Assalamualaikum.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
punyalah dah lama tak update entry baru kat cik belog.. kesian dia.. mesti dia terasa seperti dianak tirikan.. oh, tidak sama sekali cik belog.. jangan sesekali kau rasa begitu! kau hanya berkongsi kasih dengan buku2 dan drama2 je.. lalala~
So, today is Saturday.. anddddd it's December 15 already..
Oh my Goodness! I really can't believe that we are approaching the new year already..
How about 2018 goals?
I think I should read back my entry for this year's goals but I believe a few of them are accomplished.. *proud smile* BUT sadly few of my major goals for this year are yet to be accomplished.. TT______TT
It's December, guys.. December!
I'm hoping (praying) that miracles in December do happen BUT unfortunately I'm not EXO; no miracles in December for me..
On the bright side, I'll continue praying that it will happen this January 2019.. I'm sooooooo close to that goal, guys.. like reaaaallyyyyyyyyy close.. Just one more step to accomplish it.. Do pray for my success, ok? Thanks in advance!
Okay, enough of that for now.. the more I write in English, the more I feel like OMG, my English is so rusty!!! I wish I have someone that can converse in English with me everyday.. At times like this, I really missed my former work place in KL where we are required to speak in English..
Okay guys, don't forget tonight will be the second leg of the final AFF Suzuki Cup 2018.. Support #HarimauMalaya!
Wassalaamu..
Showing posts with label lumrah alam. Show all posts

Saturday, December 15, 2018
Sunday, January 14, 2018
dua kosong satu lapan
Assalamualaikum..
I hate to say this but this is so true; pejam celik pejam celik dah dua minggu masuk tahun 2018.. satunya rasa cepat sangat masa berlalu.. satu lagi rasa semakin tua aku! haha..
Tahun 2017 yang lepas cuma ada 2 entries.. tahun 2018 ni tak berani nak menjanjikan sebarang kerajinan untuk update cik belog ni.. sempena entry pertama untuk tahun 2018.. nak list kan azam untuk tahun 2018 ni.. hujung tahun nanti bila aku buka cik belog ni bolehlah aku tengok azam mana yang terlaksana..
1) Beli laptop baru
2) Beli external hard disk baru
3) Siapkan manuskrip yang tertunggak
4) Siapkan manuskrip baru yang tengah berlegar2 dalam kepala otak
5) Cari kerja baru
6) Lebih berdisiplin berbanding tahun2 sebelum ni
okeh, tu je kot azam yang boleh disenaraikan kat sini.. ada lagi azam lain tapi yang tu bersifat peribadi sikit.. tak perlulah share kat sini.. lalala~
Hujung tahun nanti aku nak tengok, azam mana yang berjaya dilaksanakan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku & sesiapa yang sedang membaca entry ni.. aamiin..
Sekian,

Labels:
asam garam,
bebelan,
lumrah alam
Thursday, February 02, 2017
RINDU
Assalamualaikum..
Hai semua yang singgah ke cik belog saya! :]
As the title of this entry goes; RINDU..
Saya RINDUUUUUUUUU dengan macam-macam perkara..
Salah satunya RINDU nak menaip luahan rasa panjang2 kat cik belog ni.. biarlah orang tak baca pun luahan rasa saya.. most of the time, entry kat sini selain karya picisan saya, memang tujuannya untuk saya buat luahan rasa.. supaya rasa lega.. walau sedikit cuma.. tak peduli jika tiada insan sudi baca.. janji saya buat luahan.. supaya tak terpendam dalam hati..
ini entry pertama sejak saya public kan semula cik belog ni.. kesian cik belog, dah public semula pun tuan dia abaikan dia.. masa private hari tu lagilah tak jenguk langsung.. *ada laa dua tiga kali kot jenguk..* hahaha! Tapi lepas publish entry RINDU ni, tetap tak boleh janji yang saya akan selalu post entry.. hehe..
Shhh.. jangan beritahu orang lain, saya nak cakap satu benda ni..
saya sebenarnya jealous (in a positive way, of course) tengok kawan2 FB yang dah berjaya buku mereka diterbitkan.. saya? hmm.. masih struggle dengan banyak benda.. ayat pun tunggang-langgang lagi.. heh.. tolong doakan semoga saya diberi ilham dan kekuatan untuk menghabiskan cerita2 saya ya.. aamiin.. jalan cerita banyak dalam kepala tapi nak connect the dots tu yang mencabar..
ho ho ho hokeh..
saya nak mengundur diri dulu.. tadi rasa nak taip panjang2.. bila dah mula menaip mulalah tak tahu nak taip apa..
Sekian,
Wassalamu.
ps: korang rindu nak baca cerita saya tak? hoho

