Social Icons

Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Tuesday, December 31, 2019

Goodbye 20s, Hello 30s!

Assalamualaikum & good day everyone!


Woah, it's the last day of 2019 already! i've been meaning to update this blog sooner.. haha! At least one post a year.. so that you guys will know that at the moment i'm writing this, i'm still alive.. alhamdulillah..

see there, i didn't lie.. i really wanna update this blog sooner.. the draft entry was first written on 1st Jan 2019.. LOL!

Quite a lot of things happened to me.. good things and also things that taught me lessons.. i kinda realised that by age, i'm considered old now.. but by heart, i'm still the same person.. hehe! and people say age is just a number, okay! yeah~ 

Through out the year, there are things that i accomplished and also things that i forwarded to next year's goals.. kehkeh

I told myself not to feel like a failure if i can't accomplished my goals.. after all, the goals are for me.. i'm fighting my own battle..

A lot of things happened to me throughout this 2019..
things that i'm thankful for..
things that stressed me out and forced me to adapt but still thankful for.. after all, i survived!
things that i won't be able to tell other people but might put bits of the events in any of my manuscripts.. hehe!

Today, i'm not just saying goodbye to 2019 and hello to 2020;
I'm saying goodbye to my 20s that won't be coming back and hello to my 30s that full of possibilities ;)

Once the clock strike 12 midnight, i'm unofficially 29+1.. but i'll say i'm 29 until my birthday in 2020 comes (kasi can laa sikit..) haha!

have a great year ahead guys!

Wassalaamu~

ps: i can't promise a full manuscript for next year, but i promise i'll try my best.. do pray for me.. thanks!

Sunday, January 14, 2018

dua kosong satu lapan

Assalamualaikum..

I hate to say this but this is so true; pejam celik pejam celik dah dua minggu masuk tahun 2018.. satunya rasa cepat sangat masa berlalu.. satu lagi rasa semakin tua aku! haha..

Tahun 2017 yang lepas cuma ada 2 entries.. tahun 2018 ni tak berani nak menjanjikan sebarang kerajinan untuk update cik belog ni..  sempena entry pertama untuk tahun 2018.. nak list kan azam untuk tahun 2018 ni.. hujung tahun nanti bila aku buka cik belog ni bolehlah aku tengok azam mana yang terlaksana..

1) Beli laptop baru
2) Beli external hard disk baru
3) Siapkan manuskrip yang tertunggak
4) Siapkan manuskrip baru yang tengah berlegar2 dalam kepala otak
5) Cari kerja baru
6) Lebih berdisiplin berbanding tahun2 sebelum ni

okeh, tu je kot azam yang boleh disenaraikan kat sini.. ada lagi azam lain tapi yang tu bersifat peribadi sikit.. tak perlulah share kat sini.. lalala~

Hujung tahun nanti aku nak tengok, azam mana yang berjaya dilaksanakan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku & sesiapa yang sedang membaca entry ni.. aamiin.. 

Sekian,
Wassalaamu..

Thursday, February 02, 2017

RINDU

Assalamualaikum..

Hai semua yang singgah ke cik belog saya! :]
As the title of this entry goes; RINDU..

Saya RINDUUUUUUUUU dengan macam-macam perkara..
Salah satunya RINDU nak menaip luahan rasa panjang2 kat cik belog ni.. biarlah orang tak baca pun luahan rasa saya.. most of the time, entry kat sini selain karya picisan saya, memang tujuannya untuk saya buat luahan rasa.. supaya rasa lega.. walau sedikit cuma.. tak peduli jika tiada insan sudi baca.. janji saya buat luahan.. supaya tak terpendam dalam hati..

ini entry pertama sejak saya public kan semula cik  belog ni.. kesian cik belog, dah public semula pun tuan dia abaikan dia.. masa private hari tu lagilah tak jenguk langsung.. *ada laa dua tiga kali kot jenguk..* hahaha! Tapi lepas publish entry RINDU ni, tetap tak boleh janji yang saya akan selalu post entry.. hehe.. 

