memikul... jadi jangan hairan bagi yang masih belum bertemu jodoh ni *macam tujukan kat diri sendiri je :P *, maknanya Allah tahu ku masih belum lagi boleh memikul tanggungjawab yang penting itu... bersangka baiklah... bila Allah cakap kita dah ready nanti adalah jodoh yang dah tertulis untuk kita datang membawa berita gembira... *ini ku percaya*


Tuesday, February 11, 2014

Kalau Aku Bos

Assalaamu`alaikum...

kalau aku bos...
untunglahhh...

bagiku yang bekerja makan gaji, memang pernah rasa nak bekerja sendiri jadi bos boleh goyang kaki... eh jadi bos mana boleh goyang kaki, kalau tak macam mana nak maju... angan2 nak kerja sendiri tu ada... tapi belum nampak lagi macam mana nak menunaikannya... insya Allah... one sweet day ;)
kita mungkin ataupun mesti pernah walau sekali mengalami pengalaman berharga dimarahi oleh bos... muahaha~ well, kalau memang salah kita, memang padanlah muka kena marah... kadang2 bukan salah kita pun terpalit sama amarah itu... hmmm... post ini bukan nak marah bos yang marah pekerja... post ini untuk bakal2 atau yang sedang menjadi bos, ketua atau sebarang position yang ada anak buah di bawah pemantauan...

menjadi seorang ketua bukanlah senang... kalau anak buah buat salah, ketua pun mungkin kena marah dengan bos yang lagi atas... ok, marah ni tak bagus... dalam Islam pun ada cara2 untuk kita deal dengan amarah... contohnya kalau kita tengah berdiri masa marah, mohon bawa duduk... 

ku pernah berangan2, kalau ku bos, buat interview nak cari pekerja nanti nak suruh candidates baca apa surah yang dia hafal, tanya soalan pasal rukun Islam dan sebagainya... hehe... itu angan2 laa... mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan? aamiin...

kalau aku bos~
 
think positively, act accordingly, 
smile brightly, live happily~

wassalam~

Saturday, January 04, 2014

14.01.14

Assalaamu`alaikum...

14.01.14

orang lain mungkin memilih tarikh 11.12.13 atau 13.12.13 atau apa2 sahaja tarikh yang nampak chantek di mata kita...

tapi kali ini 14.01.14...
ho ho ho hokeh jangan nak poyo ye suha... jangan...

tarikh tersebut bukanlah tarikh nikah... wedding reception... birthday... anniversary atau apa2 yang sama waktu dengannya...

lalala~

tarikh tersebut merupakan tarikh drama AKU ADA WALI bakal memulakan siaran di TV Al-Hijrah, setiap Selasa jam 10.00 malam...

AKU ADA WALI ini merupakan drama bersiri 13 episod dari novel yang juga bertajuk Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha... 

untuk info lebih pasal ni bolehlah guna perkhidmatan pakcik google untuk gelintar apa yang anda nak tahu... 

yup!
betul, ku kurang setuju drama yang di adaptasi dari novel ni... sebab padaku dia akan spoil... baca novel lain... tengok drama/movie lain... dan ku prefer novel stays as novel... tidak diadaptasi... tapi selera orang lain mungkin berbeza...

tapi,

since ni dari novel Ustazah Fatimah Syarha yang ku cukup hormati itu, jom kita sama2 tengok drama ni...
insya Allah, pengajaran tu pasti ada... dan ku berani potong kuku jari tangan dan kakiku bahawa drama Aku Ada Wali ini berbaloi untuk ditonton...

sekian~
 
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Tuesday, December 31, 2013

thirteen going on fourteen

Assalaamu`alaikum...

thirteen going on fourteen...
ini bukanlah lagu ala2 cerita Sound of Music tu...
bukan juga merujuk kepada kumpulan fourteen tu...

this is 2013 going on 2014~

2013 bakal melabuhkan tirai...
dan 2014 bakal menjelma kurang dari 6jam...
dan umur kita sekarang...
bakal +1...
bakal -1...

apakah yang dimaksudkan dengan umur kita bakal -1??

