Social Icons

Wednesday, December 31, 2014

Cerpen | I Seriously Wanna Marry You

Atas permintaan tak berapa ramai dan jejari sendiri yang rasa gatal nak menaip, cerpen ini merupakan sekuel kepada cerpen ‘I Think I Wanna Marry You’… Happy reading ;)


 “WHO’S that girl?” tanya Sri Farhanah kepada adiknya.

“Isteri seminit Ash. Haha.” Ashraf Fikri sudah tergelak. Sri Farhanah memandang Ashraf Fikri yang berada di sebelahnya dengan pandangan tidak percaya dan kembali memandang ke hadapan untuk fokus pada pemanduan.

Don’t tell me that she’s the one…” Ashraf Fikri sudah mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun ayat Sri Farhanah tergantung. Dia sudah mengetahui apa yang kakaknya itu maksudkan.

Yup, she’s the one. Yang Ash beritahu menyebabkan rekod baik Ash yang tak pernah ada masalah disiplin jadi rosak.” Sri Farhanah sudah ketawa mendengar ayat dari adiknya itu.

I bet you deserve it. Bukannya Ash tak pernah buat salah, cuma tak pernah kantoi je. So dia tu kira adik ipar seminit akak la kan? Well, akan datang mungkin jadi adik ipar sepanjang hayat akak pula. Haha.” Kata Sri Farhanah mengusik adiknya itu.

Nope! Never! Not in this life.” Ashraf Fikri bersuara dengan yakin.

“Haha. Don’t be so sure, brother. You don’t know what awaits you.” ujar Sri Farhanah. 

“Haha. Sebab Ash sure laa Ash berani cakap.” Ashraf Fikri melarikan jari-jemarinya melalui rambut. Seperti tayangan video, terbayang babak perbualan dirinya dan kakak kesayangan sewaktu dia di Tingkatan 5 tidak lama dahulu. Apa yang aku pernah cakap dulu makan diri aku sendiri. Cuma bezanya sekarang ni bukannya Fann tu jadi adik-ipar-sepanjang-hayat akak tapi jadi adik-ipar-tak-jadi akak. Betul apa yang akak cakap dulu, jangan terlampau yakin dengan sesuatu perkara sebab kita tak tahu apa yang menanti kita di masa depan.

Ashraf Fikri merenung siling bilik tetamu rumah kakak dan abang iparnya itu. Lampu bilik sengaja tidak dihidupkan tetapi bilik tersebut tidaklah begitu gelap kerana cahaya dari luar masih boleh menerpa masuk. Posisi badan ditukar. Dia kini sedang berbaring mengiring ke kanan. Kenapa Fann tolak lamaran aku? Ayat macam tak boleh terima kenyataan kena reject. Bukan okey! Aku tak kisah kalau kena tolak dengan Fann sekalipun tapi kenapa dia langsung tak nak ambil masa untuk fikir? Sekurang-kurangnya balik buat solat istikharah dulu. Aku bukannya nak ajak kahwin dalam masa terdekat. Ini kalau aku minta nasihat Puan Sri Embun tu dah tentu dia gelak golek-golek dulu baru bagi nasihat kat aku. Tapi memang pada dia je yang aku selalu cerita masalah aku.

Langkah kaki Ashraf Fikri atur menuju ke arah ruang tamu. Kakaknya, Sri Farhanah dan abang iparnya, Aduka Firdaus sedang leka melayan kerenah anak perempuan mereka yang berumur dua tahun. Embun merupakan panggilan nenda mereka kepada Sri Farhanah dan sejak kakaknya ini mendirikan rumah tangga, dia kadang-kala sengaja memanggil kakaknya Puan Sri Embun dan suami kakaknya pula Tan Sri Aduka. Bukan apa, kalau panggil mereka berdua Tan Sri dan Puan Sri jadinya tak perlulah panggil guna panggilan abang dan kakak. Hahaha.


Friday, December 19, 2014

cerpen update~

Assalaamu'alaikum...

Uishhh sedar tak sedar dah semakin menghampiri hujung bulan Disember... Huarghhh!! Bila dah hujung bulan Dis ni memanglah rasa macam tak boleh terima kenyataan... Sebab tahun barunya bermakna umur dah +1... Hohoho...

Sekarang tengah in the making of sequel for 'I Think I Wanna Marry You'... Haha~ 
Tak tahulah bakal pembaca cerpen sekuel ni nanti akan suka atau tak ending dia... Semoga suka hendaknya... Ku cuba buat sebaik mungkin... Lalala~

Azamnya nak jadikan cerpen sekuel ni cerpen terakhir untuk tahun 2014 ni tapi memandangkan progress menaip baru 5% so tak berani nak jamin bila akan siap... Kalau tak sempat siap tahun ni maka cerpen sekuel ni akan jadi cerpen pertama untuk tahun 2015 nanti... Kalau ada yang sudi tunggu, harap bersabar...

*terima kasih buat semua yang sudi ziarah dan baca cerita-cerita picisan kat sini... Dan terima kasih juga buat yang sudi komen walaupun sebagai anonymous... Komen anda pembakar semangat saya ;) *

Sekian...
Wassalam~

Wednesday, December 03, 2014

Kesunyian Cik Belog~

Assalaamu'alaikum...

Hari ni bukak Cik belog yang setia ni... Setia laa cik belog ni tunggu ku update dia tapi ku tak consistent langsung update belog... *susah weyhhh nak istiqomah update entry blog* Hohoho... Maaf ya Cik belog... By now you should know perangai tuan kau ni yang sebenar... Huahuahua~ tapi, ku setia padamu tahu! Gituuuuuhhh...

Page views as of ku taip entry ni dah 9874... Mahu tak terkejut! Terkejut tahu! Yela untuk belog simple yang entah apa2 ni plus cerpen dan enovel yang terbengkalai tu boleh dapat pageviews hampir 10K... I should thank you guys for dropping by here... Sengaja atau tidak sengaja... Singgah dan baca cerpen/enovel/DSL mahupun singgah saja2 tak baca apa2... Thank you~ Semoga ada walau sedikit manfaat dari belog ini... Insya Allah...

Itu je... Entry ni tak penting pun... Hahaha... Semata2 sebab nak update belog yang sunyi ni punya pasal... Hehehe...

Sekian, wassalam ;)

Mohon klik untuk tumbesaran~
Mohon klik untuk tumbesaran~


Monday, November 24, 2014

Di Sebalik Langsir | Frekuensi Hati Dia

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh~ I'm back! *ini semua poyo* Hahaha... Kali ni untuk DSL cerpen poyo Frekuensi Hati Dia tu... Ho ho ho hokeh untuk cerpen poyo ni agak banyak points penting yang ku nak sampaikan, so kalau anda sudi teruskan pembacaan, please bear with me for a few minutes... Gituuhhh... Wahaha~

1) Kerja kumpulan *macam skema je.. Hohoho* Ku sure gilalah anda pernah kerja berkumpulan kan? Lantaklah sekolah rendah ke menengah ke zaman uni ke, mesti ada walau sekali. Pengajaran kat sini kalau kerja berkumpulan tu mohonlah buat part masing2 yg dah dipersetujui. Jangan sebab kita, kerja org lain tertangguh atau perlu cover part kita pulak. Markah tu markah bersama okeh. Lalala~

2) Jangan cakap yang bukan2 sebab biasanya itulah yang jadi. Hahaha~ Ku pernahlah alami kes yg kita taknak itulah yang kita dapat. Macam kes Atiyyah ni lagi dia taknak sama group dengan Dean lagilah dia dapat sama group. Nak tau kenapa? Sebab aturan Allah tu dah cantik. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita dan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cumanya kita biasanya tak nampak hikmah tu tang tu jugak.