Shhh.. jangan beritahu orang lain, saya nak cakap satu benda ni..
saya sebenarnya jealous (in a positive way, of course) tengok kawan2 FB yang dah berjaya buku mereka diterbitkan.. saya? hmm.. masih struggle dengan banyak benda.. ayat pun tunggang-langgang lagi.. heh.. tolong doakan semoga saya diberi ilham dan kekuatan untuk menghabiskan cerita2 saya ya.. aamiin.. jalan cerita banyak dalam kepala tapi nak connect the dots tu yang mencabar..

ho ho ho hokeh..
saya nak mengundur diri dulu.. tadi rasa nak taip panjang2.. bila dah mula menaip mulalah tak tahu nak taip apa..

Sekian,
Wassalamu.

ps: korang rindu nak baca cerita saya tak? hoho


Saturday, August 01, 2015

sinar harapan... mungkinlah!


Assalaamu'alaikum...

Tajuk entry macam membawa sinar harapan pada Cik belog ni je... Haha... Sebenarnya masih belum pasti lagi... Mungkinlah...

Julai sudah melabuhkan tirai... Hari ni sudah 1 Ogos 2015...
Ogos...
Ini pengakuan jujur, zaman sekolah menengah dulu ku sangat suka bulan Ogos ni... Sebab apa? Anda ni janganlah tanya benda yang obvious... Mestilah sebab Ogos ni bulan kemerdekaan... Lalala~

Bulan Ogos ni laa zaman sekolah dulu pegang bendera kecil tu dan menyanyi macam² lagu patriotik masa perhimpunan... Sambil menyanyi sambil kibarkan bendera... Cun seyhhh bila bendera tu semua orang seragam je kibarkan ke kiri dan kanan... Hari² okeh... Masa sekolah rendah tak ingat sangat... Rasanya ada juga nyanyi tapi bukan hari²... Masa sekolah menengah memang ingat sangatlah...

Kebanyakan lagu² patriotik tu ku memang dah hafal dari sekolah rendah... Yelah masa tu umah takde Astro... Zaman tu guna antenna (seingatku waktu tu kitorang panggil aerial) yang pasang pada besi panjang dan cucuk kat tanah tu... Bila angin dan siaran terganggu kenalah pergi keluar rumah pusing besi aerial tu secara manual... *nostalgia gila! Aku rasa tak semua orang ada pengalaman ni... Haha* Jadinya selalu tengok RTM laa... Kalau tak TV1, tengok TV2... Waktu tu TV3 pun susah nak dapat...


Monday, July 27, 2015

from 0 to 50K and counting...


Assalaamu'alaikum...

Biasa orang cakap from zero to hero kan... Oh, tidak bagi diriku... Ku bermula dari zero tapi tidaklah menjadi hero... Ku masih ingat *walaupun tak berapa nak segar dalam ingatan* yang ku mula berblogging ni hujung tahun 2012... Itu pun dua entry je... Haha! Rasanya post tu random... Entahlah, kena baca post tu balik baru boleh recall kot...

Tanpa pengetahuan sesiapa, ku create blog dan taip apa² yang ku rasa nak taip... Kadang² ku share pengalaman... Sebabnya ku memang suka menaip... Bila jari² ketuk papan kekunci, rasa stress tu pergi bersama kekunci yang diketuk² tu... Dan semakin stress, semakin laju dan kuat papan kekunci menjadi mangsa ketukan... Ini serious okeh!

Jadi, tanpa kawan² tahu kewujudan Cik belog ini, memang takde sesiapa pun yang datang bertandang... Kalau ada tu mungkin dia tersesat nak pi belog orang lain tiba² sesat kat belogku... Lepas tu lama juga ku senyap takde update apa² kat Cik belog ni...

Nak dijadikan cerita, ku selalu berangan... Bukanlah berangan nak jadi puteri raja ke apa.... Eeuuuww... Macam takde angan² lain je kan kalau sampai nak berangan jadi puteri raja tu... Berangan yang ku maksudkan kat sini adalah minda hilang melayang di tengah kesibukan kota... Gituuuh...

Takdelah, sebenarnya macam ni. Ku sangat suka bila nampak orang dari jauh tengah berbual, ku akan cuba buat dialog apa yang orang tu bualkan... Of course lah ku selitkan dengan dialog² yang ku rasa ada unsur lawak dan membuatkanku ketawa syok sendiri... Kadang² sambil tunggu LRT atau KTM, kadang² tengah berjalan nak balik rumah sewa, masa² macam tu memang otakku tanpa dipinta ada je idea... Lepas tu nanti mulalah ku bercakap sorang²... Ku tak salahkan sesiapa kalau waktu diorang nampak diriku, diorang labelkan ku sebagai gila... Haha...