corat-coret kisah benar,
lumrah alam
Saturday, August 01, 2015
sinar harapan... mungkinlah!
Assalaamu'alaikum...
Tajuk entry macam membawa sinar harapan pada Cik belog ni je... Haha... Sebenarnya masih belum pasti lagi... Mungkinlah...
Julai sudah melabuhkan tirai... Hari ni sudah 1 Ogos 2015...
Ogos...
Ini pengakuan jujur, zaman sekolah menengah dulu ku sangat suka bulan Ogos ni... Sebab apa? Anda ni janganlah tanya benda yang obvious... Mestilah sebab Ogos ni bulan kemerdekaan... Lalala~
Bulan Ogos ni laa zaman sekolah dulu pegang bendera kecil tu dan menyanyi macam² lagu patriotik masa perhimpunan... Sambil menyanyi sambil kibarkan bendera... Cun seyhhh bila bendera tu semua orang seragam je kibarkan ke kiri dan kanan... Hari² okeh... Masa sekolah rendah tak ingat sangat... Rasanya ada juga nyanyi tapi bukan hari²... Masa sekolah menengah memang ingat sangatlah...
Kebanyakan lagu² patriotik tu ku memang dah hafal dari sekolah rendah... Yelah masa tu umah takde Astro... Zaman tu guna antenna (seingatku waktu tu kitorang panggil aerial) yang pasang pada besi panjang dan cucuk kat tanah tu... Bila angin dan siaran terganggu kenalah pergi keluar rumah pusing besi aerial tu secara manual... *nostalgia gila! Aku rasa tak semua orang ada pengalaman ni... Haha* Jadinya selalu tengok RTM laa... Kalau tak TV1, tengok TV2... Waktu tu TV3 pun susah nak dapat...
Friday, June 26, 2015
first time in forever...
Assalaamu'alaikum...
Waaaahhhhhhh~~~~~
Lama gilakkk tak update apa2 kat Cik belog ni... Ku harap Cik belog sihat2 dan cun selalu... Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi Cik belog ini... Semoga sedikit sebanyak ada pengajaran dalam setiap karyaku yang anda baca... Nak buat ayat retis sikit; siapalah Cik belog ni tanpa anda yang sudi baca...
Remember a quote saying the journey of a thousand mile begin with a single step? *lebih kurang macam ni laa quote tu... Tak ingat exact wordings*
Well, just like the quote says, there's always a first step and first time in everything... As for me, yesterday was my first time in forever that I sent a short story manuscript to a publication company... JS Adiwarna akan terbitkan antologi cerpen Adiwarna ke-4 dan semalam adalah hari terakhir untuk hantar cerpen bagi pemilihan...
Ku sendiri tahu pasal tu dr kawan kat FB yang share poster tu... Ku tunjuk poster tu pada my loyal, unpaid Cik Proofreader dan dia galakkan ku hantar cerpen untuk pemilihan... Masa tu Alhamdulillah memang dah ada satu idea dalam kepala tapi nak kena develop idea tu dulu... Jadinya update untuk enovel ditangguhkan bagi beri laluan siapkan cerpen baru untuk hantar...
Bila ku bukak Cik belog tengok cerpen2 dulu nak ambil mood menaip, ku rasa macam "kalaulah salah satu cerpen ni aku tak post lagi kat belog kan best, boleh terus hantar. Tapi takkan nak hantar yang dah post kat belog, mestilah nak hantar cerita baru..." Lalu kugagahkan diri taip cerita baru... Bila tengok cerpen sendiri yang berbaris kat Cik belog baru ku terfikir; kenapa selama ni aku tak pernah try hantar cerpen2 ni kat mana2 publisher?