3) Jangan terlalu judgemental. Well, in this case si Atiyyah ni laa terlampau fikir negatif pasal Dean hanya sebab satu fakta bahawa Dean seorang playboy. Okeh, playboy itu bukan satu sifat yang terpuji tetapi kita sendiri tak bolehlah nak anggap benda tak baik je kat depa. Terang2 yang Atiyyah dapat belajar playboy macam Dean sebenarnya ada sisi pemurah dan penyayang. Harus diingatkan ini bukan tiket untuk membenarkan anda jadi playboy/playgirl tahu!

4) Mahalkan harga diri kita. Part ni ku memang sengaja selitkan sebab nak bagi pengajaran pada semua termasuk ku sendiri. Jangan cepat terpedaya dengan kata2 terlebih manisan dan gula dari lelaki di luar sana. Sesungguhnya bila mereka puji anda beautiful anda tak tahu mereka memang maksudkan beautiful atau beautifool. So, don't be fooled! ;p


Saturday, November 15, 2014

tiket untuk nanges~

Assalaamu'alaikum...

Orang cakap perempuan ni susah nak faham... Kalau ada 10 perempuan maknanya akan ada 10 perangai yang berbeza... Hmm... Part of me setuju jugak laa dengan benda tu... Ku tak tahulah orang perempuan lain akan setuju atau tak.. Tapi berdasarkan pemerhatian ku sendiri ku memang nampak lain perempuan, lain perangai dia...

Sedih...

Cakap pasal sedih ni menipu gila laa kalau takde orang pernah rasa sedih... Ku rasa semua orang pernah rasa sedih cuma sebab mereka sedih je mungkin berbeza... Contohnya ada orang yang terlepas beli limited edition barang fav dia, dia rasa sedih... Orang lain pulak pandang, ek eleh relax laa weih tak berbaloi laa kau nak sedih pasal tu je... Dan orang yang cakap ek eleh tu tadi mungkin akan sedih pasal perkara yang orang-terlepas-beli-barang-limited-edition tu rasa tak sedih...

Ku sendiri kadang2 dalam sebulan tu akan ada hari yang ku rasa sedih walau tanpa apa2 sebab... Waktu tu rasa nakkkk nanges sangat... Taktau nape... Tapi kalau tiba2 je nanges pelik pulak roommate ku nanti... So apa lagi ku guna laa tiket untuk nanges ku... Hohoho~


Sunday, November 09, 2014

Cerpen | Frekuensi Hati Dia


PARA pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah. Para pelajar yang akan menggunakan bilik kuliah untuk kelas seterusnya pula sudah mula masuk ke dalam bilik kuliah. Sepuluh minit jarak masa dari satu kelas ke kelas yang lain digunakan untuk para pelajar bergerak ke kelas seterusnya. Atiyyah dan Hasna berjalan beriringan menuju ke kelas mereka yang akan diadakan di salah satu bilik kuliah yang terletak di tingkat 1. Kelihatan dua orang pelajar berjalan dari arah bertentangan dengan mereka. Kedua-duanya sedang rancak berbual.

“Tiyah, Tiyah, tengok akak yang sebelah kanan depan kita tu.” Hasna berkata perlahan kepada Atiyyah. Cukup untuk didengari oleh Atiyyah sahaja. Atiyyah pandang sekali imbas pelajar yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Setelah pelajar yang dimaksudkan sudah berlalu Atiyyah bertanya kepada rakannya itu.

“Cantik. Kenapa dengan dia?” tanya Atiyyah polos. Si Atiyyah ni memang senang puji orang cantik. Tiga minggu Hasna kenal dengan Atiyyah ni siapa aje yang dia tak puji cantik, semua perempuan dia puji cantik. Kadang-kadang pandangan mata Hasna rasa biasa-biasa aje tapi Atiyyah puji cantik. Bila ditanya Atiyyah akan cakap, manusia tu sebaik-baik kejadian jadi macam mana yang Allah ciptakan kita, itulah cantik. Dan lagi cantik apabila kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi pelajar yang baru lalu tadi tak dinafikan memang cantik pun.

“Akak tu Dean’s List habaq hang.” Jawab Hasna. Atiyyah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Di dalam hati dia sudah memuji, sudahlah cantik, pelajar Dean’s List pula tu. Insya Allah aku akan usahakan untuk dapat Dean’s List juga. Dalam diam Atiyyah sudah memasang azam buat dirinya. 

Mereka berdua melangkah mendaki anak tangga. Keadaan yang sedikit sesak menyebabkan para pelajar yang sedang mendaki naik anak tangga dan para pelajar yang sedang menuruni anak tangga bergerak perlahan. Ketika mereka berdua berpapasan dengan seorang pelajar perempuan, Hasna mencuit Atiyyah dan membuat isyarat mata untuk Atiyyah memandang pelajar tersebut. Atiyyah hanya sempat memandang sekilas kerana sedikit lambat membaca isyarat yang dihantar oleh Hasna. Setelah mereka berada di tingkat 1, langkah kaki diteruskan untuk menuju ke bilik kuliah.

“Kau nampak tak akak tadi yang aku suruh tengok masa aku cuit kau?” tanya Hasna.

“Nampak sekilas ajelah Na.” Jawab Atiyyah jujur. Hasna menyambung bicara.

“Akak tu pun Dean’s List juga.” Kata Hasna. Sekali lagi Atiyyah mengangguk-anggukkan kepalanya dan sekali lagi dia bersemangat untuk mendapatkan Dean’s List. Sewaktu Atiyyah ingin membuka pintu bilik kuliah, Hasna sempat sekali lagi mencuit Atiyyah dan berkata perlahan, “Pandang kiri.. pandang kiri..”  

Atiyyah memandang ke sebelah kirinya, dilihatnya seorang pelajar perempuan sedang membuka pintu dan masuk ke dalam bilik kuliah di sebelah. Atiyyah memandang Hasna dan berkata, “Jangan cakap dekat aku yang akak tu pun Dean’s List juga.” Hasna sudah tersengih lebar, “Haha. Nak cakap juga, akak tu memang Dean’s List pun.” 


Sunday, November 02, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 5 ]|:.



NAJLA NAQIYAH tekun menyiapkan tugasan di meja belajarnya. Laju jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci menaip tugasan yang perlu disiapkan. Auni Atiqah sudah melentokkan kepala di atas katil bersebelahan dengan komputer riba sahabatnya itu. Sedang berfikir barangkali. Sudah menjadi kebiasaan sahabatnya itu akan melakukan tugasan dengan duduk di atas lantai dan komputer riba di atas katil. Lebih selesa katanya. Sahabat baik mereka seorang lagi, Hasni Hidayah pula sedang menyanyi perlahan mengikut alunan muzik yang dimainkan. 

Najla Naqiyah berkongsi bilik dengan Auni Atiqah. Mereka ditempatkan di bilik yang menempatkan dua orang pelajar. Hasni Hidayah pula tinggal di blok yang sama tetapi berlainan aras. Namun begitu, Hasni Hidayah selalu bertandang ke bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah terutama sekali apabila mereka perlu melakukan tugasan berkumpulan. Kadang-kala apabila ada tugasan individu seperti ini, Hasni Hidayah tetap akan menyiapkannya di bilik Najla Naqiyah dan Auni Atiqah. The more the merrier katanya. Macam-macam perangai budak dua orang ni tapi inilah sahabat baik yang dari semester satu sama-sama mengharungi cabaran di alam universiti ni. Sahabat yang takkan ada lain-lain pengganti.

