Social Icons

Monday, November 24, 2014

Di Sebalik Langsir | Frekuensi Hati Dia

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh~ I'm back! *ini semua poyo* Hahaha... Kali ni untuk DSL cerpen poyo Frekuensi Hati Dia tu... Ho ho ho hokeh untuk cerpen poyo ni agak banyak points penting yang ku nak sampaikan, so kalau anda sudi teruskan pembacaan, please bear with me for a few minutes... Gituuhhh... Wahaha~

1) Kerja kumpulan *macam skema je.. Hohoho* Ku sure gilalah anda pernah kerja berkumpulan kan? Lantaklah sekolah rendah ke menengah ke zaman uni ke, mesti ada walau sekali. Pengajaran kat sini kalau kerja berkumpulan tu mohonlah buat part masing2 yg dah dipersetujui. Jangan sebab kita, kerja org lain tertangguh atau perlu cover part kita pulak. Markah tu markah bersama okeh. Lalala~

2) Jangan cakap yang bukan2 sebab biasanya itulah yang jadi. Hahaha~ Ku pernahlah alami kes yg kita taknak itulah yang kita dapat. Macam kes Atiyyah ni lagi dia taknak sama group dengan Dean lagilah dia dapat sama group. Nak tau kenapa? Sebab aturan Allah tu dah cantik. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita dan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cumanya kita biasanya tak nampak hikmah tu tang tu jugak.

3) Jangan terlalu judgemental. Well, in this case si Atiyyah ni laa terlampau fikir negatif pasal Dean hanya sebab satu fakta bahawa Dean seorang playboy. Okeh, playboy itu bukan satu sifat yang terpuji tetapi kita sendiri tak bolehlah nak anggap benda tak baik je kat depa. Terang2 yang Atiyyah dapat belajar playboy macam Dean sebenarnya ada sisi pemurah dan penyayang. Harus diingatkan ini bukan tiket untuk membenarkan anda jadi playboy/playgirl tahu!

4) Mahalkan harga diri kita. Part ni ku memang sengaja selitkan sebab nak bagi pengajaran pada semua termasuk ku sendiri. Jangan cepat terpedaya dengan kata2 terlebih manisan dan gula dari lelaki di luar sana. Sesungguhnya bila mereka puji anda beautiful anda tak tahu mereka memang maksudkan beautiful atau beautifool. So, don't be fooled! ;p


Saturday, November 15, 2014

tiket untuk nanges~

Assalaamu'alaikum...

Orang cakap perempuan ni susah nak faham... Kalau ada 10 perempuan maknanya akan ada 10 perangai yang berbeza... Hmm... Part of me setuju jugak laa dengan benda tu... Ku tak tahulah orang perempuan lain akan setuju atau tak.. Tapi berdasarkan pemerhatian ku sendiri ku memang nampak lain perempuan, lain perangai dia...

Sedih...

Cakap pasal sedih ni menipu gila laa kalau takde orang pernah rasa sedih... Ku rasa semua orang pernah rasa sedih cuma sebab mereka sedih je mungkin berbeza... Contohnya ada orang yang terlepas beli limited edition barang fav dia, dia rasa sedih... Orang lain pulak pandang, ek eleh relax laa weih tak berbaloi laa kau nak sedih pasal tu je... Dan orang yang cakap ek eleh tu tadi mungkin akan sedih pasal perkara yang orang-terlepas-beli-barang-limited-edition tu rasa tak sedih...

Ku sendiri kadang2 dalam sebulan tu akan ada hari yang ku rasa sedih walau tanpa apa2 sebab... Waktu tu rasa nakkkk nanges sangat... Taktau nape... Tapi kalau tiba2 je nanges pelik pulak roommate ku nanti... So apa lagi ku guna laa tiket untuk nanges ku... Hohoho~


Sunday, November 09, 2014

Cerpen | Frekuensi Hati Dia


PARA pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah. Para pelajar yang akan menggunakan bilik kuliah untuk kelas seterusnya pula sudah mula masuk ke dalam bilik kuliah. Sepuluh minit jarak masa dari satu kelas ke kelas yang lain digunakan untuk para pelajar bergerak ke kelas seterusnya. Atiyyah dan Hasna berjalan beriringan menuju ke kelas mereka yang akan diadakan di salah satu bilik kuliah yang terletak di tingkat 1. Kelihatan dua orang pelajar berjalan dari arah bertentangan dengan mereka. Kedua-duanya sedang rancak berbual.

“Tiyah, Tiyah, tengok akak yang sebelah kanan depan kita tu.” Hasna berkata perlahan kepada Atiyyah. Cukup untuk didengari oleh Atiyyah sahaja. Atiyyah pandang sekali imbas pelajar yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Setelah pelajar yang dimaksudkan sudah berlalu Atiyyah bertanya kepada rakannya itu.