Friday, February 27, 2015
last post for February~
Assalaamu'alaikum...
Hari ni rasa nak bebel je panjang2 jadinya Cik beloglah tempat ku bebel... Maaf Cik belog, kau dah lama bertahan dengan bebelanku... Dan terima kasih kerana ku tahu kau akan terus bertahan... Muahaha~
Sejak akhir2 ni banyak diuji dengan kesabaran dan bersangka baik... Bersangka baik sebenarnya amatlah disuruh dalam Islam... Ikut keadaan yang dihadapi, kadang2 ku sendiri rasa senang nak bersangka baik pada orang... Masa yang lain pula ku rasa agak susah untuk bersangka baik lebih2 lagi bila kenal orang tu dan tahu perangai dia... TAPI, kita kena juga cuba untuk bersangka baik... Cuba untuk berlapang dada... Susah, tapi perlu cuba...
Sama juga dengan bersabar... Nak bagi nasihat suruh orang bersabar tu senang... Nak amalkan sendiri tu yang payah... Kadang2, kita rasa dah banyak dah aku sabar, kesabaran manusia pun ada hadnya... Well, biasanya dialog tu laa yang orang selalu ulang kan...
Tapi, sebanyak mana sepatutnya kita perlu bersabar?
Sebanyak Allah bersabar dengan kita yang sedikit amalan tapi terus melakukan dosa...
Sama juga dengan memaafkan orang, sebanyak mana kita perlu maafkan kesalahan orang lain pada kita?
Sebanyak kita mahu Allah maaf dan ampunkan kesalahan kita pada Allah...
Jika anda baca entry ku sebelum ini maka anda tahu yang ku sedang nak taip cerpen seterusnya... Perangaiku, ku akan bersemangat nak taip bila dah siap cover cerpen...
Kat atas tu ku share cover next cerpen... Dah kantoi tajuk... Hahaha... Cover dah settle... Masalah seterusnya ialah ku akan down nak mula taip bila takde nama watak... Setakat ni baru 4 watak yang dah ada nama... Nak bagi nama pada watak ni memang masalah dari cerpen pertama dulu... Takde idea nak bagi nama apa...
Sudilah kiranya anda mencadangkan nama2 kepadaku... Sekarang perlu nama untuk lagi dua watak lelaki dan satu watak perempuan... Sekiranya nama yang dicadangkan belum pernah ku guna pada cerpen2 dan enovelku, insya Allah ku akan guna... Kalau banyak sangat nama yang anda cadangkan insya Allah ku boleh guna untuk cerita2 akan datang pula...
Sekian sahaja untuk bebelan kali ini... This will be the last post for this February sebab ku tak rasa esok ku akan rajin membebel... Hahaha...
Sekian...
Wassalaamu...
Hari ni rasa nak bebel je panjang2 jadinya Cik beloglah tempat ku bebel... Maaf Cik belog, kau dah lama bertahan dengan bebelanku... Dan terima kasih kerana ku tahu kau akan terus bertahan... Muahaha~
Sejak akhir2 ni banyak diuji dengan kesabaran dan bersangka baik... Bersangka baik sebenarnya amatlah disuruh dalam Islam... Ikut keadaan yang dihadapi, kadang2 ku sendiri rasa senang nak bersangka baik pada orang... Masa yang lain pula ku rasa agak susah untuk bersangka baik lebih2 lagi bila kenal orang tu dan tahu perangai dia... TAPI, kita kena juga cuba untuk bersangka baik... Cuba untuk berlapang dada... Susah, tapi perlu cuba...
Sama juga dengan bersabar... Nak bagi nasihat suruh orang bersabar tu senang... Nak amalkan sendiri tu yang payah... Kadang2, kita rasa dah banyak dah aku sabar, kesabaran manusia pun ada hadnya... Well, biasanya dialog tu laa yang orang selalu ulang kan...
Tapi, sebanyak mana sepatutnya kita perlu bersabar?
Sebanyak Allah bersabar dengan kita yang sedikit amalan tapi terus melakukan dosa...
Sama juga dengan memaafkan orang, sebanyak mana kita perlu maafkan kesalahan orang lain pada kita?
Sebanyak kita mahu Allah maaf dan ampunkan kesalahan kita pada Allah...
Jika anda baca entry ku sebelum ini maka anda tahu yang ku sedang nak taip cerpen seterusnya... Perangaiku, ku akan bersemangat nak taip bila dah siap cover cerpen...
Sudilah kiranya anda mencadangkan nama2 kepadaku... Sekarang perlu nama untuk lagi dua watak lelaki dan satu watak perempuan... Sekiranya nama yang dicadangkan belum pernah ku guna pada cerpen2 dan enovelku, insya Allah ku akan guna... Kalau banyak sangat nama yang anda cadangkan insya Allah ku boleh guna untuk cerita2 akan datang pula...
Sekian sahaja untuk bebelan kali ini... This will be the last post for this February sebab ku tak rasa esok ku akan rajin membebel... Hahaha...
Sekian...
Wassalaamu...
Tuesday, February 24, 2015
hari ini punya update~
Assalaamu'alaikum...
Berita ini tak berapa penting tapi ku letak jugalah kat sini supaya ku kurang rasa bersalah... Sila terus ke entry yang anda berkenan di hati sekiranya kehadiran entry ini hanya mengganggu jiwa dan raga anda...
Cerpen...
Alhamdulillah baru lepas siap plot cerita untuk cerpen seterusnya... Sebelum ni idea datang sekerat2, alhamdulillah pagi tadi idea untuk full cerita dah lengkap... Cumanya baru siap plot cerita dalam points form, belum mula menaip lagi maka, mohon jangan berharap untuk dapat baca dalam masa yang terdekat... Kali ni ceritanya simple je tapi ku harap sangat pengajarannya sampai kepada pembaca... Insya Allah...
Enovel...
Bab 10...
Ku harus akui ku masih lemah dalam bidang ini... Baru nak masuk Bab 10 dah stuck... Ku selalu cakap pada diri bila rasa nak give up tu datang; it's too early to give up... Doa2kan idea datang kepadaku bagai mencurah2 ke ladang gandum... Hehe...
Ku tak nak hampakan pembaca yang kalau ku baca komen2 mereka di p2u, mereka mengharapkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang... I'll try my best... Maybe it will take time but hey, great things happen to those who believe...
Never gonna give up! - Eyeshield 21