Najla Naqiyah berhenti menaip dikala jari-jemarinya berasa lenguh. Diramas-ramasnya jari-jemarinya itu dan ketika itulah telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk melalui aplikasi Whatsapp. Serentak dengan itu Auni Atiqah dan Hasni Hidayah memandang tepat ke arah Najla Naqiyah. Najla Naqiyah hanya membuat riak bersahaja manakala kedua-dua orang rakan baiknya itu sudah tersenyum penuh makna. Najla Naqiyah mencapai telefon pintarnya lalu membaca mesej yang baru diterima. Kedua-dua sahabat baiknya itu pula senantiasa setia memerhati gerak langkahnya.

Assalaamu`alaikum. Awak, esok saya outstation ke Singapore. Ada apa-apa yang awak nak? Saya belanja ;)


Sunday, October 26, 2014

Tahukah Anda? Mesti Tak, Nak Beritahulah Ni...

Assalaamu'alaikum...

Sejak dua minggu yang lepas, ku dapat rumuskan berdasarkan pageviews bahawa ramai juga yang sudi berkunjung ke Cik belog kepunyaanku ini... Segan pulak kite, dahlah Cik belog ni takde apa2 sangat... Terima kasih atas kesudian anda untuk berkunjung dan semoga kunjungan anda tidak berakhir dengan kekecewaan...

Walaupun Cik belog ini asalnya berjantina belog peribadi, tetapi oleh kerana ku malas nak pening kepala create and manage belog lain semata2 untuk cerpen/enovel yang belum tentu ku akan istiqomah update, maka ku sekalikan sahaja dengan Cik belog ini tanpa meminta persetujuan beliau. * kalau cik belog tak setuju pun ada aku kisah? Ku tuannya. Bhahaha. Gelak kejam sket! *

Jom tengok sikit screen shot enovel dan cerpen dekat Cik belog ni...


Mohon klik untuk tumbesaran~
Ku pelik juga page views bab tu tak balance tapi tak kisahlah. Janji ada orang sudi baca. Kalau sudi komen tu bertambah2 syukur Alhamdulillah. Anda komenlah positif mahupun negatif, ku terima seadanya.

Friday, October 24, 2014

Mari Bersatu Hati Bawa Jiwa Pergi Berhimpun

Assalaamu'alaikum...

Okey, insya Allah akan bertolak pergi Shah Salam... Wuwuwu... Rasa macam dah lama sangat tak pi sana... Sebenarnya sebab kawan ajak join satu program dekat UiTM Shah Alam... Sambil2 tu boleh tengok perubahan UiTM... Hehe~ Bersatu kita warga UiTM *eheh tetiba* You don't have to worry, program ni bukan untuk warga UiTM je, terbuka okey :)

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati :)
25 Oktober 2014 (Sabtu)
Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam


Mohon Klik Untuk Tumbesarannya...

Program ni anjuran Raudhatus Sakinah bersama beberapa penganjur yang lain... Himpunan ini adalah untuk menyatakan tekad kita menjadi para belia dan remaja bijak yang menjauhi zina... Kalau anda pernah dengar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), ha yang ni samalah... ABJZ ni memang banyak buat himpunan macam ni dan pergi ke sekolah2 menengah... Syarat pesertanya sesiapa berumur 13~25 tahun... Yeehaa~ gue masih layak *nak mengaku diri ni muda kononnya...*

Kepada yang berminat anda boleh mendaftar di sini... Insya Allah tak menyesal punya... You guys can also check out the website for more information...


Saturday, October 18, 2014

Ini Entry Nak Bebel

Assalaamu'laikum...

Setelah tidak berjaya dalam interview KEMAS tempoh hari, ku bakal menghadiri satu lagi interview lain pada Khamis depan, 23 Oktober... Dekat Kuantan jugak... 

Disebabkan itu, ku rasa nak bebel pada diri sendiri... 'Kau dah tau kau ada interview yang kau dok menaip lagi pasal ape? Pergilah study nun...' Lebih kurang macam ni lah ku kata pada diri sendiri...

Masalahnya ku rasa orang lain pun mungkin pernah alami benda yang sama; waktu yang kita patut buat benda lain itulah yang kita 'ter'distracted dengan sesuatu yang menjadi kesukaan kita... Sebagai contoh, nak buat assignment, tapi sebelum tu nak tengok cerita Korea jap... Plan asal nak tengok satu episod je last2 layan berepisod2 dekat setengah cerita habis layan waktu tu *okey, I have to admit that contoh yang ku bagi ni yang terjadi pada diri sendiri zaman belajar dulu... Huahuahua~*

Itu dulu punya cerita... Sekarang, lebih kurang sama... Sepatutnya ku study untuk interview tu tapi dalam kepala otakku sekarang ni dok datang idea cerpen baru dan bab seterusnya novel... Dan jejari kurang runcing ini juga rasa gatal je nak menaip... Aiyokk~ Masa tarak sesuai maa... Tapi ini kisah benar... Apa yang berlaku padaku saat ini... Walaubagaimanapun, alhamdulillah dengan idea cerpen dan novel tersebut...

Sekian entry nak bebel kat diri sendiri ini... Semoga anda yang sengaja membaca atau terbaca bebelan ini dijauhi dari sindrom seperti ini... Dan mohon jasa baik kalian untuk mendoakan ku agar dapat jawab soalan2 interview tersebut dengan mesra, cepat dan betul eheh tenang, yakin dan betul... Aamiin...

Wassalam ;)

Friday, October 17, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 4 ]|:.



PINTU bilik yang menempatkan pekerja bahagian Teknologi Maklumat dikuak dari luar. Arif Fitri berjalan masuk sambil memandang Ihsan, rakan sekerjanya yang sudah tersengih memandang dirinya.

“Kau dah kenapa pandang aku tersengih-sengih macam tu?” tanya Arif Fitri. Dia duduk di tempat duduknya sambil terus menaip kata laluan bagi komputernya. Sudah menjadi kebiasaan dia akan memastikan komputer berada di dalam keadaan ‘Lock’ apabila dia keluar dari bilik itu.

“Kau dah baca emel?” soalan dari Arif Fitri dijawab dengan soalan oleh Ihsan. Kali ini sengihan Ihsan makin lebar.

“Belum. Kenapa?” tanya Arif Fitri tetapi dia tidak terus memeriksa emel sebaliknya meneruskan kerjanya seperti biasa.

“Kita kena pergi Singapore office.”

What? Kenapa aku pula? Dalam meeting dah setuju kau dengan Willy kan? Aku back up kau orang dari sini je.” Arif Fitri berkata dengan nada suara tidak puas hati. Segera peti masuk emel dibuka dan ternyata telah dihantar arahan baru bagi dirinya menggantikan tempat William untuk ke pejabat di Singapura. Takde hal nak kena ganti tapi kena bertolak esok kut. Esok dahlah hari Sabtu. Dah janji dengan Ya nak discuss segala misi, visi, aktiviti bagai. Adoyai.


Wednesday, October 08, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 3 ]|:.



HARI Sabtu menjelma. Hari ini secara rasminya menjadi hujung minggu pertama buat Najla Naqiyah dan suaminya. Ok, menipulah pula kalau ini merupakan hujung minggu pertama mereka sedangkan mereka sudah lebih dua minggu mendirikan rumah tangga. Tetapi, disebabkan hujung minggu sebelum ini mereka masih bersama keluarga, jadi minggu ini buat pertama kalinya hanya mereka berdua sahaja.

Najla Naqiyah mengambil keputusan untuk log masuk ke akaun Facebook miliknya. Memandangkan hari ini merupakan hari cuti maka dikira masih awal lagi untuk dia menyediakan sarapan pagi. Arif Fitri sedari tadi sudah menyambung tidur selepas mereka solat Subuh berjemaah. Najla Naqiyah tidak mahu mengganggu tidur si suami sementelah si suami pulang agak lewat kerana urusan kerja.