Saturday, July 25, 2015

#JustDoIt

Assalaamu'alaikum...

Alhamdulillah...
Pagi tadi selamat sudah emel manuskrip cerpen penyertaan Kontes Cerpen Cinta Hipster anjuran Lejen Press... Dah boleh masuk Suha Book of Records ni... Hahaha!

Kenapa kau orang tanya?
Sebab ku sudah berjaya menaip cerpen terpendek setakat ni...
Penyertaan cerpen bertemakan Cinta Hipster tu syarat dia 1500 hingga 3000 patah perkataan... Ku berjaya taip dalam 2993 patah perkataan... Tak ingat dah tapi lebih kuranglah... Makanya, itu cerpen terpendek ku pernah taip...

Sebelum ni cerpen² di Cik belogku ini memakan 7000+ patah perkataan... Bila ada words limit ni ku terpaksa juga pendekkan plot cerita... Kalau sebelum ni ku biasanya prepare +-10 scenes untuk satu cerpen, kali ni ku hanya dapat prepare 4 scenes je...

Bila fikir sendiri, mampu ke 4 scenes je bagi impak pada orang yang baca? But you know what? I told myself that I got nothing to lose... Tak rugi apa² pun mencuba... Malahan dapat cabar diri sendiri untuk taip cerpen sependek tu... Sangat mencabar untuk seorang Suha Fasihah...


Sunday, July 19, 2015

Aku dan AidilFitri...


Assalaamu'alaikum...

Hari ni dah hari raya ketiga... Biasalah kalau kat Malaysia ni kan raya sampai sebulan... Dan rasanya pernah dengar orang buat open house AidilFitri tapi lepas Syawal dah habis sebab banyak sangat open house lain dan macam²lah... Yang berlanjutan sampai AidilAdha pun ada agaknya... Agaknyalah...

Dekat rumahku kami raikan biasa² je... Ku lagi banyak masa mata melekat kat TV kut... Nak berjalan raya pun siap tengok lagi TV tengah tayang cerita apa... Kalau cerita hantu memang kirim salam awal²lah... Takde keje hari raya nak tengok cerita hantu... Lainlah kalau komedi seram, masih boleh dipertimbangkan untuk tengok...

Raya pertama hari tu tengok TV2 Mat Despatch Raya Sakan... Zamanku kanak² tersangat ribena dulu memang layan habislah Mat Despatch ni sebab tu excited semacam nak tengok yang raya sakan ni... Ku tak tahulah anda pernah dengar tak cerita Mat Despatch ni tapi ku yang yang dah suku abad ni pun tahu lagi dan sempat tengok cerita ni... (Silalah google kalau nak tahu apobondoehjang drama Mat Despatch ni...)

Malam tadi tengok Sebelum Takbir Bergema kat TV3... Watak Shah Jazle sebagai Aidil membuatkan ku teringat AidilFitri tahun lepas... Haha! Tahun lepas punya hari raya dapat ilham nak taip cerpen Aidil Untuk Saya tu... Cerpen tu sempena hari rayalah walaupun jalan cerita bukan berlatar belakangkan suasana raya... Unfortunately, raya tahun ni takde dapat ilham nak taip cerpen berbaur raya... Huhu...

Wednesday, July 15, 2015

14th of July

Assalaamu'alaikum...

Sebelum ku membebel dengan panjang lebar, pertama sekali ku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda insan yang peka dan sudi meluangkan masa beberapa saat untuk wish birthday di Facebook semalam (14.7.2015)...


sebenarnya cerita ni agak panjang tapi kalau anda masih sudi baca, sekali lagi ku berterima kasih...

Masa ku mula² buat akaun Facebook untuk Suha Fasihah (tahun 2013 rasanya), coding FB telah memaksa ku meletakkan tarikh lahir... Haish... Ku tak suka mendedahkan tarikh lahir (walaupun ku tahu nanti boleh tukar setting bagi hide tarikh lahir tu)... Diriku yang tidak suka mendedahkan tarikh lahirku ini telah memilih untuk meletakkan 14.7 sebagai tarikh lahir...

Kepada anda yang wish birthday semalam, janganlah sekali² anda rasa tertipu kerana itu sama sekali bukan niatku. 14.7 memang tarikh lahirku TETAPI mengikut bulan Islam...