Friday, January 23, 2015
All the BEST~
Assalaamu'alaikum...
Ini post luahan hati...
Petang semalam ku punya proofreader untuk cerpen2 serta enovelku yang setia check dia dapat posting ke mana... rasa nak gelak bila tengok dia menangis tapi dalam masa yang sama sedih juga... short notice gila pada aku laa... petang semalam baru tahu, Isnin 26 Jan ni lapor diri kt KL, keesokannya terus naik belon ke Sabah...
Yup...
Sabah...
Negeri di bawah bayu...
Takde salahnya nak kena mengajar kat Sabah... tapi yang ku sedih sekarang ni sebab bakal berjauhan dengan dia... kalau dulu siap je taip cerpen2 dan bab baru enovel, terus pass cik lappy pada dia untuk dia baca... akan datang panjang sikit laa jalannya... nak kena send dulu kat dia... then bila dia free baru dia boleh baca... sedihnyaaaaaaaa... Yang itu okey lagi... bertambah sedih sebab lepas ni dah tak bolehlah nak selalu jumpa... sedih wooo...
Nak buat macam mana kan... hidup tetap kena teruskan...
All the best sis :)
Selamat menjadi seorang pendidik yang cemerlang gemilang terbilang... hidup baik2 kat sana okey... I'm sure you're gonna like it... Jangan risau stok novel ku beli kat semenanjung ni je ha, nanti pinjam je...harga novel kat sana mahal rm3 kan? Hehe... chill je okey... will always pray for you...
Sekian sahaja entry luahan hati ini...
Ku tak minta anda baca...
Ku tak minta anda paham...
Ini betul2 sekadar luahan rasa...
Wassalam~