Tidak banyak perkara menarik di Facebook. Dia hanya membalas mesej-mesej dari rakan-rakannya yang masih menyucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga dia terbaca status rakan-rakannya yang menyatakan bahawa mereka kini sedang giat mencari pekerjaan dan ada yang berdebar-debar untuk menghadiri temuduga. Dia sendiri risau dengan masa depannya. Mampukah dia untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga setelah dia turut bekerja suatu hari nanti? Tetapi untuk mengambil keputusan menjadi seorang surirumah sepenuh masa bukanlah pilihan yang sesuai saat ini.


Wednesday, October 01, 2014

Di Sebalik Langsir | I Think I Wanna Marry You

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh... 
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dalam DSL bagi cerpen keenamku, 'I Think I Wanna Marry You' pada kali ini... O Allah, seriously masa macam ni memang blur nak taip apa dekat DSL ni...huhuhu~ bawak bertabah~ just go with the flow... taip je laa apa2 yang terlintas dekat otak ni... jika anda larat nak teruskan bacaan, silakan ;)

1) firstly, pasal tajuk cerpen ni... hmm pada hematku sendiri tajuk ni sendiri dah kurang menarik... kalau perangai ku sendiri, cerpen tajuk macam ni yang ku baca last2... wahaha~ tapi tajuk ni dapat ilham dari lagu 'Marry You' by Bruno Mars... please don't get me wrong, ada je lagu Bruno Mars yang lain yang ku dengar dan suka, tapi lagu 'Marry You' ni ku memang sangat tak berkenan... maka ter'taip'lah cerpen ini... wuwuwu~

2) awal2 cerpen ni berlatarbelakangkan sekolah menengah di mana dari satu peristiwa didenda membuatkan Aufa Liyana dan Ashraf Fikri ni boleh pula berkawan baik... well, in my case, ku pernah berkawan dengan orang yang sebelum ni memang selalu je gaduh dalam kelas, last2 sampai sekarang berkawan baik... kadang2 ku sendiri pelik, dengan kawan yang dulu kita selalu gaduh kita boleh baik sampai boleh bertukar2 cerita yang susah untuk kita share sewenang2nya contohnya pasal family matters... mungkin anda juga pernah alami benda yang sama? 

3) moving on with their lives, mereka masih rapat tapi bila Aufa Liyana mula berubah ke arah kebaikan, dia cuba untuk kurangkan komunikasi dengan Ashraf Fikri kalau tidak perlu... bukan untuk putus kawan, tapi menjaga pergaulan... jadi masa Ashraf Fikri ajak jumpa bila dia balik cuti di Malaysia, Aufa Liyana ajak kawan baik dia, Nazifah untuk temankan... dan mereka berjumpa di tempat yang ramai orang...


Monday, September 29, 2014

Di Sebalik Langsir | Aidil Untuk Saya

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hoyeh akhirnya siap juga cerpen 'Aidil Untuk Saya' ni... Alhamdulillah... Still ambil masa yang lama nak siapkan... Kurang lebih seminggu jugaklah... Itu pun puas push diri sebab aim nak publish kat Cik belog ni masa Aidilfitri juga... And luckily Aidilfitri dekat Malaysia ni sambut sampai sebulan maka masa ku post cerpen ni di belog masih Aidilditri... Wahaha~

bila dah lama tak menaip DSL ni mula dah blur nak share apa... hmmm... ku share je laa apape ye... maaf kalau anda rasa semua ini merapik meraban...

1) basically cerita ni pasal Aidil yang disangka hantu oleh Iman Soraya... ku pilih nama Aidil salah satunya masa tu tengah ada mood raya Aidil Fitri... dan sebab lainnya bunyi Ideal dan Aidil serupa... hehe~ Iman Soraya pula; ku sangat suka nama Iman tapi dah banyak sangat watak2 cerita di tv dan novel2 yang menggunakan nama Iman dan paling selalu kita dengar adalah Faith which is the translation of Iman in English... dekat situ ku tahu ku kena buat sesuatu kalau nak guna nama Iman ni... there must be something unique so that this Iman Soraya will be different with all of the Imans exist so far... thank Allah who gives me the idea of 'Iman adalah mutiara' from Raihan's song... so dari situ Aidil yang nak lari dari mainstream sebab dah selalu orang guna nama Faith untuk merujuk kepada nama Iman, Aidil guna Pearl untuk merujuk kepada Iman Soraya...


2) Iman Soraya dalam ni datang dari keluarga yang tak kisah sangat pasal Islam dan dia sendiri tiada inisiatif untuk tahu lebih lanjut pasal Islam... Aidil pula yang terberkenan kat dia masa ada aktiviti di fakulti nak bawa dia kembali kepada fitrah sebelum dia nak memperisterikan Iman Soraya ni dan disebabkan Iman bukan jenis melayan lelaki maka Aidil berpakat dengan kawan baik dia untuk menampakkan seperti dia ni hantu... wuwuwu~


Sunday, September 28, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 2 ]|:.




NAJLA NAQIYAH membuat keputusan untuk keluar membeli barang-barang keperluan. Sudahlah pagi hari ini dia hanya mampu menyediakan air teh ‘o’ panas buat suaminya. Dia memohon maaf tidak dapat menyediakan sarapan lain pada hari pertama suaminya memulakan kerja sebagai seorang ketua keluarga. Arif Fitri sama sekali tidak kisah kerana kecuaian dirinya juga untuk memastikan keperluan rumah tersedia sebelum isterinya berpindah masuk.

Najla Naqiyah mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon si suami. Dia berharap agar dia tidak menganggu si suami yang sedang bekerja kerana sudah pasti kerja suaminya menimbun sementelah suaminya mengambil cuti yang panjang sempena perkahwinan mereka. Seketika kemudian talian di sebelah sana dijawab.


“Assalaamu`alaikum Ya. Are you okay?” soal suaminya sejurus menjawab panggilan telefon dari Najla Naqiyah.


“Wa`alaikumussalam aw.. abang. I’m okay. Don’t worry.” jawab Najla Naqiyah pula. Dia sedikit tersasul untuk memanggil Arif Fitri dengan panggilan ‘awak’. Lidahnya masih cuba menyesuaikan diri untuk memanggil suaminya ‘abang’. Dia masih cuba melenyapkan kejanggalan itu.


“Alhamdulillah. Terkejut abang bila Ya call. Ingatkan ada apa-apa jadi tadi.” Kata Arif Fitri di hujung talian.


“Yang Arif, boleh tak kalau Yang Kurang Arif nak minta something?” tanya Najla Naqiyah kepada suaminya.


Ni dia dah panggil aku Yang Arif ni adalah tu yang dia nak cakap. Minta-minta bukan benda yang susah aku nak tunaikan. Arif Fitri bermonolog sendiri.



Friday, September 19, 2014

Cerpen | I Think I Wanna Marry You


“FANN, nanti jangan lupa tolong pass tau?” tersengih girang Nur Hanani sambil berkata kepada Aufa Liyana. Berkerut sesaat dua dahinya untuk mengingati kembali apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu sebelum dia mengangguk-angguk kecil apabila dia berjaya mengingat kembali.

Okay, I’ll try my best.” Balas Aufa Liyana. Mereka berpecah membawa haluan masing-masing.  Aduh, yang ni pun satu hal pula! Tak sukalah main pass-pass ni. Tak nak tolong karang dia kawan yang mula-mula tegur aku masa aku baru lagi kat sini dan dia kira baik jugalah dengan aku. Aku dikira bersubahat ke macam mana ni? Adoyai. Omel Aufa Liyana sambil meneruskan langkah menuju ke arah tujuan.

