Aku tak salah nampak,
memang cursor tu tengah bergerak!
Apakah? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Masalahnya sekarang ni kalau
setakat angin dari kipas yang dah hidup segan mati tak mahu tu takkanlah cursor ni boleh bergerak? Lagi satu, aku
mana guna mouse, celah mana pula cursor tu boleh bergerak kalau jari aku
ni langsung tak sentuh touchpad laptop aku
ni?
Muna kebingungan
seketika cuma kerana setelah itu muncul pula rasa teruja kerana ini merupakan
kali pertama dia melihat sesuatu yang aneh seperti ini. Entiti mistikkah? Wah, kalah
Kema punya sixth sense ni! Dia punya sixth sense cuma boleh rasa kehadiran
‘benda’ tu kalau dekat tapi tak boleh tengok ‘benda’ tu secara live. Okay, behave yourself Muna! Seratus lima puluh juta kali kau teruja
kalau ‘benda’ ni entiti mistik sekalipun, bawa bertenang. Ingat boleh buat
main-main ke kalau betul-betul ‘benda’ ni entiti mistik?!
Mata Muna tekun
memerhatikan pergerakan kursor yang kini sedang membuka perisian Microsoft Word.
Walaupun papan kekuncinya tidak ditekan-tekan tetapi dia dapat lihat
huruf-huruf yang muncul membentuk patah-patah perkataan dan seterusnya membentuk
beberapa ayat. Berkerut-kerut dahi Muna tatkala membaca setiap bait kata yang
muncul. Apa yang dia tidak tahu adalah perkara ini bakal menjadi permulaan baki
kisah hidupnya. Persoalannya ialah kisah gembira atau episod duka?
...kisah hidup Muna baru bermula...
Tertanya2 apakah kesudahan hidup Muna?
Mohon dapatkan Kompilasi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan yang bakal terbit bulan Oktober ini oleh Penerbitan Layar Pena...
.:|[ Suha Fasihah ]|:.
Mohon klik untuk tumbesaran~ |
Insya Allah akan berada di toko-toko jamu buku pada Oktober ini.
SM: RM25
SS: RM28
Pembelian online boleh berurusan menerusi FB Penerbitan Layar Pena.
SM: RM32 (including postage)
SS: RM36 (including postage)
.:|[ Suha Fasihah ]|:.
Alahh cepatlah sambung...
ReplyDeleteWhimsical Aurora,
DeleteTerima kasih sudi baca... Maaf, sy tak boleh nak sambung di sini kerana cerpen ni akan berada di pasaran bulan Oktober ini dalam Antologi Cerpen Cinta Anugerah Kehidupan (C.A.K) terbitan Penerbitan Layar Pena...
Jika berminat untuk mengetahui kisah lanjut Muna, boleh pm FB Penerbitan Layar Pena...
Harga di kedai buku
SM: RM25
SS: RM28
Harga pembelian online (including postage)
SM: RM32
SS: RM36
Insya Allah :)