Sunday, January 18, 2015
Aku dan Tanggungjawab Itu~
Salam 'alayk~
Pagi2 ni *baru je sekejap tadi sebenarnya* ku buka cik belog yang setia ini... terkejut baq hang... pageviews untuk semalam (17 Jan - ku perasan kat belog aku ni dia kira tempoh sehari lebih kurang dalam 8pg smlm sampai 8pg hr ni... taktau laa setting negara mana dia ikut...) 400+... mahu tak terkejut... terkejut gila kott!!! untuk belog yang tak glamour serta tak berapa berinformasi ni plus ku menaip karya2 picisan je dapat pageviews macam tu... selalunya paling banyak pun dapat 200+ je pageviews sehari...
Hmm.. hmm.. hmm.. ku rasa fenomena ini berlaku sejak ku taip enovel Saya Isteri Baru Belajar tu... masa ku mula2 berkecimpung dengan cerpen, biasa2 je pageviews nya... kebanyakan orang beranggapan bahawa letak tajuk yang ada perkataan isteri, suami, rindu, cinta dan beberapa perkataan 'power' lain adalah untuk tarik pembaca untuk baca...
Well, memanglah sebagai penaip *ku rasa ku tak layak lagi digelar penulis...*, ku sangat hargai orang yang sudi baca karya aku apatah lagi yang sudi komen... tapi, untuk kes enovelku itu, ku dapat ilham tajuk dari "saya budak baru belajar" yang kita belajar pantun zaman sekolah rendah dulu tu... tak ingat?

![]() |
| Mohon klik untuk tumbesaran~ |

Saturday, November 15, 2014
tiket untuk nanges~
Assalaamu'alaikum...
Orang cakap perempuan ni susah nak faham... Kalau ada 10 perempuan maknanya akan ada 10 perangai yang berbeza... Hmm... Part of me setuju jugak laa dengan benda tu... Ku tak tahulah orang perempuan lain akan setuju atau tak.. Tapi berdasarkan pemerhatian ku sendiri ku memang nampak lain perempuan, lain perangai dia...
Sedih...
Cakap pasal sedih ni menipu gila laa kalau takde orang pernah rasa sedih... Ku rasa semua orang pernah rasa sedih cuma sebab mereka sedih je mungkin berbeza... Contohnya ada orang yang terlepas beli limited edition barang fav dia, dia rasa sedih... Orang lain pulak pandang, ek eleh relax laa weih tak berbaloi laa kau nak sedih pasal tu je... Dan orang yang cakap ek eleh tu tadi mungkin akan sedih pasal perkara yang orang-terlepas-beli-barang-limited-edition tu rasa tak sedih...
Ku sendiri kadang2 dalam sebulan tu akan ada hari yang ku rasa sedih walau tanpa apa2 sebab... Waktu tu rasa nakkkk nanges sangat... Taktau nape... Tapi kalau tiba2 je nanges pelik pulak roommate ku nanti... So apa lagi ku guna laa tiket untuk nanges ku... Hohoho~

