MINGGU
ini sekali lagi Najla Naqiyah dan Arif Fitri berjoging. Pagi-pagi lagi mereka
sudah ke taman tasik dan selepas itu terus mereka terus bersarapan di luar.
Balik sahaja ke rumah, masing-masing berebut untuk mandi terlebih dahulu
walaupun wujudnya satu lagi bilik air yang lain. Usai membersihkan diri, Najla
Naqiyah meletakkan buku yang akan dia baca di atas meja kopi lalu bergerak ke
dapur untuk membuat air minuman. Arif Fitri tiba tidak lama selepas itu dan
terus membuka pintu gelangsar. Langsir yang sebelum ini menutup dua per tiga
dari saiz pintu gelangsar dia buka supaya hanya menutup satu per tiga sahaja. Dia
kemudiannya duduk di atas sofa. Najla Naqiyah tiba dengan menatang satu dulang
berisi seteko air dan dua biji cawan.
“Ya
buat air apa?” soal Arif Fitri apabila melihat air yang berwarna hitam keluar
dari teko air sewaktu Najla Naqiyah menuang ke dalam cawan.
“Anggaplah
kopi ‘o’. Kenapa?” tanya Najla Naqiyah kembali.
“Takdelah
pelik sebab warna dia hitam pekat sangat. Kenapa nak kena anggap kopi? Rasanya
abang tak pernah beli kopi.”
“Ya
kikis buntut kuali tadi tu yang hitam legam ni.” jawab Najla Naqiyah dengan
muka yang serius.
Arif
Fitri telan liur. Biar betul isteri aku ni. Serius ke main-main? Ada apa-apa
petua baru pasal buntut kuali yang aku tak tahu ke? Diuji secara klinikal tak?
“Minumlah.”
Najla Naqiyah pelawa si suami sambil dia turut membaca basmalah dan menyisip
air kopi tersebut. Setelah itu dia capai buku motivasi yang sudah separuh di
abaca sebelum ini.
“Coffee and book blend well together,” ujar
Najla Naqiyah sambal tersenyum girang dan cukup berpuas hati.
Sekali
lagi Arif Fitri menelan liur. Ah, sudah… jangan cakap lepas ni dia nak blend
buku dalam air kopi pulak. Pelik-pelik ajelah bini aku ni.
“Lepas
ni Ya nak blend air kopi dengan buku
pula ke?”
Najla
Naqiyah sudah tergelak.
“Abang
merepek apa nak blend air kopi dengan
buku pula ni. Uish, Agak-agaklah
bang. Waktu kritikal zaman study week
dulu pun cuma mainan kat bibir je cakap nak minum air rebusan buku. Takkanlah
tiba-tiba sekarang sanggup nak blend air
kopi dengan buku. Haha!”
“Manalah
abang tahu kut Ya sanggup buat macam tu. Dah Ya sendiri yang suruh abang anggap
ni air kopi lepas tu cakap coffee and
book blend well together. Macam manalah abang tak cuak sayang.”
“Ya
maksudkan yang baca buku memang sesuai sangat sambil minum kopi. Rileks bang,
jangan cuak. Ni memang betul-betul air kopi, bukan Ya pergi kikis buntut kuali.
Walaupun abang tak pernah beli kopi tapi abang kena ingat hari tu Ya yang pergi
beli barang-barang dapur jadinya Ya belilah serbuk kopi. Baru ni teringat Ya
ada beli jadinya Ya buatlah air ni. Peace!”
balas Najla Naqiyah sambil tangan kanannya sudah buat symbol ‘v’.
Arif
Fitri menghembskan nafas lega. Dia sudah menggelengkan kepala.
“Ada-adalah
Ya ni kan. Dah lah dengan muka yang confident
level tak tahu nak cakap apa. Orang lain pun boleh percaya kalau tengok
cara Ya cakap tadi, tahu.”
“Haruslah
confident bang, nak buat apa-apa
kenalah confident terutamanya bila
nak kenakan orang lain. Haha! Jom, kali ni kita luangkan masa baca buku pula.
Tak payah on TVlah ya, kita jimatkan
elektrik. Let’s cherish this moment
together.”