Ku dengan gigih tukarkan tarikh lahir ke bulan Islam makanya ku lahir pada 14 Rejab... Oleh sebab itu ku letak 14hb 7... Anda boleh menyanyi lagu Bulan-Bulan Islam dan lihat Rejab jatuh pada bulan ke berapa... Nampak tak? So, in a way walaupun Rejab dah lepas, tak salah juga sebenarnya wish birthday semalam... Terima kasih banyak²....

Friday, July 03, 2015

hebahan~

Assalaamu'alaikum...

Hey guys! I hope you guys are doing well... I'm so sorry if any of you are waiting for enovel update from me... The truth is that I still haven't got the chance to continue the enovel yet... 

Okay, now for the main point of this post... Ada seorang adik yang baik hati tagged namaku pada satu post di FB... Thanks dik (you know who you are)... Mengenai Lejen Press yang mencari cerpen bertemakan "Cinta Hipster"... *anda boleh ke FB Lejen Press sendiri* Ku tak pasti lagi akan turut serta ataupun tidak kerana cerpen Lejen Press ni ada had perkataan... Menilai diri sendiri punya penulisan, kemungkinan besar akan lebih 3000 perkataan tu... Seingatku, cerpen paling pendek ku taip adalah 7000+ patah perkataan... Temanya agak mencabar... Silalah mencuba bagi yang berminat...


Mohon klik untuk tumbesaran~

Selain Lejen Press, Penerbitan Layar Pena juga sedang mencari cerpen untuk mereka terbitkan... Bertemakan "Tentang Cinta", "Tentang Hidup" atau "Tentang Jenaka"...


Mohon klik untuk tumbesaran~
Mohon klik untuk tumbesaran~

Apa tunggu lagi? Taiplah cerita anda dan emelkan kepada mereka... Semoga berjaya! *doa-doakan untukku juga ya... Insya Allah...*

Sekian, wassalaamu...



Friday, June 26, 2015

first time in forever...

Assalaamu'alaikum...

Waaaahhhhhhh~~~~~
Lama gilakkk tak update apa2 kat Cik belog ni... Ku harap Cik belog sihat2 dan cun selalu... Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi Cik belog ini... Semoga sedikit sebanyak ada pengajaran dalam setiap karyaku yang anda baca... Nak buat ayat retis sikit; siapalah Cik belog ni tanpa anda yang sudi baca...

Remember a quote saying the journey of a thousand mile begin with a single step? *lebih kurang macam ni laa quote tu... Tak ingat exact wordings*

Well, just like the quote says, there's always a first step and first time in everything... As for me, yesterday was my first time in forever that I sent a short story manuscript to a publication company... JS Adiwarna akan terbitkan antologi cerpen Adiwarna ke-4 dan semalam adalah hari terakhir untuk hantar cerpen bagi pemilihan...

Ku sendiri tahu pasal tu dr kawan kat FB yang share poster tu... Ku tunjuk poster tu pada my loyal, unpaid Cik Proofreader dan dia galakkan ku hantar cerpen untuk pemilihan... Masa tu Alhamdulillah memang dah ada satu idea dalam kepala tapi nak kena develop idea tu dulu... Jadinya update untuk enovel ditangguhkan bagi beri laluan siapkan cerpen baru untuk hantar...

Bila ku bukak Cik belog tengok cerpen2 dulu nak ambil mood menaip, ku rasa macam "kalaulah salah satu cerpen ni aku tak post lagi kat belog kan best, boleh terus hantar. Tapi takkan nak hantar yang dah post kat belog, mestilah nak hantar cerita baru..." Lalu kugagahkan diri taip cerita baru... Bila tengok cerpen sendiri yang berbaris kat Cik belog baru ku terfikir; kenapa selama ni aku tak pernah try hantar cerpen2 ni kat mana2 publisher?


Saturday, April 11, 2015

Hu hu hu hutang~

Assalaamu'alaikum...

Hutang...

Hutang ni wajib kita bayar walaupun orang yang memberi hutang tu tak tuntut... Yelah, kalau hari2 orang tu tanya bila nak bayar balik hutang dia, nanti kita pun jadi menyampah kan... Mestilah waktu kita dah ada duit baru kita boleh bayar hutang kita kat dia...

