Social Icons

Tuesday, December 31, 2013

thirteen going on fourteen

Assalaamu`alaikum...

thirteen going on fourteen...
ini bukanlah lagu ala2 cerita Sound of Music tu...
bukan juga merujuk kepada kumpulan fourteen tu...

this is 2013 going on 2014~

2013 bakal melabuhkan tirai...
dan 2014 bakal menjelma kurang dari 6jam...
dan umur kita sekarang...
bakal +1...
bakal -1...

apakah yang dimaksudkan dengan umur kita bakal -1??

Friday, December 27, 2013

last friday~

Assalaamu`alaikum...

last Friday, eh bukan nak cakap penggunaan past tense untuk Jumaat lepas...
nak cakap today is the last Friday for this year...

hmmm sedar tak sedar dah akhir zaman tahun dah kita... akhir zaman tu pun betul juga... 

next year umur dah berkurang satu... if you know what i mean... *bila guna next year macam lama je lagi padahal minggu depan je... *

mari bersama2 sentap dan sedar diri...

bagaimana dengan azam tahun ni?
Alhamdulillah... ada yang tercapai... ada yang sikit lagi nak capai *maksudnya tak tercapai laa kan =,="... akan berusaha lebih keras tahun hadapan... insya Allah...
yang paling best rasanya masa join distribution free sarung kaki under Sarung Kaki Project...
ya Allah rasa nak menangis tang tu jugak... memang pengalaman baru dan semestinya tak dapat dilupakan...


Tuesday, December 24, 2013

till debt do us part - seriauuuu

Assalaamu`alaikum...

we usually heard of 'till death do us part' *ho ho ho hokeh... not usual in our daily life lah tapi dalam kaca televisyen nun kan...*

but this is till debt do us part...
sounds familiar?? read the article and you will find out how true the article is...


*lalala~ tetiba cakap pasal perbelanjaan nikah kahwin ni... padahal belum tentu lagi bila nak nikah kalau calon pun belum ada =,= *

zaman la ni, dikala pengumuman GST dibuat dan kenaikan harga bagi banyak barang, tidak terkecuali dengan kos mengadakan majlis perkahwinan yang juga tidak mahu kalah... semakin meningkat...

well, meningkat sebab ada demand dari pelanggan... *ku maksudkan
kos mengadakan majlis perkahwinan laa...*
kalau semua orang nak adakan majlis kahwin dengan gah, gilang-gemilang berebut title 'Wedding of the Year', parah laa kan... seharusnya kita ukur baju pada badan sendiri...

menurut article tersebut, even orang yang tak mampu dari segi kewangan pun biasanya akan sanggup berhutang untuk memastikan apa yang mereka nak/hajati/idamkan bagi majlis perkahwinan dapat disediakan... berhutang... oh, sungguh laa ku benci perkataan itu... *mengingatkan pada hutang PTPTN...*

hmmm *ini berfikir*


Monday, December 23, 2013

Spices of India | Day 1 (Welcome to India!)

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
bermulalah siri 'Spices of India' di cik belog ku ini...
suka ku ingatkan ini bukan untuk berkongsi masakan...
ini adalah corat-coret kisah benar semasa ku pergi India untuk so-called-business-trip awal Disember lalu...
coretan ini sekadar untukku menconteng arang *ceh, macam buat kerja jahat je bunyinye..* di cik belog agar mudah untukku imbas kembali pada masa akan datang...

Dec 3, 2013


berbekalkan dengan keazaman yang tinggi serta niat mencari redha Ilahi *skemanye ayat...* ku redah jua ranjau hidup ini...

ho ho ho hokeh... memandangkan ini business trip, ku mulakan musafir ini dengan niat mencari rezeki yang halal dan semoga segala urusan di India dipermudahkan...

ku dan dua lagi rakan sekerja menaiki MH190 (KUL-DEL) dari KL ke Delhi.

Thursday, December 19, 2013

us

Assalaamu`alaikum...

us...
it's not us that gives the meaning of 'kami'...
it's us for united states *of america, of course... yeah... i'm talking about that one...*

hmmm...

ok, mohon jangan mengeluh cik suha... mohon...
bukan mengeluh tu... berfikir... *ayat cover*

last time, india...
in the future, us... maybe...

itu pun tak confirm lagi...
maybe...
kalau kena pergi... bertabahlah...
semoga kejadian di india tidak berulang...
oh, nak sangat tulis experience during business trip dekat india nun...
tapi bila time mood swing ni mulalah merapik merapu pasal benda lain...

oklah kalau company hantar pegi us...
maksudnya mereka percayalah kannn *ayat nak menyedapkan hati sendiri*

semoga Allah permudahkan segala urusan pada masa akan datang...
aamiin...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku... janganlah Kau bebankan aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung... janganlah Kau uji aku sebagaimana Kau uji kaum terdahulu... amin ya rabbal `alamin...

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Wednesday, December 18, 2013

D.A.K.W.A.H

Assalaamu`alaikum...

dakwah...
menyebut perkataan itu pun sudah terasa berat dan payah...

banyak cara kita boleh berdakwah...
tapi untuk beristiqamah memangnya agak susah...

kadangkala terfikir...
ya Allah, dah 23tahun ku hidup dekat bumi ni ku ada cuba berdakwah tak?
ku ada tunjukkan contoh yang baik tak?
apa yang menghalang ku dari berdakwah?
sudah bersediakah ku untuk bertemu Mu nanti?

*nanges*

terasa diri ini sungguh kerdil sekali...
cemburu dengan hamba Ilahi yang mampu berdiri menggerakkan dakwah ini...
serasa diri ini lemah sekali...

ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan langkahku ini...
agar bisa ku berdiri...
mencoba menyampaikan walau sedikit pengajaran di sini...
kerna ku ketahui...

manusia itu sendiri adalah DAKWAH YANG BERGERAK...
ya!!
KITA ADALAH DAKWAH YANG BERGERAK...

mari renung2kan, berubah dan beramal :')


think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

Tuesday, December 17, 2013

sungguh aku cemburu!

Assalaamu`alaikum...

tajuk entri ni dah macam tajuk cerpen/novel...
tapi bukan...
sungguhpun memang betul ku cemburu...

ku cemburu dengan mereka yang menggapai syahid...
ku cemburu dengan mereka yang aktif berdakwah...
ku cemburu dengan mereka yang senantiasa berfikiran positif...
ku cemburu dengan mereka yang istiqamah dalam beribadah...
ku cemburu dengan mereka yang nikah awal *erk, ttbe pulak termasuk point ni*

ku cemburu dengan semuanya...
in a positive way, of course!

ku...
masih mencuba membaiki kekurangan diri...

semoga istiqamah...
semoga Allah redha...
semoga kita bertemu di Jannah-Nya...

aamiin~

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...

mood hari ni pelik sikit... sampai dua posts hari ni... -,-

kalau ku fikirkan bondaku...

Assalaamu`alaikum...

manfaatkan kejap lunch hour ni update cik belog...

huarrrrghhhhh... ketensyenannnn!!!

dalam sebulan tu mesti akan ada seminggu yang rasa nak berhenti kerja sangat2...
serious...
selalunya masa mood swing laa...
nasiblah nak berhenti kena bagi notis sebulan...
kalau boleh bagi notis 24jam je mahu ku dah lama berhenti kerja...

ada rakan baikku bilang;
"kau fikirkan mak kau laa. mesti kau bersemangat nak kerja. aku ni pun tak larat jugak. bila aku fikir pasal mak aku, aku laratkan jugak."

thanks kawan.

tapi diri sendiri pula entahlahhh...
kalau ku fikirkan bondaku, nescaya sekarang juga ku berhenti kerja...
nak duduk dekat dengan bonda... dah penat sejak umur 13tahun merantau ke negeri orang... disambung pula dengan pengajian diploma dan ijazah sarjana muda... dan kini, ketika kerja... maksudnya sudah sepuluh tahun jugalah ku di perantauan *cehhh perantauan... macam laa kat oversea...* memang betul jauh perjalanan luas pemandangan... tapi ku rindu nak duduk dekat dengan ayahanda dan bonda... walau ku bukan anak bongsu mahupun anak manja... ku kira normal untuk kita berada dekat dengan ibubapa... sebelum nanti kita perlu ikut suami kita pula...

sekarang...
memikirkan ku aim nak habiskan bayar ptptn by 2014 menjadikan ku bertahan juga...
siap letak baki hutang ptptn dekat sticky-note/post-it note*ikut panggilan masing2* di PC office ni... 
pembakar semangat ku kira... maybe?!
lepas tu insya Allah nak berhenti kerja dan cari kerja dekat dengan rumah...
kerja dekat kedai kek pun takpe... janji dekat dengan rumah...

Ya Allah, Kau permudahkanlah untuk aku bertahan dan memenuhi impian...
aamiin~

Saturday, December 14, 2013

do NOthing for 2 minutes

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho...
berapa ramaikah kita boleh duduk diam tanpa berbuat apa2???
wa respect sama lu...

ku?
ok, first time try ni memang fail...
baru sekejap ku dah gerakkan mouse...
then after a long time, try semula...
baru laa dapat seperti di bawah...



anda boleh ke website ini untuk mencuba...
bila duduk diam tak buat apa2 tu rasa lama gilaaaa 2 minit ni...
baru sedar dua minit yang sekejap tu boleh terasa lama...
dan dua minit yang dirasakan lama itu begitu berharga...

jom hargai masa...
manfaatkan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah...

ada apply nak jadi run volunteer untuk Sarung Kaki Project (mereka ada organise pengedaran sarung kaki di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 25 Disember nanti), tapi Admin nak 45 orang je... kalau ada rezeki terpilih jadi volunteer tu nanti Alhamdulillah... rindu nak buat aktiviti macam ni...

think positively, act accordingly,
smile brightly, live happily~

wassalam...


Thursday, December 12, 2013

Di Sebalik Langsir | Takdir Terindah Kita

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
entry kali ini merupakan Di Sebalik Langsir (DSL) bagi cerpen tulisanku iaitu Takdir Terindah Kita...
*DSL ni kalau dalam B. Melayu industri perfileman standard kira 'Di Sebalik Tabir' (DST) lahh... ku nak guna Di Sebalik Tirai macam kurang syiok pula sebab ending bunyi suku kata rai macam tergantung pula bila sebut... omputeh kata 'Behind The Scene' (BTS) ataupun 'The Making Of' (TMO) gituuu... lalala~*

DSL yang pertama di cik belog ku ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai cerpenku itu...
*mohon bawak bertendang...*

Thursday, December 05, 2013

live from India

Assalaamu`alaikum...

Live from India...
hohoho
yup!
post ini live di taip dan di upload dari India...
lalala~

ku ada di sini  sejak Selasa...
insya Allah kembali ke Tanah Tumpah Darahku *skema tetibe* hari Ahad minggu ni...
ku datang sini atas urusan kerja...
kalau tak jangan haraplah nak dapat fly keluar dari Malaysia ni...
in fact, dah 23tahun hidup ni tak pernah fly lagi...