“Cantik. Kenapa dengan dia?” tanya Atiyyah polos. Si Atiyyah ni memang senang puji orang cantik. Tiga minggu Hasna kenal dengan Atiyyah ni siapa aje yang dia tak puji cantik, semua perempuan dia puji cantik. Kadang-kadang pandangan mata Hasna rasa biasa-biasa aje tapi Atiyyah puji cantik. Bila ditanya Atiyyah akan cakap, manusia tu sebaik-baik kejadian jadi macam mana yang Allah ciptakan kita, itulah cantik. Dan lagi cantik apabila kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi pelajar yang baru lalu tadi tak dinafikan memang cantik pun.

“Akak tu Dean’s List habaq hang.” Jawab Hasna. Atiyyah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Di dalam hati dia sudah memuji, sudahlah cantik, pelajar Dean’s List pula tu. Insya Allah aku akan usahakan untuk dapat Dean’s List juga. Dalam diam Atiyyah sudah memasang azam buat dirinya. 

Mereka berdua melangkah mendaki anak tangga. Keadaan yang sedikit sesak menyebabkan para pelajar yang sedang mendaki naik anak tangga dan para pelajar yang sedang menuruni anak tangga bergerak perlahan. Ketika mereka berdua berpapasan dengan seorang pelajar perempuan, Hasna mencuit Atiyyah dan membuat isyarat mata untuk Atiyyah memandang pelajar tersebut. Atiyyah hanya sempat memandang sekilas kerana sedikit lambat membaca isyarat yang dihantar oleh Hasna. Setelah mereka berada di tingkat 1, langkah kaki diteruskan untuk menuju ke bilik kuliah.

“Kau nampak tak akak tadi yang aku suruh tengok masa aku cuit kau?” tanya Hasna.

“Nampak sekilas ajelah Na.” Jawab Atiyyah jujur. Hasna menyambung bicara.

“Akak tu pun Dean’s List juga.” Kata Hasna. Sekali lagi Atiyyah mengangguk-anggukkan kepalanya dan sekali lagi dia bersemangat untuk mendapatkan Dean’s List. Sewaktu Atiyyah ingin membuka pintu bilik kuliah, Hasna sempat sekali lagi mencuit Atiyyah dan berkata perlahan, “Pandang kiri.. pandang kiri..”  

Atiyyah memandang ke sebelah kirinya, dilihatnya seorang pelajar perempuan sedang membuka pintu dan masuk ke dalam bilik kuliah di sebelah. Atiyyah memandang Hasna dan berkata, “Jangan cakap dekat aku yang akak tu pun Dean’s List juga.” Hasna sudah tersengih lebar, “Haha. Nak cakap juga, akak tu memang Dean’s List pun.” 


Sunday, November 02, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 5 ]|:.



NAJLA NAQIYAH tekun menyiapkan tugasan di meja belajarnya. Laju jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci menaip tugasan yang perlu disiapkan. Auni Atiqah sudah melentokkan kepala di atas katil bersebelahan dengan komputer riba sahabatnya itu. Sedang berfikir barangkali. Sudah menjadi kebiasaan sahabatnya itu akan melakukan tugasan dengan duduk di atas lantai dan komputer riba di atas katil. Lebih selesa katanya. Sahabat baik mereka seorang lagi, Hasni Hidayah pula sedang menyanyi perlahan mengikut alunan muzik yang dimainkan. 

Najla Naqiyah berkongsi bilik dengan Auni Atiqah. Mereka ditempatkan di bilik yang menempatkan dua orang pelajar. Hasni Hidayah pula tinggal di blok yang sama tetapi berlainan aras. Namun begitu, Hasni Hidayah selalu bertandang ke bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah terutama sekali apabila mereka perlu melakukan tugasan berkumpulan. Kadang-kala apabila ada tugasan individu seperti ini, Hasni Hidayah tetap akan menyiapkannya di bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah. The more the merrier katanya. Macam-macam perangai budak dua orang ni tapi inilah sahabat baik yang dari semester satu sama-sama mengharungi cabaran di alam universiti ni. Sahabat yang takkan ada lain-lain pengganti.

Najla Naqiyah berhenti menaip dikala jari-jemarinya berasa lenguh. Diramas-ramasnya jari-jemarinya itu dan ketika itulah telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk melalui aplikasi Whatsapp. Serentak dengan itu Auni Atiqah dan Hasni Hidayah memandang tepat ke arah Najla Naqiyah. Najla Naqiyah hanya membuat riak bersahaja manakala kedua-dua orang rakan baiknya itu sudah tersenyum penuh makna. Najla Naqiyah mencapai telefon pintarnya lalu membaca mesej yang baru diterima. Kedua-dua sahabat baiknya itu pula senantiasa setia memerhati gerak langkahnya.

Assalaamu`alaikum. Awak, esok saya outstation ke Singapore. Ada apa-apa yang awak nak? Saya belanja ;)