Namun, sebagai orang yang berhutang, kita kena fikir juga keadaan orang yang pinjamkan duit kat kita tu... Mungkin waktu dia bagi pinjam duit tu dia tengah takde masalah lain... And then masa dia tengah ada masalah dan memerlukan duit, mungkin satu2nya sumber duit yang dia ada ialah dalam bentuk hutang kita pada dia... Tak rasa bersalah ke?

Ada juga kes orang yang berhutang tu nampak sangat enjoy2 dengan duit depan mata Si pemberi hutang, tapi bila minta dia langsaikan hutang, dia kata dia takde duit... #kisahbenaryangkupernahbaca

Ku tulis topik hutang ni secara general... Penghutang dan pemiutang... Penghutang, fikirlah juga keadaan pemiutang... Pemiutang, doa banyak2 si penghutang lembut hati nak langsaikan hutang... Langsaikanlah hutang kita pada orang yang kita berhutang tu cepat2... Sebab kita tak tahu bila ajal menjemput kita... Mati dalam keadaan berhutang nanti roh terawang2 je antara langit dan bumi... Even mati syahid pun takkan mampu menghapuskan hutang tu.... Nauzubillahiminzalik... Mestilah kita tak nak, kan?

Ku berdoa semoga orang yang berhutang denganku mendapat hidayah untuk cepat2 melangsaikan hutang beliau padaku... Aamiin..



ps: ku tahu ku ada 'hutang' Bab 10 Saya Isteri Baru Belajar... Sorry sangat2 dah lama tertangguh nak update cerita tu... I'll try my best okey... Insya Allah...

Sunday, March 22, 2015

thank you Allah :)

Assalaamu'alaikum...

Say thank you Allah... *lirik lagu Raihan*

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Banyak benda sebenarnya yang kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam...
Contoh paling mudah, udara yang kita hirup ni, Allah tak kenakan charge pun... Tak terbayar sebenarnya kalau ada charge...

Ku bersyukur dan berterima kasih kerana Allah bagi orang yang hebat2 berada di sekelilingku... Mereka secara tak langsung memberi inspirasi kepadaku untuk terus berkarya... Banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh dapat dari orang sekeliling kita... Antara mahu atau tidak je kita ambil dan kongsikan dengan orang lain...

In my case, ku bukan ambil 100% cerita mereka... Ku ambil pengajaran yang ada dan ku olah mengikut jalan cerita yang terilham... Kadang2 ilham tu datang masa tengah tengok TV, berborak ataupun tengah dengar lagu... Dari apa yang terilham, ku cuba selitkan pengajaran... Insya Allah... Ku cuba buat cerita yang realistik... Yang lojik dek akal dan dekat dengan pembaca... Sebab pada ku, kisah kita semua sebenarnya lebih kurang sama... Cuma ada orang yang diuji lebih berbanding kita...

Agree to disagree...
Ku faham kalau korang tak bersetuju denganku... Dan aku tak minta pun korang setuju...
Cumanya...
Ini belogku, apa2 yang aku luahkan kat sini, kalau korang terbaca, nasib koranglah... Hahaha!

Tuesday, March 10, 2015

excited ~

Assalaamu'alaikum...

Excited~
Lalala~
Ku ada sejenis sindrom yang akan excited dengan perkara2 kecil...
Mohon percaya... Mohon...

Semalam tiba2 rajin bukak global chat kt COC, tiba-tiba...
Jeng jeng jeng~~~
Ada najwan!!!
Ini serius... Waktu tu najwan tengah chat kt situ... Ku tak lah join chat tu tapi waktu tu bulat mataku pandang nama najwan itu...
Tak kenal dan tak teringin nk kenal pun siapa dia... Excited semata2 sebab baru habis taip cerpen yang ada watak Najwan...
Excited gila baq hang~

Al-kisahnya begini...
Aku bo bo bo bo bosan~
Aku bosan~
Dengan diri sendiri yang asyik blur nak bagi nama watak2 cerita... Selalunya tiap2 kali nak bagi nama watak mesti akan menggunakan khidmat pak cik Google... Dek kerana sudah muak selalu nk mengGoogle, ku download apps nama2 bayi Islam dekat Google Play... Ku download 2 apps yang berbeza... Really helpful bagi orang yang blur macam ku ni...

