Social Icons

Monday, April 23, 2018

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Assalamualaikum...

Wahhhhh, entry pertama aku lepas entry pasal azam tahun 2018... dah April baru entry baru muncul... kehkeh...

Okeh, seperti tajuk entry, esok merupakan tarikh kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bagi tahun 2018 ni... dalam mat saleh punya bahasa kampung: Let's Read Together for 10 Minutes...



10 minit je pun... 11 pagi sampai 11.10 pagi... sesiapa yang free tu marilah spend 10 minit masa kita untuk membaca... tapi janganlah tunggu kempen ni je baru nak membaca... jadikan membaca tu salah satu rutin harian kita... (tapi yang singgah cik belog aku ni mesti golongan yang suka membaca kan? Kan? Kan?)

Okeh, tu je laa nak cakap... hahaha! Hari ni & esok aku cuti sebenarnya... sebab tu rajin sikit laa kot up entry kt sini... malam nanti insya Allah rajin sikittttt jugaklah kot nak buat cookies... warm up buat cookies sebelum Ramadhan... hahaha! Habis kau ingat puasa je nak warm up sebelum Ramadhan? Skill buat kuih raya yang tak seberapa ni pun nak kena warm up jugak... kehkeh...

Sekian, wassalaamu...

Sunday, January 14, 2018

dua kosong satu lapan

Assalamualaikum..

I hate to say this but this is so true; pejam celik pejam celik dah dua minggu masuk tahun 2018.. satunya rasa cepat sangat masa berlalu.. satu lagi rasa semakin tua aku! haha..

Tahun 2017 yang lepas cuma ada 2 entries.. tahun 2018 ni tak berani nak menjanjikan sebarang kerajinan untuk update cik belog ni..  sempena entry pertama untuk tahun 2018.. nak list kan azam untuk tahun 2018 ni.. hujung tahun nanti bila aku buka cik belog ni bolehlah aku tengok azam mana yang terlaksana..

1) Beli laptop baru
2) Beli external hard disk baru
3) Siapkan manuskrip yang tertunggak
4) Siapkan manuskrip baru yang tengah berlegar2 dalam kepala otak
5) Cari kerja baru
6) Lebih berdisiplin berbanding tahun2 sebelum ni

okeh, tu je kot azam yang boleh disenaraikan kat sini.. ada lagi azam lain tapi yang tu bersifat peribadi sikit.. tak perlulah share kat sini.. lalala~

Hujung tahun nanti aku nak tengok, azam mana yang berjaya dilaksanakan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku & sesiapa yang sedang membaca entry ni.. aamiin.. 

Sekian,
Wassalaamu..