Wednesday, December 18, 2013

D.A.K.W.A.H

Assalaamu`alaikum...

dakwah...
menyebut perkataan itu pun sudah terasa berat dan payah...

banyak cara kita boleh berdakwah...
tapi untuk beristiqamah memangnya agak susah...

kadangkala terfikir...
ya Allah, dah 23tahun ku hidup dekat bumi ni ku ada cuba berdakwah tak?
ku ada tunjukkan contoh yang baik tak?
apa yang menghalang ku dari berdakwah?
sudah bersediakah ku untuk bertemu Mu nanti?

*nanges*

terasa diri ini sungguh kerdil sekali...
cemburu dengan hamba Ilahi yang mampu berdiri menggerakkan dakwah ini...
serasa diri ini lemah sekali...

ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan langkahku ini...
agar bisa ku berdiri...
mencoba menyampaikan walau sedikit pengajaran di sini...
kerna ku ketahui...

manusia itu sendiri adalah DAKWAH YANG BERGERAK...
ya!!
KITA ADALAH DAKWAH YANG BERGERAK...

mari renung2kan, berubah dan beramal :')


think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Sunday, November 24, 2013

macam cantik je, macam comel je~

Assalaamu`alaikum...

As the title of the post goes... macam cantik je, macam comel je *macam familiar je*... *sebab kalau eja 'jer' macam gedik pulak... - terpulang pada masing2... * 
ku kira mesti ramai sudah tahu dengan video yang menjadi viral di media sosial ini... *dah lama jugak, siap banyak orang buat parodi...*

so, ape ke hal ttbe ku buat post ini??
lalala~
hal ini kerana ku telah jumpa the best parody ever untuk video tu... *pendapat sendiri*
mohon pergi tengok untuk kepuasan hati sendiri

jika anda tahu Amar, *sesuai dengan label post ini; amar makruf* beliau adalah pelantun lagu2 nasyid...

Saturday, November 16, 2013

cleanER

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
cleaner...
of course you guys know what does the word means...
want a concrete evidence?

nahh hamekk!! *mohon jgn baca gna nada garang... lalala~*

[Credit: here]

ho ho ho hokeh...
now you know *in case you don't know laa... hohoho...*

so, what does this entry has to do with the cleaner??

well, it depends on your interpretation of the word cleaner itself...

Friday, November 08, 2013

gifted vs interested

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
let's straight to the point...
gifted vs interested...

ada orang kita lihat sangat berbakat dalam sesuatu bidang...
lalu kita menganggap beliau bukan sahaja talented malah bakat yang beliau ada merupakan satu anugerah daripada Allah...
gifted...
lalu dengan anugerah kurniaan tersebut beliau menyalurkan ke jalan yang betul dan mengharapkan keredhaan Allah... *oh best nye!!*

hmmm *berfikir sejenak*
ya!
ku cemburu! *in a positive way, of course!*
cemburu dengan orang yang gifted ini...
pada hematku mereka ada satu anugerah yang tidak ternilai harganya...
ku selalu berharap agar mereka menyalurkan kepada kebaikan...
agar setidak-tidaknya sedikit dari bakat anugerah Ilahi itu dapat membawa insan lain mengenali Ilahi...
dari Allah bakat itu diberi dan seharusnya kepada Allah jua bakat itu harus disalurkan kembali...

Monday, September 23, 2013

200 words

Assalaamu`alaikum...
200 words.
ho ho ho hokeh...

this '200 words' title is neither that I will write this entry in 200 words nor that I ask you to leave your comments in 200 words.... *but of course this entry will be more than 200 words*
let's straight to the point...

hohoho...

yang sebenarnya,

Thursday, September 19, 2013

think.and.act


Assalaamu`alaikum...

ku berfikir, nak buat apa2 kena fikir dulu baik buruk sesuatu tu..
kalau dah tak tahu sangat, senang cerita buat dalam bentuk table pon bolehhh.. so, kita nampak list baik buruk sesuatu keputusan yang bakal diambil tu..