Dalam cerpen WiFi Rumah Sebelah, nama Wijdan, Firhan dan Qatrunnada hasil google... Salam dari nama junior sekolah rendah dulu... Mufidah tiba2 terfikir nak guna nama tu... Batrisyia dan Najwan dari apps yang ku download tu... Sebab tu laa excited gila masa pandang nama Najwan kat global chat COC tu... Hahaha~


Friday, February 27, 2015

last post for February~

Assalaamu'alaikum...

Hari ni rasa nak bebel je panjang2 jadinya Cik beloglah tempat ku bebel... Maaf Cik belog, kau dah lama bertahan dengan bebelanku... Dan terima kasih kerana ku tahu kau akan terus bertahan... Muahaha~

Sejak akhir2 ni banyak diuji dengan kesabaran dan bersangka baik... Bersangka baik sebenarnya amatlah disuruh dalam Islam... Ikut keadaan yang dihadapi, kadang2 ku sendiri rasa senang nak bersangka baik pada orang... Masa yang lain pula ku rasa agak susah untuk bersangka baik lebih2 lagi bila kenal orang tu dan tahu perangai dia... TAPI, kita kena juga cuba untuk bersangka baik... Cuba untuk berlapang dada... Susah, tapi perlu cuba...

Sama juga dengan bersabar... Nak bagi nasihat suruh orang bersabar tu senang... Nak amalkan sendiri tu yang payah... Kadang2, kita rasa dah banyak dah aku sabar, kesabaran manusia pun ada hadnya... Well, biasanya dialog tu laa yang orang selalu ulang kan...
Tapi, sebanyak mana sepatutnya kita perlu bersabar?
Sebanyak Allah bersabar dengan kita yang sedikit amalan tapi terus melakukan dosa...
Sama juga dengan memaafkan orang, sebanyak mana kita perlu maafkan kesalahan orang lain pada kita?
Sebanyak kita mahu Allah maaf dan ampunkan kesalahan kita pada Allah...

Jika anda baca entry ku sebelum ini maka anda tahu yang ku sedang nak taip cerpen seterusnya... Perangaiku, ku akan bersemangat nak taip bila dah siap cover cerpen...


Kat atas tu ku share cover next cerpen... Dah kantoi tajuk... Hahaha... Cover dah settle... Masalah seterusnya ialah ku akan down nak mula taip bila takde nama watak... Setakat ni baru 4 watak yang dah ada nama... Nak bagi nama pada watak ni memang masalah dari cerpen pertama dulu... Takde idea nak bagi nama apa...

Sudilah kiranya anda mencadangkan nama2 kepadaku... Sekarang perlu nama untuk lagi dua watak lelaki dan satu watak perempuan... Sekiranya nama yang dicadangkan belum pernah ku guna pada cerpen2 dan enovelku, insya Allah ku akan guna... Kalau banyak sangat nama yang anda cadangkan insya Allah ku boleh guna untuk cerita2 akan datang pula...

Sekian sahaja untuk bebelan kali ini... This will be the last post for this February sebab ku tak rasa esok ku akan rajin membebel... Hahaha...

Sekian...
Wassalaamu...

Tuesday, February 24, 2015

hari ini punya update~

Assalaamu'alaikum...

Berita ini tak berapa penting tapi ku letak jugalah kat sini supaya ku kurang rasa bersalah... Sila terus ke entry yang anda berkenan di hati sekiranya kehadiran entry ini hanya mengganggu jiwa dan raga anda...

Cerpen...
Alhamdulillah baru lepas siap plot cerita untuk cerpen seterusnya... Sebelum ni idea datang sekerat2, alhamdulillah pagi tadi idea untuk full cerita dah lengkap... Cumanya baru siap plot cerita dalam points form, belum mula menaip lagi maka, mohon jangan berharap untuk dapat baca dalam masa yang terdekat... Kali ni ceritanya simple je tapi ku harap sangat pengajarannya sampai kepada pembaca... Insya Allah...

Enovel...
Bab 10...
Ku harus akui ku masih lemah dalam bidang ini... Baru nak masuk Bab 10 dah stuck... Ku selalu cakap pada diri bila rasa nak give up tu datang; it's too early to give up... Doa2kan idea datang kepadaku bagai mencurah2 ke ladang gandum... Hehe...

Ku tak nak hampakan pembaca yang kalau ku baca komen2 mereka di p2u, mereka mengharapkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang... I'll try my best... Maybe it will take time but hey, great things happen to those who believe...

