Social Icons

Sunday, May 17, 2015

blank space, blank mind


Disclaimer: this post got nothing to do with Taylor Swift's song... But I've got a blank space, people and I'll write an entry... Lalala~


Assalaamu'alaikum...

Sejak update Ramalan Kaji Cinta Bab 7 punya entry, ku asyik terfikir hala tuju e-novel tu... Seriously, at first ku rancang nak jadikan mini e-novel je... Tak nak panjang2... Tapi bila dah start menaip, jadi meleret2 pulak jalan cerita... Yang plan Bab 3 dah jadi Bab 5... Yang plan Bab 4 dah jadi Bab 6... Yang plan Bab 7 dah forward jadi Bab 8... Sampai ku sendiri terfikir, dah tu bila nak habis?

Tiba2 jadi risau... Risau kalau cerita tu panjang sangat... Siapa aje yang nak baca? And worse come to worst, orang stop baca sebab cerita meleret... Tapi ku harap sangat pengajaran dalam cerita tu sampai kepada pembaca...

Cik proofreader ku sokong kalau jadikan RKC tu manuskrip penuh dan cuba hantar ke mana2 publisher... Tapi diriku sendiri kurang yakin... Yelah, mostly penerbit nak manuskrip at least 400 pages... Mampu ke aku? Itu persoalan pertama tanya pada diri... Sekarang pun merangkak2 lagi nak menaip... Ku memang kagum dengan para penulis di luar sana yang mampu habiskan dan bukukan novel mereka... 

Buat masa sekarang, ku sendiri tak tahu... Ku teruskan dulu plan asal jadikan RKC mini e-novel... Terima kasih kepada anda yang sudi baca... I really really really hope that it is not a waste of your precious time... Doakan ku mampu terus menaip... Aamiin...

ps: rindu pulak nak taip cerpen... Rasa macam dah lama sangat tak taip cerpen baru... Perasaan je kuttt...

Sekian sahaja luahan hati ini,
Wassalaamu...

Friday, May 15, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 7 ]|:.




sepatutnya kita cari bukan yang badannya sado tapi yang imannya sado.  

tapi kalau imannya sado dan kebetulan badannya juga sado, itu bonus!  - Cik Marvelous

KAK NGAH, ibu nak bercakap ni.” Ujar Amira sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Ainul Mardhiah.

          Saat itu Ainul Mardhiah sedang berbaring di atas katil bujangnya. Amira yang sebelum ini sedang menonton televisyen mendapat panggilan dari Puan Adila. Selepas berborak dengan Amira, Puan Adila ingin bercakap dengan Ainul Mardhiah pula jadi Amira ke bilik kakaknya ini untuk menyerahkan telefon pintarnya. Ainul Mardhiah bangun lalu mencapai telefon pintar yang dihulurkan kepadanya. Setelah itu Amira kembali melangkah ke ruang tamu bagi menyambung menonton rancangan menarik yang sedang disiarkan.

            “Assalaamu`alaikum ibu. Sihat?” tanya Ainul Mardhiah kepada Puan Adila.

            “Alhamdulillah, Ain. Ibu sihat. Hari ni tadi dah jumpa anak Auntie Mazni kan? Macam mana dengan dia?” tanpa bermukadimah yang panjang, Puan Adila terus bertanyakan tentang perjumpaan Ainul Mardhiah dengan anak lelaki kawan baiknya itu.

            “Dia okey aje.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas. Puan Adila nun di hujung talian sudah tersenyum lebar.

            “Okey? Kira jadilah ni ya? Ibu boleh berbincang terus dengan Auntie Mazni lepas ni.” Puan Adila sudah bersuara dengan teruja. Tidak sabar untuk dia lihat anak keduanya ini mendirikan rumah tangga.

            “Ehhhh, bukan ibu, bukan! Bukan okey nak suruh go on dengan plan ibu ni. Ain maksudkan anak Auntie Mazni tu okey aje. Ada satu kepala, dua telinga, dua mata, dua lubang hidung, satu mulut…” belum sempat untuk Ainul Mardhiah menyebut lebih banyak anggota badan, Puan Adila terus menyampuk.

            “Ain ni, main-main pula dia! Ibu tengah serius ni. Ibu nak tahu Ain setuju ataupun tidak dijodohkan dengan budak Wan tu.” Puan Adila sudah berkerut dahi dengan jawapan anaknya yang tidak serius sebelum ini.

            Ainul Mardhiah menarik nafas panjang dan dihembusnya nafas itu. Dia tahu pasti hembusan nafasnya kedengaran seperti satu keluhan. Tidak! Dia tidak mengeluh. Dia hanya belum bersedia untuk memberi jawapan secepat ini kepada ibunya. Dia tahu yang ibunya begitu berharap agar dia bersetuju untuk dijodohkan dengan Badrun Najwan, jadi dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

            Sorry ibu. Ain tak boleh nak bagi keputusan hari ni. Kami dah bersetuju yang kami akan sama-sama bagi keputusan selepas sebulan dari hari ni. Ibu doa-doakanlah supaya Ain dapat buat keputusan yang terbaik untuk Ain.” Ainul Mardhiah menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada si ibu.