Aufa Liyana menyeluk sesuatu yang disimpan di dalam poket bajunya. Dipegangnya ‘barang amanah’ dari Nur Hanani itu sambil matanya melilau-lilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Nur Hanani. Tangan kanannya sudah bersedia memegang ‘barang amanah’ tersebut. Apabila ternampak kelibat lelaki yang dimaksudkan oleh Nur Hanani, segera dia memanggil nama lelaki tersebut.

“Ash!” panggil Aufa Liyana tetapi lelaki itu tidak menoleh sebaliknya lelaki yang sedang berjalan di belakang Ash itu pula yang menoleh. Lelaki yang menoleh itu menghentikan langkah. Aufa Liyana yang sedang berjalan laju hanya dua langkah di belakangnya sempat berhenti sebelum mereka hampir-hampir berlanggar. Dia berundur sedikit. Tangannya kanannya masih memegang ‘barang amanah’ dari Nur Hanani dan cara dia memegang ‘barang amanah’ tersebut menampakkan seperti dia sedang menghulurkan ‘barang amanah’ itu kepada lelaki yang baru sahaja berhenti dan berpaling memandangnya.

Belum sempat Aufa Liyana membuka mulut untuk bersuara, lelaki di hadapannya sudah mengambil ‘barang amanah’ yang dipegangnya. Serentak dengan itu matanya terpandang kelibat seseorang yang sedang memerhati mereka tidak jauh dari situ. Oh my! Oh my! This is not good. Bala ni. Bila masa dia muncul? Kenapa mesti dia pandang sini? Huargh!

Monday, September 01, 2014

M.E.R.D.E.K.A 31 OGOS 1957

Assalaamu'alaikum...

Ku kira masih belum terlewat untukku ucapkan kepada rakyat Malaysia yang terbaca atau sengaja baca entry ini, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57...

Ironiknya, kita katakan kita merdeka sudah 57 tahun tetapi masih ada lagi perkara yang membelenggu diri kita... Kita merdeka dari segi fizikal, tidak lagi dijajah sedangkan pemikiran kita mungkin lagi pada perkara jahiliah... Nauzubillahiminzalik...

Ho ho ho hokeh... Ini bukan entry nak bebel jadi cukuplah sampai di sini sahaja... Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan Malaysia bumi tercinta ini... Aamiin...

Wassalam...

*in the making of the next short story... Takkan siap dalam masa terdekat, itu pasti... Dan tengah mencari the right mood untuk sambung Saya Isteri Baru Belajar... Hmm...*

Wednesday, August 20, 2014

Bertemu untuk Diduga = Temuduga KEMAS

Assalaamu`alaikum…

Ho ho ho hokeh~! Sementara perkara ni masih hot and fresh lagi dalam kepala otakku baik ku share cepat2… baru2 ni ku telah menghadiri temuduga bagi Calon Pelatih Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS… wahaha~ ku sendiri pun rasa nak gelak golek2 kalau bayangkan diri sendiri jadi cikgu tabika… hohoho~ iklan pasal ni masa bulan Jun 2014 baru-baru ni dan 18 Ogos lepas ku menghadiri temuduganya…

Ku apply sebab ku memang minat mengajar walaupun ku tak expect dipanggil interview sebab dia dah cakap keutamaan diberi kepada pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak… disebabkan ku memang bukan pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak tu maka ku tidak meletakkan harapan yang tinggi… kakak ku pula menyuarakan kepada bondaku bahawa beliau kurang bersetuju ku apply nak jadi cikgu tabika ni… dia cakap biarlah jawatan diploma biar budak yang ada diploma minta… yang ada degree apply laa jawatan degree… ku tidak nafikan betul juga apa yang beliau katakan tapi kerana ku berminat mengajar ni maka ku apply jua… tanpa meletakkan harapan yang tinggi, ini penting… nanti kang kalau tak dapat tak nak laa frust menonggeng… wuwuwu~ dipendekkan cerita ku apply guna Diploma ku walaupun bukan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak… tapi dalam borang tu dia memang tanya tahap pendidikan tertinggi so nak tak nak kena tulislah dah ada Sarjana Muda… walaupun course sarjana muda tu pun takde kaitan dengan pendidikan kanak-kanak… wahaha~ takkan nak tipu… haip! Tak boleh tipu2…

Ini interview pertama yang ku hadiri yang memerlukan ku untuk menghadapi ujian kecergasan… agak gila juga setelah last time ku berlari yang betul2 berlari *berlari2 anak kejar bas atau LRT tidak dikira* adalah pada tahun 2011 waktu pihak universiti anjurkan ‘Charity Nite Run – Tribute to Palestine’ dulu… lama gila kan dah tak berlari?? Lepas tu memang takde dah ku join lari2 ni.. setakat join canopy walk dekat FRIM dan join mendaki Broga Hill tu tak berlari pun… hmm… maka sekali lagi ku tak high hope kerana ku tahu tahap kecergasan ku bukan baik mana… wahaha~ 
Ho ho ho hokeh~ untuk memudahkan sesiapa yang ingin tahu pasal temuduga ni *manalah tahu akan datang ada orang search pasal ni kan* maka ku akan cerita dari awal… bawak bertendang semua~

Amaran: entry ini panjang… jangan menyesal baca dan mohon bawa bertendang :p


Monday, August 18, 2014

C.U.A.K

Assalaamu'alaikum...

Ini post cuak... Bukan Cuak cerita dekat saluran Ceria Untuk Kita2 Aje tu... Ini cuak betul2... Bukan cobaan lagi dah...

Insya Allah pagi esok (18 ogos) akan menghadiri satu interview di ibu negeri ku ini... Jawatan apa? Huahuahua~ Biarlah rahsia buat masa ni... Kalau ku cakap mahu ada yang gelak golek2... Nak cakap dah lama tak pergi interview tu menipu sangatlah, last interview pergi tiga bulan lepas untuk kerja sambilan kontrak tiga bulan. Secara rasminya kontrak tiga bulan tu akan habis esok hari.

Yang mencuakkan interview esok sebab ada ujian kecergasan lagi... Huarghhh... Den dah lamo tak berlari ni... Buat ajelah mana yang mampu... Lepas sesi ujian kecergsan tu nanti baru sesi interview.... Cuak3... Hanya mampu untuk berdoa dan buat yang terbaik... Kalau ada rezeki dekat situ adalah kan... Kalau takde bumi Allah ni luas, kita cari kerja lain pulak...

Ya Allah, sekiranya ini yang terbaik buatku, Kau permudahkanlah, sekiranya tidak, kau jauhkanlah... Aamiin...

Selingan: sabtu minggu lepas selepas balik wedding ex-housemate, ku dan lagi sorang ex-housemate terus pergi Mid Valley... Walaupun dah 3 bulan tak jejak Mid, tak banyak yang berubah pun... Kami terus dinner dekat situ... And you know what? Akhirnya ku jumpa 'Nazrin' ;) hahaha~ 



Tak kenal pun siapa nazrin yang dalam resit ni tapi ku memang tengah mencari orang yang nama nazrin selain dari Sultan Perak. Nak membuktikan pada diri sendiri yang ada org lain nama tu... Kenapa? Sebab Nazrin bakal muncul dalam Saya Isteri Baru Belajar ;) ngehehe~

Sekian sahaja post untuk menyalurkan rasa cuak... Semoga cuak ini berkurangan hendaknya...
Wassalam :)

Thursday, August 14, 2014

Cerpen | Aidil Untuk Saya

* sempena Aidilfitri... Happy reading ;) *


SEORANG pelajar yang baharu sahaja selesai melakukan ulang kaji pelajaran bersendirian segera menuju ke arah lif yang sedikit jauh dari meja-meja yang disediakan. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Dia perlu segera pulang ke kolej kediamannya jika dia tidak mahu namanya diambil kerana pulang lewat. Sekali nama diambil, akan mengurangkan peluangnya untuk mendapat penempatan di kolej kediaman pada semester akan datang. Masih ada para pelajar lain yang meneruskan ulang kaji masing-masing tetapi mereka kebiasaannya adalah para pelajar yang tidak perlu pulang ke kolej kediaman kerana mereka menyewa di luar universiti.