lalu ku terfikir, kadang2 kita perlu buat keputusan on the spot, on the dot.. kira lebih kurang spontaneous reaction lahh.. contohnya, kita nampak seorang makcik tergelincir atau terjatuh, takkan lah waktu tu kita nak pi buat table listkan baik buruk kalau ambil keputusan nak tolong makcik tu bangun.. adeyhhh.. makcik tu sempat jatuh bangun sendiri kalau nak tunggu kita buat keputusan macam tu.. huhuhu.. itu memerlukan kesedaran sivik kita..

insya Allah, most of us punya spontaneous reaction ialah tolong makcik tu bangun.. ye, ku tahu anda semua memang berhati murni.. oh, apekah yang ku repekkan untuk post ini? takdelahh, sebenarnya nak remind diri sendiri dan sesiapa yang mungkin terbaca atau sengaja membaca post ini, it's true that we have to think first before we act, but there are times when we have to go with our instincts :)

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Wednesday, September 18, 2013

push it to the limit

Assalaamu`alaikum...


post kali ini bukanlah sempena tajuk lagu itu...
post ini berkaitan dengan apa yang ku diuji belakangan ini...

rasa macam tak larat dan tak mampu serta tak layak lagi rendah diri bila dapat tugasan terbaru di tempat kerja...
rasa susah sebab tugasan ini memerlukan ku lebih banyak berinteraksi dengan orang...
ku seorang yang teknikal...
lebih suka kerja menghadap perkakasan berbanding dengan manusia yang ada banyak emosi dan perasaan...
oh, di tempat kerjaku ini kami perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan pengantaraan seharian...
ku kira ini satu pengalaman yang bagus...
kerana sebelum ini Bahasa Inggeris hanya di guna ketika ku melakukan pembentangan semasa zaman universiti dahulu...
atau ketika tiba-tiba 'gedik' dalam perbualan dengan rakan sejantina menggunakan 'I You I You'...
huhuhu~

kenapa? mengapa?


Thursday, September 05, 2013

time is our ENEMY

Assalaamu`alaikum...


Hola~ *tak payah nak hola sgt laa...*
ok, fine...
hai~ *hai kat sape tu? takde orang bace wakaka*
ok, fine...
takde orang baca pun nak tulis jugak...
ini pun dikira terapi tahu!
lalala~

terapi untuk mengurangkan pressure dengan meluahkan perasaan pada cik/encik belog masing2...
selepas anda meluahkan perasaan, nescaya anda akan lebih gembira *walaupun kadang2 masalah tu belum selesai lagi... tapi tekanan akan sedikit berkurangan... insya Allah*

ho ho ho hokeh~
berbalik pada tajuk entry...
time is our enemy...
major enemy i guess...
we do get 24 hours a day but sometimes it feels like it is still not enough...
haaa guane tu???

Monday, August 19, 2013

dunya oh dunya

Assalaamualaikum...


Ramadhan sudah melabuhkan tirai...
Syawal kini sedang kita rai...
 ***
masih banyak rumah terbuka yang diadakan...
tidak terkecuali majlis perkahwinan rakan-rakan...
insya Allah, jika berkesempatan...
akanku berusaha memenuhi undangan...
***
apa khabar iman hari ini?
semoga senantiasa meningkat dari hari ke hari...
apa khabar Islam hari ini?
semoga kembali tegak di Bumi Ilahi...
apa khabar saudara seislam kita hari ini?
semoga kita semua dapat syahid di jalan Ilahi...
***
dunya oh dunya...
keganasan makin menjadi-jadi...
tembak-menembak...
tikam-menikam...
pukul-memukul...
seolah-olah sebati dalam berita terkini...
menjadi sesuatu yang tidak menghairankan lagi...
marilah sama-sama berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang mencintai duniawi dan membenci ukhrawi...
***

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H
Maaf Zahir dan Batin 
nota kaki: dunya --> mohon baca ala2 arab... mohon...