Sememangnya dia dan Najwan telah bersetuju untuk sama-sama memberi keputusan masing-masing selepas sebulan. Puan Adila sudah mengangguk walaupun anaknya itu tidak dapat melihat anggukan kepalanya.
           
“Yalah. Kalau Ain dan Wan dah setuju macam tu, ibu dan Auntie Mazni akan tunggu keputusan dari kau orang berdua. Insya Allah, ibu memang sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Ain pun sama ya, teruskan berdoa untuk jodoh yang terbaik buat Ain.” Puan Adila bersetuju untuk menunggu keputusan yang bakal Ainul Mardhiah dan Najwan buat dalam masa sebulan. Dia turut mengingatkan anaknya untuk terus memanjatkan doa supaya dijodohkan dengan pasangan terbaik buat anaknya itu.
           
“Insya Allah, ibu.” Jawab Ainul Mardhiah ringkas.
           
“Okeylah Ain, ibu nak masuk tidur dulu ya. Ain dengan adik jangan tidur lewat sangat okey. Assalaamu`alaikum.” Puan Adila mengakhiri perbualan dengan lafaz salam.
           
Ainul Mardhiah menjawab salam ibunya. Setelah dia pasti bahawa ibunya sudah mematikan talian barulah dia alih telefon dari cuping telinganya. Telefon pintar milik adiknya masih setia dia pegang. Untuk seketika dia termenung jauh. Memikirkan bahawa dalam masa sebulan dia harus juga memberi keputusan kepada Najwan.
           
Kan bagus kalau Badang tu terus tolak cadangan mak-mak kita orang ni. Kalau dia dah tolak, jadinya aku tak payah nak fikir-fikir dah. Tapi dia pula setuju nak pertimbangkan dulu cadangan mak-mak kita orang ni. Nasib baik dia setuju dengan cadangan aku nak tempoh masa sebulan baru beritahu keputusan masing-masing. Tapi yang aku musykil sekarang ni, katakanlah sebulan lagi dia cakap yang dia setuju dengan cadangan ni, macam mana? Kalau aku tak setuju kira tak jadilah kan? Tapi kalau sebaliknya yang jadi macam mana pula? Manalah tahu dalam masa sebulan ni Allah bukakan hati aku untuk terima cadangan ni tapi dia pula yang tak terima. Tetap tak jadi kan? Tapi yang aku pasti, it takes two to tango. Banyak pula aku punya tapi. Tapi betullah kan? Dalam perhubungan macam ni kena dua hala. Kalau seorang je yang setuju mana jalan. Kena dua-dua setuju baru jalan.
           

Tuesday, May 05, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 6 ]|:.




ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa

BOLEH saya tahu siapa nama lelaki tadi?” tanya Najwan setelah beberapa minit dia menenangkan fikiran.

            Ainul Mardhiah menyedut air teh aisnya. Dia menyusun ayat di dalam kepala.

            “Taufiq. Nama dia Taufiq. Saya minta maaf pasal tadi. Saya sendiri tak jangka dia boleh ada dekat sini. Tak pasal-pasal awak kena tempias sekali.” Ujar Ainul Mardhiah. Dia benar-benar rasa bersalah pada Si ‘Badang’ di hadapannya ini walaupun dia akan bersyukur jika Si ‘Badang’ membuat keputusan untuk tidak menerima cadangan ibunya dan Puan Mazni ini. 

     Bukan sebab dia ni jahat ke apa, mungkin sebab lepas semua yang dah jadi ni aku rasa aku masih belum bersedia.

“Biasalah tu Cik Marvelous. Dunia ni kan kecil aje apatah lagi KL ni, pusing sini pusing sana balik-balik jumpa orang yang sama. Tapi kenapa dia panggil awak Ain? Awak cakap nama awak Mar.” Najwan kembali bertanya. Hairan juga lelaki tadi memanggil Cik Marvelous di hadapannya ini dengan panggilan Ain.

Ainul Mardhiah menahan tawa. Kelakar dia rasa apabila lelaki itu menyebut Cik Marvelous. Dia ni serius ke ingat nama aku Marvelous? Haha! Tak kut. Benda boleh fikir lojik. Takkanlah ibu dan ayah aku nak bagi nama Marvelous kat aku. Memanglah tak salah asalkan nama tu bawa maksud yang baik tapi peliklah! Haha!
           
“Ain nama saya, Mar pun nama saya. Family members dan jiran-jiran memang panggil saya Ain, orang lain panggil saya Mar. Dia tu saya tak tahulah kenapa dia tiba-tiba ubah panggil saya Ain masa kami dalam tempoh pertunangan dulu. Saya lagi prefer orang lain panggil saya Mar.” Ainul Mardhiah menerangkan perkara sebenar.
           