Sewaktu pintu lif terbuka, kelihatan dua orang pemuda berada di dalam lif tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam lif dan berdiri di sudut lif yang paling dalam. Sambil memegang dua buah buku yang sememangnya tebal, dia hanya termenung kosong.


“Hello, bro, kau boleh tolong aku tak?” kata salah seorang pemuda yang memakai baju berwarna hitam kepada seorang lagi pemuda yang memakai baju berwarna hijau. 


Si baju hitam itu menggawang-gawangkan tangannya di depan muka si baju hijau tetapi tiada reaksi dari si baju hijau tersebut. Si baju hitam kelihatan berputus asa. Dia menyandarkan diri tidak jauh dari pelajar yang baru memasuki lif sebentar tadi. Dia alihkan pandangan kepada pelajar tersebut yang sudah memandang pelik dirinya. Dia tersenyum gembira.


“Awak, awak boleh nampak saya?” si baju hitam bertanya kepada pelajar tersebut dengan mata yang bersinar-sinar. Sinar pengharapan, mungkin?


Ah sudah! Mamat ni dah gila sebab otak terlebih tepu ke apa? Tahulah final exam lagi sebulan. Aku takde masa nak layan orang yang putus fius macam ni. Ujar pelajar tersebut di dalam hati.


“Nampaklah, aku tak buta lagi.” Pelajar tersebut menjawab sedikit kasar. 


“Kau tengah bercakap dengan aku ke?” tanya si baju hijau.


“Taklah. Aku tengah bercakap dengan mamat sebelah aku ni. Yang kau buat bodoh dia minta tolong kau tadi kenapa? Dah dia menyibuk dekat aku pulak.”


“Mamat sebelah kau? Kau ni ilusi ke delusi ke halusinasi ke apa? Mabuk kopi minum masa study? Kita berdua je dalam lif ni.” Sejurus si baju hijau menuturkan kata, kedua-dua mereka terkebil-kebil memandang satu sama lain.


Memang ada cakap-cakap orang yang mengatakan lif di hujung ini kadang-kala ada yang ‘mengusik’. Dan disebabkan lif ini sedikit jauh dari tempat para pelajar selalu belajar maka tidak ramai yang memilih untuk menggunakan lif ini. Sebaik sahaja pintu lif terbuka apabila sudah tiba di aras bawah, kedua-kedua mereka dengan pantas membawa haluan masing-masing. Namun, nasib baik menyebelahi si baju hijau kerana si baju hitam memilih untuk mengekori pelajar yang seorang lagi. Semakin laju pelajar tersebut berjalan, semakin laju juga si baju hitam mengekori dari belakang. 


Friday, August 08, 2014

Sempena Aidilfitri

Assalaamu'alaikum...

Sempena Aidilfitri yang masih berbaki ni ku gatal tangan nak menaip cerpen...
Baru 80% siap... Biasalah beginner macam ku ni mana reti buat cerpen cepat2 laju2 sekejap2... Ku mmg makan masa yang lama...

Insya Allah paling cepat akan publish di belog ni hari isnin atau selasa atau rabu... Wahaha...

Dah siap bagi tajuk: Aidil Untuk Saya *nampak macam Aildilfitri sangat kan? wait till you read the short story*

Semasa update entry ni ku ada dekat surau KL Sentral ni... Baru sampai dari kampung halaman... Tengah tunggu housemate lama, tumpang tidur rumah dia...

Esok sama2 pergi wedding housemate lama yang sorang lagi... Ahad Insya Allah balik semula ke kampung... Wuwuwu...

Sekian sahaja... Just a short entry to kill time...

Wassalam ;)

Wednesday, August 06, 2014

#supportGaza #freePalestine #vivaPalestina #boycottisrael #israhellgotohell

Assalaamu`alaikum…

Sungguh panjang tajuk entry kali ni namun sudah cukup untuk menerangkan sedikit sebanyak apa yang entry ni bakal sebut…

#gazaunderattack #boycottisrael #supportgaza

Ku kira anda mesti pernah baca atau guna hashtags di atas dalam kita mengambil berat isu di Palestin… isu ini bukan lagi isu umat Islam semata-mata tetapi isu kemanusiaan… Zionis Israhell ni memang dah melampau-lampau!!! semalam ada adikku share di group whatsapp kami adik-beradik yang MULAI Jumaat ini, 8 Ogos 2014 jam 7.00pagi bermulanya Hari Boikot McD Malaysia… Apa yang ku dapat faham melalui gambar yang banyak orang dah share tersebut boikot itu 24 jam, tujuh hari seminggu (24/7) bermula Jumaat ini SEHINGGA Zionis Israel 100% keluar dari Palestin… *anda boleh refer pada gambar di bawah*



Pagi ini pula masa ku dengan sakit hatinya scroll Facebook *sakit hati sebab line slow, gambar semua loading, makanya ramai orang share gambar pasal isu ini tak dapatlah ku nak view* ku ada terbaca yang Jumaat ni juga McD akan adakan pemberian burger PERCUMA di masjid-masjid terpilih… Wallahualam… ku tak tahulah sejauh mana kebenaran ni sebab bila ku try cari balik post tu tak jumpa pula *maklumlah line slow kat kampung ni…* jadi berhati-hati kepada sesiapa yang pergi masjid hari Jumaat ni… Jangan terpedaya dengan burger percuma itu… *biasanya kaum adamlah kan since mereka pergi solat Jumaat*

Monday, August 04, 2014

Di Sebalik Langsir | Can't Take My Heart Off Of You

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh...
Akhirnya siap juga cerpen keempat ni...
Huahuahua~
Lama gilakkk kot masa yg diambil nak siapkan cerpen ni...
Basically sebab banyak benda jadi masa pembikinan cerpen ni... Dan bukan hari2 ku gigih menaip cerpen.... Masa busy nak on lappy pun belum tentu lagi...

Oleh kerana ku cuba menaip bukan untuk saja2 maka jom tinjau apa yang ku nak sampaikan untuk cerpen 'Can't Take My Heart Off Of You' ni... Hehehe~

1) Nak sampaikan pasal friendship... For sure anda semua pernah berkawan kan.. Be it kawan sekolah rendah, menengah, uni atau di mana2 sekalipun... So pasti anda pernah rasa kemanisan persahabatan tu... Sharing stories with friends... Series of pillow talks... Ngehehe

2) dalam banyak2 kawan anda, mesti akan ada seorang yang anda rasa "ya Allah baiknya dia ni... Orang buat apa2 kat dia pun dia sabar je.. Buat tak tahu je..."

Biasanya dalam satu group yang kita rapat tu akan ada seorang yang baik macam tu...

3) Dan mesti juga anda atau kawan baik anda pernah ada crush kat someone... Samada perasan dengan cara dia treat orang yang dia ada crush tu atau mengaku kat kita... Huhuhu... And it could be negative or positive feedbacks... Lalala~



Wednesday, July 23, 2014

eNovel | Saya Isteri Baru Belajar .:|[ BAB 1 ]|:.