Never gonna give up! - Eyeshield 21

Sekian...
Wassalaamu...

Sunday, February 22, 2015

Me, Myself and COC

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh...
Tajuk entry tak menahan... Hahaha...
Jika anda pernah baca entry ku sebelum ni maka anda akan tahu bahawa ku bukan jenis yang suka main game... Ku jenis main game untuk release stress dan akan stop main bila sampai kat level yang bagi aku lagi banyak stress...

COC ni ku mula main sebab nak tengoklah apo bondo eh COC ni dah kawanku dok sebut2 COC... Cara dorang sembang tu cambest je game ni dan sebab lain dia ku main juga adalah sebab nak letak dalam enovel SIBB ku itu laa...

Dah nama pun Clash of Clans makanya kebanyakan orang ada clan masing2... Ada yang tak kisah masuk clan sesiapa macam ku ni... Ada yang nak clan sesama kawan2... First clan yang ku join adalah clan dari India... Dapat invitation dari seorang elder clan tu... Mereka sangat aktif dan kebetulan masa ku join mereka tengah war... Ku hanya war spectator ajelah... Mereka sangat aktif sampaikan tiap2 kali bukak COC akan ada chat dari mereka... Macam2lah mereka discuss... Ada masa mereka chat dalam Hindi dan berdasarkan pengalaman dolu2 ku yang layan Hindustan ku dapat tangkaplah sikit2... Bila mereka tahu ku dari Malaysia mereka eloklah chat dalam BI... Tapi sebab clan tu terlampau aktif, ku rasa kurang best sebab padaku game aje pun, tak payahlah beria2 nak warning2 clanmates yang lain bagai... Y u so serious? Maka, ku buat keputusan untuk keluar dari clan tu...

Second clan yang ku join by invitation jugak... Yang tu clan dari Itali... Yang ni lain sikit, sehari ku join takde langsung dorang chat atau request troop... waktu tu tengah war preparation... Lama sikit lepas tu ada someone dari clan tu yang request troop maka ku donatelah seadanya... Dia balas grazie bla bla bla akutakfahamsepatahhabukmelainkangrazietu... Maka ku reply dalam English cakap sama2 bagai dan ku bukan orang Itali (tapi yang ni ku tak cakap ku orang Malaysia) and guess what??? That person terus kick ku dari clan tu... Dahlah ku baru lepas donate troop kat dia terus kena kick... Adeyhhh... Tapi bukan dia laa yang invite ku masuk clan tu, orang lain...


Wednesday, February 04, 2015

pabila dia berhijrah...

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hoyeahhhh!!!
Akhirnya cik belogku berhijrah... lalala~
Ini semua poyo~ tapi kisah pulak aku?

Sejak tahun 2012 cik belog ini mula bertapak, rumah cik belog ini bertemakan notebook dan berwarna pink... gituuuhhh... jadinya sekarang dah 2015 ni wajarlah cik belog ini berhijrah ke rumah baru bagi menyerlahkan kematangannya... kali ni temanya scrapbook... warna pun redup sikit... ye dop? Lagipun, pink was never my favourite colour... no offense to all pink addicts *apekehalnye bunyi dah mcm drug addicts... okay, pink lovers sopan sikit...* My favourite colour is green but sometimes I tend to buy pink-coloured things... penyakit apa entah ni... hahaha

Okay, enough of that...
semoga dengan penghijrahan cik belog ini, ku akan lebih bersemangat nak update cik belog ni... *walaupun sebenarnya macam takde kaitan aje kan..*

Entry ni sebenarnya lebih kepada ku nak tujukan kepada cik proofreaderku... sejak beliau berhijrah ke Sabah atas tuntutan pihak berwajib bagi mendidik anak bangsa di sana, ku rasa lemau je nak update enovel... bab 9 baru 5% siap... cerpen baru adalah juga buat research sikit tapi mcm akan hold dulu, buat cerpen lain dulu kot... entahhh... rasa lemah semangat...

Cik proofreader, walaupunku tahu dia tak baca cik belogku ni tapi ku nak cakap jugak, hidup baik2 kat sana okey... sekarang hari2 kau call make sure akan dtg hari2 call jgk... wahaha...

Semoga Allah permudahkan urusan kau kat negeri bayah bayu itu... aamiin :)

Sekian, wassalam...