lumrah alam,
pabila otak meletuskan pandangan,
tiket
Saturday, October 18, 2014
Ini Entry Nak Bebel
Assalaamu'laikum...
Setelah tidak berjaya dalam interview KEMAS tempoh hari, ku bakal menghadiri satu lagi interview lain pada Khamis depan, 23 Oktober... Dekat Kuantan jugak...
Disebabkan itu, ku rasa nak bebel pada diri sendiri... 'Kau dah tau kau ada interview yang kau dok menaip lagi pasal ape? Pergilah study nun...' Lebih kurang macam ni lah ku kata pada diri sendiri...
Masalahnya ku rasa orang lain pun mungkin pernah alami benda yang sama; waktu yang kita patut buat benda lain itulah yang kita 'ter'distracted dengan sesuatu yang menjadi kesukaan kita... Sebagai contoh, nak buat assignment, tapi sebelum tu nak tengok cerita Korea jap... Plan asal nak tengok satu episod je last2 layan berepisod2 dekat setengah cerita habis layan waktu tu *okey, I have to admit that contoh yang ku bagi ni yang terjadi pada diri sendiri zaman belajar dulu... Huahuahua~*
Itu dulu punya cerita... Sekarang, lebih kurang sama... Sepatutnya ku study untuk interview tu tapi dalam kepala otakku sekarang ni dok datang idea cerpen baru dan bab seterusnya novel... Dan jejari kurang runcing ini juga rasa gatal je nak menaip... Aiyokk~ Masa tarak sesuai maa... Tapi ini kisah benar... Apa yang berlaku padaku saat ini... Walaubagaimanapun, alhamdulillah dengan idea cerpen dan novel tersebut...
Sekian entry nak bebel kat diri sendiri ini... Semoga anda yang sengaja membaca atau terbaca bebelan ini dijauhi dari sindrom seperti ini... Dan mohon jasa baik kalian untuk mendoakan ku agar dapat jawab soalan2 interview tersebut dengan mesra, cepat dan betul eheh tenang, yakin dan betul... Aamiin...
Wassalam ;)

Wednesday, April 30, 2014
It's Labour Day Peeps~!
Assalaamu`alaikum...
Ho ho ho hoyeah~!
1st May = labour day = public holiday = tak payah gi keje ;) yeeehaaa~!
untuk pertama kalinya merasa Hari Pekerja ni... *ini semua poyo~! gaya macam selama ni tak cuti masa hari pekerja pulak...* selama ni gembira bila hari pekerja sebab tak ade kelas...
lecturer = pekerja = pekerja cuti labour day = pelajar takde kuliah ;)
so, indirectly merasa laa cuti labour day ni... tapi tahun ni first time laa merasa labour day as a labour... *sebab tahun lepas mula kerja bulan Jun, dah terlepas labour day*
rasa macam dihargai?? lol~ *mohon jawab sendiri soalan macam ni... yang dah bekerja tahu perasaannya bila bekerja... waktu ni laa rindu balik zaman belajar...*

chill,
lumrah alam
Wednesday, April 23, 2014
of #worldstoughestjob and #fulltimehousewife
Assalaamu`alaikum...
ho ho ho hokeh...
baru2 ini (takde lah baru sangat) tersebar dengan meluas video bertajuk #worldstoughestjob di media sosial... that toughest job refers to a mother's job... peranan seorang ibu yang 24/7 bertugas menjadi ibu kepada anak2...
dah tentu bila tengok video tu ku teringat akan bondaku di kampung halaman nun jauh di sana... sungguh besar pengorbanan bondaku membesarkan kami tujuh beradik... oh, tidak dilupakan ayahanda juga... tapi topik video tu pasal ibu jadi kita bincang pasal ibu ye... ku sendiri kagum dengan kekuatan yang ku kira sebagai luar biasa bagi bondaku... agaknya memang semua bonda di dunia ini Allah kurniakan kekuatan luar biasa bagi menghadapi kerenah anak2 yang pelbagai... *tabik spring kepada bonda2 sedunia...*
bukan senang menjadi seorang ibu... tanggungjawabnya sangat besar dan berat bahu memikul... jadi jangan hairan bagi yang masih belum bertemu jodoh ni *macam tujukan kat diri sendiri je :P *, maknanya Allah tahu ku masih belum lagi boleh memikul tanggungjawab yang penting itu... bersangka baiklah... bila Allah cakap kita dah ready nanti adalah jodoh yang dah tertulis untuk kita datang membawa berita gembira... *ini ku percaya*