“AKU terima nikahnya Naj.. Najla…” kedengaran suara lelaki itu seperti tersekat-sekat. Oh, bukan seperti lagi, memang tersekat-sekat. Dia menelan liur. Acapkali dia berlatih sebelum ini namun dia tidak dapat mengawal debaran di dada saat tangannya mengenggam erat tangan tok kadi sebentar tadi. Ataupun, sebenarnya digenggam erat oleh tangan tok kadi? Tetamu yang hadir sudah tersenyum simpul. Ada juga yang tanpa segan silu melepaskan tawa kecil. Menambah debaran si pengantin lelaki. Upacara akad nikah yang diadakan pada sebelah malam di rumah pengantin perempuan ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sebelah perempuan dan lelaki serta jiran terdekat pengantin perempuan. Esok hari akan diadakan kenduri di sebelah pengantin perempuan.


Najla Naqiyah memandang sekilas ke arah lelaki yang bakal menjadi suaminya bila-bila masa dari sekarang, dengan syarat si dia berjaya melafazkan akad. Dia turut berdebar namun akal nakalnya sempat terfikir untuk menjadikan peristiwa tersebut sebagai bahan usikan sepanjang hayat kepada bakal suaminya nanti. Hehehe. Sepanjang hayat? Insya Allah. Najla Naqiyah kembali fokus dan…


“Sah!”


“Sah!” kedengaran kedua-dua orang saksi mengesahkan akad yang telah dilafazkan. Serta-merta air mata Najla Naqiyah bergenang-genang di pelupuk mata. Dia kini sudah menjadi seorang isteri. Pengapitnya yang merupakan sahabat baiknya, Auni Atiqah memainkan peranan dengan memberi tisu kepada Najla Naqiyah untuk dia mengelap air mata sebelum air mata tersebut sempat menjamah pipinya. Najla Naqiyah tidak melepaskan peluang untuk memeluk ibunya yang sentiasa di sisinya.




Tuesday, June 24, 2014

Cerpen | Can't Take My Heart Off Of You .:|[ FULL ]|:.



** kepada yang pernah baca sneak-peek version cerpen ni, kalau boleh bacalah full version ni dari awal sebab dari awal dah ada penambahan watak... Enjoy reading ;) **


            SEMESTER baru sudah bermula. Hari ini merupakan hari ketiga bermulanya pengajian. Hidayu Aishah dan rakan baiknya sejak semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda, Husna Asyikin, berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Mereka sebetulnya sudah terlewat sepuluh minit. Kelas di dewan kuliah kali ini adalah kelas Ekonomi yang memang diwajibkan bagi semua pelajar untuk mengambilnya. Walaupun mereka sepatutnya mengambil subjek ini pada semester yang lepas tetapi mereka memilih untuk menangguhkannya dan mengambilnya pada semester kali ini. Bagi kelas Ekonomi ini, mereka akan bergabung dengan kumpulan lain walaupun dari jurusan yang sama. Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat ke kelas kerana malu menjadi muka lewat sampai ke kelas apabila ada kelas gabungan seperti ini. Antara sebab yang lain, mereka perlu hadir awal untuk mendapatkan tempat duduk yang strategik.

            Hidayu Aishah dan Husna Asyikin membuka pintu Dewan Kuliah 3 dengan debaran akibat jantung mereka yang berkerja lebih masa. Apabila melihat bahagian tempat duduk pensyarah yang masih kosong, mereka melepaskan nafas lega dan berjalan mengambil tempat duduk terdekat. Seperti biasa minggu pertama bermulanya semester baru ada sahaja pelajar yang tidak hadir ke kelas. Para pelajar yang hadir pula rata-rata masih lagi bertukar-tukar cerita mengenai aktiviti masa cuti mereka. Semua pelajar senyap apabila pintu Dewan Kuliah 3 tersebut dikuak dari luar dan muncul seseorang yang kelihatan seperti pensyarah.

            “Assalaamu`alaikum class. My name is Qasrina Ahmad, you can call me Madam Rin. I’ll be teaching you Economics, of course, since this is Economics class not cosmetics class.” Puan Qasrina Ahmad bersuara sambil tersenyum mesra. Para pelajar sudah tersengih dengan kata-katanya. Mereka sudah mula terbuka hati untuk belajar subjek Ekonomi ini jika pensyarahnya seorang yang ‘sporting’.

            “I know that this class consists of three groups, right? May I know who will be your class rep?” Puan Qasrina sudah mula bertanya akan siapa yang bakal menjadi wakil kelas mereka.

Monday, June 23, 2014

Ku dan Kesibukan *ini sangat poyo*

”suha

Assalaamu'alaikum...

Ho ho ho hokeh...
Entry ini menunjukkan kepoyoan diri sendiri... Hahaha
Ku sebenarnya dah selamat berhenti kerja... Last day dekat tempat kerja lama 17 Mei lepas... Sebab tempat kerja lama kerja hari sabtu kan so masa ku nak hantar notis sebulan tu ku dah kira siap2 bagi last day jatuh hari sabtu sebab hari sabtu kerja separuh hari... Hehehe...

Plan asal nak stay kat kl sampai jun, sambil2 tu bolehlah join aktiviti kawasan kl... Sempat join sekali je Teach for the Needs (TFTN) and sempat jugalah join JUS! Talks under IKRAM Subang Jaya... Plan nak stay kl sampai jun tak kesampaian bila Allah dah bagi rezeki kerja sambilan kontrak 3 bulan di kampung halaman... Cewahhh...



Sunday, May 18, 2014

Cara Simple #3 | Ku Edit Cover Cerpen, DP, Cover Photo etc

Assalaamu`alaikum...

Kreativiti manusia seharusnya tidak terbatas kerana kita adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan berikutan diberikan akal. *ho ho ho hokeh, fine. ku cut short je laa intro kali ni...*

Bukan semua orang mampu nak beli license untuk Adobe Photoshop, Illustrator dan yang sama waktu dengannya itu. Kalau guna trial version biasanya hanya 30 hari. Kalau anda crack, errr *krik... krik... krik...*

Jadi bagi diriku yang tiada bajet nak beli license mahal2 tu, ku guna apa yang ada dekat PC or laptop je laa untuk buat cover cerpen, DP or cover photo yang simple2. Oh, ya anda memang boleh guna apa yang sedia ada tinggal klik2 di hujung jari je, lepas tu siap... Tapi yang macam tu kurang mencabar laa... ini untuk anda yang sukakan cabaran tapi menggunakan perisian sedia ada...

Biarlah gambar berbicara *ececeh ini semua poyo~* 
Untuk pengetahuan anda, ku hanya menggunakan:
Sistem Operasi : Windows 7 Professional
Pelayar : Mozilla Firefox
Perisian : MS Office 2010, Paint


Tolong saya~! Mohon klik untuk tumbesaran~!

Tolong saya~! Mohon klik untuk tumbesaran~!


Friday, May 09, 2014

Cara Simple #2 | Ku Dapatkan Gambar dari Internet dengan Berhemah

Assalaamu`alaikum...

Hola~!
bertemu kita kembali dalam siri 2 'Cara Simple'... 
seperti tajuk yang sudah terang lagikan disuluh itu, siri kedua ini adalah cara simple ku dapatkan gambar dari internet...  

yang sebenarnya untuk menggunakan gambar dari internet, kita bukan boleh sesuka hati sesedap rasa main download dan guna... kita haruslah beri kredit kepada pemilik asal... so macam mana kalau kita nak guna gambar yang kemudiannya kita boleh edit??

begini caranya... first kita kena tentukan yang akan kita edit tu akan kita gunakan untuk tujuan komersial atau tidak... selalunya kita nak edit lepas tu letak dekat FB, blog etc... bukan tujuan komersial laa selalunya... 

ho ho ho hokeh... selepas menggunakan cara simple seperti yang ku gunakan untuk dapatkan gambar dari internet ni nanti, anda insya Allah akan menjadi seorang pengguna yang lebih beretika dan berhemah ;)

Biarlah gambar berbicara *ececeh ini poyo okke* 
Untuk pengetahuan anda, ku hanya menggunakan:
Sistem Operasi : Windows 7 Professional
Pelayar : Mozilla Firefox
Perisian : MS Office 2010


Pembesaran terbantut! Mohon klik untuk tumbesaran~!