Najwan sudah menganggukkan kepala. Tidak mahu terus bercakap perkara yang bersangkut-paut dengan lelaki yang bernama Taufiq itu tadi, dia membuat keputusan untuk meneruskan sesi perkenalan mereka yang tergendala.
           
Okay Cik Marvelous, this time, let’s be serious. Kali ni saya mulakan dulu ya, nama saya bukan Badang. Tak berapa nak kuat dan perkasa macam Badang. Takde six-pack, takde muscle berketul-ketul. Saya Badrun Najwan. You can call me Wan.” Ujar Najwan. Ketika dia menyebut namanya itulah Hafizah dan Amira kembali ke meja. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
           
“Lah, selama-lama kita orang pergi washroom tadi abang baru nak perkenalkan diri? Slowlah abang ni. Lambatlah Fiza dapat kakak ipar kalau macam ni. Kesian mak, berharap sangat abang kahwin cepat-cepat.” Hafizah bertanya dan dalam masa yang sama dia turut mengkritik si abang.

Najwan sudah menjegilkan mata. Hafizah segera melarikan pandangan. Amira sudah tergelak manakala Ainul Mardhiah sudah tersenyum melihat kemesraan dua beradik itu. Biarlah dua anak bongsu itu tidak tahu apa yang baru berlaku.


Friday, May 01, 2015

eNovel | Ramalan Kaji Cinta .:|[ BAB 5 ]|:.




I am number four…

INI boyfriend Ain ke? Balik ni nak kenalkan kat familylah ya? Pandai Ain cari calon, sepadan dengan Ain. Warna baju pun sedondon je. Mak Lang jamin mesti ibu Ain approve ni.”

            Ayat yang ibu saudara Ainul Mardhiah pernah tuturkan semasa di kampung tidak lama dahulu kembali terngiang-ngiang di telinganya. Dia seperti dapat bayangkan semula babak semasa dia sedang mendukung Kamil, anak kedua kakak kandungnya. Ketika itu ibu saudaranya muncul untuk majlis kecil yang diadakan di rumah ibubapanya dan Wan Baju Biru pula pada ketika itu sedang berdiri di sebelahnya sehingga membuatkan ibu saudaranya itu tersalah sangka.

            Semua ni takkan jadi kalau Mak Lang tak pergi cakap pada ibu pasal isu boyfriend tu. Ada ke patut Mak Lang ingatkan Wan Baju Biru tu boyfriend aku dan dia pergi cakap pada ibu depan mak Wan Baju Biru pula tu! Haish! Lepas tu memanglah ibu ada beritahu Mak Lang yang aku still single dan lelaki tu bukan boyfriend aku tapi sebenarnya anak Auntie Mazni, kawan baik ibu tu yang datang majlis tu. Masalahnya Auntie Mazni pula pergi cakap pada ibu yang anak dia single juga. Dia cadangkan nak kahwinkan kita orang maka ibu dan Auntie Mazni dapatlah berbesan. Nice kan? Maksud aku, ‘nice’! Huarghh! Tiba-tiba aku rasa sekarang ni aku mangsa keadaan.

            Tapi Ain, Mak Lang cuma cakap apa yang dia sangka aje. Mungkin sebab dia nampak kau orang berdua sepadan sebab tu dia cakap macam tu. Janganlah nak salahkan Mak Lang, ibu ataupun Auntie Mazni. Semua yang berlaku tu atas kehendak Allah. Siapalah kita nak melawan takdirNya. Seperti biasa, bahagian ‘expert’ dalam diri Ainul Mardhiah menasihatinya. Fikirannya tidak begitu fokus.

Waktu itu dia dan Amira baru sahaja tiba di medan selera Mid Valley Megamall. Mereka berdua terus mengambil tempat duduk walaupun sekarang masih belum ramai orang dan tidak perlu berebut. Ainul Mardhiah hanya tunduk merenung meja. Amira sudah semestinya terus bermain Clash of Clans di telefon pintarnya.

“Mira tak nak beli air dulu sambil tunggu dia orang?” tanya Ainul Mardhiah setelah beberapa minit mereka hanya berdiam. Dia kerling jam di pergelangan tangan, masih berbaki lima belas minit sebelum masa yang dijanjikan. Amira sudah menggelengkan kepalanya.

“Takpe Kak Ngah, tunggu dia orang sekalilah lagipun tadi Fiza ada cakap dia orang nak sampai dah.” Ujar Amira.

Ainul Mardhiah hanya mengangguk tanda faham. Eh, Mira cakap apa tadi? Dia orang nak sampai dah? Kenapa aku dapat rasa jantung aku dah berdegup dua tiga macam aje ni? Oh pleaselah cik jantung, kau jangan macam-macam! Buat biasa sudah. Macamlah tak biasa. This is not our first time, remember?