Saturday, March 29, 2014
last post for march~
Assalaamu`alaikum...
hmmmm...
bulan mac ni memang menduga...
macam2 kita rakyat Malaysia hadapi...
with regards to MH370 matter...
i guess i can say that i'm still hoping for a miracle to happen...
keep praying, peeps~!
Allah is always with us...
ho ho ho hokeh...
last post for march ni pendek je...
kekurangan mood nak taip panjang2...
masih menyeru mood untuk menaip...
idea Alhamdulillah ada...
tetapi mood dan masa tidak menyebelahiku pula...
insya Allah... akan curi2 masa untuk menaip...
wassalam...
hmmmm...
bulan mac ni memang menduga...
macam2 kita rakyat Malaysia hadapi...
with regards to MH370 matter...
i guess i can say that i'm still hoping for a miracle to happen...
keep praying, peeps~!
Allah is always with us...
ho ho ho hokeh...
last post for march ni pendek je...
kekurangan mood nak taip panjang2...
masih menyeru mood untuk menaip...
idea Alhamdulillah ada...
tetapi mood dan masa tidak menyebelahiku pula...
insya Allah... akan curi2 masa untuk menaip...
wassalam...
Labels:
asam garam,
corat-coret kisah benar,
lumrah alam
Thursday, March 20, 2014
Super Ring~
Assalaamu`alaikum...
super ring... om nom nom
ho ho hohorlicks hokeh...
pasti anda pernah tengok / dengar / makan Super Ring snack di atas...
yup!~ tu antara makanan ringan zaman kanak2 ribenaku suatu ketika dahulu...
harganya sekarang ku sudah tak ambil pusing tapi kalau dahulu harga bungkusan kecil dalam 20sen kalau tak silap...
walaubagaimanapun, post super ring ini bukan merujuk kepada snack kegemaran ramai itu... lalala~
post ini merujuk kepada sebentuk cincin yang 'super' pada diriku...
super ring... om nom nom
ho ho ho
pasti anda pernah tengok / dengar / makan Super Ring snack di atas...
yup!~ tu antara makanan ringan zaman kanak2 ribenaku suatu ketika dahulu...
harganya sekarang ku sudah tak ambil pusing tapi kalau dahulu harga bungkusan kecil dalam 20sen kalau tak silap...
walaubagaimanapun, post super ring ini bukan merujuk kepada snack kegemaran ramai itu... lalala~
post ini merujuk kepada sebentuk cincin yang 'super' pada diriku...
Labels:
asam garam,
corat-coret kisah benar,
lumrah alam
Friday, March 07, 2014
enough is ENOUGH~
Assalaamu`alaikum...
whoaa~!
tajuk post macam orang yang terseksa sangat dah jiwa dan raga sambil menjerit2 "enough is ENOUGH~!!"
ho ho ho hokeh, part menjerit2 tu idok le berlaku...
but there will be some point in our life that we will feel, "okay, this is it! I've had enough!"
maybe that is the feeling that I feel right now...
dan semoga keputusan yang ku ambil ini yang terbaik buatku... aamiin...
*tiba2 macam dengar lagu One Step Closer by Linkin Park jadi background music...
think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~
wassalam~

Thursday, March 06, 2014
aku yang dulu bukanlah yang sekarang~
Assalaamu`alaikum...
ku yang dulu~
tanya family *especially bonda dan ayahanda bila nak buat keputusan...
biasanya akan ikut apa pendapat bonda...
Alhamdulillah so far bahagia je ikut pendapat bonda ni...
plus bonda turut berdoa untukku... doa ibu kan Allah makbulkan...
dulu, ku tak serisau sekarang bila nak buat keputusan... lepas discuss dengan family, biasanya ku akan tetap buat satu keputusan...
family akan supportku dari belakang...
ku yang sekarang~
still tanya pendapat family *especially bonda dan ayahanda bila nak buat keputusan...
tapi lain sikit dari dulu... sekarang rasa susah sangat nak buat FINAL keputusan walaupun dah discuss dengan family... sebab family biasanya akan suruh ku buat keputusan yang terbaik untukku... mereka hanya memberi pendapat dan akan support keputusanku... mungkin sekarang dah rasa beratnya tanggungjawab tu... agaknya macam ni lah kot semua orang rasa... bila tanggungjawab makin besar, nak buat keputusan makin payah...
ku selalu ingatkan pada diri sendiri; "Allah takkan uji kalau kita tak mampu... dan Allah bersama orang yang sabar..."
but it's easier said than done...
ku hanya mampu doakan yang terbaik yang telah Allah tentukan buatku...
kemoga keputusan yang bakal ku buat ini adalah yang terbaik untukku...
aamiin~
*tiba2 macam dengar lagu Layar Keinsafan jadi background music...