Pembesaran terbantut! Mohon klik untuk tumbesaran~!


Saturday, May 03, 2014

Cara Simple #1 | Ku Print Screen or Screen Shot Dengan Mudah

Assalaamu`alaikum...
 
ho ho ho hoyeah~ ku telah membuat keputusan yang poyo untuk tambah seksyen/label/kategori baru iaitu 'Cara Simple'... Instead of 'Tutorial', ku letak 'Cara Simple' sebab benda2 yang bakal ku share ni bukan tutorial untuk spesifik aplikasi atau perisian sangat pun... benda yang ku suka2 saja2 nak share kalau ada manfaat untuk orang lain...

So, untuk siri 1 'Cara Simple' ni ku nak share apa yang ku buat untuk print screen or screen shot dengan mudah... oh, mungkin anda dah tahu dan amalkan cara simple ini tetapi ku dengan poyonya nak share jugak... lalala~

Biarlah gambar berbicara *ececeh poyo lagi dan lagi...* 
Untuk pengetahuan anda, ku hanya menggunakan:
Sistem Operasi : Windows 7 Professional
Pelayar : Mozilla Firefox
Perisian : MS Office 2010, Paint dan Snipping Tool
mohon klik untuk tumbesaran~ bagi clear nak baca...

mohon klik untuk tumbesaran~ bagi clear nak baca...

Wednesday, April 30, 2014

It's Labour Day Peeps~!

Assalaamu`alaikum...

Ho ho ho hoyeah~!
1st May = labour day = public holiday = tak payah gi keje ;) yeeehaaa~!

untuk pertama kalinya merasa Hari Pekerja ni... *ini semua poyo~! gaya macam selama ni tak cuti masa hari pekerja pulak...* selama ni gembira bila hari pekerja sebab tak ade kelas... 

lecturer = pekerja = pekerja cuti labour day = pelajar takde kuliah ;) 

  so, indirectly merasa laa cuti labour day ni... tapi tahun ni first time laa merasa labour day as a labour... *sebab tahun lepas mula kerja bulan Jun, dah terlepas labour day* 

rasa macam dihargai?? lol~ *mohon jawab sendiri soalan macam ni... yang dah bekerja tahu perasaannya bila bekerja... waktu ni laa rindu balik zaman belajar...*


Thursday, April 24, 2014

Cerpen | Can't Take My Heart Off Of You .:|[sneak-peek]|:.



SEMESTER baru sudah bermula. Hari ini merupakan hari ketiga bermulanya pengajian. Hidayu Aishah dan rakan baiknya sejak semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda, Husna Asyikin, berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Mereka sebetulnya sudah terlewat sepuluh minit. Kelas di dewan kuliah kali ini adalah kelas Ekonomi yang memang diwajibkan bagi semua pelajar untuk mengambilnya. Walaupun mereka sepatutnya mengambil subjek ini pada semester yang lepas tetapi mereka memilih untuk menangguhkannya dan mengambilnya pada semester kali ini. Bagi kelas Ekonomi ini, mereka akan bergabung dengan kumpulan lain walaupun dari jurusan yang sama. Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat ke kelas kerana malu menjadi muka lewat sampai ke kelas apabila ada kelas gabungan seperti ini. Antara sebab yang lain, mereka perlu hadir awal untuk mendapatkan tempat duduk yang strategik.
            Hidayu Aishah dan Husna Asyikin membuka pintu Dewan Kuliah 3 dengan debaran akibat jantung mereka yang berkerja lebih masa. Apabila melihat bahagian tempat duduk pensyarah yang masih kosong, mereka melepaskan nafas lega dan mengambil tempat duduk. Seperti biasa minggu pertama bermulanya semester baru ada sahaja pelajar yang tidak hadir ke kelas. Para pelajar yang hadir pula rata-rata masih lagi bertukar-tukar cerita mengenai aktiviti masa cuti mereka. Semua pelajar senyap apabila pintu Dewan Kuliah 3 tersebut dikuak dari luar dan muncul seseorang yang kelihatan seperti pensyarah.
            “Assalaamu`alaikum class. My name is Qasrina Ahmad, you can call me Madam Rin. I’ll be teaching you Economics, of course, since this is Economics class not cosmetics class.” Puan Qasrina Ahmad bersuara sambil tersenyum mesra. Para pelajar sudah tersengih dengan kata-katanya. Mereka sudah mula terbuka hati untuk belajar subjek Ekonomi ini jika pensyarahnya seorang yang ‘sporting’.
            “I know that this class consists of three groups right? May I know who will be your class rep?” Puan Qasrina sudah mula bertanya akan siapa yang bakal menjadi wakil kelas mereka.
            Kedengaran beberapa suara-suara sumbang menyebut nama satu sama lain. Rata-rata tidak mahu menjadi wakil kelas kerana wakil kelas akan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan segala maklumat dari pensyarah kepada semua rakan sekelas. Memandangkan kelas Ekomoni ini menggabungkan tiga kumpulan pasti lebih mencabar tanggungjawab wakil kelas. Namun, di era teknologi serba-serbi canggih seperti kini selalunya media sosial akan dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih pantas.
            “Oh, come on class! I don’t like random names like that. Be active and progressive, please. Any volunteer, maybe?” Puan Qasrina bersuara lagi setelah masih tiada kata putus untuk menjadi wakil kelas.
            Seorang pelajar mengangkat tangannya, “Madam Rin, I can be the class rep.”


Wednesday, April 23, 2014

of #worldstoughestjob and #fulltimehousewife

Assalaamu`alaikum...

ho ho ho hokeh...
baru2 ini (takde lah baru sangat) tersebar dengan meluas video bertajuk #worldstoughestjob di media sosial... that toughest job refers to a mother's job... peranan seorang ibu yang 24/7 bertugas menjadi ibu kepada anak2...

dah tentu bila tengok video tu ku teringat akan bondaku di kampung halaman nun jauh di sana... sungguh besar pengorbanan bondaku membesarkan kami tujuh beradik... oh, tidak dilupakan ayahanda juga... tapi topik video tu pasal ibu jadi kita bincang pasal ibu ye... ku sendiri kagum dengan kekuatan yang ku kira sebagai luar biasa bagi bondaku... agaknya memang semua bonda di dunia ini Allah kurniakan kekuatan luar biasa bagi menghadapi kerenah anak2 yang pelbagai... *tabik spring kepada bonda2 sedunia...*

bukan senang menjadi seorang ibu... tanggungjawabnya sangat besar dan berat bahu memikul... jadi jangan hairan bagi yang masih belum bertemu jodoh ni *macam tujukan kat diri sendiri je :P *, maknanya Allah tahu ku masih belum lagi boleh memikul tanggungjawab yang penting itu... bersangka baiklah... bila Allah cakap kita dah ready nanti adalah jodoh yang dah tertulis untuk kita datang membawa berita gembira... *ini ku percaya*


Sunday, April 13, 2014

Di Sebalik Langsir | Urusan Sri, Aduka & Dhiya

Assalaamu`alaikum...


ho ho ho hokeh...
DSL kali ni adalah bagi cerpen ketigaku iaitu Urusan Sri, Aduka & Dhiya...
cerpen ni memulakan 'taipan' pada hujung tahun 2013...
dan disebabkan tidak dapat menghabiskannya pada tahun 2013, maka sambung taip pada 2014... 

DSL yang ketiga ni jom kita kupas sedikit sebanyak mengenai cerpen itu...