Saturday, March 01, 2014
Tentang Cinta
Assalaamu`alaikum...
ho ho ho hokeh~
wahhh starting entry Mac ni tiba2 mula dengan tentang cinta... lalala~
tajuk entry ni takde kaitan dengan movie Tentang Cinta yang dirilis pada tahun 2007 tu ye... harap maklum... :D
jadi, tentang cinta apakah yang ku maksudkan ini??
sejak ku mula gatal tangan menaip berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen ni, ku mula mengambil inisiatif melanggan Newsletter Tentang Cinta. secara amnya Tentang Cinta ni merupakan satu belog yang berkongsi dengan pembaca tips tentang cinta. Mohon take note yang tips ini sesuai untuk mereka yang sudah berumah tangga dan ingin membina perhubungan yang bahagia selamanya. Kalau anda tengah bercinta dengan yang tidak halal bagi anda, mohon jangan gunakan tips ini... *ok, ku sudah bagi amaran, jangan cakap ku menggalakkan orang bercinta pulak* jika anda akan berkahwin pada masa akan datang *sepertiku ini... insya Allah...* kita boleh mengambil tips tersebut untuk masa hadapan... tips dia tak over hokeh... tak caye mohonlah pergi baca...

Friday, February 14, 2014
Ku dan iPhone itu~
Assalaamu`alaikum...
ho ho ho hokeh...
selain dari azam tahun ni untuk melangsaikan PTPTN, ku juga ada azam lain...
dah tajuk entri pun sebut pasal iPhone kan... maka dapatku ceritakan bahawa next azam adalah untuk membeli iPhone...
setelah penat dengar orang asyik suruhku tukar phone yang lebih canggih supaya mereka senang nak whatsapp, wechat dan segala macam teknologi tu, ku akhirnya membuat keputusan untuk aim the next iPhone...
kenapa iPhone? bukan samsung, HTC, LG, lenovo etc?
well, ku tak terfikir lak pasal HTC, LG, lenovo etc tu... ku just buat simple perbandingan between iPhone and Samsung...

Monday, January 06, 2014
merealisasikan cita-cita
Assalaamu`alaikum...
huk aloh tajuk, tak boleh skema lagi??!
lalala~
ho ho ho hokeh~
hari ini baru ku tahu siapa yang merealisasikan cita-citaku selama ini...
*tangan ke bahu, mata ke atas*
sebelum itu ku nak mengucapkan terima kasih kepada adikku yang tiap2 bulan jadi orang tengah...
orang tengah antara ku dan si dia...
kerana tanpa kamu menjadi orang tengah, ku tidak tahu apa yang akan terjadi dengan hubunganku dan si dia...
ohoooooiiiiii hoiiii...kalau dah mata bertentang mataaaa...
si dia, mohon bangga sket... ingat senang ke nak buat entry khas pasal anda??
lalala~
huk aloh tajuk, tak boleh skema lagi??!
lalala~
ho ho ho hokeh~
hari ini baru ku tahu siapa yang merealisasikan cita-citaku selama ini...
*tangan ke bahu, mata ke atas*
sebelum itu ku nak mengucapkan terima kasih kepada adikku yang tiap2 bulan jadi orang tengah...
orang tengah antara ku dan si dia...
kerana tanpa kamu menjadi orang tengah, ku tidak tahu apa yang akan terjadi dengan hubunganku dan si dia...
ohoooooiiiiii hoiiii...
si dia, mohon bangga sket... ingat senang ke nak buat entry khas pasal anda??
lalala~
Labels:
asam garam,
corat-coret kisah benar,
lumrah alam
Subscribe to:
Posts (Atom)